PAS USAHA TARIK SOKONGAN.


 

KITA SOKONG DAP


 

TAK HAPRAK MACAMANA. KAU BAKAL KENA.HARTA AKAN DIRAMPPAS


 

DIA BOLEH KATA GITU..SEBAB APA ? SEBAB DIA TAU DIA NAK KENA


 

BETOI KA ANAK DIA TAK KAYA


 

KUAT BERANGAN PUAK PUAK NI. PERCAYA PULAK SI BELAS POLIS KENA BUANG NI


W. Faudzin


Kuat berangan puak2 nih...kahkahkah










 

KULIAH DATO SAMSURI ASHABUL KAHFI



 

KENA SEDAR MEDIA ARUS PERDANA AKAN BERTUKAR TUAN BILA BILA MASA BILA KERAJAAN BERTUKAR

 














Media bukan asing dalam kehidupan saya dari awal dahulu sebagai ahli politiik sehinggalah kini bergelar perdana menteri.


Sayugia, peranan utama yang dimainkan pengamal media sebagai pencatat sejarah negara tidak boleh dinafikan sama sekali meski berdepan pelbagai tantangan, onak dan duri kehidupan.


Dalam sesi dialog santai bersama media hari ini, saya singgung kebhinekaan isu semasa dan polisi kerajaan yang menjadi tajuk utama laporan media kendatipun masalah rakyat dan negara yang memerlukan pena pengamal media untuk mencorakkannya.


Moga pengamal media terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memastikan agenda pembangunan rakyat dan negara terus menjadi keutamaan.


#MalaysiaMADANI



OK LAH. TAK APA...

 



Wang Xiang


KAN ... KAN?

Ana dah cakap akan keluor dalil baru.

Madanon aje tak sabor2 ... tak mau tabayyun.

Tunggu ... lepas ada lagi dalil mau keluar

TIGA EKOR PATI DITEMBAK MATI









 Tiga lelaki Rohingya geng samun, pecah rumah ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Selayang Jaya, di sini, awal pagi tadi.


Menurut Polis dua daripada suspek memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR). 


Salah seorang daripada suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan pernah dipenjarakan pada 2016 dan 2017 atas kesalahan pecah rumah.



DAH BAGI YANG TERBAIK PADA UMNO


 

HANGPA DA DUIT KA DALAM ASB... MEROYAN.


 

HAH... PATUT ANAK HANG KAYA RAYA


 

Penjelasan Isu Al-Kahfi: Polemik pacndangan Ustaz Azhar Idrus?*


Ustaz Dr Abdul Halim El-Muhammady


Masalah penjelasan yg diberikan oleh Ustaz Azhar tentang pertanyaan seorang yang memahami ucapan PM 10 menyebut ashab Al kahf adalah orang Kristian ..Soalan dikemukakan kpd Ust Azhar Idrus untuk mendapat pandangannya  tentang kenyataan PM yang difahami oleh yang bertanya.


Ust Azhar Idrus memberi jawapan sepontan TANPA menghalusi  apa ucapan sebenar PM dengan mengatakan PM menyebut ashab Al kahf adalah orang Kristian dan ditambah lagi dengan  kenyataan bahawa pandangan sebegini adalah daripada orang jahil perkara agama yang boleh menyesatkan orang lain .


Ust Azhar Idrus juga mengatakan  agama Kristian ini agama Baru yg percaya kpd konsep triniti sedangkan ashab Al kahfi beriman kpd Allah Tuhan yang Maha ESA


Kesilapan yang nyata jawapan yang diberikan kerana;

 

PM tidak menyebut ashab alkahfi beragama Kristian TAPI beliau menyebut pemuda itu menyelamatkan diri kedalam gua untuk menyelamatkan prinsip hidup mereka mempertahankan akidahnya dan agamanya kerana di waktu pemerintahan   kerajaan Roman ketika itu Akan membunuh sesiapa SAHAJA yang percaya kepada agama Masihi atau Yahudi yang menjadi pegangan manusia pada masa pemerintahan Decius 250 AD.


PM menyebut tentang pemuda ini  tentang ketegasan pegangannya أنهم آمنوا بربهم و دناهم هدى


Mereka itu beriman dengan Tuhan mereka dan Allah menambah lagi hidayah kepada mereka.


PM menyebut Kristian itu islah Zaman peristiwa ashab Al kahf berlaku bukannya menyebut ashab alkahf Kristian atau Masihi.


Kalaupun mereka itu menganut Kristian atau Yahudi masih dalam pengajaran kitabnya yang asal iaitu Taurat atau Injil.


Dari sudut fakta ilmiah dan sejarah tentang agama Kristian dikatakan Baru.


Ia bukan Baru, perubahan konsep teriniti telah lama berlaku selepas Nabi Isa diangkat oleh Allah SWT dan keputusan tentang kepercayaan Tuhan Tiga uknum itu dilakukan oleh Paderi pada Zaman pemerintahan kerajaan Roman dan konsep teriniti ini dicatatkan dalam Qur'an sebagai konsep ketuhanan yang salah begitu juga kepercayaan orang kristian Nabi Isa dibunuh Sebagai menebus dosa kesalahan manusia yang Isa menebusnya.


Penyelewengan agama Kristian dan Yahudi ini bukan Baru. Qur'an mendedahkan penyelewengan ini untuk memberitahui kepada generasi kemudian supaya tidak ada  kesedaran bahawa mereka MENGIKUTI autoriti agama dari keputusan paderi-paderi atau hukamak mereka bukannya daripada Allah.


Ust Azhar Idrus nampaknya melakukan dua kesilapan dalam penjelasanya . 


Pertama jawapan yang diberikan terhadap pertanyaan yang diimulakan oleh yang bertanya menunjukkan DIA  tidak memahami apa ucapan sebenar PM atau Sengaja dikemukan soalan begitu untuk melahirkan persepsi  negatif terhadap PM dan ia bertepatan pula dengan sifat gopoh Ust Azhar Idrus untuk respon soalan tersebut dengan SEGERA dan ditambah lagi dengan kata- kata yang merendahkan keupayaan pengetahuan dan llmu PM sedangkan dia tidak halusi sendiri ucapan PM . 


Sebagai seorang ulama di hormati untuk memberi pandangan terhadap seorang pemimpin negara sepaturnya dia berpegang kpd ayat tabayyun  bukannya terus menerima dan respon kepada apa SAHAJA soalan yang dikemukakan


Selain itu fakta ilmiah tentang ulasannya berkenaan keristianiti juga tidak memberi penjelasan yang baik dan meyakinkan terutamanya kaitan dengan ashab alkahf  kerana dalam perbincangan ulama ada menyebut tentang pegangan agama ashab alkahfi yang mereka pertahankan.


Ulama sepaturnya lebih berhati-hati dalam memahami isu dan memberi pandangan terhadapn ya berdasarkan fakta ilmu bukannya secara sebrono SAHAJA kerana pandangannya menjadi ikutan masyarakat.


Semoga golongan ulama menjadi ubur menyuluh masyarakat untuk hidup Aman dan bahagia dan memandu pemimpin negara  kearah kesejahteraan hidup rakyat dan negara bukannya merendah dan menghina kedudukkannya. 


*Ustaz Dr Abdul Halim El-Muhammady* adalah Pengerusi Persatuan Majlis Murabbi Madani dan Ahli Majlis Istisyari WADAH. Mantan Pensyarah UKM.



SIRI 1 - MEDIA ARUS PERDANA MEDIA YANG TIDAK SETIA

 

Jika ditakdirkan PH kalah pada jam 11.00, seminit selepas itu mereka sudah berpindah kepada tuan baru….


SIRI 1 - MEDIA ARUS PERDANA MEDIA YANG TIDAK SETIA 


Apabila PH berjaya menjadi kerajaan dan Anwar Ibrahim akhirnya tertabal sebagai Perdana Menteri, terdapat dua kelompok yang paling gembira dengan kejayaan tersebut.


Pertama, pendokong media parti dan mereka yang aktif dalam media sosial, media bebas serta media alternatif yang tidak pernah sama sekali memisahkan diri mereka daripada PH dalam menempuhi krikil-kritil tajam semua fasa perjuangannya.


Kedua, orang-orang parti yang merasakan penat lelah, peluh dan darah mereka yang tercurah selama hampir 25 tahun ini terbalas juga akhirnya.


Tetapi, setelah PH berjaya mengetuai kerajaan perpaduan, apakah nasib kedua-dua golongan itu sekarang ini?


Untuk siri 1 ini, saya ingin menulis berkenaan nasib golongan yang pertama terlebih dahulu.


Amat menyedihkan sebenarnya apabila setelah setahun mengetuai kerajaan, masih kedengaran rungutan serta keluhan bahawa mereka yang menjaga hal ehwal komunikasi dalam kerajaan perpaduan ini lebih mengutamakan media arus perdana berbanding media parti, portal bebas dan media alternatif yang selama ini banyak berjasa kepada PH.


Banyak cerita-cerita tidak enak kedengaran tentang bagaimana media parti dan media bebas lain atau wakil mereka yang dihargai oleh kerajaan semasa ini.


Sebagai sebuah kerajaan, tidak salah untuk kerajaan pimpinan Anwar ini memberi ruang kepada media arus perdana, tetapi janganlah diketepikan sama sekali media kedua itu, tambahan lagi, media kedua tersebutlah yang selama ini menyokong dan menunjangi kekuatan PH sehingga beroleh kejayaan.


Dan janganlah juga media yang ditubuhkan atas nama kerajaan perpaduan turut diketepikan, sedangkan ia mewakili semua parti dalam kerajaan dan mempunyai pelbagai platform yang tidak kurang meluas sebarannya.


Dalam hal ini, penting untuk disedari oleh mereka yang sedang berkuasa atau menjaga media serta komunikasi bahawa media arus perdana bukanlah media yang setia – kesetiaan mereka boleh tertumpah kepada sesiapa saja yang menjadi kerajaan.


Hari ini mereka bersama PH adalah semata-mata kerana ia merupakan kerajaan yang sedang berkuasa.


Jika PH diumumkan kalah pada jam 11.00 malam di malam keputusan diumumkan pada PRU16 akan datang, seminit selepas itu, media arus perdana sudah pergi kepada tuan baru dan tidak lagi memandang kepada PH.


Hakikatnya, media arus perdana bukan saja tidak pernah menyokong perjuangan PH, malah seringkali ketika PH berada di blok pembangkang dahulu, kerja mereka ialah memberi laporan yang berat sebelah serta menyakitkan hati.


Tidak ingatkah PH berapa ramai pemimpin mereka menang saman fitnah terhadap media arus perdana sebelum ini?


Lagi pula, kalau mahu dikira berdasarkan berkembangnya dunia maya sekarang ini, media arus perdana semakin mengecil pembaca serta peminatnya.


Rakyat bukan saja tidak lagi membeli akhbar bercetak dan portal media arus perdana juga jauh lebih ketinggalan berbanding portal alternatif atau media bebas dari segi jumlah pembacanya, bahkan semakin ramai yang tidak lagi mempunyai peti televisyen di rumah.


Kalau ada pun televisyen, ia hanyalah untuk menonton netflix dan acara-acara sukan saja.


Tontonan utama rakyat ketika ini ialah saluran melalui telefon bimbit masing-masing.


Selain itu, rekod media arus perdana kalau dikira berdasarkan dua PRU yang lalu, mereka boleh dianggap media yang tidak membawa tuah kepada kerajaan.


Ketika PRU14, media arus perdana berpihak kepada BN, tetapi BN kalah pada pilihan raya tersebut.


Pada PRU15 lalu, media arus perdana bersama PN, tetapi PN akhirnya tidak cukup kerusi untuk mengekalkan kerajaan dan PH yang memperolehi kerusi terbanyak sekali.


Apakah PH tidak sedar siapa yang menyumbang kepada kejayaannya dan adakah dalam PRU16 akan datang, PH awal-awal lagi mahu menempa kekalahan dengan terlalu bergantung kepada media arus perdana dan mengenepikan media kedua?


Setelah menjadi kerajaan sekarang, adalah lebih baik jika Anwar dan mereka yang berkaitan di PMO atau Kementerian Komunikasi supaya sedia melakukan sedikit reformasi dalam gerakan komunikasi dengan menggabungkan media parti, media arus perdana, media bebas dan media alternatif dalam semua aktiviti dan penyebaran maklumat tentang kerajaan.


Jangan dilupakan mereka yang setia dan media berkaitan parti kerana media inilah nanti yang akan timbul dan tenggelam bersama PH dalam apa jua keadaan.


Media arus perdana sebaliknya hanya timbul bila PH timbul, tetapi bila PH tenggelam, mereka akan timbul bersama parti lain yang timbul sebagai kerajaan.


Dengan itu, berpada-pada dalam memberi manja, takut bila masa tenggelam nanti, toleh kiri toleh kanan, PH hanya tinggal sebatang kara. – ShahbudinHusin 23/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/23/siri-1-media-arus-perdana-media-yang-tak-setia.html




INFLASI TURUN.



 Inflasi bagi bulan November 2023 menurun kepada 1.5% (berbanding November 2022), iaitu inflasi yang paling rendah sejak Februari 2021.


Inflasi November 2023 adalah kayu ukur yang penting kerana ia membandingkan harga barang semasa Dato’ Seri Anwar mula-mula menjadi Perdana Menteri dan kesan pentadbiran beliau kepada harga barang selepas genap setahun.


Dalam bahasa mudah, harga barang dan perkhidmatan hanya naik 1.5% dalam masa setahun (berbanding 4% semasa beliau mengambil alih). Jika gaji dan pendapatan rakyat naik lebih tinggi dari inflasi, pendapatan boleh belanja rakyat akan meningkat dan membantu untuk menangani kos sara hidup.


Kaji selidik oleh Mercer (perunding gaji antarabangsa) menunjukkan gaji penengah Malaysia akan meningkat sebanyak 5% bagi tahun 2023 dan terus meningkat lebih tinggi bagi tahun 2024.


Dari perspektif inilah, usaha mengekang inflasi adalah sangat penting untuk membantu rakyat. Usaha kerajaan adalah meningkatkan gaji dan mengekang inflasi, supaya pendapatan boleh belanja rakyat meningkat dari tahun ke tahun.


Jika dibanding dengan rekod pentadbiran sebelum ini, kenaikan gaji sekitar 4.8% (2022) tidak berkesan membendung kenaikan kos sara hidup apabila inflasi dalam bulan November 2022 adalah 4% (semua kenaikan gaji dihabiskan untuk menampung harga yang meningkat sama banyak).


Lebih penting lagi, kejayaan mengekang inflasi ini dicapai tanpa menaikkan kadar faedah bank (OPR) dengan mendadak walaupun itu menjadi respon biasa kerajaan di seluruh dunia. Pentadbiran dahulu pun menaikkan kadar faedah dua kali berturut-turut dalam tahun 2022 dalam masa yang singkat untuk mengekang inflasi yang naik mendadak tahun itu.


Ada yang akan terus mempertikaikan konon pencapaian inflasi yang terendah sejak Februari 2021 ini tidak ada kesan kepada rakyat. 


Mudah untuk jadi bahan pertikaian dalam keadaan inflasi lebih rendah sekarang, sedangkan pada zaman mereka inflasi yang tinggi (4%) menyebabkan beban yang berganda kepada rakyat:


1. Harga barang naik mendadak bulan ke bulan

2. Kemudian kadar faedah pula terpaksa dinaikkan untuk mengekang inflasi (yang menyebabkan bayaran pinjaman juga naik)


Masih banyak ruang yang perlu dibaiki agar kehidupan rakyat lebih baik, tetapi kedudukan ekonomi negara (dan rakyat) sudah pasti lebih baik sekarang (selepas setahun) pada kadar inflasi dan kadar faedah sekarang.



SILAP BILA UKAS IKUT SENTIMEN POLITIK

 

Fahmi  Elias


Ada terbaca posting yg kata Azhar Idrus tu bodo dan bagai terkait isu yg hangat diperbincangkan.


Azhar Idrus tu alim @ berilmu mungkin beliau juga seorang huffaz dan antara luas ilmu dalam bidang fiqh kehidupan 


Kena akui itu. Yang dipersoalkan dalam kupasan beliau itu adalah NIAT beliau apabila memberi jawapan pada persoalan yang dibangkitkan oleh asatizah. 


Naratif yang cuba beliau mainkan dan tanam dalam minda pendengar atau pengkagum beliau . Samada jawapan itu tepat ataupun berniat jahat.


Disini lah perlu ada kebijakan asatizah untuk menilai secara ilmiah bukan telan bulat bulat tanpa ada proses penilaian.


Jawapan beliau bersifat politik dan jelas berniat jahat.


Abdul Rahman Ibnu Muljam pun hebat orangnya. Alim luas ilmu agamanya. 30 juzuk dalam dada malah kelihatan terlebih alim dari Saidina Ali sendiri. Sentiasa berada disaf pertama dalam solat dan dibelakang imam.


Azhar Idrus tak lah sebaris dengan Abdul Rahman Muljam  jika dibandingkan dalam ilmu 

agama.  Namun objektif mereka sama dalam melahirkan qutlah qutlah dan perpecahan dalam saf umat itu sendiri.


Apa yang dicetuskan oleh Abdul Rahman Muljam dizaman itu akan berterusan sampai akhir zaman. 


Inilah bahaya yang sedang pecah belahkan kesatuan umat dengan menyemai kebencian dan mencambahkan pemikiran khawarij kepada masyarakat.


Alhamdulillah tarbiyah yang diperolehi semasa mula berjinak dengan jemaah Islam 40 tahun dulu adalah terkait isu MENOLAK sebarang bentuk ketaksuban wala membabi buta kepada sesiapa saja selain dari Muhammad SAW.


Iqra.. wahyu pertama yang sangat sangat signifikan dan terpenting dalam membentuk pola fikir dan kefahaman tentang setiap isu.


Jauhi kejumudan,ketaksuban dan keakuan diri.



KENE SEDO KENA PAHANG...DAP TU BUKANG MUSUH ISLANG....


 

WALAUN KENA CING DENGAN PAPAGOMO

 

SAYA DAH KATA JANGAN KASI CHANCE SAMA WALAUN & UNTIT









Saya dah kata lepas hari Jumaat kita Troll Walaun & untit gila-gila sebab PA$ GAGAL jadi Kerajaan. Walaun & untit PNjahat WARGANEGARA TAK BERGUNA memang SUKA walau berkali2- kali kena kencin. Tetap tadah kepala. Tetap suka ditipu.


Cuba tengok, TERUK LEBAI PA$, WALAUN & UNTIT KENA TROLL DI SOCMED. SUNGGUH TIDAK BERKEMALUAN DOK RATIB NAK JADI KERA jaan DAH SETAHUN TETAP GAGAL. 


Puak PA$ JENIS TAKNAK TERIMA TAKDIR. SORE LOSER..!!! Saya pernah tulis bab ni : 𝗟𝗘𝗕𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗧𝗔𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗗𝗜𝗥 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛  https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=218526064375328&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz


Dr Sam dah angkat SAMPAH di Istana Budaya? PA$ dah jadi KERA jaan ke belum? 🤣🤣


- Zus Din 

23112023





KARTEL "ASHABUL KAHFI" AYAM DI MALAYSIA KENA DENDA


Hafiz Kodiang



Inilah rangkaian kartel ayam yang selama ini menguasai bekalan ayam di Malaysia. Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengenakan penalti sekitar RM415.5 juta  kepada lima syarikat  iaitu Leong Hup Feedmill (M) Sdn Bhd (Leong Hup); FFM Berhad (FFM); Gold Coin Feedmills (M) Sdn Bhd (Gold Coin); Dindings Poultry Development Centre Sdn Bhd (Dindings) dan PK Agro-Industrial Products (M) Sdn Bhd (PK Agro).


Setakat saya maklum, sudah ada syarikat Muslim yang berjaya menerobos pasaran bekalan ayam mentah dalam pelbagai peringkat rantaiannya. Namun satu persoalan ialah siapa yang membekalkan anak² ayam atau benihnya? Dari mana diperolehi?.. Setakat hari ini, pembekal anak ayam ini semuanya Cina dan tiada satu pun Bumiputera. Memang mereka kuasai sepenuhnya.


Usah diungkit zaman kerajaan mana yang membiarkan kartel² jahat ini berleluasa kerana  yang lebih penting ialah tindakan pantas untuk menjaga keterjaminan makanan domestik. Apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini dalam hal ini adalah suatu yang patut dipuji kerana membasmi kartel² ini merupakan suatu jihad ekonomi. 


5 kartel di atas antara "Ashabul Kahfi" yang mencaturi harga ayam. Ramai antara kita tidak menyedari kegiatan mereka yang bergerak secara diam². Agama kartel² inilah yang patut kita selidiki sejak awal. 


Kita bercakap tentang ekonomi umat Islam tetapi bahan² asas perniagaan semuanya dikuasai mereka.


Dr HK

23.12.2023



PENIN..


 


PREMIER SARAWAK BERTEMU PMX SEMALAM.








 Pagi tadi saya terima kunjungan dari Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg. 


Pertemuan empat mata itu menyentuh mengenai kerjasama antara Sarawak dan Persekutuan dalam bidang tenaga hijau serta peluang pelaburan yang baharu yang meningkat di Sarawak dan juga Semenanjung. 


Kami turut bicara soal kerjasama erat di dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang pasti akan terus diperkuat demi rakyat terbanyak. 


#MalaysiaMADANI



PMX TIBAI PEMBANGKANG..TAKIYUDDIN NI SELALU KENA SEBAB SERAH TENGKOK .


 

ANWAR IBRAHIM SEORANG YANG BERANI DAN TEGAS.


 

KERJA PAPAGOMO.. WALABOT NI PEMBODOHAN MINDA


 

PMX JELASKAN ISU ASHABUL KAHFI.


 

INI DIA VERSI 2018 VS 2023.

 

Bashir Abd Hasan


Fatwa 2018 VS Fatwa 2023

Beliau akan keluarkan pendapat ikut keadaan semasa👇



INI KISAHNYA LEBAI YANG KATA ORANG SESAT.

 

ABU MISHKAT


Mari berkenduri di sini yer.. 


Tapi ingat kawan2 kita jangan maki UAI walaupun dia kata ke PMX nak tunjuk pandai jahil bodo sesat masuk mereka



Siapakah Yahudi dan Kristian Yang Masuk Syurga?


Pertanyaan : 


Orang yang mengikuti jalan hidup Nabi saw dan sahabatnya (salafush sholih) inilah yang selamat dari neraka. Rasulullah saw bersabda yang artinya, “Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan; satu golongan masuk syurga, 70 golongan masuk neraka. Kristian terpecah menjadi 72 golongan; satu golongan masuk syurga, 71 golongan masuk neraka. Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, umatku akan terpecah menjadi 73 golongan; satu golongan masuk syurga dan 72 golongan masuk neraka. Ada sahabat yang bertanya, ’Wahai Rasulullah! Siapa mereka yang masuk syurga itu?’ Beliau menjawab, ‘Mereka adalah Al-Jama’ah‘.” (HR. Ibnu Majah, Abu Daud, dishahihkan Syaikh AlAlbani)


Dalam riwayat lain para sahabat bertanya, ’Siapakah mereka wahai Rasulullah?‘ Beliau menjawab, ‘Orang yang mengikuti jalan hidupku dan para sahabatku.‘ (Hadith Tirmidzi)


Apa benar Yahudi & Kristian juga ada yang masuk syurga? Bukankah selain agama Islam itu akan masuk neraka, bahkan juga tidak di hisab? Lalu Yahudi & Kristian yang mana yang dapat masuk syurga?


Jawaban :


Bismillahirrahmanirrahim.


Ya, benar bahwa Yahudi dan Kristian juga ada yang masuk syurga. Yahudi yang masuk syurga adalah mereka yang taat kepada nabi-nabi mereka di zaman mereka. Misalnya adalah para pengikut nabi Musa ‘alaihis salam. Kristian yang masuk syurga adalah mereka yang taat kepada Nabi ‘Isa alaihis salam di zaman beliau.


Adapun setelah diutusnya Nabi Muhammad saw, Yahudi dan Nasrani yang bolih masuk syurga adalah mereka yang taat kepada Nabi saw. Dengan kata lain, mereka yang masuk Islam dan baik keislamannya.


 Allah ta’ala berfirman:


 إِنَّ الَّذِيْنَ آمَنُوْا وَ الَّذِيْنَ هَادُوْا وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِيْنَ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَ الْيَوْمِ الآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُوْ


“Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Kristian dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal shalih, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al Baqarah: 62)


Seorang ahli tafsir dari kalangan Tabi’in bernama Qatadah rahimahullah berkata menafsirkan makna Shabiin :


ﻗﻮﻡ ﻳﻘﺮﺀﻭﻥ ﺍﻟﺰﺑﻮﺭ ﻭﻳﻌﺒﺪﻭﻥ ﺍﻟﻤﻼﺋﻜﺔ


ﻭﻳﺼﻠﻮﻥ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻜﻌﺒﺔ ﻭﻳﻘﺮﻭﻥ ﺑﺎﻟﻠﻪ


 ‎‎ ‎ ﺃﺧﺬﻭﺍ ﻣﻦ ﻛﻞ ﺩﻳﻦ ﺷﻴﺌﺎ


“Mereka adalah suatu kaum yang membaca kitab Zabur, beribadah kepada Malaikat, shalat menghadap Ka’bah, dan mengakui adanya Allah Taala. Mereka mengambil sesuatu dari setiap agama.” (Tafsir Al Baghawi)


Adapun orang Yahudi dan Kristian yang tidak mau beriman kepada Rasulullah saw, mendustakan dan bahkan mempermainkan ayat-ayat Alloh dan merubah kitab suci Nabi mereka, mereka tidak akan masuk syurga. Allah menjelaskan:


ﻭَﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻛَﻔَﺮُﻭﺍ ﻭَﻛَﺬَّﺑُﻮﺍ ﺑِﺂﻳَﺎﺗِﻨَﺎ ﺃُﻭﻟَٰﺌِﻚَ  ﺃَﺻْﺤَﺎﺏُ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻫُﻢْ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺧَﺎﻟِﺪُﻭﻥَ‏‎ ‎


“Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Al Baqarah: 39)


 وَقَالُوْا لَن تَمَسَّنَا النَّارُ إِلاَّ أَيَّاماً مَّعْدُوْدَةً قُلْ أَتَّخَذْتُمْ عِنْدَ اللهِ عَهْدًا فَلَنْ يُخْلِفَ اللهُ عَهْدَهُ أَمْ تَقُوْلُوْنَ عَلَى اللهِ مَا لاَ تَعْلَمُوْن


“Dan mereka (orang-orang Yahudi) berkata: “Kami sekali-kali tidak akan disentuh oleh api neraka, kecuali selama beberapa hari saja.” Katakanlah: “Sudahkah kalian menerima janji dari Allah sehingga Allah tidak akan memungkiri janji-Nya, ataukah kalian hanya mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui?” (Al Baqarah: 80)


Dari jabir r.a. Rasulullah saw bersabda :


ولو كان موسى حيا ما وسعه إلا اتباعي


“Seandainya Musa masih hidup, dia tidaklah memiliki keleluasaan kecuali harus mengikutiku.” (Hadith riwayat Ahmad dan Al Baihaqi dalam kitab Syu’abul Iman))


Hadith tersebut menunjukkan bahwa orang-orang Yahudi yang masih hidup setelah diutusnya Rasulullah saw wajib untuk beriman kepada beliau, wajib untuk masuk Islam. Karena nabi mereka saja (yaitu Nabi Musa) seandainya masih hidup di masa Rasulullah saw wajib untuk mengikuti beliau.


Dakwah yang dahulu dilakukan Rasulullah saw terhadap orang-orang Yahudi dan Kristian menunjukkan bahawa jika mereka tetap berada pada agama mereka yang dahulu, berarti mereka berada di atas kebatilan, dan tidak akan masuk syurga.


SEKIAN



AKU TUNGGU GAK JKOM NAK BALAS. RUPANYA JKOM DIAM JUGAK LAGI. BAHALOL PUNYA JKOM.TAK WUJIDKAN PUN TAK APA. LANTIK PMO PUN DIAM. LAMA LAM UMNO NAK JAWAB PUN TAK RETI DAH. MAKAN GAJI BUTA.

 

Sham Ghaz


Ambo bukan Mufti tapi ambo rujuk kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan. 


Please jgn putar belit ya. Beliau menyebut tentang Nasrani disini.


Baca sini jika tidak faham: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1164-irsyad-al-hadith-siri-ke-50-kisah-dan-bilangan-ashabul-kahfi




USTAZ AZHAR LUPA KOT!


Dia pernah tulis di Facebook dia, bahawa Yahudi dan Kristian yang benar taat pada Nabi zaman mereka akan masuk Syurga tahun 2018 🫣


Sampai posting tu pun dah dipadam! Cer tekan jika tidak percaya; https://www.facebook.com/195600903791298/posts/2273131136038254/?app=fbl


Tapi jangan risau, kami laju lagi. Kita dah siap screenshot dah, boleh baca apa yang dia tulis tahun 2018 dulu.


Kenapa tahun 2023 lain pula jawapan kamu? Adakah sebab nak hentam PMX sebab berbeza parti maka kamu tibai habis habisan? 


JADI BETULLAH APA YANG PMX SEBUT TU ZAMAN KRISTIAN, kamu sendiri dah jawab tahun 2018 lagi.



Harakahdaily yang milik PAS pun tulis ajaran selepas kemangkatan Nabi Isa AS adalah Kristian, nasib baik sempat screenshot sebelum Error 404😅


Bab Kristian yang macamana masuk Syurga kita bagi Ustaz lain kupas la pula ya.


Syam Ghaz


📸 Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/p/6r3AsRKzfaTAeynp/?mibextid=d6eG65



Adakah Ashabul Kahfi Kelompok Pengikut Ajaran al-Masih AS?


Marwan Bukhari


Para ulama tafsir dan sejarah berbeza pandangan tentang hal ini:


Pandangan pertama menyebut ia berlaku sebelum zaman al-Masih ‘Isa AS. Alasannya ialah soalan tentang ashabul kahfi ditanya oleh agamawan Yahudi, mereka hanya bertanya tentang kelompok mereka dan tidak akan bertanya tentang Kristian kerana permusuhan antara mereka dengan ajaran Kristian.


Menurut Wahb bin Munabbih: “Mereka ialah pemuda dari Rom yang masuk ke gua sebelum kelahiran al-Masih. Setelah al-Masih dibangkitkan, baginda menyebut kisah mereka. Kemudian Allah membangunkan pemuda-pemuda itu dari tidur panjang mereka. Waktu mereka dibangunkan adalah di antara zaman al-Masih dan Nabi Muhammad SAW.” (al-Ma’arif, Ibn Qutaybah)


Dalam tafsirnya, Ibn Kathir juga berpandangan bahawa peristiwa ini berlaku sebelum kelahiran al-Masih. Alasannya ialah soalan itu daripada kelompok Yahudi sebagaimana dalam asbab nuzul. Mereka tidak ambil berat tentang Kristian kerana perbezaan antara Yahudi dan Kristian. Walaupun begitu, Ibn Kathir menukilkan pandangan para ulama yang menyebut ashabul kahfi sebagai penganut ajaran al-Masih.


Ibn ‘Ashur dalam tafsirnya juga menyebut kecenderungannya bahawa peristiwa itu berlaku sebelum ajaran al-Masih ‘Isa kerana mengambil kira kepada hujah sebab nuzul itu juga. Menurutnya orang Yahudi berat hati untuk bertanya tentang Kristian. Bagi menyokong hujahnya, Ibn ‘Ashur menyebut di Tunisia ada gua yang menjadi tempat persembunyian orang Yahudi yang ditindas oleh Rom Carthage sebagaimana menurut kajian beberapa pendeta Kristian di sana.


Dalam masa sama, Ibn ‘Ashur menyebut bahawa gua-gua memang menjadi pilihan golongan Kristian yang ditindas suatu masa dahulu dan mereka turut membawa anjing untuk tujuan keselamatan. Kalau mati, mereka akan ditanam di gua itu. Atau boleh jadi kalau penindas membunuh orang Kristian yang ditindas itu, penindas akan menguburkan mereka di gua juga. Di Roumieh (Lubnan) juga ada gua besar seumpama ini.


Komen saya, mungkin ini juga faktor terdapat perbezaan gua kerana kes penindasan banyak, tapi akhirnya hanya ada satu yang betul-betul tepat sebagaimana kisah Ashab al-Kahf dalam al-Quran.


Pandangan kedua pula menyebut peristiwa itu berlaku selepas zaman al-Masih iaitu sekitar abad ketiga. Ibn ‘Ashur semasa menyebut pandangan ini mengiranya berlaku sekitar 237 Masihi. Al-Qasimi pula menukilkan pandangan daripada Maximos Mazlom, salah seorang Patriark Katolik Rom. Berdasarkan nukilan itu, sumber-sumber sejarah Kristian menyatakan peristiwa itu berlaku sekitar 252 Masihi. 


Ibn Athir dalam al-Kamil fi al-Tarikh menyebut bahawa peristiwa Ashabul Kahfi berlaku pada zaman Raja Dikyus atau Dikyanus. Mereka tinggal di bandar bawah pemerintahan Rom yang bernama Efesus. Rajanya menyembah berhala tetapi mereka mengikuti ajaran al-Masih.


Pandangan Ibn Athir ini cukup banyak terdapat dalam tafsir-tafsir.


Sementara itu, dalam kajian menarik oleh Dr Ahmad Majdub berjudul Ahl al-Kahf fi al-Taurah wa al-Injil wa al-Quran, beliau menyimpulkan bahawa kisah Ashabul Kahfi tiada dalam sumber-sumber Yahudi. Menurutnya, alasannya ialah para pemuda itu asalnya pengikut ajaran Yahudi yang beriman dengan al-Masih, sedangkan kelompok Yahudi umumnya menentang ajaran al-Masih AS.


Sumber-sumber sejarah Kristian turut menyebut kisah ini, antaranya ialah karangan Eutychius of Alexandria  atau turut dikenali sebagai di dunia Arab sebagai Said bin Bitriq. Beliau menyebut bahawa semasa lapan tahun pemerintahan Thawdhusiyus al-Kabir, pemuda-pemuda itu melarikan diri daripada Raja Dikyus dengan bersembunyi di gua di Efesus. Selepas itu mereka tertidur yang disangka satu malam sahaja, tapi tidur bertahun-tahun lamanya sebelum akhirnya bangun dan segalanya sudah berubah.


Ini menunjukkan sememangnya ada perbezaan pandangan dalam kalangan ulama tafsir dan sejarah Islam mengenai hal ini sama ada mereka pengikut ajaran al-Masih Isa atau tidak. Pandangan yang menyebut bahawa mereka pengikut ajaran al-Masih pun banyak, justeru tidak salah dan tidak bercanggah pun dengan ajaran Islam yang banyak menolak doktrin-doktrin ajaran Kristian kerana yang ditolak ialah selepas berlaku penyelewengan dan bukannya sebelum penyelewengan.


Selain itu, tidak pelik juga jika ada SEBAHAGIAN persamaan kisah-kisah al-Quran dengan kisah-kisah yang terdapat dalam Taurat dan Injil. Contohnya kisah Adam dan Hawa, kisah Yusuf, Musa, Isa, Maryam dan nabi-nabi lain. Sebabnya al-Quran ialah musaddiq  yang membenarkan kisah-kisah yang benar dan juga membetulkan maklumat yang salah. Al-Quran menyebut dirinya juga sebagai muhaymin iaitu rujukan tertinggi terhadap kitab-kitab sebelumnya.


Kewujudan persamaan dalam kisah tertentu tidak bererti sama sepenuhnya kerana cukup banyak perbezaan yang terperinci, malah al-Quran juga menyebut banyak perkara yang tidak disebut dalam kisah-kisah dahulu. Anda boleh dapati kajian ini dalam buku Fenomena al-Quran oleh Malik bin Nabi, Madkhal Ila al-Quran oleh Allama Muhammad Diraz dan The Prophet of Joseph oleh Loay Fatoohi yang kesemuanya memberi perhatian tentang kisah Nabi Yusuf AS.


Malah menurut Diraz dalam al-Naba’ al-‘Azim, salah satu objektif al-Quran menyebut kisah-kisah dalam al-Quran ialah memberi kata putus tentang perselisihan ahli kitab. Jadi, memang ada sebahagian persamaan, tetapi dalam masa sama al-Quran membetulkan yang salah, mengiyakan yang benar dan juga mendatangkan hal-hal yang tidak pernah disebut dalam kitab-kitab mahupun sumber-sumber terdahulu.


Berbezalah Tanpa Menyesatkan


Oleh sebab itu, kalau ada sesiapa yang tidak bersetuju pun dengan ucapan PMX tentang kisah Ashabul Kahfi sebagai pemuda-pemuda pengikut ajaran Kristian, maka kita tahu bahawa banyak ahli tafsir menyebut demikian sekiranya beliau maksudkan Kristian pengikut ajaran Isa sebelum berlaku penyelewengan sebagaimana naratif Islam. Jadi, tidak perlu mudah menuduh “sesat” dan sebagainya kepada beliau. Kalau ada salah, boleh betulkan maklumatnya tanpa dituduh sesat.


Tindakan sebahagian penceramah agama yang laju menyebut “sesat”, “munafik”, “kafir”, selain gemar menyebut “bodoh” dan membuat lawak lucah hanya merosakkan minda umat Islam yang jujur mencari ilmu agama. Masyarakat pula perlu lebih berhati-hati dan menyemak sebelum menerima setiap perkara yang keluar dari agamawan terutama yang mudah menyesatkan orang lain.