Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat
bimbang dengan kenyataan
Premier Sarawak Abang Johari Openg bahawa Sarawak akan mempunyai
kawalan mutlak dalam menguruskan alam sekitarnya sendiri.
‘Alam
sekitar’ tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai perkara bagi sama
ada bidang kuasa kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Ketiadaan
peruntukan yang jelas ini telah menimbulkan masalah berhubung isu tadbir urus
alam sekeliling antara kerajaan persekutuan dan negeri badan perundangan.
Walaubagaimanapun,
berhubung dengan hak alam sekitar warganegara, mahkamah kita melalui kes-kes
mahkamah, telah mengiktirafkan bahawa setiap warganegara mempunyai hak kepada
alam sekitar yang bersih dan sihat sebagai hak asasi, di dalam Artikel 5
Perlembagaan Persekutuan, yang berhubung dengan hak kepada kebebasan hidup.
Oleh
itu, dalam hal ini, kedua-dua badan perundangan dan kerajaan persekutuan dan
negeri mempunyai kewajipan untuk memastikan perlindungan hak setiap rakyat
terhadap alam sekitar yang bersih dan sihat, tanpa diskriminasi.
Istilah
alam sekitar adalah pelbagai disiplin, dan ia melangkaui sempadan sesebuah
negeri atau negara. Contohnya, pencemaran dan kemerosotan udara, air,
biodiversiti dan ekosistem mempunyai kesan melangkaui sempadan negeri, walaupun
tanah dan hutan adalah perkara dalam bidang kuasa sesebuah negeri.
Bagi
tujuan memastikan keseragaman antara negeri, Parlimen telah menggubal
undang-undang seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang akan diguna pakai
di semua negeri.
Oleh
itu, Sarawak, dalam usaha untuk menguruskan alam sekitarnya sendiri nampaknya
menafikan kebolehgunaan akta ini di negeri tersebut.
Support the struggle to build a Malaysia based on Justice,
Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a
one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Make a regular pledge or periodic
auto-donation to Aliran
·
Become an
Aliran member
Tel:
04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com
Menjelang
Ogos 2024, Jabatan Alam Sekitar negeri akan diserap ke dalam Lembaga Sumber
Asli dan Alam Sekitar yang ditubuhkan di bawah Ordinan Sumber Asli dan Alam
Sekitar Sarawak 1993.
Mengambil
alih kawalan alam sekitar ini daripada kerajaan persekutuan oleh kerajaan
Sarawak ini amat membingungkan (disconcerting), terutamanya apabila
undang-undang Sarawak mengenai penilaian kesan alam sekitar, misalnya, adalah
lebih lemah daripada di semenanjung.
Tidak
seperti rakan persekutuannya di mana undang-undang Sarawak mengenai penilaian
kesan, mengecualikan keperluan mandatori untuk penyertaan awam dan perundingan
ke atas projek yang mempunyai kesan kepada alam sekitar yang ketara.
Ia
menyerahkan isu perundingan mengenai penilaian kesan kepada budi bicara setiap
proponen projek yang mempunyai kepentingan diri sendiri dan bertentangan dengan
kepentingan awam.
READ MORE: Implications of demand for
increase in Sarawak parliamentary seats
Kami
menganggap penyertaan awam, perundingan dan penglibatan sebagai komponen asas
dalam mana-mana proses penilaian kesan alam sekitar, kerana ia memastikan
prinsip ketelusan dan akauntabiliti ditegakkan untuk memastikan tadbir urus
yang baik.
Oleh
itu, tanpa komponen utama penglibatan awam dalam membuat keputusan ini
dimasukkan ke dalam proses perundangan Sarawak berkaitan penilian kesan, hak
kepada alam sekitar yang bersih dan sihat tidak boleh dilindungi.
Malah,
ini sama dengan mempunyai peraturan yang lebih lemah untuk Sarawak, dan ini
tidak adil kepada penduduk negeri tersebut, termasuk mereka yang sangat
terdedah, seperti Orang Asal, yang secara berterusan telah membangkitkan isu
kemerosotan alam sekitar, pencemaran dan banjir.
Selanjutnya,
berhubung dengan perubahan iklim, Sarawak telah memajukan undang-undang
berkaitan iklimnya sendiri yang berkaitan dengan perdagangan karbon, apabila langkah
itu mempersoalkan kesahihan usaha tersebut, terutamanya berkaitan peraturan di
bawah Artikel 6 Perjanjian Paris, di mana ini adalah suatu tanggungjawab
kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.
Malaysia
telah meratifikasi perjanjian antarabangsa berkaitan alam sekeliling termasuk
Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim, Perjanjian Paris dan
Konvensyen PBB mengenai Kepelbagaian Biologi.
Kerajaan-kerajaan
negeri mesti melaksanakan komitmen antarabangsa yang dibuat oleh kerajaan persekutuan
dan tidak melemahkannya.
Memandangkan
perkara di atas, kami menggesa kerajaan negeri Sarawak untuk tidak memajukan
undang-undang yang lebih lemah dan tidak selaras dengan undang-undang
persekutuan dan apa-apa keperluan di bawahnya, seperti yang dilihat dalam isu
proses penilaian kesan alam sekitar.
Kami
bimbang negeri lain juga akan mengikuti contoh Sarawak. Dalam hal ini, kerajaan
persekutuan, dalam mengimbangi hubungan persekutuan-negeri, tidak boleh
membenarkan kerajaan negeri menerima pakai undang-undang dan peraturan yang
lebih lemah.
Oleh
itu, kami menggesa agar kerajaan persekutuan menjelaskan langkah-langkah yang
sedang diambil untuk memastikan kerajaan-kerajaan negeri- seperti Sarawak tidak
terlepas daripada tanggungjawab mereka untuk memastikan semua rakyat Malaysia
dilindungi secara sama rata dari segi perlindungan alam sekeliling dan
perubahan iklim.
Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia