Saya menilai pemimpin melaui sifat zuhudnya. Lagi zuhud perangai pemimpin dan keluarganya, secara surface, pada saya kita boleh percaya.
Lihatkanlah pemimpin ulung yang ada. Rasulullah sepanjang hidupnya bagaimana? Kekal miskin dan sederhana. Pemimpin lain dalam sejarah: Salahuddin Al Ayubi, Mathama Gandhi dan Nelson Mandela. Mereka tidak kaya, keluarga pun biasa2 saja.
Perdana Menteri kedua kita, Tun Abdul Razak. Terkenal dengan sifat frugal. Beliau tolak nak buat tawaran kolam renang di rumah, walaupun layak ditanggung Kerajaan. Kerana pada dia wang awam tak boleh dibazirkan.
Masa tengah sakit, beliau terbang ke London dengan isteri saja. Anak2 ditinggalkan, kerana taknak Kerajaan bazirkan wang untuk tanggung mereka. Walhal anak2 PM layak sentiasa.
Itu sifat FRUGAL yang beliau ada. Itu sifat Negarawan.
Harry Truman pernah menyebut “Show me a man who gets rich by being a politician, and I’ll show you a crook”.
Jadi kalau ada pemimpin yang walaupun negeri nya antara negeri termiskin, mereka berebut beli Mercedes dan dapat bonus tinggi. Pada saya, tak perlu la kita hormat sebagai pemimpin.
Atau kalau ada pemimpin yang ketika era rakyat angkat bendera putih, dia sibuk nak upgrade rumah PMnya, dengan belanja 30 juta. Tambah nak Mercedes kalis peluru pula. Takde langsung timbang rasa, perlulah kita angkat dia jadi PM semula?
“Politician thinks about the next election. Statesman thinks about next generation”.
Pada saya, calon PM yang Perikatan Nasional offer nak jadi PM semula, jatuh dalam kategori pertama.
Apa saja yang dibuat dalam masa 18 bulan, hanya untuk menang pilihanraya. Bukan nak memulihkan negara.
Dari mendesak Kerajaan benarkan pengeluaran KWSP untuk kali ke-5. Tiada negara di dunia yang reckless sebegitu, paling kuat pun 2 kali sahaja.
Dengan mainkan sentimen kaum dan agama hanya nak menang pilihanraya, laga2kan kaum Kristian dan orang Islam, sedangkan anaknya pula DJ dinamakan Muslim Priest. Such a hipocrite.
Belum lagi cerita perangai dia yang tak hormat Raja. Berbakul2 dia perli Raja kita.
Partinya pula tercalit isu rasuah Jana Wibawa. Apa pun mereka kona nanti, kena ingat, ketika pandemik, Wang Rakyat beratus juta masuk ke akaun parti dan ahli mereka. Dapat kickback projek untuk mereka berjoli masa pilihanraya. Itu fakta yang tak boleh disangkal. Spin la ke mana. Itu money trail yang ada.
Kalau ditanya kan saya, adakah ini PM yang nak dilantik semula, saya jawab TIDAK sama sekali. Tiada sifat frugal, tiada langsung sifat Negarawan.
Sebab tiada kuasa, mereka seperti kena sawan. Makanya, Rakyat kena tolak habis2an.
Salam hormat,
Liyana Marzuki