PANDANGAN REFORMIS AWAL HAMDAN TAHA



Asalamualaikum semua sahabat FB semoga kita mendapat Rahmat Allah swt ketika di dunia dan terutama ketika kita di akhirat

Saya sekadar ingin bertanya kabar dan mencampakkan pandangan supaya saya mendapat maklum balas dari rakan rakan.

Saya fikir jika tahun 2020 pada bulan mac sebelum bulan ramadhan sekiranya peralihan kuasa antara tun dr m dan dato seri anwar tidak selesai dan nyata maka saya ingin membuat gerakan rakyat supaya di adakan semula pilihanraya semula. Serahkan kuasa melantik PM itu kepada rakyat semula melalui PRU.

Peralihan itu bole sahaja berlaku pada bulan berapa pun pada tahun 2020 atau awal 2021 tetapi kedua dua tokoh ini wajib memberitahu rakyat tarikh yang nyata dan bukan lagi sekadar kenyataan politik. Jika mau di serahkan kepada Anwar silakan...kita terima atau mahu tun dr m kekal menjadi PM pun saya fikir rakyat tidak menjadi masalah. Yang kita mahukan ialah PM yang KEKAL bukan SEMENTARA...

Jika peralihan kuasa ini tidak selesai masih ada permainan politik antara dua tokoh ini saya percaya yang akan menderita adalah 32 juta rakyat Malaysia. Ekonomi tidak akan berkembang,kepercayaan pelabur tidak ada,krisis politik akan berlanjutan,kestabilan politik tergugat,semua ini akan merosakan negara. Kerana manusia dua tiga orang rakyat 32 juta menderita. Ini kita tak bole biarkan berlaku...

Jika bulan mac tahun ni tak ada tarikh dan keadaan politik masih seperti sekarang. Saya berharap kita rakyat perlu melakukan dua perkara.

1. Mengumpul tandatangan untuk di hantar kepada DYMMYDA supaya di bubarkan parlimen untuk di adakan PRU

2. Jika gagal juga kita perlu turun berhimpun di jalan raya menyatakan pendapat dan berhimpun mendesak supaya di adakan PRU

Kita rakyat seramai 30 juta jangan kalah dengan dua tiga orang ahli politik yang tamak kuasa. Rakyat lah yang berkuasa....kita wajib bangkit dan menjadi rakyat yang cerdik bukan di perbodohkan oleh ahli politik.

Apa pandangan saudara semua...

Boleh berikan pendapat di ruang komen tampa mengunakan ayat ayat provok. Gunakan ayat yang baik untuk di baca oleh ramai pihak

Hamdan taha

Sekadar pandangan dari rakyat biasa

Sila kongsikan pandangan ini ke wall sahabat,supaya kita mulakan arus juga pandangan kita. Biar pemimpin tahu rakyat mahu mereka selesaikan hal negara lebih penting daripada nafsu politik mereka.


ERDORGAN UCAP TAKZIAH BUAT KELUARGA ANWAR






Presiden Republik Turki Recep Tayyip Erdoğan menelefon saya dan Azizah seusai majlis tahlil pada malam ini untuk mengucapkan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Turki. Turut hadir pada majlis malam ini ialah Duta Besar Turki ke Malaysia Dr Merve Kavakci.

DS ANWAR IBRAHIM
Presiden KEADILAN.
10/12/2019.

ZURAIDA MELAMPAU.TINDAKAN DISIPLIN DICADANGKAN UNTUK BELIAU.



Usai Kongress Nasional KEADILAN di Melaka pada Ahad lalu dengan jelas menunjukkan bahawa suatu pergeseran dalaman parti sedang berlaku.
Namun perkara ini sedaya upaya sedang cuba diselesaikan oleh Presiden KEADILAN YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dengan jelas dan tuntas menyatakan di dalam ucapan beliau dan kepada media bahawa satu titik temu penyelesaian perlu dicari serta dicapai bagi merungkai masalah yang sedang berlaku.

Ini juga selaras dengan langkah bagi meneruskan musyawarah selepas pertemuan Presiden dengan Timbalan Presiden YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali di bangunan Parlimen sebelum kongres berlangsung di Melaka pada 4 Disember 2019 lalu.

Namun begitu, saya amat terkejut dengan kenyataan beberapa pemimpin kanan KEADILAN pada satu majlis makan malam “Wawasan Kemakmuran Bersama” yang telah dianjurkan oleh pihak Timbalan Presiden di Hotel Renaissance pada Isnin lalu.

Saya percaya majlis makan malam ini sememangnya telah dirancang lebih awal dan diadakan bagi menggantikan “Kongres Renaissance” yang terpaksa dibatalkan.

Kenyataan Naib Presiden KEADILAN YB Zuraida Kamaruddin pada majlis berkenaan yang dengan lantang mencaci dan menghina beberapa pemimpin KEADILAN antaranya Pengarah Komunikasi YB Fahmi Fadzil dan Pengerusi MPN Perak Saudara Farhash, adalah jelas melampau serta terkeluar daripada landasan adab dan akhlak.

Serangan beliau kepada keperibadian Fahmi dan Farhash ini adalah sangat mendukacitakan serta tidak menunjukkan perilaku yang selayaknya sebagai seorang menteri kabinet.

Saya turut difahamkan bahawa didalam majlis itu YB Zuraida juga dengan bongkaknya telah membongkar beberapa perkara yang kononnya merupakan perbualan beliau dengan Presiden KEADILAN.

Ini merupakan satu sifat jelik yang mana isi butiran sesuatu perbincangan dengan Presiden adalah satu amanah yang perlu dijaga dan tidak sewajarnya didedahkan kepada khalayak umum melainkan beliau mempunyai agenda tertentu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan dengan itu, saya akan mencadangkan kepada Lembaga Disiplin Parti KEADILAN untuk mengambil tindakan yang tegas dan keras terhadap Naib Presiden YB Zuraida Kamarudin kerana perkara- perkara yang telah dilakukan oleh beliau ini jelas melanggar etika dan disiplin parti serta tidak boleh diterima sekali apatah lagi ia dilakukan oleh seorang pemimpin kanan parti yang seharusnya menjadi contoh dan suri tauladan kepada anggota parti yang lain.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Penerangan PKR
10 Disember 2019.

Anwar bagai sudah jatuh ditimpa tangga




Tiada sidang Parlimen bermula minggu ini sehingga Mac 2020. Empat bulan ini mungkin 4 bulan yang terpanjang untuk Anwar Ibrahim.
Minggu lalu boleh dikatakan minggu “sudah jatuh ditimpa tangga” bagi Anwar.
Kongres Nasional PKR ke-14 yang sepatutnya menjadi medan sebulat suara semua ahli dan pimpinan PKR mengangkat Anwar sebagai perdana menteri ke-8 tidak menjadi kenyataan.
Lebih teruk, kongres kali ini dicemari oleh pelbagai perkara yang mencemarkan imej Anwar dan juga mendedahkan kelemahan ketaranya untuk menguruskan perbedaan pendapat dalam parti.
Bukan itu sahaja, sehari sebelum kongres Pemuda bermula, Anwar diserang oleh tuduhan salah laku seksual oleh bekas penyelidiknya sendiri, Muhammed Yusoff Rawther dalam akuan bersumpahnya (SD) bertarikh 19 Novermber. Ya, kebetulan sekali lagi – tuduhan daripada orang yang bekerja di dalam pejabat Anwar seperti Saiful Bukhari.
Kebetulan juga, pada hari yang sama, selepas beberapa jam SD Rawther menjadi viral, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang gagal menghadiri sebarang mesyuarat parti selama ini tiba-tiba dapat hadir ke satu mesyuarat biro politik PKR yang dipengerusikan Anwar di Parlimen.
Gambar-gambar pendamaian Anwar-Azmin tersebar. Jika ya pun gambar itu sekadar satu lakonan, tapi gambar pendamaian itu sebenarnya menaikkan imej Anwar kerana akhirnya dapat menyatupadukan parti yang sudah cacamerba menjelang kongres ulang tahun PKR ke-20.
Kesudahannya, Azmin diberikan lampu hijau untuk merasmikan Pemuda dan Wanita PKR. Azmin juga mengumumkan hubungan beliau dengan Anwar tiada masalah.
Tapi sayang, bibit-bibit pendamaian ini tidak dapat bertahan 72 jam.
Azmin yang membawa pasukannya menghadiri kongres PKR bertindak melangkah keluar dari kongres parti apabila perbahasan perwakilan parti mula menyerangnya.
Dalam satu sidang media tergempar selepas itu, Azmin berkata semuanya ini berpunca daripada ucapan dasar Anwar yang didakwa sengaja memetik kisah “Si Kitul dan Raja Mandeliar” sebagai pembuka jalan kepada pembahas memulakan serangan terhadapnya. Malah Azmin menyelar tindakan Anwar yang digambarkan terlalu ingin menjadi perdana menteri dengan membangkitkan isu penyerahan kuasa setiap hari, minggu dan bulan.
Di sebelah pagi keesokan hari, Azmin menaikkan satu poster untuk mengingatkan semua ahli PKR di mana mungkin beliau yang berjuang 20 tahun untuk menghidupkan PKR adalah pengkhianat.
Hasilnya, semua pemimpin dan ahli parti yang menyokong Azmin bertindak memboikot hari terakhir kongres PKR, menyebabkan Anwar tidak dapat menutup kongres dengan dewan penuh.
Sebaliknya kem Azmin, termasuk Naib Presiden Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Haniza Talha dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) iaitu Rashid Hasnon, Sivarasa Rasiah, Kamaruddin Jaafar dan Amiruddin Shari menghadiri Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Hotel Rennaisance Kuala Lumpur yang dianjurkan Azmin pada sebelah malam.
Di majlis makan malam ini, Azmin menegaskan “PKR bukan diasaskan oleh seorang individu atau satu keluarga, ia diasaskan oleh rakyat.” Azmin juga mengingatkan Anwar mengenai kesetiaannya melalui tindakan beliau mempertahankannya dalam skandal seks.
Zuraida pula melondehkan perangai Anwar terhadap Azmin dengan mendedahkan Anwar memberitahunya bahawa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mahu beliau memecat Azmin kerana didakwa terlibat di dalam skandal video gay.
Beliau turut berkata Anwar memberitahunya bahawa polis menyatakan watak di dalam video tersebut ialah Azmin bersama bekas ahli PKR Santubong Haziq Aziz. Zuraida berkata beliau menyoal kebenaran kenyataan Anwar mengenai itu kerana Mahathir berulang kali mempertahankan Azmin.
Semalam, Rawther pula akan memberikan kenyataan kepada Bukit Aman mengenai tuduhannya terhadap Anwar.
Dengan kongres PKR yang berakhir dengan perpecahan dan kehilangan pengaruh dalam parti berserta masalah “orang pejabat sendiri” yang nampaknya berulang-ulang, Anwar bagai sudah jatuh ditimpa tangga.
Ada 6 bulan lagi sebelum penuh tempoh 2 tahun yang diberikan para penyokong Anwar kepada Mahathir untuk melepaskan jawatan PM kepadanya.
Enam bulan ini dijangka akan menjadi bulan yang terpanjang dalam hidup Anwar bergelut dengan nafsu impian menjadi PM dilanggar ombak karenah Azmin, ditarik arus oleh tuduhan Rawther serta berdepan dengan runtuhnya keyakinan rakyat terhadap kemampuan beliau untuk mentadbir negara apabila beliau kini kelihatan seakan tidak mampu mentadbir parti sendiri.
Dan tiada yang lebih menakutkan politik Malaysia hari ini daripada kesunyian Mahathir ketika semua ini berlaku.
Gempa bumi politik Malaysia nampaknya tidak dapat dielakkan lagi.
FMT

INI KES NAK MEMALUKAN SAHAJA



oleh : Syukri Ahmad

Liwat 3?

Sorry. Mana ada liwat. Tapi gangguan seksual. Mangsa tak dakwa diliwat tapi cuma disentuh kemaluan dan diminta berbuat seks luar tabii. Selain diberikan ugutan.

Secara amnya, kes ini susah untuk dibuktikan. Sebab tak mungkin perlakuan itu dilakukan di hadapan orang ramai. Jadi, apabila sukar dibuktikan, kenapa masih dibuat tuduhan?

Jelas, tuduhan ini bukan untuk mensabitkan DS Anwar hingga masuk ke penjara seperti dahulu. Tapi cukup setakat membina persepsi negatif terhadap DS Anwar.

Sebagaimana sukar untuk dibuktikan, begitu juga ia sukar untuk dinafikan. Jadi setidaknya, ia boleh menimbulkan keraguan dalam pemikiran sebahagian besar rakyat.

Manakala rakyat yang memang sedia ada keraguan, akan terus meyakini perkara ini benar. Harus faham, sekarang DS Anwar berada dalam kerajaan. Dikatakan bakal PM. Sudah tentu akan ada suara jahat kata DS Anwar kawal polis dan mahkamah sekiranya beliau didapati tidak bersalah.

Dan itulah yang diperlukan. Ingat, matlamatnya adalah membina persepsi negatif terhadap DS Anwar. Supaya sebahagian rakyat dan ahli Keadilan yakin yang DS Anwar bukan pemimpin yang baik.

Ada yang tanya, kerja Tun M ke? Sejujurnya, aku tak tahu. Haniff Katri memang ada yang kata peguam Tun M. Tapi kena ingat, dia memang suka ambil kes pelik. Termasuk tegakkan hak perokok hendak merokok di kedai makan.

Mungkin bukan Tun M. Mungkin 'orang dalam' Keadilan yang mahu tamatkan riwayat DS Anwar sebagai presiden, supaya mudah untuknya melangkau.

Aku tidak tahu siapa di sebalik rancangan jahat ini. Tapi yang aku tahu, tuduhan ini bukan untuk masukkan DS Anwar ke dalam penjara. Ia hanya untuk menjatuhkan kredibilit DS Anwar. Itu sahaja.

Bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada 1.5 juta penjawat awam




Kenyataan media oleh Menteri Kewangan, Lim 
Guan Eng

Kerajaan menghargai jasa dan bakti penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang menjalankan tugas demi rakyat dan negara. Seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2020, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan dibuat kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan gred 56 dan ke bawah dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pesara pula, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250 akan diberikan dan untuk tahun ini, seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2020, bantuan tersebut akan dipanjangkan juga kepada veteran dan pesara awam yang tidak menerima pencen. 

Seperti yang dilakukan pada tahun lepas, bayaran bagi Bantuan Khas Kewangan akan dibuat pada akhir tahun yang sama dan tidak pada tahun berikutnya seperti amalan Kerajaan Persekutuan terdahulu. Bayaran khas tersebut akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion. 

Bantuan Khas Kewangan untuk tahun ini akan dibuat pada 18 Disember 2019 dan memanfaatkan 1.5 juta penjawat awam Kerajaan Persekutuan, merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak. Pembayaran sebelum hujung tahun dibuat antara lainnya untuk membantu ibu bapa di kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu. 

Pada masa yang sama, kerajaan juga akan membuat bayaran khas sebanyak RM250 kepada 1 juta pesara termasuk veteran tidak berpencen dan pesara awam tidak menerima pencen bagi mengenangkan khidmat bakti mereka..


INGATAN KHAS AZMIN, ZURAIDA, HELMAN DAN GENG KARTEL



Salam Reformasi!

Pro98 Reformis Malaysia menentang keras budaya politik lupa diri dalam Negara.

Kepada seluruh penyandang jawatan disemua peringkat dalam Negara ini, Pro98 Reformis ingin memperingatkan bahawa KAMU tidak ada apa2 tanpa Anwar.

Dari Ahli MPKK dan Ahli Majlis, hingga YB yang bergelar YAB harus ingat bahawa kamu berada disitu kerana Anwar.

Apa kamu fikir kamu disitu dipilih Rakyat kerana nama & personaliti kamu? Apa kamu menyangka kamu disitu kerana kamu hebat?  TIDAK... Rakyat pilih kamu kerana kamu bersama Anwar. Kerana Rakyat mahukan Anwar.

Maka ingat! Jangan lupa diri. Disaat kamu meninggalkan Anwar apatah lagi memusuhi Anwar, Rakyat akan hukum kamu kerana kamu telah mengkhianati Rakyat.

Ust. Dr. Badrulamin
23 Nov 2019.
®😉🙋🏼‍♂

SENARIO KES DULU DAN SEKARANG



Dulu-dulu
...
Saya diliwat pada tarikh sekian sekian,. Selepas disiasat, tarikh tersebut, kediaman itu pun belum wujud. Terpaksa ubah tarikh. 🤣🤣🤣

Lepas tu...
Selepas saya diliwat, esoknya saya datang hidangkan karipap kepada si peliwat saya.
Bukan itu saja, saya juga tahan berak selama beberapa hari demi nak simpan sample bukti dalam juboq. Saya juga tak mandi wajib & solat selama beberapa hari juga tidak solat Jumaat, walaupun dahi saya lebam bekas sujud yang lama & kerap.🤣🤣🤣

Kemudian..
Sebelum saya repot polis, saya jumpa bosskurr dulu. Takda apa pun, cuma nak minta biasiswa walaupun saya tak layak pun sebab CGPA saya tahap orang tak pergi taska PASTI.

Selepas beberapa lama, barulah saya repot polis kata saya diliwat.🤣🤣🤣

SEKARANG..
Saya hampir diliwat, tapi saya hanya repot polis selepas setahun dinodai
Tarikh ketika saya diganggu seks itu juga, setelah disiasat, peliwat saya tiada dirumah, tapi sibuk berkempen.🤣🤣🤣
Bukan itu sahaja, pesuruhjaya sumpah saya juga telah ke oversea sekarang, tak dapat dikesan selepas saya buat pengakuan sumpah dinodai.

Persamaan dua-dua kes ni, kes pertama, famili sendiri kata anak dia dibeli untuk ngaku diliwat, akhirnya u-turn.

Kes sekarang pun sama, famili sendiri dah bagi tau yang hampir diliwat ni tak boleh dipercayai. Cuma belum u-turn aje lagi 🤣

AKHIRNYA, mcm ana kata, fitnah ni dicipta bukan nak hantar tertuduh ke penjara, tapi nak goyangkan sokongan rakyat kepada dia. Nak timbulkan persepsi buruk kat dia, supaya dia x dapat jadi PM, seterusnya atuk terus laa kekal pm, bila dia turun nanti, org yang ganti boleh ikut cakap dia. Sama aje mcm zaman BN dulu 🤣🤣🤣

Alah game ni, kalau antum tak bodoh macam walaun PAS, antum boleh baca sambil berak aje.

C@P FB Arif Alkatami


MASA MANA PULAK PROFF NI KAJI SEJARAH REFORMASI?



Oleh:W.Faudzin.N.S

Kunci untuk jadi PM bukan terletak pada Azmin.  Azmin sendiri 'hilang kunci' sehingga terpaksa cabut sewaktu Kongres parti berlangsung.  

Kunci untuk jadi PM terletak di tangan Majlis Presiden PH dan 222 Ahli Parlimen.  Selagi PH memegang konsensus asal, selepas Tun M, PM ke 8 adalah Anwar.  Jika PH mungkiri, maka kuncinya berada pada 222 Ahli Parlimen.



MEMBERIKAN PERSEPSI NAGATIF LEBIH MUDAH



Oleh:Syukri Ahmad

Liwat 3?

Sorry. Mana ada liwat. Tapi gangguan seksual. Mangsa tak dakwa diliwat tapi cuma disentuh kemaluan dan diminta berbuat seks luar tabii. Selain diberikan ugutan.

Secara amnya, kes ini susah untuk dibuktikan. Sebab tak mungkin perlakuan itu dilakukan di hadapan orang ramai. Jadi, apabila sukar dibuktikan, kenapa masih dibuat tuduhan?

Jelas, tuduhan ini bukan untuk mensabitkan DS Anwar hingga masuk ke penjara seperti dahulu. Tapi cukup setakat membina persepsi negatif terhadap DS Anwar.

Sebagaimana sukar untuk dibuktikan, begitu juga ia sukar untuk dinafikan. Jadi setidaknya, ia boleh menimbulkan keraguan dalam pemikiran sebahagian besar rakyat.

Manakala rakyat yang memang sedia ada keraguan, akan terus meyakini perkara ini benar. Harus faham, sekarang DS Anwar berada dalam kerajaan. Dikatakan bakal PM. Sudah tentu akan ada suara jahat kata DS Anwar kawal polis dan mahkamah sekiranya beliau didapati tidak bersalah.

Dan itulah yang diperlukan. Ingat, matlamatnya adalah membina persepsi negatif terhadap DS Anwar. Supaya sebahagian rakyat dan ahli Keadilan yakin yang DS Anwar bukan pemimpin yang baik.

Ada yang tanya, kerja Tun M ke? Sejujurnya, aku tak tahu. Haniff Katri memang ada yang kata peguam Tun M. Tapi kena ingat, dia memang suka ambil kes pelik. Termasuk tegakkan hak perokok hendak merokok di kedai makan.

Mungkin bukan Tun M. Mungkin 'orang dalam' Keadilan yang mahu tamatkan riwayat DS Anwar sebagai presiden, supaya mudah untuknya melangkau.

Aku tidak tahu siapa di sebalik rancangan jahat ini. Tapi yang aku tahu, tuduhan ini bukan untuk masukkan DS Anwar ke dalam penjara. Ia hanya untuk menjatuhkan kredibilit DS Anwar. Itu sahaja.

TIGA PARTI REFORMIS 1999, AZMIN DI MANA?

VIDEO: TERKINI : Jenazah Allahyarham Bapa TPM Selamat Dikebumikan


BANYAK GAJI...

KAH..KAH....HUH DIAN UDANG...KENSPSLSH DRMBRLITNY KSMU NNI..

Kenapa la Si Kudin ni bodo sangat? Nasib baik la pengundi2 kat melaka tempat dia bertanding dlm PRU14 dulu tak undi orang sebodoh dia ni.
Kenapa Anwar perlu bawa senarai nama MP yg sokong dia utk jadi PM kepada Agong sekarang? Ko ingat Anwar tu otak dia mcm otak udang seperti kamu atau seperti puak2 kamu dlm Umno dulu yg gunakan kaedah seperti itu untuk rampas Perak di bawah Nizar dulu?
Wahai otak udang Kudin, Anwar diangkat sbg PM 8 oleh PH, dan selagi PH kuasai kerajaan dan Majlis Presiden PH tidak tukar pendirian bakal PM8 adalah Anwar bukan Jemin Semburit atau Si Kitol, maka InsyaAllah, Anwar adalah PM8. Tak perlu senarai pun....so, jangan tunjuk bodoh terlampau ok.

TAK NAMPAK AZMIN ...

Kaki pemecah belah memang suka melaga laga kan. Realitinya PH tetap kekal kukuh.
Harini nyata dan jelas Tun M & Tun Siti dtg ziarah keluarga DS Anwar dan DS Wan Azizah yang baru kehilangan ayahandanya. Al Fatihah.

SIAPA AZMIN


OLEH: HAMSINA HAMZAH

Siapa AZMIN ALI....
Dulu Azmin hanya setiausaha sulit Anwar.
Mula menyerlah setelah sailang Khalid Ibrahim.
Makin menyerlah bila menggagalkan "Langkah Kajang".
Mengekalkan Exco Pas disaat Pakatan Rakyat mengakhiri kerjasama dengan parti tersebut di Selangor.
Menolak pembentukan Pakatan Harapan.
Sailang keputusan parti berkenaan isu Menteri Besar di Selangor.
Menggesa Anwar tidak bertanding Presiden PKR.
Inilah antara jasa-jasa 20 tahun Azmin Ali.

NAK DAPAT PROJEK JUTAAN JUMPA DIRUMAH AZMIN?



PROJEK JUTAAN RINGGIT ADALAH AGENDA PERTEMUAN DI RUMAH AZMIN?


Beberapa minggu yang lalu tersebar luas Azmin atau kini lebih popular digelar 'Si Kitol' telah mengadakan pertemuan dengan beberapa orang MP dari Umno/Bn dan sedikit MP dari Keadilan di rumahnya. Peliknya, pertemuan itu diadakan waktu malam dan tidak semua MP dijemput terutamanya dari partinya sendiri pun tidak dijemput.

Ramai di kalangan Umno berpendapat pertemuan itu adalah salah satu usaha Azmin untuk membawa beberapa MP Umno keluar dari Umno, bukan untuk sertai Keadilan tetapi untuk sertai Bersatu, kukuhkan Tun M jadi PM selamanya. Di kalangan Keadilan pula, ramai yang berkata ini usaha Azmin untuk mendapatkan sokongan agar sebarang usaha untuk mengangkat Anwar sebagai PM perlu disekat. Berbagai tafsiran dibuat kerana pertemuan itu berlaku di rumah Azmin, Azmin yang jamu makan dan di waktu malam pula.

Apabila wartawan bertanya kepada Azmin, dengan muka selamba dia menjawab, dia memang terbuka dan bersedia bertemu dengan semua untuk membantu. Azmin cuba mahu perbodohkan rakyat. Dia fikir rakyat sebodoh para pengikutnya yang mengiyakan saja cakapnya? Jika benar, wakil rakyat Umno yang mahu bertemu dengannya untuk minta bantuan, mengapa datang beramai-ramai sekaligus di rumahnya dan siap disediakan makanan malam? Soalnya, mereka minta bantuan atau mereka ditawarkan bantuan?

Akhirnya terbongkar. Di dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, seorang perwakilan dari P.Pinang bangun berucap menghentam tindakan beberapa MP Umno yang datang bertemu Azmin di rumahnya. Ucapan itu mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan termasuk perwakilan dari Kuala Kangsar yang bangun berdiri. Tindakan para perwakilan dari Kuala Kangsar tersebut tidak menyenangkan hati MP Kuala Kangsar, YB Mastura kerana beliau adalah di antara yang hadir ke rumah Azmin malam itu.

Maka, YB Mastura membuat kenyataan dan meminta pandangan ahli-ahli Umno Kuala Kangsar samada perlu beliau batalkan 18 projek bernilai RM 53 Juta yang dirundingkan dengan Azmin itu? (Baca kenyataan di sini https://www.facebook.com/1537004309/posts/10221416520832595/ )

Wah !! Ada projek yang dibincangkan malam itu? Bukan sedikit projek, tapi puluhan juta. Itu baru seorang MP, bayangkan berapa belas MP dari Umno yang datang ke rumah Azmin malam tersebut? Agak-agak berapa Bilion nilai projek yang diperkatakan di situ? Di dalam keadaan para penyokong PH dan Keadilan ramai yang masih susah, mengapa semudah itu MP Umno diberi peluang untuk beberapa projek besar ini?

Mengapa perbincangan projek berlaku di rumah di waktu malam dan tuan rumah sediakan makan? MP Umno yang minta projek, tapi Azmin yang sediakan makan? Inikah kerja Menteri Ekonomi?

Sebab itu, jangan pelik kalau Azmin tidak boleh dengar sejarah 'Si Kitol'. Jangan hairan kalau Azmin tidak mampu berhadapan dengan para perwakilan untuk menjawab isu ini. Azmin sengaja mencari alasan remeh untuk tidak mahu bercakap di hadapan perwakilan di Kongres Nasional kerana terlalu banyak yang beliau perlu jelaskan. Beliau tahu, beliau tidak sekuat Tian Chua untuk di "Boooo".

Akhirnya, Azmin buat satu acara lain untuk menghilangkan malunya. Diadakan majlis makan, dijemput para penyokongnya makan, apabila semua sudah kenyang maka Azmin pun mula menjual ubat. Selepas itu Mak Lampir pula jual "pampers." kedua mereka syok sendiri berucap di hadapan bukan perwakilan tetapi ahli biasa dan bukan ahli, termasuk Khairuddin yang kuat menghentam Anwar dan juga Hisham Rais Tukar Tiub penjilat Tun M.

Sudah lah kamu berbohong pasal pertemuan dengan MP-MP Umno itu, di majlis makan malam itu pun kamu berbohong apabila kamu menyatakan kamu lebih awal masuk 'penjara" dari Anwar. Lokap dengan penjara pun tidak kenal?

Alhamdulillah, hampir 90% perwakilan seluruh negara yang setia menanti ke akhir Kongres mulai mengenali wajah Azmin yang sebenar. Sebab itu, sesiapa sahaja yang berucap di atas pentas, sebut sahaja nama dua ekor ni iaitu Azmin dan Zuraidah, pasti kena "booo".

Kedua-dua makhluk perosak ini sudah tiada maruah lagi di mata majoriti ahli parti. Sikap kurang ajar dan biadabnya tidak boleh lagi kita bersabar dan maafkan. Tunggu masa untuk kita "talqin"kan.

WFAUZDIN NS

Mastura Yazid sedang bersama Mida Sobari dan 4 yang lain.
Assalamualaikum ,
Saya mohon pandangan dan keputusan terbanyak orang UMNO Kuala Kangsar dan Rakyat Kuala Kangsar samada saya perlu batalkan permohonan saya( MP Kuala Kangsar ) kepada YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi tempoh hari yg mengandungi 18 permohonan dan berjumlah $53 juta. Di atas alasan berikut:
Ketika wakil Pulau Pinang berucap dan menghentam MP2 yg berjumpa YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi, saya menyaksikan sebahagian perwakilan dari UMNO Bahagian Kuala Kangsar berdiri bangun bertepuk2 dan melompat2 menyatakan sokongan tidak bersetuju MP2 (termasuk saya) berjumpa YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkaitan peruntukan dan permohonan untuk kawasan. Sebagai perwakilan, setiap mereka mempunyai tanggungjawab untuk membawa suara Orang UMNO dan orang Melayu serta Rakyat Kuala Kangsar ke Perhimpunan Agong. Pernyataan perlu di zahirkan bentuk tindakan dan perlaksanaan.
Maka, saya memohon pandangan dan saranan semua pihak supaya saya dapat melunaskan tanggungjawab saya sebagai MP Kuala Kangsar.
Saya mohon pandangan sebab saya tidak mahu di persalahkan sekiranya kawasan lain MP2 pembangkang menerima usaha2/projek dari kerajaan dan Kuala Kangsar tidak menerima nya. Saya menyerahkan keputusan ini kepada orang2 UMNO Kuala Kangsar dan Rakyat Kuala Kangsar serta Pejuang2 parti berpandukan sikap dan pendirian sebahagian perwakilan UMNO Kuala Kangsar yg di ketuai oleh Ketua Bahagian ke Perhimpunan Agong UMNO 2019.
Terima Kasih. Saya ikhlas dan istiqamah dengan perjuangan saya sebagai MP Pembangkang yg di pilih Rakyat Kuala Kangsar. Dan keutamaan perjuangan Aa Ba Ta akan saya perjuangkan hingga ke penghujung nyawa.
Sekian
Mastura Yazid
MP Kuala Kangsar

AMK SERAH PADA POLIS SIASAT INSIDEN REMPUHAN KONGRES DI MELAKA