Parlimen yang dijadualkan untuk
diadakan pada 26 Julai akan berlangsung selama 5 hari.
Namun,
apa yang ralat adalah, persidangan ini hanya melibatkan proses “pembentangan”
oleh menteri tanpa ada perbahasan mahupun undian.
Sekaligus
sukar untuk membuktikan di Parlimen bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah
kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri.
Persidangan penuh akan diadakan
pada 6 September 2021 iaitu sebulan setelah berakhir sidang khas.
Pemasaan
ini tidaklah dilihat sekadar dibuat suka-suka melainkan kita boleh lihat bahawa
ia perancangan Mahiaddin untuk membawa Malaysia sekali lagi berdepan PRU15.
Pada
sidang penuh September, pada ketika ini satu undian tidak percaya boleh
dikemukakan terhadap Mahiaddin, dan sememangnya sudah pasti Mahiaddin akan
tewas setelah Umno mengumumkan penarikan sokongan terhadap Mahiaddin beberapa
minggu lalu.
Namun,
apabila Parlimen bersidang pada September, kenapa PRU pada November?
Apabila
PH ft Umno berjaya membuktikan Mahiaddin tidak mempunyai majoriti, langkah
Mahiaddin seterusnya adalah berjumpa Yang di-Pertuan Agong untuk memaklumkan
perkara terbabit dan seterusnya menasihati Agong untuk membubarkan Parlimen. Ia
sememangnya di bawah kuasa Perdana Menteri.
Setelah itu, Mahiaddin ada
sehingga 60 hari untuk mengadakan PRU15, iaitu tempoh masa menurut perlembagaan
negara Malaysia.
5
september, tempoh 60 hari akan membawa kepada awal November.
Bolehkah
pilihan raya ini diadakan?
Walaupun
Pakatan Harapan menolak diadakan pilihan raya, namun Umno dan PN dilihat
bertegas mahu diadakan pilihan raya setelah Malaysia berjaya capai herd
immunity suntikan vaksin.
Mahiaddin
mengumumkan pada 18 Julai lalu, pada Oktober ini Malaysia akan mencapai 100
peratus suntikan vaksin dos kedua kepada semua rakyat Malaysia dewasa.
Hari
ini kadar suntikan vaksin kepada rakyat telah mencecah hampir 500,000 dos
sehari dan pengumuman tersebut sememangnya boleh menjadi kenyataan.
Jadi,
memerhati segala perancangan ini, sudah hampir pasti Pilihan Raya Umum ke 15 akan
berlangsung pada bulan November 2021, di mana seluruh rakyat Malaysia akan
“berhari raya” dan pulang ke kampung, selewatnya November ini.
Namun,
ada beberapa perkara yang boleh menghalang rencana terbabit antaranya jika Umno
tetap berjaya jatuhkan Mahiaddin jika tidak melalui Parlimen, ia melalui SD
mahupun pengumuman-pengumuman sebagaimana sebelumnya.
Pun begitu, langkah terbabit tetap lagi berisiko kerana Umno juga tidak memiliki majoriti untuk membentuk kerajaan.