[TERKINI PANAS] APA YANG MAHU DISEMBUNYIKAN! KENAPA BEGITU TAKUT ISTIHAR HARTA D...


Perdana Menteri Anwar Ibrahim membidas ahli politik yang keberatan untuk mengisytiharkan harta. Menekankan kepentingan ketelusan dalam tadbir urus, Anwar mempersoalkan keengganan mereka untuk berbuat demikian. “Kalau kamu tidak salah, apa takut isytihar harta?” soal Anwar tanpa menyebut sebarang nama secara khusus. Dia membangkitkan perkara itu ketika berucap di sebuah majlis di Bukit Jalil, di mana dia menyentuh usaha kerajaan sekarang memerangi rasuah dan salah urus kewangan. Anwar berkata ahli politik, terutama yang memegang jawatan tinggi seperti perdana menteri dan menteri kewangan, perlu dipertanggungjawabkan dengan standard yang lebih tinggi. “apabila kita suruh isytihar harta, (mereka) marah, dendam. Apa dendam?” soalnya lagi. Anwar turut menyuarakan komitmennya terhadap ketelusan dan berkata dia tiada masalah untuk mengisytiharkan harta sekali lagi jika perlu. “Kalau esok saya diminta untuk isytihar harta sekali lagi, saya (akan) isytihar. Koreklah sedalam mana pun. Barulah kita boleh jadi pemimpin dan jadi contoh,” katanya lagi. Sebelum ini, PN sebulat suara menolak memorandum persefahaman (MOU) berhubung peruntukan untuk wakil rakyatnya yang dirangka kerajaan. MOU itu antara lain mensyaratkan ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka. Ketua Whip Takiyuddin Hassan menggesa MOU baru dirangka, mendakwa draf sekarang tidak mengambil kira pandangan mereka. Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang mewakili kerajaan dalam rundingan dengan PN berkata, kerajaan untuk merangka MOU baru dan berkata draf sedia ada boleh menjadi asas perbincangan.




LOKMAN ADAM JAWAB TUDUHAN JAHAT CHEGU BARD BERKAITAN DELEGASI BN KE CHIN...

TREKINI! Sultan ampun, nasihat Sanusi | Kerajaan Madani pinggir Melayu- ...



APA BEZA KITA DENGAN YAHUDI.

 

ISLAH


Sekiranya kita menutup mata atas semua kejahatan dan kezaliman atas nama ekonomi Islam, apa beza kita dengan Yahudi?




MP ALOQ SETAQ- APA MAKSUD MANGSA BANJIR MEMILIH UNTUK DUDUK PPS DEMI RM 2000. HINA MANGSA BANJIR .


 

NILAIKAN SENDIRI.


 

TERKINI! Tuduhan 'balaci PN' melampau- Puad | Tiada usul undi tidak perc...



1. Puad Zarkashi sangkal dakwaan PN yang mengaitkannya dengan ideologi komunis. 2. Aminolhuda Hassan dakwa PN sengaja timbulkan ketakutan dalam kalangan orang Melayu. 3. Johari Abdul tegaskan masih belum terima sebarang notis berhubung usul undi tidak percaya. 4. KPN sahkan 34 tahanan GISB ditangkap semula bawah SOSMA. 5. Tanda protes, penduduk robohkan markas Pas dan pejabat penghulu DUN Salor. 6. jentera kerajaan perpaduan tumpu usaha pujuk pengundi Cina keluar mengundi Sabtu ini Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia 🇲🇾



2 KES RUPANYA... BUKAN 1..


Rina Ariana. 

 Ku sangka kan satu..rupa² nya .Hang Karaoke. Kena

2 pertuduhan.....ni HANG Karaoke..kesayangan ..walaun.

Akan datang dapat title baru ..

Hang Capoi!!

😂😂😂


Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah dihadap di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini sebentar tadi.

-----------------------------------------




Dalam pertuduhan pertama yang dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim, Nor Rajiah Mat Zin, beliau didakwa telah menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Manakala bagi pertuduhan kedua di kamar berasingan di hadapan Hakim, Osman Affendi Mohd Shalleh, beliau dituduh menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



TUANKU JANGANLAH TARIK BALIK KES. BIAR INI JADI PENGAJARAN-SANUSI MENGAKU DIA YANG HINA & BIADAP? KETAKUTAN HILANG KUASA DA...



Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya yang mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besarnya. Muhammad Sanusi yang juga Pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN), berkata warkah permohonan itu sudah dihantar kepada baginda.
"Patik, Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah memohon keampunan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tuanku Sultan Selangor di atas kenyataan patik pada 11 Julai 2023 di Taman Selayang Mutiara dalam Daerah Gombak, Selangor seperti telah dipertuduhkan terhadap patik di mahkamah yang dianggap menghina dan tidak menghormati Tuanku.
"Patik menyedari kata-kata patik menimbulkan rasa tidak selesa dan mengguris hati dan perasaan Tuanku dan patik benar-benar kesal atas segala kesan negatif yang telah timbul daripada kenyataan patik tersebut.
"Patik ingin menyembah maklum kepada Tuanku bahawa tiada niat di hati patik untuk mempersendakan Tuanku yang amat patik hormati dan sanjungi selama ini," katanya ketika membacakan kenyataan itu pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Muhammad Sanusi berkata, beliau sedar tidak tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab, menghina dan tidak sopan ketika berada di negeri orang khususnya Selangor. "Patik tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab, menghina dan tidak sopan seperti yang telah patik perkatakan walaupun ucapan tersebut dibuat ketika suasana kehangatan kempen pilihan raya. "Oleh itu, dengan penuh rasa insaf dan rendah diri, patik memohon beribu keampunan kepada Tuanku Sultan Selangor serta Menteri Besar Selangor dan rakyat Selangor atas segala keterlanjuran kata-kata patik," katanya. Beliau turut berjanji untuk lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan pada masa akan datang dan akan memastikan bahawa setiap ucapannya adalah selaras dengan adab sopan budaya Melayu kita yang sentiasa menjunjung tinggi Raja-Raja Melayu dan Institusi Raja. Dalam ucapannya yang tular tahun lalu, pemimpin Pas itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor. Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi bera Sumber Video YT Bro ISwardy





Mat Sabu - Ucapan Penuh di Ceramah Berkelompok Perpaduan PRK DUN Mahkota

PM Anwar Ibrahim - Sesi Soal Jawab di Forum Ilmuan Malaysia MADANI

KENA KE HANGPA MACAM MACAM HANGPA KATA BABITKAN KELUARGA KA BAGAI.. HABIH ORANG YANG HANGPA KATA TU TAK DAK KELUARGA... APA RRRRRRR...

 


Lain kali kalau tak nak orang buat kita, jangan buat kat orang lain. Masa dia hina orang lain dan 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗾𝗮𝘇𝗮𝗳, dia tak beringat. Masa tu tak fikir maruah orang lain. Kena pada dia, 𝗸𝗼𝘆𝗮𝗸 𝗿𝗮𝗯𝗮𝗸.



Aku ada tengok posting ditujukan kepada mangkuk ni. 𝘉𝘢𝘴𝘪𝘤𝘢𝘭𝘭𝘺 peringatan kepada semua. Kalau nak kahwin dengan anak perempuannya, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗶𝗸𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻. Takut tak sah.


Sebab orang yang melakukan qazaf 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗾. Tidak diterima kesaksiannya 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮-𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮. Mamat ni dah terang berbuat qazaf. Disaksikan oleh hadirin muktamar PAS sendiri. Jadi 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵?


Yang kelakarnya, ada pemimpin PAS cuba 𝘴𝘱i𝘯 cakap mamat ni 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗽𝘂𝗻 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Lebai ada belajar agama tak? 𝗗𝗶𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗶𝗽𝘂 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲? Dia ingat Allah tak tahu apa dalam hati manusia?


𝗦𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝘂 𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮, tak ada lagi 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 yang menghina keluarga mamat ni seteruk dia menghina DS Anwar. Jadi PAS tak payah koyak la. Lain kali bila nak bercakap tu, 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗱𝘂𝗹𝘂. Itupun kalau ada otak la. Kalau tak ada otak, 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗶𝗮𝗺. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



HAAA TUDIAAA... DEPA TIBAI KALI NI SAMPAI LUMAT.... HANG CAKAP PANDAI...


 

KEH. KEH. KEH... DEPA KATA PANGLIMA KERANG... NALA WAKALIAMPUT


 

NOHHHH...RUNTUH BUAT APA...PENAIK BANGGUNAN BATU LA WEYYY..


 

WOIIII... HANG PI MANA.. PAKAT PAKAT HILANG..


 

TAK MAKAN RASUAH.. DIA AJAK KITA SUPAYA JANGAN AMBIL RASUAH


 

ANWAR DAN CITA CITA..

 

Zamri Kadir

Hampir 30 tahun lalu, beliau (YAB Dato Seri DiRaja Anwar Ibrahim) pernah mengadakan forum ilmuan seperti ini ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sewaktu itu dinamakan Forum Ilmuan Malaysia (FIM) dalam bentuk diskusi dengan pelbagai kumpulan bagi mendapatkan ilmu, pandangan dan input terbaik untuk menguruskan negara. 












Mereka yang hadir terdiri dari kalangan pemikir, teknorat, birokrat, pengendali khazanah ekonomi negara, pembuat dasar dan kalangan pempengaruh.


Rentetan daripada itu, hari ini atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mewujudkan kembali forum ini dan dijenamakan sebagai Forum Ilmuan Malaysia Madani (FIM). Masih mengekalkan konsep yang lebih kurang sama, beliau lebih suka perbincangan ini diadakan secara santai, bersahaja tetapi yang paling penting matlamat dan objektifnya tercapai. 


Malah paling menarik ialah beliau sendiri yang mengendalikan majlis ilmu ini. Beliau membuka ruang untuk berinteraksi secara terbuka. 


Ketika saya melontarkan idea mengembalikan FIM ini kepada beliau, lantas beliau terus mengarahkan saya untuk memulakannya kembali. 


Beliau adalah “man of ideas”. Harapannya adalah mahu memastikan supaya idea-idea baru dapat digarap, kritikan membina terhadap pembaikan dasar dapat dilakukan, dan wawasan beliau dapat difahami dan dihadam oleh khalayak.


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil inisiatif mengkoordinasi serta merencana program FIM ini bersama dengan beberapa syarikat-syarikat utama kerajaan.


Alhamdulillah, dalam tempoh tidak sampai tiga minggu, majlis malam ini mengumpulkan lebih kurang 200 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kali ini Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertindak selaku tuan rumah bersama. 


Perdana Menteri sendiri bertindak selaku moderator dan saya bersama Pengerusi TNB, Tan Sri Abdul Razak bin Abdul Majid serta Tan Sri Noor Azlan Ghazali diberi peluang membentangkan sedikit tentang pendidikan tinggi, peralihan tenaga dan juga ekonomi. 


Selepas itu, para hadirin diberi peluang untuk berinteraksi dan bertanya apa saja soalan kepada Perdana Menteri dan jawapan segera diberikan oleh Perdana Menteri sendiri. 


Rata-rata yang hadir memberi reaksi positif dan Perdana Menteri sendiri telah menyatakan akan ada siri FIM seterusnya secara bulanan dan akan dikelolakan oleh GLC lain seperti Petronas, Khazanah dan lain-lain pula. Insya-Allah kita akan terus mengadakan program ilmiah seperti ini dengan hasrat berkongsi pandangan untuk terus memajukan negara dalam tradisi Madani iaitu tradisi ilmu.


Terima kasih kepada yang hadir termasuk rakan-rakan kabinet, YB Steven Sim Chee Keong 沈志强, YB Fadhlina Sidek, YB Dr Zaliha Mustafa, YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad dan YB Dato’ Mustapha Sakmud. 


#ForumIlmuanMalaysiaMadani

#FIM

#doczam




PMX DAN FIM



Saya telah mengacarakan Forum Ilmuan Malaysia MADANI (FIM) yang julung-julung kali diadakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), sebuah badan yang tidak asing lagi yang telah memberikan perkhidmatan kepada rakyat sejak 75 tahun yang lalu. 








Saya telah mengilhamkan forum ini tatkala mula menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Lantas ruang wacana secara terbuka buat pertama kalinya ini memilih tema “Peralihan Tenaga Untuk Kesejahteraan Masa depan Negara”. 


Forum ini merupakan satu agenda dan platform bagi mewujud serta mencambah budaya wacana yang sihat yang bertujuan mencungkil, mempersoal, menyanggah pelbagai dasar yang cuba dijelmakan Kerajaan dengan hujah dan kritikan yang terbuka dan membina, selain menjadi ruang kerjasama di kalangan dan antara Kerajaan, ketua-ketua GLC/ GLIC, para ilmuwan dan akademik, pihak industri, institusi pendidikan tinggi, pakar-pakar bidang dan tokoh usahawan. Forum ini inshaAllah akan diadakan secara berkala, bulanan dengan kerjasama lima (5) lagi GLC sebagai permulaan iaitu PETRONAS, Digicelcom, Maybank, Khazanah Nasional dan Perodua yang masing-masing dengan topik berkaitan Ekonomi, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence), Fintech, Kemiskinan dan Pengangkutan Mampan.


Saya mengambil bahagian secara aktif dalam perbahasan ini dan hampir menjawab semua persoalan yang dibangkitkan, termasuk mengenai keadaan dan permasalahan kadar upah yang rendah serta usaha Kerajaan dalam mendepaninya. Sebagai contoh, kita ada ramai anak muda di kalangan hufaz, namun ia tidak harus terhenti di aspek pengahafalan semata. Malah, Kerajaan harus menggalakkan mereka untuk berusaha menguasai bidang-bidang lain yang kritikal dan mendesak sebagai memaknai kerangka besar Kerajaan mengenai penyerapan pelajar-pelajar maahad tahfiz ke dalam TVET. Justeru, di sini Kerajaan akan dapat melonjak prospek masa depan anak-anak tahfiz dan juga sedikit sebanyak, buat masa sekarang, membantu mereka mendapat kadar upah yang lebih baik.  


Sekalung penghargaan kepada pihak TNB sebagai GLC pertama yang menjayakan Forum Ilmuan Malaysia MADANI malam tadi. Harapan saya adalah agar jalinan kerjasama daripada semua pihak yang hadir ke forum ini dapat diteruskan dengan lebih kukuh demi rakyat terbanyak. 


#MalaysiaMADANI



KEH.. KEH.. KEH....

 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣 𝗣𝗔𝗡𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗣𝗔𝗞 𝗔𝗝𝗜 𝗘𝗗𝗗𝗬 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗘 𝗗𝗜𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗗𝗔𝗕, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗣𝗔 𝗣𝗨𝗔𝗞 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗣𝗡𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 - Pedih Ulu Hati



Hanya kerana satu shj komen saya di FB Page pro PH, so far 76 hingga 78 walaun boleh dok meroyan maki hamun saya. Pedih ulu hati walaun sebab saya bagitahu 𝗣𝗠𝗫 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗣𝗮𝗸 𝗔𝗷𝗶 𝗘𝗱𝗱𝘆 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗘 𝘁𝗮𝗸𝗱𝗲 𝗔𝗗𝗔𝗕 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗞.


Dah hampir seminggu dah kot tak selesai lagi sampai saat ini.  Akan jadi beratus nanti sebab separuhnya saya balun balik dan siarkan video2 membuktikan puak depa 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝. Ini cuma SATU saya SHARE. Komen-komen saya di Page DS Saifuddin Nasution Ismail dan PMX saya dah malas nak tengok sebab langau banyak dok hurung. Hahaha...rugi masa byk lagi saya boleh menulis.


Mcm NuC Bart juga la, walaun punya meroyan, meraban, 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗣𝗢𝗤 bergulin-gulin marah takmau surut.  Walaun punya la tak puashati dengan komen kita penyokong PHBN.😅


Apasal depa suka buat kerja sia-sia dengan memaki hamun kita ni? Apa depa dapat?? 🤔Tak cukup dengan tu walaun akan report pada FB samada comment saya kena removed atau yg kerapnya posting saya kena removed berkali-kali. Tapi sebab posting saya byk so saya redha je lah..kah kah.


Inilah Natijah dari 𝗞𝗘𝗧𝗔𝗞𝗦𝗨𝗕𝗔𝗡 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗗𝗼𝗸𝘁𝗿𝗶𝗻 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗗𝗢𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗟. Bodoh tu dah level tak boleh nego. 🤣 


Mampoihh....


-Zus Din 

26092024



BARU HANG TAU.. ORANG PERLIS KATA KECUT TELONG.. ORANG KEDAH KATA TELOQ TAK DAK.... HUKUMAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 4 (1) (B) TAK LAMA 3 TAHUN. HANG DOK KATA ANAK SAPA TAK TAU... DOK PERLI DULU... ANWAR 13 TAHUN DALAM JEL... HANG 3 TAHUN... TAHI KUKU PUN TAK DAK AIH.... LEKEH..


 

MINTA MAAF BETOI LA MINTA MAAF TAPI BAGAIMANA MUHYIDDIN. DSH TAU NAK KENA OANDAI MINTA MAAF. HANGPA NI HIMA SULTAN MELAYU.... PATUT KAH ORSNG MACAM HANGPA NI HINA SULTAN.??? POLITIK TETAP LA POLITIK. JANGAN SAMPAI HINA SULTAN SENDIRI.

 


WALAUN PAHAM KA DOK NI. LIHAT NEGARA DAN NILAI DUIT TU.


Ahmad Mursi


 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡: Ringgit tak mengukuh, Dolar AS yang lemah.


𝗠𝗘: Takkan semua negara lemah juga? Malaysia aje tak lemah ke? hebat Malaysia..












MENGAPA SANUSI GUNA LETTERHEAD KERAJAAN NEGERI? IA BUKAN MELIBATKAN RAKYAT KEDAH ATAU KERAJAAN NEGEEI.

 

Desa HM. 


Mengapa Sanusi gunakan letterhead 'Menteri Besar Kedah' dalam permohonan ampun kepada DYMM Sultan Selangor?..



Menteri Besar adalah satu jawatan. Jawatan itu bukan milik mutlak sesiapa. Bila2 masa orang lain boleh ganti.

Lagi satu, tak patut dia menggunakan jata negeri, sebab dalam negeri Kedah, bukan semua rakyat di sana nak kan dia untuk jadi MB. Ramai jugak yang menyampah dan meluat kat dia. So, tak boleh lah, soal peribadi dia... dia nak lapik dengan urusan kerajaan negeri, ataupun Pej Menteri Besar.


Yang buat salah, adalah Sanusi. Sepatut dia kena guna nama peribadi dalam surat minta ampun... sebab ucapan dia secara peribadi.


Atau... tak mau guna peribadi, dia boleh sahaja gunakan letterhead PAS. Sebab, sewaktu kesalahan dibuat, dia bercakap mewakili PAS, di atas pentas politik PAS. Audience yang mendengar ucapan dia pun 100% walaun pekak sama macam dia. So, kalau guna letterhead PAS, itu lebih afdhol.


Itu satu.


Soal yang ke dua... adab dan etika.


Hoiii nusi. Hang nak minta ampun tu Sultan, bukan cikgu besaq sekolah.... 

Utuslah warkah ke Istana, mohon mengadap Tuanku. Itu adabnya. 


Jumpa dia depan2.. habaq "Tuanku, patik nak mintak ampun, patik ni memang mulut celupaq, tak boleh nak control... disebabkan tarikh bicara patik dah dekat, maka patik harap sngat Tuanku boleh ampunkan patik.."..


"Tuanku pun tau kan... patik baru menikah bini muda, kalau patik masuk Sg Buloh... sapa nak jaga bini muda patik"


"Ampunkan lah patik"....


Sekurang2nya... buatlah surat kat istana, mohon mengadap Tuanku. Bukan buat surat, panggil media, buat PC minta ampun... tak kena lagu tu.


Nak mengaku 'The greater Kedah' lagu mana... protokol dengan istana pun main randok ikut suka ...


Malu orang Kedah...


Menteri Besaq pun level macam Pengerusi MPKK jer. 


🤔🤔🤔🤔



TANGAN POWER KATA DEPA.

Gino Marvel


 Ni namanya "Denkidama" transfer power berkat melalui udara. 😑



Si Nasir ketua GISBH ini sebagai transmitter angkat tangan ke langit, ahli kultus yg lain menjadi receiver angkat tangan ke langit sambut berkat power tok ketua. Ilmu ini di turunkan oleh Goku, ketika jumpa ayapink di langit ke 6.


Kredit: Pukas Malaysia. 

#ajergampang



ANWAR IBRAHIM LAWAN DULU ANGKAT TANGAN TAK PERNAH JATUH. MALAH JADI IKON REFORMASI. HANG SEMALAM PUN TAK PERNAH MERENGKOK DALAM LOKAP ATAU PENJARA, HANG KATA DIA MACAM MACAM... LA APA CRITA? KIOK....

Najib Bakar


 Kenangan yang lama menjelma

Ingatanku padamu menyala-nyala

Gambaran duka yang lara, menerpa

Oh, mengapa kau utuskan sengsara?

Kau biarkan diriku meronta-ronta

Lantas kau alihkan cintamu padanya



Oh-oh, sebak rasaku menahan derita

Pilu hati mengenangkan cinta yang kecundang

Oh-oh, sayang, inikah balasanmu terhadapku?

Seorang insan yang amat menyintai dirimu



MAFHUMNYA..

 ISLAH


Hadis Rasulullah SAW: "Sesungguhnya termasuk orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah orang yang menggunakan agama untuk menipu manusia."

— (HR Ahmad)




CUBA MELAMAR MENJADI AHLI


 Shukri Razab



Isu GISBH. Saya ada pengalaman peribadi. Semasa belajar di Labuan dulu, saya dan kawan-kawan pernah juga makan di restoren mereka di Ujana Kewangan. Mungkin akibat frekuensi kemunculan kami di restoren itu agak kerap, jadi ada seorang "ustad" GISBH selalu menyapa kami. Sangat mesra bahasa beliau. 


Sebenarnya saya sendiri sudah faham ideologi mereka semenjak dari sekolah. Saya tahu serba sedikit tentang Aurad Muhamadiah / Zikir Agung mereka yang bermasalah. 


Tapi masalah lagi besar ialah restoren mereka memang murah. Jadi kita makan dulu. Lagi pun restoren diorang ada logo halal. Hahaha. (lapar punya pasal)


Sampailah satu saat di mana sedang kami makan (datang kedai tu lagi), tiba-tiba 'ustad' yang mesra tadi tidak semena-mena duduk di meja kami dan menyeru agar kami segera berbai'ah dengan Abuya. Ayat beliau lebih kurang "Cepatlah berbai'ah sementara masih ada masa. Dunia dah nak kiamat". 


Memang silaplah kau 'ustad'. Kami ni ikhlas nak makan je. Jangan ingat kami berkopiah dan berbaju melayu senang kena tipu. Waktu tu pula kalau ditoreh lengan kami, memang mengalir darah hijau pekat. 


Lalu berlakulah perdebatan yang sebenarnya tidak perlu dan mulai saat itu hilanglah sumber makanan murah kami. 


Siot punya 'Ustad GISBH'.


Apa yang lebih penting ialah tak perlulah mana-mana pihak cuba mempertahankan GISBH. Tunjang fahaman mereka memang sudah bermasalah. Dari situ bercambahlah masalah yang membarah. Atas kecelaruan yang sama Al-Arqam telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.


#pasarikhwandiputrajaya



KENALI 3 NAMA SATU BADAN

 MSO


Bila sebut GISB maka teringatlah kepada Rufaqa. Bila sebut Rufaqa maka terbayanglah kepada GISB. GISB, Rufaqa dan Arqam adalah tiga nama yang satu badan. Tiga jasad satu roh.


Saya percaya ramai yang tidak mengetahui dan memahami sejarah kewujudan tiga jasad dan satu roh ini secara mendalami terutama jenerasi selepas pemusnahan Darul Arqam.


Kalau mereka memgetahuinya itu pun dari cerita dan cakap-cakap lisan yang kurang tepat atau ada biasnya mengikut kecenderongan penyampai masing masing.


Kebetulan saya berkesempatan mengenali Arqam dari dekat setelah kewujudannya kira-kira satu dekad selepas penubuhannya. Tanpa menjadi ahli dan menganuti budaya pakaiannya saya boleh berada ditengah-tengahnya. Kesempatan ini membolehkan saya berkongsi cerita dan kisah.


Dengan kesempatan dan pengalaman itu saya akan bercerita tentang kisah jemaah yang telah diharamkan tahun 1994 kemudian dihidupkan kembali dan kini sedang menanti kehancuran secara total. Ada keganjilan dan kehebatan mengenai jemaah ini.


Jasad ketiga jemaah diasas Ashaari itu yang dinamakan Global Ikhwan Services dan Business (GISB) kini dalam proses penghancuran. InsyaAllah akan saya coretkan sejarah itu dengan berasaskan fakta dalam buku-buku saya yang akan dipadankan dengan maklumat kontemporari.


Semoga catatan itu nanti bermanfaat dan ada faedahnya jua. Trims.



PMX UCAP TERIMA KASIH KEPADA KAKITANGAN KEMENTERIAN KEWANGAN

 









Tatkala warga Kementerian Kewangan (MOF) sedang giat menyiapkan Belanjawan MADANI Ketiga, saya mengambil kesempatan ini untuk meninjau persiapan selain memberi pandangan saya.


Insya-Allah, dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, Malaysia akan mara satu langkah lagi menuju wawasan kerangka Ekonomi MADANI yang gah lagi saksama.


Saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga Kerajaan yang telah bertungkus-lumus menyiapkan Belanjawan yang terangkum untuk meningkatkan darjat rakyat dan pembangunan negara.


___


I took the time to visit the staff at the Ministry of Finance, who are busy preparing the third Belanjawan MADANI, which I shall table on 18 October 2024.


Thank you to all civil servants for your hard work in preparing a comprehensive Belanjawan aimed at raising the people’s standards and advancing the country’s development.


#MalaysiaMADANI


Yati : Macam mana peluang perpaduan dun mahkota tuan?


Wisata Roh. 

++++++


Orang Johor(bukan kaum melayu saja) ni sinonim setia dengan raja.


Sebab tu ada gelaran bangsa J. Cita-cita TMJ nak bagi negeri Johor ni macam GPS Sarawak , baru la mana² kerajaan pusat takut.


Bila MAHiaddin dilabel derhaka oleh Tengku Mahkota Pahang sendiri , impaknya terlalu besar. Sebelum ni dorang ada 11 ribu pengundi tegar di DUN Mahkota.


Kejatuhan dan ketidak chukop jumloh PN bermula dengan angka 6 , 2 kali lipat di Nenggiri, di Mahkota saya ramal akan jadi 3 kali lipat.


6% × 3 = 18%


18% × 11,021 = 1,983


11,021 - 1,983 = 9,038


PN = 9,038


BN ada sekitar 12k pengundi putih

PH ada sekitar 13k pengundi putih


Kalau BN berjaya keluarkan semua pengundi putih dia macam di Nenggiri,

dan 1,983 pengundi PN swing kepada BN , 


Kerajaan PERPADUAN akan dapat 32k undi ,


BN = 32,231

PN = 9,038


Majoriti = 23,193



KALAU AKU DI TEMPAT SULTAN... MEMANG TAK LA... NAIK MAHKAMAH.. TANAM KEBENCIAN PADA RAKYAT SUPAYA TAK HORMAT RAJA RAJA MELAYU.


Pak Ya Siam

 Pak Ya kesian jugak la kat MB Kedah ..



Patut pun dia mohon maaf kerana dalam situasi dia kini yang berbini dua pasti sukar ..


“ Kau bayangkan kalau Nusi masuk dalam,dah la bini muda masih bau-bau kusyen lagi kau rasa la macam mana??” - Pak Ya



ROBOH KAT MANA NIM.

MSO

 Menitik Malam. 



Seseorang mengongsikan klik video (KTT) ssodok (jentolak) sedang meroboh bangunan yang bercatkan warna hijau dan didalamnya juga ada gambar rasmi seorang bekas MB. 


Saya kurang pasti kejadian ini berlaku di negara mana? Trims.


BINI NASIHAT TU. MASA KAT JEPUN MESTI KENA BISIK.


Desa HM

 Sembang kemaih...




Macam hang terra sangat... konon, the greater panglima..


Dah ada bau2 Sungai Buloh ker Nusi?...


Nanti masuk Sg Buloh, sapa nak jaga adik polis?...


🙄🙄🙄🙄🙄



PANGLIMA KERANG BUSUK


Desa HM


 Selepas 14 bulan... baru berasa nak minta ampun....




Kejadian berlaku pd 11/7/23..

Tangkap dan

bicara 17/7/23... dia mengaku tidak bersalah...


Tup2, 25/9/24... ehhhh,

Dia minta ampun!


Kalau tak salah, pasai pa kena minta ampun. Pelik kan?


Mcm time naik moto, polis tahan. Semua cukup, lesen ada, roadtax hidup lg, motor semua cukup syarat... tiba2 ..."Tuan, saya minta maaf"...


Biasanya... kalau ada yg mcm ni... polis akan tahan... check air kencing.. entah2 kwn ni syabu ker atau methamphetamin.


🙄🙄🙄🙄🙄