KALAU MACAM NI, CERAHLAH PELUANG ANNUAR MUSA JADI PRESIDEN UMNO…

 

Nama Annuar Musa yang memang sedia popular, sekali lagi jadi sebutan serta bualan ramai sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam.

Jika sebelum ini namanya kerapkali muncul kerana kritikannya terhadap UMNO dan Ahmad Zahid Hamidi serta kecondongannya terhadap Bersatu, terutama setelah dipecat sebagai Setiausaha Agung BN, kali ini namanya menjadi bualan berikutan ramainya orang politik daripada UMNO diberikan gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah tahun ini.

Jumlah gelaran Datuk yang diberikan tahun ini bukan jauh lebih ramai berbanding era PH sebelum ini, malah lebih tinggi berbanding era BN, termasuk ketika Tengku Adnan Tengku Mansor yang agak lama memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

Lebih daripada, berbeza dengan amalam semua negeri lain, termasuk di Wilayah Persekutuan sebelum ini di mana senarai penerima Datuk biasanya akan dikeluarkan melalui kenyataan media oleh kerajaan negeri saja, sebaliknya untuk pertama kali Annuar sendiri selaku Menteri Wilayah Persekutuan mengadakan sidang akhbar khas dan mengedarkan kepada media senarai penerima darjah kebesaran, pingat dan bintang pada tahun ini.

Apa tujuan Annuar berbuat demikian?

Meskipun semua orang tahu, nama-nama penerima segala gelaran Datuk itu adalah kuasa Menteri Wilayah Persekutuan, tetapi adakah dengan membuat sidang media khas itu menunjukkan Annuar mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa beliaulah yang berkuasa dan menentukan pemberian bergelar di Wilayah Persekutuan ini?

Tapi, untuk apa beliau berbuat demikian, sambil penerima daripada kalangan pemegang jawatan dalam UMNO pula adalah tinggi sedangkan sejak PN membentuk kerajaan pada Mac 2020 lalu, negara tidak putus-putus dilanda PKP yang bersambung-sambung akibat Covid19?

Apakah dengan lebih banyak duduk di rumah saja pun mereka itu tak terbilang juga jasa dan sumbangannya kepada masyarakat?

Atau apakah pemberian gelaran kali ini bukan kerana mereka ada jasa atau sumbangan, tetapi disebabkan ada undi semata-mata?

Jika begitu, Annuar mahu bertanding jawatan apa sebenarnya?

Sebelum ini, pemimpin yang terkenal dengan banyak memberi gelaran Datuk kepada pemimpin UMNO ialah

Ali Rustam (sekarang merupakan Yang Dipertua Negeri Melaka) ketika beliau memegang jawatan Ketua Menteri di negeri tersebut.

Setiap tahun, berduyun-duyun pemimpin UMNO daripada seluruh negara menerima gelaran Datuk daripada beliau,

Disebabkan kemurahan hatinya Ali Rustam itu, ketika beliau menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO berlawan dengan Muhyiddin pada 2009, dari segi gelombang sokongan yang diterimanya, beliau dijangka mudah memenangi pertandingan tersebut sejak awal lagi.

Namun demikian, di saat akhir beliau disekat daripada bertanding kerana didapati bersalah dalam amalam politik wang.

Ali Rustam bagaimanapun tidak dikenakan apa-apa tindakan lain seperti gantung jawatan, gantung keahlian atau jawatannya dalam UMNO dilucutkan, tetapi hanya dilarang meneruskan cabarannya kepada Muhyiddin.

Ketika itu, wujud tanggapan bahawa Ali Rustam sengaja disekat bertanding untuk memberi laluan mudah kepada Muhyiddin menjadi Timbalan Presiden UMNO untul digandingkan dengan Najib Razak.

Dua sebab dikaitkan mengapa tindakan itu dilakukan, pertama – untuk membalas budi Muhyiddin yang sebelum itu membuat gesaan di Singapura agar Tun Abdullah Badawi lebih awal melakukan peralihan kuasa kepada Najib dan kedua – untuk memudahkan pengisian jawatan Timbalan Perdana Menteri lantaran Ali Rustam pada waktu itu sedang menyandang jawatan Ketua Menteri Melaka.

Berikutan kejayaan mudah Muhyiddin mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO setelah menewaskan Muhammad Mohd Taib, beliau kemudiannya terus dilantik sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan bergandingan dengan Najib selaku Perdana Menteri.

Andai Ali Rustam tidak disekat daripada bertanding pada 2009 itu, beliau dilihat lebih berpeluang besar untuk menang dan jika itu berlaku, Muhyiddin tidak mungkin berpeluang mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pokoknya, selain peribadi Ali Rustam sendiri yang peramah dan mudah didekati, tindakannya menDatukkan ramai pemimpin-pemimpin UMNO seluruh negara adalah antara sebab beliau menerima sokongan yang menyeluruh dan hampir menjadi pemimpin nombor dua dalam UMNO.

Hanya kerana beliau disekat dan kemudian kalah pula bertanding di Parlimen Bukit Katil pada PRU 2013 kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin, nama Ali Rustam akhirnya terus merudum sehinggalah hanya pada Jun 2020 lalu berikutan perubahan kerajaan negeri Melaka yang menyusul setelah Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka menggantikan Tun Khalil Yaakob.

Dalam hal ini, apakah dengan memberi banyak gelaran Datuk di Wilayah Persekutuan tahun ini, walau tidak sampai setahun berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, ini merupakan tanda yang semakin pasti Annuar akan menentang Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang dijangka tahun ini?

Apatah lagi, dalam kluster menteri daripada UMNO, berbanding Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin yang turut disebut-sebut akan turut bertanding jawatan Presiden UMNO, hanya Annuar yang yang ada lebih keupayaan atas jawatannya dalam kerajaan untuk memberi pelbagai nikmat kepada pemimpin UMNO yang rata-ratanya memang dahagakan gelaran, penghormatan serta kekayaan melalui perjuangan agama, bangsa dan negara bersama UMNO. 


(Shahbudindotcom 02/02/2021)




(LIVE) Bicara Anwar Ibrahim: Respon Terkait Siasatan Pihak Polis Keatas ...


Kuala Lumpur 02/02/2021 9.00pm Anwar Ibrahim - Malam ini saya akan memberi respon terkait kenyataan Menteri Dalam Negeri berhubung siasatan pihak polis ke atas saya dan beberapa individu lain. Saya turut akan mengulas mengenai pasaran saham tempatan yang mencatatkan prestasi kurang memberangsangkan pada awal tahun ini apabila kesukaran untuk membendung peningkatan jangkitan wabak COVID-19 menambah kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi.







EKONOMI BERCELARU PERIKATAN NASIONAL TERNYATA GAGAL



“Rasmi atau tidak rasmi – yang rakyat bimbangkan ‘nawaitu’ sudah ada – cuma belum akad. Rakyat bimbang jika berdasarkan trend terkini jangkitan COVID-19, akad itu ‘possible’.” Beliau mengakui menyokong PKP 2.0 tetapi turut meminta ia seiring dengan langkah-langkah membantu rakyat untuk mengharungi tempoh-tempoh sukar itu.




INDEX PERSEPSI RASUAH MALAYSIA MERUDUM TIDAK MENGEJUTKAN


Namun, dalam satu perkembangan yang berkaitan, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kah Woh berhubung kenyataan Pengerusi PAC itu berhubung pembabitan penjualan 97 plot tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada syarikat swasta. Mengulas mengenainya, Kah Woh berkata tugas PAC tidak wajar dipertikaikan atau ahlinya dikenakan sebarang ugutan tindakan undang-undang ketika menjalankan tugas rasmi itu.


BAHAYA ORDER DARI LAHZADA


ZUS DIN


Benda ni ulang banyak kali tak apa..supaya orang lebih kenal kaki kelentong ...

Masa PH dulu dia bukan main lagi  bawa isu hal pakaian pramugari la bagai..time mereka

 jadi  kerajaan tebuk  atap..diam sepi..termasuk walaun..yang ada tu ada ..biasa la....rupanya

 tunggang agama saja...Hudud diam dah..ruu 355 ni pun orang dok perli berbuih mulut

 mulut..lain lain tak yah cakap la...hawaq belaka.....


 



OWHHH....HASUT....

 


Polis buka kertas siasatan terhadap Anwar kerana didakwa menghasut, kata Menteri Dalam Negeri

Polis buka kertas siasatan terhadap Anwar kerana didakwa menghasut, kata Menteri Dalam Negeri

Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan 13 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas Ketua Pembangkang itu kerana didakwa menghasut dan mengancam keselamatan serta ketenteraman negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia termasuk beberapa individu lain yang dilaporkan menentang Pengisytiharan Darurat itu dan mendesak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah membatalkannya.

“Bukan hanya Anwar seorang, malah beberapa orang lagi kita siasat,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya, di sini hari ini.Terdahulu, media melaporkan Anwar mencadangkan agar semua ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Seri Paduka membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR mendakwa, beliau sudah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen supaya berbuat demikian dalam kadar segera.

Rentetan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis terhadap beliau kerana dipercayai melakukan hasutan kepada ahli Parlimen supaya menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong itu. 




DARURAT TAK HALANG PERUBAHAN KUASA – DR AZIZ BARI


APA PELAN B MALAYSIA HADAPI SEKATAN VAKSIN COVID KESATUAN EROPAH?

 

DENDA KAYANGAN DAN MARHAEN BERBEZA



RINA HAMZAH


Ketika ribuan rakyat kena denda/ kompaun DAN Menteri serta ahli politaik PN tak kena denda, sudah sampai masanya k'jaan kata nilai kompaun mesti dinaikkan !!

DENGAN ALASAN dapat menurunkan kes COVID-19..

Sewaktu pelabur asing dah tak berani nak melabur di dalam negara kita.. INILAH PELUANG

TERBAIK

kerajaan tebuk atap cari duit dgn menekan rakyat.

#AntaraDuaDarjat

SR



 Image may contain: 1 person, text

MANA SATU NI.....TAK DENGAR KAH NASIHAT KP KESIHATAN ?

 

36 POSTING SETAKAT INI. LAGI BERITA MENYUSUL

 


SILA TEKAN  BUTANG    >    UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI.


SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.



LEPAS DIA POS...DIA PADAM..SEBAB KENAKUTUK..KALAU TANGKI SEBESAR ITU, NAK

 BASUH MERCEDES PUN TAK LEPAS...INI PULA UNTUK 27 KELUARGA..KAH..KAH..KAH

INI SALAH SEORANG MENTERI YANG SUKA BUAT LAWAK PADA RAKYAT MALAYSIA.





PKP 2.0 disambung hingga 18 Februari, rentas negeri, aktiviti sosial masih tidak dibenarkan

 

Hasimi Muhamad
PKP 2.0 disambung hingga 18 Februari, rentas negeri, aktiviti sosial masih tidak dibenarkan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Rentas negeri dan aktiviti sosial masih tidak dibenarkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan kes dan kluster membabitkan aktiviti rentas negeri."Saya nak maklumkan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan data yang telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
"Rentas negeri sehingga har ini apabila kita buka rentas negeri suatu ketika dahulu, ianya menyumbang kepada kes positif dan terdapat 31 kluster berkaitan rentas negeri.
"Sebab itu kita memberikan penekanan rentas negeri tidak boleh diberikan (kerana) ianya memberikan peningkatan kes positif," katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.

SIAPA YANG ARAHKAN EBIT BERHENTI MELAKUKAN KEBAJIKAN ?


IBRAHIM MAT ISA

Status Ustaz Ebit Lew sebentar tadi...😢😢
Adakah arahan KDN atau MKN..??
Atau melibatkan ESSCOM..??

 Image may contain: one or more people

Seven NGOs have decided to file an originating summons today and seek court declarations on issues related to the Emergency (Essential Powers) Ordinance 2021 in order to protect the role of Parliament and Judiciary in ensuring checks and balances during emergency.

 Seven NGOs have decided to file an originating summons today and seek court declarations on issues related to the Emergency (Essential Powers) Ordinance 2021 in order to protect the role of Parliament and Judiciary in ensuring checks and balances during emergency.

The seven NGOs, namely the Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Center for Independent Journalism (CIJ), Aliran, The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) and Save Rivers will have an online press conference on the legal action at:
Date: 2 February 2021 (Tuesday)
Time: 2.00pm
You are cordially invited to watch this press conference, which will be broadcasted live at Facebook page of BERSIH 2.0 at
https://www.facebook.com/BERSIH2.0
Please also help us to share this message and the link widely. Thanks.
LIVE

KENYATAAN MEDIA 7 NGOS DESAK MAHKAMAH PERTIMBANGKAN PERANAN SEMAK DAN IMBANG BADAN KEHAKIMAN SERTA PARLIMEN SEMASA TEMPOH DARURAT

 

Image may contain: text that says "bersih2o MAHKAMAH TINGGI 生21 EssaIs! Kenyataan Media BERSIH 2.0 2 Februari 2021 NGO POHON MAHKAMAH PERTIMBANGKAN PERANAN SEMAK DAN IMBANG KEHAKIMAN SERTA PARLIMEN SEMASA TEMPOH DARURAT BERSIH 2.0 www.bersih.org"


Kenyataan Media

2 Februari 2021

NGO Pohon Mahkamah Pertimbangkan Peranan Semak dan Imbang Badan Kehakiman Serta Parlimen Semasa Tempoh Darurat

Kami, pertubuhan masyarakat sivil yang bertandatangan, yang terlibat dalam pelbagai lapangan advokasi untuk mengukuhkan demokrasi berparlimen dan mempertahankan ruang sivil, telah mengemukakan saman mewakil kepentingan umum terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Malaysia pada hari ini di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan deklarasi mahkamah tentang isu-isu berkenaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Kami bimbang perisytiharan darurat dan Ordinan Darurat telah menyebabkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak dapat memenuhi kewajiban perlembagaan mereka sebagai tempat perbahasan dan pengundian bagi Ordinan Darurat. Kami juga khuatir kesan utama Ordinan Darurat adalah penggantungan Parlimen sedangkan kerajaan, badan kehakiman dan sektor swasta berjalan seperti biasa, dengan terikat dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuatkuasa.

Kami ingin mahkamah mengisytiharkan sekiranya mereka mempunyai kuasa untuk menyemak sebarang percubaan untuk memintas peruntukan perlembagaan yang memerlukan semua undang-undang dibawa ke Parlimen terlebih dahulu.

Secara khusus, kami ingin mendapatkan perisytiharan mahkamah sama ada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu); atau Seksyen 14 Ordinan tersebut yang telah menggantung Parlimen; dan Perkara 150(8) Perlembagaan yang mengenepikan bidang kuasa mahkamah, adalah tidak berperlembagaan.

Dalam permohonan kami kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, kami mengajukan beberapa persoalan perundangan seperti berikut:

1. Memandangkan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak dibubarkan namun hanya ditangguhkan pada waktu tertentu, adakah Proklamasi Darurat yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021 (lihat P.U.(A)7/2021) dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang diisytiharkan pada 14 Januari 2021 perlu dibentangkan di Parlimen sejajar dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan?

2. Adakah Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan penggantungan Parlimen adalah sah memandangkan ianya mencegah atau menghalang pengoperasian Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan? (Seksyen 14 seakan-akan bermaksud, antara lain, menghalang pengoperasian peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan memanggil, menghenti dan membubarkan Parlimen serta membatalkan sebarang sidang Parlimen yang telah dipanggil tetapi belum bersidang).

3. Adakah pindaan perlembagaan 1981 yang memasukkan Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan yang seakan-akan mengenepikan bidang kuasa mahkamah adalah tidak berperlembagaan (kerana mengingkari Perkara 4 dan 121 Perlembagaan Persekutuan dan/atau struktur asas Perlembagaan Persekutuan)?

4. Adakah Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan, jikalaupun ianya sah, menghalang mahkamah untuk menyemak keperlembagaan sesuatu ordinan yang dibuat di bawah Perkara 150(2B) yang tidak mematuhi, mencegah atau menghalang keperluan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan (yang memperuntukkan keperluan proklamasi/ordinan dibentangkan di Parlimen)?

Penggantungan parlimen adalah satu langkah drastik. Proklamasi darurat ini melampaui Perlembagaan dan tidak sejajar dengan keadaan semasa. Sebagai warga yang bekerja demi rakyat serta memperjuangkan reformasi, penggantungan parlimen mengganggu kerja kami disebabkan kami tidak dapat memperoleh dan mencari penyelesaian semasa sidang parlimen mengenai isu-isu yang berkaitan.

Kami percaya bahawa kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan dan semangat Perlembagaan Persekutuan perlu dipatuhi, di mana terdapat pengasingan kuasa yang jelas diantara cabang kuasa Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman dan tidak ada satu cabang yang boleh mengatasi cabang kuasa yang lainnya.

Kehilangan semak dan imbang dalam demokrasi berparlimen akan mengakibatkan kesan jangka panjang yang tak terpulihkan yang akan memusnahkan negara kita, kerana kerajaan yang tidak disemak mudah menjadi kerajaan yang drakonian dan kleptokratik.

Kami yakin bahawa kerajaan sudah mempunyai kuasa yang mencukupi untuk menangani krisis Covid-19 dan mereka tidak perlu menggantung Parlimen melalui Ordinan Darurat.

Sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, kami amat khuatir dengan kesan buruk pandemik ini – kehilangan nyawa, kerja dan hakisan ekonomi yang sangat teruk. Kestabilan politik adalah diperlukan untuk kerajaan membawa kita keluar dari krisis yang tidak terjangka ini, namun kestabilan tidak boleh dicapai dengan mengorbankan institusi semak dan imbang oleh Parlimen dan badan kehakiman.

Kami melakukan litigasi ini demi kepentingan umum untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang dan sistem semak imbang serta untuk mendapatkan keputusan badan kehakiman berkenaan isu-isu terkait dengan Ordinan Darurat.

Oleh yang demikian, atas nama kepentingan awam kami melakukan cabaran kehakiman supaya mahkamah dapat menentukan kuasa keperlembagaan parlimen dan badan kehakiman dalam mempertahankan sistem semak dan imbang negara kita.

Ditandatangani oleh:

1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)

2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

3. Center for Independent Journalism (CIJ)

4. Aliran

5. Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)

6. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)

7. Save Rivers

 


Watch Live Press Conference of Seven NGOs Asking Court to Review Emergency Ordinance

 



Watch Live Press Conference of Seven NGOs Asking Court to Review Emergency Ordinance


Seven NGOs have decided to file an originating summons today and seek court declarations on issues related to the Emergency (Essential Powers) Ordinance 2021 in order to protect the role of Parliament and Judiciary in ensuring checks and balances during emergency.


The seven NGOs, namely the Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Center for Independent Journalism (CIJ), Aliran, The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK) and Save Rivers will have an online press conference on the legal action at:


Date: 2 February 2021 (Tuesday)

Time: 2.00pm


You are cordially invited to watch this press conference, which will be broadcasted live at Facebook page of BERSIH 2.0 at https://www.facebook.com/BERSIH2.0


Please also help us to share this message and the link widely. Thanks.


Released by,

The Secretariat of BERSIH 2.0








MAPIM kesal menteri, timbalan menteri ghairah kejar gelaran sedangkan rakyat sedang susah

 



MAPIM kesal menteri, timbalan menteri ghairah kejar gelaran sedangkan rakyat sedang susah
 

MAPIM kesal menteri, timbalan menteri ghairah kejar gelaran sedangkan rakyat sedang susah February 2, 2021 12:45 pm 0 Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) kesal kerana terdapat mereka yang masih teruja mengejar pingat dan pangkat dalam keadaan rakyat sedang berdepan keperitan hidup. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya ghairah apabila mendapat maklumat 30,000 warga miskin di Kuala Lumpur seperti yang dimaklum oleh Menteri Wilayah Persekutuan berbanding belasan menteri dan timbalan menteri mendapat pingat gelaran Datuk Seri dan Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan. Tegasnya, seharusnya semua menteri dan timbalan menteri yang berjumlah 70 orang itu lebih memberi tumpuan kepada penderitaaan rakyat, bukan ghairah mendapat pingat dan gelaran.


Menurut beliau, kemiskinan bandar nampaknya semakin meningkat apabila ada warga kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19.

Golongan gelandangan juga semakin terserlah di bandar besar.

”Pengangguran bandar akan menjadi parah jika usaha berkesan tidak diambil oleh pihak kerajaan.

”Kami prihatian gejala kelaparan dan trend berniat untuk bunuh diri juga bertambah di bandar. Kehidupan yang sangat tertekan dirasai oleh rakyat terutama golongan B40,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jelas beliau, pakej yang diumum oleh kerajaan dalam bajet 2021 belum terlihat menyelesaikan masalah, sebaliknya. jutaan orang sedang merasai keadaan akan mungkin menjadi lebih parah.

Mohd Azmi menambah, Covid-19 jelas mendedahkan jurang kaya miskin yang semakin membesar dan golongan elit masih hidup selesa.

Secara umumnya ratusan ribu yang kini menganggur adalah dalam kalangan pekerja muda, bermakna produktiviti negara pasti menurun akibat mereka yang dibuang pekerjaan dalam pelbagai sektor adalah orang muda, ujarnya.