Politik seks — Kamarulzaman Abdullah

Politik seks — Kamarulzaman Abdullah

23 MAC — Sekali lagi kita digemparkan dengan video pendedahan mengenai aktiviti seks seorang ahli politik.

Heboh seluruh negara dengan video tersebut.
Media arus perdana memainkan isu ini sepanjang siang dan malam.
Mungkin mereka (baca: media) terlupa anak-anak kecil yang sedang membesar turut menonton warta berita di televisyen.

Penat lelah golongan ibubapa apabila diminta menjelaskan mengenai “liwat”, “sodomi” dan “China Doll”.
Kerajaan kelihatan “seronok benar” kerana mungkin akan mendapatkan keuntungan politik daripada pendedahan mengenai aktiviti seks ini tanpa memikirkan kesan jangka panjang terhadap masyarakat.
Cuba fikirkan, apa kena mengena aktiviti seks seseorang dengan kehidupan masyarakat?
Jika benar sekalipun, mengapa pekung seseorang itu mahu dihebahkan semata-mata untuk mendapatkan keuntungan politik?

Bukankah aktiviti seks itu hak peribadi dan tiada kena mengena dengan permasalahan orang ramai?
Rakyat Malaysia perlu jelas mengenai perkara ini.

Masalah moral biarlah diuruskan oleh individu itu sendiri dan bukan tugas negara untuk menguruskannya.
Sudah sampai masa Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan untuk menjadi lebih matang.
Pisahkan urusan peribadi dengan permasalahan orang ramai.


DAP bongkar jumlah terbaru pemegang IC “bermasalah” di Sabah

DAP bongkar jumlah terbaru pemegang IC “bermasalah” di Sabah


KUALA LUMPUR,  MAC: DAP menemui 7,475 lagi pengundi meragukan di Sabah membabitkan pemilik Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang diberi taraf warganegara dalam satu siasatan yang dilakukan terhadap senarai daftar pemilih terkini suku keempat 2012.

Penemuan itu adalah pembongkaran terbaru setelah pendedahan mengejutkan wujudnya 60,000 pengundi, pemegang kad pengenalan ‘bermasalah’ oleh Penolong Pegawai Pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Negara, Bahagian Kad Pengenalan Sabah dan Sarawak yang didedahkan dalam RCI Sabah.

Menurut Pakar Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming, kehadiran senarai panjang pengundi meragukan itu memburukkan lagi keadaan untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Saya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan satu siasatan bersama bagi memastikan pemegang Kad Pengenalan Merah dan Kad Pengenalan Hijau yang mendapat taraf warganegara dan layak mengundi melalui proses yang betul.

“Kalau mereka didapati mendapat taraf warganegara melalui proses yang meragukan, kita desak SPR keluarkan mereka daripada senarai daftar pemilih,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Kian Ming, kebanyakan pengundi “Merah” dan “Hijau” yang mendapat taraf warganegara dan layak mendaftar sebagai pemilih ditempatkan di kerusi yang mempunyai ramai pemegang kad pengenalan “bermasalah”.

“Antara kawasan yang mempunyai peratus teramai pemegang kad pengenalan “bermasalah” ialah di Parlimen Silam (P188) sebanyak 12.1 peratus, Parlimen Tawau (P191) 17.7 peratus dan Parlimen Kalabakan (P191) mencatatkan 22.8 peratus,” jelasnya. – Roketkini.com

Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular

Semakin lambat bubar, BN semakin tidak popular


1. Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi. Terasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.

2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].

3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.

4. Selesema bubar ini bukan hanya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat berair hidung tetapi penyokong Barisan Nasional juga mula bersin tidak menentu. Mereka pun naik hairan kenapa PM masih "keras kepala" tidak mahu membubarkan kabinet dan lebih penting tidak mahu mengisytiharkan tarikh pembubaran itu lebih awal.

5. Menurut pengamatan saya, semakin lama keadaan ini berlangsung, rakyat makin bosan dan muak dengan sikap PM. Tanda tanya terus bersarang dalam kepala mereka, kenapa PM masih tidak mahu membubarkan kabinet ? Apakah PM hilang keberanian ? atau PM tidak bersedia menghadapi kemungkinan ? Apakah UMNO masih lemah ? masih kronik kah pertelagahan dalaman BN ? Makin lama, makin banyak tanda tanya itu timbul dibenak rakyat.

6. Fenomena ini sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat. Dimana rakyat seperti mula menghidu kelemahan besar yang sedang dilindungi oleh Barisan Nasional menyebabkan PM sehingga kini dilihat tidak bersedia mengisytiharkan tarikh pilihanraya meskipun terdapat beberapa buah negeri terpaksa bubar secara automatik kerana tamat tempoh.

7. Mahu saja saya mencadangkan agar PM juga tidak perlulah isytihar tarikh bubar sebaliknya biarlah ia bubar sendiri secara automatik menjelang 28 April nanti. Sementara itu PM boleh cipta sejarah. Malah ia sangat baik untuk Pakatan Rakyat terus menghimpit Barisan Nasional ketepian gelanggang dan rakyat akan terus meng"booo" mereka atas kegagalan membubarkan kabinet pada masa yang tepat dan sesuai.

8. Saya sendiri tidak tahu, kesempatan bagaimana lagi yang ditunggu oleh PM setelah pelbagai langkah popular telah diambil oleh beliau untuk memenangi dan membeli hati rakyat. Apa lagi yang lebih besar dari BR1M yang menelan kos puluhan jutaan ringgit. Himpunan ulamak dan umarak telah selesai, Himpunan sejuta belia pun sudah. Terbaru himpunan wanita juga sudah diselesaikan. Buku Rosmah juga telah dilancar. Ilham apa lagi agaknya yang ditunggu oleh PM, melainkan rakyat semakin cuak dan give up menunggu dan menanti. Penantian itu satu penyeksaan.

9. Saya kira, rabu depan bersamaan 27 Mac 2013, YAB PM bolehlah memanggil mesyuarat terakhir kabinet seperti rutinnya dan sebelum itu, YAB PM naik mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan tarikh bubar kabinet. Sejurus selesai mesyuarat kabinet, PM boleh segera umumkan kepada rakyat pembubaran kabinet bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh PRU ke 13. Saya kira, rakyat masih mampu bersabar menanti tarikh 27 Mac ini.

10. Jika 27 Mac 2013 ini, YAB PM masih tidak bersedia untuk bubarkan kabinet. Saya boleh gambarkan wajah - wajah rakyat negara ini yang semakin cuak dan muak dengan game UMNO dan BN. Wajah kusam yang tension dalam penantian. Mungkin penyokong BN sendiri akan boring dengan situasi seperti itu. Sehari dua ni pun sudah ada gerakan kempen BP1M [Bubar Parlimen 1 Malaysia]. Andai ia masih berlarutan,
kempen ini akan membesar dan saiznya akan mencetus gelombang baru yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN dan PM sebagai kerajaan dan pemerintah yang tiada keyakinan diri. Justeru itu, kepada YAB Perdana menteri, dengarlah nasihat saya, bubarlah segera dan paling lewat 27 Mac ini. Jika tidak, YAB PM akan berdepan dengan situasi yang lebih sukar. Percayalah !



Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM




Samseng Umno cuba kepung bas Jelajah Merdeka Rakyat

Samseng Umno cuba kepung bas Jelajah Merdeka Rakyat


JOHOR BAHARU 24 MAC: Sekumpulan samseng Umno cuba mengganggu perjalanan bas Jelajah Merdeka Rakyat dengan mengepung kenderaan itu yang menuju ke Kampung Melayu Majidee di sini, malam tadi.

Perbuatan liar sekumpulan samseng bermotosikal itu dilakukan kira-kira 400 meter dari lokasi ceramah di kampung berkenaan, sekitar jam 11 malam.

Bagaimanapun, mereka dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran hampir 30 anggota polis berhampiran tapak ceramah.


8da91cd893de11e2b01422000aaa05b1_7Ketika berpidato depan hampir 10,000 penduduk tempatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang mengawal keselamatan di kawasan itu.

“Terima kasih semua anggota polis yang datang, mereka pun tau dah ramai samseng (Umno),” kata Ketua Umum KEADILAN itu.

Sebelum ini, kunjungan Anwar bersama bas berkenaan ke Johor kerap diganggu samseng Umno yang bertindak liar melempar batu atau cat merah.

Terbaru, sekumpulan samseng yang sebahagiannya memakai baju tertera logo BN membaling batu dan kayu ke bas Jelajah Merdeka Rakyat mengakibatkan beberapa cermin kenderaan, pecah.

Kejadian dua minggu lalu itu berlaku di Bukit Katil, Melaka, negeri yang terletak bersebelahan Johor.
(FZL)