LEPAS KALAH DAN TAK JADI AHLI MANA MANA PARTI. DIA MEROYAN ...KESIAN MANUSIA MACAM NI.

 Naik kelakar pula bila difikirkan.



Kebelakangan ini ramai pula yang mengungkit soal Reformasi. Yang yang kata konon Reformasi sudah mati. Apa yang kelakar, mereka yang seolah cakna soal Reformasi ini asalnya bukanlah penyokong Reformasi pun. Atau kalau pernah sokong, mereka di akhirnya mengkhianati Reformasi.


Contoh macam KJ ni. Dia wujud pun dalam politik Malaysia sekitar 2004, ketika ayah mertuanya, Pak Lah menjadi PM. Ketika Reformasi mula dilaungkan sekitar 1998, di mana dia? Dan ketika dia dilahirkan ke dunia politik pun, dia terus duduk dalam buaian emas. Hidup selesa dalam UMNO.


KJ faham Reformasi? Jangan buat kelakarlah. KJ bukan sahaja tak menyokong Reformasi, malah dia juga menentang Reformasi. Hari ini tiba-tiba dia nak tunjuk macam ambil kisah tentang Reformasi. Ini yang kita panggil hipokrasi. KJ sentuh Reformasi hanya kerana hendak mengaut laba.


Pengguguran dakwaan terhadap Zahid tak jejaskan Reformasi pun. Umpamanya beli kereta terpakai, memang kita nak yang high spec. Bila dapat, habis semua benda kita nak tukar. Tapi kadang kita lupa yang bajet kita terhad. Tak semua benda kita dapat tukar dalam satu hari.


Akhirnya ada perkara kita terpaksa berkompromi. Contoh macam tayar. Pakai apa yang ada asalkan tak sampai berbahaya dan sebabkan kemalangan. Takkan disebabkan tak dapat lagi tayar seperti spec yang kita nak, kita rela simpan kereta sampai tak bergerak? Itu kan bodoh namanya.


Sesungguhnya aku percaya pembebasan Zahid tak ada kena mengena dengan DS Anwar. Aku percaya DS Anwar tak seperti PM-PM sebelum ini yang suka campuri urusan mahkamah. Tapi kalau betul pun ada campur tangan, aku sedia berkompromi. Demi  untuk pertahankan kerajaan ini.


Impian Reformasi ini besar. Terlalu besar. Terlalu banyak yang mesti direformasikan. Kalau kerana hendak pertahankan prinsip yang satu ini maka kita kehilangan sebuah kerajaan, maka api Reformasi itu akan terpadam selamanya. Begitu barulah boleh dikatakan Reformasi telah mati.


Tapi jika kerajaan ini dipertahankan, walaupun ada sedikit calar pada jasad Reformasi itu, tapi ia akan kekal hidup. Lalu agenda Reformasi yang banyak dan lebih utama dapat dijelmakan menjadi nyata.


Di masa ini, pada ketika Yakjuj dan Makjuj sedang mengintai ruang untuk masuk menimbulkan huru hara, apa yang paling penting adalah menjaga agar tembok tak runtuh. Selagi tembok itu berdiri, selagi itu manusia akan selamat. Walaupun terpaksa kita robohkan satu rumah demi perkukuhkan tembok tersebut. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


PN KUTUK BANGSA JOHOR.




 

BELIT KAKI FITNAH

 

Gila punya Dusuki.  Dia saman Mujahid.  Dia kalah saman.  Kemudian dia buat rayuan.  Pastu tarik balik rayuan.  Kemudian, dia kata dia bukan kalah dan Mujahid bukan menang. .


Macam2 lagi dia merepek untuk tutup 'kemaluan' dia yang semua orang tau dia menjuarai tropi fitnah paling tinggi di Msia.  Banyak sgt merapu, Mujahid pula saman Dusuki sebanyak RM 1 juta.  Ada ustaz kena panah petir ni kisah? Baru2 dia ada cakap, " Saya tak gentar kena saman....tuan2 kan ada?".  


W. Faudzin.




Senang jadi lebai.  Buat fitnah, bila kena saman, jual nama jihad, mintak bantuan walaun2 bodo ni untuk bayarkan



INSYALLAH KITA MENANG


Norman Radzuan.


Hari ini selepas meninjau persiapan dan pandangan rakyat Johor… santai dgn Timbalan AMK, Kamil dan AMK Johor. Beberapa kali saya beritahu rakan2 parti, Kamil ini adalah pemimpin masa depan parti mahupun negara. Pakej ada pada dirinya terutama aura sebagai pemimpin.


Sempat berikan pandangan dan mereka sgt terbuka termasuk Kamil sendiri take note dan bersetuju utk perancangan AMK selepas ini. Saya suka sikap mereka ( AMK ) bukan sahaja positif tapi sgt berbudi bahasa.


Di situ juga berjumpa calon kita Suhaizan Kayat serta bertemu dgn Datuk Kamal Amir, mantan Ketua Pengarang di tempat saya bekerja dahulu. Kami sama2 org Manjung.


Tinjaun saya di sana Insyallah kita menang. BN sangat positif dan bekerja keras PRK kali ini. Keyakinan saya sgt tinggi kita tidak mempunyai masalah yg besar di sini. 


Org Johor tak mcm di timur terutama warga Pulai yg berada dkt sgt dgn JB. Pemikiran urban malay berbeza utk menerima dakyah ekstrims apatah org JB yg terkenal sgt advance serba serbinya. INI BANGSA JOHOR 👍



KAWAQ BETOI

 


Stanby jawapan apa pulak...hp kena baling ngan bini apa ?



AIHHHH....APA HAL PULAK.





 Ustazah ape macam ni 🙄🤔

Tak suka suami ikut sunnah Rasulullah SAW.


Ko tolong tegur sikit Usop 

Aku ada kerja 😘

ZAMAN MAHIADDIN DAN ZAMAN MAIL ADAKAH MEREKA BERTEMU PIMPINAN ASEAN ATAU LUAR NEGARA

 

PM bertemu pemimpin dunia, angkat imej negara di Kemuncak ASEAN







Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mensia siakan peluang di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan untuk bertemu para pemimpin dunia bagi mengukuhkan hubungan antara negara atau bertukar pandangan mengenai ehwal ekonomi dan politik dunia.


Semalam beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Anthony Albanese, Perdana Menteri Australia membincangkan usaha bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor di bawah kerangka Rakan Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP) yang sedia ada.


"Peluang ini (pertemuan) ruang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang berkepentingan bersama termasuklah perkembangan serantau dan antarabangsa, selain turut membincangkan mengenai Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia yang kedua yang akan dihoskan oleh Australia.


"Di kesempatan yang ada juga, saya turut menegaskan keperluan terhadap sistem kewangan serantau bagi menangani ketidaktentuan ekonomi global dan risiko kewangan, seterusnya memperkukuh rangkaian keselamatan dan kemandirian ekonomi rantau Asia Tenggara," kata Anwar.


Dalam pertemuan itu PM turut menggesa kerjasama dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui, aset biodiversiti, dan aplikasi teknologi pertanian.


Pertemuan yang penting juga dibuat bersama rakan sejawat dari Jepun, Perdana Menteri Fumio Kishida


DS Anwar memberi pandangan bernas mengenai ehwal serantau di Kemuncak ASEAN

Bersama negara pelabur antara terbesar di Malaysia sejak lama itu pelbagai isu serantau dan antarabangsa disentuh.


"Apakala Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-26, saya mengetengahkan beberapa isu penting, antaranya menekankan kepentingan integrasi ekonomi serantau yang lebih mendalam,melalui Perkongsian Ekonomi Komprehensif ASEAN-Jepun dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).


"Saya percaya, ASEAN dan Jepun perlu memberi keutamaan kepada literasi digital, inovasi teknologi, dan infrastruktur digital yang kukuh; dan memberi penekanan kepada keperluan menangani perubahan iklim melalui pembangunan tenaga boleh diperbaharui," katanya.


Selain itu, PM sempat mengadakan pertemuan bersama Pengasas dan Pengerusi Eksekutif World Economic Forum (WEF), Profesor Klaus Schwab.


PM DS Anwar Pengerusi Eksekutif World Economic Forum (WEF), Profesor Klaus Schwab.

"Kami membincangkan usaha dalam memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan WEF, serta persiapan untuk Mesyuarat Tahunan WEF yang dijadualkan dari 15 hingga 19 Januari 2024 di Davos-Klosters, Switzerland," katanya lagi.


Anwar dalam pada itu bertemu Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau; Presiden Republik Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan banyak pemimpin dunia lain untuk mengangkat kembali imej Malaysia yang agak merosot di pentas dunia sejak sedekad lalu.

Bekalan beras tempatan mencukupi, harga stabil - Dr Azman

 


Oleh: Abdullah Zaid


Peningkatan harga beras import bermula September ini dijadikan bahan serangan bertali arus pembangkang mendakwa konon kerajaan telah hilang kawalan terhadap stok dan pengedaran bahan makanan ruji rakyat Malaysia itu.


Malah, tohmahan mereka menjalar ke stok beras tempatan yang didakwa bermasalah dan turut mengalami kenaikan harga.


Bagi Pengerusi Biro Petani KEADILAN, Dr Azman Ismail, rakyat perlu faham isu lebih besar mengenai kenaikan harga beras tersebut yang berlaku di peringkat global dan kerajaan tentunya tidak akan memberikan subsidi kepada sesiapa yang ingin menggunakan beras import.


Katanya berbanding Malaysia, Thailand dan Indonesia yang mempunyai tahap sara diri (SSL) bagi beras yang lebih tinggi daripada negara ini juga terpaksa menaikkan harga bahan tersebut untuk mengimbangi permintaan domestik.


"(Hakikatnya) harga beras di seluruh dunia mendadak naik kerana India sepenuhnya berhenti mengeksport beras pada 27 Ogos baru-baru ini.


"40 peratus beras dunia datang dari India. Apabila India berhenti eksport beras, Malaysia hanya ada Thailand dan Vietnam untuk menampung keperluan beras import kita, iaitu 35% (daripada keperluan negara).


"Oleh sebab, beras kurang di dalam pasaran (global), maka harga beras Thailand dan Vietnam juga ikut naik tinggi dan lebih awal sejak bulan lalu. Ini punca utama harga beras naik di pasaran kita," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Tambah Dr Azman, India terpaksa menghentikan eksport beras ke seluruh dunia atas faktor perubahan musim kemarau yang mendadak di negara tersebut.


Selain itu, katanya, perang Rusia-Ukraine juga menjadi antara punca kenaikan harga makanan global apabila hasil jagung dan gandum dari kedua dua negara tidak boleh dieksport. Malah permintaan beras menjadi lebih tinggi bagi negara negara yang biasa dengan hidangan bahan itu.


"Perubahan iklim, panas melampau hingga rosak bendang di India (mengakibatkan kurang pengeluaran). Juga kesan jangka panjang Perang Rusia-Ukraine menyebabkan harga bahan makanan naik tinggi di seluruh dunia.


"Hal ini kerana Rusia-Ukraine adalah pengeluar bijirin yang sangat penting bagi dunia," katanya.


Bagaimanapun, ujar Dr Azman, kerajaan Malaysia pada ketika ini sedang mengambil tindakan mengatasi masalah kenaikan harga beras dengan meningkatkan pengeluaran padi tempatan di samping segera membeli beras di pasaran antarabangsa bagi mencukupkan bekalan domestik.


"Setakat ini beras tempatan ada (mencukupi) dan sedang diusahakan tambah (beras import) oleh Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.


Terdahulu, pada 3 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberi jaminan bahawa bekalan beras negara mencukupi dan tidak akan menaikan harga beras tempatan.


Dalam masa sama, pemimpin nombor satu itu menyarankan rakyat Malaysia membeli beras tempatan bagi mengurangkan beban kenaikan harga beras import.