Lagi ditekan, lagi anak muda bangkit

Lagi ditekan, lagi anak muda bangkit

Lagi ditekan, lagi anak muda bangkit

Himpunan #Kita Lawan 28 Mac dianggap berjaya dalam keadaan pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Mat Sabu, Tian Chua, Rafizi Ramli dan Hishamudin Rais ditahan polis. Polis gagal mengulangi taktik menangkap pemimpin besar Hindraf pada 2011 bagi menggagalkan tunjuk perasaan NGO pembela masyarakat India itu.

Himpunan #Kita Lawan bermula di Masjid Jamek dengan membawa tema kenduri kahwin anak Najib – Rosmah. Model sepasang pengantin dan pengiring yang membawa replika cincin berlian, wang hantaran dan pelbagai hadiah perkahwinan diarak dari stesen LRT Masjid Jamek.

Pada pukul 4.10 petang konvoi pengantin itu sampai di Jalan Tun Perak, berhampiran Dataran Merdeka. Peserta perhimpunan sejumlah 500 orang dari Masjid Jamek bergabung dengan peserta di sana membentuk konvoi sejumlah 1500 demonstran berkerak ke Sogo melalui Jalan Raja Laut.

DSC_0474


Demonstran menyanyi sambil diiringi paluan gendang dari kumpulan The Bang Art. Kira-kira pukul 5.00 demonstran tiba di Sogo dan bergabung dengan 500 demonstran yang menanti di sana.
Pemimpin utama yang tunjuk perasaan itu berucap. Antaranya Fariz Musa, Dr Dzulkifly Ahmad dari PAS, Ustaz Fakrol Razi bendahari Pemuda PAS, Maria Chin dan lain-lain.

Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin menyampaikan pesanan dari Ketua Umum KEADILAN Anwar Ibrahim.

“Saya sempat berjumpa Anwar di Mahkamah Syariah Selasa lalu. Pesan Anwar agar rakyat teruskan perjuangan

“Kepada IGP dan polis kita beri amaran jangan halang rakyat. Rakyat yang bayar gaji kamu. Jangan sombong sangat,” katanya.
Manakala Ust Fakrol memuji demonstran kerana berani hadir walaupun diugut dengan penahanan oleh kerajaan BN.

“Tahniah kerana berani hadir, walaupun polis tangkap pemimpin.
“Jangan takut kerana bukan kerajaan bagi kita makan, bukan Umno bagi makan. Polis pula kena sedar rakyat yang bayar gaji mereka,” katanya.

Pada pukul 5.30 demonstran bergerak ke KLCC melintasi bangunan IPD Dang Wangi tempat Tian Chua, Mat Sabu dan lain-lain disoal siasat. Mereka berhenti di hadapan IPD itu.

Tiba-tiba tingkap sebelah atas bangunan IPD 20 tingkat itu dibuka. Tian Chua, Mat Sabu dan beberapa OKT lain melambai tangan ke bawah. Lambaian itu disambut sorakan daripada demonstran yang memberikan kata-kata semangat kepada para pemimpin.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke KLCC melalui dua batang jalan sebelum masuk ke Jalan P Ramlee. Polis membuat hadangan di simpang empat hadapan KLCC agar demonstran tidak mengganggu anak Najib yang sedang bersanding di KLCC.

Demonstran terhenti di hadapan dua lapis penghadang dan dibentengi kira-kira 200 anggota polis. Rundingan dengan polis membenarkan penunjuk perasaan melakukan duduk bantah dan mendengar ucapan pemimpin. Marivannan Gowind berucap menolak GST. Diikuti Mandip Singh.

Ketua perarakan fariz Musa kemudian menutup himpunan itu pada pukul 6.00 petang dengan pengumuman satu himpunan mega akan dianjurkan pada Hari Pekerja 1 Mei 2015.

Siap sedia ke Himpunan #KitaLawan 1 Mei

Siap sedia ke Himpunan #KitaLawan 1 Mei

Himpunan #KitaLawan 28.03.2015 telah berlangsung dengan aman dan penuh semangat. Siri tangkapan dan kekerasan terhadap pimpinan rakyat dan aktivis menjelang perhimpunan ternyata langsung tidak memberi tekanan kepada anak muda untuk menyuarakan isu-isu rakyat, malah kami hadir dalam suasana harmoni sebagai simbolik untuk meraikan perkahwinan terulung negara sebelum pelaksanaan GST.

Selepas menerima pelbagai ugutan dan tindakan kekerasan, semalam telah terbukti bahawa #KitaLawan merupakan gerakan anak muda yang akan kekal menjadi igauan dan mimpi ngeri mereka yang zalim dan salah guna kuasa.
Kitalawan 

Walaupun pergerakan Himpunan semalam terbantut kerana KLCC telah dikepung polis, kami mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang bertugas semalam. Ternyata arahan Ketua Polis Negara (IGP) untuk kerahan anggota maksima semalam memberi gambaran sebenar ketakutan Najib Razak dan terpisahnya kehidupan beliau yang penuh kemewahan disebalik kerakusan kuasa dengan realiti kehidupan rakyat biasa yang dihantui dengan kesusahan dan kesengsaraan.

Himpunan semalam yang bersurai dengan aman turut memberikan kemenangan kepada anak muda. Pihak polis telah bersiap sedia untuk melakukan tangkapan besar-besaran dan seolah-olah mengharapkan akan berlakunya kekecohan ternyata hampa. Ini jelas telah mengecewakan IGP yang telah hilang pedoman bagaimana untuk menghentikan semangat #KitaLawan yang terus meningkat bukan sahaja menuntut perletakkan jawatan Najib Razak tetapi juga lantang bersuara agar beliau dipecat sebagai Ketua Polis Negara.

Kebuntuan dan kekecewaan IGP adalah amat jelas. Selepas rakyat berhimpun dan bersurai secara aman, beliau masih ingin melakukan tangkapan sebagai peringatan kepada rakyat bahawa beliau masih relevan dan berkuasa. Syabas kepada Fariz Musa, Khalid Samad, dua mahasiswa yang ditangkap kerana memakai baju hitam dan lebih ramai aktivis yang akan ditangkap selepas ini. Tangkapan mereka adalah symbol dan manifestasi keberanian anak muda melawan pemerintah yang zalim yang terus menerus menindas rakyat biasa.

Walaupun anak muda terus ditekan, rencana #KitaLawan akan terus diperhebatkan. Selagi Anwar Ibrahim tidak dibebaskan, selagi Najib Razak tidak berundur, selagi Khalid Abu Bakar tidak dipecat dan selagi kerakusan GST tidak dihentikan, kami anak muda akan terus lawan. Kami percaya kebangkitan anak muda ini mendapat dokongan dan sokongan rakyat Malaysia.

#KitaLawan akan terus bina kekuatan dan kami akan terus merencanakan isu-isu rakyat. Maka, Sekretariat menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersiap sedia turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada Himpunan #KitaLawan 1 Mei 2015.

Lagi ditekan, lagi #KitaLawan
29 MAC 2015
SEKRETARIAT #KITALAWAN


Polis tahan Fariz Musa, Khalid Samad selepas Himpunan #KitaLawan

Polis tahan Fariz Musa, Khalid Samad selepas Himpunan #KitaLawan

KUALA LUMPUR 29 MAC: Himpunan #KitaLawan yang berjalan lancar tanpa gangguan polis lewat petang semalam akhirnya dicemari dengan tangkapan polis ke atas Setiausaha Pengelola KEADILAN, Fariz Musa yang mengetuai barisan 3,000 peserta dalam himpunan itu.
OLYMPUS DIGITAL CAMERABeliau merupakan tangkapan pertama peserta himpunan tersebut.
KEADILAN dalam kenyataan memberitahu, Fariz yang juga Koordinator Jingga 13 ditangkap di bawah Akta Hasutan sebaik himpunan itu tamat.

Difahamkan beliau sekarang berada di IPK Kuala Lumpur, dan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk disoal siasat.

Polis meneruskan tangkapan kedua pada 3.20 pagi ini ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, juga mengikut Akta Hasutan berhubung perhimpunan #KitaLawan, di rumahnya di Shah Alam.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Semalam, beberapa jam sebelum himpunan itu berlangsung, polis menahan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula ditahan awal pagi Sabtu berhubung Himpunan #KitaLawan di Pulau Pinang selepas menghadiri mesyuarat parti di peringkat negeri itu.

Beliau bagaimanapun dibebaskan pada 11.30 malam tadi selepas ditahan hampir 23 jam tanpa sebarang pertuduhan.

Jumaat lalu, polis menahan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya menyeru ahli parti itu menyertai Himpunan #KitaLawan yang diadakan semalam.

Pada sebelah malam pula, aktivis Hishamuddin Rais ditahan selepas ‘diculik’ dan dibawa ke IPD Dang Wangi sebaik sahaja tiba di Dataran Merdeka untuk menghadiri program ceramah #KitaLawan.
Rafizi dan Hishamuddin ditahan reman semalam tiga hari.

JAWAPAN PALING TAK MASUK AKAL DARI PRESIDEN PAS

 Oleh: Yong suka Kuning

 

 

 

TAK TAHU ATAU TAK MAHU TAHU? 

Ketika seluruh negara heboh Mat Sabu di tahan, PAS Wilayah Persekutuan sedang mengadakan konvensyen. Ramai "ulama" PAS turun ke Gombak, termasuk Haji Hadi, Presiden PAS.

Tetapi dia tak tahu timbalannya telah ditahan polis dan dibawa dari Pulau Pinang ke IPD Dang Wangi sebelum dibebaskan pada jam 11.30, 28 Mac, 2015, setelah ditahan hampir 23 jam.

Berita penahanan Mat Sabu juga dimuatkan dalam Astro Awani, Berita Harian dan Tranungkita.net selain portal berita online seperti TMI, Malaysiakini juga Facebook dan Blogs milik aktivis.

Tetapi Presiden PAS kata dia tidak tahu.

Presiden PAS mungkin tidak kesempatan membaca berita-berita tersebut. Atau mungkin kurang sihat. Tetapi dia dikelilingi oleh penasihat-penasihat, anak-menantu yang sihat wal-afiat, dan penyokong-penyokong yang 24 jam sembang dalam Facebook, Whatsapps, etc.

Sesungguhnya jawapan Haji Hadi itu langsung tak masuk akal.

Mana boleh Presiden parti tidak tahu Timbalan Presiden telah ditangkap? 

Timbalan Presiden itu bukan ditangkap penyamun ketika sedang mencari minyak (untuk dapatkan dana membantu mangsa bah kuning Kelantan) di Mongolia.

Amat memalukan sekiranya Presiden PAS itu benar-benar tidak tahu (bukan tidak mahu tahu) timbalannya telah ditangkap.

Kalau Presiden PAS benar-benar tidak tahu, maknanya berita penangkapan Mat Sabu sengaja digelapkan dari pengetahuan Presiden PAS. 

Tapi apa tujuannya?

Sekarang siapakah yang memalukan Presiden PAS?

Kalau sampai beginipun pemimpin PAS masih tak sedar betapa buruknya akhlak orang yang berada di keliling Presiden, Yong tak tahu nak cakap apa dah.
Semua gara-gara berebut jawatan.

Jauh sangat ke IPD Dang Wangi dari Gombak?

Sendiri sudah kena, tapi mahu salahkan orang lain?


 Oleh: Al Husseyn


Saya sudah katakan dulu, ianya tak ada sangkut paut dengan Hudud.
Puak-puak UG terpekik terlolong mengatakan Hudud, Hudud, Hudud..
Tujuan mereka hanya nak buat DAP dan PKR marah supaya PR 
berpecah. Betul tak telahan saya sebelum ini?
Utusan melaporkan: Rang undang-undang per­sendirian yang hendak dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat bukanlah rang undang-undang hudud sebaliknya pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355).

 “Jangan terus melompat dan bertempik gegak gempita memberikan kri­tikan tanpa mengetahui hujung pangkalnya,” Baca lagi di sini

  Hello Hj Hadi, yang melompat dan bertempik gegak gempita nak laksanakan Hudud di Kelantan selama ini bukankah kamu sendiri? Bukankah Haron Din, Nik Amar , Mat Yaakub, Nik Amar dan yang sewaktu dengannya yang buat kelaku begitu? Sebagai contoh dari yang banyak:


Baca di sini
  Pada 26 Disember 2014, apabila Setiausaha Agong, Mustafa Ali mengumumkan penangguhan sidang khas Dun Kelantan yang dijangka pada 29 Disember untuk meminda Kanun Jenayah Syariah II 1993, saya telah membuktikan pembohongan Dr Zuhdi yang sebelum itu menyatakan yang kononnya deraf pindaan tersebut telah mendapat persetujuan JKPP.

  Lantaran penangguhan sidang khas tersebut, saya juga telah mendedahkan maklumat sebagaimana yang saya tulis sebagai berikut:
Bahawa pindaan draf Kanun Jenayah Syariah II oleh Kerajaan Negeri Kelantan itu tidak terlibat apa-apa pun dengan hukum Hudud seumpama kerat tangan ...
 Tapi puak-puak UG ni sengaja nak buat havoc dan mensensasikan isu Hudud. Waima ianya hanyalah beberapa pindaan tambahan hukuman yang telah sedia ada.
Motif utamanya ialah mahukan Pakatan Rakyat berpecah. Itu sebabnya maka puak Kelantan UG merahsiakannya dari pengetahuan JKPP dan hanya bercadang mendedahkannya pada 28 Disember....Jahat puak UG nih!  (sila rujuk di sini)
  Menurut Husam Musa  , (Oleh itu) hukuman (bagi tiga jenayah itu) hanya sebat. Tidak ada potong tangan dan sebagainya," 
 
 

KAMI PEJUANG JIHAD .TAK MAIN LA MASUK LOKAP

MAT SABU KENA TANGKAP MASUK LOKAP? ALAAA...APA BARANG, BEB !!
Aduuyaiii...bising bunyi henset tok dengan wassap yg masuk. Semua tanya tok, ramai yg dah kena tangkap...rafizi...tian chua...Mat sabu...nurul nuha...Izzah..tapi kenapa geng2 tok seorang pun tak kena macam Nik beduh...tontowi...Tar snake...AtTakiri...Hadi...kenapa mereka tak kena?
Tok kata, geng2 tok tak main la masuk lokap. Mereka ni pejuang jihad yg standard mereka mati syahid. Masuk lokap bukan mati pun.....tak main lokap2 ni...low class...."


Jangan Main Main sama kitaorang punya Tuang Presideng???


 Oleh: Al Husseyn




KUALA LUMPUR, 26 Mac - DAP boleh kehilangan Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang jika PAS tidak lagi sekutu  Pakatan Rakyat (PR), kata seorang pemimpin tinggi parti Islam.

 Tim.Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia semalam bahawa DAP memerlukan PAS untuk mendapatkan undi Melayu.

 "Jika ada perpecahan dalam pakatan pembangkang, DAP akan rugi," Amar dipetik berkata.

 "Ia tidak pasti sama ada [DAP] boleh mempertahankan Pulau Pinang jika PAS tidak ada di dalam pakatan pembangkang. Jangan fikir hanya PAS bergantung kepada orang lain, orang lain juga bergantung kepada PAS dalam pakatan itu," katanya.Baca lagi di sini 

 Saya amat bersetuju dengan kenyataan Nik Amar tersebut. Telah terbukti benar bahawa PAS ada kuasa penentu dan mampu menjatuhkan kerajaan PR di Pulau Pinang.

PAS pernah menggugat Kerajaan PR di Selangor dan nyaris-nyaris melingkupkannya kalaulah tidak kerana adanya dua Adun PAS yang berani merosakan agenda Hj Hadi itu....


  Bukankah Hj Hadi sendiri yang telah menandatangani watikah calon pada saat terakhir hingga menyebabkan PAS-PKR bertembung tiga penjuru  dalam PRU-13 yang lalu di tujuh kawasan:

1) Dun Kota Damansara (Selangor)
2) Dun Sungai Aceh (Pulau Pinang)
3) Dun Panti (Johor)
4) Dun Kota Putra (Trengganu)
5) Dun Bukit Besi (Trengganu)
6) Dun Seberang Takir (Trengganu)


7) Parlimen Labuan.

Ketujuh-tujuh kerusi tersebut akhirnya boleh kepada Umno/BN!

  Jadi korang jangan lupa, dengan restu Hj Hadi, PAS telah mengkhianati tahalluf siyasi dengan rakannya sewaktu PRU-13 lepas. Adakah Hj Hadi sudah bertaubat dan minta maaf diatas kelanjurannya tesebut?



 Jadi,  DAP dan PKR don't play-play sama presiden kitaorang, Hj Hadi. Kita sanggup melakukan apa saja. 

PAS sanggup hilang deposit asalkan Allah redha? Duit kitaorang boleh cari..... Kita baru habiskan RM1juta buat ijtimak doniya di Rusila...ha!ha! ha!...ingat, Don't play-play!!

Hadi Awang Lebih Merugikan Pas?

shahbudin Hussein


Menjelang pemilihan Pas pada bulan Mei depan, persoalan yang paling menjadi perhatian sekarang ialah apakah Haji Hadi Awang sebagai Presiden akan dicabar dan adakah Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden akan digantikan?

Keributan mengenai isu hudud antara Pas dengan rakan gabungannya, DAP sehingga parti itu hilang kepercayaan terhadap Haji Hadi telah merancakkan lagi desakan agar beliau berundur sebagai Presiden Pas.

Ini kerana jika Haji Hadi terus kekal menerajui Pas, ia bukan saja memungkinkan PR berpecah, tetapi juga menyebabkan calon-calon Pas tidak lagi mendapat keyakinan daripada pengundi bukan Melayu dalam pilihanraya akan datang.

Tanpa sokongan pengundi bukan Melayu, Pas tentu saja berisiko kehilangan banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor dan beberapa negeri yang lain yang mula dimenanginya sejak 2008 lalu melalui kerjasama dengan PKR dan DAP.

Tetapi untuk memaksa Haji Hadi berundur atau mengalahkannya dalam pemlihan bukan tugas yang mudah. Walaupun Haji Hadi dibayangi pelbagai kelemahan sejak beberapa tahun lalu, perwakilan Pas tidak akan membiarkannya kalah dalam pemilihan. Oleh itu mengalahkan Haji Hadi dalam pemilihan boleh dikira mustahil.

Haji Hadi juga tidak mungkin berundur atau dipaksa berundur kerana tiada jawatan lain yang boleh diberikan kepadanya sebagai ganti setelah kerusi Mursyidul Am yang sebelum ini dipegang oleh Allahyarham Nik Aziz Nik Mat telah pun diisi oleh Dr Haron Din.

Lagi pula akur untuk berundur dalam keadaan sekarang seolah-olah menunjukkan beliau tunduk kepada tekanan luar, terutamanya DAP.

Perkiraan sehingga ini, walaupun ada beberapa nama telah dicalonkan bakal mencabarnya dalam pemilihan nanti seperti Husam Musa dan Ahmad Awang, potensi untuk Haji Hadi kekal jauh lebih besar.

Mungkin yang bakal mencabarnya nanti hanyalah Ahmad Awang saja, seorang calon yang lebih mungkin kalah daripada menang manakala bagi Husam adalah tidak bijak beliau menerima pencalonan untuk menentang Haji Hadi dalam pemilihan kali ini. 

Dalam usianya yang masih muda dan merupakan material Presiden Pas di masa depan, Husam hanya perlu bersabar menunggu beberapa tahun lagi detik sesuai memihak kepadanya. Husam sebaiknya kekal mempertahankan jawatan Naib Presidennya saja.

Ruang untuk Haji Hadi berundur secara terhormat sebagai Presiden Pas dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih kerusinya mungkin terbuka semula selepas pemilihan nanti jika Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi jawatan Timbalan Presiden menewaskan Mohamad Sabu.

Haji Hadi mungkin bersedia dan tiada masalah menyerahkan kerusi itu kepada Tuan Ibrahim yang pro kepadanya dan berpendidikan agama. Pewakilan Pas pro ulama juga barangkali lebih selesa dengan kepimpinan Tuan Ibrahim sebagai pengganti Haji Hadi.

Tetapi proses peralihan itu akan terhalang jika Mohamad Sabu terus kekal lagi sebagai Timbalan Presiden. Tidak mungkin beliau mahu menyerahkan kerusi Presiden kepada Mohamad Sabu untuk mengambil alihnya.

Ini bermakna jika dalam pemilihan 2015 ini, Mohamad Sabu dapat mempertahankan jawatannya, proses peralihan kepimpinan dalam Pas tidak mungkin berlaku. Dalam pemilihan berikutnya pada 2017, Haji Hadi pasti akan mempertahankan jawatannya sekali lagi.

Ketika itu, sebagaimana pemilihan kali ini, Haji Hadi juga akan kekal lagi sebagai Presiden Pas. Tetapi selepas itu akan berlangsung pilihanraya umum ke 14 yang tempoh akhirnya ialah Mei 2018.

Sudah tentu kepimpinan Haji Hadi akan memberi kesan besar dari segi sokongan pengundi bukan Melayu kepada calon-calon Pas dalam pilihanraya itu nanti.

Dengan jumlah ahli melebihi sejuta orang dan menjadi parti paling besar dalam PR, malangnya kepimpinan Haji Hadi yang ditolak oleh pengundi bukan Melayu hanya akan menyebabkan parti itu kekal di kedudukan paling sedikit menang kerusi dalam pilihanraya akan datang nanti.

Itulah nasib Pas era Haji Hadi. ( SH 26/03/2015 )

Perbezaan ulama dunia islam dgn ulama Iran,

Nanti kata aku wahabi n syiah pulak...bukan boleh puak puak ulamak ni...tak sokong saja kapiaq...so ni nak habaq mai macamana ulamak dan profesional boleh bersama...jangan jadi  ngong....
Perbezaan ulama dunia islam dgn ulama Iran, 

ulama Iran meraikan golongan professional mereka, justeru itu walaupun Iran diberi sekatan ekonomi yang cukup hebat oleh musuh-musuh  islam tetapi mereka mampu membangunkan kekuatan teknologi dan ketenteraan.

Ulama yang lain termasuk ulama di Malaysia tidak meraikan ilmu golongan professional dan menganggap kesemua ilmu selain dari ilmu agama adalah ilmu sekular..justeru itu siapa sahaja yg memberi pandangan mereka selain dari teras ilmu agama akan dituduh sebagai sekular dan sesat... sedangkan segala ilmu yang berada di dunia barat ketika ini adalah berakar umbi dari ilmu islam yang dicuri oleh dunia barat...



Islam tidak akan maju selagi mana umatnya memusuhi segala ilmu islam yang kini dimiliki dan dikuasai oleh dunia barat.
Barat yang datang menjajah negara umat islam bukan tergila-gila sangat untuk merompak hasil mahsul negara yang mereka jajah tetapi yang paling penting bagi mereka adalah merompak segala ilmu-ilmu dari ketamadunan islam..

Justeru itu di dalam ijmak ulama dunia islam yang baru berlangsung di Rusila Tranggganu yang lalu tidak ada satu forum perbincangan yang hangat, berilmiah dan berwawasan bagi ummah menguasai ilmu dalam menelusuri kehidupan di dalam dunia ini sebagai Khalifah.. 

Juga tiada sebarang plan tindakan bersepadu dan kondusif dalam mencerna serta melahirkan ummah sebagai insan yang mandiri yang mampu memjana serta mengusai ekonomi dan teknologi bagi mengangkat maruah umat islam seluruh dunia..

Sepatutnya Persidangan Ijmak Ulamak Dunia Islam mampu melahirkan kertas cadangan dan journal-journal ilmiah yang boleh diangkat ke dalam dewan-dewan kuliah untuk dibahaskan oleh para pensyarah serta ilmuan islam di universiti islam yg ternama seluruh dunia ini..

ALLAH menyuruh kita berjaya di dunia dan di akhirat..
Bukannya menyuruh kita menjadi miskin ilmu dan miskin harta di dalam dunia ini..


Note :

Memang mereka syiah.. mereka mengutip ilmu islam yg dicuri oleh dunia barat bagi menggerunkan musuh-musuh mereka..

Barat dan syiah menguasai ilmu dari ketamadunan islam yg kita ASWJ buat apa? Sibuk mengkafirkan org dan berbalah antara satu sama lain.. tu jer kerja kita

Bila ASWJ dalam dunia ni nakk bangkit dari tidur yg panjang..?
Sadarlah sewaktu kalian lena diulit mimpi musuh2 kalian sentiasa belajar, mengkaji serta bekerja siang malam bagi membaham tubuh badan kalian semuanya...

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO.

HUDUD: Taktik jahat pecah belah PR terbongkar di Parlimen!

Oleh: jebon




HUDUD: Taktik jahat pecah belah PR terbongkar di Parlimen!

HUDUD: Taktik jahat pecah belah PR terbongkar di Parlimen!

Akhirnya terbongkar juga taktik kerajaan BN talam dua muka dalam isu menyokong Hudud.
Dalam sidang parlimen 27 Mac, Menteri Agama Jamil Khir Baharom disoal bertubi-tubi tentang kegagalannya membawa Hudud ke Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 11 Mac lalu bagi memudahkan menteri kerajaan BN membawanya untuk kelulusan di parlimen.

Akibat kegagalan tersebut usul Hudud terpaksa dibawa secara persendirian ke Dewan Rakyat dan Umno pusat berlepas tangan daripada tanggungjawab mengundi rang undang-undang berkenaan.
Hari ini dalam sidang Dewan Rakyat, beberapa anggota parlimen PAS membantah kenyataan Jamil Khir bahawa kerajaan pusat tidak membawa cadangan pindaan undang-undang hudud ke mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu .

Kata Jamil Khir, enakmen syariah itu tidak pernah dibawa untuk perhatian majlis itu sejak mula lagi.
Pengakuan itu mencetuskan kemarahan wakil-wakil rakyat PAS yang berkata kerajaan pusat pernah berjanji dalam jawatankuasa teknikal hudud untuk berbuat demikian sebelum pindaan dibawa ke Parlimen.
Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diarah keluar dewan selepas beberapa kali cuba menyoal Jamil Khir sebab kerajaan tidak mahu mengikut apa yang telah dipersetuju dalam jawatankuasa teknikal.
Beliau diarah keluar oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said selepas 30 minit bertikam lidah, dengan menteri tersebut tidak memberi jawapan memuaskan berhubung perkara itu.

Bercakap dalam sidang media selepas diarah keluar dewan, Mahfuz mendakwa bahawa mesyuarat Majlis Kebangsan bagi Hal Ehwal Islam yang dipengerusi oleh perdana menteri, telah bersetuju dengan pindaan itu dan telah disebut akan dibentang dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini.
Oleh kerana kerajaan tidak berbuat demikian, dakwanya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.

“Rang undang-undang itu akan membuat ia mudah bagi Kelantan untuk menguatkuasakan apa yang telah diluluskan di sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini,” katanya.
Menurut Mahfuz lagi, ini membuktikan bahawa apabila terdapat tekanan dari parti-parti komponen BN berhubung dengan hudud, kerajaan tidak meneruskannya.

Sementara itu, Bernama melaporkan tindakan itu diambil kerana Mahfuz tidak mengendahkan arahan Ismail dan menghina Jamil Khir ketika menteri berkenaan menggulung perbahasan usul itu.

“Tindakan ini jangan dijadikan isu di luar dewan selepas ini. Ia dibuat berdasarkan Peraturan Mesyuarat 42.
“Yang pertama, tidak mengendahkan nasihat saya supaya duduk diam, lama saya biarkan….selain mengeluarkan perkataan menteri ‘bacul’. Saya dengar perkataan ini terhadap menteri (Jamil Khir).
“Dia (Mahfuz) berdegil tidak menghormati (Timbalan) Speaker dan apabila diminta duduk diam, dia tidak menghiraukan arahan saya dan bukan kerana menteri gagal jawab,” kata Ismail seperti dilaporkan agensi berita nasional.

Projek antarabangsa Johor: Berakhirnya Ketuanan Melayu Umno




Projek antarabangsa Johor: Berakhirnya Ketuanan Melayu Umno

Projek antarabangsa Johor: Berakhirnya Ketuanan Melayu Umno

Pakatan Rakyat sejak dari dahulu menolak perkauman dan mengingatkan Umno, dunia tanpa sempadan tidak sesuai dengan dasar-dasar yang diperjuangkan parti itu dan anak syarikatnya Perkasa.

Namun Umno berkeras dan menipu orang Melayu kononnya dengan mengundi mereka sahaja tanah Melayu akan selamat. Umno akan memastikan tidak ada seinci pun bumi Melayu terlepas ke tangan orang asing.

Bagaimanapun, hari ini terbukti parti itu perlahan-lahan menyepikan diri apabila igauan tersebut bertukar menjadi realiti di negeri kelahirannya, Johor.

Parti itu tetap mengunci mulut apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengisytiharkan bahawa kedatangan rakyat Singapura untuk menetap di Johor akan memacu kemajuan bagi negeri itu.

“Apabila rangkaian perhubungan (Johor-Singapura) diwujudkan, ia akan menjadi kebiasaan bagi rakyat Singapura tinggal di Johor dan bekerja di Singapura. Itulah (realiti) masa depan,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda menyebut demikian dalam satu temu bual dengan The Star minggu lalu.

Sultan Ibrahim menolak andaian bahawa projek tersebut akan mewujudkan hartanah yang berlebihan di selatan Johor.
Titahnya, di London sendiri, sebanyak 80 peratus daripada hartanahnya dimiliki oleh orang asing.

Kawasan Selatan Johor kini menyaksikan pembangunan pesat, kebanyakannya dimajukan oleh pemaju terkemuka dari China. Salah satu projek paling besar di situ ialah Forest City.

Bagi projek Forest City sahaja, dianggar kira-kira 300,000 orang akan menetap di pulau yang baru diwujudkan di Selat Johor menjelang 2045, menurut kajian Penilaian Terperinci Impak Alam Sekitar Impak (DEIA).

Johor kini mempunyai penduduk seramai 3.5 juta.
Pemaju Forest City, Country Garden View Pasifik (CGPV) juga yakin bahawa permintaan antarabangsa untuk hartanah di Singapura akan membantu menyelesaikan sebarang isu lebihan hartanah di negara republik itu.

Mereka mengisytiharkan perkara itu dalam satu taklimat minggu lepas.

“Sasaran kami adalah penduduk dunia, bukan sahaja rakyat tempatan. Mereka boleh menjadi rakyat Singapura atau Cina dari China … kami membukanya untuk (pasaran) antarabangsa,” kata Pengarah Eksekutif CGPV Md Othman Yusof semasa sesi itu.

Md Othman membandingkan Forest City dengan Dubai City, yang menurutnya berjaya menjana penghijrahan untuk mengekalkan kelestariannya apabila pembanguna itu siap.

Kira-kira 85 peratus daripada penduduk di Dubai hari ini terdiri daripada warga asing.

