TIBA MASANYA ANWAR TETAPKAN SEGALA KEPUTUSAN PH – MANOGARAN
Tiba masanya Anwar tetapkan segala keputusan PH – Manogaran
Pakatan Harapan pasca dikhianati Bersatu harus mengutamakan Presiden PKR dalam membuat keputusan dan menjadi jurucakap gabungan itu.
Hal itu ditegaskan oleh Timbalan Pengerusi DAP Pahang M Manogaran yang berkata sekiranya pelimpin lain turut membuat kenyataan dasar maka imej PH akan berkecamuk sebagai pembangkang.
“Anwar akan membuat segala keputusan untuk PH setelah mendapat maklum-balas dari pemimpin-pemimpin utama Amanah dan DAP.
“Ada peribahasa Cina yang berbunyi ‘Tidak boleh ada dua ekor harimau menetap di gunung yang sama’. Ini memberikan maksud yang jelas bahawa dalam PKR mahupun Pakatan Harapan, hanya Anwar sahaja yang perlu memimpin dan menetapkan halatuju parti dan koalisi
“Anwar Ibrahim seorang sahaja yang patut dan wajar mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam setiap urusan kenyataan rasmi. Sudah tiba masanya PKR dan Pakatan bertekad melaksanakan hal demikian. Tidak perlu pemimpin lain untuk membuat kenyataan itu dan ini sebab ia boleh mengelirukan situasi dan penyokong Pakatan juga akan keliru pasal halatuju PKR ataupun PH,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.
Beliau menambah bahawa Pakatan harus mula merancang untuk memenangi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) di bawah pimpinan Anwar dengan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Katanya lagi, masa untuk dua nakhoda dalam satu kapal sebagaimana era Azmin Ali di dalam PKR telah berlalu. Dengan imej yang padu sahaja, menurut Manogaran, sokongan rakyat akan memuncak kepada PH.
RIZA TAK PULANGKAN DUIT 1MDB?
Riza tak pulangkan duit 1MDB?
Oleh: Pentadbir
Kredit: CK
BAGAIMAN KITA DITIPU OLEH UNDANG-UNDANG DI ZAMAN KERAJAAN MUHYIDDIN..
Sebenarnya Riza tak pulangkan SESEN pun duit yang dia curi.. kerana duit yang dipulangkan dan digambarkan oleh Mahkamah adalah DUIT RAMPASAN DARI DoJ Amerika Syarikat..
DAN TANPA SESIAPA BERTANYA..
‘MUHYIDDIN TETIBA MENAFIKA BELIAU TERLIBAT MEMBEBASKAN RIZA AZIZ’
Begitulah seterusnya yang akan berlaku dalam SISTEM PENGHAKIMAN negara kita terhadap KLEPTOKRASI UMNO.
Dan langkah Sheraton serta tertubuhnya kerajaan Muhyiddin adalah semata-mata untuk TUJUAN TERSEBUT..
Namun Muhyiddin berselindung disebalik RETORIK selamat Melayu dan politik Melayu.
–
LANTIKAN KONTRAK FELDA JADI LEMBAGA PENGARAH?
Lantikan kontrak Felda jadi lembaga pengarah?
Oleh: Pentadbir
Via WhatsApp
PENGURUSAN TERTINGGI FELDA LANTIKAN KONTRAK,,, BOLEH KE DI KALANGAN MEREKA MEMEGANG BEBERAPA JAWATAN SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH ANAK SYARIKAT FELDA
Pelantikan Pengurusan Tertinggi Felda secara kontrak hingga kini masih diragui oleh kami anak generasasi kedua dan seluruh warga FELDA, kerana apa yang di fahamkan setiap pelantikan yang dilaksanakan perlu mengikut peraturan dan pekeliling yang ditetapkan oleh JPA.
Dari segi kelayakan skim gaji, seorang pegawai lantikan kontrak ke agensi kerajaan oanya perlu berpandukan skim gaji JPA dan gred perjawatan yang dalam setiap skim yang ditetapkan oleh perkhidmatan awam. Apa yang kami maklum beberapa orang pegawai pengurusan tertinggi lantikan kontrak di FELDA telah menerima bayaran gaji di antara RM25,000.00 dan sehingga RM50,000.00/ sebulan.
Pembayaran gaji ini tidak sama dan setimpal dengan jadual gaji yang termaktub di dalam pekeliling di JPA.Mereka yang dilantik secara kontrak ini juga telah dilantik sebagai Ahli Lembaga ke dalam beberapa buah anak syarikat syarikat Felda. Ada dikalangan mereka yang dilantik sebagai ahli lembaga dalam 10 anak syarikat FELDA, ada yang dilantik sebagai ahli lembaga dalam 5 anak syarikat FELDA. Secara tidak langsung mereka akan menerima bayaran gaji FELDA, bayaran elaun mesyuarat ahli lembaga anak syarikat FELDA dan juga bayaran elaun tahunan ahli lembaga setiap anak syarikat.
Sekiranya dibuat rumusan bayaran gaji dan elaun kesemua mereka ini menerima bayaran gaji dan elaun yang terlalu tinggi. SIAPAKAN YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MELULUSKAN BAYARAN GAJI DAN ELAUN KEPADA MEREKA.
Apakah keistimewaan mereka menerima Bayaran yang tidak sepadan dengan kualiti kerja dan pencapaian untuk kemajuan FELDA dan anak anak syarikat FELDA. Tidak ada satu kejayan dan pencapaian yang boleh dibanggakan dan menguntungkan Felda..Kehadiran Mereka seolah olah menjadi tempat menuai Hasil untuk kepentingan peribadi.
Telah sampai masanya pengurusan Felda yang baharu perlu menyemak dan menyusun kembali kakitangan dan perjawatan yg dilantik..agar tidak merugikan Felda. Pihak kerajaan juga perlu meneliti perkara-perkara yang boleh menjejaskan dan kelembapan ekonomi dan pembaziran wang kerajaan secara terancang..
Apa yang sedang berlaku merupakan satu pembaziran yang sangat besar dan tidak menampakkan keberhasilan…Yang rugi adalah Felda..warga peneroka felda juga turut menjadi mangsa..Ketamakan mereka yang tidak memikirkan nasib masa depan warga Felda..
Dalam kemelesatan ekonomi negara dan menjejaskan pendapatan kami warga Felda..mereka masih bermewah mewahan dengan gaji yang lumayan..
Apakah wajar..kita mengekalkan mereka berada di Menara Felda. Untuk memperkasakan Felda dan warga Felda Hebat..Pengurusan Tertinggi Felda Wajarlah memilih dan menonjolkan anak-anak Felda yang berwibawa dan berintergriti.
SAMPAI BILA MELAYU BENCI PH?
Sampai bila Melayu benci PH?
Oleh: Pentadbir
Via WhatsApp
Satu lagi tulisan yang sangat penting untuk dibaca oleh semua orang Melayu. Sahabat saya Manan Razali ini baru lagi aktif menulis di FB. Sila baca tulisan beliau yang tajam dan tuntas mengajak kita fikir masa depan negara kita.
BOLEHKAH PH BAWA PERUBAHAN BAIK KEPADA NEGARA INI?
Ada masalah besar dengan negara kita kerana orang baik susah nak menang. Sebaliknya, orang jahat dan samseng jugak yang akan menang akhirnya. Penyudahnya, negara kita akan hancur dan jadi macam Bangladesh pada suatu hari nanti. Rujuk kepada rencana ini :
Cuba kita imbas balik apa berlaku waktu PH memerintah selama 22 bulan sebelum ini..
Hiruk pikuk seluruh negara dengan berbagai-bagai isu yang sengaja ditimbulkan oleh Umno, Pas dan cybertroopers mereka untuk buat rakyat marah dan benci kepada PH. Isu paling utama yang menjadi mainan mereka ialah isu perkauman dan agama. Untuk tumbangkan PH, pagi petang siang malam mereka cari pasal supaya orang Melayu akan benci kepada DAP. Mereka tidak henti2 berkata dan meratib bahawa bangsa Melayu dan Islam tidak selamat di bawah PH selagi DAP menganggotai kerajaan, hinggakan ada seorang Mufti pun tumpang semangkuk bantai PH sekali dalam isu ini. Orang Melayu pun telan semua ini semua bulat2 dan hidup2 lebih2 lagi bila Mufti pun turut serta buat kecaman.
Tapi sejak Muhyiddin dan PN rampas kuasa kerajaan ikut laluan pintu belakang, mana ada dengar suara2 lantang ini lagi? Padahal segala yang mereka kritik dan kecam dulu masih tidak berubah, bahkan masih kekal seperti biasa. Malah segala tindakan mereka memfaraidkan ghanimah (harta rampasan perang) dengan gelojoh dan rakus berlaku tanpa menjadi isu besar yg disensasikan.
Kalau benar DAP ada cybertrooper Red Bean Army (RBA) yang handal seperti yang dikatakan sebelum ini, sepatutnya arena media sosial akan berperang besar sekarang dengan berbagai-bagai isu yang ditimbulkan untuk mengkritik dan mengecam kerajaan PN dengan lantang dan lancang. Tapi ini tidak berlaku sedikit pun. Jelas ini menunjukkan bahawa hantu sebenar yang buat kecoh di negara kita adalah sebenarnya cybertroopers dari Umno dan Pas yang bekerja siang malam sebelum ini untuk menyebar fitnah dan pembohongan supaya orang Melayu betul2 benci kepada DAP dan PH.
Point saya ialah jika ditakdirkan PH menang sekali lagi pada PRU-15 nanti, masalah ini akan berulang kembali. Segala hantu dan jembalang akan keluar semula dari sarang mereka untuk mengganggu ketenteraman masyarakat hingga negara akan jadi kucar kacir sekali lagi. PH akan jadi “punching bag” untuk diterajang serta diasak bertubi-tubi.
Masalah PH bukan untuk memenangi PRU kerana sudah terbukti ini boleh dilakukan. Sebaliknya, masalah sebenar PH ialah bagaimana utk kekal berkuasa setelah menang dan dapat memerintah dengan berkesan tanpa gangguan yg boleh merosakkan kestabilan pemerintahannya.
Saya lihat punca utama masalah negara ini terletak dalam diri orang2 Melayu sendiri yang gagal menilai dan membezakan apa yang baik dan apa yang buruk. Disebabkan ini, Umno dan Pas jadi berani kerana mereka yakin boleh terus menghasut dan memperbodohkan orang Melayu sesuka hati mereka dengan segala fitnah yg ditimbulkan terhadap DAP dan PH.
Ini kerana mereka sangat yakin bahawa walau apa pun yang berlaku, mereka tetap akan berkuasa di negara ini kerana mendapat sokongan padu dari orang Melayu. Tempoh singkat PH memerintah selama 22 bulan dan kesunyian dari timbulnya isu2 panas dan provokatif mengenai bangsa dan agama sejak PN memerintah adalah bukti kebenaran ini.
Jika PH ingin memerintah dan buat perubahan2 positif pada negara ini dengan pentadibiran yang cekap, efisien dan berhemah yang bebas dari rasuah dan salah guna kuasa, tidak boleh tidak bahawa orang2 Melayu mesti berpaling dari Umno dan Pas. Selagi ini tidak berlaku, jangan haraplah PH akan dapat memerintah negara ini dengan berkesan.
Seperti yang saya kata tadi, kalau PH menang pun pilihanraya sekali lagi selepas ini, ia akan kecundang lagi dipertengahan jalan kerana gagal membendung rasa benci orang Melayu yg kuat terhadapnya akibat fitnah dan pembohongan yang akan ditimbulkan sepanjang masa.
Siapa saja yang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya PH menang mesti berani dan tegas untuk menangkap dan memenjara tanpa memilih bulu, sesiapa yang menimbulkan kenyataan2 hasutan dan provokatif yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Jika ini tidak boleh dilakukan, kirim salam sajalah pada PH dan kirim salam jugalah pada Malaysia. Nantikanlah saja tiba masanya negara ini akan lingkup dan ranap seperti Bangladesh kerana pencuri dan samseng akan terus berkuasa memerintah Malaysia sehinggalah saat apabila majoriti orang2 Melayu berhenti menyokong Umno dan Pas. Malang sekali bagi kita jika kesedaran ini terlambat di mana negara sudah pun hancur pada waktu itu.
TUN KATA AUDIO TU DISUNTING. CABAR KELUARKAN RAKAMAN PENUH?..SIAPA ADA RAKAMAN PENUH?
Ada yang berniat jahat menyebarkan klip audio saya yang jelas disunting.
Saya cabar mereka keluarkan rakaman penuh mesyuarat MPT.
Saya kekal setia bersama rakan rakan yang berjuang dengan saya sebelum PRU-14.
Kalau betul saya mahu mengkhianati mandat rakyat, saya boleh lakukan dahulu apabila dicalonkan sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.
Saya tolak. Susah & senang, kita bersama.
Tun Mahathir Mohamad
Pengerusi Bersatu
20 Mei 2020.
JANGAN MARAH LEBAI NI....DALILNYA ZUHUD BUKAN KENA NAIK UNTA....
Alang alang nak gabuih...gabuih 7 terus...haaa...tepukkk
Dah di takdirkan rezeki masing -masing...nak buat macamana...dah ditakdirkan nak jadi MB.Rezeki hasil tebuk atap dikira rezeki juga. Nak menang tak menang menang..jadi inilah redho Allah Taala hasil perancangan rapi dengan tebuk atap....
Dah lah ditakdirkan ....Jangan lah marah...sebab Allah dah tentukan. macam juga Mahathir dan Mukhriz...dah takdir tamak haloba nak pegang sampai kiamat, akhirnya jadi kera sumbang juga kerana tak setuju dengan DAP dan Anwar.Akhirya apa jawatan pun beliau tak ada tapi masih lagi bercita cita nak jdi PM..Masa jadi PM kroni lama lama jugalah yang dia lantik dan bawa masuk PPBM dan akhirnya mereka tendang Mahathir.Muka -muka yang tendang Mahathir ni bukan apa, sebab nya tak lain tak bukan kerana Allah Taala tak bagi beliau pegang sampai mati...juga bukan kerana apa , kerana tak menepati janji janji yang telah diberi kepada rakyat dijaja kepada rakyat kesani ke sini kesana kesini dok tibai Najib kleptokrat. Rakyat percaya selepas 2 tahun, Anwar akan dilantik sebagai PM.Tapi kena kencing..elok juga lah ramai dok kata Pakatan Hancing, sebab apa, sebab Mahathir tak tunai janji.
Takdir jugalah para penyokong setia PH, walau semasa para pemimpin dilantik, nangoi-nangoi dibawah yang dok berperang siang malam pagi petang nilah yang dok defence para menteri PH. depa bukan sahaja keliru dan tidak ambil pusing, malah jadi juah sombong tak reti nak jaga penyokong..uhhhhh jenuh la kami nak jaga semua...dakkkkk...kami tak suruh pun hangpa jaga kami semua ni...tapi kurang kurangnya bagi la supporrt...akhir sekali jatuh melingkup, dan nangoi-nangoi yang dibawah ini juga lah yang dok berperang ...siang malam pagi petang..dah takdirrr....patut seua bloggers dah serik dan diam sekarang...tapi masih kental kerana memang memahami erti takdir untuk jadi nangoi sampai tua bangka.masa ada jawatam, tukang bawa duit untuk Umno pun masih dapat kontrak juta juta..nak kata hangpa pandai apa kebendanya.....orang yanag dok pejatuh hangpa , orang itu jugalah yang dapat kontrak juta juta.hangpa gagal sebenarnya...kalaulah PN ni pilih yang cerdik....mampoih la nak lawan..tapi PN pun pilih yang bengong bengong juga...yang ni tak payah ulas lah...sebab masing masing tahu dapat menteri menteri cap ayam juga..takdirrrr.
Takdir juga kepada Anwar kerana seringkali terkena dengan orang yang beliau percayai. Mahathir terang terang tak mahu lepaskan jawatan kepada beliau, namun dengan mahazalim itu jugaklah Anwar masih setia...sesungguhnya beliau terlalu penyabar.Takdir tidak lagi membolehkan beliau memegang jawatan PM.
Takdir juga Azmin selamat jadi menteri. Kisah apa ,kalau setakat kena maki hamun siang malam pagi petang kalau beliau pos dalam tweeter dia...nak tau sila lah jengah ke tweeter beliau bila dia pos.Bukan saja kena maki hamun kena perli tu paling rendah lah selain cai maki 7 keturunan bagai. Buat apa ada nama, pangkat dan harta, kalau siang malam orang dok maki. Tu kata Anwar dulu dulu sewaktu beliau berceramah.
Takdir juga jika selama ini , orang Melayu redho dengan kenaikan harga barang, aihhhh....BMF kan...biar lah naik sedikit saja...kerajaan Melayu Isle ni seminggu sahaja dapat selesaikan masaalah kata ketua gerombolan para lebai yang selesa dibeli dengan ghanimah dunia dan juga menyorok bila MCA dilantik memegang beberapa pelabuhan di Malaysia...ya lah orang Melayu, mana nak eksport banyak barang..setakat import buah kurma, ekspot air bacaan yassin dan buah kismis minda dibaca dengan tujuh petala ayat suci murni.Takdir la juga, bila Kelantan dan Terengganu jatuh ditangan lebai, dan Kedah terbaru..dengar khabarnya lebai nak jadikan Kedah negeri contoh..Nampak gayanya takdir juga jika hudud belom dapat di manfaatkan di negeri dibawah para lebai lebai ini untuk ditadbir.
Takdir sungguh betapa Muhyiddin ni bijak bila sebelum ini beberapa negeri di pegang oleh MB bersatu, tiba tiba ditakdirkan semuanya hilang dan Pas yang tumpang tui dengan menebuk atap, menjadi MB di 3 buah negeri. Ya lah , itulah hasil doa para wali wali dalam parti agama itu. Takdir sungguh sampaikan Bersatu langsung yellek pucci tak ada apa juga...masa depan bersatu ini banyak bergantung kepada kawasan kawasan yang akan di tandingi oleh Pas, Umno dan Bersatu..nampak gayanya melepas lah jika kawasan yang telah dimonopoli Pas dan Umno sahih Bersatu akan dipinggirkan.Takdirrr...
Dan buat para meneri tebuk atap..takdirrr sangat lah kalau hangpa dapat perintah sampai habis penggal ini...memang generasi muda yang baru mengundi ini, golongan bijak pandai, tak akan beri secara pecuma kepada hangpa dah....kecualai yang punya MINDA MISKIN ,JIWA PENGEMIS, yang hanya menunggu orang bagi bantuan dan menyerahkan nasib kemiskinan atas pilihan sendiri sahajalah yang akan mengundi kalian...kalau tidak bulan Julai ini takdir akan menetukan kerajaan Melayu isle ini mendabik atau melingkup jatuh dan menyembah bumi ...takdirrrrrrrrrrrrr.....
UNDI TAK PERCAYA: TIADA PERBINCANGAN MENGENAI CALON PM
Undi tak percaya: Tiada perbincangan mengenai calon PM
Oleh: Redzuan RF8 Media
Usul undi tidak percaya yang dibentangkan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional tidak dibuat secara pakej dengan calon PM Pakatan Harapan.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail belum ada perbincangan seumpama itu dibuat dalam parti tersebut sekiranya usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dibentang pada sidang Dewan Rakyat Julai ini.
Saifuddin berkata, perkara itu juga belum dibincang antara parti dalam PH dan mesyuarat ini hanya membincangkan mengenai kenyataan bersama yang dikeluarkan sebelum ini.
“Kita tak bincang apa pun lagi. Kerajaan masih kerajaan Tan Sri Muhyiddin…Sampai masanya kita akan komen,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau diminta mengulas berkenaan sama ada PKR akan tetap mencadangkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika usul itu dibawa pada sidang akan datang.
Terdahulu, Anggota Parlimen Semporna Mohd Shafie Apdal menghantar usul untuk memulakan undi percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad di parlimen tetapi ditolak oleh speaker Mohamad Ariff Md Yusof.
Ekoran penolakan itu, Mahathir dilaporkan menghantar satu usul dan kali ini khusus berkenaan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Yassin dan ia diterima oleh Mohamad Ariff.
Bagaimanapun ia tidak dapat dibawa ke sidang Dewan Rakyat semalam. Sidang yang ditetapkan untuk berlangsung sehari itu – atas dasar mengelakkan penularan Covid-19 – dipendekkan lagi kepada satu agenda, iaitu titah diraja Yang di-Pertuan Agong, seterusnya menutup ruang untuk usul itu dibawa.
Bagaimanapun, sidang yang akan bersambung Julai ini akan diadakan selama 25 hari, dan antara yang menarik tumpuan adalah jika usul tersebut sempat dibawa, selepas urusan dan Rang Undang-undang (RUU) kerajaan.
Pada 17 Mei lalu, PH dalam satu kenyataan bersama berkata akan meningkatkan usaha mengembalikan mandat rakyat untuk mengambil alih kerajaan.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat di antara pimpinan utama PH yang dipengerusikan Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang bersama pengerusi Bersatu, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Warisan, Shafie Apdal.
Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru menegaskan mesyuarat itu masih belum membincangkan isu calon perdana menteri.
“Kita belum bincang sampai ke situ lagi. Apa yang saya boleh sahkan, dua hari lepas, Anwar mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiriLim Guan Eng, Mat Sabu, Tun Mahathir, Shafie Apdal dan saya.
