Kerajaan lulus 15 ribu pekerja asing penuhi tiga sektor perkhidmatan




 Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan bersetuju memenuhi permintaan tenaga kerja daripada tiga sektor perniagaan iaitu kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas dengan meluluskan sebahagian 15,000 pekerja asing untuk berkhidmat di negara ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan yang hanya sebahagian itu adalah untuk memberi peluang kepada kaum India negara ini, khususnya anak muda untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan .


Justeru, beliau meminta Kementerian Sumber Manusia untuk menyediakan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) bagi memastikan bekalan tenaga kerja untuk tiga sektor berkenaan dapat dipenuhi.


"Jadi kita bagi kelulusan kepada kedai gunting rambut, saya minta (Menteri Sumber Manusia) V Sivakumar beri sikit (pekerja asing) termasuk restoran. Tetapi saya tidak mahu bagi penuh sebab saya rasa perlu cari jalan (tenaga tempatan) melalui TVET atau modal TEKUN.


"Bagi mereka latihan, sebab sekarang orang muda bukan mahu gunting seperti dulu, sekarang kita bagi latihan melalui TVET kerana ia baik untuk (bekerja) di restoran, gunting rambut dan tekstil.


"Namun, oleh kerana keperluan segera untuk tiga kategori ini, kita luluskan tetapi tidak sepenuhnya dan saya minta dalam mesyuarat menteri pada Jumaat ini, menteri akan bawa kertas supaya kita luluskan sebahagian (permintaan) untuk tiga kategori itu.


"Tetapi syaratnya, kementerian akan pastikan latihan dan insentif untuk anak muda kita dilatih serta boleh bekerja," katanya yang juga Menteri Kewangan ketika berucap melancarkan program Lestari Niaga@Kuala Lumpur melalui penstriman langsung laman rasmi Facebook Suara Keadilan.


Selain itu, Anwar turut meluluskan peruntukan tambahan RM10 juta bagi menaik taraf gerai penjaja dan kedai makan sekitar ibu kota bagi kaum India.


"Saya telah pastikan untuk kenaikan gerai-gerai termasuk kawasan peniaga India kita tambah peruntukan.


"Kalau peruntukan tidak cukup daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tahun ini, kita tambah RM10 juta untuk tujuan itu di seluruh bandar raya," ujarnya lagi.

TUUU DIAAA...BAIKNYA KERAJAAN MADANI.




 Ini yang Mahiaddin kata zalim ni. Sampai masuk ke premis kerajaan. Tak sedar diri langsung. Staff pun boleh bagi berkempen di situ. Bukti deep state is real. Nak biarkan ke camne ni? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


SELEBIHNYA DI MAHKAMAH

 



Hahaha... Mujur dia jawab 5 daripada 24. Kalau dia buat keras taknak jawab? Itu yang 5 tu pun entah berapa yang dia jawab betul. Takut melelong je dia jawab.


Kita rasa kelakar tapi bagi walaun ini baru hebat. Tengok Tok Guru dia mainkan polis, dia kata. Bila hati dah hitam, memang rasa malu hilang terus.


Apa pun, tahniah kepada polis yang tanya tu sebab mampu tanya dia soalan tu. Harap tak sampai kena stress gastric sebab stress sangat dengar jawapan. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


SELEPAS ZAHID HAMIDI BEBAS, MAMPUKAH PH MENANG DUA PRK JOHOR DAN MAMPUKAH ANWAR BERTAHAN LAGI DI PRU16?

 


Pertama-tamanya, sebelum terlupa dan agar dilihat seperti tidak sama bersyukur, ingin diucapkan tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi kerana tidak lagi bergelar kluster mahkamah bermula hari ini.

Ia berikutan beliau telah dibebas tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi atas kesemua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang sedang dihadapinya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan permohonan DNAA (dibebas tanpa dilepaskan) terhadap Zahid Hamidi yang dipohon oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar.

Permohonan menggugurkan kes itu dibuat oleh pihak pendakwa berikutan penerimaan terhadap representasi yang dikemukakan oleh Zahid Hamidi agar kesemua kesnya digugurkan.

Meskipun digugurkan daripada semua 47 pertuduhan, DNAA yang diputuskan itu bermakna Zahid Hamidi masih boleh didakwa di lain masa jika didapati ada bukti-bukti baru diperolehi oleh Pejabat Peguam Negara.

Tetapi logiknya, selagi kerajaan perpaduan ini masih berkuasa dan Zahid Hamidi berada di jawatannya sekarang, kemungkinan untuk melihat beliau didakwa semula biasanya amatlah tipis.

 

Sementara UMNO tentunya gembira dan bersyukur dengan tindakan pihak pendakwaan memohon pengguguran kes Zahid Hamidi ini, di mata umum, ia tetap dianggap sesuatu yang pelik dan dalam perbualan dengan banyak pihak, lebih ramai yang geleng kepala berbanding mengangguk setuju.

Pertama, kes ini sudah berada di peringkat membela diri di mana sebelum ini telah diputuskan ada kes prima facie oleh mahkamah.

Bila ada prima facie, bererti pihak pendakwaan sudah memiliki bukti yang kukuh tentang kesalahan yang dilakukan oleh Zahid Hamidi.

Maka, tentulah jadi pelik bila pihak pendakwa setuju pula kes digugurkan dan menerima representasi yang dikemukakan oleh pihak pembela.

Kedua, keputusan pihak pendakwa ini berlaku hanya empat hari setelah Ahmad Terriruddin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Mohd Idrus Harun.

Sebelum itu, kira-kira sebulan lalu, ketua pendakwaraya, Raja Rozela Raja Toran secara tiba-tiba digugurkan daripada mengetuai pendakwaan terhadap kes Zahid Hamidi ini.

Kemudian dilaporkan pengguguran itu dibuat kerana Raja Rozela secara tiba-tiba memohon untuk bersara awal.

Setelah dua kali tiba-tiba, hari ini tiba-tiba pula pihak pendakwa memohon kepada mahkamah agar Zahid Hamidi dibebas tanpa dilepaskan daripada semua kes yang sedang dihadapinya.

Pun begitu, oleh kerana pengguguran kes Zahid Hamidi ini berlaku hanya kira-kira lima hari lagi sebelum pengundian PRK Pulai dan Simpang Jeram pada 9 September, kesannya terhadap pilihan raya itu sedang menjadi bualan di merata ceruk percakapan politik.

Ada yang mengatakan, keputusan jni seperti memberi peluru percuma kepada PN untuk mereka meningkatkan lagi serangan serta hentaman kepada PH/BN, kerajaan perpaduan serta Anwar Ibrahim.

Tidak kurang yang meramalkan, ini sekaligus akan menyebabkan calon PH lebih sukar untuk memperolehi kemenangan.

Yang lain pula beranggapan, jika pun calon PN masih boleh menang di Pulai dan Simpang Jeram nanti, Anwar tentunya lebih perit untuk mengelakkan kerajaan perpaduan yang dipimpinnya ini daripada jadi kerajaan sepenggal saja.

Mungkin lain persepsinya jika Zahid Hamidi diputuskan tidak bersalah oleh mahkamah selepas melalui proses perbicaraan berbanding apa yang berlaku ini di mana pendakwa sendiri memohon kes untuk digugurkan. – ShahbudinHusin 04/09/2023.



BERAS ADA..KALAU WALAUN RASA TAK JUMPA CARI LA KEDAI BESAQ SIKIT


 

WALAUN BUAT ISU PULAK. KES KASA TAK JALAN LAGI KAN...? LEPAS NI LA GAMAKNYA..



Ni pesan Tuan Ibharim masa PN dalam kerajaan dulu dan Zahid didapati tidak bersalah.


Hari ini, bukan didapati tak bersalah tapi dibebas tanpa dilepaskan. Maknanya boleh kan dakwa balik, tapi lebai dan walau buat isu pula.


Macam biasalah lebai. Bila dia buat, tak salah. Bila orang lain buat, automatik berdosa besar. Dia saja la yang suci. Hampeh. Guane boh?

 

Raja II Gelap 


.


GAMBAR GAMBAR MENGADAP SULTAN JOHOR SEMALAM.

 








Menjunjung kasih Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar atas perkenan menerima patik menghadap hari ini di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.


Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.


Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dato' Dr Hj Azmi Bin Rohani.


Dalam sesi mengadap tersebut, saya telah menyembah maklum perkembangan terkini negara dan negeri Johor Darul Ta'zim serta isu-isu melibatkan rakyat keseluruhannya.


Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.


Allah Peliharakan Sultan.


Kredit foto: Johor Royal Press Office



Jangan terpengaruh ahli politik keluar hukum sewenang wenangnya






 Hukum 'haram' menyokong atau mengundi sesuatu pihak yang dikeluarkan oleh seorang ahli politik dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor mendapat teguran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata, hukum hakam berkaitan syarak perlu mempunyai disiplin fiqh yang sepatutnya dan tidak boleh dikeluarkan secara sewenang wenangnya.


"Saya ingin merujuk berita yang tular di media sosial berkaitan kenyataan seorang pemimpin politik yang menyatakan hukum haram memberikan undi kepada seorang calon yang bertanding di PRK Parlimen Pulai.


"Saya menzahirkan rasa bimbang terhadap kecenderungan pihak yang mengeluarkan hukum berkaitan syarak secara sewenang-wenang tanpa disiplin yang sepatutnya. Perkara ini boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam," katanya.


Meskipun, menurut Dr Naim, penggunaaan istilah haram mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka boleh didefinisikan kepada enam maksud, namun katanya, masyarakat di Malaysia sering mengaitkan istilah haram dengan hukum syarak iaitu "hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang yang meng-ingkarinya".


Oleh itu, kata beliau, selaku badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum pihak yang tidak sealiran secara bermudah mudah.


"Situasi ini akan mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara.


"Negara kita mempunyai pihak berautoriti dalam mengeluarkan pandangan hukum atau fatwa mengenai sesuatu perkara.


"Saya berharap kita semua menghormati pihak berautoriti dan tidak terpengaruh dengan hukum-hukum yang dikeluarkan untuk tujuan kepentingan politik," katanya lagi.


Dr Na'im juga menasihatkan pihak yang terlibat dalam PRK kali ini bersaing secara sihat dengan mengemukakan buah fikiran serta idea idea membangunkan rakyat tanpa menyentuh sentimen keagamaan atau perkauman.


Kelmarin sewaktu berceramah di Kempas, Pengerusi PN, Mahiaddin Yassin meletakkan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.