PKR tak menentang hudud, ia hukum Allah, kata Azmin

PKR tak menentang hudud, ia hukum Allah, kata Azmin

PKR tak menentang hudud, ia hukum Allah, kata Azmin

AZMIN_ALI_RUMAH_SELANGORKU_RIMBAYU_20150322_TMIKAMAL_ARIFFIN_10Mohamed Azmin Ali hari ini menyelar kenyataan yang mengatakan PKR menentang pelaksanaan hukum hudud, mengatakan ia hukum Allah yang tidak boleh dipertikaikan.

Timbalan Presiden PKR itu berkata PKR tidak menentang hudud tetapi tidak bersetuju dengan prinsip PAS yang melanggar prinsip Pakatan Rakyat (PR) dalam membentangkan pindaan kepada enakmen jenayah Syariah Kelantan.

“Kita (PKR) tidak menentang hukum Allah. Kena berhati-hati (membuat kenyataan). Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh menentang hukum Allah yang ada dalam Al-Quran.
“Cuma, mekanisme yang dibawa PAS itu tidak menghormati prinsip dan semangat PR. Itu sahaja,” katanya diminta mengulas kenyataan PKR semalam mengatakan ia tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian yang akan diusulkan PAS di Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan.
Menteri besar Selangor itu berkata demikian kepada media hari ini selepas majlis pelancaran dan pendaftaran Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang.
Ditanya sama ada PKR akan mengundi menentang usul itu apabila ia dibentangkan di Parlimen kelak, dijangkakan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Kita tunggulah. Semalam Presiden PKR sudah buat kenyataan bagi pihak parti. Itu pendirian yang diambil dan kita akan tunggu apabila rang undang-undang itu dibentangkan,” kata Azmin.
Semalam PKR dalam satu kenyataan ditandatangani tujuh pemimpin tertinggi parti itu menyatakan tidak akan menyokong rang-rang undang itu kerana mereka tidak dimaklumkan tentang isi kandungannya dan ia dibuat secara “unilateral” oleh PAS.

Menurut kenyataan itu, tindakan Hadi yang menghantar surat kepada Parlimen mohon membentangkan usul itu dibuat tanpa memaklumkan parti komponen PR terlebih dahulu dan ia bercanggah dengan keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari, 2015.

Azmin berkata, kenyataan PKR itu dibuat kerana PAS tidak sepakat menurut keputusan yang dibuat Majlis Presiden.
“Keputusan yang dibuat Majlis Presiden ialah, sebarang cadangan mesti dibentangkan dan diputuskan oleh Majlis Presiden.

“(Tetapi) ini tidak berlaku. Sebab itu kita akan bantah. Kita bantah sebab PAS tidak menghormati apa yang dijanjikan dalam Majlis Presiden,” katanya.

Sementara itu, beliau juga menafikan dakwaan PR bakal berpecah ekoran kemungkinan DAP meninggalkan gabungan parti pembangkang itu kerana tidak bersetuju dengan dengan pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Tidak berpecah. Kami bersetuju untuk tidak bersetuju. Tak ada masalah. Saya yakin (pada) kebijaksanaan pimpinan memperkukuhkan dan memantapkan PR.
“Perbezaan, kalau pun ada, boleh kita bincang secara baik demi kepentingan rakyat. Itu harapan saya,” kata Azmi.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menyifatkan tindakan PAS sebagai mengetepikan PR dengan menghantar notis membentangkan rang undang-undang persendirian itu pada sidang yang sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir 9 April depan.
“Pengkhianatan bersiri oleh kepimpinan utama PAS ini satu tindakan provokasi yang dilakukan secara sengaja untuk memecahkan PR, atau demi mengugut DAP dan PKR supaya menyerah kepada PAS, atau sebaliknya melihat PR berpecah,” kata Lim dalam satu kenyataannya semalam.

Pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan yang mencetuskan kontroversi itu diluluskan pada 19 Mac apabila kesemua 44 orang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebulat suara menyatakan sokongan terhadapnya selepas ia dibahaskan 4 Adun.
Enakmen itu akan dibawa ke Parlimen secara rang undang-undang persendirian oleh PAS yang akan mengusulkan pindaan kepada Akta 355 iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. – 22 Mac, 2015.

Hudud Di Kelantan Hanya Terlaksana Untuk 3 Tahun Sahaja

Hudud Di Kelantan Hanya Terlaksana Untuk 3 Tahun Sahaja

Saturday, March 21, 2015

Hudud Perangkap yg Membawa Kepada Perangkap Sebenar yakni Persempadanan Semula

Kalau Pakatan Rakyat pecah kerana hudud, PAS akan hilang semua kerusi Parlimen termasuk kerusi Shah Alam dan Kota Raja.

Selepas itu, PAS juga akan hilang Kelantan kepada UMNO kerana tiada sokongan dari PKR dan DAP.

UMNO pula mendapat semula 2/3 dan memerintah dengan gemilang.

Selepas itu UMNO akan pastikan hudud tidak dilaksana sama seperti di Terengganu sekarang ini.

Maka, di mana kah untungnya pembentangan Enakmen Hudud yang ada ini?

Kalau UMNO berkuasa mereka akan pastikan hudud tidak dilaksana.

UMNO tak pentingkan hudud.

Yang mereka pentingkan adalah berpecahnya Pakatan Rakyat supaya ahli2 Parlimen PAS akan menyokong persempadanan semula.

Dengan persempadanan baru, UMNO/BN akan dapat semula 2/3 dan DAP kekal menjadi parti yang kecil dan tidak releven

Kedudukan Najib akan menjadi lebih kukuh.

UMNO akan merampas semula Selangor dan Penang dalam PRU depan kerana pengundi2 Melayu dan kerusi2 Melayu akan menjadi lebih banyak.

TULANG BESI

ps PKR dah pernah jatuh lubang tahun 2004 sebab sokong hudud di Terengganu.

PKR hingga jatuh kepada satu kerusi Parlimen tahun 2004 sahaja angkara sokong hudud PAS di Terengganu.

Kali ini Tulang Besi mencadangkan supaya PKR memberi syarat kepada sokongan.

Yakni sokongan PKR di Parlimen adalah dengan syarat Presiden serta Mirsyidul Am PAS letak jawatan.

Tanpa sokongan ahli2 Parlimen PKR pindaan kepada Akta 355 mustahil berlaku.

Malahan saya yakin DAP pun akan sokong sama kalau PAS setuju syarat ini


Nik Amar Telah Menipu Pakatan Rakyat Untuk Laksana Hudud Nya

Perhatikan bahagian di bawah dari kenyataan Presiden Keadilan, Datin Dr Wan Azizah:

Oleh sebab itu, apabila wakil Kerajaan Kelantan Datuk Nik Amar memaklumkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan empat (4) perkara ke atas enakmen yang telah diluluskan dalam tahun 1993, KEADILAN mengambil sikap menghormati bahawa pindaan itu bukanlah undang-undang baru dan tidak mengubah status sedia ada. Oleh yang demikian, pindaan seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Nik Amar itu masih berada di dalam kerangka persetujuan bersama dan muafakat Pakatan Rakyat mengenai hudud yang dicapai dalam tahun 2011.

Walau bagaimana pun, KEADILAN tidak diberikan draf pindaan sehinggalah minggu lepas iaitu pada 12 Mac 2015 (seminggu sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri). Draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat (4) perkara seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Nik Amar tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat. Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dari enakmen asal tahun 1993, ia tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat dalam 2011 mengenai pelaksanaan hudud.

Ini bererti PAS Kelantan telah menipu Pakatan Rakyat untuk "bulldoze" Enakmen Hudud mereka.

Adakah ini perangai orang Islam dalam melaksana Islam?

Menipu dan membohong?

Inikah akhlak seorang pejuang Islam?

TULANG BESI



Hudud Sedang Di "UMNO" Kan oleh PAS Kelantan


Saudara/ri baca sendiri.

Bagaimana Mat Yaakob serta Nik Amar telah meng"UMNO"kan Hudud di Kelantan.

Mereka memasukkan klausa ini kerana hendak menyokong tindakan Saiful Bukhari sedangkan hukum ini tidak wujud dalam mana2 kitab Feqah.

Klik Imej
Tunggulah kehancuran dari langit apabila hukum Allah SWT dilacurkan untuk kepentingan parti politik sekular seperti UMNO.

Ini cuma satu.

Ada banyak lagi contoh dari pindaan 2015 ini.

Sememangnya tujuan membentang Pindaan ini tidak lain hanyalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Tulang Besi mendapat maklumat pihak Penasihat Undang2 Kelantan pun telah memberi nasihat pindaan2 ini hanya dapat dilaksanakan sekiranya ada sokongan 2/3 di Parlimen.

Ertinya segala usaha Kelantan meminda Enakmen ini hanya sia sia semata-mata kerana ia tidak mungkin dapat dilaksana memandangkan tiada 2/3 di Parlimen boleh didapati. Malahan, pihak UMNO sendiri tidak memberi apa2 jaminan akan menyokong pindaan ini di Parlimen.

Lebih2 lagi dengan ada bidaah seperti ini, nescara bantuan Allah SWT amat jauh sekali

TULANG BESI


Penyelesaiannya Adalah PAS Pecah Dua?

 Oleh: YB Khalid Samad



Ada yang memaklumkan kepada saya bahawa dalam sesi dialog saya dan Zuhdi, dia ada menyebut kononnya saya bersetuju dengan cadangannya supaya PAS berpecah dua. Menurut Zuhdi, inilah apa yang telah disampaikan kepadanya oleh pimpinan PAS Kawasan Parit Sulong, Johor. Mereka bertanya, adakah ini benar? Memandangkan ini merupakan persoalan penting, maka saya diminta untuk menjelaskan pendirian saya terhadap cadangan Zuhdi bahawa PAS perlu pecah dua demi masa depan yang lebih cemerlang.

PENDIRIAN SAYA BERHUBUNG CADANGAN PAS BERPECAH

Sebenarnya saya sudah jawab isu ini pada malam tersebut, tetapi secara indirect. Oleh kerana ada yang tidak faham, maka biarlah saya nyatakan di sini dengan jelas bahawa saya TIDAK bersetuju dengan cadangan ini.

Bagi saya apa yang perlu dilakukan ialah supaya perbezaan pendapat yang wujud dibahas dan dibincang dengan penuh bertanggung-jawab. Perbezaan pendapat yang wujud adalah berhubung kaedah pendekatan yang perlu dilaksanakan PAS dalam suasana politik yang sedia wujud. Persoalan ini boleh dibahas secara ilmiah demi mendapat rumusan yang terbaik. Ianya isu ‘ijtihad siayaasah’ atau pendapat dan pandangan serta bacaan politik dan sudah pasti merupakan ruang di mana perbezaan akan wujud.

Masalahnya sekarang adalah perbezaan sebenar ini tidak dibahas. Sebaliknya dikemuka masalah yang tidak wujud sebagai masalah sebenar. Masalah yang tidak wujud yang sengaja diada-adakan ialah persoalan kononnya adanya golongan yang ingin menjatuhkan DS Presiden, menolak kepimpinan Ulama’ dan menolak syariat. Mana mungkin ada ahli PAS, apatah lagi diperingkat pimpinan Pusat, yang menolak konsep Kepimpinan Ulama’ dan syariat! Kalau benar berpandangan sedemikian, sudah lama bersama UMNO! Dalam soal kedudukan DS Presiden, sepertimana kedudukan semua AJK PAS Pusat, kuasa penentunya adalah di tangan Muktamar. Terpulang pada ahli menilai prestasi semua dan mengundi mengikut pandangan masing-masing.

Saya yakin bahawa sekiranya masalah sebenar dibahas, di mana kedua-dua pandangan berhubung kaedah pendekatan dikaji dan dibedah-siasat dengan menyeluruh dan teliti, satu keputusan yang terbaik akan akhirnya dicapai. Tetapi sekiranya ianya tidak dibincang dan sebaliknya ditonjolkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas, maka akhirnya perpecahan dan keputusan yang songsang pasti terhasil.

Bagi saya, mereka yang tidak sanggup membahas pandangan berbeza berhubung isu kaedah dan pendekatan sambil menaburkan tuduhan-tuduhan palsu adalah pihak yang inginkan perpecahan ini berlaku. Mereka seolah-olah telah membuat kesimpulan bahawa satu keputusan dan kata-sepakat tidak mungkin tercapai atau sekiranya tercapai sekali pun, ianya keputusan yang tidak seperti yang mereka inginkan. Oleh itu, usaha dilakukan untuk awal-awal membuka jalan ke arah perpecahan.

Dan sebenarnya inilah punca masalahnya. Ada yang tidak mahu menerima keputusan jemaah untuk bersama PR kerana dianggap PR menyebabkan PAS kehilangan punca. Maka walau dengan apa cara sekali pun, mereka berusaha supaya pendekatan yang mereka inginkan terlaksana. Walau pun ianya bererti memfitnah melalui tuduhan ‘Islam tanpa syariat’, ‘menolak kepimpinan Ulama’ dan sebagainya. Akhirnya yang diinginkan adalah kaedah dan pendekatan mereka dilaksanakan. Iaitu PAS bersendirian walau pun terpaksa berpecah.

Perumpamaan yang digunakan Zuhdi, iaitu perceraian dalam kes rumah-tangga yang bermasalah, adalah perumpamaan yang tidak tepat. Keahlian dalam sebuah Jemaah Islam tidak boleh disamakan dengan perkahwinan. Dalam sesebuah jemaah Islam keahliannya beratus ribu. Ruang perbezaan pendapat perlu jauh lagi luas dan sikap saling menghormati perbezaan ini perlu lebih jujur dan kukuh. Kalau perbezaan dalam jemaah pun tidak mampu ditangani tanpa berpecah, bagaimana pula nak ditangani perbezaan dalam masyarakat, yang pastinya lebih banyak dan beraneka ragam, sekiranya dijadikan pemerintah? Tangkap dan penjara? Tembak sebagai rakyat yang ‘bughah’?

Pada masa yang sama, dalam perkahwinan sekali pun, usaha menyelamatkan rumah-tangga perlu dilakukan dengan bersungguh dan sekiranya telah habis segala usaha barulah keputusan bercerai diambil. Ianya perkara yang diharuskan yang paling dibenci Allah. Maka sekiranya keredhaan Allah adalah matlamat terutama, semestinya ianya pilihan terakhir.

Hakikatnya perpecahan akan hanya menguntungkan UMNO/BN. Hanya yang buta politik tidak akan nampak hakikat ini. Oleh itu saya amat pelik apabila perpecahan dilihat sebagai kaedah penyelesaian terbaik. Terbaik untuk siapa?

STRATEGI DUA ARAS

Ada juga yang bertanyakan persoalan ‘Strategi dua lapis’ atau ‘dua aras’ yang ditimbulkan Zuhdi. Mereka ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan strategi dua aras itu dan adakah benar bahawa melalui perpecahan PAS maka akan terlaksana strategi ini yang pernah dicadangkan satu ketika dulu.

Sebenarnya strategi dua aras tidak ada kena mengena dengan berpecahnya PAS kepada dua badan atau parti yang berasingan. Strategi dua aras merupakan strategi yang mengiktiraf perbezaan antara kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat dari sudut kekuatan PAS. Diperakui bahawa PAS mampu menang dengan sendirinya di beberapa negeri tetapi tidak mungkin menang secara bersendirian di peringkat Pusat. Diperakui juga bahawa kemenangan di peringkat Negeri sahaja tidak memungkinkan kelebihan pemerintahan PAS terserlah oleh kerana disekat dan difitnah serta ditutup kebaikannya oleh kerajaan Pusat. Oleh itu, di peringkat Pusat apa yang diperlukan adalah sebuah kerajaan yang lebih adil yang tidak memusuhi perjuangan Islam yang dibawa PAS. Walaupun ia tidak bersetuju, tetapi tidak memusuhi sehingga bertindak tidak adil terhadap PAS sepertimana yang dipraktikkan dibawah BN.

Kerajaan Pusat yang tidak memusuhi PAS semestinya mengambil bentuk kerajaan campuran antara komponen parti pembangkang termasuk PAS. Hanya melalui pendekatan begitu sahaja akan BN mampu dikalahkan dalam suasana sekarang. Walaupun kerajaan campuran di peringkat Pusat ini bukan kerajaan PAS semata-mata, namun dengan pembentukkannya, ia akan menguntungkan PAS. Kerajaan PAS di peringkat Negeri tidak akan disekat dan dizalimi dan pada masa sama, mesej PAS tersebar luas melalui semua saluran media termasuk radio dan televisyen.

Maka strategi dua aras atau dua lapis ini mengandaikan pembentukan kerajaan PAS di beberapa Negeri dan ‘kerajaan campuran PAS dan parti-parti lain’ di peingkat Pusat. Apa yang sedang berlaku sekarang melalui PR sudah menghampiri strategi dua aras ini. Pada masa yang sama terbentuk juga kerajaan campuran PAS bersama parti-parti PR di peringkat beberapa Negeri. Aspek kerajaan campuran di Negeri tidak diberikan tumpuan pada ketika strategi dua aras ini diutarakan kerana tumpuan pada masa itu adalah:

i) Kerajaan PAS di Negeri dan kerajaan campuran di Pusat dan

ii) Bagaimana kerajaan campuran di Pusat akan membantu kerajaan PAS di peringkat Negeri.

Matlamat utama strategi dua aras adalah untuk memberi manafaat kepada PAS.

KESIMPULAN

Maka adalah diharapkan bahawa penjelasan tambahan ini akan mengukuhkan keyakinan semua ahli untuk terus bersatu sambil menguruskan perbezaan pendapat dengan cara yang matang dan bukan cara kebudak-budakan. Cara kebudak-budakan adalah melalui melempar tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap pihak yang berbeza pandangan. Inilah apa yang dilakukan sekarang oleh ‘golongan muda yang lebih semangat’. Sudah pasti ianya tidak wajar untuk PAS berpecah setiap kali adanya khilaf atau perbezaan pendapat. Kaedah yang lebih selari dengan Al-Quran adalah “wasyaawirhum fil amr” atau “dan mereka bersyura (berbincang) dalam urusan pemerintahan”.

Pada masa yang sama semoga penjelasan ini mengukuhkan juga keyakinan PAS terhadap pendekatan PR yang terbukti keberkesanannya. Perlu juga diadakan kesediaan untuk menerima keputusan yang diambil secara jamaai berhubung kaedah pendekatan yang perlu dilaksanakan. Jangan ada pihak yang oleh kerana keputusan itu tidak selari dengan pandangan mereka maka diusahakan perpecahan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD