BNM, SPRM dan Zeti digesa jelas pendedahan baru kes 1MDB




Ahli parlimen Kepong Lim Lip Eng membangkitkan semula isu 1MDB selepas bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia itu. Menurut Lim, tiga pihak wajib menjelaskan kedudukan masing-masing berhubung dakwaan terbaru berkenaan.



EXCLUSIVE VIDEO: Jelajah 20 Tahun Reformasi Serawak 2018. Mengimbau ert...



EXCLUSIVE VIDEO : Kami adakan jelajah seluruh Sarawak sempena pemilihan parti keadilan pada 2018 dengan membawa pasukan menyokong Rafizi. Di ketuai oleh Hj Japar Suyut, pada masa itu timbalan ketua cabang Lawas, melawan Pasukan Azmin dan baru bian yang juga Ketua Cabang Lawas. Kami ditemani oleh Sdr Stanely Lim, Naib ketua cabang Limbang, Saudara Boniface, Saudara Patrick Khamis, Saudara Din dan beberapa jentera lain menjelajah dari Selatan sampai ke Utara Sarawak dengan perjalanan lebih 1000km. Saya bawakkan video ini kali ini kerana untuk mengimbau kembali kenapa kami di sini. Zaman berkuasa pun kami tetap lawan kerana kami tahu, kami mahu tegakkan kebenaran walaupun dengan ertikata disisihkan dari pangkat darjat dan jawatan. Itu semua bukan matlamat kami. Matlamat kami ialah REFORMASI LAWAN TETAP LAWAN LAWAN SAMPAI MENANG! Iswardy Morni





((PANAS)) DALIL & DALIH PAS, MATLAMAT MENGHALALKAN CARA - MENDEDAH KEJAH...

(LIVE) Aziz Bari: Dimanakah Kerajaan PN Ketika Ini? Keputusan Mahkamah &...



Mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah. Dimanakah kerajaan Perikatan Nasional ketika ini ? Sama-sama kita bincang kan pada malam ini.




Vaksin: MB Perak bagi jaminan tiada isu ‘potong Q’ seperti yang tular berlaku di Kelantan

 


Vaksin: MB Perak bagi jaminan tiada isu ‘potong Q’ seperti yang tular berlaku di Kelantan

Dua menteri besar memberi jaminan tiada isu “potong barisan” atau dwistandard dalam pemberian vaksin.

Di IPOH, Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, berkata pemberian vaksin bagi Fasa 1 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mengikut senarai yang ditetapkan kerajaan bagi negerinya.

Katanya, yang menerima vaksinnya hari ini, seramai 221 individu dijadualkan hari ini termasuk 10 anggota exconya.

“Jangan runsing apa-apa, ikut saja tafsiran yang dibuat kerajaan, sudah tentu kerajaan buat sesuatu yang baik untuk rakyatnya,” katanya kepada selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia hari ini.

Beliau menerima vaksinnya bersama Pengarah Kesihatan Perak, Dr Ding Lay Ming.

FMT semalam melaporkan Khairy Jamaluddin, menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, berjanji akan menyiasat dakwaan terdapat individu tertentu “memotong barisan” untuk mendapatkan vaksin Pfizer-BioNTech.

Isu “potong barisan” sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Pemberi maklumat boleh hantar e-mel tanpa nama kepada saya di kj@mosti.gov.my dan saya akan siasat,” katanya dalam respons terhadap satu catatan di Twitter oleh pakar nefrologi Hospital Selayang, Dr Rafidah Abdullah.

Berdasarkan data Jabatan Kesihatan, Perak menerima 22,239 bekalan dos vaksin untuk pelaksanaan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19.

Bagi tujuan itu, 39,760 petugas barisan depan di negeri itu akan menerima suntikan vaksin pada fasa pertama program ini yang dijangka selesai pada penghujung April.

“Mereka terdiri daripada 22,094 petugas Kementerian Kesihatan manakala 17,666 lagi daripada jabatan lain yang turut terlibat secara langsung dalam aktiviti pencegahan dan kawalan,” kata Saarani.

Sementara itu, di JOHOR BAHRU, kerajaan negeri beri jaminan tidak akan berlaku dwistandard dalam pemberian vaksin kepada petugas barisan depan.

“Senarai nama penerima suntikan dos pertama ini kita serahkan kepada Kementerian Kesihatan dan kita akan ikut semua yang dikeluarkan kementerian,” kata Menteri Besar Hasni Mohammad.

Beliau menerima dos pertama vaksin Covid-19 bersama Pengarah Kesihatan Johor, Aman Rabu; dan Ketua Polis Johor, Ayob Khan Mydin Pitchay; di Dewan Muafakat Johor, Taman Daya.

“Kerajaan negeri menyasarkan lebih 80% rakyat Johor akan mendapat imunisasi Covid-19,” kata beliau dalam sidang media sebelum menerima suntikan. 


DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN...NI PUN KAKI PUTAR DALAM PAS

 


Panas! Takiyuddin beri gambaran ramai lagi wakil rakyat akan sertai PN

Panas! Takiyuddin beri gambaran ramai lagi wakil rakyat akan sertai PN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan memberi gambaran akan ada lagi wakil rakyat bakal menyertai Perikatan Nasional.

Dalam ciapan di laman Twitter, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas berkata:  “Akhir Februari 2020 PH tumbang, ulangtahun pertama ramai lagi akan sertai PN… welcome to PN YB. Tebrau and YB. Julau.

Together we serve the people and the nation in this difficult and unprecedented time” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dua Ahli Parlimen PKR iaitu Steven Choong mewakili Tebrau, Johor dan Larry Sng (Julau Sarawak) menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Akuan bersumpah itu ditandatangani dan diserahkan kepada Muhyiddin selepas sesi pemukiman anggota Jemaah Menteri sempena setahun kerajaan PN di Putrajaya

27 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL : VIDEO : Demokrasi Tercemar Dan Parlimen Dipermainkan Oleh Ahli Parlimen





SILA TEKAN   >    UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI







VEITNAM PUN MAMPU BANGUNKAN VAKSIN SENDIRI. MALAYSIA??

 

Hanoi spurns China's vaccine diplomacy with homemade shot

Domestic drugmaker Nanogen seeks emergency approval as early as May

Nano Covax vaccines are administered during a Phase 2 trial in Hanoi on Feb. 26.   © Vietnam News Agency

HANOI -- A Vietnamese pharmaceutical company has begun second phase trials on a coronavirus vaccine, an important step toward Hanoi's goal of vaccine independence from China amid rising territorial tensions between the countries.

If the trials are successful, Nanogen Pharmaceutical Biotechnology's Nano Covax vaccine is expected to be approved for emergency use as early as May. A quick rollout is crucial for Vietnam, which seeks to keep Beijing from exerting influence through its so-called vaccine diplomacy in Southeast Asia.

Prime Minister Nguyen Xuan Phuc stressed the importance of domestic production at a meeting on Feb. 15, when he pledged government support for a successful rollout of a "made-in-Vietnam" vaccine.

Nanogen, a Ho Chi Minh City-based company founded in 1997, plans to launch Phase 3 trials in May, giving the vaccine to between 10,000 to 30,000 people to test for efficacy and safety.

Collaborating with Vietnam Military Medical University, Nanogen is working on Nano Covax based on protein produced using recombinant DNA technology on animal cells. The team is one of four groups racing to develop homegrown vaccines in Vietnam.

The government is considering quick approval to Nano Covax as an emergency measure, if efficacy is shown in the Phase 2 trials. Inoculations would cover essential workers such as health care staff and airport employees.

If the government goes ahead with the emergency decision, Nano Covax may be rolled out in May, a Nanogen official told Nikkei.

Nanogen began the first phase of the Nano Covax trials in December. Only a small portion of the 60 volunteers showed side effects, such as pain at the injection site and fevers, according to health authorities.

Vietnam's pharmaceutical industry is made up chiefly of generic drugmakers, according to a Japanese government report in March 2020. Wariness remains over the safety of coronavirus vaccines, which have been developed in an unprecedented short amount of time.

Still, Vietnam is focused on homegrown vaccines as it determined to keep its northern neighbor China shut out as the two countries dispute over territory in the South China Sea.

Beijing moved to push its Sinovac Biotech's vaccine in Southeast Asia in January, sending Foreign Minister Wang Yi to visit such countries as Myanmar and the Philippines to use supplies of doses to shore up influence in the region. Indonesia, Laos and Cambodia have begun inoculations using Chinese doses.

A diplomatic source said Vietnam must procure a vaccine from somewhere other than China for national security purposes.

Vietnam has been praised for its handling of the coronavirus early on in the pandemic as it managed to keep its death toll and infections among the lowest in the world. However, its success in slowing the spread has hurt its ability to secure vaccine supply as Hanoi fell behind other countries in negotiations with vaccine developers. So far, it has received just a little more than 100,000 doses of the AstraZeneca vaccine.

Vietnam is considering using Russia's Sputnik V as well. But global competition is heating up, making it all the more important for Hanoi to mass-produce a domestic vaccine.

ADA LAGI KAH HUKUM NI. PUAK PENYEMBAH NI MAIN IKUT JA.....

 May be an image of 1 person

AMARAN KPN-JANGAN POTONG Q.

 

HAMZAH RIE NA


Apa nak heran.. Kerja 'potong Q' ni selalunya dari kalangan kayangan VVIP. Bukannya rakyat marhaen.

Abislah SUK Kelantan & kuncu-kuncunya nnti !!!.. Ka nak kawtim dulu dengan pihak-pihak tertentu...

Seperti biasakan, selalunya golongan VVIP ni bukannya kena tangkap terus sepertmana rakyat marhaen. VVIP ini akan dilayan macam kayangan, dipanggil dulu untuk disiasat. Jika nak diambil tindakan seterusnya atau tidak kena tunggu arahan plok dari Peguam Negara.

SR


May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harian INGATKAN BERLAKU Di NEGERI PEMÄ°MPÄ°NYA BUKAN ISLAM DAP.. Lapor polis jika ada dakwaan 'potong barisan': KPN NORMAWATI ADNAN 01 Mac 2021 ooHuny SAT LATT N GER INT TAPI ADA DAKWAAN BERLAKU DI NEGERI SERAMBI MEKAH' DIPIMPIN Jap PAS? CariDalil HANID POLIS Sinar Abdul Hamid pada sidang akhbar pada Isnin. SR suar suara arakyat"








ishhhh...ishhhh...MACAM TAK LOGIK PULAK.....NAIK KOT ATAP ...

 May be an image of 1 person and text that says "Sinar Sinar Harian Favorites 8h Solat hajat anjuran Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) itu disempurnakan selepas solat Maghrib dengan disertai lebih 200 jemaah yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah. i SINARHARIAN.COM.MY Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun kerajaan PN You, Abrar Sadiq and 4K others Haha 858 Comments 27 Shares Comment Share"

KEADILAN SARAWAK PERLU TENAGA DAN NAFAS BARU - ISWARDY MAMPU PERKUATKAN KEMBALI KEADILAN SARAWAK


May be an image of 1 person and text that says "Iswardy perlu dibawa masuk ke dalam MPN Sarawak!!"


Apabila MP Julau, YB Larry menjual maruah dirinya kepada pengkhianat sekaligus melukai hati ramai pengundi-pengundi di Julau serta mengkhianati pengorbanan dan perjuangan rakan-rakannya di dalam Keadilan Sarawak, maka Keadilan Sarawak perlu bangkit dengan tenaga baru dan nafas yang baru.

 

Saya lihat tiada kesan dari pengkhianatan Larry terhadap para penyokong Keadilan khususnya di Sarawak, tiada tindakan keluar parti beramai-ramai atau mana-mana Cabang yang lumpuh. Apa yang perlu hanyalah penyusunan semula Ahli Majlis Pimpinan Negeri (MPN) kerana Larry sebelum ini adalah Pengerusi MPN Sarawak.

Saya melihat salah seorang yang paling sesuai berada di dalam MPN Sarawak adalah sahabat saya Sdr Iswardy Morni

 

, seorang aktivis Bina Negara dan juga seorang Youtuber dan penggiat media sosial berkaitan politik yang hebatMungkin tidak semua pandangannya boleh kita terima dan kadangkala bertentangan dengan kemaslahatan parti, tetapi banyak perkara yang beliau sentuh itu amat berguna sebagai peringatan dan panduan. Jika beliau mengkritik parti, itu bermakna beliau masih sayangkan parti. Saya amat bimbang jika tiada lagi orang yang mahu mengkritik parti atau pimpinan.

MPN Sarawak amat bertuah jika suara anak muda ini dibawa ke dalam MPN. Kelebihan yang ada pada Iswardy sukar untuk ditemui di dalam parti. Jika parti mengharapkan kewangan atau dana, Iswardy bukan orangnya. Tetapi jika parti mahukan seorang pejuang yang ikhlas dan istiqomah serta punyai idealisma, inilah orangnya.

 

Saya percaya, Keadilan Sarawak akan lebih mantapdan kukuh selepas ini sekiranya tenaga muda seperti Iswardy ini diberikan ruang. Orang yanghebat letak di mana saja pasti boleh mempamerkan kehebatannya. Jangan persiakan anak muda ini.


WFAUZDIN NS

 

Anwar Ibrahim: Komen Terkait Soal Pengkhianatan & Kenyataan Istana Negar...

Anwar dakwa 2 MP PKR ditarik untuk lompat parti sebelum sidang parlimen

 Anwar dakwa 2 MP PKR ditarik untuk lompat parti sebelum sidang parlimen


Perikatan Nasional (PN) bergelut untuk “membeli dan mengugut” agar cukup sokongan sebelum menimbang untuk mengadakan sidang Parlimen, dakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Dia berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong mengumumkan keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen bebas yang menyokong PN.

Memetik titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang Parlimen boleh bersidang ketika darurat, Anwar mendakwa PN kurang yakin dengan sokongannya untuk membuat sidang tersebut.

“Sekarang mereka hilang majoriti, maka bergelut untuk beli, upah dan ugut sedaya upaya mereka untuk mendapat dukungan sebelum boleh menimbang untuk mengadakan sidang,” dakwa Anwar menerusi video di laman rasmi Facebooknya, hari ini.

Berkenaan pihak yang lompat parti, Anwar mengimbas kembali kejadian sama selepas PRU 2008 dan menurunya, ahli Parlimen yang berbuat demikian pada masa itu telah “ditendang rakyat” pada PRU seterusnya.

“Ini kerana pertimbangan mereka, peribadi mereka.

“Tekanan terhadap mereka, apakah (dari segi) cukai, apakah (ditawarkan) projek, atau apa-apa tekanan lain sehingga mereka tidak ada pilihan. (Tetapi mereka kata) kononnya untuk bela nasib rakyat,” katanya lagi.

Semalam, Sng dan Choong berkata mereka membuat keputusan menyokong PN demi kepentingan pengundi mereka.

Choong berkata dia memerlukan akses untuk berjumpa menteri dan ketua agensi kerajaan bagi menyelesaikan isu rakyat, manakala Sng berkata dia perlu memainkan peranan menyokong Muhyiddin dalam melakukan apa yang perlu untuk membantu rakyat pada masa sukar ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata pertimbangan utama mereka sepatutnya berkenaan keadilan (peruntukan) kepada semua wakil rakyat, termasuk pembangkang.

“Itu patut tuntutan kita.

“Kalau benar kita cinta kepada rakyat dan mahu rakyat bangkit bersama, kita harus tuntut Parlimen mengadakan sidang dan kerajaan PN undur kerana mereka hilang majoriti,” katanya.

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson turut mengulang gesaan agar sidang Parlimen diadakan bagi membahaskan isu semasa yang dihadapi negara, termasuk peningkatan pengangguran dan kemerosotan pelaburan asing.

Berasarkan takwim asal, Parlimen sepatutnya bersidang pada 8 Mac ini. Namun ia dibatalkan susulan proklamasi darurat.

Dengan sokongan Sng dan Choong, PN kini mendapat majoriti mudah di Dewan Rakyat dengan 111 ahli Parlimen.

Ia menggantikan dua ahli Parlimen Umno – Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) – yang menarik sokongan mereka sebelum ini.

Di pihak pembangkang, PH kini memiliki 89 ahli Parlimen. Baki ahli Parlimen pembangkang lain adalah daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB), Warisan, Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (Upko), bebas dan dua parti yang belum didaftarkan, Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda). 


Panas! Ahli parlimen PKR nafi khabar angin ikut jejak MP Julau dan Tebrau, lompat ke PN

 

Panas! Ahli parlimen PKR nafi khabar angin ikut jejak MP Julau dan Tebrau, lompat ke PN


Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah menafikan khabar angin konon beliau mengubah pendirian politik daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN).

Maria berkata, khabar angin itu sengaja disebarkan oleh “individu bodoh”, sedangkan pendiriannya jelas menentang tindakan lompat parti oleh Ahli Parlimen.

“Terdapat khabar angin bertiup kencang, yang disengajakan oleh ‘orang bodoh’ mengatakan saya akan berhijrah kepada PN.

“Pendirian saya jelas, tidak ada orang waras yang harus mengesahkan “pemerintahan haram” yang sedang rosakkan negara.

“Saya mahukan perubahan, bukannya ‘jualan jiwa’. Saya benar-benar membantah tindakan lompat parti atau menukar gabungan. Biarlah rakyat membuat keputusan melalui pilihan raya,” katanya di Facebook.

Maria berkata demikian bagi menjawab desas-desus bahawa beliau akan menurut langkah dua Ahli Parlimen PKR, Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) semalam.

Dua Ahli Parlimen PKR itu keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Susulan perkembangan itu, Muhyiddin berkata, sokongan Sng dan Choong akan mengukuhkan lagi kerajaan PN dalam usahanya menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Sng dilaporkan meletak jawatan sebagai pengerusi PKR Sarawak Jumaat lepas.

Beliau mengumumkan keputusan itu dalam sidang video bersama majlis pimpinan negeri.

Sng dilaporkan mahu melepaskan jawatan itu pada Disember tahun lalu, tetapi memutuskan untuk bertahan selepas bermesyuarat dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Awal minggu ini, Choong turut menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyertai PN selepas dilihat bertemu beberapa orang menteri, sekali gus menimbulkan spekulasi.




TEMAN ANAK BELAJAR KATANYA



SHAHREZAN JOHAN



OWHHHH...GITU....MAKAN GAJI BUTA YA....

Image

'Orang-orang melompat akan kecundang ditendang rakyat' - Anwar

 




POSTED BY AMR WRLR

Dalam sejarah dua dekad KEADILAN belum pernah berlaku Ahli Parlimen yang melompat parti berjaya mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya Umum berikutnya.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada mana-mana Ahli Parlimen yang melompat bahawa mereka akan berdepan kekalahan kerana menghina mandat rakyat.

Hal itu, kata beliau telah berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang menyaksikan undi popular diterima KEADILAN meningkat daripada PRU 2008, biarpun beberapa Ahli Parlimen telah melompat menyertai BN sepanjang 2008 - 2010.

"(Pada) 2008, PRU kita menang dan ada yang lompat (kemudiannya). Pada PRU 2013, dukungan kita melonjak. Orang-orag yang melompat itu kecundang ditendang oleh rakyat.

"(Mereka melompat) kerana peribadi mereka, tekanan terhadap mereka, apakah cukai, apakah projek, apa-apa tekanan lain jadi mereka tiada pilihan. Kononnya (sebelum itu) nak bela nasib rakyat," kata Anwar dalam siaran media pagi tadi.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mahu wakil rakyat mempunyai pemikiran lebih rasional. Mandat yang diberi rakyat kepada mereka wajib dipertahankan, bukannya menghitungkan kepentingan peribadi atau untung rugi menjual jawatan.

Wakil Rakyat, katanya tidak wajar beralih arah hanya kerana disekat peruntukan kawasan atau disiasat perihal isu cukai dan sebagainya.

"Apakah ini menjadi pertimbangannya? Pertimbangannya adalah untuk wakil rakyat menuntut kerajaan berlaku adil kepada semua termasuk kawasan pembangkang.

Itu tuntutan kita. Bukannya tuntutan wakil rakyat harus jadi pejuang rakyat, suara hati nurani rakyat kemudian mengaku kalah. Ini disebut kegalauan pemikiran.

"Masalah rakyat adalah pengangguran, ekonomi, rating agensi yang meletakkan Malaysia terus tercorot. Masalah pelaburan yang kian hilang, ini masalah rakyat sebenarnya. Kalau benar kita cinta kepada rakyat kita mesti tuntut Parlimen bersidang dan kerajaan PN berundur kerana hilang majoriti.

"Sekarang, oleh kerana mereka hilang majoriti maka bergelut membeli (Ahli Parlimen), upah, ugut sedaya upaya untuk mendapat dukungan sebelum boleh difikirkan Parlimen bersidang," katanya lagi.

Sikap pemimpin PN itu, kata Anwar jelas pentingkan diri dan tidak memikirkan derita rakyat terbanyak yang perlu dibela dan didahulukan.




'Masa untuk KEADILAN Sarawak kembali bersatu'




POSTED BY AMIR WRLR


Pemergian Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Larry Sng menyertai Perikatan Nasional adalah masa yang sesuai untuk kembali mengukuhkan parti.

Menurut Ketua Penerangan KEADILAN negeri, Abun Sui Anyit, pemergian Larry mungkin boleh merintis jalan kepada penyokong-penyokong yang tidak senang dengan beliau untuk bergabung dan merapatkan kembali barisan.

"Untuk penyokong yang kemungkinan terhalang atau tidak senang kehadiran beliau selama ini, maka jangan ada alasan lagi untuk tidak menyertai KEADILAN.

"Kerana ada yang terhalang, kononnya Larry ada kami tidak mahu menyokong KEADILAN. Jadi inilah masanya penyokong membuktikan kenyataan yang sedemikian," katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.

Mengulas mengenai kononnya MPN Sarawak terbubar sebaik sahaja Larry berkhianat, Abun yang juga pengamal undang-undang berkata, hal seperti itu tidak terdapat di dalam perlembagaan parti.

Katanya, KEADILAN Sarawak akan berjalan seperti biasa sehingga pengerusi baharu dilantik.

"Untuk keadaan ini perlembagaan parti tidak menyatakan ia terbubar kerana sebenarnya ketua-ketua Cabang masih ada mengendalikan parti di peringkat negeri.

"Apabila pengerusi baru dilantik dia boleh meneruskan. Kalau dia bersetuju mengekalkan pemimpin sedia maka ada dia boleh melakukan itu. Kalau ambil yang baru pun boleh," katanya lagi.

Dalam pada itu, Abun turut menjelaskan khabar angin kononnya beliau mengeluarkan kenyataan perlantikan pengerusi MPN baharu pada petang semalam.

Katanya kenyataan tersebut adalah palsu. Hanya Presiden KEADILAN selepas bertemu ketua-ketua Cabang boleh melantik pengerusi yang baharu dan perlantikan itu akan melalui proses biasa yang ditetapkan.

 

AMK Tebrau kesal Steven Choong khianati mandat pengundi

 



POSTED BY AMIR WRLR


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Tebrau, R Yuneswaran menzahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap tindakan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong yang mengisytiharkan keluar parti dan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tindakan itu jelas satu pengkhianatan terhadap mandat dan amanah pengundi Tebrau yang memilih Steven sebagai pentadbir dan mewakili suara rakyat di kawasan Parlimen Tebrau.

Bukan itu sahaja, Yuneswaran menganggap tindakan Steven itu langsung tidak mengambil kira krisis yang dihadapi rakyat ketika ini.

"Di waktu kita sedang menghadapi krisis penularan wabak Covid-19 dan kemelut ekonomi yang parah, rakyat memerlukan pemimpin yang peka dan cakna terhadap masalah rakyat.

"Tambahan pula dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan PN yang lemah dan gagal mengurus tadbir negara dengan baik. Justeru, tindakan Steven Chong ini amat mengecewakan dan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Pada masa sama, Yuneswaran meminta Steven sedar terhadap perbuatannya itu dan berharap rakyat dapat bersabar di atas kemelut politik yang berlaku ketika ini.

"Steven Choong seharusnya sedar bahawa kemenangan beliau dengan jumlah undi 64,535 dalam PRU14 yang lalu, adalah manifestasi kebangkitan rakyat di Parlimen Tebrau yang mahukan perubahan dan memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai wadah perubahan.

"Bukan memilih beliau atas kapasiti peribadi. Tindakan politik beliau yang memilih dan menyokong kerajaan pencuri mandat rakyat PN adalah benar-benar mendukacitakan dan ia ibarat memijak-mijak harapan rakyat yang mahukan perubahan.

"Saya menyeru supaya rakyat bersabar dan tabah menghadapi kemelut politik ini dan selaku ahli KEADILAN, kami akan sedaya upaya memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan akan terus membawa semangat rakyat yang mahukan perubahan," katanya.

Yuneswaran juga mendedahkan mengapa tindakan Steven akan memberikan kesan besar kepada pengundi Tebrau.

"Saya merupakan penduduk tetap di Tebrau, pengundi Tebrau, anggota parti KEADILAN Tebrau dan mengenali ramai pemimpin yang menjawat jawatan sejak penubuhan cabang.

"Namun, Steven adalah orang pertama yang menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atas tiket KEADILAN di Tebrau. Bukan mudah untuk memperoleh kepercayaan dalam membina sesebuah organisasi semasa kita masih pembangkang.

"Ramai yang mengusahakan untuk membina cabang Tebrau dari awal lagi seperti saudara Selvakumar, saudara Haji Halim dan beberapa pemimpin KEADILAN yang lain.

"Puteri Wangsa dikenali oleh orang ramai apabila Perhimpunan Aman diadakan selepas Pakatan Rakyat (PR) kalah dalam PRU13 pada tahun 2013.

"Lebih daripada 30,000 rakyat berhimpun di Puteri Wangsa dalam Ceramah #Black505 untuk meluahkan perasaan marah dan perasaan tidak berpuas hati terhadap keputusan pilihanraya pada 15 Mei 2013. Tebrau mempunyai sejarah dalam undang-undang Malaysia dan politik negara dalam menyuarakan hak rakyat," katanya.

Disebabkan sejarah perjuangan itu, Yuneswaran berpendapat jika Steven bertanding lagi di Parlimen Tebrau, tiada jaminan bahawa pengundi akan memilih beliau dalam pilihan raya umum akan datang.

"Steven tewas dalam PRU13 dengan calon MCA dengan majoriti 1,767 undi dan menang dalam PRU14 pada tahun 2018 dengan majoriti 37,225 undi. Ini bermakna, pengundi telah memberi keyakinan yang tinggi dengan kepimpinan PH dan KEADILAN.

"Walaupun mempunyai alasan yang kukuh atas tindakan beliau, Adakah rakyat khususnya pengundi Tebrau akan menerima alasannya menyertai PN dengan hati yang terbuka?" soalnya.

 

WALAU AHLI PARLIMEN PH ‘DIBELI’ TAPI YANG MUHYIDDIN INGIN ‘MATI’ ADALAH UMNO

 

Secara kasar, yang dilihat cuba dilemah dan digagalkan dengan tindakan melompat dua Ahli Parlimen semalam ialah PH, PKR dan Anwar Ibrahim.

Melompat kataknya Ahli Parlimen Julau, Larry Sng serta Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dari PH untuk menyokong PN dan Muhyiddin Yassin serta-merta dilihat memberi kelebihan kepada kedudukan kerajaan yang sekian lama dipertikai keabsahannya.

Sekaligus, ramai yang mentafsirkan kedudukan PH kian lemah dan peluang Anwar mengejar jawatan Perdana Menteri dilihat jadi semakin menjauh.

Namun, jika diteliti, tindakan Muhyiddin dan PN “membeli” dua Ahli Parlimen tersebut mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada itu.

Tambahan lagi, sementara dua Ahli Parlimen PKR sudah berjaya “dibeli”, terdengar lagi perkhabaran bahawa ada empat Ahli Parlimen Warisan sedang dalam perhatian untuk ditawarkan harga bagi jual beli yang sama.

Hakikat bahawa melompat mereka itu kerana “dibeli” tidak dapat diselindungkan lagi berikutan pengakuan kedua-duanya tentang kesukaran dana untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing jika mereka terus berada di pihak pembangkang.

Berikutan dana dan untuk kesukaran menyelesaikan rakyat jadi masalah, tentulah jalan mudahnya ialah wang, kedudukan, jawatan atau projek juta-jutaan.

Memang memastikan Anwar tidak berjaya mengambil alih kuasa sebelum PRU15 adalah sebahagian matlamat utama Muhyiddin sekarang ini.

Dengan berjaya menyekat Anwar mengambil alih kerajaan bermakna Muhyiddin akan mampu bertahan lebih lama dan PRU15 boleh ditangguhkan sehingga ke tahun 2023.

Apabila PRU dilewatkan sehingga tahun 2023 dan Muhyiddin dengan dibantu Azmin Ali serta Hamzah Zainuddin terus mencatur kuasa sehingga ke tempoh tersebut, perkiraan seterusnya ialah untuk memastikan PN mampu memenangi PRU15.

Dalam PRU15, selain PH merupakan cabaran atau musuh yang tidak boleh dielakkan, ketakutan lain bagi Muhyiddin, Azmin, Hamzah dan PN ialah cabaran atau tentangan daripada UMNO.

Jika UMNO tidak bersama PN dan memilih bertanding bersendirian atas nama BN, seterusnya menjadikan pertandingan tiga penjuru dalam PRU15, peluang Muhyiddin, Azmin dan Hamzah untuk kekal berkuasa adalah tersangat nipis.

Bukan saja Azmin, Hamzah dan lain-lain Ahli Parlimen Bersatu sukar mengekalkan kedudukan di kawasan Parlimen masing-masing, malahan Muhyiddin sendiri dilihat tergugat di Pagoh.

Hanya jika UMNO berjaya dilemahkan dan seterusnya setuju bekerjasama dengan Bersatu dan PN, barulah di situ sebenarnya ada peluang untuk Muhyiddin dan gerombolannya terus dapat bertahan.

Jadi, tindakan mereka “membeli” beberapa Ahli Parlimen pembangkang untuk menguatkan kedudukan kerajaan PN dan Muhyiddin sekarang tidak dinafikan terselindung maksud tersirat lain yang lebih besar di sebaliknya.

UMNO tidak mungkin dapat dilemahkan dalam tempoh kurang enam bulan daripada sekarang, tetapi jika PN diberi lanjutan masa sehingga tahun 2023, banyak perkara boleh mereka lakukan dalam jangkamasa tersebut.

Selain kes mahkamah pemimpin UMNO mungkin sudah diakhiri dengan pemenjaraan, peralihan kepimpinan UMNO kepada mereka yang pro Bersatu dan Muhyiddin juga tidak mustahil dapat direncanakan dengan lebih tersusun.

Sebab itu, perkembangan terbaru ini yang memperlihatkan dua Ahli Parlimen sudah melompat dan mungkin bakal disusuli ramai yang lain lagi akan berbuat demikian, ia seharusnya lebih membimbangkan UMNO berbanding PH dan Anwar.

PH dan Anwar, berdasarkan Muhyiddin dan PN mempunyai kedudukan kuasa serta kewangan tanpa batasan, ia memang boleh dilemahkan buat seketika tetapi tidak dapat dielakkan untuk didepani dalam PRU15 nanti.

Ketika itu, penentuan adalah di tangan rakyat membuat pilihan.

Berbeza dengan UMNO, walaupun kepimpinannya sekarang tidak pro Bersatu dan PN, tetapi UMNO masih merupakan sebahagian daripada kerajaan PN dan menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Keadaan ini menjadikan UMNO, lantaran sebahagiannya lebih tergoda dengan habuan berbanding mengekalkan perjuangan, sudah mula terpecah dua dan mahu Muhyiddin terus diberi peluang berkuasa lebih lama lagi.

Yang barangkali tidak disedari, dengan memberi peluang Muhyiddin berkuasa lebih lama, ia sudah tentu akan meletakkan Azmin dan Hamzah lebih berkuasa dan bakal disusun untuk menerajui negara selepas itu.

Maka, jika UMNO berjaya dilemahkan dan kepimpinannya ditukar kepada yang pro Bersatu, di mana masa depan parti itu dengan cita-citanya untuk kembali berkuasa dan merebut kembali jawatan Perdana Menteri dalam PRU15 akan datang? 

(Shahbudindotcom 01/03/2021)




Nurul Izzah menang lagi

 


Nurul Izzah menang lagi


Mahkamah Persekutuan memutuskan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan PKR tidak bersalah memfitnah National Feedlot Corporation (NFCorp) dan pengerusinya.

Dalam keputusan sebulat suara pagi ini, tiga panel hakim mahkamah tertinggi itu sebulat suara menolak rayuan NFCorp dan Mohamad Salleh Ismail.

Mahkamah juga memerintahkan syarikat itu dan Salleh membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Nurul Izzah dan PKR

Syarikat itu dan Salleh sebelum ini menyaman Nurul Izzah dan PKR kerana memfitnahnya dalam sidang media yang diadakan ahli parlimen PKR itu di parlimen pada tahun 2012.

Ini melibatkan dakwaan bahawa dana kerajaan sebanyak RM71.4 juta untuk projek feedlot itu digunakan untuk membeli unit kondominium di KL Eco City.

Pada 4 Mac 2016, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah tersebut, dengan memutuskan bahawa defendan Nurul Izzah dan PKR berjaya dalam pembelaan justifikasi berhubung kenyataan tersebut.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Julai 2017.

Pada 8 Mac 2018, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada NFCorp dan Salleh untuk meneruskan rayuan mereka.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan hari ini diketuai oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Mohd Salleh Zawawi. Panel hakim juga terdiri dari hakim Mahkamah Persekutuan, Hasnah Mohammed Hashim dan Harmindar Singh Dhaliwal.

Ketika membacakan keputusan sebulat suara, Harmindar berkata Nurul Izzah dan PKR telah berjaya bergantung kepada pembelaan justifikasi.

Hakim berkata, NFCorp dan Salleh gagal melenyapkan dakwaan bahawa RM71.4 juta dana awam yang disimpan dalam simpanan tetap di Public Bank, berperanan sebagai kemudahan pinjaman bank untuk pembelian lapan unit harta tanah di KL Eco City yang bernilai RM12 juta pada harga pasaran.

Hakim merujuk pendapat perayu bahawa adalah salah untuk menyatakan bahawa akaun simpanan tetap digunakan sebagai jaminan atau ”leverage’ untuk mendapatkan kemudahan pinjaman untuk membeli lapan unit harta tanah itu.

 “Tentunya bukan kebetulan bahawa kemudahan pinjaman berasal dari bank yang sama dengan deposit RM71.4 juta.

“Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa bank tidak akan hanya menawarkan pinjaman kecuali mereka berpuas hati bahawa pelanggan yang meminta pinjaman tersebut mampu membayarnya.

“Sekiranya benar bahawa bank-bank hanya memerlukan jaminan atas hak milik untuk pinjaman yang diberikan, maka sesiapa pun yang membeli harta tanah akan diberikan pinjaman bank,” katanya.

Menurutnya, perayu pertama (Salleh) gagal  mendedahkan sumber pendapatannya untuk membiayai pembelian lapan unit kondominium tersebut selain daripada membuat dakwaan kosong seperti yang dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.

Jelasnya, perayu pertama seharusnya memanggil seseorang dari Public Bank untuk menyokong dakwaannya.

“Oleh itu, jelas pada bukti bahawa perayu telah menggunakan deposit RM71.4 juta sebagai leverage untuk mendapatkan pinjaman dari Public Bank.

“Fakta bahawa tawaran pinjaman telah tamat tidak banyak menimbulkan kesan.

“Sebenarnya, tidaklah salah untuk menyimpulkan, dari keseluruhan bukti di dalam perbicaraan, seperti disebutkan di atas, telah berlaku penyalahgunaan dana awam untuk keuntungan peribadi, ”kata Harmindar.