SAIFUDDIN SELESAIKAN MASAALAH PENDUDUK YANG LAMA MENDERITA KEMUDAHAN YANG ROSAK



Program balik kawasan yang padat kali ini diakhiri dengan perjumpaan bersama penduduk Flat Taman Mas, Pantai Jerejak.

Flat 13 tingkat dan 104 unit ini siap dibina pada tahun 1996. Penduduk flat ini mengalami dua permasalahan besar, iaitu bumbung dan piping bocor yang menjejaskan kehidupan isi rumah di banyak unit.



Kos kerja-kerja pembaikan bumbung dianggarkan berjumlah RM 81,775 dan kos kerja-kerja penukaran paip dianggarkan berjumlah RM 89,000.

Disebabkan kos yang banyak, Perbadanan Pengurusan Flat Taman Mas telah mendekati pejabat DUN saya untuk nasihat dan bantuan.

Alhamdulillah, kami berjaya mendapat peruntukan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui "Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang" yang bersetuju menanggung 80% daripada kos pembaikan.


Baki 20% perlu ditanggung oleh Perbadanan Pengurusan Flat. Namun begitu, setelah permohonan daripada para penduduk Flat, Pejabat DUN saya bersetuju menyumbang RM 16,355, iaitu baki 20% untuk pembaikan bumbung.

Peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Pejabat DUN Pantai Jerejak ini telah mengurangkan secara signifikan kos yang perlu ditampung oleh penduduk setempat.

Sebagai ADUN Pantai Jerejak, saya akan meneruskan usaha membela dan menjaga kebajikan warga Pantai Jerejak bagi menjamin keselesaan dan keselamatan rakyat terbanyak.


JELAJAH EZAM SAMPAI KE KUANTAN, MALAM INI AHAD (16/2/20) DI HOTEL MANDURAH, BESERAH*


Apakah tujuan kami mengadakan program ini? Tujuannya hanya satu iaitu untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang mengapa peralihan kuasa PM perlu berlaku mengikut semangat dan persafahaman di dalam PH sepertimana yang dijanjikan di dalam PRU14.

Program malam ini di Kuantan adalah anjuran reformis Pahang yang para pendokongnya terdiri dari berbagai parti dan tidak berparti. Tiada penglibatan atas nama mana-mana parti atau melibatkan pimpinan utama parti yang dijemput.


Kami di Pahang bersedia menerima sesiapa sahaja secara individu atau NGO yang menyokong perjuangan kami dan mendokong hasrat untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8 sejajar dengan janji PH. Kami sedar, di dalam Keadilan sendiri bahkan di kalangan NGO reformasi tidak semuanya bersetuju dengan gerakan bersama Ezam. Kami menghormati pendirian mereka atas hujah2 mereka dan kami yang menyokong gerakan ini juga mempunyai hujah2 kami. Apa yang penting, perbezaan di antara kami itu hanya perbezaan dari segi pendekatan sahaja tetapi prinsip dan matlamat kami sama iaitu tiada kompromi untuk memungkiri janji peralihan kuasa apatah lagi untuk cuba mengkhianatinya.

Saya akan menjelaskan lebih lanjut mengapa gerakan bersama Ezam ini kami terima sebagai salah satu pendekatan untuk memantapkan lagi kerajaan PH di dalam program malam nanti. Sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir. Tempat adalah terhad.

