PMX terima kunjungan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa
Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menerima kunjungan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Muslim Antarabangsa (International Union of Muslim Scholars) Fadhilatus Syeikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti
✅ Malaysia berperanan menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa atas nama keamanan sejagat.
Hadir sama YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Jabatan Perdan Menteri (Hal Ehwal Agama)
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yang menurutnya dijangka mendapat sokongan parti itu dalam kemelut politik menteri besar negeri tersebut.
Tahniah kepada UMNO/BN Negeri Sembilan kerana bertindak berani menarik sokongan terhadap kerajaan PKR/PH di Negeri Sembilan.
Walaupun BN dan PH ada kerjasama politik di peringkat pusat, ia tidak menghalang BN negeri untuk bertindak berani “menguis” PKR/PH daripada kuasa yang sedang digenggamnya.
Dengan penarikan sokongan itu, 14 Adun BN tidak lagi menyokong Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar.
Berikutan kerajaan PKR/PH di Negeri Sembilan hanya mempunyai sokongan 17 Adun, Aminuddin hampir pasti akan “belayar malam” dan hilang kekuasaan dalam tempoh sehari dua ini.
Selepas ini, 5 Adun PN yang sedia berada di blok pembangkang sudah tentu akan memberi sokongan kepada UMNO/BN untuk menjadi peneraju baharu kerajaan Negeri Sembilan.
Negeri Sembilan mempunyai 36 Dun - 17 dimiliki PH, 14 BN dan 5 PN.
Dalam senario ini, adalah dijangka Jalaluddin Alias akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu mewakili blok baharu BN dan PN.
Pun begitu, perkara tersebut boleh tidak menjadi kenyataan jika Aminuddin mengambil keputusan menasihati Yang Dipertuan Negeri, Negeri Sembilan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN negeri.
Tetapi, jika pun diadakan PRN, PKR/PH diramalkan akan kehilangan banyak kerusi dan kalah lebih teruk berbanding kedudukan sedia ada.
Akhirnya, kuasa tetap hilang daripada tangan mereka.
Apa yang dijangka menarik selepas ini ialah jika kerjasama BN dan PN di Negeri Sembilan ini menjadi kenyataan, ia akan menjadi permulaan kepada kerjasama lain melibatkan kedua-dua gabungan sehingga kepada PRU16 akan datang.
Bahkan dalam PRN Melaka yang bakal diadakan sebelum hujung tahun ini, BN dan PN juga boleh bekerjasama.
Kesimpulan mudah, melalui kerjasama BN dan PN itu nanti - bermula di Negeri Sembilan dan diikuti di negeri lain seperti Pahang dan Perak, pakatan kedua-dua gabungan itu juga mampu “tapau” kuasa di seluruh negara.
BN dan PN tidak harus lepaskan peluang keemasan untuk menguasai Malaysia ini. - ShahbudinHusin 27April2026.
As expected, hari ini 14 Adun Umno Negeri sembilan menarik sokongan terhadap MB.
Secara teorinya MB telah hilang sokongan simple majoriti dan perlu meletakkan jawatan dan membubarkan DUN melainkan pembangkang PN (5Adun) akan menyokong MB sekarang.
Tapi jika UMNO dan PN berjaya membuktikan kepada Istana bahawa mereka mempunyai 19 sokongan (14 UMNO + 5 PN), seorang MB dari blok baharu boleh dilantik tanpa perlu pilihan raya.
Menteri Besar (Dato' Seri Aminuddin Harun) boleh memohon pembubaran DUN. Namun, memandangkan negeri baru sahaja melalui PRN pada 2023, ada kemungkinan Istana keberatan untuk membenarkan pilihan raya diadakan semula atas faktor kos dan kestabilan.
Jujurnya saya tak terkejut dengan perkembangan ini. Sejak PRN 2023, UMNO memang tidak berpuas hati kerana jawatan MB diberikan kepada PH (PKR) walaupun UMNO menyumbang 14 kerusi.
Semasa isu melibatkan institusi Diraja atau kedaulatan negeri timbul, ia memberikan alasan moral yang kuat (atau political cover) untuk UMNO menghalalkan tindakan drastik seperti menarik sokongan.
Apa pun, rundingan cross parti pasti akan dilakukan. Sama ada kerajaan negeri hari ini akan kekal dengan pertukaran MB dan MB UMNO akan naik atau perubahan blok kerajaan akan berlaku dan paling drastik DUN dibubarkan.
Kenyataan Muhyiddin yang jelas tidak berpijak di bumi nyata menunjukkan Bersatu tidak mempunyai bukti atau pencapaian signifikan dalam meyakinkan rakyat untuk mentadbir Selangor jauh sekali Putrajaya.
PENDAPAT, 27 Apr – Tamat sudah ‘himpunan’ kononnya mahu ‘menangkap’ Azam Baki yang berakhir dengan episod duka dalam segala segi setelah tiada apa hasil diperolehi, jauh sekali mampu ‘mendesak’ Azam meletakkak jawatan sebelum tamat kontraknya 12 Mei depan.
Ibarat jadi ‘pembangkang dalam kerajaan’, niat segelintir peserta melaungkan ‘jatuhkan Anwar Ibrahim’ jelas tidak banyak beza dengan ‘hasrat’ pembangkang sebenar iaitu Perikatan Nasional (PN) tetapi sehingga kini, masih ‘tak cukup jumloh’.
Tak sampai 24 jam himpunan gagal dan koyak itu berakhir dengan drama duka pentaksub bekas pemimpin yang kalah dalam pemilihan partinya sendiri, rupanya ‘cerita’ PN seolah tertumpu kepada ‘angan-angan’ Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bahawa Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) merupakan peluang terbaik untuk PN menawan Selangor dan kembali mentadbir Putrajaya yang jelas sangat tidak berpijak di bumi nyata.
Pengganti Muhyiddin menjadi persoalan penting menentukan masa depan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat terumbang-ambing walaupun nama Ahmad Samsuri antara calon ‘terbaik’ tetapi mempunyai banyak kelemahan tersendiri.
Kenyataan semasa Konvensyen PN Selangor semalam, seolah-olah mengabaikan rekod pentadbiran gabungan itu sendiri, khususnya di negeri-negeri yang pernah atau sedang berada di bawah pengaruh mereka sejak Pilihan Raya Umum ke-14.
Realitinya, prestasi tadbir urus PN di beberapa negeri terus menjadi persoalan tidak kira dari segi kestabilan politik, kecekapan pentadbiran mengurus hasil negeri serta keupayaan menangani isu rakyat seperti bekalan air, capaian internet dan sebagainya.
Takkan Muhyiddin tak sedar, masalah dalaman antara Pas dan Bersatu, perubahan kepimpinan yang menjadi krisis politik di Perlis serta perbezaan pendekatan antara parti komponen seperti Gerakan dan MIPP telah menjejaskan kesinambungan dasar dan polisi pentadbiran serta tawaran yang ingin dikemukakan kepada rakyat.
Samsuri menempelak Muhyiddin bahawa Presiden Bersatu itu pun bukan lagi calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) pada 5 Mac 2026 menyebabkan Muhyiddin pula seakan ‘meroyan’ dalam diam!
Keadaan ini menimbulkan keraguan rakyat terhadap kemampuan PN untuk mengurus negeri yang lebih kompleks seperti Selangor, apatah lagi mentadbir negara secara keseluruhan jika diukur dengan prestasi pentadbiran huru-hara dan bercelaru selama 33 bulan.
Lebih menyedihkan, kegagalan menampilkan pelan yang jelas dan meyakinkan dalam menangani isu kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pelaburan turut melemahkan keyakinan rakyat.
Retorik politik semata-mata tanpa disokong oleh rekod pencapaian yang kukuh selama Muhyiddin berada di tampuk kuasa dengan cara ‘menebuk atap’, sukar diterima oleh pengundi yang kini lebih matang dan kritis mengemukakan fakta dalam membuat penilaian.
Pemecatan Hamzah oleh Muhyiddin membawa kepada ramai ketua bahagian dan jawatankuasa Bersatu meletak jawatan dan dibubarkan sejak 13 Februari 2026.
Tambahan pula, PN dilihat lebih banyak terperangkap dalam polemik dalaman dan pertikaian kepimpinan berbanding menumpukan usaha kepada penyelesaian masalah rakyat, termasuklah mengambil masa sehingga dua bulan lebih melantik Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN.
Penentangan kem Hamzah Zainudin yang dipecat daripada Bersatu membawa kepada perpecahan teruk dalam parti itu langsung tidak mampu dijawab dari soal kestabilan parti itu apatah lagi kemampuan Muhyiddin semakin dipersoalkan setelah hanya duduk di bawah ‘kuasa’ Ahmad Samsuri.
Keadaan ini memberi gambaran bahawa gabungan tersebut masih belum bersedia untuk menawarkan alternatif pentadbiran yang stabil dan berkesan termasuk di Selangor apabila nama Azmin Ali kembali diangkat untuk menjadi ‘teraju’ PN di Selangor tetapi Pemuda Pas telah mencalonkan ADUN Paya Jaras, Ab Halim Tamuri setelah Azmin meletak jawatan Januari lalu.
Poster besar ‘Undur Muhyiddin’ disiarkan di akaun Facebook rasmi Bersatu pada 13 Februari 2026 menjadi bahan ketawa netizen berminggu-minggu lamanya.
Justeru, dakwaan bahawa PRU16 adalah peluang terbaik untuk PN kembali berkuasa dilihat lebih bersifat angan-angan politik daripada realiti. Tanpa pembaikan menyeluruh dari segi kepimpinan, dasar dan prestasi, sukar untuk meyakinkan rakyat bahawa PN mampu membawa perubahan yang lebih baik kepada negara.
Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jelas lebih berkesan dan ke hadapan dari segi dasar dan polisi seperti Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta berupaya menangani krisis tenaga global, sukar ditandingi mana-mana pemimpin PN seperti Muhyiddin sendiri.
Dilihat gagal masa mentadbir, Muhyiddin turut berdepan kes mahkamah membabitkan dirinya dan keadaan itu terus menjadi liabiliti Bersatu belum lagi dikira menantunya masih belum pulang daripada menjadi ‘pelarian’ di Asia Barat.
Pentadbiran Muhyiddin semasa menjadi perdana menteri terus menjadi kebimbangan majoriti rakyat apatah lagi meletakkan Azmin sebagai ‘teraju utama’ kononnya mahu merampas Selangor pada PRU16.
Jadi, ‘tang mana Muhyiddin cuba nak lebong rakyat lagi’?
Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata beliau bersama 13 lagi Adun mewakili BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH).
SEREMBAN, 27 Apr – Semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.
Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, keputusan dibuat susulan krisis didakwa membabitkan institusi perlembagaan negeri yang kini menjadi perhatian umum.
Katanya, beliau bersama 13 lagi ADUN yang mewakili BN amat dukacita dan kecewa dengan krisis yang berlaku.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika merasmikan Istiadat Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN ke-15 di Seremban pada 23 April 2026. Foto Facebook Aminuddin Harun
“Semua 14 ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan, dengan ini, sebulat suara, hilang kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri, pimpinan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media.
Beliau berkata, Aminuddin sewajarnya memainkan peranan dan menggunakan kebijaksanaannya dalam menangani kemelut itu.
Katanya, krisis itu dilihat berpotensi ‘menjejaskan’ pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan dan memberi kesan mendalam kepada kestabilan serta keharmonian rakyat.
Belum pasti sama ada kerajaan negeri akan ditadbir menteri besar baharu selepas ini kerana Pakatan Harapan (PH) memiliki 17 kerusi DUN dan Perikatan Nasional (PN) lima.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini.
Alias yang juga ADUN Pertan berkata, makluman rasmi mengenai keputusan itu akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman, hari ini.
“Saya bersama 14 ADUN yang mewakili UMNO/BN Negeri Sembilan sangat dukacita dan kecewa dengan krisis yang berlaku yang dilihat bakal menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan dan secara tidak langsung memberi kesan mendalam kepada kestabilan kerajaan serta keharmonian rakyat.
“Justeru, kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan, dengan ini sebulat suara hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media, pagi ini.
Hanya ADUN Rantau yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak hadir sidang media berkenaan.
Jalaluddin berkata, Exco kerajaan negeri mewakili UMNO/BN tidak pernah dimaklumkan dalam sebarang perbincangan di peringkat kerajaan negeri.
Ahli Parlimen Jelebu itu juga berkata, mereka hanya mengetahui krisis adat itu apabila keadaan sudah berada pada tahap kritikal sehingga menjadi perdebatan umum.
“YAB Menteri Besar sewajarnya memainkan peranan dan menggunakan kebijaksanaan beliau sebagai Menteri Besar dalam krisis ini,” katanya yang juga Exco Kanan kerajaan negeri.
Sejak 2023, UMNO/BN membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH) dengan keseluruhan 31 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) menang lima kerusi.
Daripada jumlah kerusi bagi membentuk kerajaan negeri, PH menguasai 17 kerusi melalui DAP (11), PKR (5) dan AMANAH (1), manakala UMNO/BN dengan 14 kerusi.
Pihak berkuasa Kelantan telah membuka kertas siasatan berhubung satu video yang tular di media sosial, di mana seorang individu didakwa memperlekehkan tugas anggota polis semasa menjalankan sekatan jalan raya.
Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat menyatakan bahawa laporan telah dibuat berikutan rakaman yang menunjukkan seorang lelaki yang mengeluarkan kenyataan provokatif dan memperbodohkan polis yang bertugas.
"Video tersebut memaparkan seorang individu lelaki yang mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekeh dan memperbodohkan anggota polis semasa menjalankan penugasan sekatan jalan raya.
Siasatan awal mendapati lelaki itu juga mendakwa telah berjaya melepasi beberapa sekatan dengan cara memperdayakan anggota bertugas!
"Kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab, bersifat provokatif serta boleh menimbulkan persepsi negatif masyarakat di samping menjejaskan imej, reputasi dan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya pada satu kenyataan hari ini.
Mohd Yusoff menegaskan: Tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang memperlekehkan tugas pasukan keselamatan dan menjejaskan imej PDRM.
Walaupun nama tidak disebut, rakaman video tersebut merujuk kepada Adun PAS Wan Rohimi Wan Daud yang berkongsi pengalaman beliau semasa konvoi motosikal di Kota Bharu. Dalam video itu, Wan Rohimi menceritakan bagaimana beliau berjaya melalui 'lorong tikus' untuk mengelak sekatan polis!
"Kita dilewatkan oleh roadblock polis. Bile blaka, ambo bile tak kurang dari tujuh (saya kira tak kurang daripada tujuh sekatan). "Tapi semua kena bbodo kita belaka (Tapi kita berjaya memperdaya mereka semua)," katanya.
Nak konar baring kut mana lagi YB...ayat YB tu memang maksud akhirnya nak memperlekeh, menghina...kena dengan gaya perangai YB dah...
Cth ayat "Ada 7 roadblock, semuo keno bbodo ko (dgn) Yb blako"..."Semua peserta konvoi kena bbodo ko Yb blako selepas diajak menyertai konvoi tanpa matlamat yg jelas"..
Dulu YB jugalah yg mempertikai(tuduhan melulu) kenyataan Ketua Polis Kelantan (dalam dewan) berkaitan kes sindiket dadah yang dikatakan tidak berfakta...
Pesanan peribahasa untuk Yb “akibat mulut badan binasa"..
ANDRIAN ZAILAN
KALU XBERSALAHH.. KENAPA PERLU CARI LALUAN TIKUSS???
KENAPA PERLU LARII DARIPADA SEKATAN POLIS N JPJ??
HANYA PENJENAYAH & ORG YG LANGGAR UNDAE2 JER CARI JALAN TIKUSS,..
Lepas tu berbanggoo dpt Boddoo poliss…TOLOL YB lagu nii..😂😂
Ambo cadangkn YB melorr yg ambik kursus undae2 negara,..
XPERLU SURUH ORE LAIN BERKURSUS..
Ambo ore klate pun pahammm
Keno Boddoo,,dlm bahasa klate adalah bermaksud memperbodohhkn”
Polis telah di perbodohkn oleh geng konvoi” YB melor ; klu ikutkn terjemahan bahasa malaya..
Jgn ingatt YB melorr sore jahh reti n pahamm bahase klate.,,,
ADUN ni pengubal undae2
Dio yg langgar undae2
Dio jgk yg ajar ank2 muda langgar undae2,,..
Katanyer pengamal undae2..
Ore klate kata ; LOYAR BURUK
Cari laa alternative lain utk ank muda isi aktiviti yg berfaedah n mngubtungkn negara n negeri klate,..
Budak 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 ni dah 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝘂𝗯𝗮𝘁. Sebelum ni tergila sangat nak bersama PAS. Dia ingat PAS ni spesis bersyukur, spesis yang menghargai kawan?
PAS ni spesis yang tak boleh dibuat baik. PAS boleh berubah 180° bila-bila bila 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻. Bila dia rasa dia lemah, dia sembah ko. Bila dia rasa dia kuat, dia tikam ko. Sebab tu PAS mesti dijauhi.
Tapi budak Akmal ni 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗵. 𝗢𝘁𝗮𝗶-𝗼𝘁𝗮𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 lama dah arif perangai buruk PAS. Tapi budak menara ni tak nak dengar cakap orang. Kan dah mendapat.
Apa pun, tahniah la buat dia. Sekaranf, makan la ubat tu. Kita ok la kena sebelum kerjasama. Kalau lepas menang kena tikam, lagi padan dengan muka ko.
𝗦𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶 ni pun jenis tak sedar diri. Mengutuk orang macam la dia hebat sangat. Nak jaga negeri sekecil Kedah pun tak mampu. Tapi lagaknya kemain.
Perenggan kedua terakhir tu yang kelakar. Nampak macam merajuk sangat dah tu. Nak masuk PRN solo ke tu? Bukan beriya nak bersama PAS ke sebelum ni?
Lain kali belajar dulu berpolitik sebelum tunjuk bijak. Ko tak cerdik mana pun. Bijak belajar bukan bererti bijak berpolitik. Itu dua dunia yang berbeza. Guane boh?