FITNAH TERHADAP KERAJAAN DAP P.PINANG KETERLALUAN
Semakin hebat fitnah ke atas Dap.
Atas mimbar tuduh Dap anti Islam.
Kat Tv3 suku pun burukkan Dap sebagai rasis.
Larangan guna pembesar suara di masjid/surau selain dari Azan yg disebut oleh Tok Peti P.Pinang pun disalahkan Dap...
Tuduh Dap P.Pinang hentikan bantuan pulak....
Ada juga tok2 lebai yg kuat finah hanya sekadar dengar berita dari puak2 amno....Kesian mereka dibodohkan.Kat Tv3 suku pun burukkan Dap sebagai rasis.
Larangan guna pembesar suara di masjid/surau selain dari Azan yg disebut oleh Tok Peti P.Pinang pun disalahkan Dap...
Tuduh Dap P.Pinang hentikan bantuan pulak....
PERGOLAKAN PKR: DR WAN AZIZAH DAPAT MANDAT ISYTIHAR PAKATAN HARAPAN
Pergolakan PKR: Dr Wan Azizah dapat mandat isytihar Pakatan Harapan0
Hanya dua minggu selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan Pakatan Harapan, terdapat pihak dalam parti itu mendesak mesyuarat khas untuk membincangkan tentang gabungan pembangkang baharu itu.
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akan bertemu Ahad depan selepas satu petisyen kepada presiden, yang ditandatangani 25 ahli menuntut supaya satu mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan pembentukan “mengejut” pakatan baharu itu.
Perbincangan awal
Dalam petisyen bertarikh 22 September, 25 ahli berkenaan berkata mereka percaya pelancaran Pakatan Harapan tidak memihak kepada keputusan yang dibuat PKR dalam mesyuarat MPP, 2 hari sebelum perbincangan meja bulat.
“Kami, seperti senarai nama dilampirkan, amat terkejut dan bimbang mengenai tindakan dan keputusan tergesa-gesa penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan selepas sesi Sidang Meja Bulat di Hotel Empire pada Rabu, 21 September, 2015,” menurut petisyen itu, yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. (Sidang meja bulat itu diadakan pada 22 September).
“Pada sidang mesyuarat MPP pada Ahad, 20 September, 2015, MPP bersetuju dan menyokong segala usaha gigih presiden meneruskan perundingan dengan semua pihak ke arah penubuhan pakatan baharu termasuk mempelopori persidangan meja bulat tersebut.
“Secara jelas, MPP meminta agar tiada pengumuman dibuat semasa sesi tersebut, sebaiknya membuka ruang seluas mungkin untuk beberapa sesi rundingan seterusnya,” tulis petisyen dilihat The Malaysian Insider itu.
Petisyen itu berkata, perbincangan meja bulat, yang berakhir dengan Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, sepatutnya hanya menjadi “perbincangan awal”.
Dalam surat kepada ahli PKR pada 30 September ditunjukkan kepada The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengumumkan mesyuarat tergempar MPP akan diadakan pada 11 Oktober bagi membincangkan perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu.
Bagaimanapun, Rafizi serta beberapa penandatangan petisyen itu, termasuk Naib Presiden PKR Chua Tian Chang, Latheefa Koya dan N Surendran, enggan mengulas ketika dihubungi The Malaysian Insider, atau tidak dapat dihubungi dengan segera bagi mendapatkan komen.
“Saya baru saja melihat surat itu (daripada setiausaha agung). Saya enggan mengulas mengenai perkara itu,” Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran memberitahu The Malaysian Insider.
Latheefa menafikan pernah menandatangani petisyen, manakala Chua yang lebih dikenali sebagai Tian Chua berkata beliau tidak akan mengulas mengenai perkara itu.
Tetapi beberapa sumber pihak mengesahkan kepada The Malaysian Insider yang surat dan petisyen itu adalah tulen, dan mendakwa ia diterajui kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, sekalipun ia tidak menandatangani petisyen itu.
Azmin bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberikan penjelasan.
Wan Azizah dapat mandat
Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan Harapan percaya Pas perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang.
Sumber itu, yang mengaku menyokong Pakatan Harapan menambah, penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP.
“Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: ‘Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat’.
“Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali,” kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.
Beliau mendakwa tidak semua penandatangan sebahagian daripada “puak Azmin”; beberapa penandatangan kemudian menyesal menandatangani petisyen itu apabila situasi sebenar dijelaskan kepada mereka, katanya.
