Meski kalah kerajaan negeri tetap bela Tanjung Piai
Kerajaan persekutuan akan terus melunaskan janji untuk menaik taraf liputan jalur gemilang di kawasan Tanjung Piai diteruskan walaupun Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak terpilih mewakili rakyat di kawasan itu.
Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, ketika ini tapak menara telekomunikasi di kawasan itu sudah dikenal pasti untuk dibina menara berkenaan.
Tambahnya, kerja-kerja lapangan bagi menaik taraf liputan jalur lebar di kawasan tersebut kini sedang giat dilakukan.
“Dari segi teknikal dan lawat periksa sudah disempurnakan oleh pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia),” katanya selepas Program Penyerahan Bantuan Program Kembali ke Sekolah anjuran Forest City.
Enam sekolah terlibat dalam program berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan ( SK) Ladang Pendas, Morni Pok, Pendas Laut, Tanjong Adang, Tanjung Kupang dan Tiram Duku.
Pembinaan menara telekomunikasi antara komitmen Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bulan lepas.
Difahamkan, tujuh menara telekomunikasi akan dibina dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai melalui dua fasa. –