Projek antarabangsa Johor: Berakhirnya Ketuanan Melayu Umno




Projek antarabangsa Johor: Berakhirnya Ketuanan Melayu Umno

Projek antarabangsa Johor: Berakhirnya Ketuanan Melayu Umno

Pakatan Rakyat sejak dari dahulu menolak perkauman dan mengingatkan Umno, dunia tanpa sempadan tidak sesuai dengan dasar-dasar yang diperjuangkan parti itu dan anak syarikatnya Perkasa.

Namun Umno berkeras dan menipu orang Melayu kononnya dengan mengundi mereka sahaja tanah Melayu akan selamat. Umno akan memastikan tidak ada seinci pun bumi Melayu terlepas ke tangan orang asing.

Bagaimanapun, hari ini terbukti parti itu perlahan-lahan menyepikan diri apabila igauan tersebut bertukar menjadi realiti di negeri kelahirannya, Johor.

Parti itu tetap mengunci mulut apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengisytiharkan bahawa kedatangan rakyat Singapura untuk menetap di Johor akan memacu kemajuan bagi negeri itu.

“Apabila rangkaian perhubungan (Johor-Singapura) diwujudkan, ia akan menjadi kebiasaan bagi rakyat Singapura tinggal di Johor dan bekerja di Singapura. Itulah (realiti) masa depan,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda menyebut demikian dalam satu temu bual dengan The Star minggu lalu.

Sultan Ibrahim menolak andaian bahawa projek tersebut akan mewujudkan hartanah yang berlebihan di selatan Johor.
Titahnya, di London sendiri, sebanyak 80 peratus daripada hartanahnya dimiliki oleh orang asing.

Kawasan Selatan Johor kini menyaksikan pembangunan pesat, kebanyakannya dimajukan oleh pemaju terkemuka dari China. Salah satu projek paling besar di situ ialah Forest City.

Bagi projek Forest City sahaja, dianggar kira-kira 300,000 orang akan menetap di pulau yang baru diwujudkan di Selat Johor menjelang 2045, menurut kajian Penilaian Terperinci Impak Alam Sekitar Impak (DEIA).

Johor kini mempunyai penduduk seramai 3.5 juta.
Pemaju Forest City, Country Garden View Pasifik (CGPV) juga yakin bahawa permintaan antarabangsa untuk hartanah di Singapura akan membantu menyelesaikan sebarang isu lebihan hartanah di negara republik itu.

Mereka mengisytiharkan perkara itu dalam satu taklimat minggu lepas.

“Sasaran kami adalah penduduk dunia, bukan sahaja rakyat tempatan. Mereka boleh menjadi rakyat Singapura atau Cina dari China … kami membukanya untuk (pasaran) antarabangsa,” kata Pengarah Eksekutif CGPV Md Othman Yusof semasa sesi itu.

Md Othman membandingkan Forest City dengan Dubai City, yang menurutnya berjaya menjana penghijrahan untuk mengekalkan kelestariannya apabila pembanguna itu siap.

Kira-kira 85 peratus daripada penduduk di Dubai hari ini terdiri daripada warga asing.

No comments: