Masa depan Zuraida dalam KEADILAN kini samar



Zali Zakri




Masa depan Zuraida dalam KEADILAN kini samar
Geng KartelJanuary 18, 2020

AHLI Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempunyai masa 14 hari bermula semalam untuk menjawab surat tunjuk sebab diserahkan Lembagai Disiplin Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kepadanya.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang ditemui media di Petaling Jaya hari ini berkata, surat itu telah diserahkan kepada Zuraida semalam.

Tanpa memberikan maklumat lanjut mengenai surat itu, ia dipercayai berkaitan dengan isu disiplin.

"Bermula semalam, beliau ada 14 hari untuk beri penjelasan dan selepas itu barulah Lembaga Disiplin akan buat apa-apa tindakan selanjutnya, sama ada pendengaran atau digugurkan.

Itu dalam tanggungjawab Lembaga Disiplin," katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini hari ini.

Zuraida diketahui umum sebagai penyokong kuat Mohammad Azmin Ali ketika parti itu berdepan pertembungan dalaman.

Satu kumpulan menyokong Azmin - yang juga timbalan presiden KEADILAN - manakala satu lagi berpihak kepada Anwar Ibrahim.

BACA: Majoriti pemimpin mahu Zuraida dipecat - Johari Abdul

Zuraida baru-baru ini mengeluarkan kenyataan keras terhadap kepemimpinan tertinggi KEADILAN terutama Anwar dan beberapa pemimpin lain dan ia terzahir dengan ketara ketika parti terbabit mengadakan kongres tahunan di Melaka baru-baru ini.

Zuraida dan Azmin sebelum ini dikritik pendokong parti itu kerana enggan hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Parti sehingga terpaksa diberi amaran untuk segera melunaskan tanggungjawab diamanahkan. Sebilangan besar penyokong dilihat mahu tindakan dikenakan terhadap Zuraida dan Azmin.

Sementara itu, Saifuddin menegaskan, sebarang tindakan terhadap Zuraida selepas ini hanya akan ditentukan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim.

Zuraida pada Disember lalu membuat kenyataan mendakwa dia sedia dipecat dari parti.
Tags:


LEPAS SENYAP KERETA TERBANG, NAK TUKAR NAMA KEMENTERIAN.. ADA FAEDAH PADA RAKYAT?


Ahmad Munir Abdullah



Dah dekat 2 tahun jadi menteri apa pun takde. Hari-hari rakyat dok gelakkan menteri lawak yang tak kelakar ni. Kereta terbang entah kemaña. Tiba-tiba buat PC nak bagitau yang kementerian dia nak tambah perkataan koperasi. Takde manafaat pun untuk rakyat. Kalau kau nak tambah nama kereta terbang kat kementerian kau pun boleh. 

Dia ni la salah satu sebab PH  kalah PRK 5 tempat. Atok lantik menteri bodo-bodo belaka supaya dia nmpk cerdik. Zaman sekarang rakyat membawang kat social media mengata menteri bodo sijil palsu. Dah kalah PRK , tuduh orang lain. Cepat- cepat lah mei sampai. Penat tengok Malaysia semakin teruk bawah atok 🙄



MASEJ BUAT PAPAGOMO DARI WARGA NET....








FRIEND OF PH....


Taiko fb je rupanya , sorok dalam pos polis takot orang cari 😂 samsing taik kucing pasno


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Penghayatan Rukun Negara kunci perpaduan kaum



Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini menzahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang dengan berani mengutarakan pandangan berbaur ekstrem sehingga mewujudkan perpecahan antara kaum dan agama di negara ini. 
Sebagai contoh, katanya, baru-baru ini terdapat individu yang merupakan seorang rakyat Malaysia menyatakan secara terbuka dan penuh rasa bangga bahawa dirinya mempunyai sifat perkauman, malah menuduh semua orang mempunyai sikap yang sama. 
“Kita seolah-olah bergerak keterbelakang dalam soal pembinaan negara. Mengapa ini terjadi?
“Ada beberapa sebab, tetapi satu sebab yang paling penting adalah kerana rakyat Malaysia seakan-akan lupa tentang kepentingan dokumen kebangsaan paling asas yang membentuk pembinaan negara bangsa Malaysia, tak kira Perlembagaan Persekutuan mahupun Rukun Negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 
Sehubungan itu, katanya, terdapat keperluan segera untuk semua rakyat Malaysia menghayati semula kandungan serta semangat Rukun Negara. 
“Jika kita kekal setia dan tekal dengan kelima-lima prinsip Rukun Negara, kita tidak mungkin akan menghadapi segala macam rasa putus asa, rasa aib, rasa malu dan ketidakadilan ekoran digelar sebagai kleptokrasi global oleh masyarakat dunia sejak dekad lalu. 
“Jika kita kekal setia dan tekal dengan prinsip dan objektif Rukun Negara, kita akan menjadi lebih progresif, berjaya dan bersatu-padu berbanding hari ini,” ujarnya. 
Berikut adalah prinsip dan objektif Rukun Negara:
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan – Roketkini.com

KALAU TAK BERANI DESAK MAHATHIR, ELOK GUAN ENG DIAM SAHAJA


PANDANGAN dilontar oleh Lim Guan Eng tidak perlu diadakan mesyuarat khas dalam Majlis Presiden PH bagi menentukan pengunduran Dr Mahathir sebagai perdana menteri untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim sekali dilihat ia satu pandangan baik menunjukkan sikap terbuka dan reda Menteri Kewangan itu.
Kata Guan Eng tindakan itu tidak perlu kerana Dr Mahathir sudah pun menyatakan mengenai tempoh pengundurannya, yang dilakukan selepas sidang APEC bulan November nanti. Dalam masa sama beliau yakin Anwar akan jadi perdana menteri pada bulan tersebut. Mungkin Guan Eng ada petunjuk menurut kalendar tahun Cina?
Menurut Guan Eng perkara itu dijanji Dr Mahathir kepada majlis presiden. Bila? Alasan lain diberikan Guan Eng menolak cadangan dikemukakan oleh beberapa pihak agar majlis presiden melakukan desakan kepada Mahathir berundur, ialah untuk mengelakkan timbul keadaan yang tidak baik dalam kerajaan PH. Kononnya menurut Guan Eng PH kini berada di garis terbaik.
Guan Eng mahukan peralihan berlaku secara lancar dan licin agar ia tidak merosakkan usaha pemulihan ekonomi kini.
Ada betul dan benar juga pandangan Guan Eng itu. Namun beliau juga perlu peka dan sedar dengan apa yang berlaku atau dilakukan oleh Mahathir serta juak-juaknya termasuk haiwan peliharaan perdana menteri itu. Sampai sekarang ini Mahathir tidak menyebut secara pasti bila beliau akan menyalinkan jawatan itu kepada Anwar. Kenapa kekok dan sulit sangat bagi beliau berbuat demikian?  Orang menuntut kejujuran dan keikhlasan Mahathir bukan dolak dalik.
Apa yang ada jawaban yang berulang kali oleh Mahathir terus menjadi teka teki dan meresahkan khalayak. Dan kerana orang mengenali sikap dan stail politik perdana menteri itu berdasarkan rekod sebelum ini, menyebabkan orang ragu-ragu terhadap apa yang dinyatakan. Sementelahan pula tidak ada tarikh tetap dalam perkara ini disebutnya.
Kerana sikap berdolak dalih dan rekod lama itulah menjadikan ada pihak meragui dan sangsi kepada janji Mahathir. Ia ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan para Wak Long dan Wak Yah nya menuntutnya agar terus kekal sehingga tamat penggal pilihan raya.
Selain itu mereka yang bergantung hayat dengan Mahathir juga tidak pernah diam terus cuba melambung Mahathir dan dalam masa sama mereka memperlekehkan Anwar. Situasi itu tidak baik dan ia memberi keadaan PH itu sendiri tidak tenteram.
Anehnya kenapa Guan Eng tidak pernah mengkritik mereka yang memperlekehkan Anwar?
Makanya pandangan Guan Eng itu tidak menyimpulkan semangat seluruh orang bawahan yang telah menerima konsensus yang dicapai, yakni Mahathir perlu berundur apabila genap dua tahun.
Kalau pun Guan Eng merindui suasana yang tenang dan harmonis dalam PH untuk membolehkan ekonomi dipancu dengan baik, beliau boleh sahaja mengambil sikap mendiam diri, tidak bersikap memperleceh kepada desakan itu. Tidak perlu mengatakan atau mengeluarkan perkataan tidak payah atau tidak perlu. Beliau patut menyerahkan kepada budibicara dan kebijaksanaan majlis presiden.
Kenapa Guan Eng tidak berbuat demikian? Untuk pengetahuannya tidak berdosa, kalau Guan Eng tidak menuruti kehendak pihak yang mahu Mahathir berundur tepat mengikut jadwalnya, selepas dua tahun bukan selepas sidang APEC atau lebih awal. Bahkan itu lagi baik.
Apakah signifikan sidang APEC yang ditunggu Mahathir untuk berundur itu? Kegagalan sidang Kemuncak KL baru-baru ini sudah memberi petunjuk dan mesej jelas Mahathir di mata dunia khasnya dunia Islam kepemimpinannya sudah “kedawasan” pamor. Mungkin Guan Eng ada jawaban mengenainya sebab itu beliau bersetuju dengan janji mulut Mahathir untuk berundur selepas sidang APEC itu.
Justeru bagi saya, cara Guan Eng itu seperti ada undang disebalik batu. Ada budi besar beliau kepada Mahathir maka beliau seperti tidak mahu kedudukan Mahathir terganggu dengan jawatan itu sebaliknya kekal sehingga selagi Mahathir ingini. Apakah kerana beliau bimbang kedudukannya sebagai Menteri Kewangan akan terusik bila Mahathir tidak lagi jadi perdana menteri? Harap-harap tidak begitu.
Atau apakah beliau seperti terlindung dan dikira selamat selagi Mahathir jadi PM? Apakah Guan Eng sudah jadi mangsa kepada politik peras ugut yang menjadi budaya Mahathir? Umum tahu sebelum berlaku perubahan kerajaan Guan Eng dihadap ke mahkamah atas beberapa tuduhan termasuk rasuah dan sebagainya.
Difahamkan Mahathir masih meneruskan kegemarannya memegang fail peribadi para menteri yang ada masalah seperti diamalkan sebelum ini, untuk dijadikan modal olehnya.
Berhubung sikap Guan Eng itu tidak ada masalah kalau beliau mahu terus Mahathir jadi PM sehingga habis satu penggal, tetapi dengan menangkis pandangan sesetengah pihak agar majlis presiden membuat penentuan terhadap jangka masa Mahathir berkhidmat sesuatu yang tidak baik.
Lebih mendukacitakan lagi pandangan itu akan dijadikan modal oleh musuh-musuh Anwar dan mereka mahu terus bergatung hidup dengan Mahathir sebagai bukti bahawa majlis presiden juga mahu mengekalkan Mahathir sebagai PM.
Sudah pasti musuh akan menggunakan pandangan Guan Eng yang menyimpan sesuatu motif lain dengan “membela” Mahathir itu yang dia (Guan Eng) juga tidak inginkan Anwar segera jadi PM.
-http://msomelayu.blogspot.com/

Kerajaan PH terus berusaha letak negara di landasan tepat


Oleh Mohammed Sofian
Pelbagai usaha dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam melonjakkan pencapaian negara ini sejak memegang tampuk pemerintahan pada 9 Mei 2018.
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan terus komited dengan agenda mereformasikan pentadbiran kewangan negara.
Sistem pentadbiran negara terus dipastikan cekap, berwibawa dan telus supaya ekonomi negara terus mampan serta berdaya saing selain melakar pelbagai kejayaan besar.
Buktinya, pada tahun lalu pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh Kerajaan PH hasil daripada pentadbiran bersih, amanah, cekap dan adil yang dilihat penting dalam usaha membawa Malaysia ke arah kegemilangannya.
Proses pemulihan fiskal dan kewangan yang dilaksanakan oleh PH berupaya meletakkan negara ke landasan betul dalam menjadi sebuah negara maju.
Ini terutama selepas Kerajaan PH mewarisi masalah kewangan dan hutang yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional (BN) yang telah mencacatkan usaha Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun ini.
Sehubungan itu, adalah penting untuk kita gariskan kejayaan-kejayaan yang dilaporkan dicapai oleh syarikat kerajaan PH pada 2019, dalam usaha mengingatkan kita bahawa usaha-usaha kerajaan selama ini membuahkan hasil dan memanfaatkan rakyat Malaysia.
Contoh kejayaan itu boleh dilihat pada prestasi FGV Holdings Bhd. (FGV) yang menyaksikan sahamnya naik sebanyak 104.69%.
Saham-saham FGV telah naik dari RM0.64 pada 2018 kepada RM1.31 pada 26 November 2019
Sementara itu, syarikat petroleum negara, Petronas mencatat keuntungan RM36.4 bilion dalam sembilan bulan pertama 2019.
Syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berjaya meraih keuntungan bersih RM197.87 juta dalam suku ketiga 2019 iaitu peningkatan daripada RM168.49 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
Perkembangan ini dikatakan didorong oleh peningkatan jumlah penumpang di Malaysia sebanyak 8.9%.
Dalam pada itu, DRB-HICOM berjaya mencatat ‘turnover’ sebanyak RM51.5 juta bagi mencapai keuntungan RM40.08 juta dalam suku kedua 2019 berbanding kerugian RM11.42 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
Tabung Haji pula kini mempunyai keuntungan bersih sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2019.
Kejayaan-kejayaan di atas merupakan sebahagian daripada pencapaian cemerlang tahun lalu yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat kerajaan yang di bawah teraju PH.
Insentif menarik tahun ini
Oleh itu, pada 2020, banyak insentif menarik telah diberikan oleh Kerajaan PH kepada rakyat Malaysia menerusi Belanjawan 2020 iaitu merangkumi:
Pemberian vaksin pneumokokal kepada semua kanak-kanak melibatkan peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta.
Langkah ini dilihat sebagai keputusan bijak kerajaan menurunkan jumlah kematian dan pelbagai penyakit membabitkan sistem pernafasan dalam kalangan kanak-kanak.
Selain itu, rakyat pada tahun ini menikmati diskaun sebanyak 18% di lebuh raya milik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Malaysia Berhad, yang mana langkah itu melegakan banyak pihak terutamanya pengguna.
Skim insurans percuma MySalam pula akan diperluaskan kepada golongan M40 yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000.
Dari aspek gaji minimum, kerajaan akan menaikkan kadar RM1,100 sebulan kepada RM1,200 sebulan di bandar-bandar besar pada tahun ini selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk menambah baik kehidupan rakyat, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.
Kerajaan juga terus komited dalam melabur demi masa depan anak-anak dalam bidang pendidikan dan menyediakan pendidikan berkualiti. Ini jelas dibuktikan dengan peruntukan RM64.1 bilion kepada Kementerian Pendidikan pada 2020 berbanding RM60.2 bilion pada 2019.
Penjawat awam tetap menikmati peruntukan iaitu bantuan khas RM500 dan RM250 kepada pesara selain kadar COLA dinaikkan kepada RM50 sebulan.
Ini ditambah juga dengan peningkatan cuti bersalin kepada 90 hari daripada 60 hari.
2020:  Terus berusaha
Semua insentif ini dijalankan semata-mata untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terbela oleh pihak kerajaan. Dengan pelbagai program direncanakan oleh kerajaan, rakyat pastinya bakal menikmati pelbagai manfaat lagi dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, adalah penting untuk rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama untuk bersama-sama menyokong dan mendukung aspirasi kerajaan dalam melonjakkan lagi pencapaian negara pada masa depan. –

ANALISIS MENARIK Implikasi‬ Selepas PRK: Senario Awal Ke Arah PRU 15*



Abd Malek Hussein.

‪⚫ Aku membuat kiraan untuk mengetahui purata peratus kemerosotan undi Parlimen PH berdasarkan PRK yang telah diadakan bagi 5 kerusi Parlimen, iaitu P.132 Port Dickson, P.078 Cameron Highlands, P.186 Sandakan, P.165 Tanjung Piai dan P.176 Kimanis.‬

‪⚫ Dalam 5 PRK kerusi Parlimen itu, PH memperolehi undi kumulatifnya berjumlah 76,885 undi. Berbanding dengan keputusan PRU 14 lalu yang berjumlah 98,070 undi di 5 kerusi Parlimen tersebut, PH mengalami kemerosotan undi Parlimen berjumlah 21,185 atau purata kemerosotan 21.6% per Parlimen.‬

‪⚫ Dengan menggunakan purata kemerosotan 21.6% per Parlimen itu, dan tanpa mengambil kira peningkatan undi BN, diunjurkan bahawa PH mengalami kekalahan di 18 kerusi Parlimen yang telah dimenangi di Semenanjung pada PRU 14 lalu. ‬

‪⚫ 18 kerusi Parlimen PH di Semenanjung yang terjejas akibat kemerosotan undi PH itu terdiri daripada berikut:‬
‪P.8 Pokok Sena (AMANAH)‬
‪P.10 Kuala Kedah (PKR)‬
‪P.57 Parit Buntar (AMANAH)‬
‪P.63 Tambun (PPBM)‬
‪P.74 Lumut (AMANAH)‬
‪P.77 Tanjung Malim (PKR)‬
‪P.80 Raub (DAP)‬
‪P.88 Temerloh (AMANAH)‬
‪P.89 Bentong (DAP)‬
‪P.93 Sungai Besar (PKR)‬
‪P.119 Titiwangsa (PPBM)‬
‪P.129 Kuala Pilah (PPBM)‬
‪P.133 Tampin (AMANAH)‬
‪P.112 Kuala Langat (AMANAH)‬
‪P.136 Tangga Batu (PKR)‬
‪P.141 Sekijang (PKR)‬
‪P.149 Sri Gading (PPBM)‬
‪P.165 Tanjung Piai (PPBM)‬

‪⚫ Ringkasan pecahan 18 kerusi yang terjejas itu menurut parti-parti PH, ialah AMANAH 6, PKR 5, PPBM 5 dan DAP 2.‬

‪⚫ Dalam PRU 14, PH menang 98 kerusi Parlimen di Semenanjung, 10 kerusi Parlimen di Sarawak dan 14 di Sabah (termasuk yang dimenangi WARISAN), dengan jumlah keseluruhannya 122 kerusi Parlimen.‬

‪⚫ Dengan unjuran terjejasnya 18 kerusi Parlimen kerana faktor kemerosotan undi PH, jumlah kerusi PH bersama WARISAN yang asal akan tinggal hanya 104 kerusi sahaja. [Jumlah MP Kerajaan kini bertambah dengan kemasukan MP-MP pembangkang yang melompat.]‬

‪⚫ Senario ini belum mengambil kira kesan gabungan BN dan PAS menerusi Muafakat Nasional (UMNO-PAS). Di atas kertas, gabungan ini jika terkesan, ia akan mengunjurkan perubahan keputusan di dalam tidak kurang 10 kerusi Parlimen yang dimenangi PH yang menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara PH, BN dan PAS pada PRU 14 lalu.‬

‪⚫ 10 kerusi Parlimen PH yang terjejas susulan dari gabungan BN dan PAS itu ialah:‬
‪P.2 Kangar (PKR)‬
‪P.5 Jerlun (PPBM)‬
‪P.6 Kubang Pasu (PPBM)‬
‪P.14 Merbok (PKR)‬
‪P.15 Sungai Petani (PKR)‬
‪P.17 Padang Serai (PKR)‬
‪P.18 Kulim Bandar Baharu (PKR)‬
‪P.82 Indera Mahkota (PKR)‬
‪P.83 Kuantan (PKR)‬
‪P.109 Kapar (PKR)‬

‪⚫ Ringkasnya, pecahan 10 kerusi yang terjejas itu akibat gabungan BN dan PAS menurut parti-parti PH, ialah PKR 8 dan PPBM 2.‬

‪⚫ Secara keseluruhannya, jumlah kerusi Parlimen PH yang diunjurkan terjejas berikutan kemerosotan undi PH kini dan implikasi gabungan BN dan PAS berjumlah 28 kerusi di Semenanjung.‬

‪⚫ Aku juga membuat kiraan mengenai purata peratus pencapaian undi BN berdasarkan PRK Parlimen yang ditandingi BN di tiga kerusi Parlimen, iaitu P.078 Cameron Highlands, P.165 Tanjung Piai dan P.176 Kimanis. [BN tidak bertanding di P.132 Port Dickson dan P.186 Sandakan.]‬

‪⚫ Dalam tiga PRK Parlimen itu, undi BN meningkat semuanya berbanding undi yang diperolehinya pada PRU 14. Undi BN meningkat 1,731 (16.8%) di P.078 Cameron Highlands, 4,735 (22.8%) di P.165 Tanjung Piai dan 764 (6.4%) di P.176 Kimanis.‬

‪⚫ Keseluruhannya, purata peningkatan undi BN dalam tiga PRK Parlimen itu ialah 16.8%.‬

‪⚫ Apakah natijah dan implikasinya kepada PH? Dalam pembacaan awal ini, dua elemen utama boleh dijadikan faktor yang boleh mengunjurkan kekalahan PH dalam PRU 15, iaitu:‬

‪1. Sokongan undi kepada PH merosot pada purata 21.6% per Parlimen.‬

‪2. Sokongan undi kepada BN meningkat pada purata 16.8% per Parlimen.‬

‪⚫ Dalam senario kemerosotan purata 21.6% undi PH dan peningkatan purata 16.8% undi BN ini, BN diunjurkan mampu mengubah kekalahannya pada PRU 14 lalu.‬

‪🔴 Menangganinya, PH tiada pilihan selain perlu bertindak serius dan segera melakukan perubahan drastik demi mengembalikan sokongan majoriti rakyat Malaysia yang dibina semasa PRU 14 lalu dan mengelak dari diunjurkan menjadi Kerajaan Persekutuan untuk hanya sepenggal dengan kekalahan dalam PRU 15 akan datang.

*ABD MALEK HUSIN*

AYO....BANYAK SENYUM...SUKA HATI NAMPAK...?



Tengok kita gak cerdik...kita sakau juta juta ahli kita dan walaun tetap sokong...


Kalau di China hukum samun duit rakyat dan negara dah kena hukum tembak sampai mati malah lebih menakjubkan kalau di Jepun harakiri...malu 7 keturunan tok nenek kalau anak cucu sebut nama tu.

Tapi di Negara yang suatu ketika dulu kita panggil Darul Boleh, ingat Darul Boleh, semua boleh asalkan masyukkk.

Macam cerita  P RAMLEE Ali Baba Bujang Lapok bila para perompak boleh deal kalau nak suruh samun.. Boleh lagi ada senyum bila kena naik mahkamah sebab menyamun... Memang tak tau  malu. Patut la boss hangpa dok keriau  Malu Apa BOSS Ku. hangpa tak rasa malu ka cucu cicit anak beranak????  Minta simpang...tak kaya pun tak pa lah...

Buat apa ada pangkat , kuasa dan wang ringgit kalau rakyat BENCI-ANWAR IBRAHIM.



JANGAN MIMPI PANJANG SANGAT....




Steadylah Amanah, nampaknya hari akan jadi lebih panjang untuk mereka terus bermimpi di siang hari....

Nampak gayanya kena ubah dan tukaq Presiden yang dulunya singa, dah jadi macam mat Sembab sebab dah tak berani bersuara....haaaa....ingat...ingat rakyat bodoh,pekak buta,tuli mudah lupa ka....hangpa pun sama boleh mimpi cam pak pak lebai dan macai Umno....

BUAL BICARA INI BUKAN NAK DESAK BERHENTI.....NASIHAT....DATANGLAH DENGAR BERAMAI RAMAI..



Bual bicara ini bukan mahu mendesak Tun M meletak jawatan, juga bukan menuntut beliau berundur, tapi sekadar untuk mengingatkan tentang janji yang pernah dilafazkannya.

Dan tentu saja tujuan mengingatkan itu kerana kami semua adalah berhati mulia dan tidak mahu Tun M  terjebak dalam kemunafikan yang mungkin dek seronok dengan kuasa, beliau terlupa dengannya.

Untuk itu, datanglah beramai-ramai malam ini di Restoran Amjal, Jalan Pantai Baru, KL...

TUKAR PM SEGERA, ANWAR MAMPU TINGKAT SOKONGAN KEPADA PH

KALAH PRK KIMANIS ‘WAKE UP CALL’ BUAT PH – RONNIE LIU

LEBIH BANYAK KEBAIKAN KEKALKAN DISIPLIN PARTI DARIPADA BIARKAN PARTI MUSNAH OLEH PARASIT



Ada penganalisa politik meramalkan Anwar tidak akan berani memecat Zuraidah kerana bimbang kepada pergolakan dalaman parti lebih parah dan beliau tiada harapan untuk menjadi PM ke 8.

Mereka juga berpendapat, sekiranya Anwar memecat tokoh wanita yang bermulut lancang ini maka akan menyebabkan lebih ramai penyokong menteri ini akan keluar parti.  Maka, dikatakan Anwar kini berada dalam dilema.

Saya berpendapat, Anwar samasekali tidak akan campurtangan di dalam menentukan samada wanita yang digelar 'mak.lampir' ini dipecat, digantung atau diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Parti.  Buktinya, di dalam kes pemecatan KC Bera yang juga seorang Ahli MPP, Sdr Zakaria, Anwar sendiri mencadangkan di dalam Mesyuarat MPP bahawa Sdr Zakaria hanya perlu 'digantung' keahlian sahaja.  Malangnya, ahli MPP yang lain banyak mencadangkan agar Sdr Zakaria dipecat kerana mereka berpendapat parti reformasi seperti Keadilan ini tidak harus memaafkan perbuatan rasuah.  Akhirnya, Anwar terpaksa akur dengan keputusan MPP.  Keputusan tersebut selari dengan cadangan Jawatankuasa Disiplin Parti.  

Ini menunjukkan bahawa Anwar tidak akan membuat keputusan bersendirian.  Di dalam kes Zuraidah ini, samada Zuraidah dipecat atau tidak,  bukannya ada kaitan dengan Anwar menjadi PM atau tidak.  Apa guna Anwar menjadi PM sekiranya beliau meninggalkan parasit di dalam parti?  Adakah sekiranya Anwar tidak menghukum Zuraidah maka Zuraidah beserta kumpulan penyokong semburit akan menyokong Anwar untuk menjadi PM ke 8?  Mustahil dan tidak masuk akal bagi sesiapa yang mengenali Zuraidah dan "Si Kitol".  

Sehubungan itu, adalah lebih baik Anwar kekalkan prinsipnya iaitu sesiapa pun yang telah dilaporkan ke Jawatankuasa Disiplin, biarlah jawatankuasa tersebut menyiasat dan menyerahkan cadangan mereka kepada MPP dan Biro Politik.  Di peringkat ini nanti, keputusan MPP atau Biro Politik adalah keputusan berjemaah, bukannya keputusan Anwar seorang.  

Sesiapa yang merasakan Anwar akan tunduk kepada sebarang ugutan hanya kerana mahu menjadi PM ke 8 walaupun itu memang hak beliau yang dijanjikan, mereka tersilap besar.  Kita tidak boleh mempunyai PM yang mudah diugut.  Bagi saya, parti harus bertindak tegas  kepada mana-mana pemimpin atau ahli parti yang bukan sahaja biadab malah terus istiqomah dengan biadab dan kurang ajarnya.

WFAUZDIN NS

KESIAN KAN TOK.....KISAH LAMA DI PUTAR BALIK...



Semalam, mula-mula keluar spekulasi di sebuah portal berita berkenaan kemungkinan pengaturan politik baru yang berteraskan Melayu bakal dibentuk tidak lama lagi.
Dikatakan ia melibatkan usaha membawa masuk Pas ke dalam kerajaan yang bertujuan untuk menahan kemaraan DAP dan untuk menidakkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8.
Kemudian, Tun Mahathir Mohamad sebagai reaksinya kepada berita berkenaan menyatakan kesediaan dan bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa saja, termasuk Pas, tetapi tidak dengan Najib Razak.
“Saya bertemu semua orang termasuk pemberita yang tidak baik, bukan hanya pemberita yang baik.
“Itulah pekerjaan saya. Saya bertemu dengan semua orang walaupun orang-orang ini, musuh saya, ” katanya.
Diasak lagi, Tun Mahathir mengakui ada bertemu dengan Presiden Pas, Hadi Awang, tetapi tidak menyatakan bila ia diadakan.
“Mereka jumpa, mereka bimbang dengan beberapa perkara.
“Saya kata ia sangat mudah. Kalau kami buat sesuatu buruk, jangan sokong kami di Parlimen. Kalau kami buat yang baik, walaupun pembangkang , tapi apa yang dilakukan adalah baik untuk negara, tolong sokong kami. Itu sahaja.
“Jadi, ada beberapa perkara di Parlimen, perkara-perkara tertentu disokong, undang-undang tertentu dari kerajaan disokong oleh PAS jika ia baik, tetapi jika mereka fikir ia buruk, jangan sokong,” katanya.
Tidak lama kemudian beredar pula gambar Tun Mahathir bersama Hadi di meja makan dengan ditemani Tun Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Shamsuri Mokhtar dan Khairuddin Abu Hassan.
Gambar itu segera tular di media sosial dengan pelbagai pihak membuat ulasan serta andaian seolah-olah pertemuan itu baru berlaku dalam sehari dua ini.
Untuk seharian semalam, ramai yang teruja dengan berita dan gambar tersebut.
Melalui beberapa pemeriksaan sehingga malam tadi, bagaimanapun disahkan sebenarnya gambar itu adalah gambar lama.
Seorang kenalan mengesahkan bahawa Khairuddin pernah menunjukkan gambar tersebut kepadanya beberapa bulan yang lalu ketika berbual-bual berkenaan isu politik semasa.
Hahahahahaha…..
Apa tandanya?
Tandanya semua ini adalah permainan yang mungkin diatur oleh Khairuddin dan direstui oleh Tun Mahathir untuk mencetuskan pergolakan politik negara selepas UMNO menang di Kimanis.
Dalam hal ini ternampak Tun Mahathir sedang terdesak untuk menyelamatkan diri dan kedudukannya menjelang bulan Mei akan datang di mana desakan semakin kuat agar peralihan kuasa kepada Anwar dimuktamadkan dengan segera.
Kekalahan di Kimanis antaranya disebabkan kesan penolakan rakyat terhadapnya telah merebak hingga ke Sabah membuatkan ramai yang mendesak agar beliau melengah-lengahkan lagi peralihan kuasa.
Tun Mahathir seolah-olah cuba memancing perhatian ramai untuk menunjukkan beliau mendapat sokongan daripada Pas, sambil dengan itu cuba meretakkan hubungan Pas dengan UMNO yang sudah menjalin hubungan rasmi melalui Muafakat Nasional.
Terlihat Tun Mahathir ada kebimbangan tentang hubungan UMNO dan Pas menjelang PRU akan datang serta bagaimana Najib semakin mendapat sokongan berbanding dirinya.
Tetapi, dalam masa yang sama beliau masih lagi lapar dengan kuasa dan seperti enggan mematuhi janji peralihan kuasa dalam tempoh dua tahun sebagaimana yang selalu disebut dan diulang-ulangnya sebelum ini.
Kesian kan….sampai gambar lama pun terpaksa dikitar semula yang nampak sangat menyerlahkan keterdesakannya ketika ini. (ShahbudinHusin 21/01/2020)

JANGAN ANGKUH PIMPINAN PAS.



Tadi ada sahabat share screenshot status MP PAS dengan bongkaknya mengatakan, Keputusan PRK Kimanis adalah jalan dan pintu keluar pemimpin PH dari Putrajaya..Satu petunjuk PH akan akan kalah teruk PRU 15.. Dia suruh menteri bersiap sedia untuk keluar dan Pegawai diminta untuk tidak takut mengkhianati Kerajaan..

 Pesan aku.. Jangan terlalu Yakin... dan jangan terlalu sombong.. Belajar dari Sejarah...Masa gelombang Reformasi dulu, Perkara yg sama berlaku.. Masa tu ada petunjuk BN akan kalah besar.. masa PRU 1999, Kawasan yang sukar ditembusi PAS seperti parlimen Parit di Perak pun PAS boleh menang.. UMNO Terengganu Tumbang hanya tinggal 4 Kerusi.. Lepas tu apa Jadi..

Masa tu gelombang rakyat kepada pembangkang terutama Melayu lebih besar dari hari ini.. Bayangkan ceramah PAS mampu memenuhi Stadium walaupun tanpa kerahan dari seluruh negara... Setiap malam dalam gelap dan dalam hutan pun, PAS mampu menghimpunkan puluhan ribu orang Melayu mendengar Ceramah.. sampaikan ada Ceramah yg terpaksa disuraikan dengan FRU.. Situasai mcm tu PAS dah tak mampu ulangi melainkan dengan kerahan seluruh negara..

Kemuncaknya gelombang kebangkitan Melayu.. Pembangkang sudah mula menang dikawasan bukan Islam... Tahun 2000, dalam Pilihanraya kecil Lunas, kawasan Kubu MIC.. PKR melalui calonnya Saifudin nasution dapat menewaskan calon MIC walaupun ketika PRU 1999, Dia menang dengan Majoriti hampir 5 ribu undi.. swing yang agak besar dari pengundi India dan Cina.. Masa tu bukan hanya media dikuasai BN, seluruh jentera Kerajaan Undi hantu digunakan untuk pertahankan Dun Lunas..

Masa tu.. pemimpin pembangkang dah begitu yakin, sampai ada yang kata laporan SB kepada Tun Mahathir sendiri,Kata depa.. kalau beginilah caranya , Barisan Alternatif akan dapat menang besar dan menguasai Putrajaya dalam PRU 2004..

Lepas tu apa jadi ? Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatan pada tahun 2002.. sehari selepas itu.., Almarhum Ustaz fadzil Noor meninggal Dunia.. walaupun lautan manusia hadir di hari pengkebumian Ustaz Fadzil Noor.. dalam PRK di Parlimen Pendang, Calon PAS kalah kepada calon UMNO.. Kawasan Presiden PAS sendiri..

Lagi teruk, selepas transisi Tun M kepada Paklah.. berlakulah mimpi ngeri kepada pembangkang.. PRU 2004, Pembangkang kalah paling teruk dalam sejarah.. PAS dari 27 Kerusi hanya tinggal lebih kurang 7 Kerusi, PKR lagi teruk hanya tinggal Wan Azizah sorang di Permatang Pauh, Itupun selepas kiraan semula... 

PAS di Kelantan masa tu hanya berkelebihan 1 Kerusi.. Almarhum TG Nik Aziz sampai kena serangan jantung.. Dan yang paling memalukan, Presiden PAS pada masa tu Hadi Awang sendiri kalah di Parlimen Marang, Masa tu apa yang terjadi ? MB Terengganu Hadi Awang sendiri ditunjukkan pintu keluar bersama Exconya oleh rakyat terengganu.. tidak Siapa menyangka PAS terengganu akan kalah teruk.. PAS pulak tinggal 4 Kerusi..

begitu juga apa yang terjadi sebelum PRU 14, hanya tak sampai 2 tahun sebelum PRU 14.. UMNO menang besar dengan pertandingan 3 Penjuru di Sg Besar dan Kuala Kangsar.. eputusan itu,Seakan tidak ada harapan untuk Pakatan Harapan bukan saja untuk  menang di Putrajaya.. hatta untuk kekalkan Selangor..

Masa tu Haji Hadi dah mula berangan angan untuk jadi Menteri Agama selepas membuat pakatan sulit dengan Najib razak.. Kata Haji hadi dengan bongkaknya..Kami lah King Maker.. situasi paling buruk pun, PAS akan dapat menyelamatkan BN di Putrajaya.. Dah pasti ada 2-3 tempat untuk PAS berstatus menteri di Putrajaya..

Lepas tu apa jadi ? Bukan hanya PAS.. akhirnya BN UMNO dan Najib sendiri ditunjukkan pintu keluar oleh Rakyat... memang betul, Situasi hari ini cukup getir bagi Kerajaan PH..Sama seperti selepas PRU 1999 bila UMNO menghadapi kebangkitan pembangkang.. sama seperti awal kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.. Seakan mereka mereka kerajaan sepenggal.. tapi apa yang berlaku sebaliknya..

Apa pun... Jika tidak berlaku transisi dari Tun Mahathir kepada Ds Anwar hujung tahun ini.. aku akui PH akan kalah besar dalam PRU 15.. Sebaliknya jika berlaku transisi... Pembangkang bersedialah menghadapi situasi terburuk pembangkang  sepertimana pada PRU tahun 2004.. Dan aku rasa Tun mahathir sendiri faham..

 Inilah antara sebab mengapa PAS dan UMNO sedaya upaya menggagalkan transisi dari Tun mahathir kepada Ds Anwar.. apapun Jangan terlalu bongkak sangat.. Belajar lah dari Sejarah.. Silap silap PRU 15, PAS Kelantan akan senasib PAS Terengganu seperti tahun 2004.. :)

Ipohmali

BAIK PERANCANGAN



W,Faudzin


Tugas Si Kitol jumpa MP MP Umno.  Tugas atok jumpa lebai.  Tugas kita angkat Anwar jadi PM pada Mei 2020.

POLL DSAI JADI PM HARI INI



Sehingga jam 12.58 pagi pada 21/1/2020, keputusan poll drpd 58, 235 yg mengundi, 82.63% memilih Anwar sebagai PM.