TAK DENGAR PULAK KATA SUARA TAK SETUJU- KATA ANWAR AKAN TUMBANG.....KENA TIPU DENGAN PN


 

SURUH MENGUNDI PUAK PN KATA DAH DISAHKAN DAH-MASA BAHAS SEBAB MINTA BAHAS KATA MOU INI SEKAT KEBEBASAN MP. BILA UNDI SUARA , TAK BERANI PULA NAK KATA TAK SOKONG ...PONDAN BETOI




 

DALAM DEWAN DAN DIMANA SAHAJA


 

Zunar cartoonist fan club.

AMARAN KERAS KEPADA PN – JANGAN GANGGU ANWAR TADBIR NEGARA SEHINGGA 2027!!


Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akhirnya berjaya memenangi usul undi percaya di Parlimen melalui undian suara yang jelas lebih nyaring kedengaran bersetuju berbanding tidak setuju.

Dengan keadaan tersebut, kerajaan perpaduan pimpinan Pengerusi PH itu kini sah mempunyai sokongan majoriti yang mutlak, bukan setakat disokong oleh dua pertiga daripada Ahli-Ahli Parlimen, malah lebih daripada itu lagi.

Ini kerana, tidak mustahil ada daripada kalangan 74 Ahli Parlimen PN yang dikenali sebagai blok pembangkang turut sama bersuara bersetuju memberi sokongan dalam undian suara yang dijalankan itu.

Malah, undi secara undian suara yang langsung tidak dibantah oleh blok pembangkang yang bukan saja memberi petunjuk mereka tidak yakin menang jika undi belah bahagi atau undi sulit dijalanlan, malah turut memberi gambaran Anwar sebagai Perdana Menteri memang memiliki sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada parti-parti yang bersetuju membentuk kerajaan perpaduan.

Kali terakhir kerajaan mempunyai sokongan dua pertiga di Parlimen ialah pada tahun 2004 di mana Tun Abdullah Badawi ketika itu berjaya memenangi PRU11 dengan jumlah kemenangan sebanyak 198 kerusi Parlimen.

Tetapi, apabila BN mula hilang majoriti dua pertiga pada PRU tahun 2008 kemudiannya dengan hanya memenangi 140 kerusi, sejak itu tiada mana-mana kerajaan lagi berjaya melepasi garisan tersebut.

Melalui undian suara yang tidak dibantah itu dan boleh ditafsirkan lebih besar daripada dua pertiga itu, keabsahan dan keraguan terhadap kerajaan diterajui Anwar kini tidak timbul lagi.

Dalam masa yang sama, dengan memilih bersetuju dengan undian suara dan sebelum itu Shahidan Kassim turut menyarankan agar PN tidak melibatkan diri dalam pengundian atas alasan kerajaan sudah pun terbentuk dengan perkenan Yang Dipertuan Agong, PN dengan sendirinya dapat menyelamatkan air mukanya daripada menerima malu buat kali kedua.

Dalam pemilihan Speaker Parlimen pada pagi tadi, Johari Abdul berjaya memenangi jawatan tersebut dengan memperolehi 147 undi berbanding Radzi Sheikh Ahmad sebanyak 74 undi.

Kalau undian sulit atau belah bahagi dijalankan dalam usul percaya, Anwar dijangka akan memperolehi 148 undi setelah pada sebelah pagi, Ahli Parlimen Mukah, Hanifah Hajar Taib yang dipercayai kurang sihat telah terlewat sampai ke Parlimen, lalu terlepas untuk mengundi.

Jika tidak, dua kalilah jadinya PN tewas dalam pengundian yang kekalahan mereka itu bukan saja disaksikan manusia di bumi, tetapi juga malaikat di langit.

Dengan sokongan dan keabsahan majoriti yang dimiliki Anwar selaku Perdana Menteri melalui usul percaya itu, beliau kini berhak memimpin kerajaan perpaduan tanpa gangguan sehingga PRU16 pada tahun 2027 akan datang.

Blok pembangkang jangan lagi cuba-cuba mahu mempertikaikan sokongan yang dimilikinya, lebih terlarang jika ada niat mahu memanjat dinding untuk menebuk atap bagi meruntuhkan kerajaan.

Anwar bersama kerajaan dan barisan menteri yang dilantiknya hendaklah diberi ruang memimpin negara sebaik mungkin dengan fokus utama memulihkan ekonomi dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Blok pembangkang dengan Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang haruslah fokus membina diri menjadi pembangkang yang berwibawa dengan tujuan melakukan semak dan imbang serta membawa suara suara rakyat ke pentas Parlimen untuk dibela melalui batas-batas sedia ada.

