Skandal TH 2014-2017: Jawab spin Lim Sian See bab RM8.5 Billion.

 


SYAM GHAZ




Kamu tersilap konsep perakaunan dengan menganggap RM4.1 bilion (defisit) dan RM12.6 bilion (kerugian pelaburan) sebagai dua angka berasingan yang bertambah mengikut masa.


1. RM12.6 bilion itu adalah JUMLAH BESAR KESELURUHAN kerugian pelaburan (rosot nilai/impairment) yang berlaku sepanjang tahun 2014-2017. Angka ini disahkan sendiri oleh Laporan RCI.


2. RM4.1 bilion pula adalah DEFISIT BERSIH pada hujung tahun 2017. Kenapa defisit cuma RM4.1 bilion sedangkan rugi pelaburan mencecah RM12.6 bilion? Kerana pengurusan lama menggunakan akaun kreatif (creative accounting). 


Mereka mengubah polisi rosot nilai dan menggunakan kaedah RAV (nilai aset boleh realisasi) untuk menyembunyikan baki kerugian RM8.5 bilion tersebut daripada masuk ke dalam buku akaun rasmi bagi tahun 2017.


3. Ke mana perginya RM8.5 bilion itu? Ia tidak pergi ke mana-mana dan bukan kerugian baharu selepas 2018. Ia adalah baki 'sampah' pelaburan lama yang disembunyikan dalam akaun. Apabila Pelan Pemulihan TH dibuat, 'sampah' RM12.6 bilion ini terpaksa dibuka semula: RM10.0 bilion dibersihkan melalui pemindahan aset ke SPV (Urusharta Jamaah), dan RM2.6 bilion lagi terpaksa diserap secara berfasa dalam akaun TH sehingga akhir tahun 2025.


Jadi, RM8.5 bilion itu bukan kerugian era baharu, tetapi nilai manipulasi akaun lama yang akhirnya terpaksa diiktiraf secara rasmi demi menyelamatkan duit pendeposit daripada hangus.


4. Kalau betul tiada manipulasi rosot nilai pelaburan bernilai RM12.6 bilion yang diwarisi dari zaman BN, kenapa TH boleh isytihar untung RM3.4 bilion pada tahun 2017 sedangkan audit standard MFRS membuktikan TH rugi bersih RM1.4 bilion pada tahun tersebut?




No comments: