Senarai ahli parlimen yang sokong supaya Tun Mahathir letak jawatan

NEWS

Breaking News : Here Are The List of 101 MPs That Is Supporting Anwar Ibrahim & Wants Tun Mahathir To Resig:The Coverage.com






Senarai ahli parlimen yang sokong supaya Tun Mahathir letak jawatan
PERLIS (tiada)
KEDAH (8)
Kulim Bandar Baharu – Menteri (PKR)
Kubang Pasu – Timbalan Menteri (PPBM)
Pokok Sena – Timbalan Menteri (AMANAH)
Sungai Petani – Pengerusi BBC (PKR)
Merbok (PKR)
Alor Setar (PKR)
Kuala Kedah (PKR)
Padang Serai (PKR)
PENANG (10)
Bagan – Menteri (DAP)
Tanjong – KM Pulau Pinang (DAP)
Bukit Mertajam (DAP)
Batu Kawan (DAP)
Bukit Bendera (DAP)
Jelutong (DAP)
Bukit Gelugor (DAP)
Bayan Baru (PKR)
Balik Pulau (PKR)
Permatang Pauh (PKR)
PERAK (14)
Parit Buntar – Menteri (AMANAH)
Gopeng – Timbalan Menteri (PKR)
Lumut – Timbalan Menteri (AMANAH)
Teluk Intan – Timbalan Speaker (DAP)
Bagan Datuk – Ketua Pembangkang (PPBM)
Taiping (DAP)
Padang Rengas (UMNO)
Sungai Siput (PKR)
Batu Gajah (DAP)
Ipoh Barat (DAP
Ipoh Timur (DAP
Beruas (DAP)
Kampar (DAP)
Tanjung Malim (PKR)
SELANGOR (17)
Pandan – Timbalan Perdana Menteri (PKR)
Shah Alam – Menteri (AMANAH)
Kuala Selangor – Menteri (AMANAH)
Kota Raja – Menteri (AMANAH)
Puchong – Menteri (DAP)
Subang – Menteri (PKR)
Sungai Buloh – Timbalan Menteri (PKR)
Sepang – Timbalan Menteri (AMANAH)
Damansara (DAP)
Hulu Selangor (PKR)
Selayang (PKR)
Hulu Langat (AMANAH)
Bangi (DAP)
Subang (PKR)
Petaling Jaya (PKR)
Kapar (PKR)
Klang (DAP)
WILAYAH (7)
Seputeh – Menteri (DAP)
Segambut – Timbalan Menteri (DAP)
Cheras (DAP)
Kepong (DAP)
Setiawangsa (PKR)
Bukit Bintang (DAP)
Lembah Pantai (PKR)
MELAKA (2)
Tangga Batu (PKR)
Kota Melaka (DAP)
NEGERI SEMBILAN (5)
Port Dickson – Bakal PM (PKR)
Seremban – Menteri (DAP)
Rasah (DAP)
Rembau (UMNO)
Tampin (AMANAH)
JOHOR (12)
Simpang Renggam – Menteri (PPBM)
Kulai – Timbalan Menteri (DAP)
Iskandar Puteri (DAP)
Segamat (PKR)
Sekijang (PKR)
Labis (DAP)
Ledang (PKR)
Bakri (DAP)
Kluang (DAP)
Tebrau (PKR)
Pasir Gudang (PKR)
Johor Bharu (PKR)
PAHANG (4)
Raub – Timbalan Menteri (DAP)
Kuantan – Timbalan Menteri (PKR)
Temerloh – Timbalan Menteri (AMANAH)
Bentong (DAP)
TERENGGANU (1)
Besut (UMNO)
KELANTAN (1)
Gua Musang (UMNO)
SABAH (8 )
Kota Kinabalu (DAP)
Putatatn (PKR)
Keningau (STAR)
Ranau (PKR)
Tenom (DAP)
Sandakan (DAP)
Tawau (PKR)
SARAWAK (12)
Selangau – Menteri (PKR)
Mas Gading (DAP)
Kuching (DAP)
Sibu (DAP)
Stampin (DAP)
Puncak Borneo (PKR)
Lubok antu (PKR)
Saratok (PKR)
Sarikei (DAP)
Julau (PKR)
Lanang (DAP)
Miri (PKR)

HISHAMUDDIN PARASIT, AZMIN PEROSAK PH.KEDUANYA HARUS DIAMBIL TINDAKAN.



