Info Syam Ghaz
Langkah ini dilihat sebagai strategi ampuh untuk memperkukuh setiap posisi kritikal dalam pasukan, merangkumi aspek serangan, kreativiti, dan juga benteng pertahanan.
Dua tonggak utama, Bergson da Silva (35 tahun) dan Giancarlo Gallifuoco (32 tahun) dijangka akan menyarung jersi kebangsaan seawal bulan hadapan. Melengkapkan trio ini adalah pemain lincah, Manuel Hidalgo (26 tahun).
Kenapa kehadiran mereka penting?
1. Bergson da Silva: Ketajaman di depan gol tidak perlu dipersoalkan lagi. Sebagai peledak prolifik, Bergson adalah jawapan kepada masalah penyudah yang sering membelenggu pasukan kebangsaan.
2. Giancarlo Gallifuoco: Membawa fizikaliti dan kepimpinan di barisan belakang. Pengalaman luas pemain ini amat diperlukan untuk mengemudi benteng pertahanan dalam perlawanan intensiti tinggi.
3. Manuel Hidalgo: Kelincahan dan kreativiti pemain muda ini bakal menjadi "arkitek" di bahagian sayap atau tengah, memberikan lebih banyak pilihan taktikal buat pengendali negara.
Kehadiran Bergson dan Gallifuoco seawal bulan depan bakal menjadi ujian pertama mereka dalam misi membenam cabaran Vietnam.
Manakala Hidalgo akan menjadi aset jangka panjang memandangkan usianya yang masih muda.
Nik Azlam
BALAS UNTUK MAMAT BAWAH NI
Nazaruddin Mohamad "
Pada 14/07/2025 jam lebih kurang 3.00 petang, saya bersama rakan perniagaan saya Enth lelah nghe TP NPB use L berbincang mengenai penulisan buku dan dokumentari berkaitan dengan sumbangan bekas suami bellau iaitu Tun Daim Zainuddin kepada negara.
Perbincangan tersebut turut difiadin oleh anak lelaki beliau iaitu Amer Zainuddin dan 2 orang peguam bemama En. Amir Zharif dan En. Muhammad Nizamudin
Semasa pertincangan tersebut, Toh Puan Naimah ada bercerita tentang bagaimana keluarga Tun Daim dianiaya oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan pertunya satu kempen untuk menyerang Dato Sen Anwar Ibrahim dan Tan Sri Azam Baki.
Beliau juga memberitahu tentang kewujudan Firma Komunikasi Strategik TENEO yang berpengkalan di London.
Saya juga telah diminta oleh Toh Puan Naimah untuk hadir perbincangan bersama syarikat Teneo melalui aplikasi Zoom.
Pada 31/07/2025 jam lebih kurang 7.00 petang, saya dan En elah hadir perbincangan melalui aplikasi Zoom bersama Lord Andrew Feldman, CEO UK Strategy & Communication TENEO dan staf TENEO iaitu Philip Gawith, Arjan Keshavarz dan John Sheild. Turut hadir adalah Toh Puan Naimah dan 2 anaknya Amir Zainuddin dan Amin Zainuddin, 2 peguam iaitu En. Amir Zharif dan En. Nizamudin. Perbincangan merangkumi penggunaan media antarabangsa untuk memberi tekanan kepada SPRM dan Dato Seri Anwar Ibrahim khususnya untuk mengugurkan dakwaan terhadap Toh Puan Naimah.
Antara nama yang disebut berdasarkan ingatan saya adalah BBC, Bloomberg, Financial Times, The Economist & The New York Times.
Lord Andrew Feldman juga menggunakan kaedah Hobbyist di serata dunia termasuk di UK dan US untuk memberi penekanan kepada pihak Malaysia.
Menurut beliau, kaedah ini adalah kepakaran mereka untuk mempengaruhi polisi negara dan hala tuju sesuatu isu
Saya dan En. berasakan perkara ini adalah salah dan berunsur mengkhianati negara sendiri kerana bersekongkol dengan ejen luar negara untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia. "
El Mencho, ketua kartel paling dikehendaki dunia.
berjaya mengelak daripada dikesan lebih 15 tahun oleh pelbagai agensi rentas negara:
• DEA
• Tentera Mexico
• CIA
Satelit gagal.
Intipan gagal.
Operasi khas gagal.
Jejak digital pun hampir kosong.
Semua orang cari dia.
Tiada siapa jumpa.
Sampai satu kesilapan kecil berlaku.
22 February 2026 penamat hayat El Mencho.
Special Forces tidak jejak El Mencho.
Mereka jejak teman wanitanya, Maria Julissa.
Maria juga adalah adult content creator.
Maria pergi ke sebuah safe house untuk jumpa Mencho.
Dia bermalam satu malam.
➡️ Maria datang tidur.
➡️ Esoknya Maria balik.
➡️ Beberapa jam kemudian, serbuan dilakukan.
Special Forces terus raid lokasi tersebut.
Dan di situlah semuanya tamat.
Pengajaran paling besar:
Bukan teknologi.
Bukan senjata.
Bukan satelit.
Bukan agensi perisikan.
Manusia selalu jatuh kerana emosi.
Kerana hubungan.
Kerana kepercayaan.
Kerana orang yang paling dekat.
Kadang-kadang,
bukan musuh yang jatuhkan kita,
namun orang yang terdekat.
Legenda boleh sembunyi dari dunia,
namun sukar sembunyi dari perasaan sendiri.
Kartel El Mencho bernilai multi billion dollar.
Kematiannya menyebabkan rusuhan di Mexico.
Syam Ghaz
Ada unsur sabotaj Kerajaan sekarang, untuk tumbangkan kerajaan sah semasa nampaknya. Jarang Ketua Polis Negara keluar statement mcmni.
Tak mustahil ramai yang cemburu dgn Malaysia.
Dah kerusi tak cukup, cukup2 lah buat kerja huru harakan kerajaan sekarang, tunggulah Pru16 nanti buatlah kerja. Bukannya nak sabotaj ja.
Lambat lagi Pru16. Ada yang kata bulan 5 dan bulan 7, jauh benar la nak caya.
Tarikh akhir November 2027.
Teka-teki mengenai status tujuh pemain naturalisasi skuad Harimau Malaya kini memasuki fasa kritikal selepas prosiding pendengaran di Mahkamah Arbitrasi Sukan (CAS) dilaporkan telah selesai sepenuhnya pada awal pagi Jumaat.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, seluruh peminat bola sepak tanah air kini perlu menunggu sehingga minggu hadapan untuk mengetahui keputusan muktamad daripada badan kehakiman sukan dunia tersebut.
Isu ini menjadi tumpuan utama kerana ia melibatkan masa depan kekuatan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa.
Sekiranya rayuan yang dikemukakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berjaya, ketujuh-tujuh pemain terbabit akan dibenarkan kembali beraksi tanpa sebarang sekatan.
Namun jika mahkamah menolak rayuan tersebut, penggantungan sedia ada akan terus kekal dan bakal merencatkan perancangan taktikal skuad kebangsaan bagi kejohanan akan datang.
Kini, bola berada di kaki CAS. Keputusan yang bakal diumumkan minggu depan bukan sahaja menentukan nasib individu pemain terbabit, malah akan memberi impak besar kepada hala tuju program pemain naturalisasi negara.
Seluruh penyokong setia Harimau Malaya pastinya mengharapkan berita gembira demi melihat barisan terkuat negara kembali beraksi di atas padang.
Jamzuri Ardani
Saya harap Anwar kekal jadi PM untuk penggal kedua dan terus melaksanakan penambaikan dalam pentadbiran negara dan terus memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Saya belum nampak tokoh lain yang boleh melakukan dengan lebih baik.
Beliau banyak kelemahan ... saya setuju. Beliau banyak lakukan kesilapan ... saya setuju. Dia tidak tunai sebahagian janji dia ... setuju. Adakala dia cakap lain buat lain ... ini pun saya setuju.
Tapi ... saya yakin siapa pun yang akan ganti dia nanti akan berhadapan masalah yang sama. Semua PM lain sebelum ni pun macam tu juga, malah mungkin lebih teruk. Adakalanya pihak yang hentam dia pun tidak sebaik mana. Ada banyak kelemahan lain yang mungkin lebih fatal untuk dijadikan pemimpin.
I have gone passed this naivity to believe that a political leader would free from those problems. Not before, not now, and not in the future.
Saya setuju Anwar ditegur dan dikritik. Pemimpin yang tidak ditegur dan dikritik adalah merbahaya. Walaupun pemimpin itu berwajah agama, dilihat alim ... jika tidak ditegur dan dikritik dia tetap seorang pemimpin yang merbahaya buat kesejahteraan rakyat.
Tegurlah Anwar. Kritiklah Anwar. Tapi ... kita perlu berusaha untuk memastikan beliau terus jadi PM untuk penggal kedua. Bila dia dah jadi PM penggal depan pun, teruslah kritik dia, tegur dia jika perlu ... dan pertahankan dia ketika perlu.
Politik perlu bebas dari kebencian peribadi dan juga bebas dari ketaksuban kelompok.
Politik adalah untuk kesejahteraan rakyat dan negara.
PENDIRIAN PN KEKALKAN HAMZAH TEPAT DAN WAJAR
26 Februari 2026
PN memutuskan kedudukan Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang adalah kekal buat masa ini.
Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, ia berikutan tiada makluman rasmi dikemukakan kepada Parlimen mengenai sebarang perubahan bagi jawatan tersebut.
“Tiada apa-apa notifikasi daripada pembangkang mengenai kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Kota Bharu itu menambah, beliau telah bertemu dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul untuk membincangkan soal itu dan merujuk kepada kenyataan awal Johari mengenai status Hamzah itu.
“Setakat ini Hamzah masih ketua pembangkang. Dia (Johari) setuju dan saya pun (setuju).
“Setakat ini kedudukannya begitulah,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Rakyat.
Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, dengan itu aturan tempat duduk di Dewan Rakyat juga tidak berubah.
Sesungguhnya pendirian PN sebagaimana ditegaskan Takiyuddin ini adalah sesuatu yang wajar dan tepat.
PN tidak perlu mencipta masalah baru selepas isu jawatan Pengerusi gabungan itu berjaya diselesaikan dan kini dipegang oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Naib Presiden PAS.
Lagi pun, Hamzah masih menyokong dan setia bersama PN, walaupun keahliannya daripada Bersatu telah dipecat.
Lebih daripada itu, selain 5 lima Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat menyokong beliau, 13 lagi Ahli Parlimen Bersatu yang masih bersama parti itu juga turut bersamanya.
Maka itu, adalah lebih baik PN mengekalkan keharmonian sedia demi memastikan kemenangan pada PRU akan datang dapat dicapai.
Kepada pihak di luar Parlimen yang masih buat bising dan suka “nyet nyet” mempertikaikan kedudukan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, PN sebaiknya tidak harus ambil peduli dengan mereka.
Suara mereka tidak perlu dilayan kerana kedudukan Ketua Pembangkang adalah kerja Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, PN sebagai blok pembangkang dan PAS yang merupakab parti yang memiliki kerusi terbanyak menentukannya.
Yang lain hanyalah suara-suara di pinggiran yang tiada nilai sama sekali. - ShahbudinHusin 26Februari2026.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1224843286305455&id=100063393840098
Syam Ghaz
Bercanggah kot mana? Nak pastikan seorang Perdana Menteri ada had limit 10 tahun pun tak boleh ke?
Nak bagi sampai 22 tahun jadi PM mcm Penatsihat SG4 tu ke? Ataupun mcm Presiden Pas nak jadi Presiden hingga akhir hayat?
Jika PN protes pun, MP Kerajaan Perpaduan ada 152, majoriti 2/3.
Malah jika 10 orang daripada MP Perpaduan protes pun, ada lagi 142.
Majoriti tipis cuma nak 112 sahaja.
Apapun andaikata ada cadangan lebih baik, bagitau lah. Bukan bertempur di sidang media.
Nazri Hamdan
Menurut Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, semua suspek yang terlibat dalam insiden tembakan di Bukit Kayu Hitam telah berjaya diberkas dalam tempoh kurang 24 jam, sekali gus menunjukkan tahap kecekapan dan kesiapsiagaan pasukan keselamatan negara.
Beliau memaklumkan bahawa polis kini sedang menjalankan siasatan dan soal siasat secara terperinci, sambil mengesahkan pegawai yang terlibat terselamat dan hanya kenderaannya menjadi sasaran tembakan ketika dalam perjalanan menunaikan solat Subuh.
Menurut Menteri, operasi keselamatan di kawasan sempadan negara kekal terkawal dan tidak terjejas, meskipun sifat tugas kawalan sempadan sememangnya terdedah kepada pelbagai ancaman termasuk tindak balas sindiket jenayah.
Beliau menegaskan bahawa Bukit Kayu Hitam merupakan antara pintu masuk darat paling sibuk negara, menghubungkan Malaysia dengan Thailand serta mengendalikan aliran perdagangan dan pergerakan harian yang tinggi.
Oleh itu, sebarang ancaman akan ditangani secara tegas bagi memastikan keselamatan negara tidak dikompromi, selari dengan keutamaan kerajaan dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan pintu masuk nasional.