𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 5 Ahli Parlimen Kelab Penyokong Kerajaan (BBC)

 

𝐊𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 5 Ahli Parlimen

Kelab Penyokong Kerajaan (BBC)


𝐀𝐏𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐗𝐘 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓


Kami berasa kecewa dengan tindakan menyekat akses MyKHAS YB Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang. Beliau merupakan wakil rakyat kerajaan ketiga yang dinafikan hak untuk menguruskan peruntukan kawasan Parlimennya.


Sekali lagi, penyalahgunaan kuasa yang serius ini mendedahkan bagaimana Kerajaan Madani semakin mengaburkan sempadan antara parti dengan kerajaan, serta antara demokrasi dengan autokrasi.


Lebih serius lagi, apabila akses MyKHAS wakil rakyat yang dipilih disekat, tetapi pengurusan peruntukan kawasan diserahkan kepada individu atau “proxy” yang disenangi oleh Anwar Ibrahim.


Sejak bila seorang proxy yang tidak dipilih rakyat mempunyai mandat yang lebih besar daripada seorang Ahli Parlimen yang dipilih melalui pilihan raya?


Kami ingin mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tentang satu perkara yang sangat asas: Malaysia bukan milik Anwar Ibrahim. Kerajaan bukan rumah beliau. Peruntukan awam bukan wang poket parti mahupun Perdana Menteri.


Dalam sebuah keluarga, mungkin seorang ketua keluarga boleh memarahi anak yang tidak disukainya lalu menghalau anak itu keluar dari rumah.


Tetapi sebuah negara demokrasi tidak boleh ditadbir mengikut konsep “siapa saya suka, saya beri; siapa saya tidak suka, saya sekat.” Rakyat memilih Ahli Parlimen melalui peti undi, dan mandat itu wajib dihormati.


Kami juga ingin menegaskan bahawa peruntukan kawasan bukan hadiah daripada Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen.


Kalau Anwar Ibrahim tidak menyukai seseorang Ahli Parlimen, itu hak beliau. Namun, beliau tidak berhak menjadikan rakyat sebagai mangsa kepada ketidaksukaan politik tersebut. Lebih membimbangkan apabila wakil rakyat yang dipilih diketepikan, manakala wang rakyat pula diserahkan untuk diuruskan oleh proxy politik mengikut citarasa beliau.


Jika seseorang Ahli Parlimen melakukan kesalahan, siasat. Jika melanggar undang-undang, ambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Jika seseorang ahli parti melanggar tatacara parti, bawa ke Lembaga Disiplin dan ambil tindakan mengikut peraturan parti. Tetapi jangan sesekali menggunakan peruntukan rakyat sebagai senjata politik.


Sehubungan itu, kami menuntut Perdana Menteri menjawab secara terbuka perkara-perkara berikut:

1. Apakah peruntukan undang-undang, peraturan atau dasar yang digunakan untuk menyekat akses MyKHAS kepada ketiga-tiga Ahli Parlimen tersebut?


2. Apakah asas pelantikan Penyelaras Parlimen Ampang, iaitu Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, sedangkan Ahli Parlimen kerajaan di kawasan tersebut masih menjalankan tugas dan berfungsi?


3. Mengapakah seorang Setiausaha Politik dilantik sebagai Penyelaras Parlimen Ampang? Adakah tugas tersebut termasuk dalam skop tugas hakiki beliau, dan adakah beliau mempunyai kapasiti, masa serta tenaga untuk memikul tanggungjawab tambahan itu?


Anwar Ibrahim sendiri telah menghabiskan puluhan tahun memperjuangkan reformasi, keadilan, ketelusan dan menentang penyalahgunaan kuasa. Hari ini, prinsip-prinsip yang sama mesti terpakai kepada kerajaan yang beliau pimpin.


Reformasi tidak bermaksud mempolitikkan peruntukan rakyat dan menggantikan wakil yang dipilih rakyat dengan proxy pilihan sendiri. Demokrasi juga bukan sekadar meminta rakyat keluar mengundi setiap lima tahun, kemudian mengetepikan pilihan mereka apabila wakil yang dipilih tidak lagi disenangi oleh pemerintah.


𝗞𝗮𝗺𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘁𝗶𝗺𝗲𝘄𝗮.


𝗞𝗮𝗺𝗶 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝗿𝗶𝗻𝘀𝗶𝗽 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵: 𝗛𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗱𝗮𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.


YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang

YB Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Petaling Jaya

YB Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Ampang

YB Kesavan Subramaniam, Ahli Parlimen Sungai Siput

YB Zahir Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju






MALANGNYA MEDIA PH GAGAL COVER BALIK.


Che Ibrahim


Itulah dipanggil politik sentimen, penilaian dibuat berdasarkan sentimen, bukan prestasi. 


Media pun suka sensasikan isu sentimen berbanding prestasi, malangnya media kerajaan gagal untuk cover balik.





PELINGKUP DUIT NEGARA.

 

Bob Kelanang


Replying to gpds 2010

nahh aku tolong jawab kan! fakta is fakta, sekarang aku Tanya ko Bosskurr ada mana woii! Malu apa bosskUrr

bukann biashe biashe (BBB)




MAKSUD DIA MACAM NI..JOM BACA

 

Norman Daud



Tanaka Mustafa boleh terangkan sikit ayat "tanah ini buleh kat orang tu" apa maksudnya?






Bagi data dan fakta jelas supaya tuduhan tu valid. Jangan baling batu sembunyi tangan.


TANAH buleh kat orang tu macammana Tanaka?


macam PAS beri urusan TANAH lombong emas kepada China?


atau beri urusan TANAH ladang durian terbesar Kelantan kepada China?


atau macam Sanusi beri urusan TANAH  lombong REE Kedah kepada China?


atau macam Samsuri beri urusan TANAH lombong REE Terengganu juga kepada China?


atau macam PAS beri urusan kerja-kerja 

TANAH untuk bina KB Sentral kepada China?


"saya sokong PAS, tapi saya tak kisah PAS serah urusan TANAH tu kepada China, asalkan bukan DAP"


Ke kena guna ayat ni baru betul?




MAT MASLAN BAYAR JUGA RUPANYA.

 SERUPA TAPI TAK SAMA







Ahmad Maslan dibebaskan dari tuduhan selepas bayar kompaun RM1.1 juta kpd SPRM. 


Nicky Liow ditarik balik tuduhan selepas bayar kepada SPRM RM10 juta. 


Tapi melayu Islam (baca Pas dan UMNO) hanya ratib kes Nicky.





ISLAM ITU CARA HIDUP. PARTI POLITIK ITU BUKAN AGAMA. JANGAN CAMPUR ADUK.







“Saya Islam. Saya Melayu. Saya yakini Islam dan politik tidak boleh dipisahkan kerana politik Islam must be a lifestyle untuk menjadi Muslim yang total.” Baik.


Setakat mengatakan Islam ialah cara hidup, tiada masalah. Memang Islam bukan sekadar ibadah ritual. Islam menyentuh akhlak, ekonomi, keluarga, pendidikan, keadilan, amanah dan urusan masyarakat. Tetapi di sinilah akal perlu digunakan.


Islam itu prinsip. Parti itu pilihan. Jangan sampai pilihan parti dianggap sebagai sebahagian daripada akidah.


Islam bukan milik PAS. PAS juga bukan wakil tunggal Islam. Dan pemimpin yang bercakap atas nama Islam tetap manusia boleh benar, boleh salah, dan wajib dinilai.


Jangan sampai kerana mahu “Muslim yang total”, akhirnya akal pula dibuat separuh. Islam mengajar kita berlaku adil, amanah, tabayyun, menjaga maruah manusia dan menolak fitnah.


Jadi kalau semua itu prinsip Islam, mengapa apabila masuk politik, ukuran tiba-tiba bertukar?


Kawan buat salah “Tunggu bukti.” Lawan buat salah

“Nampak? Memang mereka jahat!”. Kawan berpeluk dengan orang yang dahulu dimusuhi “Strategi politik.”

Lawan bekerjasama dengan pihak lain “Pengkhianatan!”


Kawan berubah pendirian “Hikmah dan maslahah.”

Lawan berubah pendirian “Tak ada prinsip!”

Hebat juga fiqh politik ini. Hukum boleh berubah mengikut warna bendera.


Kemudian keluar pula istilah “Saya menolak menjadi BARUA HARBI jika menyokong PH-DAP.” Berhenti sekejap. Di mana dalil yang menjadikan setiap orang yang menyokong PH atau bekerjasama dengan DAP sebagai “barua harbi”?


Ini bukan lagi sekadar politik. Ini sudah menjadi permainan label yang cuba mengubah lawan politik menjadi musuh agama.


Dalam Islam, tuduhan bukan boleh dilempar sesuka hati hanya kerana kita tidak suka seseorang atau partinya.

Allah mengingatkan “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah...” al-Hujurat 49:6

Maka tabayyun dahulu.


Jangan nampak logo DAP terus nampak “harbi”. Itu bukan tabayyun. Itu tabayyun versi pintas nampak logo terus hukum. Lebih lucu apabila istilah harbi yang mempunyai konteks fiqh dan sejarah tertentu digunakan seperti pelekat politik untuk rakyat Malaysia.


Malaysia ini negara berperlembagaan. Rakyat hidup bersama sebagai warganegara. Ada Muslim, Buddha, Hindu, Kristian dan penganut agama lain.

Ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai kelompok.


Maka jangan ambil istilah fiqh daripada konteks peperangan klasik lalu dicampakkan sesuka hati kepada lawan politik dalam negara sendiri. Takut nanti fiqh siyasah berubah menjadi fiqh “siapa yang aku tak suka”.


Dan satu lagi. Kalau seseorang Muslim menyokong PH kerana percaya kepada dasar yang dianggap lebih baik, adakah automatik dia keluar daripada Islam?


Kalau seseorang Muslim menyokong PAS, adakah automatik dia menjadi lebih soleh daripada Muslim yang memilih parti lain? Tidak.


Pilihan raya bukan pertandingan menentukan siapa paling dekat dengan syurga. Ia adalah proses memilih siapa yang kita percaya mampu mentadbir negara dengan amanah, adil, kompeten dan bertanggungjawab.


Kalau mahu membawa Islam dalam politik, bawalah akhlak Islam sekali. Jangan hanya bawa takbir. Bawa keadilan. Jangan hanya bawa slogan perpaduan ummah.Bawa adab ketika berbeza pendapat.


Jangan hanya bercakap tentang dosa dan pahala.

Tunjukkan amanah apabila memegang kuasa. Jangan hanya mendakwa “politik adalah sebahagian daripada Islam”.


Tunjukkan politik yang benar-benar berakhlak dengan Islam. Sebab Islam tidak pernah mengajar “Kalau dia lawan politik aku, dia lawan Islam.” Itu bukan Islam.

Itu partisanisme yang sedang memakai kopiah.


Jangan sampai “Muslim yang total” akhirnya bermaksud: agama aku benar, parti aku benar, pemimpin aku benar — maka apa sahaja yang keluar daripada mulut mereka pun mesti benar. Itu bukan kesempurnaan beragama. Itu sudah menghampiri kesempurnaan taasub.


Muslim yang total bukan Muslim yang menyerahkan akalnya kepada parti. Muslim yang total ialah Muslim yang berani berkata “Kalau parti aku salah, aku kata salah.” “Kalau pemimpin aku zalim, aku tegur.” “Kalau lawan aku benar, aku akui.” “Kalau berita itu belum sahih, aku tidak sebarkan.” Itulah baru kesedaran Islam yang mempunyai ilmu.


Kerana akhirnya...

Islam tidak perlukan kita mengislamkan parti. Sebaliknya, parti politiklah yang mesti sentiasa diukur dengan nilai Islam.


Dan kalau benar mahu menjadi Muslim yang “total”...

jangan cuma total dalam menyokong parti. Total juga dalam berlaku adil. Dan paling penting jangan sampai Allahu Akbar di mulut, tetapi “parti aku akbar” di kepala. 


IBNU ALI





Nasihat kepada rakyat yang membaca]



Kata-kata orang politik yang sedang bercinta ini janganlah terlalu dipercayai. Pada waktu ini, ditungganglah dalil, ayat al-Quran dan kisah sirah. Tidak lama lagi, apabila keadaan sudah tidak menguntungkan politik mereka, dalil lain pula yang akan ditunggang.









Apabila membaca kenyataan TGHH, kelihatan begitu banyak falasi, antaranya:


1. Dalil al-Quran yang bersifat umum digunakan secara khusus untuk menyokong pendirian politik tertentu. Ini merupakan penyelewengan terhadap maksud al-Quran.


2. Maksud politik dan akidah dicampuradukkan sehingga dalil mengenai penentangan terhadap akidah digunakan seolah-olah sama dengan dalil mengenai perbezaan parti politik.






TGHH menggunakan ayat 217 Surah al-Baqarah, sedangkan ayat tersebut membicarakan isu akidah dan usaha memalingkan orang beriman daripada agamanya—bukan isu perbezaan parti politik. Demikian juga penggunaan Surah Ali ‘Imran, ayat 118–120.


Menjadikan ayat-ayat berkaitan ancaman terhadap akidah sebagai dalil untuk menentukan hubungan antara parti-parti politik yang berbeza ialah suatu penyelewengan terhadap konteks dan maksud ayat al-Quran.


3. Maksud al-Quran turut diseleweng apabila Surah al-Baqarah, ayat 29 dan Surah al-Mu’minun, ayat 115 digunakan secara khusus untuk menyokong gagasan ketuanan Melayu.


Sedangkan kedua-dua ayat tersebut sedang menerangkan keagungan dan kekuasaan Allah dalam mencipta langit, bumi serta seluruh kehidupan. Ayat-ayat itu menyatakan dengan jelas bahawa segala-galanya ialah ciptaan dan milik Allah.


Dunia ini, tuannya ialah Allah—bukan Melayu, Cina, India atau apa-apa bangsa dan keturunan. Itu maksud ayat al-Quran. 


---

Syihabudin Ahmad 

Rujuk kenyataan TGHH: https://www.facebook.com/photo/?fbid=1612527830231285&set=a.413267046824042





APA YANG TAK BERLAKU KETIKA DIA BERFATWA...? SOLAT DUA IMAM, NIKAH TIDAK SAH..MALAH MEMALI ?....





Zhuliadin Abdullah


 Gerakan suci, dia duduk dengan DAP maka DAP suci, boleh baca Al-Quran, dia duduk dengan Gerakan suci,


 Gerakan tak tolak Islam, MCA baik, lawan dia atau lawan PAS tidak beriman, dulu masa dia berlawan dengan UMNO berpuluh tahun, apa dia tak kata ke UMNO, apa dia tak fitnah ke UMNO? apa dia tak hukum UMNO? Kafir ke, munafik ke, tidak beriman ke , dajjal ke, musuh Allah yaaaaa Rob, ujian Allah SWT dengan orang agama yang bersikap seperti suci...



Apa tak berlaku dengan sebab amanat dia? Solat 2 imam, akad nikah dua kali? Pecah belah umat Islam dalam masyarakat yaaaaa Rob, bersaksikan lah dihadapan Allah SWT.... ramai yang menjadi saksi atas takfir yang berlaku antara ibu dan anak, anak dan ayah dan dalam masyarakat yaaaaa Rob





Kerajaan MADANI Lulus RM1.29 Juta Baik Pulih Institusi Pendidikan Islam Di Melaka – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah pada 7 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

MASJID TANAH, 7 Ogos – Sejumlah RM1.29 juta diperuntukkan Kerajaan MADANI bagi melaksanakan 13 projek penyelenggaraan dan baik pulih institusi pendidikan Islam (IPI), termasuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), di seluruh Melaka bagi tahun ini.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika berucap merasmikan Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah pada 7 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya, kerajaan pimpinannya prihatin terhadap nasib IPI termasuk sekolah pondok dan maahad tahfiz di seluruh negara yang sebelum ini terbiar tanpa peruntukan, selain pada masa sama menyeimbangkan bantuan kepada sekolah Cina dan Tamil.

Beliau berkata, peruntukan yang diluluskan itu membabitkan kerja membaik pulih infrastruktur asas pusat pengajian pondok dan tahfiz, menaik taraf kawasan sekolah, menurap semula kawasan rizab untuk dijadikan kawasan parkir, serta membaik pulih dan mengecat bangunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah pada 7 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, daripada jumlah itu, Madrasah Tahfidz Al-Quran Wal Qiraat, Kota Melaka menerima peruntukan terbesar sebanyak RM250,000 bagi projek pembaikan infrastruktur asas pusat pengajian pondok dan tahfiz.

“Turut menerima peruntukan ialah Sekolah Agama Rakyat (SAR) JAIM Durian Tunggal sebanyak RM140,000, SAR JAIM Tebong, Jasin (RM30,000), SAR JAIM Kampung Baru (RM50,000), SAR JAIM Serkam Darat (RM70,000) dan SAR JAIM Taman Maju, Jasin (RM100,000),” katanya ketika berucap pada program itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah pada 7 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; serta Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.

Anwar berkata, peruntukan turut diluluskan kepada SAR di Ayer Keroh iaitu SAR JAIM Tun Razak sebanyak RM65,000, SAR JAIM Batu Berendam (RM70,000) dan SAR JAIM Taman Tasik Utama (RM40,000) bagi kerja menurap semula kawasan sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah pada 7 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, bagi sekolah menengah Arab, Sekolah Menengah Arab JAIM Al-Asyraf Alor Gajah menerima RM65,000, manakala Sekolah Menengah Arab JAIM Assayidah Khadijah, Jasin menerima RM160,000 bagi kerja menurap semula kawasan sekolah dan kerja berkaitan.

“Selain itu, Sekolah Rendah Arab JAIM Tun Razak menerima peruntukan RM50,000 untuk kerja menurap semula kawasan sekolah, diikuti Sekolah Rendah Arab Pernu (RM200,000),” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah pada 7 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, Anwar menegaskan kerajaan akan terus berusaha menyantuni dan menjaga kepentingan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Jadi, untuk sekali lagi saya tekankan, bagi program dan bantuan kepada sekolah Cina dan Tamil, kita sudah tetapkan akan mengumumkannya di Kuala Lumpur dua minggu lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Karnival Gelombang MADANI di Kompleks Sukan Masjid Tanah pada 7 Ogos 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Negara ini kalau hendak aman, kita kena jaga semua. Orang Islam majoriti, maka kepentingan majoriti perlu diberi perhatian.

“Anak-anak sekolah pondok, maahad tahfiz, ramai yang terbiar, tidak ada bantuan, maka kita tingkatkan bantuan,” katanya.




Mak-mak ‘online’ terhibur respon bersahaja Anwar melayan mesej kanak-kanak minta cuti sekolah

 


Seorang ibu meluahkan rasa teruja selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas hantaran yang dikongsikannya di Threads mengenai mesej lucu anaknya kepada Perdana Menteri.

Menerusi hantaran itu, pengguna Threads fatyn_zamry berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar anaknya kepada akaun rasmi Anwar, meminta agar diberikan “cuti sekolah selamanya”.

Bersama perkongsian itu, wanita berkenaan turut memohon maaf sambil menjelaskan mesej tersebut dihantar oleh anaknya yang baru berusia 6 tahun.

“Assalamualaikum, minta maaf sangat-sangat PMX, anak saya main telefon. Dah reti menulis membaca, amboi terus memandai-mandai. Dia baru tabika,” tulisnya.

Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian Anwar yang membalas di ruangan komen Threads dengan nada berseloroh.

“Wassalam. Amboiii selamanya dia minta.

“Semoga jadi anak yang rajin baca buku dan pergi sekolah. Sampai hari cuti nanti pun dia nak pergi sekolah,” balas Perdana Menteri.

Respon balas itu membuatkan si ibu sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Anwar kerana sudi membalas mesej anaknya walaupun sibuk.

“Ya Allah.. PM saya minta maaf sekali lagi jika anak saya nakal, saya pun tak tahu macam mana dia terfikir nak PM Perdana Menteri.

“Apapun terima kasih sudi reply dalam kesibukan, terima kasih banyak atas doanya. Aamiin Ya Mujib,” katanya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada para ibu yang rata-rata terhibur dengan telatah kanak-kanak berkenaan serta jawapan bersahaja Perdana Menteri.

Ramai turut berseloroh bahawa permintaan “cuti sekolah selamanya” itu mungkin mewakili impian kebanyakan orang dewasa juga, manakala ada yang memuji Anwar kerana meluangkan masa membalas mesej rakyat.





‘Berniaga apa macam ini?’ – PM persoal hasrat Felda jual aset di bawah nilai belian

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyediakan laporan lengkap berhubung cadangan penjualan sebuah hotel milik agensi itu.

Ia susulan dakwaan agensi itu menjual asetnya pada harga jauh lebih rendah berbanding harga pembelian asal.

Memetik Bernama, Anwar enggan menandatangani dokumen kelulusan jualan tersebut selepas mendapati hotel berkenaan mahu dijual pada harga 100 juta pound Britain, sedangkan ia dibeli oleh pengurusan terdahulu pada harga 160 juta pound Britain.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan cadangan penjualan yang merugikan itu memandangkan warga peneroka Felda masih berdepan pelbagai kesukaran hidup dan memerlukan bantuan kerajaan untuk menambah baik kemudahan asas.

“Felda ini di bawah jagaan saya. Dua bulan lepas, pengurusan Felda datang minta saya tandatangan untuk penjualan hotel ini. 

“Saya kata, nanti sekejap, ini berniaga apa macam ini? Jual harga rendah daripada sewaktu beli. Jadi saya tidak tandatangan. Saya kata, cari balik siapa yang buat kerja itu, buat laporan.

“Orang Felda, peneroka susah. Saya pergi kunjungan, dia (peneroka) kata hendak pendingin hawa, sekolah mahu baiki, pendapatan tak cukup. Tapi ini Felda pula (penjualan merugikan) senang-senang sahaja hilang,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan bersama ATM di Kem Terendak hari ini.




Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, ulama Kelantan pesan Malaysia jangan ulang kesilapan sama

 


Ulama terkenal dari Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki Hafizahullah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membiarkan kebencian, perpecahan dan sikap ekstremis merosakkan keamanan negara seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

Berkongsi pengalamannya menetap selama 24 tahun di negara Arab, beliau berkata kehancuran yang berlaku di beberapa negara di Timur Tengah berpunca apabila rakyat berpecah serta berperang sesama sendiri.

“Saya hidup 24 tahun di negara Arab, lihat negara Arab di Yaman, Syria, Libya, mereka berperang sesama sendiri kerana sikap ekstremis.

“Tidak ada sifat belas antara satu sama lain, bermaaf-maafan,” katanya dalam tazkirah khas di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka semalam.

Sedutan rakaman tazkirah itu kemudian dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial.

Sehubungan itu, Syeikh Wazir, 78, mengingatkan rakyat supaya menghargai nikmat keamanan dan kemakmuran yang dinikmati Malaysia, selain terus mempertahankan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.

Menurut ulama tradisional pondok berkenaan, Malaysia turut dipandang tinggi oleh masyarakat luar termasuk warga Arab yang menyifatkan negara ini sebagai “syurga dunia” lantaran aman dan makmur.

“Orang Arab yang datang ke Malaysia, mereka kata Malaysia ini syurga dunia.

“Yang datang sini dari negara Arab, tidak mahu balik, nak tinggal di sini sebab kita aman dan makmur,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menegur kewujudan sifat kebencian sesama umat Islam serta terhadap masyarakat bukan Islam yang tegasnya bercanggah dengan ajaran agama.

“Walau kita berlainan kaum tetapi dasar kita adalah sama sahaja.

“Tapi kadang-kadang kita sesama sendiri ada sifat kebencian orang Islam sesama Islam dan terhadap bukan Islam. Ini semua bercanggah dengan ajaran Allah,” katanya.

Beliau menyeru rakyat menjaga sebaik-baiknya nikmat keamanan yang dikurniakan kepada Malaysia sambil menegaskan bahawa perpaduan akan membuka ruang kepada lebih banyak rahmat dan kemakmuran.




MELALUT DAH HADI AWANG NI....NAK HABIH UMOQ DAH KOT. DOSA KENA INGAT JUGA..

 

Hadi tuduh DAP sambung kerja penjajah ‘hapus Melayu Islam’ walau dulu pernah bersama DAP

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyerang keras DAP dengan menuduh parti itu memimpin Pakatan Harapan (PH) untuk menyambung kerja penjajah yang bertujuan melemahkan kedudukan Melayu dan Islam di negara ini.

Dalam tulisan Minda Presiden Pas hari ini, Hadi turut mendakwa DAP mendominasi PH, manakala pemimpin Melayu daripada PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) menjadi pihak yang mempertahankan parti tersebut.

Namun, dalam tulisan sama beliau sendiri mengimbau sejarah Pas pernah duduk semeja dengan DAP apabila kedua-dua parti bersama Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia membentuk Barisan Alternatif bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 1999.

Hadi berkata kerjasama itu akhirnya berakhir selepas berlaku pertentangan mengenai agenda negara Islam dan pelaksanaan syariat yang diperjuangkan Pas.

Ahli Parlimen Marang selama 32 tahun itu berkata, DAP kekal dengan pendirian Malaysia sebagai negara demokratik sekular berasaskan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam hujah panjang berjelanya, pemimpin Perikatan Nasional (PN) itu turut mengaitkan struktur masyarakat majmuk Malaysia dengan dasar penjajah British selain mendakwa orang Melayu sengaja dilemahkan dari segi pendidikan, ekonomi dan politik.

Menyingkirkan

Beliau kemudian menuduh PH dan DAP mengambil beberapa langkah yang boleh melemahkan kedudukan Islam, bahasa Melayu serta institusi Melayu, termasuk membangkitkan isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

“PH yang dikuasai oleh DAP telah mengambil beberapa langkah yang terbuka bagi meneruskan agenda penjajah yang bertujuan menyingkirkan Islam dan Melayu.

“Tercetusnya kenyataan dan tindakan yang secara terbuka mencabar kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, memperlekehkan kedudukan Raja-raja Melayu yang dihilangkan kedaulatannya oleh penjajah, melemahkan kedudukan bahasa Melayu yang dinobatkan menjadi Bahasa Kebangsaan, membela golongan yang murtad dalam kalangan penganut Islam dan memberi tekanan kepada mereka yang memeluk Islam, serta menentang langkah pelaksanaan syariat oleh beberapa buah kerajaan negeri.

“Malah, mereka juga meletakkan kalangan bukan Islam, khususnya daripada DAP dalam kementerian penting yang menjadi ancaman kepada Melayu dan Islam, serta merancang agenda politik seperti mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain,” kata Hadi.

Pakaian Islam

Malah, dakwanya, PH bersama DAP menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa kaum bagi menyingkirkan bahasa Melayu yang telah menjadi bahasa perantaraan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

“DAP juga meletakkan calon Islam di kawasan Melayu sehingga berwajah pakaian Islam, di samping calon bukan Islam oleh parti-parti lain dalam komponen Pakatan Harapan.

“Akhirnya, DAP yang mendominasi Pakatan Harapan secara terbuka itu mendedahkan perjuangan sekularismenya yang ekstrem dan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkannya.

“Konsep ini mengandungi teori luar tabii yang menentang fitrah ketetapan Allah tentang kewujudan bangsa,” ujarnya.

Pada masa sama, Hadi mengemukakan formula politik baharu dengan menyeru kepada penyatuan Melayu Islam, yang menurutnya perlu dimulakan melalui kerjasama PN bersama BN.

Malah, beliau secara khusus menyebut gabungan Pas, Umno dan Parti Wawasan Negara (Wawasan), selain NGO Muafakat Nasional (MN), sebagai antara blok yang perlu digerakkan bagi membentuk penyatuan politik Melayu Islam.

Dalam masa sama, Hadi menolak dakwaan bahawa kemenangan BN dan PN bersifat perkauman, sebaliknya menegaskan bahawa sokongan masyarakat Melayu kepada parti-parti berkenaan berasaskan pegangan terhadap Islam dan kepimpinan Melayu.

Besan kepada bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli itu seterusnya menegaskan pendiriannya bahawa Melayu Islam perlu terus memimpin Malaysia dalam kerangka masyarakat majmuk.

Tegas Hadi lagi, masyarakat Melayu merupakan pihak yang bertoleransi terhadap kaum lain.

“Semua orang wajib menerima hakikat bahawa Melayu adalah tuan punya tanah air ini mengikut ketetapan Allah Tuhan semesta alam.

“Allah telah menetapkan supaya umat Islam melaksanakan tugas masing-masing walau di mana pun bumi tempat berpijak,” katanya diikuti petikan dan terjemahan ayat 29 dari Surah al-Baqarah.