KETINGGALAN BETOI BILA SEMUA NAK SALAHKAN PMX.

 




Peniaga yang guna QR Code akan kena caj bermula 1 November. Tengok ruangan komen, macam dah boleh agak kerajaan dan PMX akan dipersalahkan.


Aku pun tak tahu dekat mana salah PMX dalam hal ni. Aku tak jumpa berita kerajaan yang beri arahan untuk kenakan caj tersebut. Jadi apa salah PMX?


Sebenarnya kadar diskaun peniaga (MDR) memang dah lama ada. Ia dikecualikan semenjak 2019 bagi menggalakkan penggunaan QR code dulu.


Kad kredit dan kad debit dah lama kena caj MDR ni. Pengecualian itu tamat 1 November ini. Jadi lepas ni QR pun dah balik asal seperti kad debit & kredit.


Dan caj ini dikenakan kepada peniaga je. Pengguna tak kena apa. Caj 50 sen yang dihebohkan tu untuk pindahan wang je. Lebih kurang caj interbank GIRO. Yang biasa guna QR ni tahu la. Aku tak biasa pakai.


Mana aku tahu semua ni?


Sebab aku baca. Yang bodoh, malas baca, itu yang melalak salahkan kerajaan. Dahlah bising tak kena tempat. Peniaga kena caj, dia yang heboh lebih.


Lepas tu salahkan kerajaan yang tak kena mengena langsung. Susah berhadapan dengan komuniti yang malas membaca ni. Tahunya salahkan kerajaan je.


Kalau rasa kesian pada peniaga yang kena caj MDR ni, jangan guna QR. Bawa la cash pergi mana-mana. Apa susah? Allah kurniakan otak tu, berfikir. Bukan buat perhiasan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.