DULU RAMAI PERSOAL.
Ketika Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain ditukarkan daripada jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada pertengahan 2025, keputusan itu mengundang persoalan sebahagian masyarakat.
Shuhaily ketika itu dikenali sebagai antara pegawai kanan polis yang lantang dan tegas dalam isu jenayah.
Maka apabila beliau meninggalkan JSJ, ada yang melihat pertukaran tersebut seolah-olah beliau diketepikan.
Malah seperti tangkap layar hantaran lama yang kembali dikongsi, ada netizen ketika itu mempersoalkan mengapa pegawai yang dianggap tegas terhadap jenayah dihantar ke sebuah agensi baharu.
Tetapi penjelasan rasmi kerajaan ketika itu sebenarnya berbeza.
Shuhaily bukan sekadar “ditukarkan”.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS selama dua tahun mulai 1 Julai 2025, dengan kerajaan menyatakan pengalaman 26 tahunnya dalam PDRM diperlukan untuk memperkukuhkan kawalan sempadan dan budaya integriti.
Lebih setahun kemudian, gambaran mengenai tugas yang diberikan kepadanya semakin jelas.
AKPS yang dipimpinnya kini berada di barisan hadapan mengawal pintu masuk negara, termasuk KLIA, pelabuhan dan sempadan darat.
Sepanjang 2026 sahaja, AKPS merekodkan rampasan bernilai lebih RM265 juta — lebih tiga kali ganda berbanding kira-kira RM80 juta pada tahun sebelumnya. Rampasan itu antaranya melibatkan dadah dan sisa elektrik serta elektronik.
Shuhaily juga membawa pendekatan penguatkuasaan yang keras ke pintu masuk negara.
Kontroversi terbaharu di KLIA memperlihatkan sendiri bagaimana beliau turun dalam operasi terhadap kegiatan “ulat” warga asing.
Beliau kini berdepan laporan polis berkaitan insiden tersebut dan perkara itu sewajarnya disiasat secara bebas. Shuhaily sendiri menyatakan kesediaannya menerima apa juga keputusan kerajaan.
Tetapi dalam masa sama, beliau menegaskan satu perkara mengenai misi yang sedang dibawanya:
“Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang.”
Kalau dilihat kembali, perpindahan dari JSJ ke AKPS sebenarnya bukan bermaksud kerajaan menghantarnya ke jawatan tanpa fungsi.
Ketua Polis Negara sendiri ketika serah tugas pada 2025 menyifatkan langkah itu sebagai strategi membawa budaya kerja dan kepakaran PDRM ke agensi penguatkuasaan lain bagi meningkatkan keberhasilan negara.
Shuhaily juga pernah berkata ketika hari pertama mengetuai AKPS bahawa mandatnya ialah memastikan agensi baharu itu benar-benar kelihatan dan memberi impak kepada masyarakat.
Dulu ada yang bertanya:
Kenapa pegawai yang tegas memburu penjenayah dipindahkan dari JSJ?
Selepas lebih setahun, sekurang-kurangnya tujuan rasmi penempatan itu semakin jelas.
Daripada memburu penjenayah melalui JSJ, Shuhaily diberikan tugas membina dan mengetuai benteng baharu di pintu masuk negara.
Dan angka rampasan RM265 juta tahun ini memberikan satu ukuran konkrit tentang kerja yang sedang dilakukan AKPS.
Kadang-kadang pertukaran jawatan bukan bermaksud seseorang itu diketepikan.
Kadang-kadang kerajaan memang mahu pengalaman orang itu digunakan di medan yang lain.
#unofficialinfo
"HAFSA"
Afiq Nordin
Lepas buat hantaran tentang penghantaran pulang warga Myanmar dari Malaysia semalam, ramai mula tag saya pada satu hantaran.
Bukan tentang 1,476 orang yang dihantar pulang, tapi berkaitan dengan seorang remaja perempuan bernama “Hafsa”.
#Pertama
Semalam Malaysia dah hantar pulang 1,476 warga Myanmar melalui tiga kapal Tentera Laut Myanmar.
Kumpulan itu terdiri daripada 1,370 lelaki, 79 wanita, 20 kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan.
KDN ada kata yang perlarian ini setuju untuk pulang secara sukarela.
#Kedua
Tapi dalam hantaran yang dibuat oleh Dennis Chan, dia mendakwa “Hafsa” berusia 15 tahun, tinggal bersama keluarganya di Malaysia sejak 2020 dan ditahan pada malam 29 Mei 2025 ketika pulang membeli barang.
Tarikh itu bertepatan dengan Ops Kachi di Selayang Utara yang bermula sekitar 10.45 malam.
Dalam operasi itu, 1,435 individu diperiksa, termasuk 1,222 warga Myanmar dan 160 kanak-kanak.
Sebahagian besar yang ditahan telah dibebaskan, manakala yang ada isu dokumentasi diserahkan untuk semakan lanjut.
Setakat semakan saya, belum ada pengesahan bahawa gadis dalam gambar itu ditahan dalam operasi itu atau berada dalam tahanan selama setahun empat bulan.
“Hafsa” juga dikatakan bukan nama sebenar.
#Ketiga
Perkongsian itu turut mendakwa remaja berkenaan pernah dipukul ketika dalam tahanan.
Seorang pegawai wanita pula dikatakan ada benarkan dia guna telefon untuk hubungi keluarga, termasuk bertanya tentang ibu dan adiknya yang berusia lima tahun.
Dakwaan ini serius, tapi setakat ini saya belum jumpa laporan polis, rekod perubatan, kenyataan SUHAKAM, UNHCR atau pengesahan rasmi lain yang membuktikannya.
Jadi ia perlu kekal disebut sebagai dakwaan.
#Keempat
Jadi apa persoalannya dalam isu ini?
KDN ada kata proses ini dibuat secara sukarela dan dengan persetujuan individu.
Tapi menurut Dennis, enam hari sebelum penghantaran pulang, “Hafsa” dikatakan menghubungi keluarganya sambil menangis dan meminta supaya dia tak dihantar pulang.
Kalau kedua-dua kenyataan ini merujuk kepada individu yang sama, kita perlu dapatkan penjelasan.
UNHCR kata mereka tak terlibat dalam program ini dan mengingatkan bahawa Myanmar masih belum selamat untuk kepulangan pelarian.
Sifat “sukarela” bagi setiap individu juga belum dapat disahkan secara bebas.
#Kelima
Dennis turut menyenaraikan kemungkinan “Hafsa” berdepan kerja paksa, eksploitasi seksual atau pengambilan ke dalam tentera bila tiba di Myanmar.
Risiko pencabulan hak asasi dan pengambilan kanak-kanak pernah didokumentasikan, tapi kita tak boleh kata yang tiga perkara itu pasti akan berlaku kepada dia.
Dakwaan yang undang-undang kerahan tentera Myanmar dikemas kini untuk memasukkan kanak-kanak sejak lewat 2025 juga tak tepat seperti yang ditulis.
Umur rasmi kerahan tentera tak merangkumi kanak-kanak berusia 15 tahun, walaupun pengambilan kanak-kanak secara paksa pernah dilaporkan.
#Keenam
Isu pelarian dan migran tanpa dokumen di Malaysia memang perlukan jalan penyelesaian.
Kerajaan dah pun pilih untuk hantar mereka pulang secara berperingkat sebagai salah satu pendekatan.
Apajua pendekatannya, proses ini perlu aman, bermaruah, sukarela, bermaklumat dan selamat.
Saya yakin mereka juga rindukan tanah air mereka dan sentiasa pasang niat untuk balik kesana.
Cuma biarlah mereka sampai ke sana dalam keadaan yang selamat tanpa sebarang kerisauan dan ancaman.
Apapun, kita tunggu penjelasan KDN dan JIM tentang kisah “Hafsa” ini.
Saya dah dalam kapal terbang untuk pulang ke Malaysia. Harap bila sampai nanti adalah satu kenyataan rasmi tentang isu ini.
PMX TINJAU LITAR SEPANG
Berkesempatan mengadakan tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang bagi melihat persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026 yang akan bermula esok.
Saya turut meluangkan masa menyantuni peminat F1 yang menyertai sesi pit lane walk, selain bertemu para sukarelawan dan petugas yang gigih memastikan segala persiapan berjalan dengan baik.
Saya menghargai kerjasama erat Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC) dalam menjayakan penganjuran ini.
Penghargaan kepada seluruh pasukan penganjur, petugas dan sukarelawan atas komitmen memastikan setiap urusan terlaksana dengan teratur dan selamat.
Semoga penganjuran ini berjalan lancar dan meninggalkan kenangan bermakna buat peminat serta pengunjung, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia.
🇲🇾🤝🇧🇭
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#F1
Jawapan Datuk Seri Mohd Suhaily terhadap video tular pada 28 Sept 2026 di KLIA Terminal 1, aras 5 tu. Hari ini 1 Okt 2026,
Jawapan Datuk Seri Mohd Suhaily terhadap video tular pada 28 Sept 2026 di KLIA Terminal 1, aras 5 tu. Hari ini 1 Okt 2026,
Tokoh tokoh yang ada kontraversi tak sepatutnya ada dalam Kabinet Madani
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan masyarakat
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan masyarakat supaya tidak sekadar berbicara mengenai perpaduan, sedangkan tutur kata dan tindakan sendiri akhirnya menjadi pencetus kepada perpecahan.
Tun Faisal dah siar bukti bersurat lafaz sumpah Bai'ah anggota ADUN/MP BERSATU
Tun Faisal dah siar bukti bersurat lafaz sumpah Bai'ah anggota ADUN/MP BERSATU
Jahat MCA ni. Gi serang Ridhuan Tee.
MCA TAK MAU AMBIK KA MUALAF PERASAN MELAYU NI ?
Pas sendiri tidak pernah menamakan pemimpin Pas sebagai calon PM
Kalau melayu Islam tu maksudnya Pas, Pas sendiri tidak pernah menamakan pemimpin Pas sebagai calon PM, bahkan Ketua Pembangkang pun Pas beri kepada pemimpin parti lain wpun Pas ada MP Pembangkang paling ramai di Parlimen.
Kenapa PN benci AKPS?
20 tahun simpan RM1 juta. Bila nak semak semula, rekod pula dikatakan tiada.
20 tahun simpan RM1 juta. Bila nak semak semula, rekod pula dikatakan tiada.







