KESIHAN PAS....
Waktu Hadi jadi MB Ganu sepenggal puluhan tahun dulu, kerajaan umno Bn rampas hak royalti minyak dari Teregganu dan kelantan. Teruk Umno Bn kena maki hamun oleh lebai waktu itu bahkan siap buat solat hajat lagi mengadu kepada Allah. Ada doa 'K.O' Umno di stadium Kota Bharu selepas solat hajat.
Allah makbulkan doa mereka. Pada PRU14, Umno Bn dikuburkan oleh PH. Di bawah kjaan PH, hak royalti minyak dikembalikan semula kepada Kelantan dan Tganu. Mewah seketika pak lebai hingga dapat beli kereta Merz baru, khabarnya.
Tiba-tiba pak-pak lebai ni gali semula kubur Umno dan berpakat untuk menyertai gerombolan pengkhianat yang mahu rampas mandat rakyat di Putrajaya melalui "Langkah Syaiton (Sheraton)". Lebai pilih umno yang bertahun menzaliminya sebagai kawan untuk jatuhkan PH sebagai kerajaan yang memulangkan hak royalti minyak kepada mereka.
Bila kerajaan PH jatuh, naik kerajaan tanpa mandat rakyat iaitu kerajaan PN. Lebai dapat upah jadi menteri dan banyak lagi jawatan yang boleh kembungkan poket jubah mereka. Waktu itu, lebai mula lupakan Umno pula. Dituduhnya Umno ada kluster mahkamah dan berbagai lagi.
Jatuh pula kerajaan si sembab hasil kerja Umno puak Zahid. Pak lebai dah jadi serbalah, mana satu nak sokong? PN atau Bn? Akhirnya main dua kolam atau dua jantina 'khunsa". Maka, beradalah lebai dalam pakej kerajaan yang ada kluster mahkamah, kleptokrat, puak semburit dan banyak lagi. Apa yang penting ada jawatan dan kedudukan buat lebai.
Tingkatkan cabutan judi tidak penting. Tiada akta RUU 355 juga tidak mustahak. Kes arwah Adib tidak lagi diminati. Isu arak? Tak kisah bahkan ada jenama baru Timah diluluskan di era kerajaan lebai. Hudud? Isshh...itu bisikan syaitan...
Itulah lebai penjual agama....
WFAUZDIN NS
LETAK LAH SAPA PUN SEBAGAI MENTERI AGAMA JUDI TETAP 22 KALI...TAK MALU KE DAP KE ?
Letaklah ulamak sebagai duta khas bertaraf menteri. Letaklah lebai sebagai menteri agama dan timbalan menteri. Letaklah Jamil Khir sebagai penasihat menteri. Namun, judi tetap kekal kpd 22 kali cabutan. Waktu PH kerajaan, tak perlu menteri agama bersuara pun tapi menteri DAP selaku menteri kewangan telah kurangkan cabutan judi dari 22 kali kepada 8 kali saja. Maksudnya apa? Maksudnya ada lebai ramai-ramai pun di situ hanya untuk habuan politik je..
W.FAUDZIN
KISAH ADINGAN TIGA ABDUN
Adegan
Tiga Abdul politik Malaysia
Oleh FAIZ FADZIL / November
28, 2021
Antara filem Allahyarham
Tan Sri P. Ramlee yang saya cukup minat adalah filem Tiga Abdul. Filem
ini penuh dengan adegan lucu dan banyak pengajaran kepada kita umat Melayu
dalam menjaga keharmonian keluarga dan kasih sayang adik-beradik.
Abdul Wahab dan Abdul
Wahib, dua orang abang yang tamak menafikan harta Abdul Wahub, tetapi ayah
mereka bijak menyimpan rizab harta di luar negeri untuk Abdul Wahub.
Setelah 57 tahun
berlalu, filem Tiga Abdul ini mengingatkan saya kepada politik
negara hari ini. Plot Tiga Abdul ini seolah-olah muncul
kembali dengan adanya tiga parti di pihak kerajaan hari ini iaitu Umno, Bersatu
dan Pas.
Bersatu dan Umno adalah dua
pemain layar utama yang merampas kerajaan tanpa pilihan raya yang mempermainkan
undi rakyat dalam PRU ke-14 lalu kerana tamakkan kuasa, manakala Pas ibarat pak
turut yang gilakan kuasa.
Watak
ini sedikit berbeza dengan filem Tiga Abdul kerana
Abdul Wahub adalah insan ‘innocent’ dan ‘decent’ berbeza dengan Pas. Namun,
plot utama filem ini ada persamaan dari sudut perebutan harta pusaka. Hari ini,
ketiga-tiga parti berebut harta rakyat. Rasuah dan penyelewengan terus berlaku
sejak zaman pemerintahan Umno sehinggalah Bersatu.
Pemimpin
hidup mewah, rakyat semakin menderita. Tetapi sebahagian rakyat masih ada yang
belum sedar, leka dengan pemberian RM1,000 wang prihatin dan melihat kekayaan
pemimpin seperti menonton filem sahaja.
Jika
rakyat sedar adegan dua darjat dalam politik negara hari ini bukan ‘fiction’,
sudah pasti mereka akan marah. Kenapa tidak, “aku dapat seribu ringgit, mereka
dapat seribu juta”. Walhal gaji mereka sudah berpuluh ribu ringgit.
Berbalik
kepada filem Tiga Abdul, yang membuatkan saya tertarik
adalah wang royalti Kelantan yang ditarik balik dan dijadikan wang ihsan. Zaman
PH, rakyat Kelantan dijaga baik dengan pemberian wang royalti sebanyak RM400
juta.
Jika wang itu dibeli Mercedes
sekalipun, ia tetap okey, sekurang-kurangnya untuk pemandangan rakyat Kelantan.
Rakyat pula dihidangkan ‘teh tarik’, itupun sudah cukup membuatkan sesetengah
rakyat Kelantan bersyukur kerana menurut pak menteri, ianya lebih baik daripada
mandi di sungai. Dalil ini diterima tanpa was-was.
Apabila
Umno dan Bersatu menjadi kerajaan sekarang, ditarik balik wang royalti ini dan
diganti dengan wang ihsan. Pas sugul menerima wasiat ini kerana Pas takut
hilang kuasa di Pusat.
Jika
di zaman Dato’ Asri Muda dulu, Pas menarik diri daripada kerajaan Pusat
disebabkan kerana perintah darurat di Kelantan. Inilah semangat jantan Pas
ketika itu yang menjaga rakyat Kelantan.
Tetapi
kini Pas sudah tidak jantan lagi. Yang boleh selamatkan hak rakyat Kelantan ini
adalah rakyat sendiri. Sepertimana filem Tiga Abdul, bapa mereka
(Ismet Ulam Raja) yang bijak menyimpan harta luar negeri untuk Abdul Wahub.
Namun,
dalam politik negara hari ini, watak Ismet itu tidak wujud, tetapi
kebijaksanaan Ismet itu yang perlu diikuti rakyat Kelantan. Petroleum itu hak
bumi Kelantan. Jadi, orang Kelantan berhak belaka menuntutnya.
Janganlah
berdiam diri lagi. Cukuplah kalian ditindas. Jangan sampai ‘mu kena jual’
sepertimana adegan di plot-plot terakhir filem Tiga Abdul.
*FAIZ FADZIL merupakan Jawatankuasa
Pimpinan AMANAH Nasional merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang
Pasir, Pulau Pinang.
DUA DUA TAK BOLEH PAKAI. JAMIL KHIR BUKAN ADA KES KAH DULU. RASANYA RAKYAT TAK LUPA LAGI
Jika tak yakin dengan
Idris kerana dia PAS, tukar saja dengan Jamil, PM diberitahu
-
November 28, 2021
Ketua Umno Kedah Jamil Khir Baharom dilantik sebagai penasihat
dalam hal ehwal agama kepada Perdana Menteri walaupun Idris Ahmad sudah
dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kira-kira tiga
bulan lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen mempersoalkan rasional
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, menambah kos dengan melantik seorang lagi
penasihat walaupun beliau sudah mempunyai menteri yang mampu melaksanakan
tanggungjawab sama.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, berkata pelantikan Ketua Umno
Kedah Jamil Khir Baharom sebagai Penasihat Agama dilakukan ketika negara
berdepan krisis ekonomi.
“Adakah
Ismail tidak menaruh kepercayaan kepada Jemaah Menteri untuk memberi maklum
balas yang diperlukan, atau adakah mereka langsung tidak kompeten?
“Sekiranya, mereka tidak mampu menunjukkan
prestasi baik, sekurang-kurangnya mereka mempunyai pegawai yang boleh memberi
nasihat kepada Perdana Menteri, justeru, ia hanya membuktikan Ismail tidak lagi
yakin dengan sesiapa pun dalam Kabinetnya,” katanya.
Lim berkata, Ismail sudah melantik Idris Ahmad
sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama, kira-kira tiga
bulan lalu.
“Jika beliau tidak lagi yakin dengan Idris
kerana dia daripada PAS, Perdana Menteri patut menukarnya dengan Jamil,”
katanya.
Lim mahu Ismail dan Idris memberi penjelasan
dengan situasi yang berlaku selepas mengambil kira perbelanjaan yang akan
ditanggung, terutama ketika negara berdepan kekangan fiskal meruncing.
“Ketika Covid-19 masih menjadi isu kesihatan
global, termasuk inflasi, yang sebahagian besarnya disebabkan isu domestik yang
memerlukan masalah itu ditangani segera oleh Ismail,” katanya sambil merujuk
kepada dapatan Jabatan Statistik, baru-baru ini, yang mendedahkan inflasi
negara sedang meningkat.
“Inflasi menyebabkan nilai ringgit menurun,
justeru mengakibatkan peningkatan harga barang.
“Jadi, Ismail sepatutnya menggantikan semua
tiga penasihat dengan pasukan penasihat ekonomi yang berwibawa demi membantu
kerajaan kembali meletakkan negara ini di landasan terbaik,” katanya.
Bulan lalu, Azalina Othman Said, dilantik
sebagai penasihat kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal undang-undang dan hak
asasi.
Dalam jawapan bertulis kepada Parlimen bulan
ini, Menteri Tugas-Tugas Khas Abdul Latiff Ahmad, turut menyatakan Ismail juga
mempunyai penasihat khas dalam isu kesihatan, namun identitinya tidak
didedahkan.
Era PH harga sayuran terkawal, kerajaan BN jangan berdolak dalik - Sim Tze Tzin
Harga barang keperluan, terutama sayur sayuran yang melambung ketika ini adalah sepenuhnya kelemahan kerajaan BN kerana pada era pemerintahan Pakatan Harapan (PH) (2018 - 2020) tidak berlaku kenaikan setinggi sekarang.
Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Sim Tze Tzin, kerajaan BN tidak faham mengenai rantaian bekalan atau supply chain sejak dari ladang hingga ke kedai runcit sebab itu mereka gagal mengawal harga.
"Kita tahu harga barang sebenarnya berkaitan supply chain, contohnya katakan ayam, dia ada input makanan ayam, lepas itu reban ayam, elektrik, air, pengangkutan, rumah sembelih, pembungkusan dan pasar.
"Kerajaan kena lihat keseluruhan masalah yang menyebabkan harga ayam naik. Cari penyelesaian.
"Sayur pula lihat kepada kos baja, racun. Penanaman di kebun sayur adakah cukup tenaga buruh? Sekarang masalah pekerja asing. Lepas itu kita tengok supply and demand. Katakan demand sawi tinggi tetapi supply rendah kerana mungkin masalah hujan, masalah cuaca tidak baik.
"Kalau isu ini perlu penyelesaian berlainan. Sayur dari kebun masuk lori sampai ke pasar borong dan kedai runcit, ada supply chain yang panjang. Kementerian sekarang ini seperti tidak ambil tahu supply chain menyebabkan harga barang naik mendadak," katanya.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN itu lagi, kerajaan tidak boleh mengatakan kenaikan harga sayur hanya khabar agin atau hanya ditimbulkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sahaja.
Kata Sim, mereka perlu mengkaji dan menyelesaikannya.
"Bila mereka jawab di Parlimen, Timbalan Menteri kata harga naik hanya hear say CAP. Ini adalah state of denial.
"Semalam saya turun ke pasar Sungai Ara di Bayan Baru. Rata rata mengadu kepada saya tentang kenaikan harga barang. Apabila saya tanya kenapa, saya dapati peniaga pun menderita apabila sayur sampai kepada mereka dengan harga tinggi.
"Dulu boleh untung RM1, sekarang untung 30 sen. Kalau mereka kekalkan untung, pelanggan tidak mahu beli kerana mahal.
"Jangan ingat peniaga mesti untung apabila harga tinggi. Katakan dulu mereka jual RM3, untung RM1. Kalau dapat RM5, mereka jual RM5.50 nanti mahal sangat orang tak mau beli.
"Kerajaan kena betul betul kaji supply chain," katanya.
Sim berkata, kerajaan BN seharusnya mencontohi keadaan harga terkawal pada era pemerintahan PH yang mana rakyat tidak tertekan berbelanja, apatah lagi ketika musim perayaan.
"Masa PH kita berjaya mengawal supply chain. Ini kejayaan yang sangat besar, yang banyak tidak menghargai. Di mana Kementerian Pertanian dan KPDNHEP, kami bersama sebagai satu pasukan. Di mana komunikasi selalu berlaku. Kita buat kajian supply chain bersama. Saya tak pasti kerajaan sekarang buat atau tidak.
"Itu yang orang pandang enteng. Saya rasa sekarang orang rindu zaman PH. Rakyat boleh rayakan perayaan dengan tenang dan dengan lebih selesa.
"Sekarang belum raya pun rakyat sudah tertekan. Dalam bulan Februari saya tidak pasti harga macam mana. Krismas sudah seperti ini, Tahun Baharu Cina mungkin lebih teruk.
"Kerajaan jangan berdolak dalik dan jangan takut ambil tanggungjawab," katanya lagi.
PALM OIL IS NOT A PROBLEM FOR FA-50 KAI? #shorts#viral
SILA KE OLDER POST UNTUK BERITA PAGI DAN TENGAHARI
SILA TEKAN > UNTUK OLDER POST.RUANG TERHAD KERANA BERITA YANG DIMUATNAIK
Panas! Pemimpin PBB kutuk Pas bertanding PRN tapi hilang wang deposit
November 28, 2021
Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen GPS dilapor meremehkan rancangan PAS bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.
Menurut The Borneo Post, Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah mempersoalkan mengapa PAS bersusah payah meletakkan calon sedangkan kebanyakannya akhirnya kehilangan wang deposit dalam PRN sebelum ini.
“Kenapa mereka masih di sini? Saya tidak tahu.
“Saya tidak tahu apa yang mereka mahu.
“Begitu juga dengan parti-parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia, mereka harus kekal di sana dan tidak perlu datang ke sini dan menganggu hal di sini, itu pendapat saya,” katanya dipetik sebagai berkata.
Pada PRN Sarawak 2016, PAS kalah kesemua 11 kerusi yang ditandinginya.
Tujuh calon telah kehilangan wang deposit mereka.
Awal bulan ini, PAS Sarawak berkata akan bertanding semula di 11 kerusi kali ini iaitu Kemena, Beting Maro, Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju.
Parti itu kemudiannya mengatakan senarai itu tidak disahkan.
Pada Jumaat (26 Nov), Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu sebenarnya akan bertanding pada PRN Sarawak 18 Dis tetapi berkata bilangan kerusi masih belum dimuktamadkan.
“PAS akan bertanding di Sarawak dan kita akan tentukan jumlah kerusi selepas perbincangan dengan PAS Sarawak hujung minggu ini.
“PAS yakin pengundi Sarawak akan mengundi calon kita, yang terdiri daripada rakyat Sarawak daripada pelbagai bidang kepakaran dan terkemuka,” katanya seperti dilapor Harakah Daily.
Ini hampir pasti bermakna parti komponen Perikatan Nasional (PN) akan bertembung dengan GPS kerana parti itu bertanding di semua 82 kerusi.
GPS bukan sebahagian daripada PN secara rasmi tetapi menyokong gabungan pimpinan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin itu di peringkat persekutuan.
Sementara itu, Karim mengalu-alukan keputusan Bersatu untuk tidak bertanding PRN Sarawak.
“Pada pendapat saya, ia adalah satu keputusan yang sangat bagus.
“Sebagai rakan di peringkat Parlimen yang bersama-sama membentuk kerajaan pusat, apabila PRN diadakan di Sarawak, sebaiknya serahkan kepada Sarawak untuk mengendalikannya.
“Bersatu belum bertapak di sini dan mereka masih baru, kerana sebelum ini, mereka tiada di Sarawak,” katanya.
Bahagian Sarawak Bersatu telah dilancarkan pada Disember 2018.
Mengenai spekulasi bahawa BN akan meletakkan calon pada PRN akan datang, Karim menyifatkan ia sebagai khabar angin oleh laskar siber.
“Bagi saya, apa yang dipaparkan dalam media sosial adalah hasil kerja kanak-kanak yang nakal.
“Saya tidak fikir mereka akan datang ke sini. Kami percaya kepada mereka yang mengendalikan BN. Mereka tidak akan melakukan perkara nakal seperti itu,” katanya lagi
100 HARI ISMAIL SABRI, TAK UBAH MACAM MALAYSIA TIADA PERDANA MENTERI
Hari ini genap 100 hari Ismail Sabri Yaakob memegang jawatan Perdana Menteri sejak mengangkat sumpah jawatan pada 21 Ogos lalu.
Dalam penegasan kepada barisan kabinetnya beberapa hari kemudian, Ismail Sabri mahu para menterinya membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama mereka memegang jawatan.
Justeru katanya, para menteri perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Saya akan pastikan kabinet ini menekankan budaya kerja berprestasi tinggi,” tambahnya lagi.
Dalam hal ini, sementara menteri-menteri diminta menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari, tetapi apa pula prestasi dan pencapaian Ismail Sabri sendiri?
Apakah beliau berjaya, cemerlang atau gagal dalam 100 hari pertama ini?
Untuk itu, saya telah mendapatkan pandangan rambang pelbagai tentang sama ada rakyat sebenarnya puas hati atau tidak terhadap keberadaannya sebagai Perdana Menteri.
Rata-rata yang ditanya memberikan jawapan hambar dan mereka tidak nampak ada pembaharuan atau idea baru yang diperkenalkannya sejak 100 hari lalu.
Ismail Sabri, kata mereka, hanyalah Perdana Menteri yang menjalankan tugas-tugas pentadbiran biasa dan melakukan sambungan kerja apa yang telah dilakukan oleh Mahiaddin Md Yasin sebelum ini saja.
Malah, mereka berkata, Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Ismail Sabri juga menciplak apa yang pernah dilancarkan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, selain konsep itu tidak ubah seperti 1Malaysia yang diperkenalkan Najib Razak pada 2013 dahulu.
Turut agak mengejutkan apabila anak-anak saudara saya yang masih bersekolah yang berusia antara 16 dan 17 tahun serta bakal menjadi pengundi tahun depan bila berusia 18 tahun, hanya mampu memberikan jawapan “entah” apabila ditanya tentang pembaharuan dan prestasi Ismail Sabri.
Agak-agak BN boleh dapat tak undi 18 ini jika Ismail Sabri masih dipertaruhkan sebagai calon Perdana Menteri dalam PRU15 nanti?
Secara umumnya juga, berdasarkan reaksi yang diperolehi itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri yang dianggap gagal dan paling lemah setakat ini.
Kalau dulu Tun Abdullah Badawi dianggap sebagai Perdana Menteri paling lemah dan kemudian apabila Mahiaddin jadi Perdana Menteri, Presiden Bersatu itu dilihat lebih lemah daripada Tun Abdullah Badawi, kini tanpa keraguan lagi Ismail Sabri adalah penyandang juaranya.
100 hari berlalu tanpa sesuatu yang mengesankan di hati rakyat, tiada dasar atau pendekatan baru, khusus dalam merangsang ekonomi pasca pandemik Covid19, ini adalah sesuatu yang amat malang sekali buat negara ini.
Walhal dengan adanya MOU dengan blok pembangkang PH, Ismail Sabri sepatutnya mampu melakukan lebih banyak usaha untuk kebaikan rakyat dan juga negara.
Malangnya, MOU yang berasaskan transformasi dan kestabilan politik itu langsung tidak menyerlahkan adanya perkara-perkara baru yang dilaksanakan untuk faedah rakyat dan negara.
Yang terserlah, beliau seolah-olah telah menjadikan MOU itu sebagai jalan kebebasan untuknya melakukan apa saja bagi mengukuhkan kedudukannya dalam UMNO dengan melantik demi melantik pemimpin-pemimpin parti yang dirasakan boleh menyokongnya dengan pelbagai kedudukan, jawatan serta habuan dalam kerajaan.
Dalam tempoh 100 hari ini, kalau ada pun prestasi cemerlang Ismail Sabri yang boleh menjadikannya lebih hebat, ia hanyalah kemampuannya melaksanakan “scheme of things” melebihi apa yang Mahiaddin telah lakukan hingga beliau kini dijolok dengan gelaran “Bapa Perlantikan Negara”.
Kalau mahu dibandingkan dengan Mahiaddin juga, bekas Perdana Menteri itu jauh lebih diterima umum pada peringkat awal beliau memegang jawatan Perdana Menteri berbanding Ismail Sabri sekarang.
Hanya di hari-hari seterusnya, terutama kerana dilihat bersubahat mengganggu kerajaan Sabah sehingga diadakan PRN, kemudian wabak Covid19 merebak semula, melaksanakan PKP demi PKP yang disusuli darurat serta menggantung Parlimen untuk melindungi jawatannya, barulah ketika itu secara perlahan-lahan kedudukannya menjadi pertikaian ramai.
Tambah buruk lagi kerana Mahiaddin lebih memilih pendekatan muncul melalui perutusan khas saja sehingga beliau mencatat rekod sebagai Perdana Menteri paling kerap di dunia muncul secara sehala dalam tempoh 17 bulan berkuasa, tetapi hanya sekali dua berani bersemuka dengan media.
Banyak isu-isu yang muncul langsung tidak diendahkan oleh Mahiaddin sehingga akhirnya kemarahan rakyat kian membesar hari demi hari, lalu ia menjadikan beliau tersungkur sudahnya.
Tidak belajar daripada kejatuhan Mahiaddin, Ismail Sabri turut memilih pendekatan mengunci mulut dalam banyak isu yang muncul dan yang menjadi perhatian rakyat.
Dalam isu rumah RM100 juta untuk Najib yang diluluskan secara dasar oleh kabinet, meskipun seluruh rakyat bercakap mengenainya sehingga bekas Perdana Menteri itu menarik balik permohonannya, Ismail Sabri masih gagal berkata apa-apa mengenainya sehingga ke hari ini.
Dahulu ketika saya mengecam Mahiaddin yang selalu bersembunyi dan tidak menjawab isu-isu dalam negara, saya kerap membandingkan seorang Perdana Menteri adalah ibarat panglima perang di medan pertempuran.
