Penjelasan Isu Al-Kahfi: Polemik pacndangan Ustaz Azhar Idrus?*


Ustaz Dr Abdul Halim El-Muhammady


Masalah penjelasan yg diberikan oleh Ustaz Azhar tentang pertanyaan seorang yang memahami ucapan PM 10 menyebut ashab Al kahf adalah orang Kristian ..Soalan dikemukakan kpd Ust Azhar Idrus untuk mendapat pandangannya  tentang kenyataan PM yang difahami oleh yang bertanya.


Ust Azhar Idrus memberi jawapan sepontan TANPA menghalusi  apa ucapan sebenar PM dengan mengatakan PM menyebut ashab Al kahf adalah orang Kristian dan ditambah lagi dengan  kenyataan bahawa pandangan sebegini adalah daripada orang jahil perkara agama yang boleh menyesatkan orang lain .


Ust Azhar Idrus juga mengatakan  agama Kristian ini agama Baru yg percaya kpd konsep triniti sedangkan ashab Al kahfi beriman kpd Allah Tuhan yang Maha ESA


Kesilapan yang nyata jawapan yang diberikan kerana;

 

PM tidak menyebut ashab alkahfi beragama Kristian TAPI beliau menyebut pemuda itu menyelamatkan diri kedalam gua untuk menyelamatkan prinsip hidup mereka mempertahankan akidahnya dan agamanya kerana di waktu pemerintahan   kerajaan Roman ketika itu Akan membunuh sesiapa SAHAJA yang percaya kepada agama Masihi atau Yahudi yang menjadi pegangan manusia pada masa pemerintahan Decius 250 AD.


PM menyebut tentang pemuda ini  tentang ketegasan pegangannya أنهم آمنوا بربهم و دناهم هدى


Mereka itu beriman dengan Tuhan mereka dan Allah menambah lagi hidayah kepada mereka.


PM menyebut Kristian itu islah Zaman peristiwa ashab Al kahf berlaku bukannya menyebut ashab alkahf Kristian atau Masihi.


Kalaupun mereka itu menganut Kristian atau Yahudi masih dalam pengajaran kitabnya yang asal iaitu Taurat atau Injil.


Dari sudut fakta ilmiah dan sejarah tentang agama Kristian dikatakan Baru.


Ia bukan Baru, perubahan konsep teriniti telah lama berlaku selepas Nabi Isa diangkat oleh Allah SWT dan keputusan tentang kepercayaan Tuhan Tiga uknum itu dilakukan oleh Paderi pada Zaman pemerintahan kerajaan Roman dan konsep teriniti ini dicatatkan dalam Qur'an sebagai konsep ketuhanan yang salah begitu juga kepercayaan orang kristian Nabi Isa dibunuh Sebagai menebus dosa kesalahan manusia yang Isa menebusnya.


Penyelewengan agama Kristian dan Yahudi ini bukan Baru. Qur'an mendedahkan penyelewengan ini untuk memberitahui kepada generasi kemudian supaya tidak ada  kesedaran bahawa mereka MENGIKUTI autoriti agama dari keputusan paderi-paderi atau hukamak mereka bukannya daripada Allah.


Ust Azhar Idrus nampaknya melakukan dua kesilapan dalam penjelasanya . 


Pertama jawapan yang diberikan terhadap pertanyaan yang diimulakan oleh yang bertanya menunjukkan DIA  tidak memahami apa ucapan sebenar PM atau Sengaja dikemukan soalan begitu untuk melahirkan persepsi  negatif terhadap PM dan ia bertepatan pula dengan sifat gopoh Ust Azhar Idrus untuk respon soalan tersebut dengan SEGERA dan ditambah lagi dengan kata- kata yang merendahkan keupayaan pengetahuan dan llmu PM sedangkan dia tidak halusi sendiri ucapan PM . 


Sebagai seorang ulama di hormati untuk memberi pandangan terhadap seorang pemimpin negara sepaturnya dia berpegang kpd ayat tabayyun  bukannya terus menerima dan respon kepada apa SAHAJA soalan yang dikemukakan


Selain itu fakta ilmiah tentang ulasannya berkenaan keristianiti juga tidak memberi penjelasan yang baik dan meyakinkan terutamanya kaitan dengan ashab alkahf  kerana dalam perbincangan ulama ada menyebut tentang pegangan agama ashab alkahfi yang mereka pertahankan.


Ulama sepaturnya lebih berhati-hati dalam memahami isu dan memberi pandangan terhadapn ya berdasarkan fakta ilmu bukannya secara sebrono SAHAJA kerana pandangannya menjadi ikutan masyarakat.


Semoga golongan ulama menjadi ubur menyuluh masyarakat untuk hidup Aman dan bahagia dan memandu pemimpin negara  kearah kesejahteraan hidup rakyat dan negara bukannya merendah dan menghina kedudukkannya. 


*Ustaz Dr Abdul Halim El-Muhammady* adalah Pengerusi Persatuan Majlis Murabbi Madani dan Ahli Majlis Istisyari WADAH. Mantan Pensyarah UKM.



No comments: