ARTIKEL PILIHAN] OP NORTHERN STAR: DATUK SERI, DUA DATUK ANTARA ENAM TANGKAPAN BAHARU, RM97.69 JUTA HARTA DISITA







Kuala Lumpur, 22 Ogos 2025 - Enam lagi ditahan termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri susulan skim penipuan pelaburan membabitkan MBI International Group menerusi Op Northern Star, dengan lebih RM97.69 juta harta disita dan dibekukan.


Tangkapan terkini itu susulan operasi dijalankan antara 26 Julai hingga 15 Ogos lalu hasil siasatan dan maklumat baharu diterima Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia Ketua Polis Negara, Bukit Aman.


Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, maklumat baharu ini diperoleh berdasarkan siasatan terhadap tangkapan dibuat sebelum ini.


"Selain ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang mempunyai syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, turut ditahan dua individu bergelar Datuk yang mempunyai perniagaan dalam bidang telekomunikasi serta seorang pemaju perumahan yang turut mempunyai syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.


"Baki dua lagi yang ditahan adalah penjaga kebun dan akauntan kebun durian," katanya pada sidang media Op Northern Star di Bukit Aman, hari ini.


Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/08/1436542/op-northern-star-datuk-seri-2-datuk-antara-6-tangkapan-baharu-rm9769-juta


Sumber: Berita Harian




PMX BERJEMAAH DI MASJID PUTRA .PUTRAJAYA

 










Di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, saya berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid Putra, Putrajaya.


Khutbah bertajuk “Bangkit Membela, Teguh Bersaudara” mengingatkan kita tentang kewajipan umat Islam untuk bersatu memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi rejim Zionis Israel, dan antara seruan penting adalah menggunakan segala saluran media, ekonomi, diplomasi dan politik bagi menentang kezaliman.


Khatib turut menekankan bahawa budaya buli juga adalah bentuk kezaliman yang ditegah dalam Islam kerana mencemar maruah insan.


Usai solat, saya meraikan delegasi organisasi Islam dari Indonesia sempena Majlis Cendekiawan Malaysia-Indonesia MADANI (MALINDO MADANI) dan pertemuan ini membuka ruang perkongsian pengalaman dakwah antara dua negara yang telah lama bersaudara.


Moga ikatan dan jambatan rasa yang telah terbina harus disambung oleh generasi pewaris demi kepentingan dua negara yang bersaudara ini.


#MalaysiaMADANI

#RancakkanMADANI

#MADANIbekerja



TABUNG HAJI: RM68 JUTA DI DEPAN MATA TAK NAMPAK, RM6 JUTA DI SEBERANG NAMPAK


Adrian Lim Chee Ann






Nilai kontrak Tabung Haji yang diberi kepada syarikat bukan Bumiputera

PN: RM68.20 JUTA (1.5 tahun)

PH: RM6 JUTA (3 tahun)


Ini fakta.

PH tak sangkal bahagian PH.

PN pun tak sangkal bahagian PN.


Yang disangkal oleh PN cuma cara RM68 juta yang dikeluarkan oleh PN di zaman PN.


PN kata itu tender terbuka. Tak boleh nak kerat syarikat yang menang.


Baik. Jadi persoalan saya adalah sedemikian:


PN telah membuktikan bahawa kontrak boleh dikeluarkan secara rundingan terus. Contohnya projek Jana Wibawa bernilai berbilion-bilion sebahagiannya telah diberi secara rundingan terus.


Sekiranya nak bela Bumiputera, nak bela Muslim, nak kedepankan BMF…… apa sebabnya di zaman PN, 23 kontrak bernilai RM68.20 juta itu tidak diberi secara rundingan terus kepada syarikat Bumiputera Islam?


Kontrak Jana Wibawa berbilion-bilion boleh rundingan terus.

Kontrak RM68.20 juta Tabung Haji tak boleh rundingan terus dengan syarikat Bumiputera pula?


PN telah memilih untuk buat tender terbuka, dan itu secara tidak langsung telah membuka pintu kepada “syarikat DAP”.


Lalu, 23 kontrak bernilai RM68.20 juta berjaya dimenangi oleh “syarikat DAP”.


PN buka pintu, “syarikat DAP” masuklah. Dah PN menjemput, takkanlah“syarikat DAP” nak tolak?


Betul tak?


Sebenarnya lah, kalau nilai kontrak berpatutan, takde unsur-unsur rasuah, kontraktor pun takde masalah, orang Islam takkan marah dengan kontrak TH diberi secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat Bumiputera Islam. Hatta orang bukan Islam dan“syarikat-syarikat DAP” pun takkan salahkan TH sebab ini wang pencarum orang Islam. 


Tapi sebaliknya berlaku.


Selepas hilang kuasa baru lah dia persoalkan kenapa syarikat bukan Bumiputera dapat RM6 juta, sedangkan zaman PN sendiri PN telah membuka pintu dan keluarkan RM68.20 juta kepada “syarikat DAP”.


SEPULUH KALI GANDA weiii!!


So? 


PH: RM6 juta (kuman di seberang yang tampak)

PN: RM68 juta (gajah di depan mata yang tidak nampak)




HONGGAQ... CINA NAK AMBIK DAH.... AIKK KETURUNAN CJNA JUGAK.. NOHH HAIH..


 

TUU DIA DALIL BARU.. GANG KAMI


 

KESIAN NUSI HANGPA KACAU DIA. MAK MERTUA ARWAH P RAMLEE KATA KE DIA.


 

MUHONG 4- HINDRAF GANG KAMI


 

MUHONG 3-JARGON TIDOQ


 

MUHONG 2...TU DIA PELABUHAN 2


 

SANUSI.. HANG TURUN SAT NA.. ... SEMPENA NAK PI HONGGAQ TIANG RUMAH


 

MUHONG 1


 

PESAN BUAT ATOK ANAK BERANAK


 

KES PEMBUNUHAN PELAJAR VAKSIONAL LAHAD DATUU AKHIRNYA DIHUKUM


Mohamad Naiim. 




Tertuduh dalam kes pembunuhan pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu akhirnya dibuktikan bersalah. Walaupun wujud pelbagai “sensasi” yang mengatakan mangsa dibelasah, ditolak, dan mayat diletakkan di atas katil, salah seorang tertuduh tetap mendakwa bahawa mangsa berjalan sendiri pulang ke bilik. Namun, hakikatnya mangsa ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan kecederaan yang jelas menunjukkan unsur jenayah. Malah, pengakuan beberapa pelajar yang terlibat dalam kejadian memukul mangsa telah membuka jalan kepada penangkapan. Hasil bedah siasat pula mengesahkan bahawa kecederaan akibat pukulan tersebut berpotensi membawa maut.


Perjalanan kes ini boleh dikatakan agak mudah kerana bukti jelas, saksi utama tampil, dan hasil siasatan yang lurus tanpa plot tambahan. Semua ini memudahkan kes dibawa ke mahkamah sehingga sabitan kesalahan dapat dibuat.


Dalam kes adik Zara, situasinya berbeza. Kes ini sedikit termasuk dalam kategori kelabu. Nak dikatakan putih tidak, nak dikatakan hitam pun tidak.


Menteri KDN mengatakan bahawa ada elemen buli yang berkemungkinan membawa kepada kejadian yang mengakibatkan kematian. Tapi, tangkapan tidak dapat dibuat kerana tiada bukti kukuh dan dapatan kecederaan tidak secara jelas menyokong ke arah kes pembunuhan. Sebab itu, pendakwaan yang dapat dibuatpun dibuat bawah akta yang sangat ringan beban pembuktiannya iaitu 507C


Ketika kejadian, hampir semua pelajar sedang tidur. Namun, ada saksi yang masih berjaga mendengar bunyi sesuatu jatuh, walaupun saksi tidak pasti bunyi apakah itu? Kemudian, seorang saksi menemui mangsa terbaring di tepi longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disyaki mengalami kepatahan anggota lalu memaklukan kepada pengawal keselamatan dan kemudiannya cikgu. Tiada saksi yang melihat arwah dipukul atau dicederakan secara fizikal sebelum kejadian. Ketiadaan bukti langsung ini menjadi faktor mengapa tangkapan tidak dapat dilakukan. Malah, arwah disahkan masih bernyawa ketika ambulans tiba di sekolah dan membawanya ke hospital.


Keesokan paginya, polis menjalankan siasatan di sekolah. Di sinilah berlaku kesilapan awal pihak polis apabila terlalu cepat menutup kemungkinan wujud unsur jenayah. Mungkin kerana mereka cepat berpuas hati apabila corak kecederaan dilihat selari dengan jatuh dari ketinggian. Setelah mangsa meninggal dunia keesokan hari dan punca kematian dikeluarkan, polis bersetuju melepaskan mayat kepada keluarga tanpa meminta bedah siasat dilakukan.


Saya cuba meletakkan diri saya di tempat polis ketika itu. Mungkin mereka tahu siasatan lanjut masih diperlukan untuk menjawab persoalan mengapa mangsa jatuh. Namun, mungkin juga mereka berpandangan bedah siasat tidak akan memberikan petunjuk baharu dan berpuas hati dengan hasil pemeriksaan doktor. Maklumlah, segala macam scan telah dibuat dan kecederaan pun dah direkodkan. Atas dasar itu, mereka bersetuju melepaskan mayat untuk dikebumikan. 


Hak meminta bedah siasat adalah di bawah kuasa Pegawai Penyiasat Polis. Tapi kes ni juga ada kaitan dengan kematian yang mungkin disebabkan kejadian yang berlaku di institusi. Kalau ada keraguan, patut buat ja bedah siasat sekalipun waris menangis meraung atau mengamuk tak nak. Waktu saya handle kes sebegini, memang biasa berlaku kejadian sampai waris serang staf forensik sebab tak nak post mortem. Sampai laporan polis terpaksa dibuat kerana melibatkan unsur keganasan pada staf.


Okay, selesai pengkebumian. Namun, apabila ibu mangsa kemudian teringat akan lebam pada tubuh anaknya ketika memandikan jenazah, beliau membuat laporan polis baharu. Ketika ini, halatuju siasatan berubah, cuba mencari semula elemen jenayah yang mungkin terlepas pandang pada awalnya.


Ramai yang bertanya mengapa tiada tangkapan dibuat walaupun nama-nama tertentu disebut dalam rakaman audio. Polis sebenarnya telah bertindak mengikut prosedur dengan merampas telefon waris untuk mengesahkan rakaman tersebut. Kita sendiri tidak tahu konteks dan kandungan sebenar audio itu. Saya yakin, sekiranya rakaman tersebut benar-benar cukup kukuh untuk membuktikan wujud komplot membunuh adik Zara, sudah tentu tindakan penangkapan akan dilakukan. Mustahil polis akan sewenang-wenangnya membiarkan pelaku bebas tanpa tindakan.


Sehingga kini, walaupun pasukan khas (task force) dari Bukit Aman telah turun menjalankan siasatan, tiada tangkapan dibuat. Malah, peguam keluarga masih merayu agar saksi tampil ke hadapan. Ini menunjukkan bahawa bukti yang ada ketika ini masih belum mencukupi untuk membuktikan kes ini sebagai pembunuhan.


Perlu difahami, hujah yang mengatakan jenazah mangsa yang utuh atau berbau wangi sebagai bukti pembunuhan adalah satu falasi dan tidak boleh digunakan sebagai asas dalam menegakkan keadilan.


Kini, inkues akan dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian arwah. Dalam proses ini, saksi akan memberi keterangan, dan semua bukti termasuk dapatan bedah siasat akan dinilai secara menyeluruh. Halatuju kes ini sepenuhnya bergantung pada hasil inkues tersebut. Kita tidak tahu, mungkin ada dapatan baharu yang boleh mengubah status kes ini. Sama-sama kita nantikan.


Oleh itu, marilah kita sama-sama berdoa agar keadilan dapat ditegakkan, bukan hanya buat adik Zara tetapi juga buat individu lain yang difitnah, dituduh tanpa bukti, atau dihina dengan kata nista dan maki.



Kali Terakhir Malaysia Guna Sistem Juri, Kita Tersilap Hukum Orang Tak Bersalah.”







Oleh: Azizul Farhan


Kita pernah bagi kuasa kepada orang awam untuk tentukan hidup mati seseorang pesalah. Tapi kita silap. Silap besar. Dan dari kesilapan itulah, Malaysia terus buang sistem juri sampai hari ni tak guna langsung lagi. Bukan sebab kita tak percaya rakyat, tapi sebab sejarah dah ajar bila emosi jadi hakim, kadang kebenaran pun boleh mati.


Kalau nak tahu, kes terakhir yang guna sistem juri kat Malaysia adalah kes Mona Fandey. Nama yang cukup sinonim dengan dunia mistik, pembunuhan, dan… sistem keadilan yang gagal kenal pasti siapa yang betul-betul bersalah. Kes ni menjadi turning point dalam sejarah undang-undang Malaysia.


Kes berlaku pada tahun 1993. Dato’ Mazlan Idris, seorang ahli politik UMNO dari Pahang, ditemui mati. Mayatnya dikerat 18 bahagian, ditanam dalam simen kat rumah Mona Fandey. 


Cerita pun penuh unsur pelik macam mandi bunga, air jampi, kepala ditetak. Yang buat? Juraimi, pembantu Mona dan Affandi. Tapi yang merancang? Mona dan suami dia. Siapa mastermind sebenar?


Dalam kes ni, ketiga-tiganya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh. Tapi bezanya waktu tu keputusan bukan dibuat oleh hakim, tapi oleh tujuh orang juri. Orang awam. Netizen versi analog.


[Apa Itu Sistem Juri?]


Sistem juri ni konsep dia mudah. Dalam kes jenayah berat seperti bunuh, satu panel terdiri daripada orang awam yang dipilih secara rawak akan dengar perbicaraan, nilai bukti dan putuskan sama ada tertuduh bersalah atau tak. 


Hakim cuma urus perjalanan kes dan beri hukuman bila juri dah buat keputusan. Tapi kuasa untuk hukum, kuasa sebenar, terletak di tangan juri.


Juri bukan peguam, bukan hakim. Mereka hanya rakyat biasa. Mereka tak ada latar belakang undang-undang. Tapi mereka yang tentukan hidup mati orang lain dalam mahkamah. 


Dalam kes Mona Fandey, tujuh juri dipilih. Dan mereka inilah yang akhirnya jatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada ketiga-tiganya iaitu Mona, suaminya Affandi dan Juraimi.


[Adakah Juraimi Benar-Benar Bersalah?]


Inilah turning point yang menyentap kepercayaan kita terhadap sistem juri.


Ya, Juraimi memang orang yang menetak kepala Dato’ Mazlan. Tapi dia tak buat atas kehendak sendiri. Dia sendiri mengaku masa tu dia dalam keadaan separa sedar. Dipukau. Diberi air jampi. Tak ada motif. Tak tahu apa yang berlaku. Dan bila dia sedar, semua dah berlaku.


Keterangan dia disokong pula oleh Affandi sendiri yang dengan bangga cakap dia kawal minda Juraimi guna jampi. Siap kata dia sentuh bahu Juraimi supaya lupa dan sentuhan kedua baru kembalikan ingatan. Gila. Tapi logik dalam dunia mistik mereka.


Ikmal Hisham, peguam bela Juraimi, berhujah kuat yang ni bukan kes bunuh dengan niat. Kalau ikut prinsip undang-undang, pembunuhan hanya jadi jenayah bila ada dua benda iaitu perbuatan (actus reus) dan niat (mens rea). 


Dalam kes Juraimi, perbuatan tu jelas, tapi niat tu tak ada. Kalau tiada niat, tak sepatutnya dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang hukumannya ialah gantung sampai mati. Sepatutnya tukar ke Seksyen 304 iaitu pembunuhan tanpa niat yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda.


Tapi semua hujah ni walaupun masuk akal ditolak oleh juri. Mereka dah terpengaruh. Masa tu, media dah penuh dengan cerita seram. 


Mona Fandey jadi watak utama di akhbar. Ada unsur mistik. Ada sensasi. Ada pengaruh pop culture. Dan malangnya, juri yang duduk dalam bilik keputusan tu semua orang awam yang mungkin dah terbiasa baca surat khabar tiap pagi. 


Bila masuk ke mahkamah, mereka dah ada imej siap-siap siapa yang jahat, siapa yang kena gantung.


[Sebab Itu Sistem Juri Dibuang]


Selepas kes Mona Fandey, Malaysia tamatkan terus penggunaan sistem juri. Takde lagi. Habis. Tamat. Hakim je yang buat keputusan.


Sebab utama?


Sebab emosi rakyat tak boleh jadi pengganti kepada keadilan. Bila rakyat dibenarkan buat keputusan, tapi mereka tak ada pengetahuan undang-undang, tak ada kebal dari pengaruh luar dan tak boleh asingkan emosi dari fakta. Maka keputusan jadi berat sebelah.


Dan dalam kes Mona Fandey, kita mungkin silap hukum seseorang yang tak sepatutnya dihukum gantung.


Negara lain pun banyak dah tolak sistem juri. India berhenti guna 1959. Singapura pun stop 1969. Sebab masalah yang sama iaitu terlalu mudah dipengaruhi. 


Malah ada kes di UK, juri guna Ouija Board dalam kamar bicara untuk tentukan keputusan kes. Guna roh. Bukan bukti.




Pas pembuli agama, memburukkan lagi budaya buli

 



Setiausaha agung AMANAH, Faiz Fadzil mengkritik Pas sebagai pembuli agama yang memainkan sentimen perkauman sehingga ke tahap boleh mempengaruhi dan memburukkan lagi perangai pembuli.

“Sentimen perkauman dimainkan mereka hingga tokoh agama mereka pun begitu dan tiada penyampaian ilmu di rumah.

“Buli kalau tidak dikawal dan diapikan dengan sentimen perkauman akan membawa kepada permusuhan kaum.

“Sepatutnya mereka dibentuk semangat wasatiyah an tahmah.

“Sikap Pas memainkan sentimen perkauman ini boleh memburukkan lagi perangai pembuli.


“Pas berpotensi memburukkan lagi budaya buli yang berleluasa.



Beliau berkata demikian ekoran tindakan pimpinan dan anggota Pas yang melabel lawan politik sebagai munafik, kafir dan lain-lain.

Ia juga dikaitkan dengan peningkatan kes buli sejak kebelakangan ini.

Menurut Faiz, budaya buli berlaku kerana individu meletakkan emosi di peringkat tertinggi berbanding daya fikiran.

“Mereka perlu lebih harmoni dan sederhana. Fahami budaya Malaysia.”






Berlegar kempen hasut umat Islam tutup akaun Tabung Haji, kerajaan lapor SKMM, polis


 

Berlegar kempen hasut umat Islam tutup akaun Tabung Haji, kerajaan lapor SKMM, polis

Berlegar di media sosial beberapa video yang cuba menghasut pendeposit Tabung Haji supaya menutup akaun mereka di institusi itu.

Ia dipercayai kerana langkah penjenamaan semula Tabung Haji, yang menimbulkan kontroversi kerana didakwa diberikan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat bukan Muslim.

Di Dewan Rakyat hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar memandang serius hal ini dan menegaskan sedang menimbang tindakan terhadap individu yang cuba membuat hasutan sedemikian.

“Ada yang mengajak umat Islam di Malaysia keluarkan simpanan dari Tabung Haji. Hasutan-hasutan sebegini tak berikan manfaat atau kebaikan kepada usaha untuk kita pertahankan Tabung Haji ini.