Dalam suatu tindakan cepat dan pantas, Lembaga Disiplin UMNO dilaporkan akan menyiasat perbuatan sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang mengadakan perjumpaan sulit dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, malam tadi.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Apandi Ali berkata, siasatan itu dilakukan berikutan pihaknya menerima aduan berhubung pertemuan yang menjadi perbualan ramai itu.
Selepas siasatan, tambah beliau, tindakan sewajarnya akan diputuskan berkenaan dengan perkara tersebut.
Sebagaimana yang ditulis dalam posting sebelum ini, tindakan Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu memang suatu kesalahan kerana mereka mengadakan pertemuan sulit dengan pihak musuh tanpa pengetahuan atau memaklumkan kepada parti.
Lebih daripada itu, jika ada perkomplotan yang sedang dirancang melalui pertemuan sulit di kediaman Azmin itu, bererti mereka juga sedang mensabotaj UMNO yang ketika ini telah bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional.
Maka itu, tindakan disiplin, secara logiknya, tidak dapat lagi dielakkan untuk dikenakan kepada Ahli-Ahli Parlimen terbabit, terutama terhadap Hishammuddin Hussein yang dipercayai ketua kepada kumpulan Ahli-Ahli Parlimen terbabit.
Membiarkan mereka terus bebas tanpa tindakan akan lebih membahayakan masa depan UMNO kerana mereka ini bila-bila masa boleh menjual diri kepada pihak musuh demi mengejar kepentingan peribadi serta menjadikan impian BN bersama Muafakat Nasional untuk menjadi kerajaan musnah sama sekali.
Sebagai bekas pemimpin kanan UMNO, perbuatan ini, khususnya oleh Hishammuddin umpama parasit yang mahu memusnahkan masa depan parti sendiri.
Tetapi, bagaimana dengan Azmin yang menganjurkan pertemuan sulit di kediamannya itu?
Walaupun Tun Mahathir sebelum ini mengatakan penggantinya tetap Anwar Ibrahim dan bukan Azmin, tindakan beliau menganjurkan pertemuan sulit dengan Ahli-Ahli Parlimen UMNO di rumahnya itu seolah-olah suatu cubaan untuk menggagalkan peralihan kuasa yang sememangnya merupakan konsensus PH sejak sebelum PRU14 lagi.
Kalau bukan berkomplot, untuk apakah pertemuan itu diadakan?
Bermakna, tindakan Azmin adalah suatu kesalahan disiplin kerana bukan saja mengengkari konsensus PH, malah cuba untuk menggagalkannya.
Sekaligus, Azmin melalui tindakan terbarunya ini terang-terangan mahu memecah-belahkan PH dan menjadikan kedudukan kerajaan tidak lagi diyakini rakyat.
Dalam hal ini, jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas mahu memastikan PH terus stabil sebagai gabungan yang menguasai kerajaan serta jujur kepada janji konsensus peralihan kuasa kepada Anwar, beliau mesti tiada halangan untuk sesuatu tindakan diambil terhadap Azmin.
Kalau Tun Mahathir cuba mempertahan, mempengaruhi atau melindungi Azmin, sebagaimana Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dilindungi dalam kes video Haziq, bermakna pada tanggapan ramai, Perdana Menteri mungkin dalang di sebalik semua permainan ini.
Persoalan utama, mengapakah Tun Mahathir membiarkan saja pertemuan itu diadakan dan tidak cuba menasihatkan Azmin agar tidak meneruskan pertemuan tersebut?
Lantaran itu, oleh kerana kesalahan Azmin adalah serius iaitu cuba menggagalkan peralihan kuasa, engkar kepada konsensus, serta bertindak ke arah memecah-belahkan PH, beliau semestinya perlu diambil tindakan disiplin atas perbuatannya itu.
PKR, dalam hal ini, boleh memulakan siasatan dan kemudian mengenakan tindakan disiplin keatas Azmin, sebagaimana UMNO sudah mengesahkan akan menyiasat Hishammuddin.
Kenyataan Anwar bahawa pihaknya akan meminta penjelasan Azmin tidaklah memadai dan seseorang mesti membuat aduan kepada Lembaga Disiplin PKR.
Berdasarkan situasi dan perkembangan terbaru sekarang ini, Hishammuddin dan Azmin, kedua-duanya adalah parasit dan perosak kepada masa depan UMNO dan Muafakat Nasional serta juga kepada PKR dan PH.
Hishammuddin dan Azmin tidak boleh dibiarkan terus berada dalam UMNO dan PKR dan tanpa mereka, kedua-dua parti akan jadi aman serta selamat meneroka pilihan yang dipersetujui demi masa depan masing-masing. (ShahbudinHusin 19/11/2019)

Bermulanya pengakhiran atau permulaan baharu buat Pakatan Harapan


Oleh Liew Chin Tong
(Pengarah Pendidikan Politik DAP, Pengerusi DAP Johor, Timbalan Menteri Pertahanan)
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan DAP yang telah berusaha gigih untuk berkempen bagi calon Pakatan Harapan, Haji Karmaine Sardini. Jasa bakti anda terhadap usaha tersebut sangat luar biasa; dan saya tahu bahawa kekalahan ini telah meruntun hati anda semua.

Kekalahan besar di pilihan raya kecil Tanjung Piai adalah suatu persimpangan untuk politik Malaysia. Seakan-akan suatu gempa bumi.

Kita dengan rendah hati menerima kekalahan itu dan menghormati keputusan demokratik orang ramai.
Seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin-pemimpin negeri parti komponen (Syed Ibrahim Syed Noh dari PKR, Aminolhuda Hassan dari Amanah, Mazlan Bujang dari Bersatu, dan saya sendiri); kita harus kembali ke meja rundingan dan mengkaji semula dasar-dasar, pendekatan dan prestasi Pakatan Harapan dan juga kerajaan.

Saat yang lebih sukar kini bermula. Kita harus memahami apakah pengajaran yang didapati daripada keputusan undian kerana ia akan memberi implikasi besar kepada tindakan-tindakan selanjutnya. Setiap tindakan akan mengundang reaksi dan akibat selanjutnya.

Kekalahan yang dahsyat ini akan sama ada menjadi permulaan kepada pengakhiran kerajaan Pakatan Harapan, atau memberi peluang untuk bermula semula ke arah yang lebih baik.

Oleh yang demikian, majlis makan malam penghargaan ini adalah sesi pertama bagi saya dan kepimpinan negeri untuk mendengar pendapat anggota-anggota parti, pasca PRK Tanjung Piai.

Kepimpinan DAP akan menjelajah negeri Johor dan seluruh negara untuk mendengar pendapat bagi merangka langkah-langkah ke hadapan. Saya percaya, kepimpinan Pakatan Harapan juga akan turut mengadakan jelajah yang sama.

Saya berharap supaya jelajah oleh para pemimpin akan berhasil mendapatkan suatu bentuk tawaran baharu dan kerangka perubahan untuk dilaksanakan pada tahun 2020 bagi mengembalikan keyakinan umum.

Bahaya yang sedang dihadapi kerajaan Pakatan Harapan ialah kewujudan pendapat bahawa gabungan ini tidak dapat diteruskan dan mesti ditukar secepat mungkin.

Gabungan UMNO-PAS akan berhujah bahawa Muafakat Nasional, dengan MCA sebagai rakan kongsinya, adalah model yang lebih baik berbanding kerajaan sekarang, dengan memainkan antipati dalam kalangan orang Melayu terhadap DAP. Di sebalik sana, MCA pula akan terus berhujah bahawa DAP telah menjual dirinya kepada Bersatu.

Bingkai perkauman sedemikian adalah berbahaya dan telah terbukti di PRK Tanjung Piai bahawa kita tewas di kedua-dua kelompok Melayu dan bukan-Melayu, malah jalan tengah juga boleh dikalahkan.

Kini kita harus mencari suatu tujuan bersama. Kita mesti menerima bahawa kebangkitan demokratik pada 9 Mei 2018 bererti semua orang kini merasakan mereka mempunyai hak demokratik untuk memilih siapa sahaja, dan mereka bukanlah deposit tetap siapa-siapa. Hampir semua orang adalah pengundi ‘swing’.

Kita memerlukan naratif Malaysia bagi meyakinkan semua kumpulan etnik bahawa mereka tidak terkepung dan diserang. Kegagalan untuk mengajukan sebuah naratif Malaysia yang jelas akan membolehkan para pempengaruh yang telah terbebas untuk membentuk pengaruh dan pendapat secara perkauman yang telah mencetuskan kemarahan melampau di kedua-dua kelompok Melayu dan bukan-Melayu.

Semoga kita dapat memahami pengajaran yang tepat daripada kekalahan ini dan bermula semula, selain mencipta tawaran-tawaran baharu bagi kerajaan Pakatan Harapan dan juga negara. – Roketkini.com

*Ucapan di majlis penghargaan untuk sukarelawan kempen DAP bagi pilihan raya kecil Tanjung Piai pada 17 November 2019

‘Tamparan Tg Piai’ mesej pada PH untuk tunai janji manifesto



Rakyat menghantar mesej kepada kerajaan supaya menunaikan janji manifesto, demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulas kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada Sabtu lalu. 

“Apa yang rakyat mahu lihat adalah bahawa kita kena menunaikan janji-janji yang kita telah buat. Oleh itu, saya rasa adalah penting bahawa PH memberi tumpuan untuk menunaikan janji-janji tersebut seperti mana yang digariskan dalam manifesto pilihan raya PH.

“Saya yakin kalau kita berusaha bersungguh-sungguh, rakyat akan membuat penilaian sendiri, dan membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan PH,” katanya seperti dipetik Bernama. 

Beliau berkata selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara SME Bank Bhd, Malaysia Rail Link Sdn Bhd and China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) pada Isnin.

Calon MCA, Wee Jeck Seng berjaya merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai yang dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu dalam pertandingan enam penjuru. 

Jeck memperolehi 25,466 undi, diikuti calon PH, Karmaine Sardini dengan 10,380 undi; calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wendy Subramaniam (1,707); calon Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (850), serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32).

PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung. –


TAMPARAN TANJUNG PIAI



Oleh Wan Hamidi Hamid
Kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dikatakan menjadi pengajaran agar gabungan pemerintah ini bangun daripada tidur yang panjang. Kata orang putih ini adalah satu “wake-up call”.
Persoalannya, selepas ia bangun, apa yang PH akan lakukan?
Masyarakat Malaysia masih terpisah dari sudut pemikiran berasaskan kaum, seolah-olah setiap kumpulan etnik mempunyai falsafah pemikiran yang berbeza walaupun tekanan ekonomi dan kos sara hidup yang mereka alami hampir sama.
Jadi, jawapan kepada persoalan di atas adalah berbeza mengikut tekanan kaum atau peer pressure kumpulan etnik masing-masing.
Pemikiran berasas kaum
Bagi kebanyakan orang Melayu, PH mesti lebih prihatin dengan keperluan dan kehendak kaum majoriti tersebut. Ini bermakna apa yang PAS dan UMNO semboyankan selama ini adalah benar – hak, keistimewaan dan perlindungan terhadap orang Melayu selama ini masih tidak cukup, dan perlu diperluaskan lagi.
Hakikatnya ialah apabila Melayu diutamakan, ia mengurangkan hak dan perlindungan kepada bukan-Melayu. Ini asas ekonomi. Jika ini adalah jalan pilihan PH selepas Tanjung Piai, politik kaum dan agama politik akan meningkatkan tahap ketegangan antara rakyat.
Apatah lagi apabila serangan PAS-UMNO terhadap PH turut bertujuan menimbulkan keraguan dan kebencian terhadap menteri serta pemegang jawatan kanan yang bukan-Melayu semata-mata kerana mereka bukan-Melayu.
Bagi kebanyakan orang bukan-Melayu pula, PH perlu lebih prihatin dengan keperluan mereka yang sekian lama dipinggirkan. Ramai antara mereka percaya hak mereka semakin ditekan dek politik kaum dan agama, dan mereka mahu ruang kebebasan yang lebih selesa serta hak-hak asas seperti yang disarankan dalam Manifesto PH dalam pilihan raya umum 2018.
Dari sudut kaum, janji pengikitrafan UEC, pengenalan tulisan Jawi, kematian anggota bomba dalam pergaduhan kuil di Selangor, penangkapan suspek LTTE, cadangan dan bantahan ICERD telah menimbulkan ketegangan. Setiap isu tersebut disokong oleh majoriti satu kaum dan dibantah pula oleh majoriti kaum yang lain.
Wira sesuatu kaum menjadi musuh besar untuk kaum yang satu lagi. Parti yang didominasi satu kaum dibenci oleh parti majoriti kaum yang satu lagi. Inilah dilema rakyat Malaysia yang tidak berkesudahan.
Lembabnya perubahan
Dalam keadaan ini PH dilihat terlalu lembab bergerak dan tidak banyak melakukan usaha untuk mengurangkan tekanan hidup rakyat. Dari sudut ekonomi, walaupun Cukai Barangan dan Jualan (GST) dihapuskan, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pula dikembalikan. Untuk jutaan pengguna, ini tidak dirasai meringankan beban mereka. Ini membuatkan rakyat marah kerana janji meringankan beban hidup, khususnya untuk anak muda, dilihat gagal dilaksanakan dengan baik.
Begitu juga dengan janji menghapuskan tol secara berperingkat yang semakin tidak jelas sama ada ia akan berlaku atau tidak. Soal akses kesihatan juga tidak menampakkan kesan besar, malah melalui laporan media, ia masih berkisar dengan soal penjagaan kesihatan awam atau meluaskan peluang perniagaan untuk hospital swasta.

Calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini. (Dua dari kiri)
Reformasi politik pula masih di takuk lama kerana banyak undang-undang yang mengongkong atau peruntukan zalim dalam undang-undang yang mahu dihapuskan masih wujud.
Namun tidak adil jika dikatakan PH gagal dalam semua usaha melaksanakan manifestonya. Kebanyakan janji 100 hari pertama pentadbiran telah ditunaikan. Malah, usaha menyelesaikan skandal 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji telah ditangani dengan baik dan masih dalam proses pembaikan.
Begitu juga usaha melaksanakan proses yang menjamin ketelusan amalan kerajaan, dan melawan rasuah dalam pentadbiran termasuk proses tender terbuka yang merupakan kejayaan kerajaan PH.
Politik emosi
Tetapi sikap dan perasaan manusia tidak mudah untuk diyakinkan dengan fakta dan perangkaan. Emosi menjadi penentu kepada rakyat dalam menilai sesuatu.
Buat masa ini, PAS-UMNO serta konco-konco mereka dalam gabungan Muafakat Nasional yang membawa ideologi “Melayu terancam” mempunyai daya pujukan, tuntutan dan seruan yang berjaya meyakinkan orang Melayu. Kaedahnya mudah sahaja – menimbulkan ketakutan di kalangan Melayu bahawa mereka akan hilang kuasa di bawah pentadbiran PH kerana adanya DAP yang mereka sifatkan sebagai hantu yang mengancam orang Melayu.
PRK Tanjung Piai mengukuhkan kepercayaan mereka apabila MCA yang menentang hudud dan menolak tulisan Jawi telah mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan PAS-UMNO. Malah dengan tanpa segan silu MCA berganding bahu dengan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini bertarung di mahkamah atas puluhan tuduhan jenayah, rasuah dan salah guna kuasa.
Sehubungan itu, paduan kemarahan Melayu dan Cina digabungkan untuk “mengajar” PH yang disifatkan ramai sebagai berada di alam khayalan dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Mereka seolah-olah tidak peduli dengan pucuk pimpinan UMNO yang sarat dikenakan tuduhan rasuah di mahkamah.
Pasca-PRK
Namun, kembali kepada persoalan asas, iaitu apa yang perlu PH lakukan selepas bangun daripada tidur, akan mendapat pelbagai jawapan daripada pimpinan yang mungkin kabur atau kurang jujur.
Banyak yang akan menyalahkan orang lain, menuding jari ke arah lain. Tiada siapa yang akan mengaku bertanggungjawab, meminta maaf dan meletak jawatan. Mungkin kerana ia bukan budaya politik Malaysia.
Jika itulah hasilnya dalam beberapa minggu ini, kemarahan rakyat tidak akan reda. Walaupun rasa bengang itu berbeza asasnya – iaitu bukan-Melayu marah kerana pimpinan PH dikatakan tidak peduli dengan keperluan bukan-Melayu manakala Melayu marah kerana PH tidak peduli dengan tuntutan Melayu – kesannya sama sahaja, iaitu mereka semua marahkan PH.
Fenomena ini pula bukan baru kerana ia pernah berlaku kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila semua kaum marah terhadapnya dalam PRU 2008 akibat gagal menunaikan janji-janji manisnya yang dibuat dalam PRU 2004. Sedangkan kemarahan mereka terpisah mengikut emosi kaum masing-masing.

Suasana ceramah Pakatan Harapan di Tanjung Piai
Sama ada PH bangun atau tidak selepas PRK Tanjung Piai, bagi gabungan parti pemerintah, masalah kaum dan tuntutan berasaskan kaum/agama akan selamanya menjadi duri dalam daging bagi mana-mana kerajaan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentunya akur tentang kemelut ini.
Bagi Wee Jeck Seng pula yang kembali menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai selepas tewas dalam PRU 2018, beliau perlu menunaikan janji-janjinya dalam PRK tersebut termasuk menghantar beribu-ribu warga emas di kawasannya menunaikan umrah. Jika gagal, dia mungkin dihumban keluar oleh pengundi yang semakin berani dalam era pentadbiran PH.
Bagi calon Bersatu-PH yang kalah, Haji Karmaine Sardini, beliau boleh kembali menjadi imam masjid di Johor pada bila-bila masa kerana gabungan Melayu-Islam PAS-UMNO telah menendangnya keluar untuk memberi laluan kepada MCA. – Roketkini.com
*Artikel ini kali pertama disiarkan di

AHLI PARLIMEN umno KHIANATI PRESIDEN DAN MUAFAKAT NATIONAL



Sekumpulan Ahli Parlimen UMNO yang dipercayai diketuai bekas Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein dikesan mengadakan perjumpaan sulit malam tadi di kediaman Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Pertemuan itu dikatakan bukan saja untuk menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad untuk terus berkhidmat dengan lebih lama, malah bertujuan memintas peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, seterusnya menjadikan Azmin sebagai Perdana Menteri dan Hishammuddin Timbalan Perdana Menteri.
Walaupun diberitakan 30 Ahli Parlimen UMNO dijemput menghadiri pertemuan itu, tetapi hanya 17 saja yang hadir, manakala Ahli Parlimen PKR yang turut bersama ialah seramai 5 orang.
Ini memperlihatkan seolah-olah hanya Ahli Parlimen UMNO yang terhegeh-hegeh menjaja diri kepada Azmin, sementara Ahli Parlimen PKR sendiri semakin menjauhi Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu lantaran semakin hilang keyakinan terhadapnya.
Ia antara lain berpunca setelah seorang lelaki yang mirip sepertinya didapati “menjadi isteri” kepada Haziq Abdullah Abdul Aziz dalam video hubungan sejenis yang tersebar luas sejak beberapa bulan lalu.
Video tersebut yang diakui tulen, tetapi tidak dapat dikenalpasti pelakunya oleh pihak polis, walaupun beberapa pakar luar negara mengesahkan salah seorangnya adalah Azmin, sehingga ini masih terperap dalam siasatan yang tidak selesai-selesai dan dipercayai kerana ada pihak tertentu sedang melindunginya.
Berlakunya pertemuan sulit melibatkan Ahli Parlimen UMNO dengan Azmin malam tadi adalah sesuatu yang memalukan parti itu sebenarnya.
Ini kerana ia berlaku hanya dua hari selepas BN mencapai kejayaan cemerlang di Tanjung Piai yang memperlihatkan sokongan rakyat sudah kembali semula kepada BN dan dirasakan oleh pelbagai pihak mempunyai peluang cerah untuk menang dalam PRU15 akan datang.
Berkomplotnya mereka dengan Azmin untuk memintas urusan peralihan kuasa yang pada hakikatnya merupakan urusan dalaman PH, tidak lain bererti mereka juga sedang cuba menggagalkan Muafakat Nasional yang disokong oleh Pas.
Perkara ini bertentangan sama sekali dengan tindakan Hishammuddin yang dilihat menghabiskan banyak masa berkempen di Tanjung Piai untuk memenangkan BN.
Seolah-olahnya perubahan sokongan rakyat kepada BN yang membuatkan Tun Mahathir terkejut tidak bermakna apa-apa bagi Ahli Parlimen UMNO itu.
Apakah keutamaan Hishammuddin bersama 17 Ahli Parlimen UMNO itu sebenarnya – sama-sama menyokong Muafakat Nasional untuk kembali berkuasa menjadi suatu realiti atau lebih mengejar mimpi sendiri yang belum pasti?
Dalam konteks yang lain, tindakan Ahli-Ahli Parlimen UMNO berkenaan mengadakan komplot dengan Azmin yang merupakah kroni utama Tun Mahathir di ketika Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak sedang bergelut membela diri di mahkamah, juga merupakan perbuatan khianat kepada kedua-dua pemimpin tersebut.
Nampaknya Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu bukan saja tiada lagi kesetiaan kepada Presiden sendiri, malah juga kepada parti tempat mereka bernaung.
Yang dikejar mereka jelas hanyalah untuk kembali berada dalam kuasa dengan sandaran keutamaan dan kesetiaan mereka adalah kepada Hishammuddin.
Dengan ini, dalam usaha memastikan Muafakat Nasional tidak menjadi sia-sia, apakah UMNO hanya akan berdiam diri saja terhadap perlakuan curang Ahli-Ahli Parlimen yang diketuai Hishammuddin itu? (ShahbudinHusin 19/11/2019)