“Kita hanya bincang tentang kenyataan bersama,” katanya lagi.
Ketika krisis politik pada akhir Februari lalu, PH mencalonan Anwar sebagai perdana menteri.
Ia susulan langkah Bersatu untuk keluar daripada PH yang membawa kepada keputusan Mahathir untu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Bersatu kemudian bersama-sama bekas MP PKR yang diketuai Azmin Ali, BN, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti kecil untuk menubuhkan kerajaan PN.
Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lalu.
HILANG KEDAH, BERSATU BUKAN PARTI INDUK DALAM PN
Hilang Kedah, Bersatu bukan parti induk dalam PN
Oleh: Redzuan RF8 Media
Oleh: A Kadir Jasin
ULASAN: Pas yang kalah kepada Pakatan Harapan di Kedah dalam PRU 2018 kembali berkuasa di negeri itu dengan izin dan ihsan Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin.
Maka dengan itu hilanglah sebuah lagi negeri yang diterajui oleh Menteri Besar dari Bersatu. Negeri pertama yang menyingkirkan MB Bersatu adalah Johor, negeri Muhyiddin sendiri.
Dengan penyingkiran Mukhriz Mahathir di Kedah itu maka makin jelaslah bahawa Muhyiddin telah memungkiri janji kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu untuk menjadikan Bersatu parti induk Perikatan Nasional (PN).
Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin berjanji, “…keluar daripada PH dan berpindah kepada campuran tetapi masih dalam kerajaan…dipimpin oleh Bersatu.”
Kalau ketika pemerintahan PH, Menteri Besar dan Exco Bersatu dihormati dan berpengaruh, hari ini mereka tidak lebih daripada melukut di tepi gantang dibuli oleh Umno. Tengok sajalah apa yang berlaku di Perak dan Melaka. Perwakilan Bersatu hanyalah untuk ambil syarat saja.
Selepas dua bulan setengah menumbangkan kerajaan PH melalui proses yang tidak demokratik, apa tinggal daripada Bersatu hanyalah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Yang berkuasa dan menentukan agenda serta naratif kerajaan dan mengusai saluran komunikasi adalah panglima-panglima perang Umno dengan sekutu mereka dalam Muafakat Nasional iaitu Pas.
Kesimpulannya, manakala Muhyiddin berjaya memenuhi cita-cita terpendamnya untuk menjadi Perdana Menteri, Mohamed Azmin Ali berjaya menyekat Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri dan Hamzah Zainuddin berjaya menjadi “kingmaker”, Bersatu menjadi pemain biola nombor tiga dalam kerajaan PN yang tidak pun diiktiraf oleh Umno dan Pas.
HARGA SAYUR TIDAK TERKAWAL, DAUN SUP PULA MELAMBUNG
Harga sayur tidak terkawal, daun sup pula melambung
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kerajaan Melayu Perikatan Nasional bukan sahaja tidak mampu mengawal politik negara malah harga barang makanan pun gagal dikawal.
Selepas kenaikan harga ayam lingkungan RM3 sekilo, harga ikan melambung kini giliran harga daum ketumbar, sup dan saderi pula naik.
Baru-baru ini, Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal apabila harga sayur-sayuran itu meningkat secara mendadak di negeri itu.
Presidennya Mohideen Abdul Kadeer berkata, daun ketumbar diimport dari Thailand didapati dijual pada harga RM22 sekilogram berbanding RM10, tiga minggu lalu.
Menurutnya, tinjauan CAP di pasar awam mendapati harga daun ketumbar sudah meningkat kepada RM50 sekilogram pada minggu ini.
“Ia adalah lima kali ganda daripada harga biasa, malah harga daun ketumbar tempatan juga meningkat sekali ganda iaitu daripada RM20 sekilogram kepada RM47 sekilogram.
“Permintaan daun ketumbar dari Thailand amat tinggi terutama ketika Ramadan ini disebabkan lebih wangi berbanding keluaran tempatan, tetapi kenaikan harga mendadak amat melampau,” katanya dipetik.
Menurutnya, pihaknya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan segera terhadap peniaga yang menaikkan harga terlampau tinggi.
“CAP ingin menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna bijak atau menanam sendiri sayuran di rumah.
“Ia tidak memerlukan ruang yang luas iaitu hanya menggunakan kotak atau pasu bunga selain mudah untuk dijaga,” katanya.
Difahamkan, harga daun sup juga meningkat daripada RM4 sekilogram kepada RM10 sekilogram.
BANTUAN COVID 19: CVC JOHOR MOHON SUMBANGAN PROGRAM FOOD BANK
Bantuan Covid 19: CVC Johor mohon sumbangan program Food Bank
Oleh: Redzuan RF8 Media
NGO Community Volunteers COVID-19 (CVC) Johor yang bernaung di bawah Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia telah membantu ribuan keluarga di Johor sejak wabak Covid 19 melanda Malaysia.
Berikutan permintaan tinggi untuk makanan bagi golongan terjejas ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan kesukaran akibat kehilangan kerja atau pendapatan selepas tempoh itu, NGO telah menubuhkan Food Bank CVC19.
Bagaimanapun, menurut Penyelaras CVC Negeri Johor, Datuk Amilizan Mazlan, NGO tersebut kekurangan dana bagi menampung program Food Bank yang disasasarkan kepada golongan B40.
Sehubungan itu, katanya, sumbangan rakyat Malaysia amat diperlukan untuk meneruskan aktiviti amal NGO berkenaan.
“Sumbangan sejumlah RM5 dan ke atas amat bermakna kepada insan-insan malang ini dan ganjaran Allah sangat besar terutama di bulan Ramadan.
“Selain itu, NGO kami juga melaksanakan program wakaf al Quran dengan sumbangan RM45 bagi mengumpul tabung. Kami harap orang ramai akan menderma untuk membantu golongan asnaf dan yang memerlukan pada Ramadan dan Syawal yang mulia ini,” katanya.
CVC19 berbeza dengan misi bantuan bencana alam lain kerana berkerjasama rapat dengan pakar wabak serta mereka yang mempunyai latarbelakang pengurusan wabak.
NGO ini membantu masyarakat Malaysia atau pemastautin yang betul-betul memerlukan bantuan seperti makanan, lampin pakai-buang, susu dan keperluan lain bagi meneruskan kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Sebarang sumbangan kepada Food Bank CVC19 Johor boleh dilakukan dengan melayari laman web: https://toyyibpay.com/Food-Bank-CVC19-johor atau melalui QR CODE yang tertera pada poster rayuan sumbangan.
Aktiviti NGO CVC19 boleh diikuti setiap masa di alamat Facebook: https://www.facebook.com/CovidCVC19Johor/
Anwar selar SPRM berhubung penyelesaian kes Riza Aziz
PETALING JAYA: Anwar Ibrahim hari ini menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keputusan memberikan memberikan pelepasan tanpa dibebaskan (DNNA) kepada Riza Aziz, anak tiri bekas perdana menteri Najib Razak yang berdepan tuduhan pengubahan wang haram.
“Ini menunjukkan SPRM tidak agresif dalam memerangi rasuah,” katanya sambil mengejek bekas peguam PKR Latheefa Koya, yang merupakan ketua pengarah SPRM ketika Riza membuat representasi untuk menyelesaikan kesnya.
Anwar juga berkata Latheefa membisu berhubung perkara itu.
“Kami ingin mempersoalkan apakah betul untuk menyelesaikan kes itu (dengan cara ini),” katanya dalam sesi Facebook live, hari ini.
Komennya dibuat menjawab reaksi bekas peguam negara Tommy Thomas yang marah dengan keputusan yang membenarkan Riza mengembalikan wang yang didakwa dari 1MDB.
Riza dituduh dengan 5 tuduhan pengubahan wang berjumlah AS$248 juta yang dibayar kepada syarikat penerbitan Red Granite Pictures di Hollywood antara 2011 dan 2012.
Dalam penyelesaian yang diumumkan Mahkamah Sesyen pada 14 Mei, Riza akan menyerahkan hak ke atas 3 hartanah yang dirampas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan membolehkan kerajaan melucutkan haknya ke atas wang yang dirampas daripadanya.
Riza juga akan membayar kompaun RM500,000 mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).
SPRM dan Peguam Negara sekarang, Idrus Harun berkata penyelesaian itu mengikut prosedur dan dibuat selepas Thomas bersetuju secara prinsip dengan cadangan tersebut.
FMT hari ini melaporkan mengenai dokumen yang menunjukkan Thomas dimaklumkan dan dikemas kini tentang permohonan wakil Riza, yang pertama kali dibuat dalam surat oleh peguamnya pada November tahun lalu.
Anwar hari ini mempersoalkan jumlah wang yang perlu dikembalikan oleh Riza di bawah penyelesaian itu.
“Perkara sama adalah (ketika seseorang) mencuri 10 basikal, dan setelah perbincangan, kes diselesaikan dengan mengembalikan 1 basikal,” katanya.
Thomas berulang kali menjarakkan diri dari keputusan pengadilan untuk memberikan Riza DNAA, mengatakan beliau tidak akan mengkhianati Pakatan Harapan (PH).
Malah beliau mengatakan penyelesaian itu merupakan “urus janji yang baik untuk Riza”, dengan berkata, wang AS$108 juta yang akan diperolehi oleh kerajaan “DoJ memang akan serah kepada Malaysia”.
Bagaimanapun penyiasat di SPRM yang biasa menangani jenayah pengubahan wang berkata langkah membenarkan representasi untuk Riza “bukanlah pelik”.
“Dasar kami sejak Jun 2019 dalam hal skandal 1MDB itu adalah mendapatkan kembali aset,” kata seorang penyiasat kanan badan itu kepada FMT.
“Atas sebab itu juga kami menamakan 41 entiti dan individu untuk pelucuthakan sivil. Kemudian kami keluarkan notis kompaun terhadap mereka yang terima dana 1MDB yang haram itu,” kata sumber.
BAJU PERCUMA : ‘Sepasang pakaian membawa senyuman menjelang Aidilfitri’
Pada 20
oleh PENTADBIR
oleh PENTADBIR
Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), pastinya ramai yang menghadapi tekanan kewangan tambahan pula dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.
Sehubungan itu, Pejabat Adun Johor Jaya, Liow Cai Tung telah menjalankan inisiatif Projek Baju Raya yang bertujuan untuk meringankan beban penduduk tempatan menjelang perayaan tersebut.
Konsepnya, adalah untuk memberi pakaian satu nafas baru iaitu berkonsep tema kitar semula. Semua pakaian dibungkus dalam kertas beg yang juga kutipan daripada orang awam.
Pakaian tersebut merupakan sumbangan ikhlas daripada orang awam meliputi pakaian bayi ke dewasa. Lebih daripada 1,000 helai baju yang masih elok, cantik dan bersih disediakan untuk penerima yang memerlukan.
“Kami percaya ‘sepasang pakaian membawa senyuman’. Harap dengan ini, kami dapat membantu meringankan beban penduduk di samping memberi kegembiraan,” jelas Cai Tung.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua penyumbang pakaian yang sudi menghantar pelbagai jenis baju kepada pejabatnya.
Dalam tempoh satu minggu, jelas beliau, pihaknya berjaya mendapat kira-kira 1,000 pasang baju termasuk baju kurung, baju Melayu, jubah, kain tudung/sampin, baju kanak-kanak , kemeja T dan sebagainya.
Cerita manis
Dimulakan pada Ahad lalu dan dilanjutkan sehingga hari ini, Projek Baju Raya memperoleh sambutan yang baik daripada masyarakat. Terdapat banyak cerita manis yang berlaku.
Seorang pak cik telah datang seorang diri dan mula memilih baju kurung. Setelah beberapa minit, pak cik berkenaan mengambil baju yang dipilihnya dan datang ke kaunter untuk pembungkusan.
“Pak cik, pilih untuk isteri ke? Kenapa isteri tak ikut?” tanya pasukan Pejabat Adun Johor Jaya.
“Saya pilih untuk kakak saudara, dia OKU dan duduk seorang,” jawabnya.
“Pak cik tak nak pilih untuk sendiri ke?” soal pasukan itu lagi.
“Tak payah. Kami dah syukur dan cukup. Biar bagi orang yang lebih susah.” jawabnya.
Jelas Cai Tung, apabila pihaknya memulakan program itu, ada yang menganggap, ‘Oh, ia percuma pasti orang datang ambillah. Tak perlu bayar, ambil sahaja’.
Namun begitu, tambahnya, bukan semua orang berfikir sebegitu.
“Terdapat ramai lagi yang bersyukur dengan apa yang ada dan berhemah tinggi. Sikap ini perlu ditanam di setiap lapis masyarakat, dan inilah apa yang kita perlu mendidik generasi akan datang,” katanya.
Orang ramai yang ingin menyertai Projek Baju Raya boleh menghubungi Cik Zulaikha di talian 012-2601758 dengan segera.
Subscribe to:
Posts (Atom)