[LIVE] Muzikal Lawak Superstar 2 Live + | Minggu 8-BERSEPENA PERHIMPUNAN POK AMAI AMAI UMNO ESOK

PERSEMPADANAN IKUT AGAMA DAN KAUM TIDAK DITERIMA SAMA SEKALI- CADANGAN BENGONG-UBAH LA NEGARA NI KE NEGARA ISLAM.,,,,,JOM CABUT NO EKOQ



“Hangpa pi " shahadahkanlah" Artikel 4 itu yang kata Perlembagaan itu adalah hukum tertinggi dalam negara -the supreme law of the land!” Beliau juga menyindir PAS kerana Kerajaan PERIKATAN NASIONAL telah meningkatkan cabutan khas nombor ekor dari 8 yang dibuat oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN kepada 22.





JIKA UMNO TIDAK SEGERA KELUAR KERAJAAN, DIBIMBANGI ZAHID HAMIDI DAN NAJIB MASUK PENJARA DULU SEBELUM TIBANYA PRU

 


Apa akan berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO atau PAU esok?

Berdasarkan sentimen semasa, PAU kali ini dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk memuktamadkan usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah diluluskan oleh sebahagian besar UMNO bahagian-bahagian sebelum ini.

Ini kerana majoriti pimpinan dan akar umbi UMNO memang mahukan ketetapan putus hubungan itu segera dimuktamadkan.

Tambahan lagi, difahamkan juga berikutan norma baru PAU tahun ini, semua jurucakap yang dipilih untuk berucap adalah terdiri daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri saja.

Semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO, kecuali Shahidan Kassim dari Perlis, diketahui sentiasa komited dengan usul putus hubungan dengan Bersatu itu.

UMNO Sabah pimpinan Bung Mokhtar Radin yang diberi autonomi sebelum ini, dilihat turut senada dengan Perlis dan mahukan hubungan dengan Bersatu dikekalkan dalam PRU15 akan datang.

Tetapi, dengan hanya dua UMNO negeri yang dijangka berbeza pendirian dan mahu kekal bersama Bersatu, kebarangkalian untuk puak kiri yang pro Muhyiddin untuk mengubah keputusan putus hubungan itu hampir mustahil akan berjaya, walaupun percubaan ke arah itu dilihat agresif sebelumnya.

Makna kata, sebagaimana kehendak akar umbi yang telah diterjemahkan melalui usul bahagian-bahagian sebelum ini, isu putus hubungan dengan Bersatu akan dijadikan isu yang muktamad dalam PAU esok dan menjadi ketetapan dalam PRU15 kelak.

Bagaimanapun, memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, tetapi dalam masa yang sama UMNO terus kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubar untuk diadakan PRU15 bukanlah suatu kejutan sebenarnya.

Ia boleh dianggap keputusan biasa-biasa saja yang mana selain rakyat tidak terkejut, Muhyiddin Yassin sendiri pun tidak terperanjat dengan keputusan tersebut.

Ia lantaran, jika hanya itu keputusan PAU esok, ia sama seperti ketetapan mesyuarat MT UMNO yang mana ia telah pun dimaklumkan secara bertulis oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kepada Muhyiddin beberapa minggu sebelum ini.

Dengan keputusan yang dianggap biasa-biasa itu, ia malah meletakkan UMNO dalam keadaan tidak berubah, bahkan kedudukan Muhyiddin dan kerajaan PN juga tidak berubah sama.

Tidak mustahil dengan keputusan tersebut, Muhyiddin akhiirnya berjaya mengekalkan kerajaannya sehingga ke tahun 2023 dan sudahnya, Zahid Hamidi dan Najib Razak mungkin lebih dulu masuk penjara berbanding tibanya tarikh PRU15.

Dengan Muhyiddin berjaya mengekalkan kedudukannya sehingga ke tahun 2023 juga memungkinkan UMNO terpaksa melalui proses pemilihan terlebih dahulu sebelum PRU15 dan ketika itu tidak mustahil salah seorang kluster menteri akan jadi Presiden UMNO yang baru.

Dalam erti kata lain, jika PAU esok sekadar memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, tetapi UMNO terus kekal berada dalam kerajaan sehingga PRU15, ia belum tentu menjamin masa depan UMNO dalam usahanya untuk menjadi parti yang dominan serta seterusnya berjaya menduduki semula kerusi Perdana Menteri.

