SEKURANG KURANGNYA IA MENAMPAKKAN ADANYA DEMOKRASI DALAM PKR.

 



Apa yang Hassan Karim dah buat? Kenapa nampak macam dia nak runtuhkan kerajaan perpaduan ini?

 

Sejujurnya, aku pun tak gembira dengan perbuatan dia. Tapi kalau sampai nak ambil tindakan, aku tak rasa perlu. Malah kalau tindakan diambil, itu hanya akan merosakkan lagi nama Keadilan.

 

Setidaknya Keadilan dapat buktikan parti itu lebih demokratik berbanding PAS. Jangan lupa apa yang berlaku kepada AJK PAS Pusat khairuddin Aman Razali yang digugurkan dari jawatan hanya selepas dua bulan menjawatnya?

 

Itupun cuma sekadar bocor rakaman audio yang dia pertikai tindakan Presiden PAS nampak lebih akrab dengan Bersatu dan mengabaikan UMNO. Tak ada pun serang presiden secara melampau.

 

Tapi Keadilan, walaupun keras serangan Hassan terhadap DS Anwar, semenjak dari pembentukan Kerajaan Perpaduan ini lagi, tidak ada sebarang tindakan pun yang diambil.

 

Kerana dalam Keadilan, memang dipraktikkan hak kebebasan bersuara. Tiada wala buta serta sikap  mendewakan presiden hingga tak boleh langsung presiden dikritik. Itu sifat diktator.

 

Jadi biarkanlah dia bersama puak sebelah sana terus menfkeitik. Suara yang menongkah arus juga kita perlukan sebagai realiti check dan memastikan PM tak tersalah langkah.

 

Memang apa yang dikatakannya digunakan sebagai bahan oleh puak sana. Tapi apa nak dihairankan? Puak itu, benda elok pun mereka putar bagi nampak buruk. Mereka akan gunakan apa saja demi capai tujuan jatuhkan kerajaan.

 

Seorang ini, tugas DS Anwar untuk buktikan segala kebimbangan yang disuarakan oleh Hassan Karim adalah salah dan tidak berasas. Aku rasa DS Anwar takkan ada masalah untuk lakukan itu. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

.

 



No comments: