Keputusan muktamad harga kawalan beras dibuat minggu depan



 


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengumumkan keputusan muktamad harga kawalan beras pada minggu depan.



Perdana Menteri berkata perkara itu menjadi agenda utama Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL).



"Kita tangguh mesyuarat NACCOL ke minggu depan, di mana kita akan putuskan secara muktamad tentang harga beras yang dikawal.



"Walaupun ia (harga) tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangkan jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan mereka," katanya ketika berucap dalam Program Jualan Termurah MADANI di Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini, petik Bernama.



Rabu lalu, Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) di bawah NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengumumkan harga siling beras putih sebanyak RM30 bagi pek 10 kilogram.



Harga beras tunggal dikenali Beras Putih Malaysia Madani itu berkuat kuasa 19 Februari ini dan berada di pasaran bermula 1 Mac.



Pengumuman itu sekali gus bermakna penghapusan kategori Beras Putih Tempatan (SST) yang ditetapkan harga RM26 bagi pek 10kg dan Beras Putih Import (SSI).



Kaedah itu dilihat sebagai penyelesaian menurunkan harga beras yang meningkat hingga melebihi RM35 ketika mana beras tempatan terus hilang daripada pasaran.



Anwar yang juga Menteri Kewangan mengingatkan ‘orang tengah’ agar tidak mengaut keuntungan terlalu tinggi kerana ia akan menyebabkan harga beras di pasaran melambung.



Perdana Menteri berkata isu geopolitik yang berlaku di Terusan Suez turut memberi tekanan kepada harga barangan sehingga mempengaruhi perdagangan global.



"Kita faham tindakan Houthi di Yaman, tapi ini juga menyebabkan kos naik. Laluan ini terhalang disebabkan kemarahan rakyat terhadap kezaliman Israel dan perang di Gaza.



"Namun kita tidak akan jadikan ini alasan dan kerajaan Malaysia akan mencari jalan sedaya upaya untuk kurangkan beban rakyat melalui inisiatif seperti Jualan Rahmah dan Jualan Termurah MADANI, selain memberi suntikan melalui bantuan-bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan eBelia Rahmah," katanya.



Terdahulu Perdana Menteri mengadakan tinjauan dan menyantuni peniaga serta pengguna di Jualan Termurah MADANI dan turut melancarkan jualan beras putih MADANI pada majlis tersebut.



Beras putih MADANI bungkusan 10 kilogram, dijual pada harga RM30 dan lebih 1,000 bungkusan dijual pada program hari ini.



Anwar berkata harga jualan itu jauh lebih murah berbanding di pasaran kerana platform seperti ini mengurangkan peranan orang tengah.



"Inflasi kita secara umumnya rendah tapi rakyat masih mengeluh, oleh itu kita mesti cari jalan sedaya upaya untuk mengurangkan tekanan mereka," katanya.

 

WAHAI PM YANG BAIK HATI, LANTIKLAH SYED ABU HUSSIN JADI MENTERI!!

 


Daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang tidak setia kepada parti, lalu mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Syed Abdul Fasal adalah yang paling menonjol sekali berbanding habg lain-lain.

Walhal, beliau bukanlah yang pertama sekali daripada segi keberanian untuk mengalih sokongan meninggalkan kubang lama kepada kubang baru kerajaan perpaduan.

Yang pertama berani mengumumkan sokongan kepada Anwar ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), kemudian diikuti Suhaili Abdul Rahman (Labuan), seterusnya Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), selepas itu barulah Syed Abu Hussin dan yang keenam ialah Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang).

Ertinya, Syed Abu Hussin hanyalah di kedudukan yang kelima berani mengalih sokongan.

Tetapi, di antara semua yang lain, beliaulah yang dilihat selalu berada di depan di ketika rakan yang berlima itu barangkali hanya sibuk menjaga kawasan bersama dana peruntukan yang baru diperolehi.

Bukan saja di acara-acara yang dihadiri Perdana Menteri wajahnya selalu kelihatan, bahkan Syed Abu Hussin juga sudah di depan meninggalkan lima rakannya lain yang mengalih sokongan itu daripada segi beroleh jawatan.

Beliau kini adalah Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, sebuah jawatankuasa yang berada di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup Negara atau NACCOL.

Tak tahulah sama ada jawatan tersebut ada gaji dan elaun, tetapi nampaknya beliau semacam ada kuasa yang boleh dikira hebat juga.

Selain sebelum ini mengumumkan akan membantu kerajaan mengurangkan beban kehidupan dengan cara memperbanyakkan lagi pesta jualan murah barangan keperluan harian di seluruh negara, dua tiga hari lalu Syed Abu Hussin juga mengumumkan pengeluaran kampit beras baru yang dikenali Beras Putih Malaysia Madani.

Beliau turut mengumumkan harga sekampit bagi berat 10 kilogram ialah RM30.00.

Ehh…hebat juga rupanya jadi Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup ini, sampai boleh umum harga beras, sedangkan kelazimannya itu adalah bidang kerja Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang menterinya kini adalah Mohamad Sabu.

Pengumuman beliau itu bagaimanapun mendapat kecaman di media sosial kerana harganya dilihat lebih tinggi berbanding kampit beras tempatan yang ada sebelum ini yang biasanya dijual hanya RM26 sekampit.

Lalu dihenyak lebih ramai, kenapa beras madani lebih mahal daripada beras tak madani?

Ada pula yang berkata, apakah ketiadaan beras di pasaran sebelum ini disebabkan strategi ingin mewujudkan kampit baru yang dijenamakan sebagai Beras Putih Malaysia Madani?

Yang nakal pula terus menerjah, siapa agaknya dapat projek Beras Putih Malaysia Madani ini?

Berikutan kekalutan yang makin meluas itu, Anwar pagi tadi ketika berucap di program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai berkata, keputusan muktamad harga beras akan diumumkan pada minggu depan.

Katanya, mesyuarat NACCOL yang dipengerusikannya akan diadakan lebih awal pada minggu depan bagi membuat keputusan berkenaan harga beras itu.

Ohh..rupanya belum mesyuarat lagi, tetapi kenapa Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup sudah boleh umumkan harganya?

Pelik ni?

Walaupun Anwar sendiri mengumumkan penetapan harga beras hanya akan diumumkan minggu depan, namun Beras putih Malaysia Madani bungkusan 10 kilogram telah pun dijual pada harga RM30 di program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah hari ini yang dihadiri Perdana Menteri sendiri.

Dilaporkan lebih 1,000 kampit beras telah berjaya dijual pada program hari ini.

Macam mana tu, harga sebenar belum dimuktamad, tetapi harga yang diumum oleh Syed Abu Hussin sudah pun diguna pakai?

Apa pun, inilah kelebihan Syed Abu Hussin yang bukan saja tiada pada rakan-rakannya yang berlima itu, malah juga mungkin tiada pada kebanyakan pemimpin dalam PH.

Sekadar rekod tambahan, Syed Abu Hussin menang PRU14 atas tiket BN, kemudian melompat menyertai Bersatu, lalu bertanding atas tiket PN pada PRU15 lalu.

Pada PRU16 akan datang, tidak mustahil beliau akan mempertahankan sekali lagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, kali ini atas tiket PH pula.

Ahli politik yang ada warna warni sebegini tidak ramai dalam negara kita, apatah lagi dengan kebanyakan parti sudah mula mengetatkan peraturan masing-masing sama ada untuk acara lompat tinggi, lompat jauh atau lompat bergalah.

Untuk itu, sebelum tamat penggal Parlimen PRU15 ini, ada baiknya juga jika Anwar yang terkenal dengan baik hati dan bersifat pemaaf tahap dewa dapat menjadikan Syed Abu Hussin sebagai menteri di mana-mana kementerian.

Sudah dua kali melompat, kalau ada jawatan menteri, barangkali lebih mudah untuk beliau menang bagi kali ketiga atas tiket parti yang berbeza jika bertanding sekali lagi di Bukit Gantang nanti. – ShahbudinHusin 16/02/2024.

 


KEB2024: Menuju penyelesaian tuntas agenda ekonomi Bumiputera




 

Oleh Noraini Nordin



ULASAN BERITA: Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 atau KEB2024 akan diadakan pada 29 Februari hingga 2 Mac depan.



Ini adalah Kongres Ekonomi Bumiputera kali ketujuh pernah diadakan di negara kita.



Kongres kali ini bukan saja dilihat penting kerana melalui medium sebelum inilah lahirnya Mara, Bank Bumiputera, Tabung Haji dan puluhan agensi lain untuk kepentingan kaum Bumiputera, tetapi juga sebab kali ini ia diadakan di ketika negara dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Menerajui sebuah Kerajaan Perpaduan (Madani) di mana turut ada DAP di dalamnya, mahu tidak mahu, KEB2024 akan menjadi penantian semua pihak.



Semua mahu melihat sejauh mana keutuhan jiwa Anwar dalam menjaga kepentingan Bumiputera di sebalik parti berbilang kaum yang menjadi tunjang utama dalam kerajaan.

Sebab itu, agaknya kali ini, selain semua parti politik - kerajaan dan pembangkang - yang akan turut dijemput, juga akan melibatkan penyertaan masyarakat Cina dan India.



Sikap terbuka tangani masalah ekonomi



Menurut Perdana Menteri kerajaan mengambil sikap terbuka dalam menangani beberapa isu bersama walaupun kongres itu memberikan tumpuan kepada masalah dihadapi Bumiputera.



"Pendekatan kita dalam KEB2024 lebih inklusif. Maknanya kita mahu penyertaan daripada masyarakat Cina dan India.



"Saya harap ACCIM (Gabungan Dewan Perniagaan dan Dewan Perindustrian Cina Malaysia) bersedia berbincang kerana pendekatan kita inklusif.



"Maknanya dalam membicarakan ekonomi bumiputera, ada isu-isu SME (Perusahaan Kecil dan Sederhana) atau kelompok India miskin akan kita tangani bersama, jadi pendekatan agak berbeza," katanya.



Beberapa hari sebelum ini pula, ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2024 yang dihadiri sama ahli-ahli MEB terdiri daripada Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri yang berkaitan dan wakil-wakil daripada Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), Anwar jelas memperlihatkan kesungguhan mahu melihat kejayaannya.



Pendekatan baharu agenda Bumiputera



Beliau berkata, mesyuarat telah meneliti kertas cadangan hala tuju agenda Bumiputera yang turut mengambil kira input-input yang diperolehi daripada sesi libat urus yang telah diadakan.



Katanya, perbincangan turut menyentuh persediaan penganjuran KEB 2024, waima tekankan supaya kongres itu nanti perlu menjadi pengerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda Bumiputera.



"Ianya perlu melangkau sudut pandang sempit kononnya agenda ini hanya untuk kepentingan Bumiputera, justeru pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenalpasti selain daripada pengumpulan data yang bersistematik.



"Kerajaan Madani bertekad untuk memperkukuhkan agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya kumpulan tertentu sahaja," tambah beliau.



Bersama kita jayakan KEB2024 ini sambil menanti, barangkali ada hasil yang luar biasa daripadanya.

______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

 

DD Chronicle: AMK buat laporan polis pempengaruh hina mahkamah





Oleh: Abdullah Zaid



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membuat laporan polis hari ini terhadap pempengaruh Perikatan Nasional (PN) yang memuat naik hantaran provokasi mendakwa undang-undang Islam sudah dimansuhkan di negara ini.



Ketua AMK Selangor, Muhammad Izuan Kasim (gambar atas) berkata laporan polis terhadap Dediy Sulaeman Ra’e, 44, atau lebih dikenali DD Chronicle itu kerana beliau jelas menghina keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.



Oleh itu, Izuan yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kota Damansara menyifatkan satira sinis yang dibuat Dediy Sulaeman wajar dikenakan tindakan undang-undang.



"Apa yang diucapkan oleh pempengaruh itu dikategorikan sebagai ‘contempt of court’ atau menghina mahkamah.



"Ia jelas satu jenayah dan perlu diambil tindakan agar masyarakat luar tidak terpengaruh dengan budaya sebegini," katanya dalam sidang media selepas membuat laporan polis di IPD Ampang, petang ini.



Sementara itu, Ketua AMK Ampang Iman Haziq Mohd Hamizi pula berkata, laporan polis yang digerakkan di seluruh Malaysia adalah usaha sayap KEADILAN mempertahankan prinsip perundangan negara.

Ampang Iman Haziq Mohd Hamizi



Tegasnya AMK tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana individu yang cuba memainkan isu 3R (agama, bangsa dan Institusi Diraja) bagi memecah belahkan keharmonian di negara ini.



"Laporan polis dibuat di seluruh negara dan AMK Selangor memilih di Ampang Jaya, justeru kita harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya perkara sebegini tidak berlaku.



"Kita berharap kepada pempengaruh lain untuk gunakan platform sosial media sebaik mungkin untuk kita memberi imput baik kepada orang awam dan bukan sebaliknya," ujarnya.



Terdahulu, DD Chronicle dalam video berdurasi 3 minit 55 saat itu mendakwa kesalahan pengambilan minuman keras, berjudi dan meliwat di kalangan orang Islam tidak lagi menjadi suatu kesalahan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu.



Tindakan pempengaruh itu dilihat memperlekehkan keputusan para hakim Mahkamah Persekutuan dan tidak menghormati semangat Rukun Negara selain dilihat mempermainkan hukum syarak.



Beliau sebelum ini yang dikenali menerusi video parodi, termasuklah memperleceh gabungan perpaduan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) serta menyuarakan sokongan kepada PN.

 

KONONNYA GAGAL...NEGERI UN MANA YANG TUNJUK BERJAYA...KALAU NAK BAGI CONTOH ELOK TAK ADA...MASA PN DULU APA YANG MASUK ..YELLEK..KIOK


 

HANG MANA TAU APA..ZAMAN TU HANG UMOQ BERAPA TAUN JA...DOK MAIN BOLA LAM BENDANG LAGI.


 

WALAUN KATA MAHAI....DEPA TAK SEDAR ZAMAN PN PEEINTAH MINYAK 50 HINGGIT TELOQ TAK DAK...LA KALAU MERUNGUT LAGI...MEMANG SAJA JA....ISU TAK DAK...KIOK


 

WAH..MENANGIS WALAUN



 

Ambo diminta oleh seorang sahabat dengar dan ulas video ni...

 

Che Ibrahim


Ambo diminta oleh seorang sahabat dengar dan ulas video ni...


     DIA PUN KURANG ILMU DIA NAK          ULAS MACAMANA.

Ikhlas ambo sebut, ambo pun pening bila dengar, patut la masyarakat makin bercelaru.


Antara fakta fakta/huraian yang tidak tepat ialah:


1. 16 enakmen jenayah syariah telah dibatalkan... ??? 


Ustazah pun keliru antara enakmen dan seksyen seksyen dalam enakmen. Yang dibatalkan itu ialah 16 drp 68 seksyen dllm ekjs (I)2019, bukan 16 enakmen jenayah syariah.


Enakmen Syariah di Kelantan ada 7-8 sahaja, macamana sampai 16 enakmen dibatalkan??? 


2. Pertembungan antara peruntukan di Mahkamah Syariah dan di Mahkamah Persekutuan...??? 


Ustazah... Isu kita ialah pertembungan antara kuasa negeri dan kuasa persekutuan, negeri dikatakan telah menggubal undang undang melangkaui dari kuasa negeri. 


Pertembungan yang berlaku ialah antara mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, di mana Mahkamah Persekutuan adalah sebahagian/hiraki tertinggi dalam Mahkamah Sivil, bukannya pertembungan peruntukan antara mahkamah syariah vs m

Mahkamah Persekutuan. 


Mahkamah Sivil terdiri dari;

- Mahkamah Majistret

- Mahkamah Seksyen

- Mahkamah Tinggi

- Mahkamah Rayuan

- Mahkamah Persekutuan. 


3. Seorang yang melakukan kesalahan jenayah tidak boleh dituduh di Dua mahkamah - mahkamah sivil Dan mahkamah syariah - kerana bidangkuasa jenayah yang berlainan/tidak sama. 


4. Kes Iki Putra...

- tidak pernah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah

- beliau baru didakwa di Mahkamah Syariah Selangor atas tuduhan liwat.

- kesnya tidak pernah digugurkan, tetapi penangkapan dan pendakwaan ke atasnya terbatal dan tidak sah kerana bercanggah dengan Perlembagaan.

- Iki Putra tidak boleh dituduh semula di Mahkamah Sivil kerana beliau tidak pernah ditangkap di bawah mana mana undang undang sivil @ sek 377 Kanun Kesiksaan atas kesalahan seks luar tabie @ liwat. 


5. Walaupun 16 seksyen itu dibatalkan, namun pelakunya masih boleh ditangkap Dan didakwa mengikut undang undang jenayah Persekutuan di mana jentera penguatkuasanya lebih efisen, lengkap Dan perpengalaman, hukumannya pula lebih setimpal. 


Peguam peguam mana yang ustazah rujuk tu????