Tiga lelaki Rohingya geng samun, pecah rumah ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Selayang Jaya, di sini, awal pagi tadi.
Menurut Polis dua daripada suspek memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).
Salah seorang daripada suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan pernah dipenjarakan pada 2016 dan 2017 atas kesalahan pecah rumah.