Umno didesak buktikan penerima kembalikan wang

Umno didesak buktikan penerima kembalikan wang
Ali Hashim

GEORGETOWN, 30 Sept: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendesak Umno negeri supaya membuktikan dakwaan mereka bahawa seramai 40 orang warga emas yang menerima wang dalam program sumbangan warga emas sebanyak RM100 seorang sebelum ini telah memulangkan wang tersebut.

Mereka dikatakan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis yang diadakan oleh Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim di Pusat Khidmat Dun itu kerana tidak berpuas hati setelah didakwa wang tersebut adalah hasil dari sumber judi Kelab Lumba Kuda.

Exco Kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang media pagi tadi menafikan dakwaan Azhar itu.

Beliau menyifatkan Azhar dan Umno Pulau Pinang cuba menjadi hipokrit dengan memperalatkan warga emas bagi mendapat simpati yang telah hilang terhadap mereka selama ini.

"Telah kita nyatakan bahawa hasil dari penjimatan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, maka wang sebanyak RM88 juta pada tahun 2008 dan RM77 juta pada 2009 telah dapat dijimatkan. Ini adalah lebihan hasil dari amalan ketelusan yang kita lakukan.

"Kita juga mengalami kerugian apabila terpaksa membayar sebanyak RM15 juta dalam isu skandal tanah yang melibatkan Tang Hak Jo semasa pemerintahan Umno dan Barisan Nasional sebelum ini,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah menafikan bahawa tiada unsur sumber judi yang melibatkan pemberian sumbangan wang kepada warga emas dan program penghargaan waris warga emas.

“Kita mempunyai dana yang cukup dan lebih dari apa yang mereka dakwa," tegasnya lagi.

Abdul Malik juga mencabar Azhar yang juga merupakan Setiausaha Umno Pulau Pinang supaya membuktikan senarai mereka yang menyerahkan kembali wang sebanyak RM100 sepertimana yang didakwa dalam majlis yang diadakan di Penaga semalam itu adalah mereka yang berdaftar dengan kerajaan negeri.

"Jika mereka itu adalah yang mendaftar dengan kerajaan negeri maka kita akan ambil langkah yang wajar dalam senarai nama tersebut,” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya nama mereka tidak terdapat dalam senarai yang berdaftar, maka ia membuktikan Umno telah merencanakan sesuatu untuk mencalarkan imej kerajaan negeri.

"Umno sepatutnya jangan memperalatkan warga emas dengan memperdayakan mereka sepertimana yang dilakukan semalam, semata-mata bagi mendapat sokongan," tambahnya lagi.

LAPORAN POLIS:PETISYEN BERSAMA

Berikut merupakan Petisyen Bersama Pertubuhan-pertubuhan dan Parti-parti
Politik ke atas dakwaan terhadap Lau Shu Shi dibawah Akta Polis Seksyen 90.
Beliau telah didakwa berkelakuan biadap dan mengeluarkan kata-kata dengan
nada yang tinggi serta mempertikaikan tindakan polis dan enggan bertenang
pada 11 Mei 2008.

Pada 11 Mei 2008, saudari Lau Shu Shi bersama aktivis-aktivis lain membuat
laporan polis di Balai Polis Jalan Patani Pulau Pinang setelah rakan aktivis
mereka yang menghadiri perhimpunan aman anti-ISA pada hari yang sama
ditangkap secara kasar oleh polis. Selepas selesai membuat laporan polis,
Ketua Balai Polis Jalan Petani pada waktu itu, C/Insp Jamaluddin Ismail
telah memberikan arahan untuk menahan Lau Shu Shi yang pada ketika itu cuba
mempertahankan hak rakannnya untuk membuat laporan polis mengikut hasrat
sendiri. Saudari Lau Shu Shi dan saudara Teh Chun Hong, seorang lagi
aktivis, telah ditahan secara keras dan kemudian direman semalaman.

Dua tahun kemudian, iaitu pada 1hb Ogos 2010, beliau menerima waran tangkap
pada lebih kurang pukul 11 malam, ketika beliau berada di sebuah kedai
makan. Pada sebelumnya, beliau berada di luar balai polis Jelutong untuk
menunggu kawan-kawan yang ditangkap dalam perhimpunan aman ISA di Dataran
Pidato, Padang Kota Lama Pulau Pinang.

Saudari Lau Shu Shi dibebaskan pada malam yang sama tetapi diwajibkan hadir
ke Mahkamah Jenayah pada pukul 8.30 pagi keesokan harinya. Seterusnya
saudari Lau Shu Shi telah didakwa di Majistret Timur Laut Pulau Pinang pada
2hb Ogos 2010 dan tidak mengaku bersalah. Kes mahkamah beliau telah
ditangguhkan
ke<https://docs.google.com/document/edit?id=1ByZO6D4R-QUAbPsJ9H-KrG4idfBHNrHlvaiTJjcF5bg&hl=en&pli=1>pada
16hb Ogos 2010 untuk sebutan tarikh perbicaraan. Perbicaraan saudari Lau Shu
Shi akan diadakan pada 20hb Oktober 2010.

Kami ingin menegaskan di sini bahawa pendakwaan dibuat selepas dua tahun
merupakan tindakan yang berniat jahat. Pada dua tahun yang lalu, Lau Shu Shi
membuat laporan polis terhadap keganasan polis yang memang berlaku dalam
perhimpunan aman membantah Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau
sepatutnya mangsa dalam kes ini kerana beliau dilayan secara tidak
professional oleh polis yang menyalahgunakan kuasa dan seterusnya menangkap
beliau selepas beliau membuat laporan polis.