Mereka tidak boleh bersikap kaku dan tidak agresif, sebaliknya mesti sepanjang masa mempamerkan kepimpinan meyakinkan dengan kata-katanya adalah azimat untuk menangkis segala serangan dan ketidaktentuan.
Begitulah dengan Perdana Menteri, mereka mesti sentiasa muncul dan dilihat bersama rakyat, di samping tidak boleh berdiam diri terhadap apa juga perkara yang berlaku dalam negara.
Dengan Ismail Sabri suka memilih berdiam diri dan bersembunyi seperti Mahiaddin juga, selain tiada apa-apa yang baru atau gah untuk rakyat serta negara dilakukannya, laluannya kalau dapat melebihi 17 bulan pun sudah cukup baik sebenarnya.
Rakan-rakan dalam UMNO sendiri hanya mampu geleng kepala sama ada BN mampu menjadi pilihan pengundi dalam PRU15 akan datang kiranya ditakdirkan Ismail Sabri menjadi pilihan untuk dinamakan lagi sebagai calon Perdana Menteri.
Tanpa ragu-ragu mereka menyebut Mohamad Hasan, Hishammuddin Hussein atau Khairy Jamaluddin adalah antara figura yang lebih baik dan lebih mampu mendatangkan keyakinan rakyat berbanding Ismail Sabri.
Tidak kurang yang mengatakan jika pada 8 Disember ini, rayuannya diterima di Mahkamah Rayuan, Najib lebih baik dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri.
Kata mereka berseloroh, jangankan mendengarnya berucap, melihat Ismail Sabri berdiri atau berjalan saja pun tidak memberi apa-apa tarikan atau keyakinan kepada rakyat.
Kesimpulannya, majoriti rakyat melihat dalam tempoh 100 hari pertama ini, Ismail Sabri hampir tiada prestasi dan keupayaan mentadbir negara ini sebagai Perdana Menteri.
Ada atau tidak beliau sebagai Perdana Menteri, semuanya nampak sama saja.
Bahkan kadang-kadang seperti dirasakan negara ini tiada Perdana Menteri ketika ini.
Ibarat dalam sebuah rumah, jika seorang ayah itu tidak berfungsi kepada ahli-ahli keluarganya, ada atau tidak, ia sama saja. –
ShahbudinHusin 28/11/2021.
Siapa yang Berputus Asa?
28 November 2021
1. Semenjak kekalahan PKR di semua kerusi PRN Melaka baru-baru ini, ura-ura mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak berada di kerusi ketua pembangkang tersebut hangat kembali. Hal ini bukan pertama kali didendangkan, tetapi naratif ini sudah bermula semenjak Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari penjara semenjak kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 yang lalu oleh sesetengah pihak yang ingin melihat perpecahan dalaman Pakatan Harapan (PH).
2. Saya faham ramai yang khuatir dengan politik sosok yang diagung-agungkan oleh PKR ini kerana apabila ia membabitkan nama "Anwar Ibrahim" sudah pasti ramai yang kepanasan. Jika kita lihat hari ini, negara sedang mengalami krisis kepimpinan yang dahsyat. Selepas figura bernama Tun Mahathir, pemimpin yang dikenali di peringkat antarabangsa tidak lain tidak bukan hanyalah insan bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya pasti ramai bersetuju ketika ini tiada calon pemimpin pembangkang yang lebih berkaliber dan mempunyai pengaruh selain daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3. Ketokohan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bukan calang-calang. Beliau diiktiraf antara 100 pemimpin Muslim berpengaruh dunia malah pencapaian beliau ketika berada dalam pentadbiran Malaysia juga diakui ramai seperti dianugerahkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia, Presiden Konvensyen UNESCO ke-25, Pengerusi Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta lain-lain lagi. Gerakan reformasi yang dilancarkan beliau akhirnya membawa kemenangan PH buat pertama kali dalam sejarah negara sekaligus menamatkan era pentadbiran BN selama 6 dekad.
4. Semestinya apabila berbicara tentang kemenangan PH pada PRU 14 yang lalu banyak faktor yang menyumbang kemenangan tersebut. Namun harus diingat, faktor utama mengapa tercetusnya kemenangan tersebut kerana rakyat Malaysia inginkan reformasi institusi di dalam negara ini. Angkara rasuah negara kita menempa nama di persada dunia, bahkan Tun Mahathir yang dahulunya membakul sampahkan idea reformasi Anwar Ibrahim 20 tahun lalu kini turut serta melaungkan reformasi. Aneh dan lucu sekali jika difikirkan kembali betapa putaran roda itu sentiasa ada.
5. Hari ini kita lihat betapa banyak sekali wacana-wacana berkenaan reformasi institusi dan bagaimana untuk membasmi rasuah. Jika tidak kerana insan yang bernama Anwar Ibrahim berkeras memperjuangkan reformasi institusi, kita pasti masih lagi terbelenggu dengan sistem pentadbiran lapuk yang kekal dengan polisi pecah dan perintah berunsurkan perkauman ini.
6. Malah rakyat Malaysia pula makin celik akan peranan mereka sebagai pengundi. Begitu juga, sepanjang gerakan reformasi ini begitu ramai pemimpin-pemimpin muda dilahirkan. Hari ini hanya kerana satu kekalahan yang memalukan, begitu laju suara-suara mengatakan beliau tidak layak lagi. Apa bukti Anwar Ibrahim tidak layak? Sedangkan hari ini atas derita dan pengorbanan beliau juga pembangkang diiktiraf dan digeruni buat pertama kalinya dalam sejarah negara.
7. Sebagai pemimpin muda, pastinya saya kesal dengan tohmahan dari rakan-rakan komponen parti yang begitu cepat menuding jari sedangkan mereka mendapat laba dan menari hasil daripada derita dan pengorbanan insan yang bernama Anwar Ibrahim. Hari ini juga, belum ada pemimpin yang mampu menyaingi ketokohan dan kepimpinan beliau, jika ada namakan sudah pasti kami ternanti-nanti untuk pemimpin tersebut mengemudi barisan pembangkang hari ini.
8. Saya fikir Presiden KeAdilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai masalah untuk sesiapapun menjadi ketua pembangkang asalkan agenda reformasi itu diperjuangkan. Namun pemimpin mana yang mempunyai visi reformasi yang jelas seperti beliau? Yang ada sekadar menyampaikan ayat pemanis bicara tentang reformasi namun tidak benar-benar melaksanakannya. Hari ini Barisan Nasional (BN) juga berbicara tentang reformasi, begitu juga Tun Mahathir dan beberapa individu berpengaruh dalam negara ini namun tidak benar-benar melaksanakan agenda reformasi.
9. Disebabkan faktor inilah kami masih berpegang teguh akan kepimpinan beliau kerana kekuatan pembangkang hari ini hasil pengaruh Bapa Reformasi negara. Saya masih realistik dengan kepimpinan beliau wajar di saat negara berada dalam situasi bergolak. Tidak perlu kita khuatirkan siapa bakal calon Perdana Menteri, kami di barisan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat jelas sekali ingin membawa agenda reformasi institusi secara menyeluruh. Pergaduhan tentang siapa calon Perdana Menteri tidak relevan di saat rakyat merana kerana kebobrokan sesetengah pemimpin.
10. Oleh itu, saya menyeru semua barisan pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk refleksi dan berjuanglah demi rakyat dan negara. Kerana tanpa pembangkang yang kuat, negara kita akan mudah diperkotak-katikkan oleh individu yang dahagakan kuasa. Janganlah kita berputus asa dengan insan yang tidak pernah berputus asa dalam memperjuangkan agenda reformasi. Sekian terima kasih.
P Prabakaran
Ketua AMK Wilayah Persekutuan
28 November 2021
Subscribe to:
Posts (Atom)