PP vs WAN SAIFUL WAN JAN

 PP vs WAN SAIFUL WAN JAN


Saya rumuskan pertuduhan kes Ketua Penerangan Bersatu semalam. 

 

1. Tuduhan: meminta dan menerima suapan bawah seksyen 16 Akta SPRM (sama seksyen kesalahan dengan kes DS Rosmah Mansur), boleh kena penjara 20 tahun dan denda 5 kali nilai suapan. 

 

2. Suapan bentuk apa: Komisyen projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur”.

 

3. Amaun komisyen: RM6.96juta daripada RM232 juta, bersamaan dengan 3% nilai Projek. 

 

4. Pemberi Suapan: Lian Tan Chuan dari syarikat Nepturis Sdn Bhd.

 

5. Tujuan suapan: bantu dalam dapatkan Surat Setuju Terima bagi dana Jana Wibawa, program Kerajaan untuk bantu kontraktor Bumiputera ketika pandemik Covid-19. 

 

6. Mode bayaran: transfer dari bank syarikat Nepturis ke akaun bank syarikat Wan Saiful yang dia merupakan tuan punya tunggal. Takde rakan kongsi. Serupa masuk masuk akaun sendiri. 

 

****************************************************

 

Ini semua fakta dakwaan kes yang Pendakwaraya kena buktikan. 

 

Dalam kes rasuah sebegini, komisyen senang dibuktikan kalau ada money trail. Tambah kalau wire transfer dari satu bank ke bank yang lain. Itu saya rasa, kalau terbukti ada, Pembelaaan pun takkan bantah. 

 

Yang sedikit mencabar untuk Pendakwaraya buktikan ialah: 

 

(1) bayaran itu memang bentuk komisyen projek bukan hanya dana politik. 

 

(2) Tertuduh ada kuasa dalam mempengaruhi keputusan pemberian award projek dan dia ada usaha untuk campur tangan. 

 

Pada saya, kita hanya tahu bila kes berjalan.

 

***************************************************

 

Dalam kes berprofil tinggi sebegini, tak boleh lari dari sentimen awam. Court of public opinion, omputih cakap. 

 

Sentimen yang membuak dalam diri saya, KALAU BETULLAH pertuduhan yang ada:

 

1. Macam mana projek untuk Kontraktor Bumiputera tapi yang melobi untuk dapat projek syarikat Cina? 

 

2. Dalam kita pandemik dan darurat, senang betul politician cari makan. RM6.9juta satu projek. Berapa bangunan sekolah boleh dibina dengan amaun tu? I wonder. 

 

3. Yang kena dalam Bersatu semua MP Muda, Syed Saddiq terdahulu sekarang WSWJ pula. Adakah politikus senior dalam parti baik2 saja? 

 

4. Adakah semua parti Melayu berperangai sama? Dulu kita tibai UMNO, yang gantinya Hoi Ya Hoi juga?

 

Saya harap di Mahkamah, kebenaran akan terserlah jua. 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

 


1 comment:

Anonymous said...

Semoga mendapat balasan yang setimpal dan menjadi pengajaran kepada ahli politik yang tiada AMANAH