Bermain politik untuk jatuh menjatuh dan menukar kerajaan wajib disimpan dengan diikat ketat di dalam almari buat sementara waktu.

Kalau mahu menukar kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri selepas ini, medan yang tersedia ialah PRU16 pada tahun 2027 nanti.

Sebelum tahun 2027, adalah haram mengganggu dan menggugat kedudukan Anwar bersama kerajaannnya yang setelah diperkenankan pembentukannya oleh Yang Dipertuan Agong, kini secara rasmi telah dimutlakkan keabsahan majoritinya melebihi dua pertiga di Parlimen yang mulia. – ShahbudinHusin 19/12/2022.


Anwar lepasi usul undi percaya, peroleh sokongan majoriti jadi PM

 Nora Mahpar

 -
(Gambar PMO)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tambun Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai perdana menteri ke-10 selepas usul undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat petang ini.

Usul undi percaya itu diluluskan dengan undian suara selepas dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof dan kemudian dibahaskan oleh 12 Ahli Parlimen.

Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang juga ketua pembangkang membuka tirai perbahasan usul berkenaan.

Ahli Parlimen lain yang turut berbahas adalah Lim Guan Eng (PH-Bagan), Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Ronald Kiandee (PN-Beluran), Johari Ghani (BN-Titiwangsa), Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), Rafizi Ramli (PH-Pandan), Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor), Jeffrey Kitingan (GRS-Keningau), Shahidan Kassim (PN-Arau), Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor), dan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

Usul undi percaya itu bertujuan membuktikan Anwar dari PH, yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov, mendapat sokongan Ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar sekarang ialah seramai 148 orang.

Ia merangkumi daripada PH 82, BN 30, GPS 23, GRS 6, Warisan 3, KDM 2, PBM 1, dan Bebas 1 kerusi.

Selebihnya iaitu 74 kerusi ialah milik PN yang merupakan blok pembangkang.


KEH..KEH...TAKIYUDDIN KENA KAW KAW : Macam mana jawab jika YB asyik berdiri? - Azalina


YB Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata hanya kerana YB adalah Ahli Parlimen pembangkang, tidak semestinya kerajaan tidak boleh mempertahankan diri.

Keabsahan Anwar sebagai PM terbukti

 

Keabsahan Anwar sebagai PM terbukti

NURUL HUDA HUSAIN
19 DEC 2022

PUNGUTAN SUARA SETUJU AKHIRI SIDANG DEWAN- PEMBANGKANG TAKUT DIANGGAP DEHAKA. JIKA USUL TIDAK PERCAYA MELALUI UNDI


 

TIMBULKAN SOAL ISTILAH- BUKAN DIA NAK BINCANG SOAL EKONOMI RAKYAT


 

ADA SAJA BENDA YANG DIA PERTIKAI- ORANG BUAT TENGOK SAJA DULU. ELOK KA TIDAK


 

MANA DIA PEMUDA PN ?


 

POOIHHH HATI PENERANGAN TIM MB KELATE- DUIT DAPAT JANGAN BELI KETA


 

ABANG NI KECEK BETUL NIH SEBAB ADA WALAUN TAK CERDIK


 

MAHIADDIN PERLU SEDAR


 

KHAIRI NI AUN- TAPI DIA CERITA BENDA YANG BETOI -DIA ORANG LUAQ MAI DOK PENANG.


 

ULANGSIAR KEMENANGAN DATO JOHARI ABDUL


 

DIA TANYA SELALU KENA ...KENA BIDAS SEMULA...


 

SOKONG PAS NAK TEGAK ISLAM.RUU DIA TAK BENTAG PUN.


 

DOWN GILER


 

KAH..KAH..JAWAPAN BERNAS SEKALI


 

KEH KEH...PATUT JADI KETUA , TAPI JADI PENGIKUT


 

[LANGSUNG] Sidang Dewan Rakyat 19 Dis 2022 | Sesi Petang

LANGSUNG UNDI PENGESAHAN PM 10 DSAI : Persidangan Dewan Rakyat 19 Disember 2022 | Sesi Petang

ISYARAT KEMENANGAN ANWAR SEMAKIN JELAS LAGI NYATA

 

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Parlimen yang baru menggantikan Azhar Azizan Harun.

Dalam undian sulit yang diadakan pagi ini, beliau memperolehi 147 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Radzi Sheikh Ahmad yang sekadar memperolehi 74 undi.

Undi 147 yang diperolehi Johari itu kurang 1 daripada 148 yang sepatutnya mengikut jumlah Ahli Parlimen parti-parti yang bersetuju membentuk kerajaan perpaduan.

Kekurangan itu adalah disebabkan kelewatan Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Hanifah Hajar Taib daripada menghadiri majlis angkat sumpah, lalu terlepas peluang untuk mengundi.

Apa yang pasti, dengan kemenangan Johari terpilih sebagai Speaker Parlimen, ini adalah isyarat jelas bahawa Anwar Ibrahim juga bakal memperolehi laluan cerah untuk memenangi usul undi percaya pada sebelah petang nanti.

Jika sebelum ini masih ramai yang sangsi sama ada Anwar mampu melepasi undian usul percaya itu atau sebalknya, kemenangan Johari tadi setidak-tidaknya telah memadam segala keraguan tersebut.

Tidak diragukan lagi, kecuali jika ada Ahli Parlimen yang belot dan tidak setia kepada keputusan parti di saat-saat akhir, Anwar hampir pasti akan memperolehi 148 undi.

Dengan sokongan 148 undi itu nanti, bererti kerajaan perpaduan pimpinan beliau adalah cukup stabil kerana disokong oleh dua pertiga Ahli-Ahli Parlimen.

Semoga semuanya berjalan lancar petang nanti.- ShahbudinHusin 19/12/2022.



BERNAMA TV Live Stream

SIDANG DEWAN AKAN BERMULA JAM 10.00 PAGI-LANGSUNG : Persidangan Dewan Rakyat 19 Disember 2022 | Sesi Pagi

AKHIRNYA! YB RAFIZI JAWAB PEMIMPIN PN YANG MEROYAN SETIAP!



PN terus pertikai segala perkara. Mereka tidak bentang idea baru atau rancangan ekonomi untuk membantu ekonomi rakyat di negeri-negeri yang mereka menang yang lebih mundur. Terbaru, mereka pertikai Perjanjian Kesefahaman Kerjasama (atau Coalition Agreement) yang membentuk Kerajaan Perpaduan. Konon ini ke arah pemerintahan diktator yang mengekang kebebasan ahli-ahli parlimen. Saya dan YB William Leong yang menyediakan draf perjanjian ini. Ahli parlimen bebas mengundi mengikut kepakaran dan prinsip mereka kecuali dalam undi-undi yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan. Ahli parlimen bebas seperti biasa. Yang tidak bebas adalah geng tebuk atap yang tidak lagi boleh tawar menawar mencuri ahli-ahli parlimen hingga menghuru-harakan kestabilan politik negara. Yang faham makna diktator ni hanyalah PN sebab mereka yang menggunakan darurat untuk memerintah walaupun tidak cukup majoriti. Tak ubah seperti pepatah “mengata dulang paku serpih” 🤣 Sumber Video FB Rafizi Ramli




Bolehkah Anwar Menyatukan Negara Sebagai Satu Bangsa? (Can Anwar unite t...

RAKAN SABAH SARAWAK SEMOGA MA 63 TERLAKSANA


 

DENGAR PENERANGAN ISWARDY- KALUT BUAT LAPORAN WALAU TIADA KAITAN


 

IDEA BARU TAK ADA-RANCANGAN MEMBANTU GOLONGAN MISKIN DI NEGERI MEREKA TIDAK ADA- RAFIZI-PERJANJIAN UNTUK HALANG KATAK POLITIK


 

ADA PARTI YANG TERLALU PERASAN BAIK- KALAU PARTI LAIN SEMUA BURUK..JAHAT BETOI


 

BAIAH DAN MOU SAMA JA KOT- YANG DIA KALUT BUAT REPORT - JANGAN TUNJUK TAK CERDIK


 

KEH..KEH..GABUNGAN DALAM KERAJAAN PERPADUAN- YANG HANG TAK ADA DALAM KERAJAAN BUAT KALUT BUAT APA?


 

GELOMBANG ITAM ESOK ? MMMMM


 

MUHYIDIN MENIPU GPS


 

PINDA PERLEMBAGAAN .....


 

KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG IGINKAN KEPADA PERPADUAN SOKONG DAN ANGKAT ASPIRASI TERBAIK PM10 UNTUK MEMBANTU RAKYAT


 

CUBA SIASAT BETUL BETUL- MAKAN DUIT JUDI KA DAK ?


 

KERAJAAN PERPADUAN UNTUK KESTABILAN NEGARA


 

RAKYAT DIKETEPIKAN- BEREBUT KUASA DITERUSKÀN.


 

MENGADAP PEMANGKU RAJA PAHANG SEMALAM.

 


Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima patik mengadap pagi tadi.


Semoga Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.


Daulat Tuanku.

RUMAH PERDANA MENTERI-DIA BOLEH BENARKAN SIAPA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH.


 

RAMAI BAKAL MENYUSUL MENGHINA AGONG


 

KALAU TAK MEROYAN PUN GILA KAK...BIARKAN LAH...