Kami berpendapat bahawa pendakwaan Jabatan Penguam Negara (Bahagian
Pendakwaan) ke atas saudari Lau Shu Shi merupakan satu penindasan
berlanjutan ke atas seorang aktivis hak asasi manusia.

Laporan polis dibuat oleh saudari Lau Shu Shi bukannya tindakan individu,
tetapi mewakili Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) serta seluruh badan bukan
kerajaan (NGOs) dan individu-individu lain di seluruh negara yang
memperjuangkan hak asasi. Pendakwaan ke atas saudari Lau Shu Shi juga
merupakan penindasan terhadap SUARAM, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan
juga penindasan ke atas mana-mana persatuan dan parti yang mempertahankan
kebenaran dan menghormati hak asasi manusia. Kesimpulannya, pendakwaan ke
atas saudari Lau Shu Shi merupakan satu titik hitam dalam usaha negara kita
untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan sistem politik demokratik.
Ini telah bercanggah dengan Konsep Rakyat Didahulukan, Pencapai
Diutamakan.

Kami berpendapat bahawa tindakan saudari Lau Shu Shi membuat laporan di
balai polis merupakan pengamalan hak demokrasi individu dan menjalankan
kewajipan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Tindakan beliau tidak berniat buruk dan tidak bermotif jahat kepada
mana-mana pihak. Namun, pihak polis telah bertindak secara keras dan tidak
professional dalam menghalang saudari Lau Shu Shi daripada melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang warganegara yang prihatin terhadap hak asasi
manusia.

Dengan itu, pihak berkuasa harus mengugurkan sebarang pendakwaan ke atas
saudari Lau Shu Shi:

1. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Pulau Pinang

--
Ong Jing Cheng
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
Penang Branch Coordinator,
63B-01-07, University Heights,
Jalan Sungai Dua,
11700 Penang.
Tel / Fax: +6 04-6582285
Mobile phone: +6 012 7583 779
E-mail: suarampg@gmail.com
http://suarampg.blogspot.com/

[Non-text portions of this message have been removed]

kes dsai ;Akses dokumen: Mahkamah Persekutuan beri keputusan 8 Okt ini

Akses dokumen: Mahkamah Persekutuan beri keputusan 8 Okt ini

30/09/2010 6:33pm

PUTRAJAYA — Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan kenyataan saksi termasuk saksi utama Mohd Saifful Bukhari Azlan pada 8 Okt ini.

Peguam S.N.Nair, yang mewakili ketua pembangkang itu, berkata beliau dimaklumkan mengenai tarikh keputusan itu oleh timbalan pendaftar Mahkamah Persektuan, Jumirah Marjuki, hari ini.

Pada 19 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan, menangguhkan keputusannya selepas mendengar hujahan dari peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Anwar mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Jun lalu dan Mahkamah Tinggi pada 12 Mei lalu menolak permohonan beliau utnuk memberikannya dokumen-dokumen tersebut.

Anwar mahukan semua kenyataan kerana beliau mendakwa bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful Bukhari yang diperoleh semasa perbicaraan, dan pertuduhan liwat untuk menganiaya beliau (Anwar), yang boleh membawa kepada kemungkinan kredibiliti Mohd Saiful Bukhari di cabar. — Bernama

MAT SEMBAB LARI DARI TUGAS

Baru-baru ini bukan main kagi dia mengutuk PKR, kononnya KR parti yang suka buat kecoh."belum memerintah lagi , kata beliau PKR dah kecoh dalam pemilihan" demikian jelas beliau kepada wartawan dan di ikuti dengan beerapa nangoi-nangoi yang turut sama mencerca PKR bahawa parti tersebut kecoh dengan pemilihan.

Memang biasala ...kecoh tetapi tak ada rasuah yang berlaku sebagaimana parti mat sembab yang selalunya di kaitkan dengan rasuah dan juga habuan yang besar-besar demi mendapat habuan dikemudian hari.

Hari ini timbul pula kutukan kepada mat sembab sebab lari dari tanggungjawab beliau selaku pengarah pilihanraya kecil. Selalunya beliau menjadi pengarah pilihanraya , kali ini beliau tidak lagi menjadi pengarah dan di serahkan kepada Tengku Razaligh Hamzah. Mana dia mat sembab yang kuat mengutuk parti PKR baru-baru ini????


Katanya, telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah."Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana , yang mana (beliau) akan menjadi pengarah pilihan raya setiap kali pilihan raya kecil berlaku bagi BN.

"Kali ini kenapa dia lari. Mana janjinya untuk jambatan di Manek Urai. Mana janji dia untuk memberikan sumbangan untuk warga tua di Manek Urai. Ke mana dia lari?" katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

awat dia lari dari tangungjawab sebagai ketua gerombolan untuk menawan semula DUN Galas.Malanya Mat sembab mula menikus menyorok melarikan dirinya sebagai ketua yang akan merampas kembali dan sudah tentulah kali ini akan menjadi bahan ejekan apabila parti keramat beliau yang akan bertanding sudah membuat persedian mental dan fizikal hata taburan sumbangan dan janji-janji jambatan dan juga bantuan kepada umat miskin Melayu.

Kalau tak siap jambatan, sudah tentulah janji tak di tunaikan lagi , tetapi itu dulu, sejak dahulu kalanya orang Melayu menerima sahaja janji-janji dari parti keramat tersebut yang suka menipu orang Melayu. Sampai sekarang pun , walau sudah kalah perangai dan sikap gerombolan tak ubah sejak merdeka sampai sekarang dan kerana itulah orang Melayu telah mula menyampah dan menganggap bahawa janji parti gerombolan hanya janji palsu belaka , malah di jadikan mainan dan senda gurau....


Mana Mat Sembab????????hilang ka dia.... Cuba Saifuddin tanya mana pi mamat sekoq ni????

KHIANAT KEPADA MELAYU

Penyelewengan Felda bukti Umno khianat Melayu
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata ianya juga menjelaskan lagi bahawa sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda.

"Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan, penipuan serta salah guna kuasa (oleh) Felda ke atas peneroka."

"Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka-peneroka Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau mengulas kemenangan kes 10 peneroka dari Felda Sungai Koyan 2 dan 3 semalam.

Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memutuskan Felda perlu membayar RM23,800 kepada 10 peneroka tersebut yang dinafikan hak mendapat bayaran tanam semula.

Dalam kes sebelum itu juga, Mahkamah Persekutuan turut mengarahkan Felda menyerahkan RM11 juta kepada 354 peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan ekoran Felda memanipulasi penggredan kelapa sawit.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS Pusat berkata, tindakan Felda menipu peneroka tidak ubah seperti bau busuk yang sedang melanda Felda.

Beliau juga yakin dan percaya, Felda sedang berdepan laluan sukar apabila satu demi satu penyelewengan terhadap peneroka mula terdedah.

Turut serta pada sidang media sama Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Peguam Mohamed Hanipa Maidin.

SESIAPA TERJUMPA KERETA PLAT "SODOMY 11" TOLONG BAGI TAHU

Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat membabitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kereta Proton Waja miliknya dicuri malam semalam.

Kereta itu adalah hadiah daripada ibunya sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya pada 2004.

Menurut Saiful Bukhari, kereta Waja berwarna perak itu disedarinya hilang ketika meletakkannya di Lorong Medan Tuanku, Kuala Lumpur malam tadi.

"Saya telah membuat laporan di balai polis Dang Wangi dan menyerahkan polis untuk menyiasat perkara itu.

"Saya sedang makan dan apabila kembali, saya sedari kereta saya hilang,” katanya kepada Malaysiakini.

Saiful Bukhari berkata dalam mesej twitternya semalam, beliau memohon sesiapa yang menjumpai keretanya dengan nombor pendaftaran WLG9170 untuk menghubunginya atau pihak polis.

"Saya berdoa kepada Tuhan dan menyerahkan perkara itu kepada Allah," katanya di twitter.

BUKAN DUIT JUDI LAAAAA.....MANGKOK

Exco P.Pinang pertahan wang bantuan bukan hasil judi

30/09/2010 2:39pm

GEORGE TOWN 30 Sept. — Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka,” katanya kepada pemberita bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Abdul Malik berkata wang itu bukan daripada hasil judi sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri. — Bernama

Skandal PKFZ: Kes ditangguh ke 8 November


Skandal PKFZ: Kes ditangguh ke 8 November

30/09/2010 12:23pm

SHAH ALAM 30 Sept. — Perbicaraan kes membabitkan tiga individu didakwa membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah berjuta-juta ringgit dalam projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, ditangguhkan ke 8 Nov depan.

Hakim Asmadi Hussin memutuskan sedemikian selepas membenarkan permohonan peguam V. Sithambaram, mewakili arkitek Bernard Tan Seng Swee, dari BTA Architect, yang merupakan perunding PKFZ untuk menangguhkan kes itu berikutan pihaknya baru menerima sebanyak 101 dokumen tambahan pada Isnin lepas.

Sithambaram berkata pihaknya juga memerlukan masa untuk merujuk dokumen berkenaan kepada pihak konsultan memandangkan ia bersifat teknikal.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Steven Abok juga memaklumkan bahawa pihaknya baru menerima dokumen berkenaan pada hari sama dan beliau memerlukan masa untuk menelitinya.

Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Dzulkifli Ahmad yang mengetuai pendakwaan mengesahkan bahawa pihaknya menghantar dokumen tambahan berkenaan kepada pihak pembelaan pada Isnin lepas.

Beliau berkata pihaknya tidak membantah terhadap permohonan pihak pembelaan demi keadilan semua pihak dan bagi mengelakkan saksi-saksi dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Dzulkifli memberi jaminan bahawa kes itu akan berjalan seperti yang ditetapkan.

Selain Tan, 48, dan Abok, 51, seorang lagi tertuduh dalam kes itu ialah bekas pengurus projek KDSB Law Jenn Dong, 51, diwakili oleh peguam Justin Wee yang hadir bagi pihak peguam Tan Hock Chuan.

Abok dan Tan menghadapi dua tuduhan menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 Sept 2007.

Tan dan Law menghadapi 24 pertuduhan menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB membabitkan dua projek di PKFZ, antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008.

— Bernama

Branson kecam konspirasi atas Anwar

Branson kecam konspirasi atas Anwar

Posted by admin on September 30th, 2010

Usahawan terkemuka Britain, Sir Richard Branson menyuarakan pandangan ikhlas beliau dengan mengecam konspirasi dan fitnah ke atas Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar fail), pengasas Kumpulan Virgin itu menyatakan isu yang menimpa Anwar telah merosak imej Malaysia dengan teruk di luar negara.

“Kenyataan Branson, dalam majlis khas di Kuala Lumpur kelmarin, tuntasnya senada dengan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh besar dunia,” kata beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Sebelum ini, Sheikh Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Taha Jabir Al-alwani, Maulana Ihsan Hendriks dan lain-lain tokoh mengecam perbicaraan berat sebelah kes konspirasi kedua ke atas Anwar.

Wan Azizah berkata, penekanan Branson mengenai keperluan Malaysia menjadi lebih terbuka wajar dipandang serius oleh pemerintah.

“Tatkala imej negara sekian lama dicemar dengan ketidakadilan, senario ini, jika dibiar berterusan, pastinya mengesani persepsi masyarakat dunia ke atas imej Malaysia.

“Justeru KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Branson itu dan diharap menjadi indikator jelas buat Umno-Barisan Nasional untuk melaksanakan reformasi sistem,” tegas beliau.

Beliau menegaskan, KEADILAN konsisten mempertahan prinsip kedaulatan undang-undang melalui sistem kehakiman yang telus dan saksama.

“Yang kekal dikecam ialah penyalahgunaan proses mahkamah dan memperalatkan jentera dan instrumen kerajaan untuk memfitnah sewenangnya,” katanya.


KL TODAY

SEJUTA TINGGALKAN NEGARA

Sejuta bakat, profesional 'lari' ke luar negara

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Penghijrahan hampir satu juta bakat termasuk separuh daripadanya adalah profesional tempatan ke luar negara perlu dipandang serius kerana ia boleh menjejaskan usaha untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020.

Kira-kira 300,000 rakyat Malaysia telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh 18 bulan sejak Januari 2008 berbanding 140,000 pada tahun sebelumnya.

Difahamkan kebanyakan mereka berhijrah ke Amerika Syarikat, Eropah terutamanya United Kingdom dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Aziz berkata, penghijrahan itu menyebabkan sektor-sektor ekonomi negara terutama dalam industri kewangan sukar mendapat bakat-bakat yang diperlukan.

Menurutnya, meskipun banyak alasan yang diberikan sebagai penyebab penghijrahan itu tetapi satu faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah tawaran gaji yang lebih lumayan.

Beliau berkata, profesional lepasan universiti dalam industri kewangan di Malaysia secara puratanya ditawarkan gaji permulaan sebanyak AS$750 (RM2,250) sedangkan di Indonesia golongan berkenaan boleh meraih AS$850 (RM2,618) dan Singapura AS$1,200 (RM3,696) sebulan.

''Jika perkara ini tidak diatasi segera, bagaimana kita boleh bersaing dengan negara-negara serantau ini?'' katanya pada sesi perbincangan di Forum CEO 2010 di sini hari ini.

Beliau turut membangkitkan kemerosotan prestasi universiti tempatan di kalangan universiti dunia.

''Universiti Malaya kini di tempat ke-42 berbanding 39 sebelum ini, begitu juga dengan Universiti Kebangsaan Malaysia di kedudukan ke-55 daripada 51.

''Sedangkan Singapura di tempat ketiga dan Amerika Syarikat di kalangan tempat lima terbaik. Jika begini bagaimana graduan kita mahu bersaing, setidak-tidaknya dengan Singapura, Indonesia dan Thailand,'' tambahnya.

Tengku Zafrul berkata, negara juga perlu mengkaji dan melihat semula mengapa negara ini semakin hilang daya saing dan ketelusan.

Buktinya, kata beliau, pada tahun 2008/09, Malaysia berada pada kedudukan ke-21 dalam aspek tersebut dan prestasi terus merosot di tangga ke-24 pada 2009/10, sedangkan negara pesaing terdekat, Singapura terus selesa di tempat keenam.

Selain itu, beberapa masalah lain perlu diberi perhatian termasuk masalah birokrasi dan fokus menangani perlakuan terlebih peranan serta tidak menggunakan sepenuhnya sistem berdasarkan merit.

KEINGINAN UMNO MENGEKALKAN KUASA ANCAMAN KESELAMATAN TERBESAR NEGARA



KUALA LUMPUR, 30 September - Sebuah laporan baru-baru ini oleh The Economist telah dipilih intrik dalam UMNO dan penetapan parti yang berkuasa untuk tetap berkuasa sebagai ancaman terbesar bagi kestabilan politik di Malaysia.

Laporan Economist Intelligence Unit negara itu juga menyatakan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan membuat keuntungan, tetapi adalah "tidak mungkin untuk mengumpul cukup kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan majoriti."

kestabilan Malaysia dalam tempoh lima dekad terakhir telah bergantung pada tiga "faktor memantapkan": (BN) syarikat Barisan Nasional yang memegang kuasa, kawalan ketat UMNO terhadap BN dan sokongan majoriti Melayu untuk UMNO, "kata majalah Perisikan Laporan Malaysia untuk Oktober.

Ini dicatat, bahawa ketiga tidak lagi yang diberikan, seperti yang ditunjukkan dengan menunjukkankekalahan BN di Pilihanraya 2008 dan menyapu banyak kerusi oleh Pakatan Rakyat sebagai satu yang bersejarah oleh pihak PR dari lima negara bahagian dan 82 kerusi parlimen.

"Para Mac 2008 pemilihan umum menunjukkan bahawa ketiga pengaruh telah melemah. Akibatnya, kuasa-kuasa ini mungkin terbukti tidak mampu menahan rangka politik negara bersama-sama di 2010-14, "kata laporan itu.

"Intrik-intrik politik di dalam UMNO, ditambah dengan tekad untuk tetap berkuasa di semua kos, sehingga merupakan ancaman terbesar bagi kestabilan politik di Malaysia."

Puak dalam UMNO telah terlibat dalam perjuangan untuk menentukan arah parti dalam beberapa bulan terakhir, menyusul usaha oleh pihak Presiden Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan reformasi pasaran-ramah.

Najib, yang juga perdana menteri, telah menghadapi pembangkang yang cukup besar dari unsur-unsur konservatif dalam partinya sendiri untuk reformasi yang kelihatan mengancam hak-hak istimewa Melayu.

Dia juga menghadapi perjuangan berat untuk menjual New Model Ekonomi (NEM) kepada masyarakat Melayu pada umumnya - respon yang telah hangat - dan telah datang di bawah serangan dari semakin berpengaruh kumpulan penekan Melayu seperti Kuasa.

Di atas itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus untuk mengkritik dari pinggir lapangan.

The Economist Intelligent Unit dalam Laporan itu juga meramalkan bahawa BN akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum berikutnya UMNO tidak boleh lagi bergantung kepada sokongan daripada "lebih terdidik, liberal Melayu kelas menengah", yang menyukai pembangkang.

"Keputusan pilihan raya kemungkinan besar sepertinya akan kehilangan lebih banyak dari kerusi untuk BN, sebagai golongan muda dan pemilih Melayu moderat - kecewa dengan skandal politik dan promosi yang kuat oleh UMNO terhadap nilai-nilai Islam - menolak untuk memberikan sokongan mereka, dan pengundi India dan Cina tetap enggan untuk kembali, "katanya.



TERJEMAHAN WRLR DARI MALAYSIAN INSIDER

ANTARA BANK ISLAM DAN BANK KONVENSIONAL

Bank guna nama Islam tindas pengguna

Posted by admin on September 30th, 2010



SEJAK AKHIR-AKHIR INI RAMAI MASYARAKAT YANG MEMPERSOALKAN TINDAKAN BANK ISLAM YANG DIANGGAP KETERLALUAN DALAM MENGAUT KEUNTUNGAN ATAS NAMA ISLAM.MARI KITA KAJI DAN DAPATKAN PANDANGAN ULAMA TENTANG HAL INI.


dari KL TODAY

Apabila sesuatu itu di buat atas nama Islam, ianya mestilah berasaskan kesucian dan berpandukan ajaran Rasullullah melalui Al-Quran dan Hadis. Melabelkan nama Islam, sebenarnya merupakan satu tanggungjawab besar untuk melaksanakan amalan-amalan keislaman itu sendiri. Mengapakah bank itu dinamakan Bank Islam atau sewaktu dengannya? Tidakkah Bank nama Islam terasa terpikul dengan nama Islam yang disandangnya. Melabel Islam tetapi tidak beridentitikan Islam adalah perbuatan yang ‘meloyakan’!

Kecualilah, orang-orang yang menubuhkannya mempunyai agenda perniagaan untuk mendominasi harta umat Melayu supaya melonggokkan wang mereka kepada institusi ’Islam’ ini kerana rata-rata orang Islam lebih mementingkan kesucian. Kita lihat sejauhmanakah perjalanan dan perlaksanaan sistem bank ’islam’ ini benar-benar islamik? Apakah bezanya antara bank berjenama Islam dengan bank-bank konvensional yang lain?

Mungkinkah hanya dengan penukaran istilah dari perkataan ’faedah’ kepada ’keuntungan’ misalnya, terus menjadikannya suci? Sejauhmana Bank Islam hanya berhujjah dangan isu BLR untuk memuliakan diri sendiri? Mungkinkah dengan ciri-ciri yang Bank ala Islam ini ada, menyebabkan ramai orang yang bukan Islam tidak tertarik dengan Bank Islam. Nampaknya mereka tidak segan silu boleh berkata..’ sama saja maaaa’.

Kadang-kadang kita harus memahami apa sebenarnya maksud ‘riba’. Oleh sebab itu, Bank jenama Islam cuba untuk lari dari riba dangan menukar istilah iaitu dari faedah kepada keuntungan. Atas istilah baru itu, apa sahaja bayaran yang lebih dikenakan bolehlah dihalalkan ikut suka hati.Sedangkan maksud sebenar riba adalah lebihan atau tambahan ( al-ziyadah) yang dikenakan ke atas pinjaman. Dan sebab utama riba (bayaran lebih) ini diharamkan adalah kerana Islam memandang ianya sebagai satu penganiayaan ke atas si peminjam, yang terpaksa menanggung jumlah bayaran balik yang jauh lebih tinggi dari apa yang dipinjamnya.

Sebagai contohnya, kalau dengan bank konvensional, meminjam RM100,000, bayar balik RM220,000, RM120,000 (bayaran lebih) itu adalah riba dan satu bentuk penganiayaan kepada si peminjam. Dengan Bank Islam atau bank yang sewaktu dengannya pula, pinjam RM100,000, bayar balik RM250,000, bayaran lebih RM150,000 (jauh lebih tinggi). Adakah ini bukan riba dan bukankah satu penganiayaan?Malahan ia dihalalkan oleh pakar-pakar ekonomi shariah kononnya yang disuap dengan gaji tinggi oleh pihak bank kerana mereka menjaga kepentingan pelabur-pelabur mereka.

Cuba kita fikir sendiri. Kita ada rumah bernilai RM100,000 dan nilai tersebut sudah pun disahkan oleh jurunilai berdaftar mengikut harga pasaran. Tapi bila kita beli rumah tersebut dari Bank Islam secara ansuran, Bank Islam cakap harga jualannya adalah RM250,000. RM250,000 itu berdasarkan nilai pasaran 30 tahun akan datang. Adakah kita rela atau menyumpah-nyumpah dengan Bank Islam kerana ‘mark-up’ harga tahap maut itu? Takkan kita nak niat sedekah pada bank yang sudah sememangnya kaya-raya.

Lazimya, Bank Islam berhujah, bahawa “harga kami adalah tetap”. Tidak kira apapun terjadi harga sudah ditetapkan. Disinilah apa yang berlaku apabila Bank Islam untuk membela diri dan menyucikan diri, tetapi sesuatu yang kita harus tanya, apakah jadi dengan harta, jika dilelong atau telah muflis?

Cara kiraan Bank Islam amatlah menyedihkan. Contohnya, katakan anda buat pinjaman RM100,000 dengan kadar 7.5% setahun untuk 30 tahun. Harga jualan bank islamik = RM 250,944. Sebulan anda bayar lebih kurang RM700 sebulan. Setahun, anda bayar RM8,400. 10 tahun anda bayar RM 84,000. Ditakdirkan, selepas 10 tahun, anda mengalami masalah kewangan dan tidak mampu bayar ansuran rumah lebih setahun. Rumah tersebut terpaksa bank lelong . Mengikut harga pasaran, rumah tersebut dinilaikan pada harga RM160,000. Tetapi kerana rumah itu dilelong pada harga murah, ia hanya dapat dijual pada harga RM 146,000 sahaja. Bank Islam akan buat pengiraan berdasarkan harga jualan yang sudah ditetapkan dari awal (RM250,944), tolak semua bayaran yang anda sudah buat selama 10 tahun (RM84,000) dan harga kutipan lelong RM146,000.

Oleh kerana anda gagal buat bayaran dan rumah dilelong, bank tidak akan beri anda rebet atau diskaun. Mereka caj harga penuh. Selepas ditolak semua bayaran, anda masih lagi berhutang kepada bank RM20,944. Mahkamah perintahkan anda bayar baki hutang pada kadar RM100 sebulan dan selagi ia tidak selesai, anda masih disenaraihitamkan dari kesemua institusi kewangan (CTOS) sampai mati.

Ini amat berbeza dengan bank konvensional (Bukan nak memuji bank konvensional, sekadar ambil perbandingan) apabila rumah anda dilelong, jumlah yang boleh dituntut oleh pihak bank, hanyalah setakat full settlement amountfull settelement value RM 97,000, anda masih dapat untung RM 49,000 dari harga lelong tadi. Memanglah anda kini takde rumah, tapi sekurang kurangnya anda tidak ditinggalkan dalam keadaan masih berhutang dengan pihak bank. Boleh juga mulakan hidup baru dengan menyewa dan selesaikan hutang hutang lain. selepas 10 tahun (RM 86,655) dicampur dengan tunggakan bayaran serta interest (katakanlah semua RM10,345). Dari harga lelong RM146,000, tolak

Kadang-kadang terfikir mana yang lebih zalim… Mengapa sesuatu yang dibuat atas nama Islam boleh mengolah sistem kewangan sezalim itu? Persoalannya juga adakah betul pelaksanaan shariah oleh mereka yang menggelarkan diri mereka pakar shariah yang dilaksanakan itu selaras dengan intipati Islam. Jika kembali kepada ajaran Islam sekalipun, Islam tidak menggalakkan berhutang dan jika berhutang pun, kaedahnya mudah tetapi dijadikan kaedah yang rumit oleh pakar-pakar ini. Hanya kita boleh berharap, hanya Allah tahu siapa yang benar. Jika pakar-pakar ini salah mentafsir ilmu muamalat Islam, biarkanlah mereka dimasak dalam api neraka jahanam.

Selain itu, selalunya Bank Islam akan berhujah atas nama BLR yang diamalkan dalam bank konvensional. Ramai rakyat tidak tahu apa makna BLR ini. Kadang-kadang orang-orang bank menakut-nakutkan pengguna dengan BLR terutama jika berulang lagi krisis ekonomi hanya untuk melariskan penjualan produk mereka yang belum tentu lagi halal di mata ALLAH!

Memang kita akui, kadar BLR akan berubah ubah dari masa ke semasa, tetapi ia tidak akan naik tidak tentu pasal. Jika ia dinaikkan, tentu ada sebab di sebaliknya. Sebagai contoh, tahun 1998 kadar BLR terpaksa dinaikkan kerana masalah manipulasi matawang ringgit di pasaran luar. Bila kadar pinjaman dinaikkan, ekonomi akan jatuh. Jika kita perhatikan, BLR naik pun tidak lama. Bank Negara Malaysia (BNM) pun tahu, kalau kadar BLR diletakkan tinggi, lama-lama orang tak mampu bayar loan dan mereka akan menderita. Akhirnya, kerajaan juga mendapat padahnya kerana kerajaan akan disalahkan kerana gagal menguruskan negara. Maka, bila kita lihat sekarang apabila kerajaan BN semakin kurang penyokongnya, mungkin rakyat kecewa dengan kerajaan BN kerana dasar-dasar silap ini. Oleh itu, janganlah sahaja menyalahkan pembangkang jika mulai hilang sokongan rakyat. Bila masalah ini berlaku, kadar pinjaman tidak berbayar ( non-performing loan) naik mencanak-canak. Selepas 2 tahun, kadar BLR jatuh kepada 6.8%, kemudian kepada 6.4% dan akhir sekali kepada 6.0%.

Hanya apabila harga petrol dinaikkan 30 sen, harga barang mula naik, inflasi juga mula naik. Untuk mengawal inflasi dan harga barang yang dikawal, maka BNM naikkan kepada 6.75% sekarang ini. Anda boleh refinance loan konvensional lama kepada loan baru yang menawarkan kadar lebih murah BLR , dengan FREE MOVING COST , tanpa ada yuran guaman. Pindah saja loan lama kepada bank baru yang menawarkan interest yang lebih murah. Malahan ada institusi kewangan yang sanggup beri fixed rate untuk loan konvensional sepanjang tempoh pinjaman seperti di AIA Assurance, Malaysian Building Society (MBSB), Citibank,CIMB Bank dan sebagainya. Mereka boleh offer 5.75%, 5.99%, 6% fixed rate loan,

Rasa-rasa mana yang lebih mahal? Pinjaman konvensional atau pinjaman yang didakwa islamik ala kepala pakar shariah Malaysia sendiri? Sekali lagi saya tegaskan, bukan untuk memuji bank konvensional, sekadar buat perbandingan, sahaja dan untuk melihatkan Bank Islam dan Bank konvensional tiada bezanya.

Ini satu lagi, produk Bank islam yang didakwa adil dan mencerminkan keislaman iaitu rebat( ibra’). Apakah itu ibra’? Ianya hanya sekadar gimik untuk sistem pinjaman Islam. Kita ambil contoh kaedah pengiraan ibra ini, berpandukan contoh pinjaman rumah tadi, setelah membayar pinjaman rumah selama 10 tahun (total payment RM84,000), nilai full settlement untuk pinjaman konvensional adalah RM 86,655. Anda bayar RM 84,000, hanya untuk mengurangkan baki pinjaman sebanyak RM 13,345.

Inilah yang orang dulu mengamuk, bayar punyalah banyak, tapi baki pinjaman baru berkurangan sikit. Kebanyakan bayaran selama ni, hangus sebagai interest (bayaran lebih) kepada bank sahaja. Ini yang banyak dijadikan modal oleh islamik bank untuk menjatuhkan sistem faedah oleh bank konvensional, kononnya tidak telus. Padahal, orang mengamuk sebab mereka tidak ada pengetahuan tentang sistem pengiraan pinjaman.

Kalau anda pakai pinjaman islamik, setelah bayaran 10 tahun RM84,000, anda buat full settlement, bank islamik akan tolak RM 84,000 dari harga jualan RM 250,944. Baki hutang sepatutnya RM 166,944. Tetapi oleh kerana anda selesaikan pinjaman awal, maka bank islamik minta bayaran RM 86,655 sahaja lah. Lagi RM 80,289 kira diskaunlah, rebet ibra’ dari bank islamik. Banyak tuh RM80,000 diskaun, mana nak dapat? Kan bank islamik bermurah hati.

Padahal, nilainya sama sahaja dengan full settlement loan konvensional. Tapi diwar-warkan seolah olah Bank Islam sangat bermurah hati bagi diskaun RM80,000. Sedangkan dari sudut teknikal, apabila anda selesaikan pinjaman lebih awal, pihak bank TIDAK BERHAK UNTUK TUNTUT INTEREST / PROFIT untuk baki tempoh pinjaman.
Mereka hanya berhak ke atas tempoh sebelum penyelesaian awal sahaja.

Cuba anda bandingkan sendiri, nilai early settlement dari pinjaman konvensional dan pinjaman islamik? Yang mana lebih murah? Kadangkala early settlement dari pinjaman islamik lebih tinggi sedikit dari yang konvensional kerana mereka kenakan penalti caj yang lebih tinggi. Untuk kepastian, cuba anda selidik sendiri dan semak betulkan ada diskaun seperti yang dinyatakan, atau sekadar GIMMIK SAHAJA? Yang menjadi masalah sekarang, pinjaman islamik tidak memgambil kira bayaran lebih yang anda lakukan untuk kurangkan profit yang dicaj ke atas loan anda. Ini berlaku terutamanya dalam pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Selagi pinjaman tidak dilangsaikan penuh, apa jua bayaran lebih tidak dikira untuk kurangkan total profit. Ini berbeza dengan loan konvensional di mana anda boleh bayar lebih untuk kurangkan baki pinjaman anda. Baki pinjaman berkurangan, interest yang dikenakan juga berkurangan.

Disini juga harus diingat, Bank Islam bukan penjual rumah, kereta atau barangan kedai. Mereka adalah insititusi yang beri khidmat kewangan dan khidmat kewangan mereka, banyak datang dari meminjamkan duit pelabur pelabur mereka kepada orang ramai. Yang kadang-kadang menjadi masalah, mereka mengenakan profit yang terlalu tinggi dari modal asal barang tersebut. Apabila si penjual mengenakan profit yang terlalu tinggi, ia mirip riba juga, iaitu riba al-Fadl. Ada dalil dari Al-Quran yang menyatakan, adalah haram bagi seseorang yang mengenakan riba (bayaran lebih) berlipat ganda.

Harus diingat juga, sistem ekonomi Islam bukan dibina dengan niat untuk membuat keuntungan semaksima yang boleh seperti sistem kapitalis. Ekonomi Islam mempunyai etika jual-belinya sendiri yang perlu kita patuhi dan etika ini menyarankan kita berbuat baik sesama orang lain, bukan menzalimi mereka. Tahukah kita ada beberapa sistem dalam Bank Islam ditiru dari bank konvensional. Contohnya, pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Mereka kata pinjaman Bank Islam bukan terjemahan dari pinjaman konvensional, tetapi jika kita selidik, kita akan dapati ianya ditiru bulat-bulat dari produk konvensional.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Ambil contoh pinjaman peribadi di sebuah bank A. Pinjaman ditawarkan pada 5.6% setahun sahaja untuk tempoh 5 tahun. Pinjam RM10,000, sebulan bayar RM 213 sahaja selama 60 bulan. Kononnya cukup murah 5.6%! Ramai orang tak tahu, 5.6% setahun itu bukanlah kadar sebenar pinjaman. Sebaliknya ianya adalah kadar nominal sahaja. Dalam erti kata lain, kadar pada nama sahaja. Pinjaman islamik meniru sahaja format pinjaman peribadi konvensional, yang gemar publishkan kadar nominal, dan bukannya kadar sebenar.Kadar sebenar untuk pinjaman tersebut, perlu anda rujuk mengikut kadar APR ( Annual Percentage Rate) dalam loan agreement anda. Itulah kadar sebenar pinjaman anda dan ia dinyatakan pada kadar 10.2% setahun.

Itulah, kadang-kadang kita pun tak tahu mengapa orang-orang Bank Islam tidak berterus terang dalam hal ini. Mereka ini tidak tahu ke atau mereka menganggap orang-orang awam tidak tahu apa-apa? Bagi saya, mereka tahu orang awam sudah tidak kisah lagi asalkan namanya Islam. Maka, jual apa-apa pun guna nama Islam, orang Islam tidak perlu tahu semua itu. Malangnya, bank-bank Islam ini tidak berterus-terang dan memperdayakan pengguna Islam jika benar ini adalah niat mereka.


Pinjaman kereta pula satu lagi masalah Bank Islam. Ramai penarik-penarik kereta ala samsing berlambak mencari senarai nama peminjam yang lambat bayar ansuran. Mengapa badan yang berasakan Islam boleh mengupah samseng tarik kereta, untuk mengugut peminjam peminjam yang bermasalah? Bila kereta dilelong, harga kereta jauh lebih rendah dari harga jualan pinjaman kereta. Si peminjam, sudahlah kena caj upah tarik kereta yang mahal, kemudian setelah kereta dilelong pun, masih menanggung hutang yang tidak habis sebab takde rebet. Berterusanlah si peminjam kena blacklist, menanggung hutang pinjaman kereta walaupun kereta sudah dilelong. Tetapi sebelum buat pinjaman kereta ini, cukup manis kata-kata mereka – pinjaman islamik yang telus dilakukan dengan akad sewa beli. Bila anda membeli kereta dengan skim pinjaman islamik mereka, anda umpama menyewa kereta dari mereka. Orang sewa kereta, kalau dah pulangkan, tidak perlu bayar sewa lagi. Tapi peminjam yang kereta sudah dilelong pun, masih kena blacklist dan tanggung hutang kadang-kadang sampai mati.

Artikal ini bukan hendak menjatuhkan Islam. Hanya sekadar hendak memberi sedikit penerangan supaya sistem yang sedia ada boleh dibaikpulih dan lebih berwajah Islam. Tidak guna menggunakan nama Islam tetapi sistem masih jahlliah dan penuh kezaliman. Biarlah Bank Islam didirikan atas dasar ingin membantu memajukan umah bukan untuk menindas ummah. Sampailah masanya, kerajaan harus bertindak membersihkan sistem Bank Islam atau sistem kewangan Islam. Apatah lagi dengan rekod Bank Islam yang telah mengalami kerugian. Mungkin, jika tidak diubah, orang Islam sendiri tidak akan dapat melihat kemuliaan dan kesucian Islam apatah lagi orang-orang bukan Islam. Sejarah telah banyak membuktikan bahawa dari tangan orang Islam sendiri yang banyak menjatuhkan Islam.

Perkara yang perlu kita sedar dan tanya sekarang, ADAKAH PELAKSANAAN BANK ISLAM SEKARANG ADALAH SAMA DENGAN YANG DILAKSANAKAN DI NEGARA-NEGARA ISLAM DI TIMUR TENGAH?
Saya yakin anda tahu jawapannya. Jika benar kita amalkan yang benar-benar Islam, sudah lama cita-cita kerajaan mahu jadikan Malaysia hub perbankan Islam terbesar di dunia sudah tercapai. Malangnya, sampai sekarang sudah ketinggalan di belakang Singapura dan Dubai. Jangan terkejut jika Tokyo dan New York sendiri yang lebih baik dan maju dari kita dalam perbankan Islam. Oleh itu, bagi mereka yang sedap duduk di kerusi Lembaga Shariah Bank Negara dan bank-bank komersil, hitunglah balik diri sendiri semoga anda tidak membawa dosa kekejaman anda memanipulasikan operasi pinjaman dengan menggunakan nama Islam ini di hari akhirat.

Wallahualam.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian KL-Today.com. Maka pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan selepas yang berlaku akibat tulisan berkenaan.


BATU API


Yang terima tu pun semunya ahli umno.....lepas tu berlakon kononnya tak mahu ambil....hangpa minta pada Musa tu.Berapa banyak dia sapu dalam projejk di perumahan Bandar Perda.




Bukan sahaja gagal untuk membantu orang melayu setelah 53 tahun memerintah dan setelah di berikan kepercayaan memegang 14 ADUN,Umno pulau pinang menghasut warga tua kononnya duit itu adalah duit judi.

Semasa diberikan kuasa,bukan sahaja mereka gagal membantu menghapuskan miskin tegar, namun ianya menjadikan elompok umno kaya raya.Bukan melayu kaya tetapi Umno kaya.
Dr Asri berkata, penggunaan wang hasil sumber perjudian untuk membantu orang miskin tidak menyebabkan wang yang diterima rakyat menjadi wang tidak halal.

Menurutnya, sekiranya penerima bantuan kemiskinan mahu menggunakan untuk berniaga, hasil pendapatan daripada perniagaan itu juga dikira halal.

“Transaksi itu dibuat atas tujuan ‘bantuan’, bukan atas judi. Kesalahan ditanggung kerajaan dan syarikat judi, bukannya rakyat,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8223765.asp