MASA BUAT GST LAH DIA SAKAU 1MDB


 

BUBAR DUN JALAN TERAKHIR?! MB ISMAIL LASIM HILANG MAJORITI: ISTANA & UNDANG PEGANG KUASA!


 

PM11 bukan Zahid, PRU16 adalah pertembungan Anwar vs Hamzah - Ini sebabnya


 

JANGAN GEMBIRA SANGAT


 

TERBONGKAR! DOMINIC LAU DESAK BUKA LADANG BABI & JUDI: PAS SELANGOR TIBA-TIBA BISU?!


 

DOK DALAM NANTI TAU LA YA

 PENGALAMAN BERHADAPAN KETUA GANGSTER GEDEBE






Panas hati saya apabila menonton video seorang lelaki berusia 62 tahun dibelasah oleh seorang pemuda gedebe, sedangkan dua orang rakannya hanya memerhati tanpa berusaha menghalang perbuatan tersebut.
Lebih menyakitkan hati apabila selepas ditangkap polis dan dibawa ke mahkamah, salah seorang daripada mereka masih sempat menggenggam penumbuk di hadapan kamera, seolah-olah berbangga dengan perbuatannya. Langsung tidak kelihatan tanda-tanda keinsafan.
Sedarlah, hari ini mungkin badan kau masih kuat, kudrat masih bertenaga dan kau berasa diri hebat. Tetapi suatu hari nanti kau juga akan menjadi tua, tubuh semakin lemah dan kekuatan yang dibanggakan itu akan hilang.
Saya ingin berkongsi satu pengalaman peribadi ketika berhadapan dengan seorang ketua gangster yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita semua.
************
PERTEMUAN DENGAN KETUA GANGSTER
Semasa bertugas di pejabat dahulu, seorang lelaki yang tidak saya kenali datang untuk berjumpa.
Saya mempelawa beliau masuk dan duduk di kerusi tetamu.
Orangnya berbadan sado, berwajah garang dan mempunyai penampilan yang agak menakutkan.
“Nama saya Karim (bukan nama sebenar). Projek yang tuan kendalikan itu berada dalam kawasan jagaan saya,” katanya membuka bicara.
Daripada penerangannya, saya mendapat tahu bahawa Karim merupakan ketua gangster di kawasan tersebut. Semua kontraktor yang menjalankan projek di situ perlu tunduk kepada arahannya.
“Kontraktor tuan mesti bayar duit bulanan kepada saya. Saya akan pastikan projek berjalan lancar tanpa sebarang gangguan,” sambungnya.
Saya menjawab dengan tenang.
“Encik Karim, hal-hal seperti ini saya tidak masuk campur. Saya hanya menjalankan tugas sebagai penjawat awam untuk memastikan projek dapat disiapkan mengikut perancangan.”
“Saya cuma nak beritahu tuan bahawa ini kawasan jagaan saya,” katanya dengan nada keras lagi.
“Tiada siapa berani membantah cakap saya kerana saya ada ramai kaki pukul,” tambahnya dengan penuh keyakinan.
Saya tidak begitu mengendahkan cakap besar Karim.
Sepanjang hampir 30 tahun mengendalikan projek pembangunan, saya sudah bertemu dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang baik, ada yang suka mengambil kesempatan dan tidak kurang juga yang cuba menggunakan pengaruh serta ugutan untuk mendapatkan sesuatu.
Kalau saya membuat laporan kepada pihak berkuasa sekalipun, mungkin akan menjadi satu urusan yang panjang kerana saya tidak mempunyai bukti kukuh selain daripada pengakuan dan kata-kata Karim sendiri.
Saya juga tidak bertanya kepada pihak kontraktor sama ada mereka benar-benar membayar wang perlindungan kepadanya.
Dalam dunia kontraktor, mereka memang terpaksa berurusan dengan pelbagai golongan manusia, termasuk mereka yang berada di lapisan paling bawah dalam hierarki sosial.
Apa yang penting bagi saya, semua projek di kawasan tersebut berjalan lancar dan dapat disiapkan tanpa sebarang gangguan.
LIMA TAHUN KEMUDIAN…
Lima tahun selepas pertemuan pertama, Karim muncul semula di pejabat saya.
Tetapi kali ini, penampilannya jauh berbeza.
Badannya sudah kurus, wajahnya cengkung dan kelihatan seperti seorang yang sedang menanggung penyakit serius.
Beliau terus meminta maaf.
“Saya nak minta maaf kepada Tuan Haji kerana bercakap keras dengan tuan dulu. Kontraktor-kontraktor tuan pun ada membayar duit perlindungan kepada saya. Sebab itulah projek tuan tidak diganggu oleh orang lain,” katanya.
Kemudian beliau menyambung ceritanya.
“Dulu saya memang garang dan kaki pukul. Tiada siapa berani membantah saya. Siapa tegur, saya pukul. Saya rasa saya sahaja yang betul kerana saya kuat.”
Kali ini nada suaranya jauh berbeza. Tiada lagi kesombongan seperti yang saya lihat lima tahun sebelumnya.
“Sekarang saya sudah insaf. Saya menghidap penyakit kencing manis yang kronik. Banyak organ dalam badan saya sudah rosak. Saya datang ke sini untuk meminta maaf kepada Tuan Haji dan kontraktor-kontraktor yang pernah saya aniaya,” katanya.
Saya hanya mendengar luahannya.
Barangkali apabila berhadapan dengan penyakit yang serius, Karim mula menyedari bahawa kekuatan fizikal, pengaruh dan kuasa yang pernah dibanggakannya tidak lagi membawa apa-apa makna.
Mungkin juga beliau sudah mula memikirkan tentang kematian dan ingin membersihkan kesalahan terhadap orang lain sebelum terlambat.
Sebulan kemudian, saya mendapat berita bahawa Karim telah meninggal dunia.
Umurnya baru 45 tahun.
MORAL OF THE STORY
Ketika muda, badan masih kuat dan kudrat masih bertenaga, ada antara kita yang mudah menjadi sombong dan merasakan diri sentiasa betul.
Kita berani membuli, mengugut dan memukul orang lain kerana merasakan tiada siapa mampu melawan kita.
Tetapi kita sering terlupa bahawa kekuatan fizikal itu hanyalah pinjaman sementara.
Hari ini kita mungkin gagah, esok belum tentu.
Hari ini kita boleh membuat orang lain takut kepada kita, tetapi apabila Allah menarik balik kesihatan dan kekuatan yang dipinjamkan, kita akhirnya menjadi manusia biasa yang tidak berdaya.
Jangan tunggu sehingga terlantar sakit atau menghampiri kematian barulah kita mahu menyesali segala kejahatan yang pernah dilakukan.
Kekuatan bukan lesen untuk membuli. Keberanian bukan alasan untuk menindas. Dan menjadi orang yang ditakuti tidak bermakna kita seorang yang dihormati.
Ingatlah, kita semua akan menjadi tua. Apa yang kita lakukan kepada orang lain hari ini mungkin menjadi penyesalan yang tidak sempat kita tebus kemudian hari.
Wallahu a’lam.
Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar






NOH ..NASIB BILA KOMEN TENTANG AIR DI KELANTAN. BETUL KAH ?

 



Che Ibrahim Mohamed


Ambo tak berani dah nak komen bab air di Kelantan, lagi pun ambo pakai air telaga jah. Air kerajaan sekadar ada paip dengan tiang meter jah.

Dok mana lelaki ni Asran Alias lo ni??








Di Malaysia, bahasa Inggeris diajar di sekolah rendah, menengah sampailah ke universiti. Tak kan sampai tua tak pandai bahasa Inggeris

 



Jamzuri Ardani





Tuan-tuan,

Rusia, Cina, Turki dan beberapa negara lain rakyat mereka tidak diajar berbahasa Inggeris. Kenapa nak dibuat perbandingan? Bahasa Inggeris di negara-negara tersebut ibarat bahasa Jerman di Malaysia. Ianya bahasa yang cukup asing.
Di Malaysia, bahasa Inggeris diajar di sekolah rendah, menengah sampailah ke universiti. Di korporat-korporat besar dan syarikat swasta, komunikasi utamanya adalah dalam bahasa Inggeris. Kefasihan berbahasa Inggeris juga menggambarkan keupayaan pembelajaran seseorang.
Sebab itu pengerusi dan CEO korporat di Malaysia, termasuk GLC, hampir kesemuanya dilantik dari kalangan orang yang fasih berbahasa Inggeris.
Nak jadi pemimpin di negara kita, bagi saya kefasihan berbahasa Inggeris adalah antara ciri yang penting juga. Tidak ada PM Malaysia yang tidak fasih berbahasa Inggeris setakat ini. Almarhum Pak Lah dulu pun lulusan jurusan agama dari UM, tetapi beliau juga fasih berbahasa Inggeris.
Saya tidak berniat menghina mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Tapi janganlah bandingkan Nusi dengan Presiden Turki, Rusia, dan Cina hanya kerana mereka semua tidak fasih berbahasa Inggeris.
It is insulting our intelligence you know .




