PERBINCANGAN DUA HALA BERSAMA RAKAN SEJAWAT DI JERMAN








 Saya seterusnya mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier di Belllevue Palace, Berlin.


Ini juga merupakan kunjungan balas saya selepas Presiden Steinmeier mengadakan lawatan ke Malaysia tahun lalu.


Kami mengadakan perbincangan terkait isu yang menjadi kepentingan bersama kedua-dua negara, antaranya melibatkan minyak sawit, produk berasaskan sawit, pendidikan serta perdagangan dan pelaburan.


Kami turut menyentuh isu global dan sudah pastinya meliputi perkembangan di Palestin yang mana ia memerlukan bantuan kemanusiaan berterusan daripada semua pihak serta usaha menghentikan kekejaman rejim Zionis.


#MalaysiaMADANI



No comments: