Pelaburan Google RM9.4 Bilion Pacu Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

 


Tengku Zafrul mengadakan pertemuan dengan wakil Google dalam lawatan kerja ke Washington pada 21 Jun 2025. Foto Facebook Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Pelaburan syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Google dijangka terus memacu ekonomi berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan (cloud) di Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi hantaran di Facebook berkata, kerajaan komited untuk menyediakan sokongan penuh serta memastikan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan berkualiti tinggi seperti Google.

Tengku Zafrul yang kini dalam misi tarif ke negara itu yakin Google akan terus bekerjasama erat dengan Malaysia dalam membina ekosistem berkenaan sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan buat anak tempatan.

Tengku Zafrul mengadakan pertemuan dengan wakil Google dalam lawatan kerja ke Washington pada 21 Jun 2025. Foto Facebook Tengku Zafrul

“Terima kasih Google atas kepercayaan berterusan terhadap Malaysia. Bersama-sama kita membina masa depan digital yang lebih cerah,” katanya.

Tengku Zafrul yang kini sedang dalam lawatan kerja ke Washington, telah mengadakan pertemuan dengan wakil Google bagi membincangkan komitmen syarikat itu dalam memperkukuhkan keselamatan siber dan melabur dalam kemahiran digital.

Google sebelum ini mengumumkan pelaburan strategik bernilai RM9.4 bilion bagi mewujudkan Pusat Data dan Wilayah Awan pertama di Malaysia.

Tengku Zafrul mengadakan pertemuan dengan wakil Google dalam lawatan kerja ke Washington pada 21 Jun 2025. Foto Facebook Tengku Zafrul

Pelaburan itu dijangka menjana impak ekonomi jangka panjang sebanyak RM15.04 bilion serta mewujudkan 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030.



LOVE GAZA



 Gaza menangis. Anak kecil dihidang dulang makanan , mereka berlari berebut mendapatkan makanan , tiba- tiba terdengar bunyi mesingan mereka meraung ditembak oleh tentera Israel, mati bergelimpangan anak- anak kecil , wanita dan orang tua . Sekolah , hospital di letupkan  , mereka dibunuh kejam . Hancur harapan mereka , harapan akhir mereka hanya Allah SWT. 





Mereka berduka , sedih , hancus lulus hati dan menunggu giliran syahid. Mereka akan mengadu kepada Nabi Muhammad SAW nanti selepas syahid . Dimana kita ???? Mana sikap kita!!!Mana hati dan perasaan kita !!! kita masih buai dengan hiburan!!!! 


Alhamdulillah hari ini sudah ramai timbul kesedaran mengambil sikap berkumpul bersolidariti  bukan kerana Islamic Republik of Iran ( IRAN) itu sempurna . Bukan kerana kami taksub kepada mana-mana pemimpin. Bukan kerana mazhab. Bukan kerana politik. Bukan kerana slogan.


Kami berkumpul kerana kami manusia

Yang masih ada rasa. Yang masih tak sanggup melihat Gaza terus dibantai

Anak-anak mati kelaparan. Ibu-ibu teriak tak ada siapa dengar. Masjid ranap. Hospital dan Sekolah berkecai . Gereja jugak di bom . Jenazah berselerak dan dunia diam


Iran mungkin bukan negara yang disukai semua

Tapi hari ini mereka berdiri berani melawan rejim yang menindas. Walau tahu di belakang Israel itu berdiri Amerika kuasa besar dunia. 

Mereka tetap bangkit bukan untuk menunjuk kuat. Tapi kerana mereka dah cukup melihat dunia Negara Arab hanya memerhati dan menyokong Amerika dan Israel . 


Ini bukan soal syiah.

Bukan soal Ali Khamenei.

Ini bukan soal doktrin atau propaganda.


Ini soal kemanusiaan. Ini soal maruah

Ini soal perpaduan. Soal kehidupan yang sepatutnya aman untuk semua. 

Tak kira agama, warna kulit atau bendera.  Ujar saya juga  kepada wartawan dari Media Iran yang bermukim di Malaysia.


Wahai rakyat Malaysia. kita di Malaysia, sampai bila nak terus berpecah?

Sampai bila nak terus bergaduh kerana beza pandangan?

Kerana tak sama parti?

Kerana tak sama mazhab?

Sedangkan musuh sebenar di luar sana terus menghancurkan saudara kita


Cukuplah

Kita kena jadi satu hati, Satu suara, Satu jiwa


Kalau kita tak mampu bantu dengan tangan

Bantu dengan doa

Kalau tak mampu pun berdoa

Paling tidak, jangan hina mereka yang berjuang


Kita semua akan ditanya nanti

Apa yang kita buat waktu kezaliman sedang berlaku?

Dan kalau hari ini kita pilih untuk terus berdiam,

Jangan nanti bila tiba giliran kita…

Kita menangis sorang-sorang,

Dalam dunia yang juga akan diam


Asmirul Anuar Aris

#MalaysiaMadani

#karamahihsaniah

#Rahmah



IRAN TIDAK AKAN DIAM SELAGI DISERANG



 DUBAI : Iran memaklumkan bahawa mereka tidak akan memulakan rundingan gencatan senjata selagi masih berada di bawah serangan Israel.





Israel sebelum ini melancarkan serangan mengejut ke atas Iran pada pagi Jumaat lalu, yang dikatakan telah memusnahkan barisan utama kepimpinan tentera Iran serta menyebabkan kerosakan terhadap beberapa tapak nuklear negara itu. Israel turut memberi amaran bahawa kempen ketenteraan ini akan terus dipertingkatkan dalam beberapa hari akan datang.


Iran pula memberi amaran akan “membuka pintu neraka” sebagai tindak balas, dalam apa yang kini disifatkan sebagai konfrontasi terbesar antara kedua-dua seteru lama itu.


#suriamalaysia #buletindisuria




Apakah HYPERSONIC MISSILE

Iran diberi dua pilihan, keamanan atau tragedi, kata Trump

 

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah memberikan dua pilihan kepada Iran susulan pengeboman Fordo, Natanz dan Esfahan malam tadi.

Pilihan tersebut ialah keamanan atau tragedi untuk Iran sekiranya Tehran mempertimbangkan untuk bertindak balas.

Beliau berkata bahawa AS tidak akan teragak-agak untuk menyerang sasaran lain di Iran sekiranya keamanan tidak kembali segera di Timur Tengah.


“Akan ada keamanan atau tragedi untuk Iran, yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang kita saksikan selama lapan hari ini.”

Trump mengakui serangan ke atas tiga kawasan tersebut adalah yang paling merbahaya tetapi turut mengakui “terdapat banyak lagi sasaran.”

“Jika keamanan tidak datang cepat, kita akan sasarkan yang lain dengan ketepatan, kelajuan dan kemahiran.”

Trump juga menyifatkan Iran sebagai “pembuli di Timur Tengah” dan serangan akan berlanjutan sekiranya ia tidak mencari jalan perdamaian.

Trump menyifatkan pengeboman tiga kawasan tersebut sebagai langkah penyelesaian masalah lama dengan objektif menghalang Iran menghasilkan senjata nuklear.

“Selama 40 tahun, Iran berkata hancur Amerika, hancur Israel. Mereka membunuh orang kita, meletupkan tangan dan kaki mereka dengan bom tepi jalan.”








IRAN SERANG SEMULA SELEPAS US BOM FASALITI NUKLEAR IRAN/ Iranian missiles target Israel after US bombed nuclear sites

LIVE | WATCH ON CAM: The Exact Moment When US' B-2 Bombers Attacked Iran...

LIVE | WATCH ON CAM: The Exact Moment When US' B-2 Bombers Attacked Iran...

Hari Ketujuh Perang Iran Israel, Adu Strategi Perang Udara Iran Vs Israe...

BANYAK PIHAK AKAN TERLIBAT

 

Afghanistan beri amaran kepada AS – “Jika Amerika menyerang Iran, Taliban akan memasuki medan perang”





Ramai kini mengingat kembali satu Hadis: “Panji-panji hitam akan bangkit dari Khurasan dan mara menuju BaituImaqdis.” Adakah saat itu semakin hampir? Adakah kita sedang menyaksikan permulaan sesuatu yang telah dinubuatkan?


Kredit Mynewshub



Ramanan belum layak lagi jadi Pengarah Pilihanraya .......

Negeri paling popular dalam kalangan pelancong tempatan…





Perak ialah negeri paling popular dalam kalangan pelancong tempatan sepanjang tahun 2024.

Pencapaian itu adalah berdasarkan laporan Survei Pelancongan Domestik 2024 yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kata Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee.

Seramai 10.2 juta pelancong domestik direkodkan berkunjung ke Perak pada tahun 2024, mengatasi Selangor (9.6 juta) dan Pahang (9.5 juta).



“Sebelum ini, Perak merekodkan peningkatan ketara kehadiran pelancong antarabangsa sebanyak tiga kali ganda. Kali ini, kita berjaya pula menjadi juara dalam kategori pelancongan domestik.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan, termasuk pemain industri pelancongan, pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah dan tanah (PDT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerusi kempen Tahun Melawat Perak 2024,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena program Perarakan Kebudayaan Kampar dan Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Daerah Kampar di sini pada Sabtu.

Antara daerah tumpuan pelancong di Perak ialah Kinta, Larut Matang dan Selama, Manjung, Kuala Kangsar serta Batang Padang.

Beberapa destinasi pelancongan utama yang mencatat kehadiran tinggi termasuk Teluk Batik, Lumut Waterfront, Pasar Malam Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang serta Pulau Pangkor.

Kempen Tahun Melawat Perak 2024 terbukti berjaya apabila ia mencatat peningkatan 36.1 peratus pelancong domestik berbanding tahun sebelumnya.

“Sudah tentu kita perlu mengekalkan momentum ini kerana tahun lepas kita kurang cabaran. Semasa Tahun Melawat Perak, saingan kita yang paling sengit adalah daripada Melaka. Namun, tahun hadapan merupakan Tahun Melawat Malaysia.

“Jadi, dari negeri paling utara hingga ke timur Malaysia, semua akan berebut dalam Tahun Melawat Malaysia ini. Maka, kita harus mengekalkan momentum ini, memang tiada pilihan lain,” katanya.






DATO LOKMAN CAKAP PASAL TUN M & PAYUNG BESAR !

HOT! PLAN TO REMOVE MUHYIDIN? PERLIS MB EXPERIENCES DEFEAT!

US-ISRAEL ATTACK IRAN NUCLEAR SITES! Iran's Counterattack Will Be Bigger...

Rangkuman Perang Israel-Iran: Rudal Fattah-1 Unjuk Kemampuan, Khamenei A...

Pengarah Pilihanraya PKR: Saifuddin , Nurul Izzah gandingan secocok - F...

PEGANG JAWATAN. PERLEMBAGAAN PARTI KE LAUT

 


Ni saya nak bagi sikit ilmu pengetahuan perlembagaan parti kepada ahli PKR. Jangan tahu pegang jawatan je tapi perlembagaan parti dan peraturan parti tak tau.





1. Dalam isu di bawah ini yang penting NOTIS 7 hari mesyuarat telah dikeluarkan dan sampai kepada AJK. Maka kalau dapat di buktikan cukup notis, maka mesyuarat boleh di adakan.


2. Mana mana keputusan mesyuarat cukup majoriti YANG HADIR MENGUNDI membuat keputusan. Bukan majoriti AJK. contoh dari 31 AJK yang hadir 10. Maka cukup 6 bersetuju dikira cukup korum membuat keputusan mesyuarat.


3. Korum ni hanya untuk sewaktu Mesyuarat Agong Tahunan cabang sahaja iaitu minima 50 orang dan bukan pada waktu mesyuarat.


4. AJK yang menang atau dilantik yang tidak hadir 3 kali berturut turut akan dapat surat warning dan kalau tidak hadir 6 kali berturut turut akan boleh dipecat.


5. KC boleh melantik sesiapa sahaja Jadi AJK lantikan termasuk pasangan dia, anak dia, adik dia, awek dia, boipren dia TANPA perlu kelulusan AJK yang menang.


Perlembagaan ini dibuat in such a way supaya cabang tidak collapse sebab fenomena badan tanpa kepala ni bukan lah kali pertama berlaku. Benda ni dah lama. Sapa lama dalam parti ni tau la.


Jadi nasihat saya, kalau pun badan tanpa kepala nak boikot cabang tak guna. Maka masuk je la meeting dan jadi org yang tukang semak Imbang. Rugi kalau dh menang tapi letak jawatan atau dibuang dari jadi AJK. Mengadu lah pada Fuziah Salleh . Beliau akan cakap yang sama


ISWARDY



SEBELUM NAK TURUN ANWAR. 2 DAH DITURUNKAN

 

Che Ibrahim


Sudah 2 MB Pas diturunkan sebelum PMX turun.... Isyarat apakah ini?





KISAH YANG PATUT KITA AMBIL PENGAJARAN



 "Duit saya tak cukup, tapi saya janji nak bayar… Saya cuma ustazah KAFA, dik…"





Hari ni abam kebetulan ada kat bengkel.


Seorang akak datang, tudung labuh, raut muka letih. Dia minta pomen check kereta dia.

Abam tengok dari jauh, sambil lap peluh — hari ni panas.


Pomen panggil, bagi tahu — banyak barang rosak.

Steering rack bocor. Drive shaft longgar. Brake pad haus. Tayar makan sebelah.


Kosnya… memang tinggi. Akak tu diam je.


Dia cakap, sebelum ni dah banyak kali baiki, tapi kereta tetap rosak.

Katanya,


“Dulu buat tempat lain, rasa macam kena tipu…”

Tapi dia tetap nak baiki. Katanya dia perlukan kereta tu sangat.

Dia apply ansuran, lulus RM1,000 — tapi masih tak cukup.


Abam tanya perlahan,


“Akak kerja kt mana ya…?”

Dia senyum, tapi senyuman yang tawar…


“Saya ustazah KAFA, dik. Gaji bersih RM970 je… Tapi saya memang kena ada kereta ni. Saya sorang je tanggung anak. Nak pergi sekolah, nak balik… semua guna kereta ni…”

Dia buka apps bank, tunjuk —

Baki RM4.11.

Tak mintak tolong. Tak menangis. Tapi suara dia makin perlahan.


“Saya tak minta kurang, dik… Tapi boleh tak saya bayar sikit-sikit? Empat kali pun tak apa… Saya janji saya bayar…”

Waktu tu… abam tak mampu cakap apa. Tekak rasa ketat.

Seorang wanita, dalam kesempitan, masih jaga maruah. Tak merayu. Cuma minta ruang untuk terus bertahan.


Abam angguk perlahan.


“InsyaAllah kak… saya bantu. Allah tahu niat akak. Moga dipermudahkan semua urusan…”

Dia tunduk. Lama dia diam sebelum pandang balik. Mata dia merah, tapi masih tahan air mata.


“Terima kasih dik… Saya tak ada apa nak balas. Tapi saya doakan Allah jaga adik, murahkan rezeki adik, dan lindungi keluarga adik selalu…”


Kadang-kadang Allah tak uji kita dengan kemiskinan,

Tapi Dia uji kita dengan pilihan —

nak bantu orang susah… atau biarkan dia terus susah.


Dan hari ni, abam belajar…

rezeki sebenar bukan duit yang masuk,

tapi hati yang lapang lepas dapat membantu.


🤲 Moga Allah bantu dia. Dan bantu kita untuk terus jadi manusia yng dpt memberi manfaat kepada org lain…


Kredit : Muhammad Johari 


#gengsurauputrajaya



HRC LIVE! - PADU JENTERA PILIHANRAYA PKR - SIAPA PAKAR STRATEGI? | RAFIZ...


DAMAI YANG PADU - Nurul Izzah Anwar dan Saifuddin Nasution Ismail sah dilantik sebagai pengarah pilihan raya bersama PKR untuk menghadapi PRN Sabah dan seterusnya. Nurul Izzah sebelum ini merupakan pengarah pilihan raya PKR dari 2022 hingga 2025. AGAK-AGAK SIAPA PAKAR STRATEGIS PKR? Ketua Penerangan Fahmi Fadzil berkata biro politik PKR dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengadakan mesyuarat hari ini dengan ahli merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat Rafizi Ramli. Rafizi - yang baru-baru ini meletak jawatan sebagai menteri ekonomi selepas tewas dalam mempertahankan jawatan timbalan presiden parti kepada Nurul Izzah.






Perlis akan dapat MB Baru? Takbir ......

Sembang Santai bersama DSA: Shahidan , 2 Panglima Perang PKR

KALAU IKUT MARUAH YANG DIPEGANG RAFIZI. MB PERLIS NI KENA LETAK JAWATAN. BERMARUAH LAH NAMA NYA.

 


PUNYA TAK ADA ISU... PETAI BELON... TURUN ANWAR.... WOIII... KO NAK GANTI DENGAN SAPA DALAM PAS?


 

EJEK MENGEJEK

 Ustaz Al. Asri


Emoji gelak jauh melebihi dari cukop jomlah

Apa dah jadi???

🙄🙄🙄🙄





KALAU TANYA NI SAMA ADA WALAUN DAK PUN BUDAK BERSATU. JENIS MALAS MENGKAJI


 

MALANG TAK BERBAU



Ruslan Mat Ali 48 tahun bapa kepada 3 orang anak mengaku tidak bersalah hantar komen jelek terhadap Nurul Izzah Anwar. Dia dakwa telefon bimbitnya terjatuh sewaktu dia memancing dan komen2 jelek itu terbit selepas itu. Dia gagal membayar ikatjamin RM10,000 dan kini ditahan di penjara.




KEH.. KEH.. KEH...

 

Megat Roslan Abdul Wahid


PASEMBUR@ROJAK PENANG betul-lah!

Bila yang kalah PRU15 jadi 'Panglima Perang'?

🤣🤣🤣




CIRI CIRI MUNAFIK


Norman Radzuan


 Ciri ciri munafik… waktu mereka jadi kerajaan berkecuali, waktu kita jadi kerajaan minta kenyataan tegas.

 

Waktu jadi pembangkang nak haramkan judi bila jadi kerajaan mereka pula naikkan perjudian. Waktu jadi pembangkang nak buat RUU355 bila jadi kerajaan tak buat langsung.





Nasib Shahidan Kassim & Annuar Musa di dalam PAS



BENARKAH SHAHIDAN KASSIM DITOLAK DI PERLIS?





Jika benarlah berita ini, apabila dari 60 cawangan PAS di Perlis hanya 3 sahaja mencalonkan Shahidan sebagai Timbalan Pas Arau, Shahidan patut berasa malu. Bukan jawatan Timbalan Presiden tapi sekadar jawatan di Arau sahaja.


Sebelum ini Annuar Musa ditolak utk bertanding PRK Kuala Terengganu walaupun beliau juga merupakan Pengerusi Muafakat Nasional.


Maknanya kedua mantan Menteri dari UMNO ini tiada tempat di dlm PAS. Walaupun Shahidan dianggap pencetus gelombang kejayaan PN di Perlis tetapi beliau tetap ditolak ahli PAS utk memegang jawatan parti.


Tanya saya bukan menghairankan. Kita lihat Annuar Musa tidak dicalonkan di PRN Kelantan sebelum ini. Walaupun alasan Annuar fokus pusat tetapi ada suara2 sumbang mengatakan PAS tidak mahu Annuar Musa mengambil seat di dlm DUN.


Shahidan dan Annuar kena tgk sejarah. PN menang 4 negeri, satu negeri pun mereka tidak mahu meletakkan calon Bersatu menjadi Menteri Besar.


Berbeza dgn PH bekerjasama dgn BN. Di Perak walaupun PH menguasai seat DUN tetapi jawatan MB diberikan kpd BN. Begitu juga di negeri Pahang jawatan MB diberikan kpd UMNO/BN.


Di Kelantan barisan Exco hanya seorang wakil Bersatu dipilih. Manakala Ahli Majlis dikatakan 90% dikuasai ahli PAS. 


Shahidan dan Annuar saya anggap hanya melepaskan geram kpd Zahid yg menyingkirkan mereka dari UMNO utk menyertai PAS. Keduanya bukanlah kerana berminat sgt dgn ideologi PAS tetapi hanya dendam kpd mantan Presiden mereka.


Sebagai contoh Annuar ketika berkempen di PRK Nenggiri seolah olah ingin melepaskan dendam dgn menyerang Zahid, sedangkan ia tiada kaitan dgn keperluan penduduk.


Sebenarnya PAS sejak bersama Semangat 46, PKR dan UMNO, mereka menunggang parti2 ini. Setiapkali hasil kerjasama berlaku bukan S46, PKR atau UMNO yg untung tetapi PAS yg mendapat impak dari gabungan tersebut.


PAS berjaya mencuri ahli S46, PKR dan UMNO…ketiga tiga parti ini kehilangan ahli apabila PAS berjaya mengambil kesempatan dgn menjanjikan syurga.


Percayalah kata2 saya… lambat laun BERSATU akn menjadi mangsa terbaru PAS. Lihat sahaja PAS tidak mahu lantik MB dari BERSATU, Muhyiddin kena akur.


Percayalah juga kata2 saya Shahidan dan Annuar tidak akan kekal lama di dlm PAS. Shahidan dan Annuar akn sedar mereka diambil kesempatan walaupun pada awalnya kedua veteran politik ini yg mahu mengambil kesempatan.


Ku Li kata PAS ‘pelacur politik’, Muhyiddin kata PAS parti ajaran sesat dan Mahathir kata PAS parti kafir. Tapi Muhyiddin dan Mahathir tiada pilihan utk survival politik mereka dgn terpaksa menyokong PAS.


Sebab itu Zahid bijak, jika UMNO ingin bersama PAS pada PRU akn dtg kerusi incumbent pasti PAS tidak mahu serahkan kpd UMNO. Paling kuat UMNO boleh bertanding 30 kerusi. Pastinya PAS yg semakin kuat dan berkembang dan UMNO semakin lemah dan menguncup.


Muhyiddin dan Mahathir ingin mempergunakan PAS tetapi sebenarnya PAS lebih mempergunakan kedua mereka. 


Percayalah juga kata2 saya suatu hari nanti Mahathir, Muhyiddin, Annuar Musa dan Shahidan akn menyesal dan meninggalkan PAS. Mereka tiada roh PAS…tak nampak real. 


Simpan artikel pendek ini… firasat saya mengatakan suatu hari nanti keempat mereka bukan sahaja meninggalkan PAS malah memusuhi PAS.


CnP

Norman Radzuan




BILA DUA SAYAP PARTI LEBAI TIDAK SEHALUAN, BERTELAGAH, SIAPA YG LEBIH CERDIK, SIAPA YANG BODOH BEBAL?*



BETUL AHLI PKR TAK PUAS HATI PADA PARTI. TAPI KALAU NAK SOKONG PARTI MACAM KO JADI KETUA PEMUDA...TAK LA KOT....KIOK.




XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


*Dewan Muslimat dan Dewan Ulama PAS Tidak Setuju Himpunan Desak Anwar Undur*


Kota Setar, 17 Jun 2025 — Dua sayap utama dalam PAS, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama, hari ini menyatakan pendirian tegas menolak cadangan Dewan Pemuda PAS untuk menganjurkan satu himpunan besar-besaran bagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meletakkan jawatan.


Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada pagi ini, kedua-dua dewan menegaskan bahawa tindakan turun ke jalanan bukanlah pendekatan yang selari dengan prinsip Islam serta imej politik matang dan sejahtera yang sering diperjuangkan oleh PAS.


Ketua Dewan Muslimat PAS, Senator Ustazah Noraini Salleh berkata, "Kita tidak mahu rakyat melihat PAS sebagai parti yang hanya tahu menekan dan membangkang tanpa asas. Kita harus kekal dengan pendekatan dakwah dan siyasah yang damai, beradab dan berstrategi."


Senada dengan itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Dato’ Dr. Mahfuz Al-Hafiz menambah bahawa sebarang tindakan politik perlu berpaksikan ilmu dan pertimbangan syarak.


> "Demonstrasi jalanan bukan budaya kita. Dalam sejarah Islam, ulama terdahulu menasihati pemimpin secara hikmah, bukan dengan mencetuskan ketegangan awam. Kita mahu perubahan melalui proses demokrasi dan hujah, bukan emosi," katanya.


Kenyataan ini dilihat sebagai teguran langsung terhadap sayap Pemuda PAS yang kebelakangan ini lebih agresif dalam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.


Dewan Muslimat dan Ulama juga menyeru agar seluruh ahli PAS fokus kepada gerak kerja memperkukuh akar umbi, memperkasakan pendidikan politik dan menyediakan tawaran pentadbiran yang lebih baik menjelang pilihan raya akan datang.


Setakat ini, Dewan Pemuda PAS belum memberikan sebarang respons rasmi terhadap teguran dua sayap parti tersebut.



WALAUN YANG KIOK

 

Aman Mohamad



Dari bekas pegawai media TV3, kepada penyelam, dan terbaru driver UiTM.


Persamaan mereka bertiga ialah, tiada seorang pun ulamak PAS datang membantu mereka.


Seorang tu dibuang kerja hanya semata-mata pertahankan ulamak PAS yang taknak baca khutbah rasmi negeri sampai maki Sultan Perak.


Seorang lagi tak mampu bayar duit jaminan, kena masuk penjara. Dia adalah pengundi Parlimen Kemaman, Terengganu.


Seorang lagi baru dipanggil polis kerana hina KPN dan Agong kerana terpengaruh dengan fitnah Sinar Harian.


"dua-dua butOh", dia tulis.


Benar Presiden PAS kata, PAS memamg sasarkan golongan jahil agama untuk dijadikan penyokong dan pengundi PAS.


Terbukti walaun memang jahil agama.


Kalau pandai agama, memang takkan jadi walaun.


;)