ZAMAN MAHIADDIN DAN ZAMAN MAIL ADAKAH MEREKA BERTEMU PIMPINAN ASEAN ATAU LUAR NEGARA

 

PM bertemu pemimpin dunia, angkat imej negara di Kemuncak ASEAN







Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mensia siakan peluang di sela sela Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan untuk bertemu para pemimpin dunia bagi mengukuhkan hubungan antara negara atau bertukar pandangan mengenai ehwal ekonomi dan politik dunia.


Semalam beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Anthony Albanese, Perdana Menteri Australia membincangkan usaha bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama dua hala dalam pelbagai sektor di bawah kerangka Rakan Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP) yang sedia ada.


"Peluang ini (pertemuan) ruang untuk bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang berkepentingan bersama termasuklah perkembangan serantau dan antarabangsa, selain turut membincangkan mengenai Mesyuarat Pemimpin Tahunan Malaysia-Australia yang kedua yang akan dihoskan oleh Australia.


"Di kesempatan yang ada juga, saya turut menegaskan keperluan terhadap sistem kewangan serantau bagi menangani ketidaktentuan ekonomi global dan risiko kewangan, seterusnya memperkukuh rangkaian keselamatan dan kemandirian ekonomi rantau Asia Tenggara," kata Anwar.


Dalam pertemuan itu PM turut menggesa kerjasama dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui, aset biodiversiti, dan aplikasi teknologi pertanian.


Pertemuan yang penting juga dibuat bersama rakan sejawat dari Jepun, Perdana Menteri Fumio Kishida


DS Anwar memberi pandangan bernas mengenai ehwal serantau di Kemuncak ASEAN

Bersama negara pelabur antara terbesar di Malaysia sejak lama itu pelbagai isu serantau dan antarabangsa disentuh.


"Apakala Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-26, saya mengetengahkan beberapa isu penting, antaranya menekankan kepentingan integrasi ekonomi serantau yang lebih mendalam,melalui Perkongsian Ekonomi Komprehensif ASEAN-Jepun dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).


"Saya percaya, ASEAN dan Jepun perlu memberi keutamaan kepada literasi digital, inovasi teknologi, dan infrastruktur digital yang kukuh; dan memberi penekanan kepada keperluan menangani perubahan iklim melalui pembangunan tenaga boleh diperbaharui," katanya.


Selain itu, PM sempat mengadakan pertemuan bersama Pengasas dan Pengerusi Eksekutif World Economic Forum (WEF), Profesor Klaus Schwab.


PM DS Anwar Pengerusi Eksekutif World Economic Forum (WEF), Profesor Klaus Schwab.

"Kami membincangkan usaha dalam memperkukuh kerjasama antara Malaysia dan WEF, serta persiapan untuk Mesyuarat Tahunan WEF yang dijadualkan dari 15 hingga 19 Januari 2024 di Davos-Klosters, Switzerland," katanya lagi.


Anwar dalam pada itu bertemu Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau; Presiden Republik Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan banyak pemimpin dunia lain untuk mengangkat kembali imej Malaysia yang agak merosot di pentas dunia sejak sedekad lalu.

2 comments:

Anonymous said...

Boleh saja attend tapi sbb tebuk atap pye pasal muka tinggal dlm jamban la…

Anonymous said...

World class leader