DIA PERASAN DIA HEBAT.

 



Wan Saiful ni rasa dia besar, terkenal sangat. Dia kata dakwaan terhadap dia nak alih tumpuan dari kegagalan kerajaan.


Pertama sekali, kerajaan ini tak gagal. Bahkan telah berjaya buktikan kerajaan tebuk atap sebelum ini yang gagal teruk.


Harga barang semakin terkawal, ekonomi semakin pulih, tariff elektrik tak naik, pelaburan pun semakin banyak yang masuk.


Jauh beza ketika PN dalam kerajaan. Sampai ada rakyat yang terpaksa kibar bendera putih kerana kerajaan sibuk beri duit kepada kontraktor kroni.


Kedua, kalau kerajaan nak alih tumpuan pun, buat apa nak charge dia? Dia ni kecik anak je. Bukannya ramai orang kenal pun.


Senang cerita charge dia macam saman Pak Abu tak pakai topi keledar bawak motor pergi pekan beli nombor ekor.


Kalau betul kerajaan nak alih tumpuan, baik terus charge Mahiaddin. Paling tidak pun Hamzah atau Azmin. Baru berkesan.


Barulah betul-betul calarkan imej PN. Ini setakat level machai macam Wan Saiful ni, tak dapat alih tumpuan lagi.


Tengok masa Mahiaddin Menteri KDN dan Mahathir PM. Dia charge siapa? Zahid Hamidi. Sampai hari ni kes masih berjalan. Baru betul. Tangkap kepala.


Dahlah Saiful oi. Tak payah meroyan lagi. Bukan masuk ISA, tahan tanpa bicara pun macam yang DS Anwar kena dulu.


Perkara dirujuk ke mahkamah. Ada perbicaraan. Kalau tak salah, buktikan di mahkamah. Tak payah nak buat cerita kat luar ni. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



No comments: