Ekonomi rakyat parah, ahli politik sibuk rampas kuasa
Pemerintahan Perikatan Nasional (PN) menjadi mimpi ngeri buat rakyat Malaysia.
Ketika negara diserang wabak Covid 19 dan perniagaan satu demi satu gulung tikar serta memberhentikan pekerja, ahli politik PN sibuk merampas kuasa negeri demi negeri.
Bagi Prakash, seorang pemilik kedai barang elektrik berusia di Kuala Lumpur, pemerintahan PN amat mengecewakan kerana menyebabkan ketidakstabilan politik yang berpanjangan.
“Ramai orang kini menganggur tetapi para pemimpin asyik berpolitik. Orang ramai kelihatan beratur panjang di kedai pajak gadai. Kadar pengangguran tinggi dan begitu juga jumlah premis perniagaan yang sudah muflis atau sedang berdepan dengan masalah kewangan
“Malang sekali negara kita mengalami situasi wabak Covid-19 yang sedang memusnahkan ekonomi dunia tetapi pemimpin pula mewujudkan ketidakstabilan politik
“Bukan saya sahaja tetapi rakan-rakan, jiran serta saudara-mara berpendapat sistem demokrasi berParlimen di Malaysia semakin menjadi wayang sebab ahli-ahli politik hanya sibuk membuat percaturan politik untuk merampas kuasa ketika ekonomi negara jatuh merudum,” kata Prakash kepada Suara Pakatan Daily
Beliau juga berpandangan senario politik di Malaysia akan menyebabkan pelabur dan pelancong asing tidak akan gemar lagi datang ke negara ini.