‘Selangor deserves better’ katanya, netizen sindir taman permainan di negeri Pas dipenuhi semak samun siap muncul ular tedung

 


Keadaan sebuah taman permainan kanak-kanak di Kota Bharu, Kelantan yang dipenuhi semak samun dan sampah mengundang sindiran netizen termasuk slogan ‘Selangor deserves better’.

Menerusi video Unit Cakna Komuniti HIYAZ yang tular di media sosial, sekumpulan sukarelawan bersama beberapa kanak-kanak dilihat bergotong-royong mengutip sampah dan membersihkan Taman Permainan Sri Iman di Panji, Kota Bharu.

Selain rumput yang tumbuh meliar dan tong sampah dipenuhi sisa buangan, kerja-kerja pembersihan itu dilaporkan terhenti seketika selepas sukarelawan dikatakan menemukan seekor ular tedung.

Keadaan tersebut mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai tahap penyelenggaraan kemudahan awam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), khususnya membabitkan keselamatan kanak-kanak.

Malah, netizen turut membandingkan keadaan taman permainan di ibu negeri Kelantan itu dengan pengalaman mereka mengenai penyelenggaraan kemudahan awam di Selangor.

“Macam ini pun tak mampu nak jaga, lagi ‘Selangor deserves better’ katanya.

“Rumah aku pagi tadi elok saja kontraktor majlis potong rumput bagi bersih. Di Selangor ya,” tulis pengguna Threads, kikoputih001 dengan meraih lebih 1,000 tanda suka setakat ini.

Rampas Selangor

Seorang lagi pengguna, ishmael517 berkongsi pengalaman mengenai kerja pemotongan rumput di kawasan kediamannya di Selangor manakala netizen lain menyindir, “‘Selangor deserves better’ katanya! The audacity nak rampas Selangor?”

Untuk rekod, slogan ‘Selangor Deserves Better’ digunakan Pas Selangor dan turut digunakan dalam gerakan politik Perikatan Nasional (PN) negeri itu sekurang-kurangnya sejak November 2024 untuk merampas pentadbiran negeri pada PRU16 dari Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, pengguna bernama zahran_zakaria turut membangkitkan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ sambil mempersoalkan bagaimana slogan berkenaan diterjemahkan dalam pengurusan kemudahan awam untuk rakyat.

Isu tersebut turut mengundang sindiran netizen yang mengaitkannya dengan kontroversi perobohan perhentian bas di Kota Bharu yang sebelum itu telah dibersihkan dan dicat NGO terbabit.

“Risau aku kau post benda ini. Bukan apa, daripada potong rumput, nanti mereka tutup atau robohkan terus taman permainan ini,” perli warganet.

Seorang lagi pengguna, ahlami_alfabila, mendakwa terdapat banyak kawasan dipenuhi semak samun di Kelantan, selain mempersoalkan soal prosedur operasi standard (SOP) apabila masyarakat mengambil inisiatif melakukan kerja pembersihan.

Dalam pada itu, pengguna bernama bdrl.zk membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan semak samun menjadi tempat haiwan berbahaya bersarang serta mempersoalkan pihak yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.







Sidang DUN kecoh! 7 ADUN Pembangkang berkecuali undi Belanjawan Selangor 2027


 

MEMANG UMPAS SUKA TABUR FITNAH LAGAKAN RAKYAT


 

https://youtu.be/kSc49NIbo4E?si=RMrTm2hhzS0XCQpR


 

BIASA LAH KOMEN NEGERI ORANG BAGUS. NEGERI SENDIRI TERUK.

 



Sakit hati betul tengok apabila penat-penat anak muda 'turun padang' dengan berpeluh bersihkan, mengecat dan mencantikkan hentian bas yang sudah lama terbiar macam rumah hantu. 

Tetapi sayangnya belum sempat orang ramai puas bergambar, mak cik dan pak cik tumpang berteduh daripada hujan, tiba-tiba hentian bas tersebut dirobohkan begitu sahaja. Itulah nasib hentian bas di Kota Bharu, Kelantan selepas usaha pembersihan oleh sukarelawan dikenali sebagai Hiyaz Community yang mana rakamannya tular di media sosial baru-baru ini. 

Namun perkara yang lebih menyedihkan adalah kemudahan orang awam itu dirobohkan ketika musim tengkujuh sewaktu rakyat paling memerlukan tempat untuk berteduh! 

Isu yang menjadi perbincangan hangat di media sosial ini turut mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim untuk bersuara. "Bukan tugas mereka. Bukan juga tanggungjawab mereka. Tetapi sebab sayang pada bandar ini, mereka sanggup korban masa, tenaga, duit sendiri untuk cantikkan kemudahan awam yang sudah lama terbiar. 

"Kenapa perlu roboh sekarang? Musim tengkujuh ini! Mak cik, pak cik, warga emas, budak sekolah, wanita nak berteduh kat mana sementara tunggu bas?", kesalnya mempersoalkan tindakan tersebut dengan lantang. 

Menurut beliau, usaha anak muda seperti ini sepatutnya diraikan kerana mereka bukan setakat pandai komen di Facebook tetapi turun sendiri buat kerja namun sayangnya titik peluh mereka malah dirobohkan begitu sahaja!Netizen. 

Tinjauan di ruangan komen perkongsian dimuat naik di akaun Facebook Dr Hafidzah ini mendapati rata-rata pengguna turut meluahkan perasaan marah dan sedih mereka atas situasi tersebut. 

"Apakah dosanya Bus Stop itu sampai dirobohkan begitu sedangkan telah dibersihkan dan kelihatan masih boleh digunakan?", kata seorang pengguna dikenali sebagai Suhemi. "Sebab itu kita perlukan wakil rakyat macam Dr Hafidzah untuk cabar 'sek-sek anok-beranok' berpuluh tahun in. Teruskan Dr!," kesal pengguna lain melalui akaun dengan nama Ferd. 


KENAPA ROBOH SEKARANG? 


Dr Hafidzah juga menegaskan bahawa beliau bukan anti-pembangunan tetapi pihak berwajib perlu menunjukkan bukti penilaian keselamatan jika benar hentian bas lama itu uzur atau bahaya. 

Sekiranya benar tindakan perobohan dilakukan kerana hentian bas baharu akan dibina, kenapa pihak bertanggungjawab tidak menyediakan tempat menunggu sementara dahulu? "Jangan sampai kita terlalu cepat merobohkan, tetapi lambat menyediakan penggantinya." Ujar wakil rakyat yang sering memberi rawatan percuma kepada golongan asnaf dan orang susah di kliniknya di Kota Bharu itu. 

Sehingga kini, tiada penjelasan rasmi mengenai status pembangunan hentian bas baharu namun yang tinggal hanyalah tapak kosong dan rakyat pula menunggu bas tanpa tempat berteduh. 

Hentian bas bukan sekadar tempat duduk tetapi ketika hujan lebat, di situlah rakyat berlindung. Janganlah sampai anak muda lebih laju turun padang untuk mencantikkan bandar, tetapi pihak bertanggungjawab pula lambat nak jawab dan rakyat kini menunggu: Bila jawapan akan tiba? Apa pendapat anda? Patutkah hentian bas itu diroboh sekarang atau tunggu selepas tengkujuh? Komen di bawah!




PN SUDAH LANGGAR GARIS MERAH

 






Aku telah menonton klip video ceramah pemimpin tertinggi PN iaitu Presiden GERAKAN, di mana dalam video tu jelas dia mempertikai 3 perkara:


(1) Mempertikai arahan tutup ladang khinzir oleh Sultan Selangor, dan menlmberi gambaran ia adalah kehendak kerajaan PH Selangor.


(2) Mempertikai arahan pakaian sopan / larangan seluar pendek di premis kerajaan seperti hospital dan balai polis, dan beri gambaran ia adalah arahan DAP.


(3) Mempertikai kerajaan PH Selangor merobohkan kuil tidak sah untuk buat masjid, juga beri gambaran ia adalah arahan DAP.


Aku yakin sepenuhnya bahawa PAS akan berdiam diri dan jika bukak mulut pun akan pertahankan GERAKAN sahaja.


Kepada umat Islam, jika anda masih nak sokong dan undi PN lagi selepas menonton video ni, maka kecintaan kamu terhadap Islam boleh la dipersoalkan.


Hanya yang benci Islam sahaja yang akan sokong PN.


Full stop.

:)


(video di ruangan komen)