*WFAUZDIN NS*





ANWAR PM PAS HANCUR

PERALIHAN KUASA YANG PALING DITAKUTI



Peralihan kuasa Perdana Menteri di pertengahan penggal pada hakikatnya bukanlah sesuatu yang asing, malah telah berlaku beberapa kali sebelum ini.
Tun Hussein Onn menyerahkan jawatan kepada Tun Mahathir Mohamad pada 1981, Tun Mahathir menyerahkan kuasa pada Tun Abdullah Badawi pada 2003 dan Tun Abdullah melakukan peralihan kuasa kepada Najib Razak pada 2009, semuanya berlaku dipertengahan penggal.
Tetapi, berbanding semua peralihan kuasa itu dengan peralihan kuasa di pertengahan penggal yang bakal dilakukan oleh Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim, peralihan kuasa inilah yang paling ditakuti sekali.
Kenapa ketika itu, tidak wujud cecehan seperti perlu sokongan Ahli Parlimen terlebih dahulu dan sebagainya?
Pas takut, UMNO takut dan pihak dalam PKR serta PH sendiri pun ramai yang takut juga.
Apa yang mereka takutkan?
Pas yang berdagang dengan Islam untuk mandaat politik adalah pihak yang nampaknya paling takut sekali jika peralihan kuasa itu menjadi kenyataan dan Anwar menjadi Perdana Menteri.
Macam-macam usaha dan macam-macam kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan Pas untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, seolah-olah mereka tidak percaya lagi kepada Qada dan Qadar Tuhan mengenai ketentuan sesuatu kejadian.
Kadang-kadang, daripada semua kenyataan itu, bukan saja ternampak kartun dan lawaknya, tetapi juga menyerlah sisi hitam dan dengki pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam dengan ayat-ayat Al-Quran tidak pernah lekang daripada bibir mereka.
Barangkali, untuk menolak Anwar menjadi Perdana Menteri, tidak mustahil ada dalam parti itu yang turut berdoa secara diam-diam mengadu kepada Tuhan.
Cuma, yang mungkin belum dilakukan Pas setakat ini ialah bersolat hajat secara beramai-ramai di tengah padang saja lagi.
Kenapa Pas begitu sukar menerima hakikat perjanjian peralihan kuasa yang sudah sedia wujud dalam PH dan hanya tinggal untuk dilaksanakan saja lagi pada Mei ini?
Bukankah Pas pernah berkata, kerjasama parti itu dengan UMNO melalui Muafakat Nasional mampu menang sekurang-kurangnya 132 kerusi Parlimen dalam PRU15 akan datang?
Jika begitu, mengapa masih takut dengan Anwar untuk berlawan secara sah dalam gelanggang pilihanraya nanti?
Apakah apabila Anwar jadi Perdana Menteri, harapan untuk menang 132 kerusi itu sudah tiada lagi?
UMNO pula, walaupun baru dua tahun hilang kuasa, ramai juga dalam parti itu yang sudah mengelabah tak tentu pasal menjelang peralihan kuasa kepada Anwar yang bakal menjelang tiba.
Macam-macam gerakan yang mereka lakukan, termasuk berpakat dengan pihak tertentu dalam PH atau melompat katak menyertai Bersatu.
Kenapa mereka begitu takut Anwar jadi Perdana Menteri?
Adakah mereka rasa jika peralihan kuasa berlangsung dengan jayanya, maka tempoh UMNO bergelar pembangkang akan menjadi lebih lama?
Atau apabila Anwar jadi Perdana Menteri, era untuk menyamun sepertimana 60 tahun sebelum ini akan terlubur dengan sendirinya?
Dalam PH pula, pihak tertentu dalam PKR dan Bersatu adalah yang paling menyerlah ketakutannya dengan Anwar menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir.
Mereka ini juga merancang pelbagai usaha dan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menyerlahkan ketakutkan itu, tetapi jika diperhati, semuanya adalah bersabdarkan kepentingan diri dan isi poket semata-mata.
Sandaran penolakan mereka bukan berasaskan apa-apa kepentingan lain yang melibatkan rakyat, orangramai atau negara.
Begitu pun, apakah PH, khususnya Majlis Presiden harus sama mengalah dan akur dengan ketakutan mereka itu dan mahu membiarkan saja isu peralihan kuasa ini menjadi perbualan, malah memecah-belahkan atau mahu meletakkan titik penamat pada mesyuarat 21 Februari ini demi kelangsungan masa depannya? (ShahbudinHusin 16/02/2020

LAWATAN YB ROZIAH DI BERA.

Oleh Fiza



YB Roziah dan Ahli MPP  Pn Rayyan Abdul Rahim telah hadir di Parlimen Bera bersama penduduk bukit Ibam dan Orang Asal dalam sebuah Program hitea bersama dan lawatan sera ziarah penduduk dan PESAKIT kronik d Bukit Ibam,Bera, Pahang.
Program yang berjalan pada jam 5.00 petang 15 Feruari,  dihadiri seramai 150 penduduk tempatan dan program ini berjalan setiap bulan secara berkelompok.

 Selain lawatan,ziarah cakna dan dialoq, mereka juga diberikan penerangan tentang skim bantuan yang telah dilaksanakan kerajaan PH.


YB Roziah dan Pn Rayyan menyumbangkan bantuan kepada pesakit kronik orang Asal. Menyantuni dan mendengar permasaalahan mereka dan berusaha menyelesaikannya serta bantuan dari pihak kerajaan PH sama ada melalui mana mana agensi kerajaan yang berkaitan.
Program tamat jam 7 Malam.


APA TINDAKAN PUTRAJAYA SELEPAS KDNK TUMBUH PERLAHAN? WONG CHEN SOAL AZMIN



Beginilah keadaannya bila lantik menteri yang cuma pandai melencong ke merata ceruk dunia menghabiskan wang pembayar cukai, khianat cuba bentuk kerajaan PINTU BELAKANG namun hasilnya kepada negara entah ke mana!

Ini yang mesti dijelaskan segera Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali kepada rakyat berhubung apa tindakan Putrajaya selepas kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku terakhir 2019, paling perlahan sejak suku ke-2 tahun 2016, tanya Ahli Parlimen Subang, Wong Chen (gambar bawah).

“Kadar KDNK adalah sangat buruk. Suku ke-4 pada 2019 adalah sangat rendah iaitu pada kadar 3.6% dan pertumbuhan penuh pada 2019 adalah 4.3%. Ini adalah pertumbuhan yang paling perlahan dalam tempoh 10 tahun, jatuh daripada 4.7% pada 2018.”

“Kelak, kita akan hadapi masalah pada suku pertama pada 2020 disebabkan pengeluaran minyak sawit yang rendah dan masalah wabak koronavirus. Menteri Hal Ekonomi perlu jelaskan apakah tindakan selanjutnya,” katanya menerusi tulisan di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Bank Negara berkata wabak koronavirus, yang mulai hari ini dinamakan Covid-19, akan memberi kesan pada pertumbuhan KDNK bagi suku pertama 2020.

Gabenornya, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata wabak itu yang sudah meragut lebih 1,000 nyawa akan memberi kesan pada industri pelancongan, termasuk perbelanjaan ke atas hotel, runcit, pengangkutan, dan restoran.

Ekonomi negara pada tahun lalu tumbuh pada kadar 4.3%. 

Pada 2018, ia berada pada 4.7%. 

Bagi suku ke-4 2019, ekonomi berkembang cuma 3.6%, terendah sejak suku ke-3 tahun 2009.

Sebelum ini, Putrajaya mengekalkan sasaran pertumbuhan KDNK 4.8% tahun ini.

Kerajaan dijangka mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bagi membantu sektor yang terkesan dengan Covid-19, yang setakat ini meragut lebih 1,000 nyawa di China dan ratusan sedang dirawat di hospital di serata dunia.


KISAH SAMARKAND



Selepas Samarkand jatuh ke tangan Tentera Islam, paderi besar negeri itu mengutus surat kepada Khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz. Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima Tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam. 

Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.

Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa [paderi besar Samarkand] dan yang didakwa [Qutaibah, panglima angkatan Tentera Islam]. Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran. Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.

Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand;

Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?

Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!

Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya; Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?

Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.

Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka [penduduk Samarkand] kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?

Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.

Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan [berpegang kepada] agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya: Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand! Paderi besar terpinga-pinga, tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja.

Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasa, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi? Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan. Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka. Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi.

Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH. 

Apakah PAS mampu menunjuk keadilan Islam? Yang jelas PAS terpalit dengan pelbagai pembohongan. 

Apabila didedahkan rakaman kontroversial, Ustaz Nik Abduh menafikannya.

“Ini hanya sampah yang tidak layak dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN dan sekutunya.” 

Namun kemudian terbukti ketulinan rakaman tersebut tapi dipertahan dengan Bohong Syarie.

Kupasan tanpa selidik yang mendalam PAS telah tidak berlaku adil penilaian pada Polis Evo 2, Rehal DBP, pindaan Akta 164 dan drama ‘Demi Tuhan Aku Bersaksi’.

DAP dituduh membawa agenda kristianinasi kerana PAS dangkal untuk memahami konsep Kingdom of God. Tapi pada waktu yang sama bersekongkol dengan PBS yang mempunyai agenda memurtadkan orang Islam melalui Operasi Potong Bawang.

Begitu juga PAS berpeluk erat MIC dan MCA sedangkan kerana dua parti ini menyebabkan usul persendirian RUU 355 terkehel dalam perjalanan.

Seorang PJ PAS didapati bersalah oleh mahkamah buat fitnah tapi masih tidak mahu menerima keputusan tersebut.

Siapakah harus dipersalahkan sekiranya keindahan keadilan Islam diragui oleh masyarakat?

https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/15/ruu355-ditentang-pihak-yang-bimbang-keadilan-islam/

PERALIHAN KUASA BERI IMPAK POSITIF EKONOMI NEGARA

AKUAN BERKANUN TIADA PENGARUH, PH MUKTAMAD PERALIHAN KUASA

RAKYAT TOLAK POLITIK BERLEBIHAN, FOKUS EKONOMI – RONNIE LIU

LEMBAGA DISIPLIN PKR BERI AMARAN KEHADIRAN ZURAIDA

GAMBAR BERBICARA

Gambar berbicara...Ceramah Muafakat National dikatakan di Perak dan gambar ini tidak diedit.Jika beginilah mn yang di hebohkan...nampaknya tak jadi la oiiiii.


Imam solat hajat la kononnya.Tapi bila mulut memfitnah dan dah kena kaw kaw 250k ,masih lagi angkuh dan sombong.Macamana la solat hajat nak diterima  Allah jika mulut pemfitnah mengaminkan doa hajat...Wallahuaklam....
Lebai....lebai...


Banyak fakta dan bukan lagi auta.Hutang kerajaan Negeri sampai nak bayar gaji kakitangan awam perlu pinjam kerajaan pusat. makna kata memang melingkup la akaun...kalau lah syarikat macam gini, tak lama la nak gulung tikar...tahniah..

Ketua Pemuda PH Sabah dipecat kerana lapor pembalakan atas tanah adat kepada SPRM



Ketua Pemuda Pakatan Harapan Sabah, dipecat dari tugas rasminya sebagai Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah.


Raymond Ahuar dipercayai dibuang kerja kerana membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang kegiatan pembalakan atas tanah adat di Nabawan. 

Ketua Pemuda PKR Sabah itu dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, mendakwa
beliau dimaklumkan secara peribadi mengenai pemecatan itu oleh bossnya, Christina Liew. 

Pemecatan itu juga dikatakan dicadangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dan mendapat sokongan majoriti menteri kabinet negeri.

Raymond yang juga Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) berkata, Liew memaklumkan beliau dipecat berikutan surat lawatan kerjanya ke Nabawan, sebuah daerah di kerusi Parlimen Pensiangan pada 12 Feb.

Lawatan itu diadakan berikutan aduan daripada masyarakat Murut mengenai syarikat pembalakan yang melakukan aktiviti pembalakan di atas tanah adat mereka.

“Saya hairan mengapa ia menjadi sebab pemecatannya sedangkan beliau telah membuat banyak lawatan ke kawasan itu sejak dilantik pada bulan Julai 2018.”

"Saya sentiasa turun padang dan lawatan seperti itu adalah biasa.

"Saya masih tunggu surat pemecatan rasmi, yang saya harap akan mengandungi sebab mengapa saya dipecat," katanya.

Bimbang aktiviti pembalakan, seperti lawatan kerja yang lain, Raymond mengeluarkan laporan susulan lawatannya ke Tatalaan II, Nabawan.

Laporan itu dilihat menyatakan kebimbangan mengenai syarikat pembalakan yang masih belum memulakan kerja-kerja pengukuran pecah geran.

Ini menyebabkan kelewatan kepada penduduk tempatan untuk menerima geran plot individu atas tanah milik masyarakat terbabit.

Beliau menggesa pihak berkuasa bertindak kerana syarikat itu telah melakukan aktiviti pembalakan melebihi 1,000 hektar di kawasan berkenaan dan permit syarikat itu tamat pada 7 Mac.

Raymond berkata beliau juga melihat kemusnahan alam sekitar yang teruk akibat aktiviti pembalakan termasuk pengurusan sisa minyak yang tidak teratur.

Laporan bertarikh 13 Feb itu tidak dikeluarkan oleh pejabat Liew tetapi melalui NGO Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia, yang mana Ahuar merupakan presidennya.

Laporan itu dikemukakan kepada Shafie, Liew, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah serta agensi-agensi kerajaan negeri yang lain.

Raymond memegang jawatan sebagai setiausaha politik kepada Timbalan Ketua Menteri selama 1 tahun 6 bulan.

Menerima pemecatan tersebut dengan hati terbuka, Raymond berkata beliau akan terus berkhidmat kepada rakyat Sabah atas kapasiti yang Lain.

TOKOH HEBAT DARI SABAH.PEMECATAN BELIAU DILIHAT JAUH DARI AGENDA REFORMASI SABAH



Tun Razak

Di Pemilihan Keadilan 2018 lalu seramai 5,700++ penyokong Raymond Ahuar keluar mengundi untuk beliau dan ini pun pemilihan kali kedua selepas pemilihan Cabang Pensiangan yang pertama dibatalkan..

Dianggarkan seramai 7,000++ penyokong Raymond Ahuar hadir pada Pemilihan Cabang Pensiangan kali pertama.. Walau hanya 4,472 undi beliau yang dikira menewaskan pencabarnya yang hanya mendapat 633 undi, namun belum ada sejarah seorang calon mendapat 4,472 undi malah belum ada satu cabang di Malaysia mempunyai 4,472 pengundi yang keluar mengundi pada Pemilihan Keadilan..

Sayangnya rakyat Pensiangan kepada beliau sanggup hadir ke pusat pengundian seawal jam 6 pagi dan hanya beredar jam 9 malam demi menyambut kemenangan "Kalawon" yang mereka sayangi..

Inilah yang menyebabkan beliau digeruni dan dihormati lawan dan kawan beliau.. Lawan sudah tentu akan melawan, rakan belum tentu ada yang setia.. Pemimpin sudah tentu ada yang menggunakan kekuatan beliau untuk mengukuhkan parti dan tidak mustahil ada "pemimpin" yang akan "pancung" beliau kerana kekuatannya mampu mencabar kedudukan "pemimpin" berkenaan..

Banyak fitnah dilemparkan kepada beliau namun belum ada satu pun dibuktikan sahih.. Walau telah menjadi kerajaan beliau tidak pernah berhenti memperjuangkan tanah adat, suku kaum serta menentang korupsi dan penyalahgunaan kuasa..

Saya yakin insan ini akan terus bersuara walau tanpa sebarang jawatan yang besar.. Saya berdiri teguh bersama Pahaka Raymond Ahuar..

#KalawanPensiangan
#SolidaritiRaymondAhuar
#ThePowerOfRaymondAhuar


TAHUKAH ANDA




Tahukah anda?

Sejak PH ambil alih kerajaan 9 Mei 2018

PH - kembalikan bayaran  royalti kpd krjn negeri.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/151165
BN - sekat bayaran royalti kpd krjn negeri.

PH - buka peluang kebebasan bersuara
BN - sekat kebebasan bersuara.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/04/tidak-nampak-tekanan-terhadap-islam-di-bawah-ph-kata-mufti-perak/

PH - benarkan pembangkang masuk berceramah/berdiskusi/berwacana di IPTA.
BN - sekat pembangkang berceramah/ berdiskusi/berwacana di IPTA.

PH - agih peruntukan untuk ADUN pembangkang.
BN - ???

PH - benarkan pembangkang merasmikan mesyuarat Agung PIBG.
BN - sekat pembangkang merasmikan mesyuarat Agung PIBG.

PH - dlm proses mewajibkan ahli politik isytihar harta.
https://www.malaysiakini.com/news/473013
BN - ???

PH - serius memerangi amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
https://www.malaysiakini.com/news/474341?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
BN - ???

PH - dlm proses untuk pinda akta 355.
https://www.malaysiakini.com/news/474351#.XMgGA4LVSzo.facebook
BN - ???

PH - SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara diletakkan di bawah parlimen.
https://www.malaysiakini.com/news/432150?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
BN - SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

BN - Mengekalkan Aktal Hasutan 1948.
PH - dalam proses untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948
http://www.kosmo.com.my/terkini/setahun-ph-akta-hasutan-akan-dimansuhkan-1.898161#.XNToeQdE7YI.facebook

PH - hapus hutang pinjaman projek bekalan air kerajaan negeri.
https://www.malaysiakini.com/news/477603?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
BN - ???

PH - Kerajaan perkenal elaun RM5,000 sebulan untuk Sasterawan Negara.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577599/sasterawan-negara-terima-elaun-penghargaan-rm5000-sebulan
BN - ???

PH - Kerajaan tubuh unit pantau hina Islam
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/430867/jakim-tubuh-unit-pantau-hina-islam-nabi-saw
BN - ???

PH - tubuh (GIACC) Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) yang bertujuan untuk menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan anti-rasuah di negara ini.
https://malaysiadateline.com/kerajaan-ph-tubuh-giacc/
BN - ???

PH - Dua lokasi perhimpunan aman akan diwartakan oleh kerajaan iaitu Padang Merbok dan Jalan Raja.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/581325/padang-merbok-jalan-raja-jadi-lokasi-perhimpunan-aman
BN - ???

PH - UPSI universiti awam pertama tawar program tahfiz Al-Quran Qiraat
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/551459/upsi-universiti-awam-pertama-tawar-program-tahfiz-al-quran-dan-qiraat/amp
BN - ???

PH - Penyelarasan undang- undang syariah hujung tahun hadapan.
https://www.sinarharian.com.my/article/35821/BERITA/Nasional/Penyelarasan-undang-undang-syariah-hujung-tahun-hadapan-Mujahid
BN - ???

PH - meluluskan Rang Undang-undang Akta Guaman Syarie 2019.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/473796/pencetus-martabat-mahkamah-syariah
BN - ???

PH - Usaha serap jawatan guru KAFA ke jawatan tetap.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/13/usaha-serap-guru-kafa-ke-jawatan-tetap-di-tahap-akhir-kata-fuziah/
BN - ???

PH - melancarkan Aplikasi telefon pintar Respons Rakyat (RR 2.0) untuk memudahkan orang awam membuat aduan dan memberi maklum balas berhubung sistem penyampaian perkhidmatan awam.
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1747683
BN - ???

PH - SEJARAH TERCIPTA..
Malaysia berada ditempat pertama sebagai negara terbaik di dunia untuk melabur bagi tahun 2019.
- Majalah CEOWORLD
http://www.mediayours.net/cgi-sys/suspendedpage.cgi
BN - ???

PH - Malaysia tangga pertama di Asia Tenggara dalam Indeks Kebebasan Media 2019.
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1747892
BN - ???

PH - Satu Jawatankuasa Pilihan Dewan Negara akan ditubuhkan dalam masa terdekat dalam usaha memperkasa institusi Parlimen.
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1749132
BN - ???

PH - Laksanakan semula SST ganti GST.
http://cempedakcheese.com/sst-berjaya-turunkan-harga-291-barangan/
BN - kekal GST

PH - Pelanggan sedia ada Streamyx hanya perlu membayar RM69 sebulan bagi menikmati internet pada kelajuan 8Mbps berbanding RM160 sebelum ini, bermula September ini.
Bagi pelanggan baharu, perlu membayar RM89 sebulan.
https://www.malaysiakini.com/news/485627?utm_source=dlvr.it&utm
BN - Bayaran bulanan rm160 bagi internet berkelajuan 8mbs.

PH - Peruntukan untuk JAKIM ditambah daripada 1.1 juta (2018) kepada 1.2 juta (2019)

Peruntukan untuk Jabatan Kehakiman Syariah ditambah daripada 5.57 juta (2018) kepada 68.4 juta (2019).
Peruntukan untuk Jabatan Pembangunan Syariah ditambah daripada 3.4 juta (2018) kepada 4.14 juta (2019).
Peruntukan untuk Pembangunan untuk Mahkamah Syariah ditambah daripada 19 juta (2018) kepada 22 juta (2019).

Peruntukan untuk agency Halal Industry Development Copration (HDC) yg sebelumnya TIDAK mendapat apa-apa peruntukan (zaman BN) telah diberi peruntukan sebanyak 11.2 juta (2019)

PH - Penubuhan Majlis Tahfiz Negara
https://www.sinarharian.com.my/article/55904/BERITA/Nasional/Majlis-Tahfiz-Negara-bakal-dilancar-tahun-depan
BN - ???

PH - Malaysia berada dalam kedudukan lebih baik dalam 'indeks keamanan' dan 'indeks rasuah' di peringkat dunia sejak pentadbiran kerajaan baru. 
https://m.malaysiakini.com/news/508159
Zaman BN - ???

PH - Kedudukan universiti Awam jauh meningkat lebih baik.
Perubahan demi perubahan dilaksanakan KPM sejak setahun yang lepas juga mula membuahkan hasil apabila Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking 2020 bagi lima universiti tempatan meningkat ketara terutama sekali dalam QS Asia.

Universiti Teknologi Petronas (UTP) dari 99 ke 82, Universiti Teknologi Mara (UTM) dari 47 ke 40, Universiti Sains Malaysia (USM) daripada kedudukan 43 ke 37, Universiti Malaya meningkat dari tangga 19 ke 13, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dari 41 ke 39.

Perkembangan itu membuktikan kerajaan berada di landasan tepat dalam menyediakan institusi pendidikan tinggi berkualiti ke arah Revolusi Industri 4.0.
https://www.malaysiakini.com/news/480663
Zaman BN - ???

PH - RUU Wakaf yang tetangguh sejak 1989 akan dibentang di Parlimen pada akhir tahun 2020.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata draf rang undang-undang itu telah siap dan kini sedang diteliti oleh pelbagai kementerian termasuk Kementerian Kewangan (MoF).
http://www.yadim.com.my/v2/ruu-wakaf-akan-dibentang-di-parlimen-akhir-tahun-ini/
BN - Tertangguh sejak 1989

PH - Sistem kehakiman lebih baik di bawah kerajaan Pakatan.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/219042?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
BN - ???

#KekalkanKerajaanPH
#KekalPembangkangBN
👍👍
#Celik minda
#Step by step