OLEH KERANA MODAL BESAR- MAKA MASAKAN KENA SEDAP- KALAU TAK SEDAP, MENU RAHMAH INI UNTUK MARHAEN- BUKAN SAHAJA 3 BULAN, KERAJAAN NAK BERI LAGI SUBSIDI.KAU SAJA YANG KATA TAK BEBALOI.TAPI PENIAGA LAIN KATA UNTUNG SIKIT SEDEKAH PUN ADA.






 

JOM KITA FAHAM MENGENAI JANA WIBAWA- DAN KISAH ANAK BERANAK SAKAW DUIT


 

GRAB MENURUNKAN KADAR LANTAI KEPADA PEMANDU GRAB- BAYAR TOL- KENA BERATUR


 

ULANG AMARAN KDN BERI AMARAN KERAS JIKA DIDAPATI MENGHURUHARAKAN NEGARA DAN TIDAK WAJAR


 

TAK ADA LAH HERO MANA PUN : KALAU TAK SALAH LAWAN LAH- LIHAT BAGAIMANA KENTALNYA ANWAR LAWAN- WAN SAIFUL AKHIRNYA AKUR LETAK JAWATAN


 Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU susulan pendakwaan dikenakan terhadapnya semalam.

Beliau berkata hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan terpulang kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk membuat keputusan.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi memberi tumpuan untul membersihkan namanya terlebih dahulu yang menjadi prinsip selama ini.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata beliau masih memegang jawatan sebagai Ahli MPT BERSATU.

Wan Saiful dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia, secara pra kelayakan bernilai RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, April tahun lalu.

Dia juga juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Ia sebagai upah membantu syarikat terbabit mendapatkan surat setuju terima projek sama di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku, di sini, antara 8 Julai hingga 30 September 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/10675




HAAAAA- PENDANG- NANTI CAKAP DALAM MAHKAMAH YA- HANG JANGAN MOHON MAAF KALAU ANAK JANTAN- KERAJAAN HANG DULU LA YANG HANG SOKONG DULU




WOIII JANGAN MOHON MAAF








1. OLEH KERANA DENDAM PM 10- MAKA PENDANG DIMINTA MOHON MAAF- CADANGAN AKU HANG JANGAN MOHON MAAF SEBAB NAMPAK HANG PENAKUT.

2. LCS- DALAM SISASATAN LAGI DAN MASA TU KERAJAAN YANG HANG ADA JUGA KES TU SANGKUT.

3. KES DAIM- SEMUA TAHU DAIM ADALAH ANTARA YANG MENJANA BANYAK DUIT DAN PROJEK DALAM NEGARA.

4. KES YANG ADA BUKAN LAH DENDAM TETAPI ADALAH FAKTA YANG NYATA.

5. RAMAI LAGI YANG AKAN KENA SEBAB ITU TUGAS PM 10 NAK BERSIHKAN NEGARA. RAKYAT SOKONG BELIAU KERANA IANYA BUKAN PROPAGANDA.






 

GUANE WALAUNG

 




Datuk Teo Wee Cheng pulok arini ni .... guano walaung


JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, pada Rabu, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang bernilai RM12.875 juta, sejak dua tahun lalu.


Tertuduh, Datuk Teo Wee Cheng, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa 


Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berusia 65 tahun itu didakwa secara rasuah telah meminta suapan bernilai 


RM11.375 juta, yang merupakan 10 peratus daripada harga kontrak tender bagi dua buah projek di bawah Jana Wibawa.



DIA PERASAN DIA HEBAT.

 



Wan Saiful ni rasa dia besar, terkenal sangat. Dia kata dakwaan terhadap dia nak alih tumpuan dari kegagalan kerajaan.


Pertama sekali, kerajaan ini tak gagal. Bahkan telah berjaya buktikan kerajaan tebuk atap sebelum ini yang gagal teruk.


Harga barang semakin terkawal, ekonomi semakin pulih, tariff elektrik tak naik, pelaburan pun semakin banyak yang masuk.


Jauh beza ketika PN dalam kerajaan. Sampai ada rakyat yang terpaksa kibar bendera putih kerana kerajaan sibuk beri duit kepada kontraktor kroni.


Kedua, kalau kerajaan nak alih tumpuan pun, buat apa nak charge dia? Dia ni kecik anak je. Bukannya ramai orang kenal pun.


Senang cerita charge dia macam saman Pak Abu tak pakai topi keledar bawak motor pergi pekan beli nombor ekor.


Kalau betul kerajaan nak alih tumpuan, baik terus charge Mahiaddin. Paling tidak pun Hamzah atau Azmin. Baru berkesan.


Barulah betul-betul calarkan imej PN. Ini setakat level machai macam Wan Saiful ni, tak dapat alih tumpuan lagi.


Tengok masa Mahiaddin Menteri KDN dan Mahathir PM. Dia charge siapa? Zahid Hamidi. Sampai hari ni kes masih berjalan. Baru betul. Tangkap kepala.


Dahlah Saiful oi. Tak payah meroyan lagi. Bukan masuk ISA, tahan tanpa bicara pun macam yang DS Anwar kena dulu.


Perkara dirujuk ke mahkamah. Ada perbicaraan. Kalau tak salah, buktikan di mahkamah. Tak payah nak buat cerita kat luar ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



USAHA MAFS SANGAT DIPUJI

 




Tajuk berita hanya cerita harga ayam dan telur akan diapungkan. Tapi yang lebih menarik, Menteri MAFS juga berkata usaha menanam jagung bijian, bahan asas pembuatan dedak ayam sudah dimulakan dan kajian sedang giat dijalankan di Perlis. Berita penuh di https://bit.ly/41jm6S4


Dan sudah ada syarikat yang akan membeli jagung berkenaan menggunakan model Bernas. Bermakna  ada syarikat yang beli dari pengusaha dan proses untuk dijadikan dedak. Dalam beberapa bulan lagi hasil akan mula dikeluarkan.


Ini langkah bijak yang sepatutnya dah lama diambil. Krisis bekalan ayam dan telur bermula apabila ada kenaikan pada harga dedak. Jadi langkah kerajaan menggalakkan penanaman jagung bijian ini akan menurunkan harga dedak sekaligus akan tuunkan juga harga ayam dan telur.


Syabas Abg. Mad dan MAFS. Ini bukti kesungguhan kerajaan melalui kementerian untuk meringankan beban yang ditanggung rakyat serta mengurangkan kos sara hidup. Back to basic. Selesaikan masalah dari akar, bukan cantas pucuk je.


InsyaAllah tak berapa lama lagi, segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan akan membuahkan hasil. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kenapa perkara ini tak dilaksanakan 33 bulan dulu? Sebab masa itu tiada kemahuan. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.

Saudara Saifuddin Nasution yg menjawat jawatan di KDN, sila bertindak segera.

 

Saudara Saifuddin Nasution yg menjawat jawatan di KDN, sila bertindak segera. 


SPRM tidak ada kuasa utk tangkap individu yg buat tuduhan fitnah kononnya SPRM menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan untuk membabitkan Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah sebaliknya ia di bawah bidang kuasa PDRM. 


Fitnah ini perlu di tangani segera!


Dan pd isu yg lain, ada sekumpulan individu yg dok di kedai kopi sembang lebat kata PMX akan jadi XPM & PM11. Bagi kami, situasi ini tidak lebih hanya sbg ahli yg kecewa dan berbual kosong. 


PH & kerajaan perpaduan dh lepas usul undi percaya di Parlimen, apatah lg melepasi majoriti 2/3 di parlimen menerusi persetujuan & lantikan YDPA. Rang Undang-undang akta lompat parti pun telah di sahkan sebelum PRU15. 


Apa lg "loophole" yg ada dlm pertikaian nasional ni?  Hanya ada 1 saja, iaitu seseorang "trojan horse" akan ambil alih pucuk pimpinan parti dan buat sebagaimana program langkah Sheraton. Kita punyai contoh parti Bersatu keluar dr PH. 


Tapi dgn keadaan Majlis Raja-Raja Melayu yg menyampah dgn krisis tak berkesudahan, apakah mereka itu patung utk di beri arahan sesuka hati ikut krisis politik demi menyelamatkan individu yg sakau wang negara? 


Dari segi kemasukan FDI, ekonomi Mikro negara, eksport yg semakin bertambah, sekatan komoditi eksport minyak kelapa sawit yg di sekat negara asing kini di terima masuk ke pasaran US serta merta, import barang & hasil pertanian utk tampung keperluan domestik, dan runding semula dgn Golden Sach bg dapatkan semula berbilion pengubahan wang haram 1MDB di negara asing dll.


Dari beberapa yg di sebutkan td, apakah Agong & Majlis Raja-Raja nak biarkan semua emas yg di titipkan td terlepas begitu saja? Jadi...usah terlalu galak sangat, bila titah saban kali di langgar...berkemungkinan parti politik yg cuba bertindak agresif demi menyelamatkan beberapa individu yg di dakwa PDRM & SPRM buleh di haramkan.


KDN perlu ambil langkah tegas dlm fitnah SPRM rasuah RM10j ini seberapa segera. Cukup negara kita rosak dek nafsu politik yg asyik nak tebuk atap tak berkesudahan.


Gino Marvela



BUAT BUAT TAK KENAI KA ?

 Muhyiddin kata pendakwaan Jana Wibawa di buat secara terancang & di rancang bagi menampakkan partinya di ibaratkan kluster mahkamah!


Sdra Muhyiddin, Adam Radhlan iaitu sepupu kpd menantu Muhyiddin sendiri yg didakwa meminta suapan wang tunai 3.5% - 7% daripada nilai projek yang akan di peroleh drpd Mat Jusoh Mamat iaitu Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd.


👉Kos keseluruhan projek berapa ? =RM47.8 juta

👉Berapa masuk dlm akaun CIMB ?=RM500 ribu

👉Bank mana ? = CIMB Bukit Tunku

👉Bila tarikh duit rasuah masuk ? =26.11.2021


Itu Adam Radhlan, Wan Saiful Wan Jan pula di dakwa minta suapan dari Lian Tan Chuan bg projek "Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur" daripada Kerajaan Malaysia.


👉Kos keseluruhan projek berapa ? =RM232 juta

👉Berapa masuk akaun CIMB ?=RM6,962,694.54

👉Syarikat mana bayar ? = Nepturis Sdn Bhd

👉Bila tarikh duit rasuah masuk =8.7.2022 - 30.9.2022

👉Lokasi mana ? = CIMB Bukit Tunku & Royal Lake Club.


Ini adalah bukti rasuah nyata. Bagaimana pula sdra Muhyiddin buleh kata ini pendakwaan bermotifkan politik? Atau Muhyiddin menyembunyikan salah lakku & ketirisan ?


*GINO MARVELA*


SEMAKIN DIKOREK SEMAKIN BYK TERBONGKAR


Norman Radzuan

Mula2 mereka kata ini semua fitnah jahat. Bila SPRM kata Presiden Bersatu suspek kes tersebut…tiba2 mereka alihkan isu ia politik dendam (kes terpilih). Tuduh SPRM rasuah pula. Kata mereka menipu rakyat, Jana Wibawa utk bantu Bumiputra akhir kantoi Cina dibelakangnya. 


Kaki temberang dan ramai org Melayu percaya. ‘Saya satu sen pun tidak ambil wang rakyat,’ sembang boleh la tapi SPRM kata kamu adalah suspek bukan saksi.


Tiba2 Wan Saiful pula kesal dan mahu kerajaan fokus kpd kebajikan rakyat. Kamu ingat SPRM itu kerja dia utk kebajikan rakyat? Hal kebajikan rakyat ada Kementerian dan Jabatan yg akn memainkan peranan mereka.


Kes kamu kena jawab di mahkamah. Tak perlu spin cerita kononnya difitnah atau terpilih. Salah atau tidak di mahkamah. Kamu boleh cakap skg masa tidak pernah terhenti. Selamat menjadi ahli kluster mahkamah.


Di isu lain pula di kala kalian ikat rakyat di rumah dgn isu covid kamu semua buat kerja. Kalian boleh luluskan projek runding terus RM 92. 5 billion wang rakyat tanpa rasa bersalah dan takut dgn Allah.


Depan rakyat kalian kata kami Bersih dgn memburukkan lawan dgn sentimen perkauman utk menghalalkan cara. Skg semakin dikorek semakin byk kebocoran yg rakus. Sampai bila la org Melayu nak kena tipu.


HOI-SAKAW JANA WIBAWA


 

TAK PA TAK PA.....MENU RAHMAH TU ADA SOQANG YBNGOK KATA BOLEH BAWA KANSER, AUTOIMUNE DAN JUGA AUTISME


 

PEMUDA PAS KUANTAN RUPENYA- DIA NGAKU KOK LANAS- KOMAN SPANA PUNYA WALAUN


 

TU NO- AWAT LA HANG NI SAMDOL ?- TAK CERDIK NO..NAK BUAT LAGU MANA....


 

PEDIA NI ABANG......TU LA..DEPA NI MENYAKAW JUGAK NO....


 

ANWAR BAIK DENGAN SESIAPA PUN


 

HASSA KARIM SEPATUTNYA TERUS JUMPA ANWAR- MUDAH KAH NAK JUMPA PM...


 

LIVE !! MAHKAMAH HARI INI, MENGAPA MUHYIDIN GELABAH?

AZMIN JANGAN BANYAK CAKAP, KAMU PUN ADA KES

UNTUK BUKTIKAN BERSATU TIDAK SAMA PERANGAI MACAM UMNO, WAN SAIFUL MESTI LETAK JAWATAN KETUA PENERANGAN


 Bersatu sering menggambarkan ia sebuah parti yang berbeza dengan UMNO.

Ketika sejumlah pemimpin UMNO didakwa di mahkamah, Bersatu selalu berbangga ia memiliki pemimpin yang bersih dan tidak termasuk dalam kelompok kluster mahkamah.

Malah ketika Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi didakwa di mahkamah dan tidak berundur daripada jawatannya, perkara itu adalah momokan lumayan yang digunakan Bersatu untuk menghentam UMNO.

Keadaan Zahid Hamidi yang masih bergayut pada jawatannya itu digambarkan beliau mahu menggunakan kedudukannya dalam UMNO sebagai perisai pelindungnya.

Bahkan boleh juga dikata menggunakan UMNO dan seluruh ahli sebagai perisainya

Tidak cukup dengan itu, lantaran bangga kerana memiliki pemimpin yang bersih itu, PN yang ditunjangi Bersatu turut menggunakan ungkapan “PN Best” sebagai slogannya.

Buat sementara waktu, memang diakui Bersatu memiliki pemimpin-pemimpin yang belum tercemar dengan gelaran kluster mahkamah dan itulah barangkali yang mendorong parti itu lebih diyakini pengundi berbanding UMNO pada PRU15 yang lalu.

Tetapi, dengan pendakwaan terhadap Wan Saiful Wan Jan, tambahan lagi berdasarkan pertuduhan meminta dan menerima wang rasuah sejumlah RM6.9 juta daripada seorang tauke Cina yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat peribadi miliknya sendiri, Bersatu dan PN dengan sendirinya telah tercemar imejnya.

Kalau diambil kira dengan pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said yang menyebut, selain Wan Saiful, sejumlah ahli keluarga pemimpin Bersatu juga didapati turut memperolehi projek melalui inisiatif Jana Wibawa sebagaimana salah laku yang dilakukan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu.

Ini memberi gambaran, selepas Wan Saiful, kemungkinan besar beberapa lagi pemimpin Bersatu bakal menjadi ahli kluster mahkamah juga selepas ini kerana dakwaan salah guna kuasa untuk kepentingan peribadi.

Tidak kurang ada yang berkata, Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin sendiri tidak mustahil bakal dldakwa juga berkaitan Jana Wibawa itu.

Apa pun, dengan pendakwaan terhadap Wan Saiful, Bersatu tidak boleh lagi mendabik dada bangga dengan imej bersih yang ada padanya ketika ini.

Imej bersih Bersatu hanya dapat dipertahankan jika Wan Saiful, sementara kesnya menunggu tarikh dibicarakan, sedia bersikap “gentleman” dan berundur diri daripada jawatan Ketua Penerangan yang disandangnya sekarang.

Sekurang-kurangnya dengan berundur atau meletak jawatan itu, Wan Saiful tidak menggunakan jawatannya dalam parti sebaga perisai untuk melindunginya.

Hanya dengan berbuat demikian, imej bersih Bersatu terhindar daripada diheret dalam pertuduhan yang dikenakan terhadap Wan Saiful.

Sekaligus ia dapat benar-benar meletakkan parti itu berbeza perangai dengan UMNO.

Jika tidak meletakkan jawatan dan masih lagi bergayut dengan jawatan Ketua Penerangan Bersatu, apa bezanya Wan Saiful dengan Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin UMNO yang didakwa di mahkamah?

Dengan Wan Saiful tidak meletakkan jawatan, makna kata slogan “PN Best” pun sudah patut ditukar kepada “PN Tidak Lagi Best”. – ShahbudinHiusin 22/02/2023.



EH..EH..SIAPA DULU SIAPA KEMUDIAN...KASA PUN ADA KES NIH....JAGA JAGA YA....

 



Tuan Ibharim berkata, kenyataan DS Anwar tentang sesuatu isu mendahului penyiasat. Dalam masa yang sama, dia kata lebih ramai pemimpin PN yang akan ditahan. Eh, siapa yang mendahului siasatan ni?


Tuan Ibharim kata kenyataan DS Anwar adalah bagi membina persepsi sebagai persediaan menghadapi PRN. Dalam masa yang sama, pemimpin PN sendiri sedang bina persepsi DS Anwar sedang cuba balas dendam.


Hakikatnya, semua tuduhan mereka yang DS Anwar lakukan sebenarnya sedang mereka lakukan sendiri terhadap DS Anwar. Bina persepsi, bunuh karakter, fitnah, kenyataan mendahului siasatan serta banyak lagi.


Agaknya apa yang mereka pernah buat kepada DS Anwar sampai mereka kata DS Anwar nak balas dendam ye? Sebab yang kita rakyat faham, kalau DS Anwar nak balas dendam, dah tentu Mahathir akan jadi calon pilihan utama.


Tapi Mahathir yang paling banyak susahkan hidup DS Anwar tak terusik. Sebaliknya PN  pula yang terasa sedang didendam. Mesti ada dosa agung mereka terhadap DS Anwar. Share la sikit. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


SEKURANG KURANGNYA IA MENAMPAKKAN ADANYA DEMOKRASI DALAM PKR.

 



Apa yang Hassan Karim dah buat? Kenapa nampak macam dia nak runtuhkan kerajaan perpaduan ini?

 

Sejujurnya, aku pun tak gembira dengan perbuatan dia. Tapi kalau sampai nak ambil tindakan, aku tak rasa perlu. Malah kalau tindakan diambil, itu hanya akan merosakkan lagi nama Keadilan.

 

Setidaknya Keadilan dapat buktikan parti itu lebih demokratik berbanding PAS. Jangan lupa apa yang berlaku kepada AJK PAS Pusat khairuddin Aman Razali yang digugurkan dari jawatan hanya selepas dua bulan menjawatnya?

 

Itupun cuma sekadar bocor rakaman audio yang dia pertikai tindakan Presiden PAS nampak lebih akrab dengan Bersatu dan mengabaikan UMNO. Tak ada pun serang presiden secara melampau.

 

Tapi Keadilan, walaupun keras serangan Hassan terhadap DS Anwar, semenjak dari pembentukan Kerajaan Perpaduan ini lagi, tidak ada sebarang tindakan pun yang diambil.

 

Kerana dalam Keadilan, memang dipraktikkan hak kebebasan bersuara. Tiada wala buta serta sikap  mendewakan presiden hingga tak boleh langsung presiden dikritik. Itu sifat diktator.

 

Jadi biarkanlah dia bersama puak sebelah sana terus menfkeitik. Suara yang menongkah arus juga kita perlukan sebagai realiti check dan memastikan PM tak tersalah langkah.

 

Memang apa yang dikatakannya digunakan sebagai bahan oleh puak sana. Tapi apa nak dihairankan? Puak itu, benda elok pun mereka putar bagi nampak buruk. Mereka akan gunakan apa saja demi capai tujuan jatuhkan kerajaan.

 

Seorang ini, tugas DS Anwar untuk buktikan segala kebimbangan yang disuarakan oleh Hassan Karim adalah salah dan tidak berasas. Aku rasa DS Anwar takkan ada masalah untuk lakukan itu. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

.

 



PP vs WAN SAIFUL WAN JAN

 PP vs WAN SAIFUL WAN JAN


Saya rumuskan pertuduhan kes Ketua Penerangan Bersatu semalam. 

 

1. Tuduhan: meminta dan menerima suapan bawah seksyen 16 Akta SPRM (sama seksyen kesalahan dengan kes DS Rosmah Mansur), boleh kena penjara 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan. 

 

2. Suapan bentuk apa: Komisyen projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur”.

 

3. Amaun komisyen: RM6.96juta daripada RM232 juta, bersamaan dengan 3% nilai Projek. 

 

4. Pemberi Suapan: Lian Tan Chuan dari syarikat Nepturis Sdn Bhd.

 

5. Tujuan suapan: bantu dalam dapatkan Surat Setuju Terima bagi dana Jana Wibawa, program Kerajaan untuk bantu kontraktor Bumiputera ketika pandemik Covid-19. 

 

6. Mode bayaran: transfer dari bank syarikat Nepturis ke akaun bank syarikat Wan Saiful yang dia merupakan tuan punya tunggal. Takde rakan kongsi. Serupa masuk masuk akaun sendiri. 

 

****************************************************

 

Ini semua fakta dakwaan kes yang Pendakwaraya kena buktikan. 

 

Dalam kes rasuah sebegini, komisyen senang dibuktikan kalau ada money trail. Tambah kalau wire transfer dari satu bank ke bank yang lain. Itu saya rasa, kalau terbukti ada, Pembelaaan pun takkan bantah. 

 

Yang sedikit mencabar untuk Pendakwaraya buktikan ialah: 

 

(1) bayaran itu memang bentuk komisyen projek bukan hanya dana politik. 

 

(2) Tertuduh ada kuasa dalam mempengaruhi keputusan pemberian award projek dan dia ada usaha untuk campur tangan. 

 

Pada saya, kita hanya tahu bila kes berjalan.

 

***************************************************

 

Dalam kes berprofil tinggi sebegini, tak boleh lari dari sentimen awam. Court of public opinion, omputih cakap. 

 

Sentimen yang membuak dalam diri saya, KALAU BETULLAH pertuduhan yang ada:

 

1. Macam mana projek untuk Kontraktor Bumiputera tapi yang melobi untuk dapat projek syarikat Cina? 

 

2. Dalam kita pandemik dan darurat, senang betul politician cari makan. RM6.9juta satu projek. Berapa bangunan sekolah boleh dibina dengan amaun tu? I wonder. 

 

3. Yang kena dalam Bersatu semua MP Muda, Syed Saddiq terdahulu sekarang WSWJ pula. Adakah politikus senior dalam parti baik2 saja? 

 

4. Adakah semua parti Melayu berperangai sama? Dulu kita tibai UMNO, yang gantinya Hoi Ya Hoi juga?

 

Saya harap di Mahkamah, kebenaran akan terserlah jua. 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

 


BILA TERDESAK , HABIS DI TUDUHNYA

 



Doa terdesak, habis semua orang dituduhnya jadi dalang. Sebelum ni tuduh DS Anwar yang nak balas dendam. Mungkin dia fikir tak logik DS Anwar nak balas dendam pada dia, jadi dia tukar plot, sangkut nama Zahid Hamidi pula.


Cakap memang murah. Tak perlu bayar pun sesen pun. Melainkan kalau disaman. Bagusnya kalau DS Zahid Hamidi kasi saman sama Mahiaddin ni. Tengok berani ke tidak dia. Mampu tak dia buktikan segala tuduhan yang dia buat.


Tuduhan Mahiaddin ni merosakkan imej Kerajaan Perpaduan secara keseluruhan. Jangan dibiarkan dia teruskan agenda fitnah dia. Bawa ke mahkamah biar dia tahu langit tinggi ke rendah. Selalu sangat dia main hembus je. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


DIA BUKAN KRITIK- TETAPI DIA MEMFITNAH -ELOK AMBIL TINDAKAN - TAK KAN KERAJAAN NAK DIAMKAN SAHAJA ? TUDUHAN SERIUS INI KALAU TIDAK DIAMBIL TINDAKAN NAMPAK SANGAT KERAJAAN INI TIADA WIBAWA


 

MAMAT NI DAKWA SPRM OFFER WAN SAIFUL 10 JUTA UNTUK MENGAKU-ORANG MUNAFIK BOLEH PERCAYA KAH ?


 

SPRM DAKWA INDIVIDU FITNAH ADALAH TIDAK BERWIBAWA


 

TIMBALAN PRESIDEN PAS DAKWA UCAPAN YDPA DISEDIAKAN KERAJAAN- JADINYA APA HAK KAMU - SEOLAH OLAHNYA RAJA RAJA MELAYU TAK BERWIBAWA ?


 

6 KONTROVERSI POJEK GAGAL / MEMBAZIR KERAJAAN PN 2021


 

812 JUTA- PEMBANGGUNAN PUTRAJAYA- BAYANGKAN JIKA ANWAR TIDAK MENJADI PM


 

PKMM KATA JANA WIBAWA TIDAK DAPAT KECUALI YANG RAPAT DENGAN PIMPINAN PARTI


 

ADAKAH FITNAH HALAL DALAM CERAMAH POLITIK


 

KES KELEMAHAN VENTILATOR 13 JUTA - PEMBAZIRAN DAN SALAH URUS- LAIN ORDER LAIN DAPAT


 

BERTEKAK PASAI TITAH AGONG DIBUAT OLEH MENTERI KABINET- DIA INGAT KERAJAAN DIA MACAM KERAJAAN INI ? KES KASA PUN DIA TAK TAU...NAK HARAP APA LAGI ?


 

BUKAN TERANCANG PUN- TETAPI DAH BOLEH AGAK LAH SEBAB BUKTI DAH ADA DI KEMENTERIAN KEWANGAN


 

MASA JADI MENTERI DULU- SAMA MASAJADI MENTERI KESIHATAN.


 

YB SANY- ISU TALIAN MACAM SETAN- POTONG CEPAT SAJA, TAPI MUTU PANGGILAN MACAM PELAQ-KEMENTERIAN KOMUNIKASI SILA CELIK MATA- ISU DAH NAIK DALAM DEWAN.


 

PART 1 - MUHYIDDIN AKAN DIDAKWA


 

PART 2- PEROMPAK BAKAL KENA


 

PENDAKWAAN TERPILIH KATA MAHIADDIN- BETUL LAH TU- TAPI DUIT 300 JUTA MEMANG MENAKJUBKAN


 

ISU MENU RAHMAH- AYAT BETUL LA TU......SEBAB CACER...AUTISME....AUTISME- ORANG PERTIKAIKAN


 

AGONG LAYAN BUDAK SELAMBA JE


 

TAK DAKWA DIA KATA KERAJAAN TUDUH DULU- BILA DAKWA KATA TERPILIH....


 

TEGURAN PM TERHADAP AHLI PARLIMEN- JANGAN JADI SARKAS