PM Dicabar Jamin Undur Secara Aman Jika PR Menang Pilihan Raya


SHAH ALAM 7 SEPT : Penasihat DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi jaminan awam bahawa Umno-BN akan berundur secara aman jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Cabaran ini dibuat ekoran kenyataan Mahathir sebelum ini bahawa rakyat tidak akan berpeluang melihat Umno-BN menjadi kerajaan lagi jika kuasa memerintah pada PRU akan datang jatuh kepada PR yang kononnya ‘sanggup berbuat apa sahaja demi mengekalkan kuasa’.

Mahathir juga membuat dakwaan kononnya kerajaan PR akan menamatkan amalan demokrasi di negara dengan tidak membenarkan pilihan raya diadakan lagi.
“Dakwaan ini sangat mengarut kerana semestinya ketiadaan Umno-BN sebagai sebuah kerajaan adalah suatu rahmat kepada seluruh rakyat.

“Malaysia pastinya akan bebas daripada amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa, ketidakadilan sosio-ekonomi dan amalan politik kebencian yang tidak disenangi kebanyakan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Tambahnya lagi, kuasa menentukan sesebuah kerajaan adalah terletak sepenuhnya di tangan rakyat yang mengundi, dan bukan pada kuasa PR.


“Bagi pihak Pakatan Rakyat, saya memberi jaminan jika ditakdirkan kami berjaya ke Putrajaya pada PRU 13 nanti, kami akan tetap menghormati kuasa mengundi rakyat jika mereka mahukan Umno-BN kembali menjadi Kerajaan Pusat pada PRU 14.

“Adakah Najib dan Mahathir bersedia untuk melafaz ikrar yang sama jika benar mereka terpaksa berundur pada PRU 13 akan datang ini?” soal Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

MERDEKA HAMBAR.NAJIB SYOK SENDIRI


JENJAROM 8 SEPT : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan sambutan Kemerdekaan Ke-55 baru-baru ini sebagai sambutan yang paling hambar.
Katanya, rakyat dapat menilai kerana menjelang sambutan itu pemasangan bendera Jalur Gemilang tidak mendapat sambutan hangat.

“Ia merupakan sambutan paling teruk. Jika kita lihat, tidak banyak bendera yang dipasang di kenderaan, bangunan-bangunan dan perumahan juga kawasan sekitar.
“Jika kata Pakatan Rakyat (PR) pengkhianat negara maka Umno-BN juga pengkhianat kerana pemimpin mereka juga tidak memasang bendera,” katanya dalam ucapannya di Ceramah Perdana, Sungai Rambai baru-baru ini.

Malah, katanya, sambutan yang sepatutnya menjadi sambutan rakyat dilihat bertukar menjadi sambutan perayaan ulang tahun Umno-BN.
Beliau berkata laungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya sambutan itu adalah merupakan sambutan yang luar biasa kerana kehadiran penonton mencecah 150,000 adalah ‘syok sendiri’.
“Jika sudah beri duit, sediakan bas untuk mengajak orang datang, sudah tentulah orang mahu datang, tetapi hakikatnya Najib sendiri yang tahu,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Prof Datuk Dr Zainal Kling boleh dipersalahkan berhubung masalah itu kerana sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
“Jadi mungkin daripada kenyataan itu anak muda khususnya, kurang kesedaran mengenai kemerdekaan. Jadi tindakan perlu diambil ke atas Prof itu,” katanya.

Justeru, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin untuk mengkaji semula sejarah Malaysia disambut baik.
“Harap beliau akan melaksanakannya dengan betul bukannya hanya kerana pilihan raya sudah hampir. Laksanakannya dengan betul supaya rakyat mengetahui mengenai sejarah,” katanya.

Ulama bisu umno akhirnya bersuara, tapi..

... mahukan Dr. Asri pula yang bercakap bagi pihak mereka... Apa macam punya spin wahai ulama muda umno? Dr. Asri dah lama dahhhhh menyuarakan pandangan beliau dalam pelbagai isu. Lagi pun, Dr. Asri bukan ahli umno dan tidak menganggotai Jawatankuasa Sekretariat Ulama Muda Umno!!! 

Fathul Bari: Terima kasih atas nasihat, Dr Asri harus mula terlebih dahulu

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.