TAK ADA LAH HERO MANA PUN : KALAU TAK SALAH LAWAN LAH- LIHAT BAGAIMANA KENTALNYA ANWAR LAWAN- WAN SAIFUL AKHIRNYA AKUR LETAK JAWATAN


 Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU susulan pendakwaan dikenakan terhadapnya semalam.

Beliau berkata hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan terpulang kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk membuat keputusan.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi memberi tumpuan untul membersihkan namanya terlebih dahulu yang menjadi prinsip selama ini.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata beliau masih memegang jawatan sebagai Ahli MPT BERSATU.

Wan Saiful dihadapkan ke Mahkamah Sesyen semalam atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia, secara pra kelayakan bernilai RM232 juta di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, April tahun lalu.

Dia juga juga didakwa menerima suapan RM6.9 juta menerusi akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat Nepturis Sdn Bhd.

Ia sebagai upah membantu syarikat terbabit mendapatkan surat setuju terima projek sama di CIMB Bank Berhad cawangan Bukit Tunku, di sini, antara 8 Julai hingga 30 September 2022.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan sehingga maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sumber – https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/10675




No comments: