DR MASZLEE JAWAB


 

PULAK DAH


 

KEH KEH KEH.... KIOK


 

IQ 78


 

SCAMMER KOT KENA TAHAN NI


 

FA 50 DIJANGKA TIBA BULAN INI


 

BAGUS...INI YANG KITA MAHUKAN.


 

IKUTI KISAH KETEGASAN PENGARAH AKPS


 

DULU RAMAI PERSOAL.

 







Ketika Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ditukarkan daripada jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada pertengahan 2025, keputusan itu mengundang persoalan sebahagian masyarakat.


Shuhaily ketika itu dikenali sebagai antara pegawai kanan polis yang lantang dan tegas dalam isu jenayah.


Maka apabila beliau meninggalkan JSJ, ada yang melihat pertukaran tersebut seolah-olah beliau diketepikan.


Malah seperti tangkap layar hantaran lama yang kembali dikongsi, ada netizen ketika itu mempersoalkan mengapa pegawai yang dianggap tegas terhadap jenayah dihantar ke sebuah agensi baharu.


Tetapi penjelasan rasmi kerajaan ketika itu sebenarnya berbeza.


Shuhaily bukan sekadar “ditukarkan”.


Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS selama dua tahun mulai 1 Julai 2025, dengan kerajaan menyatakan pengalaman 26 tahunnya dalam PDRM diperlukan untuk memperkukuhkan kawalan sempadan dan budaya integriti.


Lebih setahun kemudian, gambaran mengenai tugas yang diberikan kepadanya semakin jelas.


AKPS yang dipimpinnya kini berada di barisan hadapan mengawal pintu masuk negara, termasuk KLIA, pelabuhan dan sempadan darat.


Sepanjang 2026 sahaja, AKPS merekodkan rampasan bernilai lebih RM265 juta — lebih tiga kali ganda berbanding kira-kira RM80 juta pada tahun sebelumnya. Rampasan itu antaranya melibatkan dadah dan sisa elektrik serta elektronik.


Shuhaily juga membawa pendekatan penguatkuasaan yang keras ke pintu masuk negara.


Kontroversi terbaharu di KLIA memperlihatkan sendiri bagaimana beliau turun dalam operasi terhadap kegiatan “ulat” warga asing.


Beliau kini berdepan laporan polis berkaitan insiden tersebut dan perkara itu sewajarnya disiasat secara bebas. Shuhaily sendiri menyatakan kesediaannya menerima apa juga keputusan kerajaan.


Tetapi dalam masa sama, beliau menegaskan satu perkara mengenai misi yang sedang dibawanya:


“Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang.”


Kalau dilihat kembali, perpindahan dari JSJ ke AKPS sebenarnya bukan bermaksud kerajaan menghantarnya ke jawatan tanpa fungsi.


Ketua Polis Negara sendiri ketika serah tugas pada 2025 menyifatkan langkah itu sebagai strategi membawa budaya kerja dan kepakaran PDRM ke agensi penguatkuasaan lain bagi meningkatkan keberhasilan negara.


Shuhaily juga pernah berkata ketika hari pertama mengetuai AKPS bahawa mandatnya ialah memastikan agensi baharu itu benar-benar kelihatan dan memberi impak kepada masyarakat.


Dulu ada yang bertanya:


Kenapa pegawai yang tegas memburu penjenayah dipindahkan dari JSJ?


Selepas lebih setahun, sekurang-kurangnya tujuan rasmi penempatan itu semakin jelas.


Daripada memburu penjenayah melalui JSJ, Shuhaily diberikan tugas membina dan mengetuai benteng baharu di pintu masuk negara.


Dan angka rampasan RM265 juta tahun ini memberikan satu ukuran konkrit tentang kerja yang sedang dilakukan AKPS.


Kadang-kadang pertukaran jawatan bukan bermaksud seseorang itu diketepikan.


Kadang-kadang kerajaan memang mahu pengalaman orang itu digunakan di medan yang lain.


#unofficialinfo






"HAFSA"

 







Afiq Nordin


Lepas buat hantaran tentang penghantaran pulang warga Myanmar dari Malaysia semalam, ramai mula tag saya pada satu hantaran.


Bukan tentang 1,476 orang yang dihantar pulang, tapi berkaitan dengan seorang remaja perempuan bernama “Hafsa”.


#Pertama


Semalam Malaysia dah hantar pulang 1,476 warga Myanmar melalui tiga kapal Tentera Laut Myanmar.


Kumpulan itu terdiri daripada 1,370 lelaki, 79 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan.


KDN ada kata yang perlarian ini setuju untuk pulang secara sukarela. 


#Kedua


Tapi dalam hantaran yang dibuat oleh Dennis Chan, dia mendakwa “Hafsa” berusia 15 tahun, tinggal bersama keluarganya di Malaysia sejak 2020 dan ditahan pada malam 29 Mei 2025 ketika pulang membeli barang.


Tarikh itu bertepatan dengan Ops Kachi di Selayang Utara yang bermula sekitar 10.45 malam.


Dalam operasi itu, 1,435 individu diperiksa, termasuk 1,222 warga Myanmar dan 160 kanak-kanak. 


Sebahagian besar yang ditahan telah dibebaskan, manakala yang ada isu dokumentasi diserahkan untuk semakan lanjut. 


Setakat semakan saya, belum ada pengesahan bahawa gadis dalam gambar itu ditahan dalam operasi itu atau berada dalam tahanan selama setahun empat bulan.


“Hafsa” juga dikatakan bukan nama sebenar.


#Ketiga


Perkongsian itu turut mendakwa remaja berkenaan pernah dipukul ketika dalam tahanan.


Seorang pegawai wanita pula dikatakan ada benarkan dia guna telefon untuk hubungi keluarga, termasuk bertanya tentang ibu dan adiknya yang berusia lima tahun.


Dakwaan ini serius, tapi setakat ini saya belum jumpa laporan polis, rekod perubatan, kenyataan SUHAKAM, UNHCR atau pengesahan rasmi lain yang membuktikannya.


Jadi ia perlu kekal disebut sebagai dakwaan.


#Keempat


Jadi apa persoalannya dalam isu ini?


KDN ada kata proses ini dibuat secara sukarela dan dengan persetujuan individu.


Tapi menurut Dennis, enam hari sebelum penghantaran pulang, “Hafsa” dikatakan menghubungi keluarganya sambil menangis dan meminta supaya dia tak dihantar pulang.


Kalau kedua-dua kenyataan ini merujuk kepada individu yang sama, kita perlu dapatkan penjelasan.


UNHCR kata mereka tak terlibat dalam program ini dan mengingatkan bahawa Myanmar masih belum selamat untuk kepulangan pelarian.


Sifat “sukarela” bagi setiap individu juga belum dapat disahkan secara bebas. 


#Kelima


Dennis turut menyenaraikan kemungkinan “Hafsa” berdepan kerja paksa, eksploitasi seksual atau pengambilan ke dalam tentera bila tiba di Myanmar.


Risiko pencabulan hak asasi dan pengambilan kanak-kanak pernah didokumentasikan, tapi kita tak boleh kata yang tiga perkara itu pasti akan berlaku kepada dia.


Dakwaan yang undang-undang kerahan tentera Myanmar dikemas kini untuk memasukkan kanak-kanak sejak lewat 2025 juga tak tepat seperti yang ditulis.


Umur rasmi kerahan tentera tak merangkumi kanak-kanak berusia 15 tahun, walaupun pengambilan kanak-kanak secara paksa pernah dilaporkan. 


#Keenam


Isu pelarian dan migran tanpa dokumen di Malaysia memang perlukan jalan penyelesaian.


Kerajaan dah pun pilih untuk hantar mereka pulang secara berperingkat sebagai salah satu pendekatan.


Apajua pendekatannya, proses ini perlu aman, bermaruah, sukarela, bermaklumat dan selamat.


Saya yakin mereka juga rindukan tanah air mereka dan sentiasa pasang niat untuk balik kesana.


Cuma biarlah mereka sampai ke sana dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang kerisauan dan ancaman.


Apapun, kita tunggu penjelasan KDN dan JIM tentang kisah “Hafsa” ini.


Saya dah dalam kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Harap bila sampai nanti adalah satu kenyataan rasmi tentang isu ini.




@jasonyew_ Join PM Anwar Ibrahim menyertai Pit Lane Walk di


 

PMX TINJAU LITAR SEPANG

 


Berkesempatan mengadakan tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang bagi melihat persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026 yang akan bermula esok.











Saya turut meluangkan masa menyantuni peminat F1 yang menyertai sesi pit lane walk, selain bertemu para sukarelawan dan petugas yang gigih memastikan segala persiapan berjalan dengan baik.


Saya menghargai kerjasama erat Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC) dalam menjayakan penganjuran ini.


Penghargaan kepada seluruh pasukan penganjur, petugas dan sukarelawan atas komitmen memastikan setiap urusan terlaksana dengan teratur dan selamat.


Semoga penganjuran ini berjalan lancar dan meninggalkan kenangan bermakna buat peminat serta pengunjung, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia.


🇲🇾🤝🇧🇭 


#MalaysiaMADANI

#YakinMADANI

#F1




Jawapan Datuk Seri Mohd Suhaily terhadap video tular pada 28 Sept 2026 di KLIA Terminal 1, aras 5 tu. Hari ini 1 Okt 2026,




 Salman Al Farisy II





Jawapan Datuk Seri Mohd Suhaily terhadap video tular pada 28 Sept 2026 di KLIA Terminal 1, aras 5 tu. Hari ini 1 Okt 2026,

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain buat sidang media khas di Putrajaya ‼️
Ini kenyataan jawapan beliau 👉
1. Apa yang berlaku : Beliau bersama pasukan buat tinjauan kesiapsiagaan AKPS sempena kemasukan pelancong untuk Formula 1 hujung minggu ini. Selepas itu terus buat penguatkuasaan terhad di aras 5 susulan aduan sindiket 'ulat' warga asing dan cubaan seludup dadah ke Eropah yang hampir setiap hari berlaku.
Seorang warga asing disyaki 'ulat' ditahan dan dibawa ke bilik pemeriksaan bagasi milik AVSEC.
"Ingin saya tegaskan di sini setegas-tegasnya bahawa penguatkuasaan itu hanya melibatkan pegawai AKPS dan AVSEC. Dalam bilik itu, sepatutnya hanya ada pegawai daripada AKPS dan AVSEC sahaja,"
2. Siapa yang rakam : Tanpa disedari, dua individu tidak dikenali muncul dan merakam sesi soal siasat itu. Bila pegawainya dekati dan check rakaman, beliau arahkan rakaman dipadamkan dan beri amaran paling tegas.
3. Dakwa ada usaha cemar imej : Beliau kata ada 2 laporan polis dibuat terhadapnya sehari selepas kejadian dan satu lagi pada 5 pagi 30 Sept. Susulan itu, beliau dan pasukannya buat laporan balas.
"Saya dan pasukan saya setelah berbincang, terpaksa membuat satu laporan polis untuk mengatakan bahawa ada usaha mungkin untuk mencemar nama atau imej AKPS secara amnya dan khususnya nama saya,"
Penyebaran rakaman itu juga dipercayai ada unsur berniat jahat untuk jejaskan reputasi beliau sebagai Ketua Pengarah AKPS
4. Sedia bertanggungjawab : Ini ayat paling viral dari beliau
"Saya telah memaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan dan juga kementerian mengenai perkara ini. Justeru, apa jua keputusan mereka, saya terima. Bagi saya, untuk mengubah sesuatu ia mempunyai harga. Sekiranya harga itu adalah diri saya, maka saya bayar dengan diri saya,"
Dalam laporan MalayMail dipetik sebagai "If the price is me, I'll pay it".
Beliau juga kata : "Saya tidak sempurna. Saya telah mengatakan perkara itu banyak kali. Dan hari ini, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, saya mengakui dan berdepan dengan ketidaksempurnaan saya,"
5. Isu kontak fizikal / pegang kepala : Video tular nampak individu mirip beliau pegang kepala individu lain dengan agak keras. Wartawan tanya pasal laporan polis yang dakwa beliau mengasari.
Jawapan beliau : Enggan ulas. "Saya tidak mahu mengulas sama ada kontak tersebut berlaku ataupun tidak kerana nanti ia akan menjadi 'my words against his words'. Tak habis. Saya biarkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat lebih lanjut,"
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy

Tokoh tokoh yang ada kontraversi tak sepatutnya ada dalam Kabinet Madani










#BHNasional Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli tegaskan akan meletak jawatan jika mahkamah buktikan beliau betul-betul menyesatkan orang.









Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan masyarakat







Ahmad Faizuddin



 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan masyarakat supaya tidak sekadar berbicara mengenai perpaduan, sedangkan tutur kata dan tindakan sendiri akhirnya menjadi pencetus kepada perpecahan.

Baginda bertitah, masyarakat perlu membina sikap mahu mendengar dan memahami, bukannya hanya mahu pandangan sendiri didengari atau terlalu mudah menghukum pihak lain.
“Marilah kita mengamalkan sikap murni untuk tidak menjadi insan yang hanya mahu didengar, tetapi tidak mahu mendengar, tidak menjadi insan yang mudah menghukum, tetapi enggan memahami, dan tidak menjadi masyarakat yang berbicara tentang perpaduan, sedangkan kata-kata sendiri menyalakan perpecahan.”
Titah itu disampaikan baginda ketika Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) kali ke-75 di Putrajaya.
Dalam titah sama, Sultan Nazrin menekankan bahawa perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi punca permusuhan. Sebaliknya, masyarakat perlu mengurus perbezaan dengan ilmu, kesabaran dan rasa hormat.
Baginda turut mengingatkan bahawa sebuah masyarakat tidak menjadi kuat hanya kerana semua anggotanya mempunyai pandangan yang sama, tetapi kerana mempunyai kebijaksanaan untuk menguruskan perbezaan.




Tun Faisal dah siar bukti bersurat lafaz sumpah Bai'ah anggota ADUN/MP BERSATU


Ahmad Hussein 





 Tun Faisal dah siar bukti bersurat lafaz sumpah Bai'ah anggota ADUN/MP BERSATU

Saya secara peribadi tak pernah setuju mana² parti politik dalam konteks Persekutuan Malaysia kita melakukan ikatan Bai'ah.
Itu kerana Bai'ah dalam sesebuah Daulah Islamiah tak boleh ada dua(2); perlu satu(1) sahaja iaitu kehadapan Ulil Amr' berdaulat.
Saya tak pasti adakah ikatan Bai'ah sedemikian turut wujud dalam PKR dan parti AMANAH Mohamad Sabu, itu saya tak tahu.
Saya nasihatkan, jika mahu ikat ahli parti, maka cukup guna saluran perundangan sivil.
Ya, kerana setiap ahli politik cabang eksekutif tiada hak keatas batang tubuh ummah yang telahpun memiliki Ulil Amr' Daulah Islamiah sistem Persekutuaan Melayu Raya@MA63.
Saya harap PM Anwar Ibrahim teliti saranan saya supaya R.O.S batalkan semua pendaftaran parti politik yang didapati melakukan ikatan sumpah Bai'ah terhadap Presiden/Parti.
Sumpah Bai'ah yang sebenar hanyalah kehadapan Ketua Agama Islam & Ketua Negeri/Negara, tak boleh ada Bai'ah selainnya.
Jika ada DWI-BAI'AH, padahnya berlaku seperti Exco PAS Negeri Sembilan yang terang² mahu jatuhkan Ulil Amr' bertakhta, itu kerana ikatan Bai'ah beliau dibuat terhadap Hadi Awang atas nama Jemaah Isle kononnya.
That's why saya cakap pembawakan Hadi dalam politik memang suatu perkara Munkar yang memang “Ala-Khawarij”.
Kita semua selaku umat Islam hanya boleh tumpahkan taat setia kepada RAJA & NEGARA dalam Muasyarat; pada aspek ibadat, Mu'amalat, Munakahat dan Jinayat tak boleh diserahkan Bai'ah selain dari Ulil Amr' kita.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA





Jahat MCA ni. Gi serang Ridhuan Tee.

 

Ahmad Faizuddin



MCA TAK MAU AMBIK KA MUALAF PERASAN MELAYU NI ?




Pemuda MCA mecadangkan penceramah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah supaya melepaskan kewarganegaraan Malaysia secara sukarela dan berhijrah ke negara lain jika gagal menerima hakikat kepelbagaian serta keharmonian masyarakat di negara ini.
Timbalan pengerusinya, Mike Chong Yew Chuan berkata, langkah itu wajar diambil sekiranya Ridhuan berasa tidak selesa untuk hidup dalam persekitaran Malaysia hari ini.
*Pautan laporan penuh di ruangan komen.










Pas sendiri tidak pernah menamakan pemimpin Pas sebagai calon PM

 






Kalau melayu Islam tu maksudnya Pas, Pas sendiri tidak pernah menamakan pemimpin Pas sebagai calon PM, bahkan Ketua Pembangkang pun Pas beri kepada pemimpin parti lain wpun Pas ada MP Pembangkang paling ramai di Parlimen.

Atau maksud Pas PM 1 - PM 10 bukan melayu Islam???.
Nak kata hanya PM yang Pas sokong sahaja diiktiraf sebagai melayu Islam, maka Najib, Muhyidin, Ismail adalah PM melayu Islam sebab Pas pernah menyokong mereka.
Anggapan terbaik ialah mungkin admin dah "nyanyok".... Maaf kata .



Kenapa PN benci AKPS?

 







1. Sebelum ada AKPS, nama asalnya ialah AKSEM.
2. AKSEM ditubuhkan pada tahun 2017.
3. Namun, selepas PN tebuk atap, AKSEM dibubarkan pada tahun 2021.
4. Selepas AKSEM dibubarkan, kesemua negeri SG4 berlaku peningkatan kes-kes dadah.
5. Pada tahun 2022, Kelantan muncul negeri paling tinggi rekod kes dadah seluruh negara.
6. Dengan kata lain, tindakan PN menghapuskan AKSEM, telah memberi ruang yang luas kepada penyeludup dadah masuk ke negeri SG4 tanpa sebarang halangan.
7. Selepas Madani ambil alih kerajaan, Madani tubuh semula AKSEM dengan nama baru, iaitu AKPS.
8. Madani lantik Dato' Shuhaily sebagai KP AKPS yang baru, dan perlantikan ini adalah perlantikan yang tepat.
9. Sejak AKPS kembali berfungsi, aktiviti penyeludupan di negeri SG4 mula berkurangan, dan ini sangat menggusarkan PAS.
10. Bila AKPS nak robohkan 212 pengkalan haram di sepanjang Sungai Golok, PAS ialah pihak yang pertama membantah.
11. Entah kenapa, PN terutamanya PAS sangat tidak suka kepada AKPS sampai ke hari ini.
12. Masa jadi kerajaan, PN hapuskan AKSEM. Sekarang apa jua usaha AKPS di sempadan, mereka sering membantah.
13. Jadi tidak pelik, jika PN jadi kerajaan, PN akan mansuhkan semula AKPS ni sebagaimana mereka mansuhkan AKSEM sebelum ini.
14. Kalau nak tengok anak-anak muda kita semakin rosak akibat dadah, undilah PN.






20 tahun simpan RM1 juta. Bila nak semak semula, rekod pula dikatakan tiada.


De De





 20 tahun simpan RM1 juta. Bila nak semak semula, rekod pula dikatakan tiada.

Seorang pesara berusia 72 tahun di Sibu, Sarawak, mendakwa dia pernah membuka dua deposit tetap bernilai RM500,000 setiap satu di sebuah bank tempatan pada 25 Ogos 2006.
Jumlah keseluruhannya RM1 juta.
Menurutnya, wang itu tidak pernah disentuh sepanjang 20 tahun. Dia juga tidak pernah pergi ke bank untuk menyemak akaun tersebut.
Sehinggalah pada Februari tahun ini, ketika mengemas barang di rumah, dia secara tidak sengaja menemui semula salinan slip deposit yang disimpan di dalam sebuah buku.
Barulah dia teringat tentang dua deposit tersebut.
Slip berkenaan menunjukkan dua akaun deposit tetap, masing-masing RM500,000 dengan tempoh simpanan 24 bulan.
Dia kemudian pergi ke bank untuk membuat semakan.
Jawapan yang diterima mengejutkannya, tiada rekod bagi kedua-dua deposit tersebut.
Dia cuba mendapatkan penjelasan daripada beberapa pihak. Jabatan Akauntan Negara juga didatangi. Pada 10 Jun, dia membuat laporan polis dan meminta perkara itu disiasat.
Bulan lalu, dia bersama keluarganya pergi ke Semenanjung untuk mendapatkan semakan daripada Bank Negara. Namun jawapan yang diterima juga dikatakan sama — tiada rekod berkaitan.
Semalam, dia sekali lagi meminta bantuan polis. Kali ini, dia ditemani polis pergi ke bank untuk membuat semakan sekali lagi.
Jawapannya masih sama.
Tiada rekod deposit tersebut dalam sistem bank.
Menurut laporan, polis memaklumkan bahawa wang yang tidak dituntut untuk tempoh yang lama sepatutnya diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan dan diklasifikasikan sebagai wang tidak dituntut (unclaimed monies). Ia tidak sepatutnya hilang begitu sahaja.
Bagi pesara itu, persoalannya masih belum terjawab.
“Saya bawa slip ke bank, ke Jabatan Akauntan Negara dan ke Bank Negara, tetapi sehingga kini, tiada satu pun pihak yang dapat memberitahu saya, ke mana perginya RM1 juta itu. Ini sangat menakutkan saya.”
Kini dia berharap perkara tersebut dapat disiasat dengan serius dan pihak berkaitan memberikan penjelasan yang jelas tentang apa sebenarnya berlaku kepada wang berkenaan.
Kalau benar ada rekod dan dokumen, ke mana perginya RM1 juta itu?
Itulah persoalan yang masih menunggu jawapan.