“Maka dalam konteks itu di peringkat kerajaan kita sedang meneliti dan juga tindakan telah diambil.

“Contohnya, aduan atau laporan telah dikemukakan pada MCMC, laporan polis juga telah dibuat ke atas beberapa video yang kita dapati menjurus ke arah hasutan tersebut,” katanya ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.



Mohd Na’im menjawab soalan tambahan Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin), yang menyuarakan kebimbangan terhadap kempen berkenaan serta ingin tahu langkah kerajaan menanganinya.

Mengenai konsortium dilantik untuk projek penjenamaan TH, beliau berkata melalui proses rundingan terus yang ketat, TH memilih gabungan syarikat perunding yang memiliki kepakaran berbeza berdasarkan keperluan khusus bagi menyusun semula strategi untuk memberi nafas baharu kepada institusi berkenaan.

“Rundingan terus merupakan kaedah perolehan dibenarkan dalam keperluan tertentu terutamanya bagi perkhidmatan strategik yang memerlukan kepakaran khusus seperti khidmat perundingan strategik, tinjauan dan kajian pasaran dan lain-lain perkhidmatan yang tidak dapat diperoleh melalui proses tender biasa,” katanya.

Beliau berkata pemilihan itu melalui proses tadbir urus yang ketat merangkumi penilaian kepakaran teknikal dan komersial yang menyeluruh, rundingan harga serta kelulusan jawatankuasa tender dan Lembaga Pengarah TH bagi memastikan ketelusan, akauntabiliti serta nilai terbaik kepada organisasi.





PESANAN RINGKAS DAN MUDAH SEKIRANYA BERJUMPA / TERSEREMPK/ TAHU DIMANA KAKI FITNAH KAMPUNG BHARU, PELAKON SENU RAFIDAH, SILA HADIR KE MAHKAMAH PADA 2 SEPTMBER 2025 .JANGAN LUPA TARIKH

 




Fitnah Khalid: Rafidah jangan mengelak lagi, sila datang mahkamah 2 Sept

Peguam kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad iaitu Zulhazmi Shariff meminta pempengaruh Rafidah Ibrahim untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 September depan.

Ia bagi menghadiri perbicaraan saman fitnah terhadap pempengaruh itu kerana didakwa memfitnah Khalid mahu memansuhkan tanah rizab Melayu di Kampung Baru.

Zulhazmi berkata, selepas berkali-kali pihaknya gagal menyerahkan surat saman secara serahan tangan kepada Rafidah, mahkamah telah membenarkan plaintif (Khalid) menyerahkan writ saman melalui pemakluman secara Penyampaian Ganti.

Mahkamah Tinggi membenarkan Khalid mengiklankan notis saman di akhbar, serta penampalan notis di Papan Kenyataan Mahkamah Tinggi, dan alamat terakhir Rafidah.

“Usaha kita serahkan secara tangan (gagal), dia mengelak walaupun kita pergi ke rumah dia. Secara pos pun dia tak terima. Kita buat permohonan kepada mahkamah untuk buat secara penyampaian ganti.

“Kita dah maklumkan kepada mahkamah percubaan-percubaan kita untuk serahkan saman tapi gagal. Disebabkan itu kita mohon untuk serahkan secara penyampaian ganti iaitu dengan mengiklankan di Harian Metro, tampal di papan notis di mahkamah, dan ditampal di alamat terakhir dia.


“Penyampaian Ganti dibuat pada 14 Ogos lalu. Pengurusan kes pula pada 2 September. Mahu tak mahu dia kena failkan kehadiran atau melantik peguam untuk masukkan kehadiran kalau nak lawan di mahkamah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Zulhazmi Shariff, peguam

Zulhazmi berkata, jika pempengaruh berkenaan masih mengelak untuk hadir, mahkamah akan mengeluarkan satu penghakiman ingkar kepadanya.

“Sebagai peguam saya mohon kepada Rafidah, tolong aware bahawa saman itu telah diiktiraf, diserahkan kepada anda dan tolonglah lantik peguam mewakili anda pada 2 September.

“Kita nak Rafidah je mahkamah untuk membela diri. Sebab kita nak tahu apa bukti dan keterangan yang puan ada, mengatakan bahawa Khalid nak hapuskan rizab Melayu di Kampung Baru,” ujarnya.





Pas hipokrit besar, takutkan pendeposit seolah-olah TH sedang tergadai


 

Pas hipokrit besar, takutkan pendeposit seolah-olah TH sedang tergadai

Oleh AMIR ZUHAIR



Seminggu ini, kecoh isu Tabung Haji (TH) yang dibangkitkan oleh Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa), kemudian disambung pula lidahnya oleh Nurul Islam Yusoff, seolah-olah TH sudah dikuasai Cina.

Kononnya, kerana projek penjenamaan semula TH diberikan kepada sebuah syarikat bukan Bumiputera dengan kontrak bernilai RM20 juta.



Apabila Menteri Agama, Dr. Na’im jawab bahawa nilainya hanya RM5.9 juta bukan RM20 juta seperti fitnah Ahmad Marzuk, beliau terus alihkan tiang gol pula, kononnya isunya sebab kontrak jatuh kepada bukan Bumiputera.

Katanya dia bukan rasis. Tapi tuduhan demi tuduhan yang dilontar jelas sarat dengan naratif rasis yang amat dalam.

Pertama sekali, apa tujuan beliau keluarkan kenyataan yang menimbulkan rasa takut dalam kalangan pendeposit TH?

Seolah-olah ada elemen rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan duit pendeposit berlaku.

Kenapa beliau berani lempar tuduhan RM20 juta tanpa semakan awal yang lebih teliti?

Melainkan memang ada niat jahat hendak cemarkan imej TH.

Bukan keputusan menteri

Hakikatnya, Menteri Agama sudah jelaskan, nilai kontrak RM5.9 juta, tempoh 3 tahun dan diberikan kepada 4 konsortium campuran Bumiputera serta bukan Bumiputera. Bukan satu pun dikuasai penuh oleh bukan Islam.






Malah, ia bukan keputusan Menteri, tetapi keputusan Lembaga Pengarah TH yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rashid Hussin, bekas pengasas Bank RHB seorang yang punya pengalaman luas dalam penjenamaan semula korporat.

Keputusan dibuat kerana ada tender yang tak penuhi kriteria, jadi kontrak diberikan secara rundingan terus.

Kalau nak main isu cemas-cemaskan pendeposit, zaman beliau sendiri dulu lebih teruk.

Tahun 2021–2022, semasa Ahmad Marzuk dan Idris Ahmad pegang kementerian, 23 kontrak diberikan kepada bukan Bumiputera. Malah ada juga kepada syarikat asing.

Lebih parah lagi, zaman beliau jugalah kontrak bernilai lebih RM4 juta diberi kepada syarikat asing MSCI Limited untuk analisis data pendeposit TH.

Data peribadi pendeposit diserahkan kepada syarikat luar negara. Itu tak bahaya? Itu tak mendukacitakan?

Kalau betul nak pertahan Islam dan Melayu, kenapa dulu beliau serah data pendeposit kepada syarikat asing, bukan Bumiputera Islam?

Kenapa semasa itu PH tidak bising? Kerana PH tidak sebodoh Ahmad Marzuk untuk meniup api rasisme murahan. PH faham ia keperluan teknikal, bukan semua syarikat ada kepakaran.

Cukuplah Ahmad Marzuk dan Nurul Islam. Tindakan anda jelas menunjukkan kedangkalan politik.

Anda meniupkan api rasisme, menakut-nakutkan pendeposit seolah-olah TH sedang tergadai.

Saya sendiri baca komen di media sosial daripada penyokong Pas yang sudah tertanya-tanya, “Adakah saya perlu keluarkan duit saya dari TH sekarang?” Lihatlah bagaimana naratif rasis anda berjaya menimbulkan panik.



Apa faedah Ahmad Marzuk yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) buat semua ini?

Tak lain tak bukan, hanya untuk suntik kebencian, racun rasisme dan cemarkan imej TH serta kerajaan.

Cukuplah! Jangan sampai satu hari nanti apabila anda kembali jadi kerajaan, pembangkang pula mainkan isu ini ke atas anda seperti mana anda lakukan sekarang.

Sepatutnya, anda sama-sama bina keyakinan pendeposit, bukan runtuhkannya. Anda sendiri kata TH lambang kebanggaan umat Islam.

Jadi, jangan sampai tangan anda sendiri yang menjatuhkannya, hanya kerana politik sempit dan angan-angan rasis.

Sebagai penutup, saya sertakan senarai syarikat asing dan bukan Bumiputera yang menguasai kontrak TH pada zaman Ahmad Marzuk dan Idris Ahmad (2021–2022).

Senarai ini sendiri diminta oleh Ustaz Idris dalam Parlimen.




PN tak kata sepatah pun bila 23 syarikat bukan Bumiputera dapat bermacam projek TH


 

Sekarang barulah terbongkar hakikat bahawa sebanyak 23 syarikat bukan Bumiputera telah dianugerahkan pelbagai projek Tabung Haji (TH) ketika era kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pasar Mas, Wan Abd Hadi Hakimi Wan Mohd Nawi berkata, apabila tidak lagi berkuasa, PN cuba menonjolkan diri sebagai wira dengan memainkan sentimen Melayu dan Islam.

“Hari ini, baru kita tahu ketika zaman PN dulu, 23 syarikat bukan Bumiputera dapat projek TH sebanyak RM50 juta. Dia tak kata sepatah pun.

“Tiba-tiba hari ini, dia nak jadi hero dengan memainkan sentimen Melayu dan Islam,” katanya menerusi TikTok.

Pemimpin muda PKR itu juga berpendapat PN yang didominasi oleh Pas memutar-belit serangan mereka terhadap TH sehingga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary digantung Parlimen selama dua hari.

Ahmad Marzuk Shaary

“Dia pusing ke isu-isu lain, sedangkan pada awalnya dia bangkitkan soal TH beri projek penjenamaan semula kepada syarikat bukan Bumiputera.

“Bila dah kantoi, dia pusing ke isu tanpa melalui tender terbuka sehingga Marzuk digantung Parlimen dua hari,” kata Wan Hadi.

Sejak 14 Ogos lalu, ketika perbahasan RMK13, Ahmad Marzuk antara lain mahukan pencerahan berhubung kos penjenamaan semula TH yang dikatakan bernilai RM20 juta dengan tiga firma bukan Islam terbabit dalam projek itu.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar kemudiannya mendedahkan sebanyak 23 syarikat bukan Bumiputera telah dianugerahkan kontrak untuk menguruskan pelbagai projek TH ketika PN mentadbir kerajaan.

Pendedahan itu selepas Marzuk berterusan mengasak soalan, mengapa kontrak penjenamaan semula Tabung Haji diberikan kepada syarikat bukan Bumiputera.

Mengulas lanjut, Wan Hadi berkata, isu kontrak penjenamaan semula kepada syarikat milik bukan Melayu tanpa melalui tender terbuka sengaja disusun dalam ‘permainan’ Pas.

“Isu penjenamaan TH bukan kali pertama berlaku. Dulu pun dah berlaku. Padahal, zaman dia dulu, 23 syarikat bukan Bumiputera dapat projek.

“Itulah yang disusun permainan Pas. Mereka sengaja hantar Marzuk ke Parlimen buat kacau. Cerita perkara tak betul. Buat fitnah dalam Parlimen.

“Berselindung di sebalik imuniti Parlimen. Takutkan orang kampung kononnya TH diurus oleh orang bukan Islam, hasut orang Melayu keluarkan deposit TH.

“Ini permainan dan strategi mereka yang diatur oleh puak Pas-PN,” kata beliau lagi.