B40 DAN INISIATIF MADANI
Alhamdulillah kini golongan B40 dapat manfaat
perkhidmatan kesihatan PERCUMA bukan hanya dari hospital atau klinik kerajaan,
tetapi di klinik swasta juga melalui Skim Perubatan Madani. Tahniah PMX dan
Kerajaan Perpaduan di atas inisiatif yang melegakan rakyat ini.
Jom periksa kelayakan di sini:
#MalaysiaMadani
https://bantuanrakyat.my/skim-perubatan-madani/
UNTUK LEBIH RELEVAN KHAIRY TAK SERTAI MANA MANA PARTI POLITIK
Untuk terus berjaya dan mengembangkan
kariernya, KJ harus ada keberanian seperti Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin
yang tidak lagi berharap kepada UMNO setelah meninggalkan parti tersebut….
KEKAL TANPA PARTI, WALAUPUN SOKONG PN TAK
AKAN BAWA KJ KE MANA-MANA
Walaupun belum rasmi dan tidak sahih lagi
kebenarannya, Khairy Jamaluddin yang semalam bertemu Mahiaddin Md Yasin
dilaporkan akan kekal dengan pendirian tidak mahu menyertai mana-mana parti
buat ketika ini.
Pun begitu, beliau dikatakan memberi komitmen
kepada Mahiaddin untuk membantu PN dalam kempen PRN di enam negeri akan datang
ini.
Pendirian itu difahamkan dimaklumkannya dalam
pertemuan mereka semalam dan Mahiaddin diberitakan memahami serta menerima
dengan baik pendirian bekas Menteri Kesihatan yang dipecat daripada UMNO itu.
Laporan mengenai pendirian KJ itu ada di sini
– https://m.malaysiakini.com/news/669308
Dengan pendirian tersebut juga bermakna KJ
tidak sedia untuk bertanding dalam PRN yang dijangka akhir Julai atau awal Ogos
depan ini.
Walaupun merupakan hak KJ untuk membuat apa
juga pilihan yang dirasakan terbaik buat dirinya, tetapi memilih tidak
menyertai mana-mana parti bukanlah pilihan yang tepat buat beliau.
Untuk terus maju ke depan, KJ harus berani
membuat pilihan dan seterusnya komited dengan pilihannya itu.
Lebih tidak tepat lagi pilihannya itu, jika
ianya benar, ialah mahu berkempen membantu PN dalam PRN akan datang nanti.
Sekiranya PN menang dalam PRN nanti, di mana
beliau mahu diletakkan susulan keputusannya tidak menyertai mana-mana parti dan
tidak bertanding itu?
Sudah tentu hanya ahli parti dan mereka yang
bertanding saja akan berolehi jawatan atau kedudukan setelah kemenangan dalam
PRN diperolehi.
Lebih buruk lagi jika sekiranya PN kalah,
terutama di Selangor misalnya, kehadiran KJ dalam kempen akan dianggap tidak
bernilai dan tidak mampu mencetuskan gelombang ke arah kemenangan.
Beliau nantinya pasti akan dianggap tidak
penting dan tiada harga di mata pengundi.
Dalam politik, memilih wadah perjuangan atau
parti adalah penting dan boleh dikira syarat utama untuk berjaya.
Tanpa parti, sekadar popular begitu saja
bolehlah, tetapi populariti itu tidak mampu membaww ke mana-mana.
Sebagaimana beliau tiada parti selepas
dipecat daripada UMNO dan dirinya tidak pun ke mana-mana, keadaan KJ tidak akan
berubah jika beliau tiada keberanian membuat pilihan menyertai parti lain atau
menubuhkan parti baru.
Kalau keengganannya menyertai mana-mana parti
kerana berharap mahu kembali semula ke dalam UMNO suatu hari nanti, ia boleh
dikata mimpi di siang hari saja selagi Zahid Hamidi mengetuai parti tersebut.
Demi survivalnya, Zahid Hamidi tidak akan
membenarkan sesiapa mengancam kedudukannya sebagaimana beliau membuang semua
pengancamnya menjelang pemilihan UMNO sebelum ini.
Oleh itu, adalah membuang masa jika KJ terus berharap
kepada UMNO untuk terus mengembangkan karier politiknya.
Senang cerita, anggap saja masa depannya
bersama UMNO sudah berakhir.
KJ mesti ada keberanian seperti Anwar Ibrahim
dan Mahiaddin yang tidak berharap kepada UMNO selepas dipecat, sebaliknya
menggunakan wadah atau parti baru sebagai “vehicle” untuk terus berjuang dan
mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri.
Lagi pula, walaupun tidak menyertai mana-mana
parti tetapi berkempen untuk PN dalam PRN akan datang ini sebagaimana itu yang
dikhabarkan sebagai pendiriannya, ini akan menjadikan tiada parti lain lagi,
khususnya UMNO, mahu memandang kepadanya selepas ini.
Jangan sampai sudah tiada harga lagi nanti
baru sibuk hendak mencari parti untuk disertai. – ShahbudinHusin 21/06/2023.
https://shahbudindotcom.net/
LAPORAN POLIS TELAH DIBUATi
Fitnah keluarkan kad pengenalan kepada warga
asing, Setiausaha Politik buat laporan polis
GEORGE TOWN – Satu laporan polis dibuat
berhubung kenyataan fitnah terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow
yang kononnya memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri dalam pengeluaran kad
pengenalan kepada warga asing.
Laporan dibuat oleh Setiausaha Politik kepada
Ketua Menteri, Teh Lai Heng dekat Balai Polis Jalan Patani, Ibu Pejabat Polis
(IPD) Timur Laut, tengah hari ini.
“Akaun Facebook dengan nama ‘Nik Nasrul’
memaparkan gambar Ketua Menteri dengan kenyataan fitnah seperti berikut; Dah
ngaku! TANGKAP. PEMBERIAN KAD PENGENALAN KEPADA WARGA CHINA DAN HONG KONG
ADALAH KUASA KERAJAAN NEGERI, KERAJAAN PUSAT TIDAK BERHAK CAMPUR TANGAN – CHOW
KON YEOW.
“Posting (hantaran) tersebut adalah satu
fitnah jenayah terhadap Y.A.B. (Ketua Menteri) kerana beliau tidak pernah pada
bila-bila masa membuat kenyataan fitnah seperti itu.
“Malah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan
rakyat Malaysia, Y.A.B. menghormati dan mendokong Perlembagaan Persekutuan yang
jelas memperuntukkan bahawa isu kewarganegaraan adalah bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri.
“Kenyataan fitnah ini boleh menyebabkan atau
menaikkan sentimen agama dan perkauman dalam kalangan masyarakat di negara ini
kerana ia seolah-olah menunjukkan Y.A.B. memberi kepentingan khusus kepada
warga negara China dan Hong Kong,” tegas Lai Heng kepada pihak media.
š š£ ššššš ššš¦ššš¢šššššš” š¢ššš š£šššššš„ šØš š šššš ššØšš š šš”ššØš§šØš šØš¦ššš š£š š« & š šš”š§šš„š-š šš”š§šš„š ššš„ššššš” š šššš”š ššš„š§šš šØ š£šššššš„
MP OTAK KEMETOT KENA DENGAN BUDAK BUDAK U. SEBAB TU KENA BELAJAQ TINGGI SEBELUM JADI YB.
1) MP Lebai š§šš„šš¬ššØš dan rasa š§šš„ššØššš§ TAK MAMPU SEKAT lalu hanya membengkakkan kemaluan sendiri. Perkara baik yg diusahakan oleh PMX šš²š·š®šø š·š®š±š¶ šš²ššš® š£š²šŗšÆš®š»š“šøš®š»š“ šÆš²šæšŗšš¹š® š®š¬ššµ iaitu program "š§š²šŗš šš»šš®šæ" diteruskan oleh para Menteri melalui sessi-sessi atau program ššøš¼š» š šššš”š š±š®š» "š§š¼šš»šµš®š¹š¹" bersama Rakyat serta Pelajar.
2) Program-program seperti ini lebih kpd mahu menyantuni dan menyelesaikan masalah Rakyat serta Pelajar secara lansung. PMX dan para Menteri juga bersedia dikritik secara terbuka. Ada pelajar UiTM pernah meminta supaya PMX JANGAN TUTUP UiTM. PMX beri jaminan itu hanya propaganda. Ini sikap gentleman dan telus diambil oleh Kerajaan MADANI. Ia adalah šš®š¹š®šµ šš®šš ššš¹š®šµ šš“ šÆš®š¶šø. š„ššš¢š„š .
3) Para pelajar adalah anak-anak muda yg kini berasa sangat š§šš„šØšš š±š®š» ššššš„ššš šøš²šæš®š»š® š£š š«, š š²š»šš²šæš¶-šŗš²š»šš²šæš¶ šš²š½š²šæšš¶ šš¦ š¦š®š¶š³šš±š±š¶š» š”š®šššš¶š¼š» šššŗš®š¶š¹ (ššš”), šš¦ š¦š®š¹š®šµšš±š±š¶š» ššš¼šÆ (šš£šš”), š¬š š„š®š³š¶šš¶ š„š®šŗš¹š¶ (šš£š - ššøš¼š»š¼šŗš¶) š±š®š» š¬š šš®šµšŗš¶ šš®š±šš¶š¹ (ššš) sudi bertemu dan berdialog dengan mereka.
4) Jika ditonton Temu Anwar, anak-anak muda kelihatan sangat teruja kerana cadangan mereka kpd PMX šŗš²ššøš¶š½šš» šš¶š±š®šø šš²šŗšš®š»šš® šš²š¹š²šš®š¶ š®šš®š š±š¶š¹šš¹šššøš®š» "š¢š” š§šµš² š¦š£š¢š§" tetapi diminta Naib Canselor memberikan perhatian dan melaporkan perkembangannya ke PMO. Ini bijaknya PMX. Ada juga cadangan pelajar dibawa PMX terus ke Mesyuarat bersama Suruhanjaya Sekuriti. Demikian sekali Program ini šŗš²š»š“šµš®šæš“š®š¶ š¦šØšš„š šš”šš š šØšš yg selama ini dikekang oleh ššØššØ.
5) Bayangkan diri anda di tempat pelajar-pelajar berkenaan? Wow...Seorg pelajar punya peluang mengadu terus kpd PMX dan Menteri lalu diberikan perhatian....!!! Tidak pernah dalam sejarah Malaysia pelajar diberikan peluang dan kedudukan sebegitu istimewa. Hasrat PMX ialah Program seperti ini akan diteruskan selagi mana Kerajaan MADANI berkuasa. Ia akan terus diadakan dan ROTATE ke seluruh universiti / pusat pengajian tinggi di negara ini. Pelajar tahu jika ada rezeki mereka akan bertemu lagi dgn PMX dan para Menteri. Mereka sentiasa teruja. Malah ada pelajar yg ambil kesempatan bertanya bagi pihak kakaknya, yg punya isu "doktor kontrak" dan dilayan dgn baik oleh PMX. Siap kirim salam lagi.
6) Ini adalah antara š„ššš¢š„š šš“ šŗš®šµš š±š¶š½š²šæšøš²š»š®š¹šøš®š» š£š š«, š£šæš¼š³. šš®šš¼' ššæ. š š¼šµš®šŗšŗš®š± šš“šš š¬ššš¼š³š³ (šš£ š-šš¢š ) dan Kerajaan MADANI utk memastikan generasi pelapis negara ini mempunyai keberanian menyatakan pandangan dan mencambahkan idea tanpa merasa bimbang diambil tindakan oleh pihak universiti. Ia adalah sesuatu yg sihat asal dipelihara adab sopan dan tidak melanggar undang-undang.
7) Anda boleh lihat Program ini disambut baik oleh anak muda kerana ia bukan majlis makan-makan bersama pelajar kemudian ššš„šš„ š§š®š®š š¦š²šš¶š® šš²š½š²šæšš¶ š±š¶šÆšš®š š¼š¹š²šµ šš²š¼šæš®š»š“ š š²š»šš²šæš¶ šš“ šÆš²šæšš®š¶š šš²šš®šæ š»šš» š±š¶ šØšš®šæš® š¦š²šŗš²š»š®š»š·šš»š“. Program Temu Anwar, Ikon MADANI dan Townhall bersama Menteri-menteri kini popular di kalangan Rakyat dan Pelajar.
8.) ššš®š ššš¦šš„ ššš”ššš š±š®š» ššš”š§šš„ š š£ š¹š²šÆš®š¶ cuba mengutuk dan memperlekehkan usaha PMX dan Kerajaan MADANI tapi dibalun oleh pelajar-pelajar UMK sendiri. Jika MP Lebai memilih utk "bersengketa" dgn pelajar, maka semakin buruklah PA$ dan PNyakau di mata anak muda. Ini juga adalah natijah usaha BAIK Kerajaan MADANI membantu Rakyat dan Pelajar lalu mereka dengan sukarela mempertahankan tindakan Kerajaan MADANI. Alhamdulillah. šš»š±š® šÆš¼š¹š²šµ šÆš®š°š® šš²š»š±š¶šæš¶ š°š¶š®š½š®š» šÆš®š¹š®š š½š²š¹š®š·š®šæ š±š¶ : https://harapanmadani.com/prn-2023-mp-pas-kena-sekolah-dengan-pelajar-umk-akibat-cuba-tohmah-program-temu-anwar/
9) šš»š®šø-š®š»š®šø šŗšš±š® š±š®š» š½š®šæš® š½š²š¹š®š·š®šæ... š š°š®š» šš®š ššššš to š¹š²šÆš®š¶......š
Wallahualam.
- Zus Din
20062023
AYOB KPN? | BOSAN, GERAM DAN RIMAS DENGAN PAS | LUPAKAN LAH SAJ...
20.6.23 Pendedahan rafizi beberapa hari lagi akan merisaukan PN.
20.6.23 Pendedahan rafizi
beberapa hari lagi akan merisaukan PN. PERIKATAN NASIONAL BIADAB! MAHU BUANG
RAMAI PENJAWAT AWAM! PAS sudah jadi Khadam Gerakan. Pas sekali lagi mahu
tumbangkan PMX. Tiada warlord kedah akan sertai PN. Pendedahan rafizi beberapa
hari lagi akan merisaukan PN
Bila kerajaan nak bayar royalti minyak dan gas Kelantan?
Bila kerajaan nak bayar royalti
minyak dan gas Kelantan?
Kerajaan Perpaduan tertubuh
pada Disember 2022. Sebelum itu 33 bulan PAS berada dalam kerajaan. Berapa
royalti yang Kelantan dapat masa tu?
Kalau tak dibayar, kenapa PAS
tak desak kerajaan ketika itu? PAS dalam kerajaan, beberapa pemimpin PAS jadi
menteri. Takkan tak mampu desak?
Kalau dah dibayar, kenapa
masalah rakyat Kelantan masih tak selesai? Apa sudah dibuat dengan duit yang
banyak itu? Apa hasil dari duit royalti?
Tahun 2018 pentadbiran pusat
yang diketuai oleh Mahathir beri RM400 juta kepada kerajaan negeri Kelantan. Ke
mana duit itu dibelanjakan?
Masalah tak selesai. Bahkan
hutang negeri RM60 juta pun mahu kerajaan pusat selesaikan. Belanja
RM400,000,000 juta macam RM400. Hebat betul.
Kerajaan Perpaduan baru berusia
7 bulan, walaun sibuk main isu royalti konon jadi punca Kelantan mundur.
Padahal masa dia dalam kerajaan sikit pun tak terniat nak tuntut duit tu.
Alasan je semua tu.
Hakikatnya, sama ada duit
royalti diberi atau tidak kepada kerajaan negeri Kelantan, negeri itu takkan
maju kerana pemimpin mereka mandul idea.
Walaun tak usah main isu
royalti petroleum sangat la. Selangor dan Penang tak ada royalti juga bahkan
balak pun tak ada tapi masih mampu jadi maju.
Terima hakikat para pemimpin
PAS yang mentadbir Kelantan tidak pandai dan tidak serius memerintah. Itu
hakikat yang sebenar. Guane boh?
Raja Gelap
.
WALAUN PENAKUT BILA NAK REPORT PDRM
Baru ni ada walaun masuk komen. Aku takde hal
sangat walaun komen. Jarang aku layan pun. Tapi kali ni masuk terus main isu
LGBT. Aku ingatkan dia itu fitnah. Razman sendiri pun takut dan minta maaf
sebab main isu ni.
Tapi dia degil. Tepek gambar-gambar edit
kononnya bukti kaitkan LGBT dengan PH. Aku pun tak tengok sangat. Tapi aku
report komen dia. 5 Kai aku report kemudian tag MCMC dan PDRM sebab ini isu
fitnah dan hasutan.
Kemudian bila aku tengok balik komen tu dah
kena hide. Aku ingatkan aku terhide masa aku nak click reply. Aku click unhide
balik. Tapi bila aku tengok sekali lagi, kena hide juga. Jadi kali ni dah
confirm bukan aku yang hide
Tak tahu siapa yang hide. Mungkin Facebook
sebab aku report komen tu. Mungkin juga MCMC ataupun PDRM. Atau, mungkin dia
sendiri yang hide sebab ketakutan. Yang aku tahu mamat tu dah komen lagi dalam
posting aku. Tak tahulah sebab takut atau sebab kena restrict. Tapi aku tak
block dia lagi.
Jadi lepas ni, kalau ada lagi komen atau
posting yang berbentuk fitnah dan hasutan, tak payah nak bergaduh. Tak usah
layan. Lebih baik report ke FB dan kalau nak, cuma tag MCMC dan PDRM. Gitu je
cara nak ajar. Guane boh?
Raja Gelap
SIAM
SIAM
Hari ni kita tuisyen lagi naaa… cerita
Kedah-Penang.
Semalam saya dah habaq, bawah Fasal 1
Perlembagaan Persekutuan, terang dan nyata Penang dan Kedah itu 2 negeri
berbeza.
Hari nak cerita Fasal 167 pulak. Terang dan
nyata di situ, tulih hak Penang, dari Baginda Ratu British diberikan kepada
negeri Penang tu sendiri. Ini perkuatkan lagi Fasal 1 yang Penang sebuah negeri
berdaulat. Takde pulak dia tulis jadi hak Kedah.
Karang ada kutu tanya, “Awat yang bayar duit
pajak pada Kedah lagi. Makanya Penang tu Kedah punya la”.
Abang oiii, bawah Perkara 7 Fasal yang sama,
Kerajaan kena bayar bukan hanya pada Kedah. Kena bayar Raja Siam juga. Maka,
boleh ka kata Penang tu Siam punya?
Kalau ikut logik dia, la ni Siam pun boleh
tuntut bukan saja Penang, dengan Kedah sekali.
Sebabnya, Perjanjian Anglo-Siam 1909 tu
British bayar duit tahunan pada Siam untuk dapatkan Kedah. Sampai la masuk
dalam Perlembagaan kita.
Lepas ni, kalau ikut akai Sanusi, bukan Sulu
saja kita kena hadap, dengan Siam sekali.
Tu sebab saya cakap, kita kena perlu pilih
betul2 pempimpin. Kalau benda basic Perlembagaan pun dia tak tahu dan buat
main, tak tahu la macam mana dia nak memerintah negeri.
FYI, Tahun 2018, dah naikkan bayaran tahunan
untuk Kedah ke RM10juta setahun. Kerajaan Persekutuan bayaq. Apa lagi Sanusi
nak?
Daripada dia tuntut bayar lebih untuk negeri
orang, apa kata dia cari nadir bumi “RM43 trillion” hari tu yang dia cakap. Ada
juga hasilnya di situ…
Salam hormat,
Liyana Marzuki
LAGU MICHAEL JACKSON YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH US DISIARKAN.
WAITING FOR THE CALL
š¼ Lagu yg tidak pernah diizinkan utk umum....tetapi setelah matinya MICHAEL JACKSON terbongkar satu persatu....inilah salah satu lagunya yang dikunci oleh pihak pemerintahan Amerika Syarikat, lagu yg memuji kebesaran Agama Islam yang terang lagi nyata. Betapa indah lirik lagunya dan sedap untuk didengar. Indah lagunya, sangat indah liriknya. Merinding bulu roma mendengarnya sampai air mata menetes tidak disedari.
( Lagu Almarhum MICHAEL JACKSON yg tidak pernah disiarkan....Tentang Ibadah Haji.) šššššš
RENTASAN 1390 | PANAS!! INI AMARAN KERAS PM10 KEPADA KERAJAAN NEGERI PEM...
[fitnah] BEKAS PEMIMPIN PAS BALUN! ANNUAR MUSA DI PENTAS KERAJAAN PERPAD...
Terengganu ada 10 ribu miskin tegar, kerajaan pusat cuba selesai masalah
Terengganu mengikut perangkaan terbaharu memiliki sekitar 10,000
isi rumah dikategorikan sebagai miskin tegar yang menyebabkan negeri itu berada
di tangga 5 terbawah sebagai negeri miskin di Malaysia.
Ketua Cabang KEADILAN Kuala Terengganu, Azan Ismail berkata
kategori miskin pula meliputi lebih banyak isi rumah dan hal itu tidak mampu
diselesaikan oleh pentadbiran Pas pada waktu ini.
"Kalau mengambil kira miskin di bawah pendapatan RM5,000 di
Terengganu kita ada 30,000 ke 40,000 isi rumah. Ini adalah tumpuan yang diberi
perhatian khusus oleh PMX yang berjanji dan berkomitmen bahawa sehingga 31
Disember tahun ini dia beriltizam untuk menghapuskan miskin tegar di negara ini
termasuk Terengganu. Sifar miskin tegar dalam Terengganu.
"Bermakna kita nak keluarkan kelompok isi rumah miskin tegar
ini, diusahakan supaya mereka tidak duduk dalam kategori itu lagi.
"Ini usaha yang mesti digembleng secara bersama. Sebab itu
dari segi urusan pentadbiran, urusan kewangan dan ekonomi kita kena ada
penyelarasan di peringkat negeri dan pusat. Kalau keadaan seperti sekarang,
dengan pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Pas maka kita tahu ada
banyak masalah yang mereka politikkan (tetapi tiada penyelesaian),"
katanya dalam satu siaran media.
Oleh itu, menurut mantan ADUN Bandar itu, rakyat Terengganu tiada
ada pilihan dalam Pilihan Raya Negeri bulan hadapan berhubung isu penyelesaian
masalah kemiskinan.
Katanya, hanya Kerajaan Negeri dari parti yang sama dengan
kerajaan pusat sahaja akan mampu menyelesaikan isu berkenaan dengan cekap lagi
berkesan.
"Kita tidak ada pilihan. Di Terengganu kalau kita bersimpati
atau kita beriltizam hapuskan miskin tegar, kita harus selaraskan pentadbiran
itu dengan baik. Barulah pentabiran berjalan lancar dan tidak ada unsur unsur
mempolitikan isu.
"Kita perlu lepaskan isi rumah miskin di Terengganu ini, cari
jalan dan itu adalah tugas kita yang perlu ditunaikan," katanya lagi.
DUIT POLITIK
DUIT POLITIK
1. Minggu ini, dunia politik dikejutkan
(setengah tak terkejut sangat) dengan pelbagai pendedahan bahawa UMNO pernah
ada dana RM100 bilion. Namun sekarang tinggal ciput saja.
2. Soalan pertama, Rakyat biasa akan tanya,
betul ke amaun tu? Punyalah banyak?! Tetapi kalau dibuat rujukan parti yang
ada. Parti baru tubuh pun duit kena sita sampai beratus juta. Tu pun sita lepas
pilihanraya. Bayangkan berapa banyak dah habis masa PRU.
3. Kalau parti baru tubuh 3 tahun ada RM130
juta dalam akaun. Kita boleh bayangkan berapa banyak Parti 60 tahun memerintah
pernah simpan dan belanjakan.
4. Soalan kedua, Rakyat biasa berhak tanya,
mana datang dana punya banyak tu? Mereka kata donation. Ada yang kata parti
politik buat bisnes.
5. Logically, parti politik buat bisness dan
untung melalui projek dan tender Kerajaan. Itu paling senang. It’s an open
secret, mereka dapat AP dan pink form, bagi nominee pegang.
6. Lepas UMNO kena haram tahun 1986, semua
harta UMNO dah tak diletak bawah nama parti. Takut kena haram lagi. Lalu mereka
cari proksi dan kroni. Kononnya pegang atas nama parti.
7. Tapi at the end, kroni lari. Mereka tak
ngaku duit tu duit UMNO. Semua claim duit sendiri. Tengokkan Bendahari UMNO,
dari Tun Daim, TSJJ, dan Ku Nan. Di Sarawak ada Tun Taib Mahmud. Harta
berbilion jua. Keluarga pun berebut sama.
8. Bila PM5 jadi Presiden UMNO, harta UMNO
dah berkurang. Ramai proksi yang pegang. Aset UMNO pun banyak yang
hilang.
9. Yang ramai tertanya2, harta UMNO itu
berbilion. Kita diberitahu Melayu malas dan perlu berusaha. Cash is not King,
jangan harapkan bantuan Kerajaan saja. Makanya, harta berbilion UMNO buat apa
sebenarnya, kalau bukan untuk rakyat.
10. Mereka kata jangan dok mintak ikan,
perlu belajar dapatkan joran. It’s only fair kalau ia terpakai juga kepada
kayangan. Bilamana mereka sendiri pun meniaga tender dan monopoli
Kerajaan.
11. Melayu tetap miskin di negara sendiri.
Nelayan, pesawah dan petani. Masih lagu tu hingga kini. Walaupun dah 60 tahun
DEB.
12. Malaysia, negara ketiga dalam dunia dalam
Indeks Kapitalis Kroni. Maknanya kekayaan negara hanya dikongsi oleh golongan
elitist. Terang cakap orang politik!
13. Mereka guna Melayu terancam sebab kaum
lain. Namun hakikatnya, 60 tahun memerintah mereka yang kaya raya. Melayu
marhein struggle seperti biasa.
14. Bangkit bangsaku. Jangan lagi
ditipu.
Jangan pajak otak pada mereka. Guna politik
kaum dan agama. Sebenarnya untuk terus berkuasa. Merompak harta negara. Dengan
alasan untuk duit politik mereka. Walhal, disakau sama rata.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Di persimpangan peralihan teknologi: Tarik bakat, pelaburan baharu - Rafizi
Negara berada di persimpangan peralihan teknologi pada Separuh
Penggal Rancangan Malaysia (RMK) ke 12 dan satu kajian menyeluruh harus dibuat
sebelum tahun 2026, yang mana RMK seterusnya akan dilancarkan.
Hal itu dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dalam
sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK 12 di Putrajaya, petang tadi.
Menurut beliau, Malaysia perlu menarik masuk pelaburan di dalam
sektor yang bernilai tinggi daripada pengurus dana asing
Katanya, jika dana asing tidak masuk maka dengan itu nilai ringgit
akan jatuh, bursa saham rugi dan pelbagai implikasi buruk ekonomi akan berlaku.
"Wang ini dikawal oleh pelabur portfolio antarabangsa,
sebelum dia buat keputusan di mana dia nak agihkan, dia tengok kedudukan makro
sesebuah negara
"Sebab itu seperti 2 - 3 bulan kebelakangan ini kita tumpu
industri baru bernilai tinggi. Kita beralih kepada yang berasaskan tenaga,
bukan soal solar semata mata, ia sebenarnya soal industri bernilai tinggi pada
masa hadapan. Kerana 2020 - 2021 pelaburan baru terbesar di dunia bukan lagi
dalam bidang komputer tetapi bersabit peralihan tenaga.
"Mana mana negara yang terkehadapan dalam peralihan tenaga
maka mereka akan menarik pelaburan," katanya.
Oleh kerana itu, menurut Rafizi, kerajaan sedang berusaha untuk
menggandakan sasaran tenaga boleh diperbaharui negara sehingga 11 kali ganda
kapasiti daripada yang ada pada hari ini
"Untuk itu berlaku, kita kena menggandakan kapasiti tenaga
boleh perbaharui 11 kali ganda daripada sekarang sampai 2050, yang melibatkan
projek baru RM637 biion.
"Kita harap pelaburan masuk. Kita akan menumpukan meletakkan
Kuala Lumpur sebagai hub kepada industri digital, kita telah semak dan kita
yakin pilihan di antara Singapura dan KL sebagai start up hub rantau ini,
sebenarnya KL boleh menawarkan lebih banyak daripada Singapura.
"Tetapi tentu lebih banyak yang kita perlu buat dan pastikan
tenaga kerja kita ini boleh menampung dalam sektor digital," katanya
Rafizi turut menyebut Kuala Lumpur perlu menjadi antara 10 kota di
dunia yang boleh menarik masuk bakat bakat (talent) baharu masuk dan memulakan
perniagaan start up yang menjadi model utama perniagaan di negara maju pada
waktu ini.
Oleh itu, katanya terdapat cabaran dari pelbagai sudut,
termasuklah perancangan bandar yang perlu mengubah pembangunan sedia ada kepada
projek pembangunan yang kalis cuaca
"Juga pengangkutan awam yang jauh lebih tinggi penggunaannya
daripada sekarang. Supaya kerajaan dan rakyat dapat pulangan lebih baik dalam
pelaburan MRT.
"Pelaburan pengangkutan bas juga perlu menghubungkan stesen
MRT. Jika tidak, kerajaan sampai bila bila kena subsidi (MRT) yang tidak balik
modal) dan ia melarikan dana untuk sektor lain," katanya.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Pandan itu juga menyentuh mengenai
perancangan kewangan negara dalam 5 tahun dan perlunya polisi subsidi untuk
semua ketika ini dialihkan kepada polisi subsidi bersasar.
Katanya, perbelanjaan yang betul akan memastikan negara tidak lagi
mewarisi defisit berterusan dan lebih banyak dana boleh dialihkan untuk
pembangunan.
TN BRAHIM TN MAN CUBA BINA NARATIF UNTUK WALAUN. RAFIZI BALAS AKAN KELUARKAN DATA DAN HASIL KAJIAN. SABAR LAH ...GILIRAN KAMU AKAN SAMPAI..TENANG..TENANG....
KARYA ARTWORK ORANG PUN SAPU. BAB DUIT JANGAN CERITA LA SAKAW
Kamu fikir PN PAS,PPBM cuma curi
kerajaan dari PH yg menang PRU14 secara demokratik di peti undi dulu?Kamu lihat
bagaimana PN juga curi hasil karya lorang lain yg kurang upaya OKU tanpa segan
silu.Artwork curi yg jadi background itu kekal tapi yang lain banyak yang
tukaq.Bukan hampa semua terpaling panglima ka?Awat flip flop?Takut ke sapa?Dari
3 orang dah jadi 2 orang.Pasaipa? Perkataan Melayu kenapa buang? Boh la.Islam
hampakan terhad pada Melayu ja
https://twitter.com/Injang_Nation/status/1671027507183898624
Kenapa penganjur Himpunan Melayu
Raya guna artwork
@FaizalMamat4 tanpa
kebenaran???Kesian orang tu penat-penat buat 3D, dia main tepek je jadi
background poster https://twitter.com/arfdy12/status/1670966166129639425
Ini bukanlah kali pertama pelukis 3D
@FaizalMamat4 di tindas.Susah sangat ke nak bayar hasil kerja beliau untuk
menampung kehidupan?Tak ada hati perut?
OWHHH- MASA DALAM KERAJAAN PUN BANYAK YANG HILANG. TERKINI VANDILATOR. SEBELUM NI KBS HILANG DEKAT 100 JUTA TAK SILAP.....
Masa Mahiaddin jadi PM, kemudian masa
KJ duduk dalam kabinet, berapa kukuh matawang negara? Cuba ingatkan balik.
Matawang kita merudum baru ni ke atau menerima masa PN memerintah, masa KJ ada
dalam Kabinet lagi?
Berapa ramai rakyat yang peduli nilai
matawang? Kota jadi cakna sebab kalau nilai ringgit merudum, maka banyak
barangan import naik harga. Tapi jika harga barang kekal, atau makin murah,
rakyat tak kisah sangat pun soal ini.
Masa KJ dalam kabinet, nak makan ayam susah.
Nak beli telur pun tak ada. Bukan setakat mahal, tak ada di pasaran.
Pengangguran pun naik. Syarikat, terutama milik peniaga kecil Melayu melingkup
pun semakin menjadi-jadi.
Kes bunuh diri pun mendadak naik. Sudahlah
begitu Menteri Kesihatan pun paksa orang ambil vaksin. Siap berjanji akan
susahkan hidup mereka yang tak mahu divaksin. Menteri janji begitu. Manusia
jenis apa menteri tu. Kan KJ?
Yang bising soal nilai matawang ni jenis yang
main politik je. Kebanyakan marhaen bicarakan tentang survival sehari-hari.
Setidaknya kos sara hidup kini tidak sesusah sewaktu KJ dalam kabinet dulu. Ada
penambah baikan di situ.
Hala tuju ekonomi juga jelas. Kerajaan
pimpinan DS Anwar tegas mahu membasmi kemiskinan. Inisiatif khusus untuk
golongan miskin tegar dan B40 untuk perbaiki taraf hidup telah dilancarkan.
Tiada lagi menteri pembuli rakyat.
Yang benci kerajaan madani ni cuma ada tiga
je. Pertama golongan perasuah dan penyakau yang takut rahsia pecah dan
dipenjarakan.
Keduanya mereka yang kecewa kerana kehilangan
pangkat dan kuasa dan yang ketiga para penyokong yang sebenarnya menderita masa
penyakau dan si gila kuasa memerintah tapi kekal sokong kerana kegagalan fungsi
otak.
Rakyat terbanyak ramai yang berpuas hati
dengan pentadbiran DS Anwar. Ini terbukti melalui kajian yang dibuat baru-baru
ini serta sambutan diberikan terhadap program DS Anwar. KJ pun tak pernah lagi
disambut sebegitu rupa.
Cerita rakyat tak puas hati ni hanya rekaan
mereka dalam tiga golongan ini dengan niat nak timbulkan sentimen dalam diri
rakyat atas pagar. Tapi rakyat bijak berfikir. Bukan macam seluang dan berebut
najis yang jatuh ke sungai.
Tapi rasanya kenyataan KJ lebih menyerang
UMNO bervanding kerajaan. Tampaknya KJ mendendami UMNO. Tapi kota boleh faham kalau
KJ berdendam terhadap UMNO lebih-lebih Zahid Hamidi. Baca do
https://shorturl.at/iuyM2.
Mungkin tugas sebagai DJ radio di stesen yang
tak berapa popular itu begitu sibuk hingga KJ tak dapat info terkini. Tapi
seeloknya KJ periksa dahulu fakta berkenaan usaha kerajaan sebelum dia
keluarkan kenyataan. Jangan tuduh semberono. Bikin malu je. Guane boh?
Raja Gelap
.