Sumber itu berkata, beliau berpandangan tiada gunanya melambatkan pelancaran Pakatan Harapan kerana Pas tidak akan mahu menyertainya.
“Malah presiden Pas tidak menghadirkan diri semasa mesyuarat presiden Pakatan Rakyat, kita berdepan dengan pertandingan 3 penjuru dalam pilihan raya dengan mereka sebagai sekutu, mereka menghina presiden kami.
“Kami mencuba sedaya upaya, tetapi apa gunanya mempunyai mereka dalam gabungan baharu itu? Kita juga tahu mereka tidak akan menyertai pakatan dengan DAP dan Amanah.
“Bagaimanapun, kami tidak memutuskan hubungan dengan PAS sama sekali. Pakatan Harapan masih akan bekerjasama dengan Pas.
“Cuma PAS tidak akan berkongsi dasar bersama atau manifesto dengan pihak dalam Pakatan Harapan,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata, “puak” dalam PKR sentiasa wujud, dan penandatangan perlu menerima hakikat keputusan Dr Wan Azizah adalah muktamad.
Pada 22 September, Dr Wan Azizah mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang baharu bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang dibubarkan kerana pertikaian tidak dapat diselesaikan di antara DAP dan Pas.
Pakatan baharu terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah). Pas, salah satu ahli asal Pakatan Rakyat, tidak menghadiri mesyuarat itu.
FATWA LARANGAN GUNA PEMBESAR SUARA P. PINANG WAJAR DICONTOHI
Fatwa larangan guna pembesar suara P. Pinang wajar dicontohi
Larangan menggunakan pembesar suara kecuali sewaktu azan di masjid dan surau yang dikeluarkan jabatan mufti Pulau Pinang wajar dicontohi negeri-negeri lain, kata ahli Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama Angkatan Muda Keadilan Pusat Wan Ji Wan Hussin.
“Ditegaskan tokoh-tokoh maqasid syariah, seperti Al-Syatibi dan al-Izz bin al-Salam, bahawa syariah diturunkan untuk memberi kebaikan kepada manusia, dan berusaha menolak sebarang kerosakan dari tertimpa kepada manusia. Ekoran itu, tiada hairan kita dapati tindakan yang mengganggu orang ramai berbentuk berbuat bising tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w.
“Laungan yang kuat yang dibenarkan dalam Islam, semestinya wujud dalam agama secara nas yang saheh dan sareh (jelas, tanpa takwilan). Ekoran itu, yang diketahui secara nas yang saheh dalam Islam, tiada laungan yang kuat dari dalam masjid sehingga kedengaran di luar masjid seperti bacaan al-Quran, syarahan agama dan sebagainya. Yang wujud hanya melaungkan azan sahaja. Ia bertujuan untuk mempamerkan syiar agama, menyeru manusia untuk menunaikan solat dan memberi tahu tentang masuknya waktu solat.
“Memandangkan Malaysia punyai masyarakat yang pelbagai bangsa dan agama, yang sudah pasti budaya saling hormat menghormati perlu disuburkan. Justeru, atas semangat dan roh maqasid syariah, sudah pasti fatwa Mufti Pulau Pinang yang melarang menggunakan pembesar suara di luar masjid pada selain azan dan iqamah adalah wajar dan perlu disokong dan didokong. Malahan, ia perlu dijadikan contoh dan tauladan di semua negeri -negeri di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Wan Ji, pihak BIPPA AMK menganggap bahawa disebalik fatwa Mufti Pulau Pinang itu, terkandung maksud mahu menyuburkan budaya saling hormat menghormati antara penganut agama dan bangsa. Budaya ini tidak sewajarnya dilihat dari sudut orang Islam sahaja, malahan amat wajar diambil tauladan sama oleh kalangan penganut agama selain Islam.
“Justeru, orang bukan Islam juga wajar turut sama tidak melakukan gangguan suara kecuali dalam perkara yang sememangnya wujud dalam agama atau budaya mereka. Jika di pihak muslim wajib meraikan pengamalan yang berbentuk bunyian yang kuat dalam agama non muslim, maka non muslim di negara ini juga wajar turut sama menghormati dan meraikan laungan azan yang dilakukan oleh pihak orang islam.
“Pihak BIPPA AMK berdoa kepada Allah yang Maha Berkuasa agar budaya saling hormat menghormati dan saling rai-meraikan antara agama dan kaum di negara ini kekal berbudaya secara sihat. Ia bagi memastikan terjamin masa depan negara dengan jayanya,” tegas beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)