Ternampak, sebagaimana Bersatu ditubuhkan untuk menggantikan UMNO, lanjutan masa sehingga tahun 2023 bagai memberi ruang lebih terbuka untuk cita-cita tersebut disempurnakan dengan jayanya.

Habis, keputusan yang bagaimana dalam PAU esok yang boleh dianggap sebagai kejutan dan mampu membuatkan Muhyidddin pun terkejut dengannya?

Tidak lain, ketetapan paling baik harus diambil UMNO dalam PAU kali ini ialah selain memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu, keputusan keluar serta-serta daripada kerajaan juga mesti dilakukan.

Keputusan keluar kerajaan tidak boleh ditangguh-tangguh lagi dan logik Ismail Sabri Yaakob yang menyebut kedudukan UMNO dalam kerajaan PN umpama cerai taklik yang tergugur bila Parlimen dibubarkan, jelas tidak masuk akal.

Hakikatnya, cerai taklik bukan bersebab dengan tempoh masa, sebaliknya perkahwinan yang ada tempoh masa tertentu adalah nikah mutaah dan ia haram di sisi Islam.

Lagi pun, sesuai dengan Ahmad Zahid Hamidi dan Najib yang telah mengunjungi Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dua hari lalu, PAU esok dan lusa seharusnya berani membuat keputusan keluar kerajaan itu.

Jika tidak, untuk apa Zahid Hamidi dan Najib mengunjungi Ku Li yang semua orang tahu pendiriannya bukan saja tidak mengiktiraf Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, malah beberapa kali menyarankan UMNO harus segera meninggalkan kerajaan demi survival masa depannya? 


(Shahbudindotcom 26/03/2021)






BERANI TEMPUH COVID-19 TAPI TAKUT BUKA PARLIMEN


Kini sebulan berlalu, setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat. Semua Ahli Parlimen sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

REAKSI ANWAR IBRAHIM - BILA PELAJAR PERSOAL STATUS PENGAMPUNAN AGUNG DAN...





1MDB - POLIS PERLU SIASAT ISU KOMISYEN GOLDMAN SACHS



“Paling melucukan, dia menekankan bahawa BERSATU dibentuk untuk memperjuangkan integriti dan ketelusan Kerajaan,” sindir Tony Pua. Beliau berkata kebisuan yang wujud menimbulkan kebimbangan di kalangan orang awam bahawa penyelesaian tersebut tidak mengikut ‘buku’.




INDON TAK ADA DUTA KHAS TIMUR TENGAH PUN DAPAT BILLION...MALAYSIA ADA DUTA MAKAN GAJI BUTA...


HAMZAH RIEE NA

Kerajaan indonesia lebih diyakini UAE utk melabur. Ye lah kerajaan indonesia itu sah dan bermandat serta rakyat yang pilih. Maka dengan itu pastilah para pelabur lebih yakin. Haiiiii lahhhh apa nak jadilah negara jiran indonesia tu, alaaaa yang mencuri kerajaan mandat rakyat tuuuu!!!!!


 May be an image of one or more people, people standing and text that says "BH ONLINE LAIN-LAIN (BISNES) Indonesia, UAE meterai 11 janji niaga RM93.5 bilion Januari 13, 2020 1:19pm Presiden Indonesia, Joko Widodo (dua kiri) bersama Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Bin Zayed. Foto Twitter Joko Widodo"

BANK BOLEH BERI BONUS KAKITANGAN, MENGAPA TIDAK MORATORIUM?


‘KITA JAGA KITA, PEKERJA TOLONG PEKERJA’


Bukan saja hospital, sekolah juga berlaku gangguan bekalan air di Kelantan

 Bukan saja hospital, sekolah juga berlaku gangguan bekalan air di Kelantan

INI PUN SALAH SATU NAMA TUNGGANG AGAMA JUGA..NAMA LA NEGERI ISLAM...SERAMBI MEKAH..NAMA ISLAMIK..HAMPEH....NI LA SALAH SATU JENAMA TUNGGANG AGAMA...MALU JA KE CINA DAP SANA...ZAMAN NI PATUT ASAS AIR NI DAH TAK SEBUT DAH .....BERKURUN LAMA DAH...

Sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan, terpaksa mengarahkan semua muridnya pulang ke rumah masing-masing apabila bekalan air di situ terganggu hari ini.

Seorang kakitangan Sekolah Kebangsaan Merbau ketika dihubungi berkata, arahan berkenaan dikeluarkan guru besar.

“Memang guru besar maklumkan, sebab bekalan air langsung tak ada.

“Jadi sukar untuk memenuhi keperluan harian murid-murid,” katanya sumber yang enggan disiarkan namanya itu kepada Malaysiakini.

Terdahulu, sekeping gambar tular dengan kapsyen memaklumkan murid berkenaan diarah pulang walaupun sudah tiba di sekolah kerana ketiadaan bekalan air di sekolah berkenaan di kongsi netizen di media sosial.

Sementara itu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam satu notis memaklumkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu.

Notis yang dimuat naik di Facebook semalam memaklumkan gangguan bekalan air berlaku di jajahan Kota Bharu Utara susulan kerja-kerja pengaktifan paip utama yang baru melibatkan sumber dari Loji Rawatan Air Kampung Puteh ke Tangki Merbau.

Jelas AKSB, gangguan bermula dari 21 hingga 31 Mac ini dengan anggaran lebih 6,500 akaun pelanggan terjejas. 



TUNGGANG LA BAHASA YANG SESUAI..SAMPAI SEKARANG SATU HAPA PUN TARAK...SEBAB TU ORANG PANGGE TUNGGANG.

 Pas ‘sentap’ dengan filem Penunggang Agama

Pas ‘sentap’ dengan filem Penunggang Agama

GENERASI 70-an dan 80-an seperti saya mungkin masih ingat mengenai Hantu Kum Kum dan Hantu Stokin. Ia bukan seperti Hantu kak Limah yang hanya filem komedi. Ia adalah usaha jahat menyerang kebangkitan Islam pada ketika itu.

Walaupun ia tidak difilemkan namun kisah itu tersebar begitu pantas menakutkan anak-anak seperti saya. Ibu bapa menjadikan ugutan agar tidak merayau selepas pulang surau waktu Isyak. Hantu Kum Kum dan Stokin ialah wanita bertudung labuh berstokin dan memakai purdah. Ia diceritakan memberi salam ketika bertemu dan meminta kita memegang anak kecil yang dikendong. Apabila ia pergi, anak yang dikendong itu rupanya adalah batu nisan.

Zaman itu juga dipopularkan kisah Guru Yahya. Ia menceritakan seorang penjenayah yang berwatak alim dan menyebarkan agama namun sangat bernafsu terhadap wanita. Cerita-cerita tersebut bertujuan memberi gambaran buruk kepada gerakan dakwah yang sedang berkembang ketika itu. Ia melatari gaya hidup mahasiswa. Mereka mula bertudung labuh dan berlebai. Satu suasana asing ketika itu di kampus.

Demikianlah persepsi yang dibina untuk menghalang kebangkitan dakwah semasa. Namun ibarat air yang mengalir, ia mungkin mampu disekat tetapi menjadi gelombang apabila ia terkumpul di empangan.

Kini era tersebut telah berlalu. Kebanyakan mereka telah berada di institusi penting dan berperanan dalam masyarakat. Mereka membawa seruan Islam dalam institusi kerajaan dan politik serta masyarakat umum.

Keadaan ini sangat tidak disenangi. Pelbagai istilah baru dicipta bagi memberi gambaran buruk kepada mereka. Antaranya ‘penunggang agama’. Tujuannya sama seperti Hantu Kum Kum… Memberi persepsi dan gambaran buruk bagi mereka yang menjadikan agama sebagai panduan hidup.

Menunggang bermaksud mempergunakan. Hakikat sebenar ia adalah baik. Mereka yang menjadikan agama sebagai cara untuk hidup. Berpandukan agama. Menggunakan agama untuk bergerak dan bertindak.

Persepsi yang dibina ialah mereka yang berpura pura menggunakan agama. Orang jahat yang bertopeng agama. Sehingga dilihat sesiapa sahaja yang beramal dan berhujah dengan agama adalah buruk dan hina. Sedangkan mereka yang hidup tanpa panduan dilihat mulia. Mereka berusaha membina pandangan jahat melalui mulut-mulut dan sebaran media yang ada.

Hakikatnya mereka cuba memadamkan agama Allah sedangkan Allah menyempurnakan cahayanya. Saya belum mengulas mengenai filem Melayu. Saya hanya mengulas cara dan kaedah memburukkan agama yang diulang semula. Tidakkah kekufuran itu millah yang satu. Berguru dari guru yang satu?

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HD



((AMARAN BUAT AZMIN)) ISU XAVIER KELUAR PKR SOKONG KERAJAAN PN: AZMIN AL...

RENTASAN 854 | GEMPAR!!! BERSATU DIBERI KOMISYEN LUMAYAN BERHUBUNG PENYE...

ADA ORANG NAJIB MARAH BILA TUN MUSA PUJI ANWAR....KAH...

 





PADA 7 March saya sudah kongsikan berita Tun Musa memberikan pengiktirafan kpd DSAI sebagai layak menjadi Perdana Menteri. Ini videonya saya #Ulangsiar berita ini.

Ini antara sebab Lobakman begitu marah dgn Tun Musa Hitam. Sebab pada dia tiada seorang tokoh pun yg layak melawan ketokohan DSAI selain Najib Bosskurr.

Pada saya, apa yang Tun Musa kata ini telah mengesahkan apa yg kita selalu sebut bahawa bukan soal taksub dgn batang tubuh DSAI tetapi beliau adalah calon paling layak utk menerajui dan selamatkan ekonomi negara ini.

Saya tidak hirau sgt akan ejekan-ejekan Walaun PA$ dan macai-macai UMNO serta PPBM KUNUNnya DSAI tidak layak jadi PM dan hanya PM tepi. Tapi saya sedikit hairan dgn sikap Anai2 PANtuk Nangoi2 KARTEL Oren Masam PAN #K3 yg bersungguh-sungguh tidak mahu DSAI jadi PM dan mengejek beliau sebagai hanya bakal PM selama-lamanya. Apa mereka mahu buat kerja Tuhan?

Tapi bila saya minta nama seorang calon yg layak, yg SETARA pengalaman, karisma ketokohan dan ciri kepimpinan yg mampu menyelamatkan Ekonomi negara, TIADA SEORANG pun calon yg mampu mereka kemukakan. Sebaliknya mereka hanya pusing2 round about, konar baring dan terjun longkang tanpa berani menyebut nama mana2 tokoh.

Mudah difahami, mereka mahu SAKATua a.k.a OT95 jadi PM tapi malu-malu nak sebut sbb mereka tahu penolakan rakyat terutama penyokong akar umbi PH terhadap Org Tua "TERTENTU", Apanama KUNUNnya itu sgt KUAT.

Apa yg kita faham? Mereka berjuang dlm politik demi kepentingan dan kemahuan mereka bersetongkol dgn Kepala Perompak BUKAN utk Rakyat. Sbb itulah mereka tidak mahu DSAI yg dikenali sbgai pejuang Rakyat sejak di unversiti menjadi PM.

Apakah antara kata-kata Tun Musa Hitam yg menjadi kunci jelas beliau mengiktiraf ketokohan DSAI itu?

1. "Anwar Ibrahim saya boleh bgtahu anda TANPA TERAGAK-AGAK, dia layak menjadi Perdana Menteri. Pada saya dia SEPATUTNYA sudah jadi Perdana Menteri. Ada sorg yg berjanji pada dia, berapa kali?........."

2. "Saya tak bertukar. Dulu kalau org yg janji tu kasi pada dia, saya kata ok. Good idea. Tapi org yg janji tu......."

3. "Dia punya karisma yg tinggi, dia punya "contact", pendedahan dia kpd dunia antarabangsa, pengalaman dia masuk jel 2 kali sbgai contoh. Dia seorang pemimpin yg didokong akar umbi dan bagus dalam pergaulan dgn masyarakat Malaysia. Beliau nampaknya diterima org ramai meskipun tidak kesemuanya".

INI lah maksud saya dulu, bhgian "contact" dan pendedahan dunia antarabangsa ini yg mampu menambah keyakinan pelabur asing, kepercayaan pemimpin dan masyarakat antarabangsa pada Malaysia. Dengan Reputasi SATU-SATUnya bekas Menteri Kewangan yg berjaya membawa Malaysia ke perbelanjaan SURPLUS, TIADA mana2 tokoh yg ada termasuk PM hari ini yg SETARA dgn DSAI.

Atas sebab itu DSAI sangat layak jadi Perdana Menteri. Itu belum lagi kita perincikan akan Iltizam, "Consistency", "Political Will" dan jiwa kental "ghebuih tak hempuk" DSAI dalam mengangkat Agenda REFORMASI.

Seperti kata Dr. Mujahid Yusof Rawa, DSAI lah arkitek sebenar yg TELAH TERUJI istiqomah membina kekuatan, gelombang kebangkitan rakyat yg mengambil masa yg panjang dgn keringat dan airmata derita selama berpuluh tahun meskipun 2 kali terpenjara jasadnya, masih punya kekuatan merancang sehingga AKHIRNYA...tumbang UMNO BN. Ertikata lain, TIADA mana-mana tokoh lebih komited dan "consistent" jika mahu dibandingkan dgn DSAI.

SEKARANG, SIAPA YG LEBIH BAIK DAN PALING LAYAK KETIKA INI, DALAM KEADAAN POLITIK, DEMOKRASI DAN EKONOMI MALAYSIA YG MERUDUM UTK DIANGKAT MENJADI PERDANA MENTERI SELAIN DSAI? Ini BUKAN soal taksub akan batang tubuh DSAI tapi soal dia yg PALING LAYAK utk dinobatkan pada kedudukan itu bagi memimpin Malaysia. Maka org yg paling layak mesti diangkat dan diletakkan di tempatnya melainkan kita dari kalangan org-org yg zalim.

Wallahualam.

- Zus Din

24 March 2021

Youtube link : https://youtu.be/x7RXam6UWEE

 

MUHYIDDIN TAK AKAN JADI PM LAGI SELEPAS PRU15 – KATA ATOK

 

1. Kata Perdana Menteri Pilihan Raya akan diadakan apabila darurat ditamatkan kerana masalah wabak COVID-19 sudah selesai.

2. Muhyiddin percaya Perikatan Nasional (PN) akan menang pilihan raya kerana ia sudah buat persediaan. Bendera dan sepanduk sudah ditempah dan agihan kawasan antara Bersatu, PAS dan UMNO sudah dirunding.

3. Bagi Muhyiddin hanya terdapat satu masalah yang belum diselesai. Muhyiddin berharap tidak ada parti lawan yang akan bertanding. Dengan ini Perikatan Nasional akan menang tanpa bertanding.

4. Untuk ini Muhyiddin boleh menentukan supaya parti musuh tidak akan didaftar. Ia bermula dengan Pejuang. Jika Pejuang tidak didaftar maka parti ini tidak akan dapat bertanding sebagai parti Pejuang. Mungkin calon Pejuang terpaksa bertanding sebagai calon bebas. Jika ini dilaku maka calon-calon bebas ini tidak dapat mengguna simbol dan bendera Pejuang. Ini akan kelirukan pengundi.

5. Mungkin Pejuang bertanding dengan nama parti lain seperti Bersatu dalam PRU 14 terpaksa guna symbol dan bendera PKR. Ini juga boleh kelirukan pengundi. Jika dicuba PKR mungkin tidak setuju memberi banyak kawasan kepada Pejuang. Sokongan juga mungkin tidak diberi. Maka akan kalahlah Pejuang.


6. Pada PRU 14 Najib membatal pendaftaran Bersatu dan tidak mendaftar Pakatan Harapan (PH). Maka parti-parti pembangkang terpaksa bertanding atas nama PKR, guna simbol dan bendera PKR. Percubaan Najib ini dapat ditangani oleh parti-parti lawan dengan bertanding sebagai parti PKR.

7. Parti lawan masih dapat sokongan yang cukup untuk menewas BN.

8. Muhyiddin mungkin cuba adakan PRU awal semasa Pejuang dan Muda tidak didaftar. Pejuang pula tidak ikat diri dengan mana-mana parti. Pejuang berharap akan menjadi kuasa ketiga. Harapan Muhyiddin ialah dia tidak dihadapi oleh musuh.

9. Tetapi Bersatu yang sekarang sudah jadi parti berbilang kaum tidak mungkin menang banyak. Dengan itu parti Perikatan Nasional dan BN dan Muafakat akan pilih orang lain sebagai Perdana Menteri. UMNO dan PAS memberi jawatan PM kepada Muhyiddin dahulu kerana mereka hanya boleh jadi gabungan majoriti jika Bersatu keluar dari PH dan menyertai Muafakat.

10. Yang mencukupi bilangan ialah Azmin dengan paksinya dari PKR. Secara tidak langsung Azmin diberi jawatan tertinggi tetapi bukan Timbalan Perdana Menteri.

11. Keadaan politik selepas PRU 15 tidak mungkin berbeza dari sekarang. Tetapi Muhyiddin tidak akan jadi Perdana Menteri.

12. Pejuang tidak mungkin jadi Kerajaan. Tetapi sokongan Pejuang akan tentukan gabungan mana yang akan jadi Kerajaan. Sokongan Pejuang hanya jika syarat Pejuang diterima.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

25 Mac 2021

Sumber – http://chedet.cc/?p=3343






NYATAKAN PENDIRIAN JIKA ANDA MENJADI MENTERI KERAJAAN PN.

 

Panas! Khir Toyo gesa kluster menteri UMNO nyatakan pendirian sokong Zahid atau tidak

Panas! Khir Toyo gesa kluster menteri UMNO nyatakan pendirian sokong Zahid atau tidak

Mana-mana pemimpin UMNO berjawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menyatakan pendirian jelas sama ada mahu terus menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau sebaliknya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, pendirian ini penting bagi menentukan kelangsungan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selain menjamin kedudukan mereka dalam parti.

Jelas beliau, mana-mana pemimpin UMNO yang menentang keputusan menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15 pasti akan ditolak akar umbi parti pada pemilihan UMNO akan datang.

“Secara rambang sekiranya jajaran baharu dibentuk dan ikut perkiraan awal mampu membentuk kerajaan yang kuat dan stabil malah mampu memperoleh majoriti dua pertiga dalam Parlimen, mengapa tidak UMNO berusaha ke arah itu? Bukankah UMNO sebuah parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat?

“Ismail Sabri, ‘kluster menteri’ tidak boleh duduk diam macam air dalam kolam yang tidak beriak jika tiada ikan yang melompat. Beliau sepatutnya membuat pernyataan sebelum ucapan Presiden, itu sebaiknya untuk UMNO,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan (Keselamatan) menegaskan tindakan disiplin boleh dikenakan sekiranya terdapat ahli dan pemimpin UMNO yang didapati menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Katanya, kepimpinan tertinggi parti telah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan parti-parti itu.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat perbincangan awal diadakan di antara pihaknya dan wakil pemimpin UMNO bagi membentuk kerjasama politik baharu.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid pada Rabu menegaskan UMNO tidak akan mengadakan sebarang kerjasama politik dengan blok pembangkang pada PRU15.

Sementara itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Jeniri Amir menyokong pandangan Mohamad Khir yang meminta Ismail Sabri menyatakan pendirian jelas sama ada mahu menyokong Ahmad Zahid atau sebaliknya.

Menurutnya, ia penting demi memastikan beliau dapat terus memposisikan diri sebagai Naib Presiden UMNO dalam kedudukan politik dan nasional kerana pendiriannya akan menentukan hala tuju parti.

Jeniri turut yakin Ismail Sabri akan menyatakan pendiriannya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Ahad ini.

“Jadi mana-mana pemimpin politik itu harus membuat satu keputusan yang jelas dan konkrit serta pragmatik, bukan sahaja menentukan survival UMNO tetapi juga untuk menjamin bagaimana kedudukan mereka selepas PRU15 nanti.

“Mereka tidak boleh dilihat berdiri di atas pagar kerana pemimpin sedemikian adalah pemimpin yang dilihat ‘selamat’ dan cuba meraih keuntungan daripada kedua-dua pihak selepas sesuatu keputusan diambil,” katanya. 




NURUL SINGGAH BALAI POLIS PENANTI

 

Nurul Izzah akhirnya dedah cita-cita sebenarnya nak jadi ….

Nurul Izzah akhirnya dedah cita-cita sebenarnya nak jadi ….

Singgah Balai Polis Penanti sat bagi memberi sedikit buah tangan sebagai tanda ingatan dan meraikan semua anggota polis yang berkhidmat sempena menyambut Hari Polis yang ke-214 hari ini!

Ketika berusia 8 tahun, saya pernah bercita-cita menjadi seorang saintis atau polis wanita. Begitu banyak momen yang tidak dapat dilupakan termasuk pengorbanan, empati dan kebaikan oleh petugas-petugas saka biru, terutama sebagai anggota Parlimen Lembah Pantai dahulu.

Namun, sokongan bagi elaun dan kebajikan yang mencukupi buat anggota, ditambah dengan pembaharuan yang diperlukan untuk melestarikan maruah dan integriti Polis Diraja Malaysia kita sentiasa menjadi pegangan selama ini.

#PermatangPauh
#DemiPermatangPauh

Nurul Izzah

Suspek pengganas ditahan cubaan membunuh Tun Mahathir, Guan Eng, Mujahid, Tommy Thomas

 

Suspek pengganas ditahan cubaan membunuh Tun Mahathir, Guan Eng, Mujahid, Tommy Thomas

Hilmi Malik
Suspek pengganas ditahan cubaan membunuh Tun Mahathir, Guan Eng, Mujahid, Tommy Thomas
Azman berkata, suspek dikatakan bergerak sacara solo dan dipercayai terlibat bersama kumpulan militan Daish. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menggagalkan hasrat seorang lelaki dalam cubaan untuk membunuh bekas Perdana Menteri termasuk beberapa lagi menteri lain dan kerajaan Pakatan Harapan.
Penolong Pengarah Cawangan Khas Antipengganas (E8), Azman Omar berkata, individu berkenaan telah ditahan pada bulan Januari lalu yang turut mengakui membuat perancangan tersebut.
Pengakuan untuk merancang serangan tersebut melibatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa menteri kabinet sewaktu pentadbiran kerajaan PH termasuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.Menurutnya lagi, suspek yang bergerak solo itu dipercayai terlibat dengan kegiatan pengganas dan merancang serangan tersebut sebagai usaha menunjukkan sokongan terhadap kumpulan militan Daish.
"Pada 6 hingga 7 Jan 2020, kami menangkap seorang lelaki tempatan bersama lima yang lain ekoran pembabitan mereka menghasilkan video propaganda IS (Daish) dan ancaman bunuh ke atas pemimpin negara.
"Semasa siasatan, (lelaki terbabit) mengaku dia berniat untuk melancarkan serangan secara bersendirian ke atas beberapa pemimpin kerajaan dengan menikam mereka menggunakan pisau atau objek tajam sebagai tanda menyokong IS (Daish)," katanya menerusi program 'Radikalisme dan Ekstremisme Semasa Pandemik' anjuran Institut Kajian Lanjutan Islam Malaysia di sini pada Khamis.
Untuk rekod, pihak E8 telah menahan seramai tujuh individu dan suspek (pengganas) yang ditahan merupakan salah seorang daripada tangkapan berkenaan.
Dalam pada itu, Azman turut mendedahkan telah membuat satu tangkapan melibatkan seorang rakyat Malaysia di Singapura pada Ogos lalu.
Tangkapan tersebut dibuat berikutan penglibatan suspek dalam membiayai kegiatan militan serta merancang untuk ke Syria bagi menyertai kumpulan militan Daish.



TUITUMAN DAN TOK DOR HADI HADIR KE PAU?


Tuituman mengesahkan yang dia dan presiden Hadi Awang akan hadir ke mesyuarat agung Umno lusa. Baguslah untuk merapat dan mengerat serta memperkemaskan tali Muafakat Nasional, Pas kena hadir tunjuk muka.
Cuma diharap jangan ada suara-suara nakal menjuah dan melontarkan kata-kata kesat kepada kedua pemimpin Pas itu nanti. Kita percaya ahli Umno berdisiplin dan tidak akan bertindak diluar batas susila.
Tidak adalah nanti laungan "marakbah" atau bermaksud pergi mampos Asri seperti mana pernah berlaku dalam muktamar Pas diera Asri Muda suatu masa lalu dimana Allahyarham dimarakbah oleh segelintir pemuda Pas fanatik yang sudah diresapi anasir Syiah.
Kita berharap demikian kerana tindak tanduk dan sikap Pas ke belakangan ini dilihat tidak begitu manis dengan Umno, setelah bersama PBBM dan dilantik menjadi menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC.
Semoga ahli dan penyokong Umno lebih matang dan rasional daripada ahli dan penyokong Pas. Trims.




KONFIUS..JUNKOOK KA PUNGKOOK

 May be an image of 4 people and text that says "Muhammad Sanusi Md Nor 4hrs vonvon Ciiisss...silap pi dok try #vonvon 1 Selebriti manakah yang nampak serupa denganmu? Muhammad nampak serupa dengan... Jungkook! Selebriti manakah yang nampak serupa denganmu? my.vonvon.me 40 14 Comments"

CUBAAN BUNUH PEMIMPIN PH: MUHYIDDIN PERLU BERI PENJELASAN