Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
LUPA KAH KAMU , SEBELUM INI ,UMNO PAS DAN BERSATU DAH PERNAH PERINTAH. TAKKAN LUPA DARURAT..TELUR TAK ADA MINYAK MASAK KENA SELEWENG ?
Ramai ahli politik dan rakyat yang tak tau politik sekarang ni menyebut kenapa Umno perlu pilih bersama kerajaan perpaduan dan tak nak bersama parti politik melayu iaitu Pas dan Bersatu....ini lah peluang orang melayu nak perintah negara....
Orang yang bercakap sebegini lupa bahawa sebelum ini Umno,Pas dan Bersatu dah pernah berkuasa....apa yang berlaku masa itu?....mereka bergaduh sesama sendiri siang malam pagi petang....sehingga dari Muhidden jadi ke Mail Sabri....dari Mail Sabri di desak juga berbagai penjuru dan yang serang Ismail Sabri melayu juga....bukan cina bukan india....yang serang Muhidden bukan cina bukan india Melayu juga....
Saya selalu berpendapat bahawa Allah sayangkan Malaysia ni maka Allah susun negara kita ni berbilang kaum dan bangsa. Saya tak dapat bayangkan jika kita ni 100% rakyatnya melayu....saya yakin sampai sekarang kita akan berperang bergaduh dan tak dapat untuk bentuk kerajaan kerana bergaduh berebut kerajaan sesama melayu dan sesama bangsa.....Kerajaan Melaka dan Kerajaan Melayu sebelum ni membuktikan bahawa jika satu bangsa sahaja iaitu Melayu peperangan saudara lebih berat dari krisis dan perebutan bangsa yang berbilang bilang....
Tengok lah hari ni yang menyerang Kerajaan sekarang ni siapa ? Melayu....dari tun M sampai lah dari parti Bersatu,Putra,Pejuang,bekas menteri umno,Pas....Berjasa.....tak nampak parti Mca,Mic atau bangsa bangsa lain menyerang Umno dan Kerajaan Perpaduan terutama Anwar Ibrahim dan Umno....
Sejarah dah ada dan buktikan bahawa melayu pernah bentuk kerajaan bersama selama 19 bulan dan 17 bulan....apa kejayaan yang orang melayu nak bangakan dalam tempoh tersebut melainkan para Menteri menyapu banyak projek. Sehingga dalam akaun parti ada 34O juta...tu 19 bulan....cuba bahagikan 340 juta dengan 19 bulan....berapa juta mereka sapu duit negara untuk di masukkan dalam parti....itu dalam akaun...yang dalam keadaan Tunai berapa pulak....dan parti islam tak nampak ke mengutip 340 juta dalam akaun parti itu suatu yang salah dan mengejutkan?.....tapi kerana nak kuasa, mereka juga guna politik melayu....maka semuanya betul belaka selepas dalil dalil diolah mengikut nafsu mereka.
Melayu nak kekal lama wajib berkongsi kuasa dengan semua bangsa dan kaum di negara kita ini...tak boleh nak sebut negara ni kita nak semua melayu sahaja bentuk kerajaan. Bn kenapa boleh lama memerintah kerana mereka berkongsi kuasa dengan semua kaum....pada hal satu ketika Umno ada kekuatan boleh jadi kerajaan tampa Mca, Mic dan bukan melayu lainnya kerana ada 112 kerusi tapi umno tak buat itu....tanya Tun M kenapa tak buat?....kerana dia yg kata kuasa perlu di kongsi....cuma dah umur 98 ni je dia kata kuasa tak perlu kongsi....kena melayu memerintah.....
Begitu juga Pas dan Bersatu kerana dia gagal dapat sokongan Dap dan bukan melayu kot mereka dapat confirm ayat mereka lain.....
Dulu selogan Pas apa dia.?....Pas untuk semua....sekarang je dah tukar Pas untuk Melayu....begitu juga Bersatu....bayangkan mereka dapat bekerjasama dengan Dap....confirm lain ayatnya.....
JADI KERAJAAN PUN TAK BERGUNA, JADI PEMBANGKANG PUN TAK BERGUNA.
MMMS- MOHD MUKHLIS MHD SYARIFF
Pertikaian Nasional kata tak pernah laporan
Ketua Audit Negara di bahas di dewan rakyat, tak pernah bukan tak boleh.
Parlimen selain dari bahas undang-undang, juga tempat untuk bahas perkara yang
memberi impak besar pada masyarakat dan Negara. Lagi pun nak takut apa kalau
"bersih&stabil", kalau tak ada isu dengan laporan Ketua Audit
Negara, bahas sahajalah, untung-untung boleh jadi testimoni kejayaan Kerajaan
Pertikaian Nasional untuk modal PRN.
Tapi tak pernah orang buat gantung parlimen
alasan darurat padahal tak cukup undi, itu belum masuk bab perbelanjaan
tambahan berbillion lulus luar parlimen termasuklah Janawibawa yang kononnya
untuk bumiputera tapi kita tahu untuk siapa.
Tak pernah di buat orang juga ialah bila YDPA
murka sebab mengelirukan dewan, YDPA suruh buat sidang parlimen tapi mereka
buat bodoh, dan paling kelakar sidang parlimen 2 hari tak ada perbahasan sebab
takut undi tak percaya.
Juga tak pernah di buat orang sampai
Raja-Raja Melayu terpaksa campur tangan bertitah sebulat suara suruh buka
parlimen tapi mereka derhaka, itulah dia Pertikaian Nasional.
Ironiknya laporan Ketua Audit Negara yang
hendak di bahas itu berlaku semasa mereka jadi kerajaan, siap gantung parlimen
lagi. Kini dah jadi pembangkang pun masih takut nak bahas? Jadi kerajaan tak
berguna, jadi pembangkang pun sampah, baik jadi lap kaki pun ada faedahnya dari
jadi MP.
HAK UMNO RAYU PEMBEBASAN NAJIB. BELUM SETAHUN DALAM PENJARA, ANWAR TAK HARUS LAYAN DESAKAN UMNO BEBASKAN NAJIB
Menjaga hati rakyat yang benci rasuah jauh
lebih penting daripada menjaga hati UMNO yang tak sabar2 mahu Najib Razak
dibebaskan…
BELUM SETAHUN DALAM PENJARA, ANWAR TAK HARUS
LAYAN DESAKAN UMNO BEBASKAN NAJIB
Di depan Anwar Ibrahim yang dimuliakan
sebagai tetamu kehormat PAU2023, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi secara
terbuka menegaskan, sambil disaksikan para perwakilan, akan terus
memperjuangkan pembebasan Najib Razak.
“Kita mahukan keadilan untuk Najib. Kita mahu
keadilan diberikan kepada beliau sebagai seorang manusia,” tegasnya.
Seterusnya, beliau meminta Perdana Menteri
yang turut hadir supaya melihat sendiri apa yang dimahukan ahli UMNO di Dewan
Merdeka terhadap Najib.
“Perdana Menteri lihat sendiri apa yang
dinyatakan,” katanya merujuk kepada perwakilan yang berdiri melaungkan ‘Bebas
Bossku’.
Tambah Zahid Hamidi lagi, pendirian UMNO
tidak pernah berubah dalam membela nasib Najib seperti ditetapkan Majlis Kerja
Tertinggi (MKT) parti sebelum ini.
“Kita di sini beliau di sana, yakinlah
semangat beliau (Najib) tetap di Dewan Merdeka.
“Pendirian UMNO tidak pernah berubah untuk
membela dan beri kebebasan kepada Najib,” kata beliau.
Selain beratus-ratus perwakilan di Dewan
Merdeka memegang poster dengan mesej “Keadilan Untuk Najib Razak”, terdapat
juga perwakilan yang berucap mahukan Najib dibebaskan.
Sentimen membebaskan Najib yang dimulakan
melalui ucapan Zahid Hamidi memang menjadi antara topik perbualan pada PAU kali
ini.
Di dalam dan di luar Dewan Merdeka WTCKL,
banyak pihak bercakap mengenainya dalam pelbagai versi, termasuk ada yang
memberi gambaran akan wujud pemboikotan ahli tertentu dalam PRN andainya Najib
tidak dibebaskan.
Memanifestasikan sentimen untuk membebaskan
Najib di depan Anwar yang dijemput hadir sebagai tetamu kehormat tidak lain
ialah ia merupakan satu bentuk tuntutan atau desakan secara terus-terang kepada
beliau sebagai Perdana Menteri agar segera mengusahakan pembebasan bekas
Perdana Menteri itu.
Oleh kerana Najib sudah melalui semua proses
perbicaraan di mahkamah – Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Persekutuan dan terakhir sekali, semakan kehakiman – di mana keputusan
terkumpul adalah 13-1, tiada ruang lain lagi untuk membebaskan beliau melainkan
hanya melalui pengampunan diraja yang boleh diusahakan oleh Anwar selaku
Perdana Menteri.
Itulah sebabnya, ini sebenarnya kali pertama
dilakukan, desakan membebaskan Najib itu dilakukan di depan Anwar sendiri
ketika berlangsungnya PAU2023.
PAU tahun depan dan seterusnya, jika Anwar
dijemput lagi sebagai tetamu kehormat, percayalah desakan yang sama akan terus
diperdengarkan.
Tetapi, apa yang perlu disedari oleh semua
ialah Najib belum setahun menjalani hukuman penjara daripada 12 tahun yang
dijatuhkan keatasnya.
Dengan itu, di mana logiknya menuntut
pembebasan beliau dalam waktu sekarang?
Selain itu, ruang secukupnya juga sudah
diberi kepada Najib daripada segi keadilan.
Oleh itu, memetik kata-kata Zahid Hamidi yang
mahu Najib diberi keadilan – daripada segi mana lagi keadilan tidak diberi?
Tidak cukup lagikah semua proses mahkamah
yang telah dilalui?
Tidak harus dilupakan, Najib juga masih ada
tiga kes lain berkaitan 1MDB yang sedang dalam perbicaraan.
Jika Najib dibebaskan, apa jadi kepada kes
yang sedang dibicarakan itu dan tidakkah ia boleh mempengaruhi keputusan di
mahkamah nanti?
Dalam hal ini, di mana pendirian dan rasa
hormat UMNO terhadap keluhuran undang-undang dan menyokong usaha kerajaan
memerangi rasuah jika belum sampai setahun Najib menjalani hukuman penjara
daripada 12 tahun yang dijatuhkan keatasnya, di samping masih ada tiga kes lagi
belum selesai, tetapi parti itu sudah mahukan bekas Presiden UMNO itu
dibebaskan?
Apa pula pandangan dunia, khususnya pelabur
antarabangsa terhadap negara kita jika misalnya, pembebaskan Najib menjadi
kenyataan dalam waktu terdekat ini?
Paling kurang Najib seharusnya perlu
menjalani hukuman penjara selama satu pertiga atau separuh daripada tempoh 12
tahun itu sebelum pengampunannya hendak diusahakan.
Begitu pun, lebih baik lagi kalau beliau
menjalani tempoh hukuman penuh 12 tahun itu agar menjadi pengajaran kepada kita
semua.
Kepada UMNO yang mungkin bersimpati terhadap
Najib, fikirkanlah juga kesan buruk skandal 1MDB itu kepada parti dan negara.
Jika tiada skandal 1MDB, UMNO barangkali
masih kekal sebagai kerajaan sehingga hari ini, tiada sebab untuk kalah pada
2018 dan tiada sebab juga perlu untuk sekarang berada dalam sebuah kerajaan
perpaduan.
Yang penting sekali, sesuai dengan kegigihan
Anwar memerangi rasuah dalam agendanya menerajui negara, beliau mesti tegas dan
tidak harus melayan sama sekali desakan UMNO berkaitan membebaskan Najib itu.
Menyelamatkan negara dan menjaga hati seluruh
rakyat yang benci rasuah jauh lebih penting daripada menjaga hati UMNO yang tak
sabar-sabar mahu melihat Najib dibebaskan. – ShahbudinHusin 10/06/2023.
https://shahbudindotcom.net/
KEH..KEH...LAMA DAH JADI BADUT.
Kharuddin Abu Hassan kata filem Anwar The Untold Story tu memualkan serta meloyakan.
Aku tak pelik. Memanglah dia akan rasa mual dan loya kerana filem itu memula pekung Mahathir yang selama ini cuba ditutup dan disembunyikan.
Filem ini bukan propaganda. Ada ramai saksi yang masih hidup yang boleh jadi saksi. Baik di kalangan pemimpin mahupun di kalangan marhaen.
Kalau rasa fakta filem ini menyeleweng, sila saman syarikat penerbitan, penerbit, pengarah bahkan DS Anwar sekali. Apa nak disusahkan?
Tapi kan, Khairuddin bukan siapa-siapa pun dalam negara ni. Dia nak mual ke, nak loya ke, rasa nak bunuh diri sekali pun, tak jejaskan filem ini. Buktinya baru hari pertama, dah cecah RM1 juta. Guane boh?
Raja Gelap
.
KERAJAAN PERPADUAN ANGKAT LEGASI NIK AZIZ
Norman Radzuan
Kenapa PAS tidak ambil peluang ketika
menjadi kerajaan?
33 bulan PAS membentuk kerajaan bersama
Bersatu dan BN…peluang yg ada PAS tidak langsung peduli utk mengenang jasa2
Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Samada terlupa atau sengaja dilupakan.
Anda ada membaca artikel Sinar Harian
(gambar) temubual bersama Hadi Awang. Di dlm artikel itu Hadi Awang memuji
kejayaan PAS memerintah Kelantan sepanjang 31 tahun tetapi disebut sepatah pun
Presiden PAS itu menyebut jasa2 Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz?
Ia berbeza dgn DS Anwar Ibrahim walaupun
berhadapan seterunya di mahkamah, ketika melancarkan Proton X90 beliau tetap
mengiktirafkan idea Tun Mahathir membina Proton dgn mengucapkan terima kasih.
Ini menguatkan lagi kepercayaan saya seolah
olah legasi Nik Aziz ingin dilupuskan dlm sejarah PAS. Apabila 6 bulan kerajaan
Perpaduan memerintah, Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz terus diberi
pengiktirafan dgn perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
DiPertuan Agong.
Tidak mengapalah kita tidak pasti mengapa PAS
tidak mengangkat tokoh PAS besar tersebut ketika menjadi kerajaan. Cuma
sepatutnya pujian atau terima kasih diucapkan tetapi sebaliknya berlaku apabila
Ustaz2 PAS menyindir dgn kata2 yg tidak lunak didengar apabila nama Lim Kit
Siang turut menerima anugerah bergelar Tan Sri.
Ia satu penghinaan kpd Tuanku yg mengiktiraf
jasa2 Lim Kit Siang. Persoalannya apa salahnya? Seperti kata Lokman Adam tauke
judi, taikun2 perniagaan begitu ramai menerima anugerah ini kenapa tidak
dipertikaikan?
Asal DAP semua tidak boleh. Politik perkauman
PAS sudah diperingkat melampau. Mereka bernasib baik ini bukan zaman Mahathir
dgn ISA nya. Hak kebebasan bersuara telah disalahgunakan.
Saya tidak pelik jika level Ustaz mereka
memainkan isu2 sebegini kerana pendidikan dan pergaulan mereka yg sempit tetapi
apabila golongan professional di dlm PN turut memainkan isu perkauman ia sgt
jahat dan sengaja mahu perbodohkan org Melayu.
Letak nama jalan bangsa Cina tak boleh, letak
Menteri Kewangan Cina tak boleh, letak Timbalan Menteri Cina tak boleh dan beri
pengiktirafan gelaran Tan Sri pun tak boleh…hanya kerana mereka bangsa Cina
atau mereka yg ada kena mengena dgn DAP.
Sdgkan sebelum ini di zaman BN, kita
ada dua Menteri Kewangan Cina, Tun Henry Lee Hau dan Tun Tan Siew Sin. Begitu
juga sejak dahulu begitu banyak jalan2 diberikan kpd tokoh2 bangsa Cina seperti
jalan Yap Ah Loy, Yap Kwan Seng, Tun Tan Siew Seng, Jalan Tun H S Lee dan byk
lagi.
Malah nama2 bekas penjajah diabadikan di
jalan2 raya utama seluruh negara. Sebab apa mereka tidak bising…tak ada
political mileage.
Itulah sebabnya golongan intelektual Melayu
tidak mempercayai PAS kerana mereka menggunakan isu utk kepentingan politik
semata mata.
Manakan tidak bila Ketua Dewan Himpunan
Penyokong PAS berbangsa India, Bala beritahu kpd umum dia sering bermimpi
bertemu Rasulullah saw tiada seorang Ulama PAS berani menegur secara terbuka.
Ia sgt memalukan dan juga saya tak boleh masuk akal ahli2 PAS tidak pertikaikan
pengakuan Bala tersebut sdgkan mereka kononnya beragama.
Esok saya akn beri penerangan formula yg
ampuh apa yang perlu dilakukan DAP menjelang PRN ini. Hanya DAP boleh
memutihkan parti mereka yg telah dihitamkan.
MODEL LEBAI YANG TAK TAHU PERBEZAAN PANDANGAN.
Model lebai. Asal kritik dia kata musuh.
Sebab tu la PAS makin ke belakang. Tak meraikan perbezaan pandangan. Tak boleh
nak terima kritikan.
Tapi kalau dia buat, bukan mengkritik tapi
mengeji. Kita yang tak sokong orang yang dia keji pun boleh jadi meluat tengok
kejian yang dilemparkan.
Ini bukti kenapa lebai tak boleh memerintah.
Nanti kalau dia buat silap, kota kritik, bukan setakat kata kita mush dia, siap
kata musuh Islam lagi. Macam tu gaya, bakal musnahlah negara. Guane boh?
Raja Gelap
.
TAKAT TU SAJA KA SANUSI FATWA HANG ? ..LEKEH. HANG DOK LAM NDOI LAGI..,.
Saifuddin Nasution.
Kritikan terbaru MB Kedah bahawa DS Anwar tak layak cakap hal kemiskinan rakyat.
Hujah Sanusi .. Anwar datang dari famili Umno, belajar di MCKK. Takat tu sja hujahnya.
Saya tak berniat nak berhujah panjang. Rakyat Malaysia tidaklah naif untuk telan hujah Sanusi.
Mari kita renung fakta ini
1) Kali pertama masuk ISA sebab perjuangkan isu kemiskinan Baling
2) Tamat belajar di UM terus buka Yayasan Anda di Kg Kerinchi, Kl. Sekolah ini beri peluang kedua kepada pelajar-pelajar yang rata-rata dari keluarga miskin.
3) Minggu pertama menjawat PM, terus umum bantuan tunai kepada penanam padi yang umum tahu sangat dekat dengan kemiskinan.
Sanusi ini sahabat masa kami sama-pada dalam Pakatan Rakyat. Beliau supol Almarhum Ustaz Azizan Razak MB Kedah tika itu. Kami saling mengenali langkah politik masing-masing.
Isu Pulau Pinang milik Kedah dan serang PMX berterusan tujuannya cuma satu .. rakyat Kedah dok marah pasai isu air. Kemarahan meluas.
Apa lagi cara Sanusi untuk kalih kemarahan ini?
MANA ADA...MANA SAYA CAKAP ..YANG TU DEPA KATA DALAM DEWAN- LAIN KALI TANYA LA AKU DULU
\
Taklah. Mana ada kata nak pinda perlembagaan. Nak naikkan nilai
pajakan je. Apa la. Guane boh?
.
MALAYSIA KECAM PELAWAK ANCAM KEHORMATAN NEGARA
Malaysia kecam pelawak ancam kehormatan negara
on:
Tindakan pelawak Jocelyn Chia yang mempersendakan Malaysia dan tragedi yang berlaku ke atas rakyat negara ini dikecam keras.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata lawak jenaka Jocelyn Chia dalam satu rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam amat memualkan dan tidak menunjukkan rasa sensitif terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa terutama terkait kehilangan pesawat MH370.
“Tindakan ini langsung tidak menunjukkan rasa sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia dan keluarga mangsa. Video ini juga jelas menggambarkan perilaku yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran negara Asia yang sememangnya
terkenal dengan adab dan tatasusila.
“Saya percaya ini bukanlah pendirian atau tindakan yang diterima oleh mana-mana negara apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan,” katanya.
Beliau berharap sebarang bentuk tindakan atau cubaan seperti itu pada masa hadapan dapat dihentikan bagi memastikan rasa hormat pada mana-mana negara terus dipelihara.
Sebelum ini, seorang pelawak wanita dipercayai kelahiran Singapura memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri ‘Singapore vs Malaysia’ yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York, baru-baru ini.
Menerusi klip video akaun TikTok, Chia membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun, berbanding Singapura lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.
Sepanjang rakaman video berdurasi satu minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Chia berbaur kata-kata menghina dan memek muka memperlekehkan Malaysia, termasuk jenaka yang menyentuh kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’.
Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Singapura hari ini memohon maaf atas keceluparan pelawak berkenaan yang menghina Malaysia.
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata dia sendiri terkejut dengan komen yang tidak patut dilontarkan itu.
“Kerajaan Singapura tidak mengiktiraf kata-kata atau tindakan yang menyebabkan bahaya atau menyakiti orang lain, dan Chia, yang bukan lagi rakyat Singapura, tidak sama sekali mencerminkan pandangan kami.
“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas komennya yang menyinggung perasaan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
KUNJUNGAN PRESIDEN JOKOWI TINGKAT PERDAGANGAN
Kunjungan Presiden Jokowi tingkat perdagangan
Lawatan kerja selama 2 hari Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi ke Malaysia dan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berjaya meningkatkan hubungan dagang dan memperkukuh industri sawit kedua dua negara.
Dalam ucapan menyambut lawatan Jokowi, Datuk Seri Anwar berkata perbincangan dua hala yang dilaluinya ibarat perundingan keluarga dan dipermudahkan dalam kerangka negara bersaudara.
“Ini terbukti dalam hubungan dua hala, dalam mana mana negara di dunia, peningkatan hubungan kerjasama dalam masa yang singkat ini luar biasa
“Termeterainya beberapa memorandum persefahaman selain bidang kerjasama polis Malaysia dan polis Indonesia, juga Menteri Pertahanan Indonesia dan Malaysia, walau tidak tercatat tetapi kerjasama dua hala itu (bergerak) ke tahap membanggakan dan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada kerajaan tetapi kepada rakyat,” katanya.
Perbincangan hari ini, menurut Anwar, telah memutuskan beberapa perkara terutama dalam isu isu yang telah sekian lama tertangguh.
Selain itu perbincangan juga, katanya, amat baik dalam soal perdagangan dua hala, pelaburan langsung asing (FDI) Indonesia yang dipermudah, soal Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia dan sokongan kuat Malaysia kepada pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara.
“Dari segi perdagangan itu sangat penting. Itu kita beri penumpuan yang lebih dalam memorandum persefahaman ini tentang FDI, pelaburan di sempadan dipermudahkan.
“Termasuk soal pekerja TKI dan soal sempadan. Cara kita mendukung ibu negara Indonesia di Kalimantan ialah untuk memperkukuh sempadan dan kembalinya saya dari Indonesia (Januari lalu) dalam Belanjawan (2023) kita peruntukkan RM1 bilion bagi memperkukuh badan berkanun dan kastam, imigresen dan insfrastruktur asas (jalan raya penghubung). Ini cara kita beri dukungan kepada Indonesia dalam rangka membina ibu kota,” katanya.
PM juga berkata, buat pertama kali Malaysia dan Indonesia bersetuju memperjuangkan secara bersama isu sawit menghadapi negara negara maju Barat sehingga dianggap ‘kartel baharu sawit’ telah bermula.
“Presiden (Jokowi) tegaskan untuk memelihara pengeluaran (kuantiti dan harga) sawit bukan sahaja syarikat besar tetapi juga pekebun kecil
“Kita sambut dengan baik dan kita ucap tahniah dan kedua dua menteri buat pertama kali, dua negara Malaysia – Indonesia pertahan kepentingan sawit,” katanya.
Kedua dua negara juga, kata PM, meneruskan kerjasama mengenai menangani jerebu, peningkatan soal kebudayaan, pendidikan, dakwah Islam sederhana yang mana Malaysia boleh menggunakan pengalaman di Indonesia untuk digunapakai di negara ini
PM HADIRI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO CURI TUMPUAN
PM hadiri Perhimpunan Agung Umno curi tumpuan
Setelah 25 tahun tidak menjejakkan kaki ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjadi tumpuan apabila menghadiri perasmian PAU di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Kehadiran beliau pagi ini disambut oleh perwakilan UMNO yang turut memberi kata kata semangat kepada presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kali terakhir Anwar menghadiri PAU adalah pada 1998 ketika menjadi Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat oleh Presiden Tun Mahathir Mohamad pada 2 September 1998 dan melahirkan gelombang reformasi selama 2 dekad di seluruh negara.
Turut kelihatan dalam PAU pagi ini adalah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Foke; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu dan timbalannya Datuk Seri Salahuddin Ayub; juga penampilan pertama kali Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sejak beliau dipecat daripada UMNO pada 2016.
Subscribe to:
Posts (Atom)