PESANAN RINGKAS DAN MUDAH SEKIRANYA BERJUMPA / TERSEREMPK/ TAHU DIMANA KAKI FITNAH KAMPUNG BHARU, PELAKON SENU RAFIDAH, SILA HADIR KE MAHKAMAH PADA 2 SEPTMBER 2025 .JANGAN LUPA TARIKH

 




Fitnah Khalid: Rafidah jangan mengelak lagi, sila datang mahkamah 2 Sept

Peguam kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad iaitu Zulhazmi Shariff meminta pempengaruh Rafidah Ibrahim untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 September depan.

Ia bagi menghadiri perbicaraan saman fitnah terhadap pempengaruh itu kerana didakwa memfitnah Khalid mahu memansuhkan tanah rizab Melayu di Kampung Baru.

Zulhazmi berkata, selepas berkali-kali pihaknya gagal menyerahkan surat saman secara serahan tangan kepada Rafidah, mahkamah telah membenarkan plaintif (Khalid) menyerahkan writ saman melalui pemakluman secara Penyampaian Ganti.

Mahkamah Tinggi membenarkan Khalid mengiklankan notis saman di akhbar, serta penampalan notis di Papan Kenyataan Mahkamah Tinggi, dan alamat terakhir Rafidah.

“Usaha kita serahkan secara tangan (gagal), dia mengelak walaupun kita pergi ke rumah dia. Secara pos pun dia tak terima. Kita buat permohonan kepada mahkamah untuk buat secara penyampaian ganti.

“Kita dah maklumkan kepada mahkamah percubaan-percubaan kita untuk serahkan saman tapi gagal. Disebabkan itu kita mohon untuk serahkan secara penyampaian ganti iaitu dengan mengiklankan di Harian Metro, tampal di papan notis di mahkamah, dan ditampal di alamat terakhir dia.


“Penyampaian Ganti dibuat pada 14 Ogos lalu. Pengurusan kes pula pada 2 September. Mahu tak mahu dia kena failkan kehadiran atau melantik peguam untuk masukkan kehadiran kalau nak lawan di mahkamah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Zulhazmi Shariff, peguam

Zulhazmi berkata, jika pempengaruh berkenaan masih mengelak untuk hadir, mahkamah akan mengeluarkan satu penghakiman ingkar kepadanya.

“Sebagai peguam saya mohon kepada Rafidah, tolong aware bahawa saman itu telah diiktiraf, diserahkan kepada anda dan tolonglah lantik peguam mewakili anda pada 2 September.

“Kita nak Rafidah je mahkamah untuk membela diri. Sebab kita nak tahu apa bukti dan keterangan yang puan ada, mengatakan bahawa Khalid nak hapuskan rizab Melayu di Kampung Baru,” ujarnya.





No comments: