PMX & UNGA




Saya ambil masa untuk komen prestasi PMX di pentas UNGA- United Nations General Assembly. 


Bukan apa, sebab nak tengok respon akhbar luar negara. Ada tak yang pick up ucapan beliau. Saya cari seminggu ni, saya jumpa komentar CNN Indonesia dan ulasan seorang Pensyarah di sana. Yang gelar PMX Soekarno Besar. 


Oklah, a good start. Tujuan berucap di PBB bukan hanya untuk jadi jaguh kampung, bila akhbar domestik saja angkat PM tak hengat. 


Tapi kita nak Perdana Menteri Malaysia bawa mesej serantau dan sejagat. Sampai ucapan beliau negara lain puji dan ingat. 


Saya baca ucapan PMX dan tonton videonya. Ini pandangan saya: 


1. Saya impress dari segi substance. Dalam 15 minit, beliau cover banyak perkara. 8 sub topik semuanya. Dari perang Ukraine-Rusia ke kezaliman Junta Myanmar. Dari isu Climate crisis dan SDG ke isu Islamophobia. PBB pun dia back hand penuh diplomasi, mintak mereka berubah strategi. 


2. Ucapan PMX balance pada saya. Beliau bantai Israel mengenali isu Palestin. Tapi beliau juga hentam rejim Taliban Afghanistan atas penindasan wanita. Terutamanya hak kanak2 perempuan nak bersekolah.  Beliau bawa konsep Islam yang sederhana atau Wasatiyah. Itu yang diperlukan oleh dunia. 


3. Dari segi execution dan penyampaian, mula2 nampak PMX struggle nak membaca pakai prompter. Sebab dia seorang Orator, nampak janggal juga. Nampak stiff dan regimented. Nak banding dengan Jacinda Ardern, jauh beza la. Sebab Jacinda memang jenis membaca saja. Mungkin kalau free flow speech, PMX lebih selesa. Namun, oklah. Ada space untuk improvement. Walanon, jangan kecam saya. 


All in all, pada saya for his first appearance, substance wise kita boleh bangga. Cuma jangan selesa, banyak perlu dilakukan untuk pulihkan Malaysia. Barulah peringkat serantau kita boleh jadi juara. 


Nanti ada lah Taksuber lain panas dengan posting ni. Mereka akan bandingkan la dengan Negarawan mereka. Akan mengeji dan mencaci. Seolah2 nak naikkan pemimpin mereka kembali. 


Tiada siapa pun tolak beliau berjasa, level Negarawan pula. Cuma kita dah lantik Perdana Menteri Malaysia sedia ada. Tak salah sokong bila beliau mewakili Malaysia di peringkat dunia.


Teruskanlah doakan yang baik2 untuk Malaysia. Itu saja negara yang kita ada. Tiada yang kedua. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



RASUAH TERKAIT HAMZAH ZAINUDDIN

 


Aurora.


Hamzah terima duit 15 juta,




FITNAH APA HARI NI


 

PMX MEMANG SEORANG PEJUANG


 

WANITA DITAHAN KERANA MEMBERI RASUAH KERETA


 

JEBAT DERHAKA.


 

NI LA DIA PEMIMPIN HANGPA.


 

PERANGAI MELAYU. BENDANG TAK BUAT DOK MAKI ORANG.


 

KENAPA ISMAIL SABRI PERKENALKAN MOU


 

DAH BERUBAH


Gino Marvela.


 Semasa zaman awal ecommerce start-up dulu, hosting kami ambil dari negara luar. Program & design semua sendiri, wujudkan beberapa platform. Ada antara platform kami wujudkan QR code. Waktu itu kami ibarat bercakap dgn itik, semua org tak tahu QR tu apa. 


Kemudian utk bahagian urusan payment, kami hubungi perbankan Maybank, Public, RHB, CIMB...semua kata tidak ada bahagian yg mudahkan hubungan sistem perbankan dgn shopping cart. Kami ketika itu hanya guna aplikasi Paypal dan beberapa penyedia asing luar negara.


Urusan pos pula, tidak ada sistem yg mereka boleh sediakan trace pembelian dari server hosting ke penyedia sykt kurier. Ketika itu terpaksa urusan melalui Fedex. Hanya Fedex saja ada sistem yg boleh link dgn setiap pembelian. 


Bila proposal siap, bawa ke kementerian. Sekali lg kami ini ibarat bercakap dgn itik & ayam.


Kini 2023, semua berubah. Terlalu banyak penyedia tempatan yg menawarkan payment system. Dengan kehadiran Ai, semua kerja jadi mudah. 


Sejak sakit bermula 2013-2023, dah lama tak sentuh komputer. Kalau dulu zaman awal komputer, kerja programming, hacking, design itu mudah di hujung jari. Menyelinap di pelbagai cctv, kalau tahu alamat IP mana2 komputer...hantar traffic dos ke komputer sasaran dan letupkan dr jauh. Boleh menaip tanpa lihat papan keyboard, hanya berfikir saja terus taip.


Memang akan orang kata mana boleh letupkan komputer seseorang dr jauh. Itulah kerja GM, guna kepakaran IT, tingkatkan traffic dos utk overheat komputer sasaran. Guna kelemahan teknologi ketika itu. Kini teknologi dh berubah, firewall pun dh banyak malah lebih canggih. 


Itulah...dah terlampau nerdy dgn teknologi. Sehari tak pegang komputer, tangan menggigil.


Itu kisah lama...lani dok tenang-tenang saja. Ada posting kalian, GM baca. Kalau ada panggilan dr mana2 FDI, kami uruskan. Kadangkala di perlukan hadir ke mana sesi FDI itu berada. Tak bercakap pun takpa, mereka perlukan idea kritis kemana nak bawa halatuju pelaburan. 




Tapi lebihnya, sentiasa dgn rama-rama putih. Agak kelakar hidup nih. Itulah cabaran hidup. 😅



BUSUK HATI



Nazril iznil


 Tesla buka kilang di Thailand, Walaun seronok kegembiraan, mengapa?


Umum telah mengetahui bahawa PMX pada July, 2023 telah mengumumkan Tesla akan membuka Ibu Pejabatnya di Cyberjaya, Selangor (bukan KILANG).


PM Ismail pernah menjemput Tesla melabur di Malaysia tetapi tiada sebarang hasil.


Kalau hati dah HITAM dan BUSUK 🤦🤦😊😊



IDEA KHARI NI NAK HAPUSKAN PENCEN KALAU DIA BERADA DALAM UMNO , AKAN PUPUS UMNO DALAM MALAYSIA



IDEA KJ HAPUSKAN PENCEN PENJAWAT AWAM HANYA JADIKAN BEKERJA DENGAN KERAJAAN TIDAK LAGI DIMINATI.




Sebagai tanda sokongan terhadap cadangan menghapuskan pencen untuk Ahli Parlimen dan ahli politik yang berkhidmat dalam kerajaan, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bukan saja setuju sepenuhnya terhadap perkara itu, malah juga mahukan pencen untuk penjawat awam turut dihapuskan.

Bagaimanapun, kata beliau, cadangannya itu hanya untuk pengambilan baharu penjawat awam saja, bukan terkait mereka yang sedang dalam perkhidmatan ketika ini.

Khairy Jamaluddin atau KJ dilaporkan melontarkan idea penghapusan pencen penjawat awam itu sebagai jalan untuk membantu mengimbangi kedudukan fiskal negara.

Sebagai gantinya, mereka dikehendaki melakukan caruman dengan KWSP, sama seperti pekerja sektor swasta.

Dalam hal ini, mereka yang cuba berbahas berkaitan isu pencen hendaklah jangan terbabas dalam melontarkan idea masing-masing.

Ini kerana cadangan asal penghapusan itu hahyalah untuk ahli-ahli Ahli Parlimen dan ahli-ahli politik yang memegang jawatan menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik saja, tanpa menyentuh sama sekali penjawat awam.

Ini kerana, selain pencen mereka besar jumlahnya, syarat memperolehi pencen juga amat mudah iaitu hanya perlu berkhidmat selama tiga tahun atau 36 bulan saja dengan kerajaan.

Dengan itu, ramai yang melihat pembayaran pencen itu akan memakan jumlah wang negara yang besar, lebih-lebih lagi jika setiap lima tahun bila diadakan PRU berlaku pula pertukaran kerajaan.

Dengan itu, kewajaran untuk dihapuskan pencen tersebut ada munasabahnya.

Namun demikian, idea tambahan KJ agar penjawat awam baru yang diambil bekerja juga harus tidak lagi diberi pencen adalah cadangan yang amat keterlaluan.

Pertamanya, gaji penjawat awam di negara ini boleh dikira masih rendah berbanding sektor swasta, terutama pekerja bawahan dan pasukan beruniform.

Adanya pencen merupakan tarikan untuk mereka bekerja dengan kerajaan berikutan lebih terjamin masa depan selepas bersara nanti.

Tetapi, memandangkan gaji mereka masih relatif rendah, pencen yang menunggu setelah berusia 55 tahun juga tidaklah setinggi mana.

Jadi, kenapa benda sebegini mahu dimansuhkan?

Kedua, sekitar 90 peratus pekerja sektor awam adalah merupakan orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti negara ini.

Di mana-mana negara pun di dunia ini, pekerja sektor awam adalah dikuasai oleh penduduk majoritinya, tetapi dalam konteks negara kita, tidaklah pula ada sekatan untuk kaum-kaum lain bekerja dengan kerajaan.

Dengan mencadangkan penghapusan pencen itu, ia seperti meletakkan KJ tiada keprihatinan terhadap orang Melayu sendiri yang merupakan penduduk majoriti negara ini.

Ketiga, dengan tiada lagi pencen bagi sektor awam, ini sekaligus akan menjadikan bekerja dengan kerajaan bukan lagi sesuatu yang menarik untuk diceburi.

Sudahlah gaji lebih rendah berbanding sektor swasta, kemudian pencen pula dihapuskan, siapa akhirnya mahu bekerja dengan kerajaan?

Kecuali jika kerajaan mampu menawarkan skim gaji yang setaraf dengan sektor swasta, barulah minat itu mampu diwujudkan kembali.

Soalnya, mampukah kerajaan menggubal gaji yang tinggi itu dan tidak mungkinkah jika ia dilakukan, kosnya barangkali lebih tinggi lagi berbanding membayar pencen? – ShahbudinHusin 28/09/2023.







KETINGGALAN BETOI BILA SEMUA NAK SALAHKAN PMX.

 




Peniaga yang guna QR Code akan kena caj bermula 1 November. Tengok ruangan komen, macam dah boleh agak kerajaan dan PMX akan dipersalahkan.


Aku pun tak tahu dekat mana salah PMX dalam hal ni. Aku tak jumpa berita kerajaan yang beri arahan untuk kenakan caj tersebut. Jadi apa salah PMX?


Sebenarnya kadar diskaun peniaga (MDR) memang dah lama ada. Ia dikecualikan semenjak 2019 bagi menggalakkan penggunaan QR code dulu.


Kad kredit dan kad debit dah lama kena caj MDR ni. Pengecualian itu tamat 1 November ini. Jadi lepas ni QR pun dah balik asal seperti kad debit & kredit.


Dan caj ini dikenakan kepada peniaga je. Pengguna tak kena apa. Caj 50 sen yang dihebohkan tu untuk pindahan wang je. Lebih kurang caj interbank GIRO. Yang biasa guna QR ni tahu la. Aku tak biasa pakai.


Mana aku tahu semua ni?


Sebab aku baca. Yang bodoh, malas baca, itu yang melalak salahkan kerajaan. Dahlah bising tak kena tempat. Peniaga kena caj, dia yang heboh lebih.


Lepas tu salahkan kerajaan yang tak kena mengena langsung. Susah berhadapan dengan komuniti yang malas membaca ni. Tahunya salahkan kerajaan je.


Kalau rasa kesian pada peniaga yang kena caj MDR ni, jangan guna QR. Bawa la cash pergi mana-mana. Apa susah? Allah kurniakan otak tu, berfikir. Bukan buat perhiasan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DARI DULU PAS ANGGAP TUDUHAN LIWAT ADALAH KONSPIRASI. TAPI KINI MEREKA PULA PELAKU QAZAF




1. Sejak 2017 PAS konsisten berkata tuduhan ke atas Anwar itu konspiasi, kini Walaun's  berlumba-lumba lakukan Qazaf...!


2. Pimpinan PAS yang mengelarkan diri mereka Ulamak, bisu seribu bahasa bila Radzi Jidin buat Qazaf.


3. Kemudian Walaun's  sambung Qazaf di fb dan WhatsApp  pula.


4. Mungkin dengan cara tu Walaun's  ingat akan sakitkan hati lawannya, tapi sebenarnya kita kesian betapa mudahnya menjadi fasiq dengan hanya guraun Qazaf.


5. Pimpinan PAS mungkin anggap, bukan aku yang Qazaf tapi pengikutnya. Lalu dibiar. Lantaklah..


6. Mungkin mereka lupa dengan Sabda Nabi "Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpin".


7. Perkara yang samar2, banyak keraguan, banyak pengakuan konspirasi. Eloklah ditinggalkan.


8. Tak berbaloi untuk jadi Fasiq kerana disisi Allah pelaku Qazaf adalah KAZZAB. Pembohong Besar.


9. Takkan semata-mata nak mengata PM, kita risikokan iman kita.


10. Jangan kata abam tak ingatkan. Abam telah jalankan tugas abam.


CnP : Ahmad Mursi


BEKAS MENTERI PAS TUNJUK JAHIL ISU BERAS TEMPATAN*



*Ahmad Mursi* ✍️


1. Ustaz Idris Ahmad komen di fb:"Beras tempatan 65%. Beras import 35%. Tiba2 beras tempatan tdk ada.  Luar tabi’i betullah."


2. Ini satu contoh bekas Menteri 'Batu' yang PAS pernah lahirkan. Bahaya jadi Menteri bila asas ekonomi "Supply and Demand" pun tak boleh faham. 


3. Sebelum ni ada juga bekas menteri sign kelulusan kontrak berbillion-billion tapi tak tau apa yang disign. Percaya pada pegawai.


4. Aku bagi analogi mudah je untuk NAIB PRESIDEN PAS ni faham. Bagi canggih nanti tak faham.


5. Ada 100 Walaun dan 65 WalaunTit. Jika semua 100 walaun nak kahwin, cukup ke 65 Walauntit tu? Tentulah tidak. Maka kena import 35 isteri non-walauntit. Belum kira kalau Walaun kahwin 2-3.


6. Dulu orang Malaysia tak hairan pun Beras Tempatan ke, Beras Import ke. Beli je asal namanya Beras. Harga pun beza sikit je.


7. Bila India ban export beras, harga melonjak naik, tiba2 semua rakyat Malaysia cari beras tempatan walhal beras kita boleh cover 65% penduduk je. Sama macam 65 Walauntit tadi. 


8. Ada yang 'panic buying' beli berpuluh kampit. Sama macam walaun yang berpoligami kawin 2-3-4 tadi.


9. Itu belum kira yang sorok, seludup, tukar paket. Itu tabi'e pasaran Ustaz. Bukan luar tabi'e macam otak Ustaz yang kena cuci sikit tu.


*INTERVENSI KERAJAAN MADANI*


10. So apa kerajaan buat? WAJIBKAN 20% beras Tempatan diserah pada BERNAS, biar kerajaan yang edar. So, boleh elak manipulasi pembekal yang sorok dan seludup ni.


11. Itulah datangnya 700 tan metrik beras tempatan yang FAMA dan LPP dah start edar. Walaun pula dok sebar fitnah kata kerajaan sorok. Khawarij genius ni.


12. PUNCA segala masalah ni sebab harga TERLAJAK MURAH RM2.60. Itu yang kacau ekosistem pasaran beras di peringkat pembekal.


13. Kerajaan kena betulkan sistem kawalan harga dan subsidi supaya sampai terus pada sasaran.


14. Baik harga beras ikut harga pasaran dunia dan kerajaan bagi subsidi terus kepada rakyat yang layak. 


15. Sekarang ni orang kaya yang dapat jauh berganda-ganda manfaat segala macam sabsidi. Tu belum kira pendatang asing yang kuat makan nasi.


16. Sebab tu Rafizi dan Kerajaan dok kalut siapkan PADU. Database lengkap sosioekonomi rakyat. Baru tau keadaan sebenar rakyat yang layak terima subsidi dan buat Subsidi Bersasar.


17. Sepatutnya Ustaz Idris jadi menteri, jangan makan gaji buta. Hari tu kata konon bagi 5 hari je, PAS boleh terbalikkan Malaysia. Akhirnya, apa pun tak buat..


Follow saya di

https://www.facebook.com/ahmursi/posts/723666666466725



SURAT PENGHARGAAN DARI PRESIDEN PALESTINE KEPADA ANWAR

 






NAJIB BAKAR


Surat penghargaan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kepada PMX Anwar Ibrahim atas ucapan beliau membawa isu Palestin di pentas PBB.

Selain surat ini, PMX turut digelar "Sukarno Besar" oleh rakyat Indonesia, satu penghormatan luar biasa.

Mereka bisa membezakan yang mana intan, yang mana kaca.

 


CERAMAH SANUSI PENUH PEMBOHONGAN.


WOII- BINI WAN ROSDI BUKAN ORANG KEDAH- ORANG  KUBANG SEMANG BUKIT MERTAJAM. MENGAKU ORANG KEDAH.





RENTASAN 1457 | PANAS!! KEMENANGAN PN KEMAMAN DIBATALKAN, AHMAD SAID DIC...



MENARIK DALAM RENTASAN 1457
1. KEMENANGAN PN KEMAMAN DIBATALKAN, MANA MARUAH PAS? 2. KENAPA KITA PERLU KEMPEN ANTI BERITA TIDAK BENAR DAN FITNAH? 3. FITNAH AGAMAWAN YANG MENAKUTKAN, BUKAN HOWARD





KJ puji jawapan Anwar, Anwar rombak kabinet?, 'Saya bukan nak kelahi den...



Antara paparan Sekilas Fakta 27 September 2023: 1) 'U mahu buat ke tak?' - Exco Melaka terjah kilang beras, cari 'tunggul' 2) Dikritik ugut pengilang beras, Akmal minta pemimpin MCA diam 3) Siasatan projek buku berkaitan Radzi bermula sebulan lalu - SPRM 4) Rombakan kabinet selepas PRK Pelangai, ada pemimpin negeri ke pusat - sumber 5) Khairy setuju mansuh pencen ahli Parlimen, penjawat awam 6) KJ: Jawapan Anwar isu LGBT 'baik' tapi tak menangi mana-mana pihak 7) 'Menteri boleh mai Langkawi pakai seluar pendek'








BANTAH TIADA PEMILIHAN PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN UMNO, TIBA2 WALAUN...

SET KITO JANGAN PECAH





 Jualan beras Rahmah memanglah tak selesaikan masalah ketiadaan beras. Sebab punca masalah tu di India bila kerajaan India sekat eksport beras. Tapi setidaknya ada usaha kerajaan untuk bantu rakyat.


Bagaimana dengan Kelantan? Masalah bekalan air yang berpanjangan. Apa usaha kerajaan selain dari minta duit daripada kerajaan pusat. Bantu ohn guna bekalan air dari pili bomba. Selain tu suruh rakyat gali telaga sendiri. Apa kes?


Payah kalau jenis yang tak reti nak tengok cermin ni. Sibuk kata muka orang berjerawat sedang muka sendiri dipenuhi cela, jerawat panau dan berdaki. Memang mereka ni takkan sedar diri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MALAYSIA NOW KATA LAIN. BANK NEGARA KATA LAIN.


Md Firdaus


 Jangan pancut awal. Kalo jadi pun hanya 0.50 dari transaksi RM5000. Ape-ape  tunggu kenyataan dari bank negara




GENERATIONAL GAP



Mari kita kaji umur 4 Perdana Menteri terawal dilantik jadi PM: 


PM1 umur 54 tahun

PM2 umur 48 tahun

PM3 umur 54 tahun

PM4 umur 56 tahun 


Selepas ni, succession plan kita hancur. Bila mana TPM PM4 dipenjarakan. Kita angkat PM5 berumur 64 tahun. Era nya pun singkat sekali. 


Selepas dia, kita semangat kembali. PM6 berumur 54 tahun. Nampak bijak, gagah dan meyakinkan. Malaysia surely akan ke hadapan. Namun bukan panas hingga ke petang, turun hujan di tengah jalan. 


Selepas episod ini, kelam kabut Malaysia. Seat PM jadi musical chair. Perebutan Pemimpin Boomers dan Dinosaur. 3 kali bertukar dalam satu penggal. Rakyat pun naik bosan. 


PRU15, diangkat PM10 yang jadi PM tepi 24 tahun lamanya. Umurnya 75 tahun. Ini pada saya kepimpinan tertunda. Episod bersejarah dalam negara. 


Beliau ada 5 tahun ini untuk buktikan segalanya. PRU16 tidak pasti lagi beliau relevan. Bergantung pada prestasi reformasi. 


Namun, ada juga poltikus Boomers nak jadi PM lagi sekali. Kalau2 PM10 tersasar jadi Perdana Menteri. Ini pada saya sedih sekali. 


PRU16 nanti, golongan Millenials dan Gen Z akan jadi pengundi teramai. Mereka alert IT, AI dan semua maklumat di hujung jari. Tapi yang nak jadi Perdana Menteri, lahir sebelum merdeka lagi? Seriously? 


Takde la saya nak PM kita umur bawah 40an. Set2 muda yang kurang pengalaman. Yang ada puppet master di belakang. Dan hanya pandai show tantrum. 


Apa kata kita balik kepada trend sebelumnya? Lantik PM bawah umur 60. Yang sedang2 elok nak memerintah negara. 


PMX perlu buat succession plan sudah. Max pun dia boleh bertahan 2 penggal. Selepas itu, kena pass batton pada yang lebih muda. Moga dari sekarang kita dah mula. 


Sudah2 negara dipimpin oleh politikus dinosaur. Simply said, mereka perlu let go. 


Sudah2 la duduk dalam bubble, hanya anda saja yang layak memerintah negara. Generational Gap perlu ada. 


Kalau tak habis negara. Geng Boomers ini berdendam dan buat porak peranda. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



TENGOK BEZA PROFESIONAL DENGAN LEBAI SANGKUT.



Tengok orang professional yang suci hati. Ditukar dengan panelis lain dalam program di Kedah atas arahan pihak atasan.


Tapi sikit pun tak menuding jari salahkan sesiapa. Tak ada pun kata dakwah dihalang. Sebaliknya doakan pula agar program berjalan dengan lancar.


By the way, puak acah suci tu, kalau dia buat tak apa. Kalau orang lain buat habis berdosa, masuk Melaka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Memperkasa sektor PMKS antara tumpuan Belanjawan 2024


 Belanjawan 2024 yang dijadualkan untuk dibentangkan 13 Oktober ini, akan bersandarkan pada kerangka MADANI dengan memberi fokus kepada nilai pembangunan serta pekerjaan dalam sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).



Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata, Kementerian Kewangan (MOF) akan memperkasa sektor tersebut supaya dapat bersaing dalam ekonomi baharu, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara.



"Hal ini adalah kerana PMKS merupakan antara pemacu utama ekonomi dengan kadar pertumbuhan dan peluang pekerjaan selain sektor tersebut paling terkesan terutama pada masa pandemik Covid-19.



"Oleh itu, kita perlu membina semula PMKS, keduanya kita juga nak membantu sektor tersebut meningkatkan rantaian nilai… menaikkan siling supaya PMKS kita boleh bersaing bukan sahaja di Malaysia tetapi global dalam ekonomi baharu, digital, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi hijau," katanya dipetik.



Beliau ditemui pada Majlis Tayangan Dokumentari dan Pengumuman Penerima Manfaat Program Rangkaian Arkeopelancongan Wilayah Utara Malaysia di Kuala Lumpur semalam.



Sementara itu Sim berkata proses merancang belanjawan kali ini menerima sambutan paling ramai dengan membabitkan sebanyak 8,000 maklum balas secara bersemuka dan 11,000 menerusi portal kementerian.



"Apa yang kita mahu adalah Belanjawan 2024 ini boleh mencerminkan aspirasi semua lapisan masyarakat di Malaysia tidak kira kaum, agama, jantina dan negeri, di mana kita jelajah semua negeri untuk mendapat pandangan daripada semua pihak," katanya kepada pemberita.

 

RM 1bilion galak tanaman padi di Sarawak langkah tepat - Abang Zulkifli


 Tindakan Primier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan peruntukan RM1 bilion untuk menggalakkan penanaman padi di Sarawak baru baru ini merupakan satu tindakan yang tepat.


Menurut Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh (gambar atas, menunjuk pelan), usaha berkenaan amat wajar memandangkan bumi Sarawak yang sangat subur dan masih banyak kawasan terbiar, terutama di kawasan rendah.


"Muka bumi Sarawak yang luas dan subur mampu menampung keperluan negeri dari segi tanaman padi. Asasnya ialah Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan perlu serius melakukannya. Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) pula harus dipertingkatkan di semua sudut.


"Rancangan Kerajaan Sarawak mewujudkan pusat penyelidikan di semua bahagian negeri ini wajar disambut baik oleh warga Sarawak.


"Kajian pusat R&D ini kelak diharapkan bukan sahaja tertumpu kepada tanaman makanan tetapi ada kajian supaya tumbuhan yang terdapat di Sarawak dikaji keseluruhannya dari segi khasiat untuk perubatan alternatif," katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zul mencuba menuai padi bersama pesawah

Ketua Cabang KEADILAN Batang Lupar itu menambah, pusat penyelidikan perlu mengkaji pelbagai tumbuhan yang tumbuh di negeri itu yang masih banyak belum diteroka khasiatnya dan diguna secara tradisional tanpa mengetahui secara tepat kandungan nilai perubatan.


Katanya, banyak saintis dunia mahu bekerjasama dengan pusat penyelidikan asalkan kerajaan Sarawak memberi galakan mencukupi.


"Saya yakin para saintis di negara maju berminat untuk berkhidmat di Sarawak. Lebih lebih lagi mereka yang berminat untuk berhijrah pada usia persaraan. Saya berpendapat Sarawak mempunyai tarikan.


"Oleh itu, selain membangunkan Pusat Sains Sarawak, Kerajaan juga disaran mewujudkan penempatan saintis .


"Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang dipromosi bagi membenarkan pesara negara asing yang memenuhi syarat-syarat menetap di Malaysia harus dipromosikan dengan lebih agresif. Kelainannya ialah, kawasan penempatan yang disarankan ini dikhususkan untuk para saintis," ujarnya.


Dalam kenyataan itu juga, Abang Zul mencadangkan kepada kerajaan Sarawak untuk memajukan beberapa kawasan yang sesuai bagi tanaman padi yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan.


"Sebagai anak kelahiran Saribas, saya memohon supaya Primier memberi perhatian di Kawasan Delta Saribas; kawasan di Muara Kuala Saribas dan di sepanjang Batang Saribas dan Sungai Rimbas.


"Kawasan ini merangkumi dua kawasan Parlimen, iaitu Parlimen Batang Lupar Dan Parlimen Betong. Kawasan tersebut memang dikenali oleh warga Saribas sebagai kawasan yang sangat subur," katanya lagi.


Cadangan Sarawak sebagai Jelapang Padi Kedua negara juga ditimbulkan oleh Senator Abun Sui Anyit di Dewan Negara.


Sekiranya hal itu menjadi kenyataan maka Sarawak dijangka akan menjadi pembekal beras putih tempatan untuk keperluan Malaysia Timur dan akan mengekang kenaikan harga serta menutup kekurangan bekalan beras di Semenanjung.