Fahmi mahu bahas isu suntik vaksin kosong ke Parlimen

 MGF20032021_FAHMI-BANTUAN-SEKOLAH07

MEMANG WUJUD- SEBAB TU RAKYAT CAKAP KERAJAAN PNIPU .......

May be an image of 1 person and text that says "BERITA Adhamiatafacebook Dr Adham: Penerima vaksin kosong dapat suntikan baru"


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil akan membawa isu dakwaan petugas kesihatan menyuntik vaksin kosong ke Parlimen.

“Orang yang bagi vaksin kosong adalah pengkhianat negara. Orang yang jual slot vaksin juga adalah pengkhianat negara.

“Pengkhianat negara dalam “perang lawan Covid-19” mesti dihukum dan perkara ini mesti dibahas di Parlimen pada sidang 26 Julai ini,” ciap Pengarah Komunikasi PKR itu semalam.

Baru-baru ini video dan gambar beberapa penerima vaksin dikatakan menerima suntikan kosong tular di media sosial sehingga menyebabkan ramai mempertikaikan kejadian sedemikian.- MalaysiaGazette


Sidang Khas Parlimen Melanggar Perlembagaan

 


Oleh: Hassan Abdul Karim



ULASAN: Proklamasi Darurat akan berakhir pada 1 Ogos 2021. Sidang Khas Parlimen dalam tempoh Darurat ini bermula dari 26 Julai hingga 2 Ogos 2021. Manakala Dewan Negara bersidang dari 3 Ogos hingga 5 Ogos.



Sepanjang tempoh Darurat dari 12 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021 beberapa Ordinan Darurat telah dibuat di bawah Perkara 150 (2B).



Sidang Khas Parlimen bermula 26 Julai ini merupakan minggu terakhir sebelum Proklamasi Darurat tamat.



Di dalam surat Pemberitahu Sidang Khas bertarikh 15 Julai 2021 yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bin Bacha Mydin di bawah perenggan 4 (i) surat tersebut menyatakan urusan -urusan mesyuarat yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri antara lainnya ialah membentangkan Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150(3), Perlembagaan Persekutuan dihadapan kedua-dua Majlis Parlimen (laid before both Houses of Parliament).



Sidang khas tidak sah?



Soalnya bagaimana Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat tersebut boleh dibentangkan di hadapan Dewan Negara sebelum Darurat tamat pada 1 Ogos 2021 kerana Dewan Undangan Negara hanya mula bersidang pada 3 Ogos dan berakhir 5 Ogos 2021.



Ini menjadikan Sidang Khas Parlimen tersebut tidak sah dari segi Perlembagaan Persekutuan kerana tidak mematuhi kehendak Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.



Selanjutnya satu isu lain timbul iaitu adakah Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di dalam tempoh Darurat tersebut akan dibentangkan, dibahas, diundi dan dibuat keputusan di Dewan Rakyat dan juga di Dewan Negara.



Jika dibaca dengan teliti Perenggan 4(i) surat tersebut bermaksud Dokumen Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat dalam tempoh Proklamasi Darurat tersebut hanya diletakkan di atas meja Ahli-ahli Parlimen sahaja.



Perkataan “membentangkan” itu di dalam surat Setiausaha Dewan Rakyat membawa maksud sekadar meletakkan dokumen-dokumen tersebut di atas meja Ahli-ahli Parlimen sahaja. Sebagai contoh, banyak laporan-laporan rasmi seperti Laporan Suhakam, Laporan Ekonomi, Laporan Juruaudit Negara, Laporan Jawatankuasa PAC (Public Account Committee) dibentangkan di Parlimen tetapi hakikat sebenarnya hanya sekadar diletakkan di atas meja Ahli-ahli Parlimen sahaja. Laporan-laporan tersebut tidak dibahas. Jauh sekali dari diundi atau dibuat keputusan.



Janji akan ada perbahasan meragukan



Nasib yang sama juga akan berlaku ke atas Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat dalam tempoh Proklamasi Darurat tersebut. Dokumen-dokumen penting itu hanya sekadar diletakkan di atas meja ahli-ahli parlimen sahaja tanpa dibahas, diputuskan atau undi.



Janji Menteri yang bertanggungjawab Hal Ehwal Parlimen, Takiyuddin Hassan bahawa perbahasan akan dibenarkan semasa Sidang Khas Parlimen bermula 26 Julai hingga 2 Ogos itu amat meragukan.



Ini kerana di dalam dokumen Lampiran (berwarna biru) yang dikembarkan bersama Surat Pemberitahu Sidang Khas (berwarna kuning) tersebut dinyatakan secara bertulis yang amat jelas bahawa Urusan Majlis pada Isnin 26 Julai hingga Isnin 2 Ogos hanya menyebut Penerangan daripada Menteri-Menteri. Tidak sepatah perkataan perbahasan di sebut di dalam Urusan Majlis Mesyuarat Khas.



Jika perbahasan ada di dalam sesuatu urusan Majlis Mesyuarat Parlimen, maka perbahasan itu akan disebut dengan nyata dan terang tanpa sebarang kekaburan. Misalnya melalui satu surat lain bertarikh 15 Julai 2021 yang dikeluarkan dan ditandatangani juga oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bin Macha Mydin atas perkara Takwim Parlimen Bagi Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas Tahun 2021 menyatakan pada 7 September hingga 13 September ditetapkan Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja. Kemudian disusuli pada 14 dan 15 September Jawapan oleh Menteri.



Belanjawan 2022 boleh bahas



Begitu juga terdapat perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 dari 21 hingga 27 September. Selanjutnya dinyatakan dalam Urusan Majlis terdapat Perbahasan Belanjawan Negara bermula 1 November hingga 9 Disember 2021. Perkataan "perbahasan" disebut di dalam dokumen rasmi urusan majlis mesyuarat berkenaan. Tetapi tidak ada perkataan "perbahasan" disebut di dalam urusan majlis mesyuarat Sidang Khas Parlimen.



Mengapa hal ini berlaku?



Sebenarnya, setakat ini tidak ada usul dari Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengungkaikan (annulling) Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-Ordinan Darurat yang dibuat dalam tempoh Proklamasi Darurat tersebut dalam Sidang Khas Parlimen yang bermula Isnin depan 26 Julai 2021.



Sebaliknya Sidang Khas Parlimen tersebut hanya sekadar penerangan daripada Menteri-Menteri.



Kesimpulannya Sidang Khas Parlimen tersebut bercanggah dengan kehendak Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan yang menuntut mesti ada usul, perbahasan dan juga pengundian bagi membuat keputusan.



Sekiranya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat benar-benar mahu mengadakan Sidang Khas Parlimen itu suatu sidang yang bermakna, sah dan menurut kehendak Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan maka Kerajaan perlu membentangkan Usul dan usul itu hendaklah dibahaskan dan diputuskan dengan undi bagi segala urusan di dalam Mesyuarat Sidang Khas Parlimen tersebut.



Akhirnya perlu rasanya diingatkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara serta Perdana Menteri bahawa Peruntukan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan perlu dipatuhi. Peraturan-Peraturan Mesyuarat (Standing Orders) tidak boleh mengatasi peruntukan undang-undang Perlembagaan.

________________________________________________________________________________



Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 




Parlimen bubar pada September, PRU menjelang November?

 


KAH...KAH....MALAS BUAT KERJA

 

AMRI KAMARUDDIN


Orang yang kuat menipu selalu rasa syak wasangka kepada orang lain.

Orang yang jujur selalu ada husnud zhon (sangka baik) kepada orang lain.

Maaf kan dia....

dia mengalami gejala akibat dari hati sendiri yang zulumat.

Moga di beri hidayah oleh Allah swt.

 

May be an image of 1 person, headscarf and text that says "Bimbang terlalu ramai naikkan bendera, Adun wanita Pas anggap kempen 'Kibar Bendera Putih' peluang rakyat lakukan penipuan July 7, 2021 7:09 pm"

CONTOH BERJUANG UNTUK KEDUDUKAN JAWATAN DAN DUIT......PUNYA TAK MALU

 May be an image of 1 person and text that says "WAKIL PAS WP MINTA GELARAN DATUK UNTUK SEMUA PEMIMPIN PAS PEMIMPIN PAS WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, ABDUL RANI MOHAMAD DAUD Harakahdail Sementara itu, PAS Wilayah Persekutuan turut mencadangkan supaya kerajaan negeri yang dipimpin PAS menganugerahkan pangkat atau gelaran Dato' kepada Pesuruhjaya Negeri-negeri, Yang i-Pertua Kawasan termasuk Pengerusi Tetap Timbalan Pengerusi Tetap bertujuan untuk menarik sokongan rakyat kepada PAS. Katanya, cadangan tersebut diyakini dapat memberi rasa hormat dan keterujaan kepada masyarakat setempat terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki pangkat. Politikonar"


MENGEMIS DARJAH DATO KE NI..??Description: ◼️

Muka Tak malu.. Dahlah Tak memberi hasil apa² pada Negara, Malah melacurkan Agama Dan MEMALUKAN Bangsa Melayu, Ada Hati nk minta Gelaran #DATO..??

Bila dpt Gelaran Dato, Mulalah mendabik dada, hidung mncanak kelangit dan jalan pun bercekak pinggang.. Bukan baru kenal Perangai PakLobai² Ni..

KOMPOM PUNYA..

 


Menteri PAS Takiyuddin Kagum Hikmah Komunis. Raya Haji 2021 rakyat & dem...

VIRAL! MENTERl KENA TlBÁl TlNDÁS PENIAGA KECIL MELAYU!

OWHHH...TAK PERCAYA KAT DIRI SENDIRI.....Muhyiddin Yassin percaya bahawa dia tidak dipercayai: Dato' Mahfuz Omar

Doktor letak jawatan, beri notis 24 jam, kata kumpulan.....HAI DAH TAK ADA DUIT NAK BAYAR GAJI KAH ???

 

Doktor letak jawatan, beri notis 24 jam, kata kumpulan



Doktor kontrak akan mengadakan mogok sehari pada 26 Julai ini, tetapi ramai yang dikatakan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka.

PETALING JAYA: Kumpulan Hartal Doktor Kontrak berkata, doktor memberi notis 24 jam kerana kepenatan dan kecewa dengan kekurangan peluang kerjaya.

Dalam satu kempen media sosial, Hartal Doktor Kontrak menggesa doktor kontrak bermogok pada 26 Julai ini, jika kerajaan gagal menyelesaikan masalah penempatan tetap mereka.

Wakil daripada Hartal Doktor Kontrak sebelum ini memberitahu FMT, tidak banyak insentif untuk doktor kontrak kekal di perkhidmatan awam dan kekurangan peluang untuk doktor junior mengembangkan kerjaya mereka, sama ada melalui ijazah sarjana atau mengambil pengkhususan.

“Doktor meletak jawatan dengan notis 24 jam. Hanya kerana terlalu letih dan tidak boleh bertahan lagi,” menurut catatan di Twitter Hartal Doktor Kontrak semalam.

Turut disertakan dalam catatan itu ialah gambar jadual kerja yang menunjukkan seorang kakitangan sudah meletak jawatan. Tiada maklumat mengenai hospital atau kemudahan perubatan yang diberikan.

“Terima berita ramai rakan bukan sahaja mengambil cuti kecemasan, tetapi mereka meletak jawatan,” menurut pengguna Twitter @mustaphakamal93 dalam catatan di Twitter Hartal Doktor Kontrak.

“Jelas mereka kepenatan dan kecewa dengan KKM (Kementerian Kesihatan),” kata @mustaphakamal93, yang profilnya menunjukkan beliau ialah doktor sambilan.

Turut disertakan dalam catatan itu ialah gambar surat peletakan jawatan seorang pegawai kontrak Gred UD41 yang berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Surat peletakan jawatan yang dimuat naik ke Twitter Hartal Doktor Kontrak.

Notis 24 jam yang bertarikh 19 Julai itu menyatakan alasan peletakan jawatan ialah sebagai pegawai perubatan kontrak, tidak mendapat jawatan tetap, tidak layak mengambil ijazah sarjana dan masa depan tidak jelas.

Satu lagi catatan di Twitter Hartal Doktor Kontrak menunjukkan surat peletakan jawatan seorang pegawai kontrak Gred UD41 yang menyatakan beliau mahu mencari peluang pekerjaan di sektor swasta dan melanjutkan pelajarannya.

Sistem kontrak mengehadkan pegawai perubatan kepada lima tahun perkhidmatan dalam sektor awam, selepas itu mereka perlu ke sektor swasta atau mengambil pengkhususan atas perbelanjaan sendiri.

Lebih 20,000 doktor berkhidmat dengan kerajaan di bawah sistem kontrak, yang diperkenalkan pada 2016 untuk menangani masalah lebihan graduan perubatan.

Dalam wawancara dengan FMT sebelum ini, wakil Hartal Doktor Kontrak berkata “atas kertas, kami tentunya boleh letak jawatan kerana kami ialah doktor kontrak”.

“Kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kerajaan atau KKM,” kata wakil itu yang enggan dinamakan.

“Bagaimanapun, kami mahu terus merawat pesakit, memastikan orang ramai mendapat penjagaan kesihatan yang mereka perlukan.”

Jurucakap KKM ketika dihubungi berkata, isu itu di bawah bidang kuasa Bahagian Sumber Manusia yang dipantau Ketua Setiausaha KKM (Mohd Shafiq Abdullah).

“Kami akan memberikan maklum balas selepas mendapatnya,” kata jurucakap itu.

NAMA PUN PNIPU...HANGPA NAK MARAH BUAT APA KE DIA...

 


Mengaku langgar SOP: Netizen berang Sanusi hanya kena kompaun RM1,500 saja, double standard


Mengaku langgar SOP: Netizen berang Sanusi hanya kena kompaun RM1,500 saja, double standard



Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor membayar kompaun RM1,500 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) berkait pandu uji sebuah pikap di Juru, Pulau Pinang, 5 Jun lalu.

Seorang pembantu Sanusi mengesahkan jumlah itu dibayar kepada Bahagian Inspektorat Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar semalam.

Katanya, polis menyerahkan notis kompaun itu kepadanya semalam.

Sebelum ini, Bukit Aman dilaporkan berkata, jumlah kompaun itu akan ditentukan pihak berkuasa kesihatan kerana membabitkan undang-undang pencegahan penyakit.

Pada 5 Jun lalu, seorang wanita melalui Facebook mendedahkan beliau ternampak Sanusi dan dua pembantunya memandu uji sebuah pikap berharga RM211,000 di Juru Auto City.

Sanusi bagaimanapun menafikan beliau memandu uji kenderaan itu, sebaliknya berkata, jurujual yang memandu kenderaan itu.

Nini Siron, 36, mengambil gambar dan video ketibaan Sanusi di sebuah pusat pameran kenderaan di Juru Auto City sebelum memuat naiknya ke Facebook.

Wanita itu kemudian membuat laporan polis pada hari sama yang menjadi asas kepada siasatan terhadap Sanusi memandangkan pandu uji tidak dibenarkan ketika PKP yang mula berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menjelaskan kejadian itu, Sanusi berkata, ia berlaku secara kebetulan ketika beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat.

Katanya, beliau berhenti untuk membeli “roti dan air” di kedai RM2 di Juru Auto City dan ternampak pusat pameran Ford bersebelahan sebelum berbual dengan jurujualnya.

Sanusi kemudian menerima tawaran jurujual untuk menaiki kereta terbabit di kawasan sekitar sebelum bergerak ke Kuala Lumpur.

Beliau kesal dengan tindakan Nini yang tidak mendapatkan penjelasan sebelum memuat naik ke Facebook tetapi berjanji akan membayar denda yang dikenakan terhadapnya atau jurujual itu, jika didapati bersalah.

Beliau juga dipetik sebagai berjanji akan membelikan Nini sebuah telefon pintar lebih baik bagi membolehkannya membuat rakaman video lebih “bermanfaat”.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/19/mb-kedah-bayar-kompaun-rm1500-langgar-so

Bantuan kerajaan hanya RM87 bilion, bukan RM530 bilion - kata pakar ekonomi

Ekonomi makin pulih? Jangan bohong, kata Dr Muhammed Khalid

Rakyat Makin Stress Lihat Kelakuan Pemimpin PN Yang Tak Hirau Masalah Ra...

RAKYAT SERANG MB KEDAH YANG SOMBONG & ANGKUH!



SUARA ANAK MUDA SEMAKIN KEDENGARAN DI MANA!! VIDEO INI SUARA ANAK MUDA DARI NEGERI KEDAH YANG MENYATAKAN KETIDAKPUASAN KEPADA KERAJAAN YANG MEMERINTAH!!!

PESAN ANWAR SEMPENA AIDIL ADHA – YAKIN DENGAN PERJUANGAN, JANGAN JADI HAMBA HARTA, PANGKAT DAN KUASA


 Sekali lagi umat Islam akan meraikan Aidiladha dalam norma baru yang serba terbatas demi kepentingan dan keselamatan semua.

Kita mengimbau semula peristiwa bersejarah tatkala Nabi Ibrahim diuji dengan perintah mengorbankan anak sulungnya, Nabi Ismail atas nama keyakinan.

Perintah ini pastinya tidak mudah untuk dilaksanakan oleh sang ayah dan juga sang anak, namun atas dasar keyakinan kepada rencana Tuhan, detik-detik getir saat bilah pisau hampir mengenai tengkuk anakandanya diharungi dengan selamat.

Allah SWT mendatangkan penyelesaian, dan Nabi Ismail terselamat. Mereka berdua lulus.

Sikap ini memerlukan tekad yang ampuh sebagai syarat menempuhi badai yang kuat menghempas.

Ibadah haji melatih umat untuk bersikap cekal dan sederhana, di samping meraikan kesamarataan dan kepelbagaian.

Berangkatnya umat ke tanah suci berpakaian serba putih menandakan kesediaan mencorak peribadi baru yang tidak tunduk pada keangkuhan dan kemewahan yang melampau.

Renungkan semula wasiat Rasulullah SAW tatkala baginda menatap wajah ribuan generasi awal Muslimin di padang Arafah dalam Khutbah Haji terakhirnya yang menyeru pada nilai-nilai keadilan dan kesejagatan.

Sungguh yang demikian merupakan pengajaran abadi buat seluruh umat manusia sebagai panduan dalam perjuangan agar tidak terjerumus ke lembah kezaliman.

Justeru raikanlah Aidiladha ini dengan penuh penghayatan terhadap makna hakikinya.

Letakkanlah keyakinan kepada masa depan perjuangan kita, merdekakan diri daripada diperhambakan oleh harta, pangkat dan kuasa.

Bersegeralah membantu rakyat yang susah dengan penuh kerendahan jiwa. InshaAllah, kemenangan pasti akan tiba.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Pengerusi PH.

APA KATA MAHIADDIN PULA BUAT UNDIAN?

 

Undian selama 7 hari yang dilakukan melalui Page FB Najib Razak mengenai sama ada kerajaan PN pimpinan Mahiaddin Md Yasin gagal atau tidak, berakhir semalam.

Seramai 350 ribu telah mengambil bahagian dalam undian tersebut.

Keputusan akhirya ialah 78 peratus berpendapat kerajaan PN adalah gagal, manakala hanya 22 peratus mengundi tidak gagal.

Keputusan ini amatlah memalukan Mahiaddin kerana tanggapan tidak gagal dikalahkan dengan undi yang sangat besar oleh pengundi yang beranggapan gagal.

Kalau diandaikan majoriti yang mengundi adalah penyokong atau ahli UMNO yang menyokong Bossku, keputusan undian itu bermakna ahli dan penyokong UMNO secara majoritinya setuju bahawa kerajaan PN adalah kerajaan yang gagal.

Memandangkan UMNO adalah komponen Ahli Parlimen terbesar dalam kerajaan PN, undian ini adalah petanda buruk buat Mahiaddin.

Begitu pun, oleh kerana Page FB Najib yang melakukan undian tersebut, mungkin ada yang tidak setuju dengan keputusannya itu.

Mereka mungkin mengandaikan yang mengundi itu adalah sealiran pemikiran dengan Najib yang sememangnya tidak setuju dengan Mahiaddin.

Untuk berlaku adil, maka apa kata Page FB Mahiaddin Md Yasin pula membuat undian dengan tajuk yang sama?

Manalah tahu, kalau-kalau keputusannya boleh jadi terbalik dengan hanya 22 peratus saja mengatakan PN sebagai kerajaan gagal dan 78 peratus lagi mengundi tidak gagal.

Untuk lebih meyakinkan dan sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri, boleh juga sebenarnya Page FB Azmin Ali dan Hadi Awang turut sama membuat undian tersebut.

Siapa tahu, jika nanti undiannya menunjukkan 100 peratus mengatakan PN bukan kerajaan yang gagal.

Dalam hal ini, baik Mahiaddin, Azmin atau Hadi Awang, semua mereka mestilah ada keberanian dan berjiwa besar untuk menguji populariti kerajaan PN ini.

Jika tidak, sudahlah menguji ada sokongan majoriti di Parlimen tiada keberanian, takkanlah ujian di alam maya dan di kalangan netizen yang tiada kesan daripadanya untuk menjatuhkan kerajaan pun tak berani juga?

Jadi pemimpin, janganlah sepanjang masa tunjuk jiwa lekeh dan penakut depan rakyat.

Sesekali mesti jadi berani. (ShahbudinHusin 19/07/2021)

SARAN ADA TATAKELOLA YANG BAIK PUN DAH MACAM GENGGAM BARA API

 ZUS DIN

Suruh ada tatakelola yang baik aje pun dah macam menggenggam bara api, kalau macam ini lambat lagilah Malaysia hendak jadi negara yang maju. Kalau benda yang melibatkan duit awam kena ada prejudis, tak boleh auto husnuzon; jika tidak jadilah macam kes Tabung Memali atau Kohilal yang tak pernah di audit.

 

ZAED ZULKIFLI

 

Sisi gelap NGO

Kalau ikut beberapa feedback dari law enforcement agency (LEA) samada PDRM, LHDN, BNM; banyak sisi gelap NGO.

NGO jadi satu platform pendapatan, platform untuk cuci duit (money laundering), untuk elak cukai (tax evasion), untuk pembiayaan aktiviti terrorisma (terrorism financing).

Kena ada satu guideline dan pemantauan rapi terhadap NGO yg kutip duit, ada tadbir urus yang

mantap

, ada audit dari sudut sumber kewangan, audit perbelanjaan.

Pihak berkuasa tahu ada NGO yg bermasalah tapi nak amik tindakan payah sebab melibatkan public interest yang akan ada campur tangan pihak2 tertentu.

imagine kalau LEA buat siasatan terhadap individu tertentu yg nama besar dalam NGO samada socmed influencer, artis, politicians; maka melenting lah orang ramai dalam dunia warga net. Kenapa nak siasat? Takde kerja lain ke? Berapa banyak kau derma? Orang susah takde orang bantu? Pihak zakat tak buat kerja duduk mengangkang kat opis? Pihak zakat tak turun padang? “Nasib baik ada individu si polan si polan bagi bantuan, nak harap kat korang, haram kebulur.”

Semasa kes ISIS, ISIL panas, memang ada aktiviti pembiayaan pengganas yang menggunakan platform NGO untuk kutip derma. Mungkin kita sebagai penderma sangka baik kepada pihak yang menguruskan. Tapi kalau takde kawalan dan audit, who knows where the money goes.

Mungkin selepas ini KYC terhadap individu2 tertentu bukan PEP sahaja, tetapi melibatkan public figure, socmed influencer dsb.

Rakyat malaysia yg dermawan, bekas kerajaan yang memerintah boleh buat tabung harapan yang jumlah kutipan rm200 juta. Yg ni sib baik ada audit.

Imagine kalau simpatisan terhadap individu tertentu yg ada jutaan follower. Kalau average follower derma rm10 sahaja sebulan, 10 juta sebulan, setahun 120 juta. Peruntukan undang2 membolehkan NGO guna 30% untuk kos pentadbiran dsb. Untuk secara terus menerus orang menderma, kena ada satu modus operandi.

Aku rasa sudah tiba masanya LEA melihat area ini tanpa perlu rasa takut kecaman orang ramai. Kes2 yg tidak diaudit, tidak comply etc; bukan satu dua tapi banyak. Sebab tu ada org boleh buat full time kerja2 NGO lebih mewah dari manager kat petronas. Rakyat malaysia memang dermawan.

Ini bukan tulisan aku yang pertama pasal ni, malah zaman forensic accounting lagi. Tapi aku tak nafikanlah ada NGO yg memang bagus. Yg bagus, yang telus tu lah yang kita war war kan.